P. 1
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

4.0

|Views: 2,188|Likes:
Published by cikaifa

More info:

Published by: cikaifa on Mar 07, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/25/2013

pdf

text

original

1.

0

PENGENALAN

Kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita dengan orang laindengan baik dipanggil Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE)

Kecerdasan emosi adalah banyak dipelajari sepanjang hidup kita dan kompetensi kita di dalamnya boleh berkembang sepanjang hidup. Seseorang yang mempunyai kemahiran menangani emosinya beprestasi lebih baik dalam sebarang jenis ujian dan penilaian. Hal ini kerana terdapat satu perhubungan langsung antara kecerdasan emosi dan kelakuan konstuktif.

Kegagalan seseorang individu mengawal emosi diri sendiri akan membawa pelbagai kesan yang negative kepada dirinya sendiri. Hal ini kerana emosi mempengaruhi segala keputusan yang dibuat oleh kita dengan bantuan fikiran. Emosilah yang menentukan bahawa kita suka atau sedih mahupun marah pada sesuatu ketika itu. Kegagalan dalam mengawalnya juga boleh membawa padah seperti gejala sosial yang semakin berleluasa pada hari ini.

Peranan guru di sekolah dan peranan ibu bapa serta kesedaran mereka dalam mendidik anak-anak mereka amat penting dalam menjaga bentuk emosi yang dimiliki oleh mereka. Hal ini kerana pelajar yang prestasinya merosot cenderung emosinya lebih kurang stabil dari pelajar yang prestasinya cemerlang.

1

2.0

KONSEP KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

2.1

Apakah Emosi?

Apakah Kompetensi Kecerdasan Emosi?

2

Emosi berasal daripada perkataan latin iaitu emover yang bermaksud bergerak, kegusaran dan kegembiraan ialah perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, takut, gembira dan sebagainya (Teuku Iskandar, 2004). Weisenger (2000) menyebutkan bahawa kecerdasan emosi merupakan kebolehan untuk merasa, memahami dan mengaplikasikan kuasa di sebalik emosi dalam hidup manusia sehari-hari. Kecerdasan emosi berpunca daripada emosi, perasaan dan gelak hati. Emosi bukanlah sesuatu yang boleh dirasional secara intelek. Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan. Termasuk pula kesanggupan mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi membaca perasaan terdalam daripada orang lain.

Emosi merupakan suatu perasaan jiwa yang kuat. Kamus Advanced Learner¶s English-Malay Dictionary (2001) menghuraikan emosi sebagai perasaan apa sahaja yang meluap-luap, seperti kasih, gembira, benci, takut dan sebagainya. Mengikut Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), emosi merujuk kepada suatu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Emosi merangkumi tiga komponen, iaitu :

Komponen Kognitif Pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar, termasuk aspek penilaian.

Komponen Fisiologikal Merangsang dan membangkitkan badan fizikal.

Komponen Behavioral Ciri ekspresi ditunjukkan secara terbuka.

3

Goleman (1997) berpendapat bahawa manusia bukan sahaja ada emosi tetapi juga ada kecerdasan dalam emosi serta daya kecerdasan yang menimbulkan emosi.

Gardner (1983) dalam bukunya Frames Of Mind mengenal pasti 7 jenis kecerdasan manusia yang mana antara dua di antaranya, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal merupakan kecerdasan yang berkaitan rapat dengan emosi. Menurut Gardner, kecerdasan interpersonal merupakan kebolehan memahami orang lain, manakala kecerdasan intrapersonal ialah kebolehan membentuk diri sebagai model yang sesuai, dan dapat menggunakan model ini beroperasi secara efektif dalam kehidupannya. Gardner meninjau bahawa kecerdasan interpersonal pula terkandung keupayaan untuk menilai dengan teliti dan bertindak balas secara berpatutan berdasarkan perasaan, pembawaan, motivasi dan keinginan orang lain. Di dalam kecerdasan intrapersonal yang berasaskan ilmu pengetahuan diri sendiri, beliau menambah daya memperolehi perasaan diri, keupayaan memperbezakan di antara perasaannya, dan seterusnya membuat pemilihan sebagai panduan untuk bertingkah laku. Salovey dan Mayer (1990) memberikan definisi kecerdasan emosi sebagai kebolehan untuk mengenal pasti makna-makna emosi, menaakul dan menyelesaikan masalah berdasarkan emosi tersebut. Manakala Weisenger (2000) memberikan batasan bahawa kecerdasan emosi ialah kepintaran menggunakan emosi secara sengaja untuk membentuk tingkah laku dan pemikiran ke arah meningkatkan pencapaian sesuatu matlamat.

Salovey menggunakan kecerdasan peribadi yang dihuraikan oleh Gardner untuk merangka definisi kecerdasan emosi, dengan mengembangkan kebolehan mereka pada lima bidang iaitu kebolehan memahami emosi diri sendiri, kebolehan mengurus emosi, kebolehan memotivasi diri, kebolehan membaca emosi orang lain, dan kebolehan mengurus hubungan.

4

Memahami emosi sendiri

Mengurus Hubungan

Mengurus Emosi

Jenis Kebolehan

Membaca Emosi Orang Lain

Memotivasi Diri

Kebolehan memahami emosi sendiri membawa maksud kesedaran mengenal pasti perasaan sebagaimana yang ia berlaku. Manakala, bagi kebolehan yang kedua, kebolehan mengurus emosi ialah dari segi mengurus perasaan diri supaya menjadi berpatutan merupakan kebolehan yang dibina berasaskan kesedaran diri, iaitu kebolehan menenangkan perasaan diri, mengatasi emosi gelisah, sedih, putus asa, marah dan sebagainya. Kebolehan yang ketiga pula membawa erti kebolehan mengaturkan emosi ke arah objektif yang ditentukan. Ini adalah perlu bagi menumpu perhatian motivasi diri dan penguasaan, serta untuk kreativiti. Orang yang mempunyai kemahiran ini akan menjadi lebih produktif dan efektif dalam mana-mana tugas yang mereka usahakan.

