You are on page 1of 12

Ciri-Ciri Dan Potensi Diri

                                Guru Berkesan Dalam Merealisasikan


                                             Pendidikan Cemerlang
 
 
                                  "If  they aren't learning...then you aren't teaching."
                                                             ~ Anon
 
Pendahuluan
 
Antara persoalan yang sering timbul di benak kita ialah mengapakah berlaku prestasi sebuah
sekolah itu lebih baik daripada sebuah sekolah yang lain? Apakah pula faktor-faktor yang
menyebabkan wujudnya senario demikian? Atau adakah perbezaan yang wujud itu disebabkan
'nasib' semata atau kurangnya usaha-usaha melakukan perubahan dan penambahbaikan yang
berterusan (Kaizen) kerana tidak wujudnya misi (mission), visi (vision), komitmen
(committment) atau contoh ikutan (role model), sama ada dari aspek diri individu atau pihak
pengurusan sekolah yang boleh mencetuskan inspirasi dan halatuju (direction) yang jelas, betul
dan tepat.
 
Ramai orang inginkan kemajuan, peningkatan, kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya apa
yang kita namakan sebagai kejayaan. Kejayaan pula berlaku dalam banyak bentuk sama ada
kejayaan peribadi, kejayaan organisasi atau pun kejayaan kelompok dan komuniti.
 
Phillip Van Hooser (1998) mendapati bahawa ada tiga unsur penting dalam menentukan
kejayaan. Tiga unsur ini  berkait  rapat antara satu sama lain dan ianya digelar sebagai "Triangle
of Success" (yang merangkumi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap).
 
Ilmu Pengetahuan: Apakah pengetahuan? Adakah pengetahuan sahaja sudah cukup? Phillip
Van Hooser menyatakan bahawa pengetahuan bukan dimanifestasikan oleh sijil dan diploma, ia
juga bukan satu ukuran yang tepat berdasarkan angka gred mata purata atau dengan kekananan
dan kelamaan seseorang itu berada di tempat kerja. Pengetahuan sebenar ialah kefahaman
(understanding). Dalam kepimpinan, kefahaman terhadap apa yang diperlukan dan dijangkakan
oleh pengikut-pengikut daripada pemimpin merupakan pengetahuan kerja yang praktikal.
 
Kemahiran: Pengetahuan dan kemahiran sama-sama penting. Kedua-duanya sangat diperlukan
bagi pembangunan kepemimpinan personal. Ringkasnya, kemahiran sama erti dengan aplikasi
(application). Kebolehan mengaplikasi sesuatu konsep atau idea kepada sesetengah 'task'
merupakan satu kelebihan kepimpinan yang tidak dapat dipertikaikan. Kemahiran-kemahiran
khusus termasuklah keberanian profesionalisme, ketegaran (decisiveness) dan kesabaran serta
kemahiran mendengar.
 
Sikap: Sikap adalah kunci kepada segalanya. Sikap dapat disamakan dengan kehendak (desire).
Sesiapa jua boleh memiliki pengetahuan dan kemahiran yan tertentu bagi melaksanakan perkara-
perkara besar lagi hebat, tetapi jika tanpa kehendak yang mendorong dan menggerakkan tingkah-
laku dan perbuatan maka hasil akhirnya adalah potensi yang tidak dapat direalisasikan. Didapati
juga individu-indidvidu yang kurang pengetahuan dan kemahiran tetapi mereka memiliki sikap,
kehendak dan dorongan yang cukup kuat dapat mengatasi sebarang halangan yang mereka
hadapi dengan jayanya.
 
Cabaran kita ialah secara sedar membuang perasaan berpuas hati (complacency) dan terlalu
yakin (overconfidence) sewaktu kita mengembangkan satu atau lebih unsur-unsur di atas.
 
Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai,
kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap
orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah
sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan
kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.
 
