You are on page 1of 7

PENDAHULUAN

Suku Jawa adalah salah satu suku yang termasuk dalam rumpun Melayu
,populasi suku Jawa dianggarkan terdapat sekitar 100 juta orang di seluruh dunia,
daripada jumlah itu terdapat sekitar satu hingga dua juta jumlah masyarakat Jawa di
Malaysia.Selain itu daripada aspek agama dan kepercayaan pula hampir keseluruhan
masyarakat Jawa yang berada di Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang
menganut agama Islam. Hal ini berbeza dengan Indonesia dimana sebahagian besar
orang Jawa di Indonesia yang menganut agama Islam , terdapat ramai juga suku Jawa
di Indonesia yang menganut agama Kristian,Hindu, Buddha dan juga agama
kepercayaan suku Jawa iaitu agama Kejawen.

Umum mengetahui bahawa kolompok masyarakat Jawa yang berada di Malaysia


pada hari ini adalah berasal daripada Indonesia.Menurut Khazin Mohd Tamrin (1984).
Masyarakat Jawa berhijrah kerana tekanan berat dari penjajah Belanda dan faktor
mengerjakan haji. Tekanan berat yang dimaksudkan ialah lambakan cukai yang
dikenakan ke atas penduduk asal Pulau Jawa. Berkenaan dengan faktor mengerjakan
haji pula, ramai penghijrah berangkat ke Tanah Melayu khususnya di negeri Selangor
kerana hendak mencari wang untuk dijadikan tambang pergi ke Makkah Mereka pergi
ke Tanah Melayu untuk membuka kawasan baru. Mereka mengerjakan kebun dan
ladang di kawasan itu dan kemudiannya menjualkannya untuk mendapatkan tambang
pergi ke Makkah Kebiasannya, mereka yang pulang daripada menunaikan haji akan
terus menetap di Tanah Melayu dan tidak pulang semula ke Pulau Jawa.

Sejarah keagamaan masyarakat Jawa adalah bermula dengan kepercayaan


Hindu-Buddha yang tebal dalam kalangan masyarakat Jawa, begitu juga dengan
kepercayaan animisme dan mistik yang tinggi sebelum kehadiran Islam di Tanah Jawa.
Islam mula tersebar di Tanah Jawa melalui kehadiran pendakwah dan ulama Islam
yang berdakwah di tanah Jawa melalui para ulama seperti wali songo dan lain-lainnya.
Perjuangan ulama di Tanah Jawa telah berjaya mengislamkan hampir keseluruhan
Tanah Jawa dan telah berjaya menubuhkan Kerajaan Islam Demak, sehinggalah pada
hari ini Islam tersebar ke seluruh pelusuk Nusantara.

1
KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAWA DI MALAYSIA

JUMAAT KELIWON

Umat Islam secara khususnya menganggap bahawasanya hari jumaat adalah


penghulu sekalian hari. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda , daripada Abu
Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan
dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga”.

Hari jumaat adalah hari yang istimewa yang biasanya dihiasi dengan amalan-
amalan tertentu seperti, membaca surah yasin, tahlil dan sebagainya kerana terdapat
banyak hadis-hadis yang menyarankan umat Islam agar menghiasi hari jumaat dengan
melakukan amal soleh kepada Allah. Bagi masyarakat Jawa mereka mempercayai
bahawasanya diantara hari jumaat ada hari jumaat yang terbaik atau penghulu segala
hari jumaat yang digelarkan sebagai Jumaat keliwon yang pada mereka hari ini adalah
hari yang terbaik untuk berbuat sesuatu perkara seperti beramal, menuntut ilmu dan
sebagainya.

Menurut masyarakat Jawa, antara keistimewaan malam jumaat keliwon adalah


pada malam tersebut dipercayai sekiranya hujan turun pada malam Jumaat Keliwon, air
hujan tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu baik untuk dibuat air
penerang hati . Selain itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jika
sekiranya ada orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon, kuburnya
terpaksa dijaga siang dan malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semula
oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya, kain kafan dan
sebagainya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh Allah
SWT seperti merompak, sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat.Seterusnya antara

2
perkara lain yang turut dilakukan pada malam tersebut adalah digalakkan untuk
memulakan amalan seperti wirid, zikir atau melaksanakan solat
hajat.Seterusnya,dikatakan juga pada malam Jumaat Keliwon orang yg mengamalkan
ilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali, Sekiranya gagal dia akan
menunggu sehingga berjumpa lagi dengan malam Jumaat keliwon yang akan datang.