5

Empati, iaitu kebolehan membayang dan menghayati emosi atau perasaan orang lain, merupakan kemahiran asas manusia. Orang yang menguasai kemahiran empati dapat membawa harmoni dalam interaksi sosial, iaitu menggambarkan apa yang diperlu atau diingini orang lain. Ini adalah empati yang mencerminkan prinsip bertimbang rasa, mempertimbangkan kebajikan dan kebahagiaan orang lain sebelum dirinya. Teknik mengurus hubungan, sebahagian besarnya merupakan kemahiran mengurus emosi orang lain. Kebolehan ini berkait rapat dengan populariti atau kualiti disanjungi, kepimpinan, dan kecerdasan interpersonal. Orang yang menguasai baik sekali kemahiran mengurus hubungan akan dapat melaksanakan dengan licin, apa mana aktiviti yang bergantung kepada interaksi dengan orang lain. Mereka ialah orang yang merupakan bintang social orang lain.

Berdasarkan beberapa huraian tersebut, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa kecerdasan emosi ialah suatu himpunan kemampuan mental yang membantu kita untuk mengenal pasti, memahami dan meningkatkan kemampuan kita untuk mengawal perasaan diri sendiri dan perasaan orang lain. Kecerdasan emosi juga merupakan kemampuan seseorang untuk mengenali emosi diri, mengawal emosi, memotivasi diri sendiri, mengenali emosi orang lain dan kemampuan untuk membina hubungan dengan orang lain. Kecerdasan emosi sangat dipengaruhi oleh persekitaran, tidak menetap dan boleh berubah-ubah pada bila-bila masa. Peranan persekitaran sangat mempengaruhi dalam pembentukan kecerdasan emosi.

6

3.0

FAKTOR-FAKTOR PENJELASAN MASALAH EMOSI INDIVIDU

Peristiwa Dalam Hidup Pengaruh Keluarga

Personaliti

Umur

FAKTORFAKTOR PENJELASAN MASALAH INDIVIDU

Pengaruh Sekolah

Pengaruh Persekitaran

Pengaruh rakan sebaya

7

3.1

Faktor peristiwa dalam hidup

Peristiwa dalam hidup selalunya melibatkan perubahan yang besar dan memerlukan penyesuaian diri dalam hidup. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, perceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, di penjara, penyalahgunaan bahan terlarang, krisis kewangan dan lain-lain. Selain itu, peristiwa seperti penolakan keluarga dalam memenuhi kemahuan yang diminta oleh pelajar juga turut menjadi satu peristiwa negative yang akan mempengaruhi emosi pelajar tersebut sama ada dalam jangka masa yang pendek atau panjang. Adakalanya, setelah bertahun berlalu, pelajar tersebut masih mengingati apakah peristiwa yang telah berlaku pada dirinya. Manakala, peristiwa hidup yang positif adalah seperti majlis perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru.

Peristiwa dalam hidup selalunya amat memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang. Peristiwa dalam hidup yang tertekan selalunya mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, manusia akan merasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain. Emosi tersebut boleh menyebabkan demam, selesema, sakit kepala, susah tidur dan loya. Dari segi tingkah laku, manusia bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengah dari mereka akan menjadi kaku, manakala yang lain langsung tidak menunjukkan sebarang emosi, dan yang lain pula lebih cenderung untuk meluahkan emosi mereka.

8

3.2

Faktor Pengaruh Keluarga

Kehidupan kanak-kanak biasanya ditentukan oleh ibu bapa mereka. Sekiranya kanak-kanak atau pelajar atau remaja datang dari sebuah keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak pernah menaruh minat terhadap anakanak atau mengambil berat hal anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan, hal ini akan membawa kepada keadaan emosi danpenyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.

Sebuah keluarga yang terdiri daripada ahli keluarga yang mesra, demokratik dan mempunyai ibu bapa yang sentiasa memenuhi keperluan anak-anak mereka akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Justeru, kanak-kanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan selain lebih gembira dengan kehidupannya.

9

3.3

Faktor Pengaruh Rakan Sebaya

Pada peringkat ini, hubungan sosial bukan sahaja melibatkan ibu bapa tetapi juga rakan sebaya. Peringkat kanak-kanak yang memiliki rakan sebaya mempunyai pengaruh yang lebih sedikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai

peranan yang lebih penting. Namun, tetap minat mereka lebih mirip kepada minat rakan mereka yang sebaya dengan mereka daripada minat ibu bapa mereka sendiri.

Selain itu, perihal popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Remaja yang kadang-kadang memegang kedudukan di pucuk pimpinan di dalam pimpinannya akan membentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang, suka membantu, bijak, bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti kumpulan yang menarik dan menyeronokkan. Remaja seperti ini bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan idea yang baik.

Manakala, remaja yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Remaja ini merasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Remaja yang bersikap agresif, sombong dan terlalu mendesak akan tidak disukai oleh rakan yang sebaya dengan mereka dan terdapat juga kemungkinankemungkinan dia akan ditolak oleh rakan sebaya mereka. Remaja yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Hal ini boleh membawa kepada perlakuan jenayah.

10

3.4

Faktor Pengaruh Sekolah

Guru amat memainkan peranan yang penting dalam personaliti kanak-kanak. Secara langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri mereka dengan cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula melihat diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan µpengacau¶,µpengancam¶, µkesayangan guru¶, µsi bodoh dan sebagainya¶.

Guru yang bersifat mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mempedulikan murid mereka akan memusnahkan motivasi anak muridnya dan mereka akan merasa tersingkir.

Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan, tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik akan menerima pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang lebih baik. Markah peperiksaan akan menentukan sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai berjaya, pandai atau sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna. Sekiranya murid tersebut mendapat markah yang rendah, mereka akan merasa rendah diri pada guru mereka dan sebaliknnya berlaku pada murid yang mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.

11

3.5

FAKTOR PERSEKITARAN

Tekanan emosi boleh juga disebabkan oleh faktor luaran seperti faktor persekitaran. Hubungan antara persekitaran dengan tekanan ialah bagaimana persekitaran yang melingkungi remaja boleh menyebabkan mereka tertekan seperti persekitaran yang terlalu padat dengan penduduk, pembangunan yang terlalu pesat, suasana masyarakat yang kurang baik dan suasana yang bising.

