You are on page 1of 4

Entri kali ini ingin saya kongsi bersama anda semua antara perkara asas yang kita perlu

fahami
dalam transaksi kehidupan seharian kita, Riba. Secara amnya ,kita memahami riba ini adalah satu
bentuk dimana orang yang berhutang perlu membayar hutangnya dengan kadar yang lebih daripada
apa yang dihutangkan. Seperti ramai yang sedia maklum, di sisi agama Islam, Riba merupakan
antara perkara yang ditegah dan diharamkan di dalam agama. Oleh itu, kali ini ingin saya kongsi
bersama anda semua mengenai definsi riba itu sendiri, hukumnya, serta jenis-jenisnya.

Definisi Riba
Dari segi bahasa, riba boleh ditakrifkan sebagai tambahan ataupun di dalam bahasa arab ziyadah.
Dari sudut istilah, terdapat berbagai-bagai takrif yang telah dikeluarkan ulama. Walaupun terdapat
sedikit perbezaan, secara dasarnya adalah sama. Menurut Ibnu al-Arabiy, Riba didefinisikan
sebagai semua tambahan yang tidak disertai dengan adanya pertukaran kompensasi. Imam Suyuthi
pula dalam Tafsir Jalalain menyatakan Riba adalah tambahan yang dikenakan di dalam muamalah,
wang, makanan, baik dalam bentuk kadar mahupun waktu.
Daripada dua takrifan yang dibuat oleh ulama disini, bolehlah kita fahami bahawa riba ini merupakan
satu bentuk eksploitasi di dalam transaksi di mana satu pihak itu telah dizalimi kerana dikenakan
tambahan di dalam transaksi tersebut tanpa mendapat apa-apa balasan atau kompensasi. Oleh itu
kefahaman kita mengenai hutang yang perlu dibayar lebih dari pokoknya adalah bertepatan dengan
definisi ini. Ini adalah kerana, apabila seseorang itu meminjam, mengapa dia perlu membayar lebih
daripada apa yang dipinjam? Lebihan itu merupakan eksploitasi yang dikenakan oleh orang yang
memberikan pinjaman ke atas orang yang berhutang. Selain itu, terdapat lagi bentuk riba yang lain.
Mari kita lihat bahagian-bahagian riba yang dipecahkan oleh ulama.

Jenis-Jenis Riba
Secara umumnya, Riba boleh dibahagikan kepada 2 jenis; Riba al-Fadhl dan Riba an-Nasii`ah.
Walaubagaimanapun, terdapat juga cendiakawan yang membahagikan riba kepada 4 jenis
iaitu; Riba al-Fadhl, Riba an-Nasii`ah, Riba al-Qardh, dan Riba al-Yad.

Riba an-Nasii`ah
Riba Nasii`ah adalah tambahan yang diambil karena penundaan pembayaran hutang di mana
hutang itu sepatutnya dibayarkan pada tempoh yang tertentu, akan tetapi dilewatkan
pembayaran hutang kepada tempoh yang baru. Misalnya, Adli berhutang dengan Ismail
sebanyak RM 100 dan berjanji akan membayar hutang RM 100 itu dalam tempoh sebulan akan
datang. Akan tetapi, apabila genap tempoh sebulan itu, Adli tidak mampu membayar hutangnya dan
meminta untuk dilewatkan sedikit waktu membayar hutangnya. Oleh kerana penangguhan itu, Ismail
meminta Adli membayar RM 120 kepadanya. RM 20 ini merupakan tambahan akibat kelewatan
pembayaran hutang tersebut dan dikenali sebagi Riba an-Nasii`ah.

Riba al-Qardh.
Riba al-Qardh adalah meminjamkan wang kepada seseorang dengan syarat ada kelebihan
atau keuntungan yang harus diberikan oleh peminjam kepada pemberi pinjaman. Maksudnya,
jika Ahmad meminjamkan Ali RM 2000, dia meminta Ali membayar semula RM 2300. Riba an-
Nasii`ah dan Riba al-Qardh secara dasarnya sama, akan tetapi perbezaannya ialah Riba an-
Nasii`ah berlaku apabila si penghutang lambat membayar hutang, manakala Riba al-Qardh berlaku
sama ada si penghutang lambat membayar hutang mahupun membayar hutang pada waktunya.

Di antara hadis yang melarang pengambilan Riba al-Qardh ialah;


Imam Bukhari dalam “Kitab Tarikh”nya, meriwayatkan sebuah Hadis dari Anas r.a bahwa Rasulullah
s.a.w telah bersabda, “Bila ada yang memberikan pinjaman (wang mahupun barang), maka
janganlah ia menerima hadiah (dari yang meminjamkannya)”.[HR. Imam Bukhari]

Hadis di atas menunjukkan bahwa peminjam tidak boleh memberikan hadiah kepada pemberi
pinjaman dalam bentuk apapun, lebih-lebih lagi jika si peminjam menetapkan adanya tambahan atas
pinjamannya.