PANTANG LARANG

Masyarakat Jawa yang berada di Malaysia mempunyai banyak pantang larang


diamalkan oleh generasi terdahulu dan masih diamalkan oleh generasi hari
ini.Berdasarkan temubual saya dengan beberapa individu yang berasal dari suku Jawa
mereka menyatakan bahawa masyarakat Jawa mengamalkan beberapa pantang larang
antaranya adalah seperti, apabila kupu-kupu ataupun “dayoh” dalam bahasa Jawa
masuk ke dalam rumah maka itulah petanda bahawa akan ada tetamu yang bakal
berkunjung ke rumah. Selain itu terdapat juga yang mempercayai sekiranya ada biawak
melintas dihadapan, itu adalah petanda bahawa ada orang meninggal dunia.
Seterusnya, ada juga yang mempercayai bahawa jika payung dibuka di dalam rumah
ianya akan mengundang ular untuk masuk ke dalam rumah. Terdapat juga masyarakat
Jawa yang memakaikan tangkal kepada bayi yang mana tangkal itu dibuat daripada
balutan kain yang didalamnya terdapat besi, paku, batu dan lain-lain. Sementelahan itu,
terdapat juga pantang larang yang melarang daripada melangkah bayi, kerana mereka
mempercayai bayi yang dilangkah akan menjadi pendek apabila sudah dewasa, oleh itu
jika bayi tersebut dilangkah maka bayi perlu dilangkah semula bagi mengelakkan bayi
tersebut menjadi pendek apabila dewasa.

Dalam hal ini,kita dapat melihat bahawasanya beberapa kepercayaan dan


pantang larang yang berbentuk khurafat yang masih diamalkan oleh masyarakat Jawa,
walaupun mereka telah lama memeluk Islam tetapi amalan dan kepercayaan lama
masih lagi mereka anuti. Sebahagian daripada pantang larang tersebut adalah mungkin
dicipta untuk menakutkan anak-anak supaya tidak membuat perkara yang tidak sopan,

3
namun terdapat juga sebahagiannya yang masih terbelenggu dengan kesyirikan
kepada Allah. Contohnya dalam bab pemakaian tangkal Rasulullah melarang umatnya
daripada berbuat demikian berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Bin
Hanbal maksudnya :

“ Dari Uqbah bin ‘Amir, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda; “barangsiapa


menggantungkan tamimah (azimat) , semoga Allah tidak mengabulkan keinginannya,
dan barangsiapa menggantungkan wada’ah. Semoga Allah tidak memberi ketenangan
pada diirinya . (Riwayat Ahmad).

KUDA KEPANG

Kuda kepang adalah sejenis tarian pahlawan berkuda yang berasal dari Jawa
Indonesia. Di Malaysia tarian kuda kepang amat popular khususnya di negeri Johor dan
beberapa tempat di negeri Selangor.Tarian ini biasanya diaminkan di majlis-majlis
perkahwinan dan juga majlis keramaian masyarakat jawa. Permainan ini amat berkait
rapat dengan pengaruh makhluk halus diamana ianya melibatkan unsur-unsur
pemujaan terhadap makhluk halus. Terdapat beberapa pantang larang yang diamalkan
di dalam permainan kuda kepang antaranya adalah pemain-pemain tidak boleh diacah
semasa dalam permainan kerana ditakuti keadaan akan menjadi tidak terkawal, pemain
tidak boleh melihat kain berwarna merah kerana ianya adalah pantang larang semula
jadi dan pemain juga tidak boleh melihat kaca kerana ditakuti mereka akan memakan
kaca tersebut.