Perbandaran yang terlalu pesat yang berlaku merupakan penyebab kepada tekanan. Peningkatan kos hidup dalam bandar menyebabkan individu berlumba-lumba meningkatkan pendapatan keluarga. Di samping itu, perbandaran juga menyebabkan individu banyak menghabiskan masa di jalan raya kerana kesesakan lalu lintas. Situasi ini memberi kesan kepada hubungan dalam keluarga terutama antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa tidak mempunyai masa yang banyak untuk berinteraksi dengan anak-anak, menyediakan masakan, bermain, mendidik dan berbual-bual dengan anakanak. Keadaan begini menyebabkan anak-anak rasa terpinggir, kecewa dan tidak dipedulikan. Sekiranya keadaan ini berlarutan dalam tempoh masa yang lama, hal ini boleh menyebabkan tekanan emosi kepada remaja tersebut.

3.6

FAKTOR UMUR

Konflik di peringkat umur remaja pula seringnya berlaku antara remaja dengan ibu bapa. Konflik ini timbul mengenai apa yang hendak mereka lakukan pada masa hadapan, eksploitasi pencapaian akademik yang berbeza antara remaja dan ibu bapa serta harapan yang terlalu tinggi supaya anak remaja berjaya. Keadaan perbezaan aspirasi, pandangan dan kehendak menimbulkan konflik. Menurut Habibah Elias (1997: 144), remaja lebih cenderung untuk bertindak, berfikir dan berpakaian seperti rakan sebaya, ibu bapa pula tidak bersetuju dengan kehendak mereka, maka di sini timbul konflik. Konflik yang berterusan ini boleh menyebabkan emosi remaja merasa tertekan kerana setiap apa yang ingin dilakukan olehnya sentiasa mendapat tentangan daripada ibu bapa mereka.

12

3.7

FAKTOR PERSONALITI

Personaliti yang dimiliki oleh seseorang turut boleh menjadi punca kepada tekanan emosi. Personaliti merujuk kepada ciri-ciri keperibadian yang dimiliki oleh seseorang. Misalnya, penghargaan kendiri, perasaan dan paras kebimbangan. Menurut Encylopedia Dictionary of Psychology (1992: 874), personality ialah satu konsep yang global yang mempunyai beberapa makna. Pertama, ia merujuk kepada tingkah laku dan perangai yang biasanya ada pada setiap individu. Kedua, ia merujuk kepada cantuman kesedaran diri atau ego. Ketiga, ia adalah topeng bagi sosial. Manakala menurut Uthman Najati (1993: 188) pula, personaliti bermaksud perangai atau tingkah laku seseorang hasil daripada faktor luaran dan faktor dalaman yang dipupuk dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Faktor luaran seperti kejayaan yang diperolehi, semangat, pujian dan sebagainya. Faktor dalaman pula, ialah perasaan cinta kepada Allah, bertakwa, sabar dan segala sifat baik. Hasil daripada gabungan ini akan mewujudkan seorang pelajar muslim yang berpersonaliti berpandukan al-Quran dan mampu menghadapi dugaan hidup. Dari perspektif Islam, personaliti lebih dikenali dengan sahsiah atau secara umumnya disebut sebagai akhlak.

Hubungan personaliti dengan tekanan emosi ialah bagaimana tingkah laku dan peribadi seseorang boleh mempengaruhi cara mereka menghadapi sesuatu keadaan sehingga menyebabkan tekanan kepada mereka. Misalnya, remaja yangmempunyai personaliti yang suka memendam perasaan, sentiasa dalam keadaan takut, rigid dan terlalu sempit fikiran. Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka akan lebih terdedah kepada tekanan emosi. Begitu juga, individu yang mempunyai personaliti seperti kurang sabar, ganas, tinggi daya saing serta mudah marah akan menyebabkan mereka lebih mudah mendapat tekanan emosi. Personaliti negatif seperti terlalu pemalu, bimbang keterlaluan, kurang yakin diri, pemarah dan kurang sabar boleh menyebabkan remaja mengalami tekanan emosi apabila mereka berhadapan dengan suatu keadaan yang bertentangan dengan personaliti mereka atau berhadapan dengan cabaran hidup.

13

4.0

KES-KES KENAKALAN REMAJA

Remaja dianggap sudah cukup umur atau diistilahkan sebagai baligh. Pada peringkat remaja, golongan ini mengalami peralihan zaman, antara zaman kanak-kanak dengan zaman dewasa. Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Dengan sebab itu, berlakulah ketegangan dan tekanan emosi dalam diri remaja. Jika mereka membesar dengan menjalani kehidupan yang sempurna, para pelajar atau remaja ini sudah tentu akan menyumbang bakti kepada negara kelak. Namun, bagi yang tidak menjalani kehidupan yang sempurna seperti yan bertuah, mereka yang lebih bermasalah ini akan menjadi yang sebaliknya.

Kegagalan dalam mengawal emosi sangat memberi implikasi yang buruk dan tidak sihat kepada remaja atau pelajar ini ke atas perkembangan masa depan mereka. Akibat mengalami kegagalan dalam mengawal emosi, remaja atau pelajar cenderung ke arah melakukan kegiatan sosial yang tidak sepatutnya mereka lakukan dan menyalahi undang-undang sama sekali. Bagi pelajar yang bermasalah seperti ini, tindakan atau denda yang dikenakan atas mereka sudah tidak menjadi sesuatu yang pelik pada mereka. Hal ini kerana mereka sudah cukup bermasalah dalam kehidupan mereka dan mengalami kesulitan dalam mengawal emosi mereka.

Majoriti antara pelajar yang mengalami kesulitan dalam mengawal emosi ini datang daripada keluarga yang bermasalah. Kemudian, ada antara mereka yang mula bercampur dengan geng-geng budak nakal malahan diri mereka sendiri akan secara semula jadi menjadi nakal kerana mereka ingin memuaskan hati mereka dengan tindakan kenakalan yang dilakukan mereka. Selain itu, pelajar ini juga akan berisiko dalam melakukan kegiatan jenayah seperti membunuh, merogol, mengambil dadah dan lain-lain lagi.

