You are on page 1of 5

Konsep pemikiran kreatif http://muassasah.wordpress.

com/2007/03/14/apa-itu-kreativiti/

Pemikiran kreatif sudah lama dibincangkan dan dibahaskan secara ilmiah. Sering kali terdapat
perbezaan tanggapan pada pengertian ‘kreatif’ itu. Namun begitu, hal ini adalah perkara biasa dalam
dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat
mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian dan latar disiplin ilmu
yang mereka miliki. Menurut kamus Webster’s (1976) pemikiran kreatif ialah, “The ability to bring
something new existence”. Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan
sesuatu yang baru sama sekali. Apabila direnung dan difikirkan secara mendalam, dapatkah manusia
yang mempunyai sifat yang lemah mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali, iaitu daripada ‘tiada’
kepada
‘ada’. Definisi ini seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan
pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan. Malah, dalam keadaan
kritikal sekalipun, manusia masih dapat membuktikan kemampuannya menyelesaikan sesuatu
masalah. Maka, dapatlah disimpulkan definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan
dan kebolehan manusia berkreativiti.

Ramai sarjana yang berpendapat, tidak mungkin seseorang itu dapat


menghasilkan sesuatu yang tidak pernah wujud sebelumnya, kerana ia
memperlihatkan kemampuan manusia mencipta ‘sesuatu daripada tiada kepada ada.’ Sekali imbas,
definisi kreatif seperti ini seolah-olah menyanggah kekuasaan dan hak Tuhan. Tidak mungkin seorang
manusia yang lemah dan serba kekurangan dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Menurut
John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange
what God had created.”

Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh
manusia itu sendiri. Lantaran itu, sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif
dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994);
“Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make).
Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa
Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”

“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray
and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.”

“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements,


disharmonies and so on; identifying the
difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies;
testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally
communicating the
results.” (Torrance, 1974)

Bagaimanapun, konsep kreatif dan kreativiti amat luas dan tidak rigid
berdasarkan ruang, tempat dan masa. Malah, konsep kreativiti boleh
dilihat dalam pelbagai sudut berdasarkan latar belakang seseorang seperti ahli agama, peguam,
jurutera, doktor, pemandu bas, ahli akademik, ahli politik dan sebagainya. Malah menurut Leong
(2000), sesetengah sarjana yang liberal mentafsirkan; “People who copy concepts and ideas,” sebagai
memenuhi ciri-ciri kreatif. Ringkasnya, istilah kreatif dan kreativiti digunakan bagi menggambarkan
produk sosial yang dihasilkan. Berdasarkan konsep kreativiti secara umum, dapat disimpulkan konsep
pemikiran kreatif berkisar kepada entiti berikut:
1. Melakukan sesuatu dengan cara yang unik.
2. Seseorang itu dapat keluar daripada pola yang sama atau the pattern
of sameness.
3. Berfikir di luar kotak atau thinking outside of the box.
4. Melihat sesuatu daripada perspektif baru.
5. Menggabungkan idea yang sedia ada kepada pembentukan idea baru.
6. Membuka minda dengan idea-idea baru.
7. Mencabar andaian.
8. Mencipta sesuatu yang baru.
9. Menghubungkan idea yang tidak berkaitan.
10. Menerbitkan idea besar kepada idea-idea kecil.
11. Berfikir secara fleksibel.
12. Penghasilan idea, penyelesaian, konsep dan produk yang asli (novel).
13. Membuat sintesis, imaginasi dan visualisasi.

Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu


berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang
diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif
mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi
pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input
idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih
baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini
dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, “Creativity involves escaping from stuckness and opening up
possibilities.”
roses Kreativiti - Presentation Transcript

1. PKR_ISL MINGGU 3 Disediakan oleh; SYAZA YASMIN BINTI ISMAIL FATIN ADILA BINTI JAMIL NOR
ROHAIZAH BINTI AHMAD

2. PROSES KREATIVITI Terjemahan dari: Symbiosis Februari – May 2004, Technology Park Malaysia

3. PROSES KREATIVITI 1. ILMU PENGETAHUAN mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau
masalah Jenis-jenis maklumat; • Maklumat bercetak (buku, artikel, bahan muat turun internet) • Maklumat lisan • Maklumat
elektronik

4. PROSES KREATIVITI 2. PENYELIDIKAN Mengenalpasti percubaan yang lalu dan membuat pendirian di mana
tumpuan hendak diberi.

5. PROSES KREATIVITI 3. MENDEFINISIKAN MATLAMAT / ARAH TUJU Mentakrifkan dengan jelas masalah
yang hendak diselesaikan atau hasil yang dikehendaki. Mengenalpasti arah tuju penyelesaian masalah.