Guru Berkesan
 
Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri
guru berkesan sebagaimana berikut:
 Bersikap profesional.
 Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
 Kaya ilmu.
 Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
 Bermoral teguh.
 Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
 Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
 Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
 Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
 Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik
unggul pada setiap masa.
 Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
 Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu,
berpersonaliti sihat dan serba boleh.
 Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
 Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
 Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
 Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
 Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian
besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata
masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi
bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya
sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?
 
Untuk menjadi guru berkesaan kita perlu berubah. Kita perlu menganjak paradigma, kita perlu
melakukan lonjakan quantum dengan merobah dan meruntuh tembok penghalang yang pertama
dan utama iaitu Menolak Perubahan (Resist Change). Ken Blanchard, pengarang buku "The
One Minute Manager" menyatakan bahawa kita lumrahnya liat dan sukar menerima perubahan.
Beliau menyatakan bahawa;
 Bila memikirkan perubahan kita sering fikirkan perkara-perkara yang kita kena kepaskan,
bukan kepada perkara-perkara yang akan kita dapat .
 Setiap orang mempunyai toleransi yang berbeza terhadap perubahan kendatipun kepada
mereka yang memiliki tahap toleransi yang tinggi akan ada satu titik di mana perubahan
tidak berupaya ditanggungi.
 Selali pun perubahan telah berlaku kita secara fitrahnya mahu meletakkan perkaarap-
perkara kembali kepada keadaan asalnya.
Mengubah Diri Mengubah Sikap
 
Plato berkat, "Kemenangan yang utama dan pertama ialah menakluki diri." Garfield pula
berkata, "Di dunia ini benda-benda tidak berubah, kecuali ada orang yang mengubahnya."
 
Jelas sekali perubahan tidak terjadi tanpa penggeraknya atau pun penyebabnya, dan perubahan
yang paling berat dan paling sukar ialah perubahan diri peribadi. Stephen Covey (1989) dalam
bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People" menyatakan ada dua tahap  proses
perubahan yang perlu dilalui bagi mencapai status 'orang-orang yang paling berkesan' iaitu
tahap 'memenangi peribadi' dan 'memenangi publik'. Tiga tabiat (habit) yang fundamental bagi
seseorang memenangi diri peribadi adalah:
 Jadilah Proaktif (Be Proactive)
 Mulai dengan yang akhir di dalam minda (Begin with the End in  Mind)
 Buat dahulu perkara pertama (Put First Things First)
Bagi memenangi publik (dalam hubungan interpersoal) tabiat (habit) yang perlu diamalkan
adalah:
 Fikirkan Menang/Menang (Think Win/Win)
 Fahami dahulu, kemudian minta difahami (Seek first to understand, and then to be
understood)
 Sinergi (Synergize)
 Tajamilah mata gergaji (Sharpen the Saw)
Memenangi Peribadi
 
Dalam hubungan interpersonal kita sentiasa berinteraksi dengan orang-orang di dalam organisasi
rasmi kita iaitu sekolah di mana personaliti dan perwatakan memainkan peranan dan pengaruh
yang kuat terutama ke atas anak didik kita dan juga rakan sejawatan. Peribadi yang positif  dan
kuat mudah memberi kesan dan pengaruh serta dapat menjalin hubungan interpersonal yang baik
dan harmonis.
 
Antara rangsangan (stimulus) dan tindakan (response) terdapat satu ruang di mana kita boleh
membuat pilihan. Apa jua tindakbalas/tindakan yang diambil bergantung kepada sedar-diri (self-
awareness), imaginasi, hati nurani (conscience) dan keazaman-diri (independent will) setiap
individu itu. Oleh itu sebelum berlakunya sebarang tindakbalas, setiap orang mempunyai satu
ruang untuk membuat pilihan, dan di ruangan  'kebebasan memilih' inilah pula manusia
sebenarnya memiliki 'anugerah istimewa' iaitu sedar-diri -- keadaan setiap orang sedar situasi
sekeliling dan juga implikasi terhadap tindakbalas yang mungkin diambilnya. Di samping sedar-
diri ini manusia juga dianugerahkan imaginasi -- kebolehan menjana sesuatu di dalam minda
yang melangkaui realiti semasa. Hati nurani (consceince) pula merupakan kesedaran dalaman
(suara hati) terhadap salah dan betul, benar dan palsu, terhadap prinsip-prinsip yang mengawal
tingkah-laku serta kesedaran wujudnya harmoni antara pemikiran dan tindakan. Akhir sekali
ialah satu anugerah kepada 'kemerdekaan' dan keazaman diri -- satu kebolehan bertindak
berdasarkan sedar-diri dan bebas daripada segala bentuk pengaruh.
 