14

Keadaan yang gagal dalam mengawal emosi boleh membawa kepada kecelaruan identiti kepada mereka sendiri. Mungkin kerana trauma dan tekanan yang pernah dan dialami oleh mereka ini boleh memandu mereka untuk melakukan sesuatu dalam keadaan tanpa sedar mereka mencederakan orang lain. Tambahan, ada juga yang ingin membalas dendam dan melepaskan tekanan diri dengan membuli dan melakukan penindasan kepada yang lebih lemah dari mereka. Sifat rasional sudah tidak lagi berada dalam diri mereka kerana yang penting pada mereka hanyalah kepuasan diri mereka sendiri.

Pelajar atau remaja yang mengalami kegagalan dalam mengawal emosi akan biasanya akan melakukan kesalahan gejala sosial yang tidak bermoral. Jika hal seperti ini terjadi, apakah akan terbina modal insan yang didambakan untuk memacu negara di kemudian hari pada masa hadapan? Jadi, gejala sosial ini mestilah dibendung dari awal lagi demi mengelakkan negara kita jatuh dari tunggaknya.

15

4.1

Jenis Kes Kenakalan Remaja

Seks bebas dan jenayah seksual Dadah, Merokok dan Lari dari rumah

Buli

JENIS KENAKALAN REMAJA

Black Metal

Gangsterism

Ponteng sekolah dan kelas

16

4.1.1 Seks Bebas Dan Jenayah Seksual

Seks bebas dan jenayah seksual di kalangan pelajar kini semakin menular dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota. Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia 13 tahun ketika mereka mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah tersebut.

Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius. Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajar terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan pelacuran dalam kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada kancah pelacuran dan kegiatan seks haram di seluruh negara dan sepanjang tahun lalu pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.

17

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral dibawah meja di bilik darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah bersama-sama ibu bapanya pada malam sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah. Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup mendedahkan anaknya kearah gejala sosial dengan menonton video lucah bersamasamanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari ini? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua gejala negatif ini? Adakah anak yang perlu dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat ini dan lambakan bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah laku anak-anak dan para pelajar.

Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka dan memanfaatkannya ke arah yang lebih positif.

18

4.1.2 BULI

Buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.

Isu kes buli dan gangsterisme di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka . Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti. Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa.

Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd Hadzrin Mohamad setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih, meninggal dunia pada 21 Februari 2009. Banyak faktor yang mempengaruhi kes buli ini antaranya masalah disiplin yang semakin merosot di kalangan pelajar, kelemahan peraturan sekolah dan sikap tanggungjawab guru terhadap pelajar, sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan mengenepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan. Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan sama ada dari jabatan kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan mengenai langkah-langkah yang pelu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Beberapa kemahiran komunikasi sosial yang diperlukan ialah pengurusan konflik (conflict resolution), pengurusan kemarahan (anger resolution), kemahiran asertif (assertive skills) dan kemahiran perundingan (negotiation skills). Setiap sekolah juga perlu menganjurkan program khas pembentukan peribadi pelajar sebagai usaha menangani gejala buli yang semakin menular.

19

4.1.3 GANGSTERISM

Gejala samseng atau gengsterime di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata yang berbahaya. Berita Harian, 12 Julai 2001 lalu pernah melaporkan dalam tempoh 10 tahun antara 1989 hingga 1998 kadar jenayah membabitkan remaja lelaki dan pelajar meningkat sebanyak 35 peratus dan 25 peratus bagi remaja perempuan. Kemeterian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenal pasti pelajar di 456 sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan sedikit dan menunjukkan gejala ini kini berada pada tahap membimbangkan .

Kalau kita menyorot kembali gejala ini, kita akan diperlihatkan kepada pembabitan pelajar dalam kes jenayah berat seperti membunuh, merogol, menyamun, mengugut dan kes pukul. Terdapat juga pelajar yang terlibat dengan dadah, mabuk, memiliki senjata api menceroboh , judi dan membuli. Peristiwa terbaru ialah kejadian membakar sekolah dan rumah guru yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Seawal belasan tahun pelajar sudah terjebak dengan jenayah ekstrem seperti membunuh, merogol dan menyamun. Mereka yang sudah menjinakkan diri dengan kes seperti mencuri motosikal, pecah rumah dan memukul orang , tidak mustahil akan terbabit dengan jenayah berat seperti membunuh, sindiket senjata api , pengedaran dadah dan juga rompakan senjata api. Mengikut laporan Menteri Pendidikan semasa persidangan di Parlimen, statistik kesalahan membunuh, merompak, merogol dan dadah yang dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negara mengikut negerinegeri dari tahun 1999 hingga tahun 2000 dan pertengahan tahun 2001 ialah 12 kes bunuh, 123 kes rogol dan 51 kes samun dan rompakan.

20

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti faktor rumah tangga, sekolah, persekitaran, media massa dan diri pelajar itu sendiri. Ramai pelajar dan remaja mudah terpengaruh dengan media yang memberikan ganjaran keseronokan dan mula tersesat dengan meniru apa yang dilihat dan dibaca. Kewujudan media berteknologi tinggi mendedahkan remaja kepada pelbagai budaya luar yang kebanyakannya merosakkan pemikiran mereka. Selain itu rumah tangga yang porak peranda dan persekitaran yang tidak sihat juga menyumbang kearah kelakuan tidak baik di kalangan remaja. Sekiranya ini berlaku pelajar atau remaja akan mengambil jalan singkat dengan menjadikan perbuatan tidak sihat sebagai jalan keluar kepada permasalahan mereka.

21

4.1.4 PONTENG SEKOLAH DAN KELAS

Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan: 979). Secara umum ponteng sekolah ialah tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dan di luar pengetahuan ibu bapa atau penjaga. Walaupun begitu ada yang tidak hadir tetapi dalam pengetahuan ibu bapa. Ponteng juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan pelajar yang tidak berdisiplin dan bermoral rendah.

Ponteng sekolah adalah sejenis penyakit lama yang telah berakar umbi semenjak masyarakat kita mengenal alam persekolahan. Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan di bangku sekolah sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti melepak di komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan.