Riba al-Fadhl
Riba al-fadhl adalah riba yang diambil dari kelebihan pertukaran barang yang sejenis iaitu
seperti apa yang disebutkan dalam hadis; emas, perak, gandum, barley, tamar, dan
garam. Dalilnya dari hadis yang diriwiyatkan oleh imam Muslim;

Maksudnya: “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan
berli, kurma dengan kurma, garam dengan garam, sejenis dengan sejenis, setara dengan setara,
dan dan secara spontan. Apabila jenisnya berbeza, juallah sesuka hatimu jika dilakukan dengan
spontan”.HR Muslim dari Ubadah bin Shamit r.a
Menurut hadis di atas, apabila melakukan transaksi dalam komoditi-komoditi di atas, hendaklah kita
melakukannya tanpa ada tambahan dari mana-mana belah pihak, bererti sama timbangan dan
kadarnya serta pertukaran tersebut dilakukanon the spot sekiranya dua barang yang ditukarkan itu
sama jenisnya. Sekiranya berlainan jenisnya akan tetapi masih dalam kategori di atas, hendaklah
pertukaran dilakukan secara on the spot sahaja tanpa perlu mengikut syarat-syarat persamaan dari
kadarnya.
Walaubagaimanapun ulama berbeza pendapat dalam menentukan komoditi yang tertakluk dengan
syarat pertukaran sama kadar dan secara spontan. Ulama Zahiriberpendapat komoditi yang
tertakluk adalah hanya 6 komoditi yang disebutkan dalam hadis. Manakala mazhab fiqh yang lain
berpendapat, pengharaman riba ini bukan tertakuluk kepada 6 komoditi itu sahaja, akan tetapi apa-
apa sahaja komoditi yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan 6 komoditi tersebut. Ulama
Malikiberpendapat pertukaran yang tidak sama nilainya antara emas dan emas serta perak dengan
perak adalah dilarang kerana ianya termasuk dalam kategori wang (medium pertukaran). Mereka
juga berpendapat komoditi yang tertakuluk kepada riba al-Fadhl ini adalah mana-mana komoditi
makanan yang boleh disimpan berdasarkan analogi yang diambil daripada hadis. Ulama Syafie dan
Hambalibersependapat dalam hujah ulama Maliki mengenai emas dan perak akan tetapi tidak
bersependapat dalam hal komoditi-komoditi lain yang mana Ulama Maliki menegaskan komoditi
makanan yang boleh disimpan termasuk dalam komoditi yang berkaitan dengan riba al-Fadl.
Manakala Ulama Hanafi berhujah bahawa komoditi-komoditi yang boleh terlibat dengan riba al-
Fadhl tidak hanya tertumpu dengan apa yang disebut di dalam hadis, akan tetapi boleh
dikembangkan kepada semua komoditi yang kebiasaannya dijual menggunakan ukuran dan
timbangan.
Riba al-Yadd
Riba al-Yadd ialah riba yang berlaku akibat penangguhan dalam pertukaran barang-
barang. Contoh bagaimana riba ini berlaku ialah apabila Yusof menjual kereta kepada Syahmi.
Mereka telah berakad bahawa Yusof menjualnya dengan harga RM 30 ribu. Mereka berdua
berpisah dari majlis akad dan Syahmi telah menangguhkan pembayaran. Apabila Syahmi ingin
membayar hutang pembelian kereta tersebut kepada Yusof, Yusof telah minta RM 32 ribu
daripadanya, lebih daripada apa yang telah dipersetujui dalam akad.
Hukum Riba
Sudah Jelas bahawa Riba ini, tidak kira mana-mana jenis riba pun telah diharamkan oleh Allah
s.w.t. Ini boleh dibuktikan melalui firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah ayat 275;

Maksudnya: Dan Allah telah menghalakan jual beli dan mengharamkan riba(275)

Allah s.w.t juga telah berfirman di dalam surah al-Baqrah ayat 276 dan 278;

Makusdnya: Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah, dan Allah tida menyukai setiap
orang yang tetap dalam kekafiran dan selalu berbuat dosa.(276)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba
(yang belum diambil) jika kamu orang-orang yang beriman.(278)

Allah s.w.t juga telah mengisytiharkan perang terhadap orang yang mengamalkan riba di muka bumi
ini melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 279;

Makusdnya: Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahwa
Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), Maka
bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.(279)
Hendaklah kita jelas bahawa pengharaman riba ini bukan sahaja terhadap orang yang
mengambil riba sahaja, bahkan orang yang memberi riba juga dihukumkan berdosa. Ini
adalah kerana, mengikut salah satu kaedah umum fiqh iaitu ‘Apa yang haram diterima haram juga
untuk diberi’.
Riba Masa Kini

Aktiviti Riba masa kini cukup berleluasa dalam masyarakat moden. Ini adalah kerana sistem
kewangan konvensional yang bertapak kukuh di dunia pada hari ini adalah berdasarkan sistem riba.
Di Malaysia, keterlibatan secara langsung di dalam aktiviti riba seperti membuat pinjaman dengan
bank konvensional, menyertai aktiviti pelaburan yang beunsurkan riba seperti Swish Cash dan
banyak lagi haruslah dielakkan dan dijauhkan sama sekali. InsyaAllah di masa akan datang kita
boleh berkongsi lagi mengenai bentuk-bentuk riba moden yang terdapat di Malaysia

You might also like