Ciri kedua  memenangi peribadi ialah 'mulai dengan gambaran akhir di dalam minda' yang
bererti setiap kita dapat melihat diri di akhir episod hidup kita sama ada kemajuan dalam kerjaya
atau kejayaan peribadi dan keluarga. Ringkasnya apakah kita mahukan 'husnul khatimah' atau
pun 'su'ul khatimah'.
 
Dan ciri ketiga ialah buat dahulu perkara pertama  (Put First Things First) yang maksudnya kita
mengamalkan 'pengurusan masa' yang kemas dan sistematik, mengutamakan prioriti tindakan
serta tidak suka menanggguh kerja. Insya Allah setelah tiga unsur penting ini kita kuasai maka
tidaklah sukar untuk menjadi seorang yang lebih berkesan baik dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang guru yang cemerlang mahupun sebagai seorang ahli organisasi
yan boleh menjadi role model kepada orang-orang lain.
 
Pendidikan Cemerlang
 
Aristotle berkata, "We are what we repeatedly do. Excellence, then, is not an act, but a habit."
Sesungguhnya kecemerlangan bukan terjadi secara begitu sahaja tanpa faktor-faktor yang
menggalak dan merangsang setiap guru dan pelajar berusaha  mencapai matlamat dan kepuasan
kendiri yang tinggi setelah bekerja keras, berkorban masa dan tenaga yang bukan sedikit.
 
Oleh itu sekolah dan guru-guru perlu pertamanya melakukan sesuatu bagi menghapuskan atau
mengurangkan faktor-faktor dalaman sekolah yang menyekat kemajuan pelajaran pelajarnya.
Usaha-usaha memperbaiki kemajuan dan sekaligus kecemerlangan pendidikan di sekolah
mestilah berfokuskan pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik darjah. Semua ini perlukan
perubahan sikap dan kepercayaan para guru (termasuk pelajar-pelajar).
 
Hussein Mahmood (1993) dalam bukunya "Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah" berkata;
 
       "Walau bagaimanapun , di peringkat sekolah pada keseluruhannya,
           seluruh cara hidup atau cara bekerja - yang dikatakan budaya
          sekolah serta sistem-sistem tertentu yang menghalang kejayaan
          sekolah perlu dikaji semula dan diperbetulkan segera. Jika tidak,
           segala apa juga usaha untuk memajukan sekolah, kemungkinan
         matlamat yang sepatutnya dicapai tidak dicapai."
 
Menurut beliau usaha untuk memajukan sekolah hendaklah berfokuskan;
a. Pencapaian matlamat sekolah, iaitu pelajaran dan pencapaian akademik para pelajar;
b. Penyelesaian punca-punca masalah yang menyebabkan keadaan sekolah demikian;
c. Membentuk atau mewujdukan budaya baru bagi menggantikan budaya yang sedia ada 
melalui (b) atau memperkukuhkan budaya yang didapati produktif; dan
d. Menggerakkan segala tenaga di sekolah dan di luar sekolah ke arah pencapaian matlamat-
matlamat sekolah melalui kepemimpinan pengetua.
Kajian terhadap Program Peningkatan Kurikulum dasn Kemajuan Pendidika (PKKP)
Jabatan Pendidikan Pahang, Edisi Kedua (1999); Satu Penilaian dan Cadangan Pembaharuan
menyebut faktor-faktor berikut sebagai penghalang kepada peningkatan dan dengan itu mstilah
dibasmi dan dielakkan:
 Visi bersama tidak dijelaskan dan tidak dihayati oleh setiap anggota;
 Mesyuarat/perbincangan mengenai strategi yang terlalu kurang;
 Sikap tidak cakna;
 Anggota yang masih tidak mahu berubah dari 'zon selesa';
 Cepat berpuas hati atau puas hati yang melampau;
 Pemimpin organisasi tidak terlibat dan tidak ikut serta untuk membuat perubahan;
 Tiada usaha yang lebih atau tiada pengorbanan;
 Terlalu cepat mengisytiharkan kemenangan;
 Tiada kemenangan jangka pendek yang boleh diraya atau dibanggakan oleh organisasi
menyebabkan hilang momentum untuk berubah dan anggota yang kecewa akan
memasuki kumpulan yang menolak perubahan.
Menempa Kejayaan
 
Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas
dan tanggunjgjawab mereka dalam mempastikan setiap anak didik menguasai tulis baca dan
mengira, malah menguasai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran baru. Oleh itu tugas dan
tanggungjawab serta komitmen guru juga haruslah bertambah dan meningkat  dari sebelumnya
dan ini sudah tentu memerlukan satu sikap baru dan 'pandangan baru' dalam menempa
kecemerlangan pendidikan secara keseluruhannya.
 
Untuk mencapai matlamat ini guru-guru mestilah mempunyai kesedaran diri yang tinggi bahawa
apa jua faktor yang memghalang hendaklah dibanteras  di samping membuat perubahan
pendekatan, strategi dan teknik serta secara berfikir yang positif.
 
Salah satu aspek penting menempa kejayaan ialah pendekatan positif terhadap disiplin  dalam
hubungan meningkatkan mutu kerja, mutu pengajaran dan pembelajaran, dan akhirnya mutu
output iaitu pencapaian anak didik di dalam penilaian dan peperiksaan.
 
Blaine Lee dalam bukunya The Power Principle (1989) menyebut bahawa "The positive
approach to discipline focuses 20% on what went wrong, and 80% on what could be different
next time."
 
Yang demikian kita seharusnya menumpukan lebih perhatian dan tenaga kepada aspek "next
time" ini dan sekaligus menghapuskan segala amalan, tabiat dan tingkah-laku negatif yang
merugikan semua orang. Satu daripada pendekatan dan konsep yang boleh diamalkan ialah
Shewhart Cycle atau lebih dikenali sebagai PDCA (yakni Plan - Do - Check - Act).
 
Plan (Rancang) : Semua aktiviti (sekolah, kelas, kokurikulum, zon dan daerah) mestilah
dirancang dengan rapi. Elakkan sekali-kali mentaliti ad-hoc, buat sesuatu secara tangkap muat,
atau ikut sahaja kerana ramai orang lain buat begitu.
 
Do (Buat) : Semua yang telah dirancang  mesti dilaksanakan sepenuhnya. Inilah aspek paling
penting dan kritikal kerana pada peringkat inilah yang menentukan kejayaan setiap perancangan
itu. Apa makna dan apa gunanya jika perancangan tinggal pernacangan sahaja? Soal balik diri
sendiri apakah perancangan yang kita buat telah semuanya dilaksanakan? Lihat kembali Folio B
dalam Program PKKP selama ini sudahkah dibuat sebagaimana dirancang? Jujurlah kepada diri
sendiri, dan jika belum, nah inilah puncanya mengapa kita begitu sukar mengatasi kelemahan
dan kemerosotan.
 
Check (Semak) : Semakan amat penting kerana setiap perancangan dan pelaksanaan perlukan;
penilaian bagi melihat keberkesanannya atau pun sebab-sebab mengapa ianya tidak mencapai
objektif yang ditentukan. Banyak kerja guru-guru kita perlu disemak  dengan teliti dan rapi
seperti buku latihan murid diperiksa atau tidak, pembetulan dibuat atau tidak, diagnosis mata
pelajaran dibuat atau tidak dan jika dibuat tindakan susulan dibuat atau tidak, keputusan
mesyuarat guru atau mesyuarat panitia mata pelajaran dibuat atau tidak, pencerapan pengajaran
guru dalam bilik darjah dibuat atau tidak; atau laporan-laporan berkala yang diminta oleh JPNP
dan PPD dibuat atau tidak, dan dihantar mengikut masanya atau tidak? Satu cara berkesan
memastikan sistem semakan yang praktikal ialah dengan mewujudkan satu Senarai Semak
Komprehensif yang  melibatkan semua perancangan aktiviti di sekolah.
 