Ponteng sekolah boleh dibahagikan kepada beberapa tingkat, dari tingkat bawah hingga tingkat tertinggi. Antara tingkat-tingkatnya ialah ponteng hati, ponteng kerana bangun lewat, ponteng kelas dan ponteng sekolah. Walaupun adanya peraturan atau disiplin sekolah yang ketat tetapi seketat mana pun undang-undang dibuat gejala ponteng tetap berlaku. Kajian Kementerian Malaysia (1978) mengenai disiplin telah menyatakan dan meletakkan gejala ponteng sebagai isu utama.

Terjadinya kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa fakor. Antaranya adalah suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah.

22

Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua, pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar (Tan , 2006).

Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala ponteng. Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa, perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi.

Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajarpelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah.

23

4.1.5 Black Metal

Saban hari bilangan remaja yang terjebak dengan gejala sosial kian meningkat. Yang lebih menyayatkan adalah gejala ini seolah-olah epidemik atau wabak yang menjangkiti remaja melayu babak demi babak, peringkat demi peringkat dan yang terakhir dan masih terasa bahangnya ialah masalah Black Metal dan kini Pink Metal. Semua ini masalah lama yang diberi manifestasi baru kerana kelekaan sendiri. Masalah Black Metal misalnya merupakan masalah masyarakat yang telah membelakangkan adab dan budayanya sendiri sehingga wujud satu kekosongan yang kaku dan bisu.

Kegiatan Black Metal adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur pemujaan dan penyembahan syaitan malah ada pengikut mereka yang sudah meminum darah kambing sebagai tanda setia kepada kumpulan mereka. Hasil daripada siasatan, polis mendapati 10 pelajar dari sebuah sekolah menengah di Parit Buntar mula terbabit dengan kumpulan Black Metal sejak 1999. Ada diantara pelajar berkenaaan terbabit dalam upacara membakar ayat Al Quran dan mengikuti upacara yang diketuai `tok guru` yang berselubung hitam.

Akibat dari ketandusan aqidah , pelajar Islam mula terpengaruh dengan agenda Yahudi dengan menafikan tauhid Uluhiyyah. Adalah menjadi perkara yang sangat menyedihkan dan mengecewakan apabila terdapat golongan pelajar Islam di negara ini yang terpengaruh dengan budaya yang kurang sihat ini. Ilmu dan pengajaran daripada simpulan bahasa dan perumpamaan melayu misalnya, tidak langsung mendapat tempat sebagai pegangan hidup kita.

Membenteras gejala negatif ini merupakan tanggungjawab sosial semua pihak dari seluruh anggota masyarakat. Usaha ini memerlukan kerjasama yang padu di kalangan anggota masyarakat. Dengan komitmen, kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, gejala ini akan dapat ditangani dengan sebaiknya, tanpa kita membebankan mana-mana pihak.

24

4.1.6 Dadah, Merokok dan Lari Dari Rumah

Penglibatan pelajar sekolah di negara kita dalam kes merokok, dadah, lari dari rumah dan judi bukanlah perkara yang baru. Bagi kesalahan menyalahgunakan dadah yang dilakukan oleh pelajar sekolah bagi tahun 1999 ialah sebanyak 328 kes manakala bagi tahun 2000 ialah sebanyak 448 kes. Diantara jenis-jenis dadah yang dikesan dalam kalangan pelajar ialah ganja, heroin, pil ectasy, menghidu gam, meminum ubat batuk dan lain-lain bahan yang mempunyai kesan-kesan dadah.

Akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 25.08.2000 melaporkan bahawa 10 orang pelajar ditahan dalam serbuan polis yang disyaki ponteng dan menghidu gam. Masalah merokok di kalangan pelajar pula semakin bertambah bilangannya dari sehari ke sehari. Akhbar Berita Harian bertarikh 30.03 1998 melaporkan terdapat lebih 7000 murid tahun 4 telah merokok diseluruh negeri.

Terdapat beberapa sebab pelajar merokok seperti ingin menonjolkan emej yang hebat dan kedewasaan, ingin mencuba, dan mengikut tingkah laku ibu bapa , pengaruh rakan sebaya dan iklan serta mudah diperolehi di pasaran. Manakala satu lagi kesalahan yang selalu melibatkan para remaja ialah lari atau hilang dari rumah. Statistik untuk tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan remaja yang lari atau menghilangkan dari rumah semakin membimbangkan. Masalah ini mungkin akan menyebabkan wujudnya masalah yang lebih besar apabila mereka menghadapi kesulitan hidup setelah lari dari rumah seperti terlibat dalam pelacuran, pelayan di kelab malam atau disco dan sebagainya.

25

5.0

IMPLIKASI MASALAH EMOSI KANAK-KANAK KE ATAS PERKEMBANGAN MASA DEPAN

Terdapat perlbagai implikasi masalah emosi kanak-kanak ke atas perkembangan masa depan mereka. Ada antara mereka yang cenderung memencilkan diri daripada orang lain kerana merasa adanya satu garis penghalang yang membezakan mereka. Ada juga antara mereka yang terlibat dengan gejala sosial dan akhirnya berakhir di pusat pemulihan akhlak atau pun pusat serenti. Terdapat pelbagai teori yang boleh member penjelasan bagaimana penderaan emosi boleh membawa padah kepada perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak dan kesannya pada kanak-kanak tersebut. Antaranya ialah:

5.1

Mengganggu Hubungan dan Jalinan Emosi

Dalam teori perhubungan ikatan oleh Bowlby (1977), cara layanan dan penjagaan terhadap bayi atau anak-anak oleh ibu bapa atau penjaga menentukan sama ada akan terlahir atau tidak perasaan keibuan, kebapaan dan perhubungan emosi yang sihat antara ibu bapa dan anak berkenaan. Jalinan emosi antara ibu bapa atau penjaga dengan anak semakin kukuh apabila si anak memberi tindak balas yang bersesuaian. Lama kelamaan hubungan dan kepercayaan antara anak dengan ibu bapa atau penjaga menjadi lebih terjamin, erat dan kukuh apabila kedua-dua belah pihak bertindak balas dengan sihat dan bersesuaian. Dalam suasana di mana ibu bapa atau penjaga mendera emosi anak dalam apa cara jua, ini akan menghalang dan menyekat pertumbuhan dan perkembangan jalinan emosi antara anak dan ibu bapa atau penjaga terutama sekali apabila anak merasa keselamatan diri mereka sudah tidak terjamin lagi. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang mendera emosi anak, boleh menghancurkan ikatan sedikit demi sedikit, walaupun ikatan tersebut telah terbentuk dari awal lagi, iaitu semasa anak itu masih kecil (Patterson 1986). Apabila hubungan ini retak dan putus, kanak-kanak akan membesar dengan perasaan sukar mempercayai orang lain. Keadaan ini mengakibatkan kanak-kanak mudah mengalami pelbagai masalah emosi dan tingkah laku yang seterusnya merosakkan diri mereka.