Majlis fatwa kebangsaan di dalam fatwanya yang bernombor JMJ 351/05/(AQ)/8


telah memfatwakan bahawasanya permainan kuda kepang adalah haram dan
bercanggah dengan aqidah Islam dan mana-mana yang terlibat hendaklah bertaubat
dengan taubat nasuha kerana di dalamnya terdapat unsur pemujaan ataupun menurun
yang di dalam bahasa arab disebut sebagai Tanasuhul Arwah (‫ )تناسخ االروح‬yang mana
4
ianya merupakan satu keadaaan yang menyebabkan seseorang itu diresapi oleh jin
yang dipanggil atau diseru. Hal tersebut menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri
orang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang
berkenaan

KESIMPULAN

Walaupun masyarakat Jawa di Malaysia adalah beragama Islam tetapi masih


lagi terdapat beberapa kepercayaan lama yang diwarisi turun temurun daripada
generasi lampau mengenai beberapa kepercayaan , amalan dan pantang larang yang
mana jika ditinjau daripada aspek Islam pada hari ini ianya adalah bercanggah dengan
ajaran Islam.

Amalan seperti kepercayaan terhadap malam jumaat keliwon, pantang larang,


dan juga tarian kuda kepang masih lagi diamalkan oleh generasi hari ini walaupun
diakui ianya semakin tenggelam dihempas arus kemodenan. Justeru generasi baru
masyarakat Jawa seharusnya meninggalkan kepercayaan-kepercayaan yang
bertentangan dengan Islam disamping tidak meninggalkan adat budaya suku Jawa itu
sendiri, budaya bangsa perlu dipertahankan tetapi haruslah ianya selari dengan
tuntutan agama.Akhir sekali, diharapkan hasil tugasan ini dapat memberikan manfaat
yang berguna kepada semua pihak.

5
REFLEKSI

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya dapat juga saya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak atas
tunjuk ajar dan bantuan sepanjang saya menjalankan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah subjek ini, En Ahmad Syukri Bin Ghazali, serta rakan-rakan yang banyak
membantu.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya dapat mempelajari banyak perkara


khususnya berkaitan dengan tajuk yang saya ambil bagi tugasan ini. Keadaan Negara
kita yang dilatari oleh demografi penduduk yang pelbagai memaksa kita sebagai rakyat
Malaysia agar saling mengetahui antara satu sama lain. Alhamdulillah melalui tugasan
ini saya dapat mengetahui banyak aspek terutamanya mengenai kaum jawa di
Malaysia melalui pembacaan, maklumat daripada laman sesawang dan juga temubual
dengan individu tertentu yang berasal daripada suku Jawa.

Selain itu, antara masalah yang saya hadapi untuk melaksanakan tugasan ini
adalah daripada aspek rujukan mengenai masyarakat Jawa yang amat sedikit di
perpustakaan IPG, hal ini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap tugasan saya dan
menyukarkan saya untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan dengan
masyarakat Jawa.Namun Alhamdulillah berkat bantuan rakan-rakan akhirnya dapat
juga saya membuat rujukan daripada beberapa buah buku di perpustakaan.

Akhir sekali, diharapkan melalui tugasan ini akan dapat memberi manfaat
kepada semua pihak.Mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan saya didalam
menghasilkan tugasan ini.

MUHAMMAD KHAIRUL ANWAR BIN ISHAK

5PISMP PA 2

6
BIBLIOGRAFI

Dr Yusuf Al-Qaradhawi, M. A.-g. (2007). Bi'dah dan Syirik. Puchong: Berlian Publication
Sdn Bhd.

Khazin Mohd Tamrin (1987)Orang Jawa Di Selangor.Kuala Lumpurdewan Bahasa Dan


Pustaka

Noriati A.Rashid, B. P. (2011). Budaya dan Pembelajaran . Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn Bhd.

Siti Razmah Hj. Idris, Fatimah Azzahra. (1996). Orang Jawa dan Minangkabau.
Penerbit Pinang. Selangor Darul Ehsan

Laman Sesawang

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-permainan-kuda-kepang-di-negeri-johor

Diakses pada 19 Februari 2011.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuda_kepang

Diakses pada 19 Februari 2011.

You might also like