Act (Bertindak) : Setelah semakan dibuat dan jawapannya diketahui sama ada ianya positif atau
sebaliknya, tindakan yang amat penting seterusnya ialah mengambil tindakan. Cari puncanya,
cari mana silapnya dan cari siapa culpritnya (afritnya). Adakah puncanya kerana sikap manusia
atau sistem dan prosedur atau tidak jelas  bidang tugas? Tindakan seterusnya memastikan tidak
berulang lagi perkara-perkara tidak memuaskan ini dan personnel yang terlibat mestilah
disedarkan melalui nasihat, teguran, bimbingan dan kaunseling malah amaran dan tindakan
selanjutbya sekali pun jika sudah sampai kepada tahap yang serius dan kritikal.
 
Penutup
 
Menjadi guru berkesan, sekolah berkesan dan pencapaian pendidikan yang gemilang dan
cemerlang bukan suatu yang mustahil dicapai. Prasyarat yang utama dan pertama ialah kesediaan
dan keanggupan guru-guru sendiri mengubah paradigma, mengubah stail berfikir dan bertindak
secara orang-orang profesional dan yang paling penting menjadi seorang guru yang tidak mudah
patah semangat.
 
Guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekuatan ilmu dan bertingkah-laku
dengan keluhuran etika kerja serta menuntut kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan
dan komitmen yang tinggi kepada penyempurnaan tugasnnya di sekolah setiap masa dan waktu.
Guru yang berjiwa waja tidak mudah mengaku kalah dalam kehidupan kerjayanya di sekolah,
dan mempunyai sikap optimistik dalam semua tindakan, serta sedia belajar dari kesilapan dan
kelemahan.
 
Orang-orang yang berfikiran dan bersikap optimistik tidak mudah melatah, merungut dan
menyalahkan orang lain dan keadaan semata-mata, orang yang optimistik melihat semuanya dari
sudut yang serba berkemungkinan berjaya dan meningkat maju, sama ada dari aspek diri peribadi
mahu pun aspek organisasi.
 
Seperti kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Abdul Shukor Abdullah di dalam
perutusan Hari Guru 1999, beliau menyebut;
 
                  " Guru-guru perlu dapat menyampaikan ilmu pengetahuan secara
                          berkesan, menjadi pembimbing yang dihormati dan memastikan
                          diri masing-masing dapat dijadikan contoh kepada pelajar. Oleh
                          itu pada setiap masa, kaum guru sekalian hendaklah menampilkan
                          watak terpuji, berimej, berperibadi mulia dan berwawasan sebagai
                          pendidik yang unggul." ‫ٱ‬
 

1. Konsep profesion
o Lieberman (tokoh pendidik di AS)

 Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.

 Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi


perkhidmatan.

 Pekerja pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran.

 Ahli profesion adalah pakar dalam bidang dan mempunyai kuasa autonomi.

2.
 Orang profesional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap
pekerjaan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan.

 Pekerja terdiri drpd ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-
nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

 Setiap ahli mematuhi kod etika yang ditentukan.

 Setiap ahli bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat.

3. Konsep perguruan

o Mengikut kamus dewan (1989) di bawah konteks pendidikan guru adalah diertikan sebagai
pengajaran

o Manakala perkataan keguruan boleh diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru,
iaitu yang berkaitan dengan peranan, tugas dan kelayakan seorang guru.