26

5.2

Melambat dan Merencatkan Perkembangan Psikososial

Mengikut teori yang dihuraikan oleh Erikson dan Maslow setiap orang melalui perkembangan psikososial yang berbentuk krisis perkembangan. Biasanya dengan adanya sokongan dan bimbingan yang baik daripada ibu bapa atau penjaga setiap kanak-kanak melalui tahap atau peringkat perkembangan ini dengan sihat tanpa mengalami kesan negatif. Kanak-kanak yang didera emosi mereka secara langsung, tidak mendapat sokongan dan bimbingan yang diharapkan daripada ibu bapa atau penjaga. Ini akan menghalang dan memperlahankan kanak-kanak tersebut untuk melangkah ke tahap perkembangan psikososial seterusnya mengikut peredaran umur mereka kerana masih terkial-kial untuk mengatasi krisis perkembangan dalam peringkat umur rendah. Kanak-kanak ini seterusnya akan menghadapi gangguan atau bermasalah dalam perkembangan psikososial mereka.

5.3

Mengubah Proses Kognitif

Perkembangan proses kognitif atau proses analisis seseorang terhadap setiap keadaan yang dilalui bergantung pada pengalaman lalu. Pengalaman lalu boleh memberi pengajaran supaya seseorang itu lebih berhati-hati dan berwaspada pada masa akan datang supaya segala pengalaman tidak berulang lagi. Ini dianggap sebagai satu kebaikan. Tetapi Terr (1991) mencadangkan satu teori yang mengatakan bahawa kanakkanak yang didera dan mengalami pelbagai jenis trauma, termasuk penderaan emosi, mempunyai harapan dan tanggapan yang agak berlainan. Terutama sekali tanggapan mereka tentang perhubungan mereka dengan orang yang penting dalam hidup mereka, seperti ibu, bapa atau penjaga. Proses kognitif mereka mungkin memberi pendapat bahawa mereka perlu lebih rapat dengan orang yang mendera mereka ataupun mereka perlu mengambil alih peranan orang yang mendera mereka. Oleh kerana proses kognitif yang berlainan ini timbul akibat pengalaman penderaan, perkembangan sosial anak itu boleh terjejas. Buat masa ini kaitan ini merupakan satu andaian sahaja.

27

5.4

Mengganggu Perkembangan Fizikal

Akibat deraan emosi kanak-kanak ini tidak membesar seperti kanak-kanak lain. Ketinggian dan berat badan mereka didapati berada di bawah persentil yang ketiga untuk umur kanak-kanak (3rd centile for age) dan ini bukan disebabkan masalah organik. Ini dianggap sebagai satu jenis kekerdilan psikososial (psychosocial dwarfism) yang dulunya lebih dikenali sebagai non-organic failure to thrive. Ini kerana apabila kanak-kanak ini ditempatkan dalam suasana yang sihat, diperkayakan dengan kasih sayang serta mendapat kemudahan dan keperluan fizikal yang lain, perkembangan mereka akan pulih seperti biasa. Penderaan emosi saolah-olah telah merencatkan perkembangan fizikal kanak-kanak itu. Untuk memastikan perkembangan fizikal kanak-kanak berjalan dengan sihat, pemberian makanan dan minuman yang cukup sahaja adalah tidak mencukupi. Kasih sayang dan layanan yang diberi dengan penuh mesra, termasuklah cara komunikasi, sama ada secara lisan dan bukan lisan yang sihat akan membantu dalam memastikan perkembangan fizikal anak berjalan dengan sempurna mengikut potensi anak itu. Keadaan ini mempunyai hubung kait dengan mekanisme kompleks dalam maklum balas litar kawalan dalam paksi hipopituitari (final common pathway in the hypopituitary axis). Penderaan emosi dalam apa cara sekalipun boleh menghalang perjalanan sistem ini dan menggangu perkmbangan fizikal yang sihat. Antara gangguan yang dimaksudkan adalah kanak-kanak berkenaan hilang seler makan sekiranya emosi mereka didera. Kekurangan pengambilan makanan secara langsung boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mereka. Pengeluaran hormon lain yang diperlukan untuk tumbesaran kanakkanak secara meluas akan tergugat dan ini secara terus-menerus menggangu perkembangan fizikal kanak-kanak.

28

5.5

Gangguan Psikiatri

Gangguan psikiatri yang timbul akibat penderaan emosi ialah kemurungan, gangguan reaktif pertalian kasih sayang (reactive attachment disorder), masalah salah laku (Rabaiah 1994; Kasmini 1991) dan aduan psikosomatik (Kasmini 1992b). Gangguan negative lain adalah gangguan tingkah laku seksual, penyalahgunaan dadah dan cuba membunuh diri (Hart, Germain & Brassard 1987). Kanak-kanak yang mengalami pelbagai jenis penderaan (emosi, fizikal, seksual) didapati mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kemurungan dan distimia (dysthymia) berbanding dengan kanakkanak lain apabila umur mereka meningkat (Kaufman 1991). Dalam siasatan lanjut semasa kanak-kanak ini masih kecil lagi, mereka didapati kerap datang ke klinik dengan pelbagai masalah tingkah laku dan emosi seperti kerap kencing malam atau kerap meninggalkan tanda najis dalam seluar (Hart, Germain & Brassard 1987; Garbarino, Guttman & Sealey 1986). Ada juga menyebabkan keadaan yang lebih dikenali dahulu sebagai kes kanak-kanak yang tidak membesar bukan kerana masalah organic (non-organic failure to thrive, NOFT) (Mrazek & Mrazek 1985).