6. PROSES KREATIVITI 4. PENGERAMAN (INCUBATION) • Tiada apa yang dilakukan pada langkah ini. •
Menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa. • Idea tidak datang dengan segera. • Idea mungkin terbit pada
keadaan yang tidak disangka. • Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.

7. PROSES KREATIVITI 5. MEMBINA KEYAKINAN Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari
menumpukan pada satu idea. Idea adalah seperti batu loncatan; idea berkembang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru
sering kali adalah gabungan berbagai idea yang ada.

8. PROSES KREATIVITI 6. PENAPISAN Idea-idea perlu ditapis untuk mendapatkan cara penyelesaian yang terbaik.
Idea-idea yang baik akan digabungkan untuk menghasilkan satu penyelesaian yang kreatif.

9. PROSES KREATIVITI 7. MENYATAKAN DENGAN JELAS Mencari jalan untuk menyampaikan idea dengan
berkongsi idea dengan pihak lain dan menggalakkan mereka untuk memajukan idea tersebut.

10. PROSES DAN PENGHASILAN • Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau peristiwa. • Kreativiti
kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan uji kaji dan
sebagainya. • Kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikal. • Kanak-kanak harus digalakkan mengalami dan
mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti.

11. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN • Sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah mengembangkan daya
fantasi dan berinteraksi secara kreatif. • Mereka belajar melalui pengalaman dan meneroka. • Mereka menunjukkan pencapaian
kreatif dan berusaha meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni. • Tugas orang dewasa memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk meneroka dan bereksperimen.

12. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN Terdapat 3 kaedah utama untuk menguji kreativiti; (i) Kaedah Psikometrik
dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statik untuk mengukur kreativiti secara
saintifik. Kaedah ini dilakukan dengan mengaitkan aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif.

13. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN (ii) Kaedah Historiometrik Menggunakan maklumat dari dokumen- dokumen-
dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki daya kreativiti yang tinggi
dalam pelbagai bidang. Maklumat ini digunakan sebagai kriteria pengukuran kreativiti. Kaedah ini menggunakan pengukuran
secara saintifik dan secara empirikal.
14. PENGALAMAN DAN PENGUJIAN (iii) Kaedah Biografi Kaedah ini lebih kurang sama dengan kaedah histometrik.
Kajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta terkenal. Kaedah ini menggunakan kaedah secara kajian
kes yang lebih berbentuk naratif.

15. MODEL WALLAS

16. GRAHAM WALLAS • Dilahirkan pada 31 Mei 1858 dan meninggal pada 9 Ogos 1932. • Merupakan seorang sosialis
Inggeris, seorang pakar psikologi, dan seorang tokoh akademik. • Beliau banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses
pemikiran kreatif. • Model proses kreativiti diperkenalkan pada tahun 1926. • Dalam model ini, terdapat 5 peringkat proses
kreativiti.

17. (i) PENYEDIAAN (PREPARATION) • Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau diteroka. •
Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima. • Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti
membina rangka kasar, mendrafkan soalan dan idea-idea awal.

18. (ii) PENGERAMAN (INCUBATION) • Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan
perkara-perkara lain terlebih dahulu. • Idea dibiarkan mengeram dalam minda.

19. (iii) ILUMINASI (ILLUMINATION) • Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar. • Mereka
tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah. • Pada peringkat ini individu melalui proses mengenal pasti
karakter

20. (iv) VERIFIKASI (VERIFICATION) • Ini merupakan peringkat terakhir. • Pada peringkat ini idea tersebut telah
disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan. • Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan untuk melibatkan apa yang terdapat pada
peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan atau kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan.

21. Q

22. IMAGINASI BERPANDU DAN KREATIVITI Menurut Edwards (1990); “Guided fantasy provides adults and
children with opportunities to create symbols and images that are flexible and original in thought. Guided fantasies are fluent and
ever changing. In the process of pretending and imaging, people can invent and elaborate on images that are as original and
individual to them as their fingerprints.”

23. RUJUKAN • http://bloggingresource.abufaris.com/idea/kr eativiti.html • http://en.wikipedia.org/wiki/Graham_Wallas.


htm • http://members.optusnet.com.au/~charles57/ Creative/Brain/wallis.htm • Beaty, Janice J. 2004.Skills for Preschool Teacher.
Merrill Prentice Hall. Elmira College, Emerita.

 Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik http://mujahid.tripod.com/kbkk.html


 

 cekal melaksanakan tugas


 mendengar secara aktif/pendengar yang baik
 bekerjasama dengan orang lain
 jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
 peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah
dan sekuen yang digunakan
 mahir dalam menyoal
 dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi
yang berlainan
 sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
 kesediaan mengambil risiko dan cabaran
 

You might also like