4. GURU PADA MASA KINI

5. AKAUNTABILITI GURU

o Akauntabiliti guru bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab


terhadap sesuatu, jadi konteks keguruan akauntabiliti boleh dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap
profesionalisme keguruan

6.
o Bidang tugas

o Bidang pekerjaan : akauntabiliti terhadap kurikulum yang ditugaskan untuk dilaksanakan.


o Sekolah : akauntabiliti terhadap kemajuan dan perkembangan sekolah.

o Tingkah laku kendiri : guru harus mempunyai sifat-sifat yang terpuji yang boleh diteladani oleh
murid-murid

o Murid : akauntabiliti terhadap taraf pencapaian, kemajuan serta kelakuan murid-muridnya.

o Profesion : bertanggungjawab meningkatkan imej profesion keguruan dengan memberi


perkhidmatan yang bermutu tinggi.

7. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP NEGARA

o Menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat FPK dan Rukun Negara dengan jelas.

o Mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna.

o Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang proaktif dan bersepadu.

o Mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dalam kalangan guru serta ibu
bapa muridnya.

o Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

o Bersopan santun dan bertingkah laku dalam segala aktiviti sosial.

8. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PROGRAM PENDIDIKAN

o Membaca dan memahami selengkapnya tentang ilmu pengetahuan yang diajarnya.

o Menyertai seminar untuk meningkatkan tahap pengajaran.

o Merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang menyeluruh.

o Mengajar dengan menggunakan fakta yang betul

9. AKAUNTABILITI GURU TERHADAP PELAJAR DAN IBU BAPA

o Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi seperti mematuhi masa.

o Mengutamakan kebajikan murid daripada diri sendiri.

o Bersikap adil terhadap semua pelajar tanpa diskriminasi.

o Menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid.

10. Akauntabiliti guru terhadap diri sendiri

o Menjaga kesihatan rohani dan jasmani.

o Bijak dalam menguruskan kewangan.

o Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta ilmu-ilmu semasa.

o Mengisi masa lapang secara berhemah seperti bersukan.

11. Ciri-ciri pekerjaan yang dianggap profesional

o Antara ciri-cirinya ialah:

o Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.


o Banyak menggunakan keupayaan intelek.

o Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.

o Mendapat latihan khusus.

12.
o Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.

o Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.

o Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.

o Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.

13. CIRI-CIRI GURU

o Intelek

o - Menanamkan sifat ingin tahu Kebolehan intelek akan kekal di dalam diri sekiranya setiap guru
menanamkan sikap ingin tahu. Sifat ingin tahu akan mendorong guru mempelajari dan menyesuaikan diri
dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah, baik dari segi sukatan kurikulum, mahupun kaedah
mengajar.

14.
o Berkualiti dari Segi Jasmani

o - Mempunyai penampilan dan imej diri yang baik, iaitu cara berpakaian, tingkah laku dan tutur
kata.

o - Memiliki kesihatan tubuh badan yang baik agar dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

o   - Kemahiran fizikal seperti mahir dalam sesuatu aktiviti sukan dan mana-mana unit beruniform
bertujuan untuk melatih pelajar melibatkan diri dalam kokurikulum yang penting untuk pembentukan jati diri
pelajar.

15.
 Berkualiti dari Segi Emosi.

 Aspek-aspek yang perlu dimiliki oleh seorang guru berkualiti dari segi emosi ialah:

o -Sentiasa menghayati nilai-nilai murni , norma dan Etika Perkhidmatan.

o -Mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya iaitu menganggap pergi ke
sekolah seb a gai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar sebagai suatu ibadah tanpa sebarang alasan.

16.
o Minat suka membaca.

o - Kegemaran membaca membolehkan guru sentiasa menambah pelbagai ilmu pengetahuan .


Pembacaan yang meluas dalam pelbagai bidang memberi keyakinan kepada guru untuk menyampaikan
pengajaran dengan berkesan.

o - Di samping itu, sikap suka membaca dapat membezakan di antara orang yang berilmu dengan
orang yang jahil. Oleh itu, sifat suka membaca amat penting untuk meningkatkan kualiti profesion guru.