29

5.6

Gangguan pada Perkembangan Psikologi

Perkembangan psikologi kanak-kanak akibat deraan emosi juga didapati terjejas. Mereka tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. Sistem dan cara pemakanan juga agak luar biasa. Mereka makan tidak tentu masa dan gemar mengutip makanan tidak tentu arah. Tingkah laku mereka adalah lebih keanakanakan dan tidak mengikut tahap umur mereka. Adakalanya mereka didapati liar dan ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk. Pemerhatian mereka juga pernah disifatkan sebagai pandangan radar kerana mempunyai ciri-ciri pemerhatian yang sangat berhati-hati tanpa mempunyai ciri-ciri penerokaan (Mac-Carthy 1975). Perkembangan emosi kanak-kanak ini juga tidak stabil. Mereka tidak menunjukkan tindak balas emosi yang bersesuaian. Mereka mempunyai harga diri yang rendah dan sering menghadapi masalah dalam pergaulan. Kesemua ini menyebabkan kemerosotan pencapaian akademik mereka (Skuse & Bentovim 1994) dan kerencatan perkembangan lain secara menyeluruh (Hart & Brassard 1991; Erickson & Egeland 1987).

30

6.0

KEPENTINGAN PENGAWALAN EMOSI GURU

Memang tidak dinafikan bahawa seorang pelajar memenuhi kebanyakan masa menuntutnya di bangku sekolah.Jadi ,suasana bilik darjah merupakan suasana penting dalam memupuk kompetensi±kompetensi kecerdasan emosi selain daripada suasana keluarga di rumah. Jadi peranan guru dan pihak sekolah menjadi penting dalam menyusun aktiviti kurikulum untuk menyemaikan kompetensi-kompetensi tersebut.

Suasana emosi di bilik darjah merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008).

Terdapat pelbagai cara yang dapat dilaksanakan oleh guru untuk mengurus emosi murid di bilik darjah. Antaranya ialah dengan pendidikan melalui teladan, memperbaiki kemahiran komunikasi dengan pelajar di bilik darjah, sikap dan emosi guru semasa mengajar, penampilan guru semasa mengajar, dan penyediaan suasana belajar oleh guru tersebut.

Pendidikan melalui contoh teladan merupakan pendidikan yang penting dalam membentuk seseorang pelajar agar berbudi pekerti mulia, bermoral tinggi, dan pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat. Dalam hal ini, guru perlu menyediakan dan menjadikan dirinya sebagai contoh teladan yang paling baik pada pandangan pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar melihat dan memerhatikan segala tindak tanduk guru mereka. Contoh teladan memainkan peranan yang besar dalam memperbaiki diri seorang pelajar dan sebaliknya. Sekiranya guru itu bersifat benar, amanah, berakhlak baik, berani serta memelihara diri daripada perkara-perkara yang haram, maka akan lahirlah para pelajar yang bersifat demikian. Sekiranya guru bersifat dusta, khianat,

31

bakhil, rendah akhlak dan penakut, maka akan lahirlah pelajar yang mempunyai sifat tercela berikut.

Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yanag baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan yang ceria dan kondusif mempengaruhi mood dan minat serta kecergasan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dari segi emosi perasaan seperti marah, bersaing untuk sumber yang terhad,dengki,memfitnah dan lain-lain akan dikurangkan sekiranya pelajar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana kondusif dan emosi terkawal.

Selain itu, sikap dan emosi guru semasa mengajar juga mat penting bagi mewujudkan suasana kelas yang kondusif. Justeru, guru mestilah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan memperbaiki kemahiran komunikasi yang sedia ada dengan mood yang bagus semasa mengajar. Antara ciri yang perlu ada pada seseorang guru untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di bilik darjah ialah: 1. Mengamalkan demokrasi dalam komunikasi. Mengamalkan prinsip demokrasi di dalam bilik darjah dapat memperbaiki komunikasi. Wujudnya amalan demokrasi dalam bilik darjah akan melahirkan suasana yang kondusif dan harmoni. Murid tidak akan rasa berasa takut atau tertekan untuk menyuarakan pendapat mereka. Mereka bebas menyuarakan pandangan walaupun pandangan mereka itu kurang disenangi oleh guru dan rakan lain. 2. Menggunakan bahasa yang berkesan. Bahasa merupakan media terpenting dalam proses komunikasi di bilik darjah. Mesej atau maklumat yang disampaikan oleh guru kepada murid perlu menggunakan bahasa yang berkesan iaitu tepat, jelas dan ringkas. Penggunaan bahasa yang panjang dan meleret- leret akan menyukarkan pemahaman dan mungkin akan berlakunya penyalahan tafsiran.

32

3. Kesediaan untuk mendengar. Komunikasi berlaku antara dua pihak, iaitu pemberi maklumat dan penerima maklumat. Walaupun guru merupakan orang yang terpenting sebagai pemberi maklumat di bilik darjah, guru juga perlu menjadi penerima maklumat. Kesediaan guru untuk mendengar apa yang diujar oleh murid dapat mewujudkan suasana yang baik untuk proses berkomunikasi. Murid akan lebih bersedia untuk memberi pandangan mereka sekiranya mereka mengetahui bahawa guru mereka sedia untuk mendengar. 4. Menghormati perasaan orang lain. Proses komunikasi juga melibatkan domain efaktif, di samping kognitif dan psikomotor. Sebagai guru, seseorang itu perlu menghormati orang lain, termasuklah menghormati perasaan atau emosinya. Murid yang tersinggung perasaannya tidak akan berkomunikasi dengan baik. Atau mungkin ia tidak mahu lagi berkomunikasi dengan guru. Guru perlu sedar akan perasaan atau isi hati muridnya agar dapat mewujudkan iklim yang sesuai untuk berkomunikasi di bilik darjah. 5. Menyesuaikan diri dengan situasi. Guru perlu bijak mengubah peranan mengikut kehendak situasi. Sekiranya berhadapan dengan situasi yang berbeza, guru perlu menukar cara berinteraksi yang bersesuaian dengan individu atau kumpulan berkenaan. Murid di dalam sesebuah kelas adalah terdiri daripada individu- individu atau kelompok- kelompok yang berbeza. Guru yang prihatin dan sensitif dapat menyesuaikan diri mengikut keadaan.