17.
o Mempertingkatkan penguasaan bahasa inggeris.

o -Penggunaan bahasa inggeris yang semakin meluas pada masa kini memerlukan guru untuk
sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahasa ini.
o - Penggubalan semula KBSR dan KBSM untuk pelaksanaan pelajaran Matematik dan Sains
dalam bahasa Inggeris juga merupakan satu faktor utama mengapa penguasaan bahasa inggeris adalah
penting kepada setiap orang guru. Untuk sentiasa mengekalkan penguasaan bahasa inggeris guru perlu selalu
menggunakan bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja dan para pelajar.

o  

18.
o Mempertingkatkan kebolehan menggunakan ICT.

o -Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan teknologi maklumat mengalami perubahan


dari masa ke semasa. Untuk kekal sebagai guru berkualiti, setiap guru hendaklah berusaha untuk sentiasa
menggunakan aplikasi IT dalam pengajaran dan pembelajaran .

o -Usaha ini memerlukan kita untuk sentiasa mengemaskini kemahiran menggunakan komputer
dengan menghadiri kursus- kursus IT dan juga dengan sentiasa bertanya kepada mana-mana rakan guru yang
lebih mahir dalam bidang ini. Kebolehan ini membolehkan kita mengajar menggunakan teknologi terkini dan
akan mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

19.
o Sentiasa meningkatkan kemahiran pedagogi

o - Kualiti Pengajaran menjadi pengukur utama kepada tahap profesionalisme guru kerana
mengajar merupakan “core business” guru terhadap pelajar.

o - Oleh itu, kita semestinya menguasai pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran yang
mutakhir. Di antara teori-teori pembelajaran tersebut ialah Teori Pembelajaran behavioral, Teori Pembelajaran
Sosial kognititf, Teori Pembelajaran Kognitif , Teori Pembelajaran Humanis, Dan Teori Pembelajaran
Konstruktivis.

o - Terdapat juga model-model pengajaran terkini yang dirancang untuk menghasilkan perubahan
tingkah laku pelajar seperti yang dijangkakan. Di antara model-model pengajaran yang perlu diamalkan oleh
guru berkualiti ialah Model Pengajaran Expository, Model Pengajaran Pemerosesan Maklumat, Model
Pegajaran Inkuiri , Model Pengajaran Projek dan Pembelajaran Masteri. Penggunaan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar akan mendatangkan hasil yang sangat
memuaskan.

o  

20.
o Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan etika profesion keguruan

o Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal .

 -mampu berkomunikasi dengan baik iaitu semasa berhubung dengan pelajar,


ibubapa , masyarakat dan pihak pengurusan sekolah.

21.
o Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.

o Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan
ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.

22.
o Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan dengan secara aktif.

o Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna

23.
o Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran profesional dari semasa ke semasa.
o Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan budaya penyelidikan secara aktif.

o Menyanjung tinggi dan menghargai warisan kebudayaan negara yang sesuai dengan
ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti.

24.
o Berpengetahuan dan berketerampilan dalam pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang
diajarnya, di samping menguasai pengetahuan pedagogi pelajar.

o Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan secara berkesan dan bermakna.

o Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komuniti (ICT) dalam pelajaran dan
pembelajaran.

o Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan Etika Profesion Keguruan.

o Menguasai kemahiran komunikasi dan interpersonal.

25.
o Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu?
Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri
guru berkesan sebagaimana berikut:

o Bersikap profesional.

o Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

o Kaya ilmu.

o Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

o Bermoral teguh.

26.
o Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.

o Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.

o Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

o Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.

o Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul
pada setiap masa.

27.
o Memastikan situasi ' Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

o Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai


kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

o Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.

28.
o Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

o Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

o Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.


o Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

29. CEKAP JASMANI BERKUALLITI MAHIR ICT MINAT MEMBACA BERDAYA TAHAN MENGHARGAI
WARISAN KEBUDAYAAN EMOSI STABIL AKTIF BERPENGETAHUAN PEDAGOGI PENGUASAAN BAHASA
INGGERIS CIRI-CIRI GURU

You might also like