Akhir sekali, penampilan guru semasa mengajar juga turut memberI kesan kepada P & P di dalam kelas. Seseorang guru haruslah bijak dalam memilih pakaian yang sesuai dengan dirinya untuk menjadi tatapan murid pada waktu mengajar. Pemilihan warna baju amat penting bagi mencipta mood pelajar yang ceria semasa dalam pembelajaran. Warna yang cerah dan segar seperti hijau dan ungu yang lebut amat digalakkan kerana dapat memberi ketenangan kepada murid di dalam kelas. Selain itu, pemilihan pakaian mestilah sopan kerana guru adalah µRole Model¶ kepada pelajarnya. Pelajar lebih cenderung mencontohi apa yang dilakukan oleh guru mereka. Jadi, guru haruslah bijak dalam µtackle¶ dan mengajar pelajar.

33

Antara kesan pengawalan emosi guru terhadap pelajar selain yang terdapat dalam penerangan di atas ialah : 1. Memperkembangkan pengalaman pelajar Guru berpeluang menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri pelajar; Mereka boleh memberi penjelasan serta memperIuas bahan-bahan bantuan dengan tujuan memperkayakan kurikulum. 2. Penerangan yang jelas dan terperinci Apabila guru dapat kawal emosi maka,guru dapat menjelaskan apa yang perIu dipelajari, bagaimana maklumat itu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pada pelajar dan apa yang akan dipelajari pada masa akan datang.Oleh itu pelajar juga dapat menerima ilmu dengan mudah. 3. Wujud kerjasama guru dan pelajar. Pentingnya guru mengawal emosi bilik darjah kerana pelajar berpeluang berkomunikasi dengan guru. Perhubungan antara guru dengan pelajar di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah Iaku yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini memerIukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia peIajar dengan hasrat mempengaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia peIajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajar khususnya pada tarat emosi yang mesra. Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan saling bersedia dalam hal berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama.

Manakala, guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan pula akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.

34

7.0

RUMUSAN / CADANGAN

Keluarga merupakan sebuah institusi yang dinamik. Dalam masyarakat tradisi peranan keluarga dalam semua aspek menjadi lebih ketara, dan kedudukan keluarga sebagai sebuah institusi lebih penting. Keluarga bertindak sebagai pendorong dan pembantu kepada anak-anak dalam proses pencapaian pengetahuan atau sesuatu kemahiran. Ibu bapa lebih gigih untuk melengkapkan anak-anak dengan pengetahuan dan ilmu secukupnya agar anak-anak tersebut dapat merancang masa depan mereka dengan lebih yakin.

Masalah emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja termasuk kanak-kanak tanpa mengira usia. Ibu bapa juga perlu memahami dan mengenali ciri-ciri masalah emosi di kalangan kanak-kanak. Maka didikan daripada ibu bapa sangat penting di mana ibu bapa perlu mempunyai sikap dan amalan positif serta pengetahuan yang boleh membantu mempengaruhi perkembangan anak mereka. Dengan ini, ciri-ciri positif yang dimiliki oleh anak mereka dapat di pupuk dan dirangsang untuk mencapai kecemerlangan.

Untuk melahirkan anak yang baik personalitinya maka ibu bapa harusmemberi perhatian dan ,mendengar masalah anak dengan teliti dan membantu menyelesaikan masalah itu. Perlu juga menjelaskan mengenai tindakan yang dilakukan kepada anakanak. Misalnya,kenapa sesuatu hukuman harus dikenakan terhadap tindakan yang salah oleh anak-anak. Ibu bapa perlu memberi latihan anak-anak dengan kemahiran sosial supaya dia dapat berinteraksi dengan kawan-kawanatau gurunya dengan berkesan.

Selain itu ibu bapa juga harus memberi dorongan kepada anak-anak serta mengatasi kelemahannya untuk membolehkan anak-anak berjaya mencapai cita-cita yang diharapkan. Pendedahan kepada pelbagai bidang yang mungkin diminati oleh anak-anak juga harus ibu bapa ambil peduli.Ibu bapa harus sentiasa melakukan hal-hal yang positif yang akan dijadikan teladan kepada anak-anak. Ibu bapa harus sentiasa

35

mempamerkan kasih sayang agar anak-anak berasa selamat dan dikasihi. Ibu bapa harus memupuk kasih sayang dan sikap bertolak ansur di antara anak-anak supaya mereka dapat berkongsi fikiran dan melahirkan sikap bantu membantu di antara adikberadik. Oleh itu, kehebatan personaliti anak mencerminkan kehebatan personaliti ibu bapa yang mendidiknya ,begitu juga sebaliknya.

Selain itu, beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Cadangan yang telah dikenal pasti ialah:

i. Para guru perlulah mempunyai kemahiran untuk mengeksploitasi kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap dimensi kecerdasan emosi pelajar. Oleh sebab kecerdasan emosi merupakan satu sifat yang boleh dipupuk dan dikembangkan, guru perlu ada pengetahuan tentang kecerdasan emosi agar dapat membantu meningkatkan kecerdasan emosi pelajarnya.

ii. Guru hendaklah memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang strategi mengendalikan masalah emosi, cara bekerjasama dengan orang lain, membantu pelajar mengenal pasti kelebihan dan kelemahan pada dirinya. Apabila pelajar berupaya mengawal emosi mereka akan dapat memberikan penumpuan terhadap proses pembelajarannya.

iii. Pendidik hendaklah mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan seperti mengadakan perbincangan kumpulan supaya pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain. Aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar mengetahui perasaan rakan dan mendapat maklum balas terhadap tindakan yang diambil iaitu perasaan empati. Pelajar yang mempunyai empati lebih mudah memenuhi permintaan dan kehendak pendidik serta memberi tindak balas dengan segera.

iv. Ibu bapa adalah berperanan penting dalam menentukan proses perkembangan emosi pelajar menjadi sempurna. Kesedaran ibu bapa terhadap kecerdasan emosi anak-anak mereka akan dapat membantu meningkatkan tahap kecerdasan yang dimiliki.

36

8.0

KESIMPULAN

Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran sematamata, malah kawalan emosi bilik darjah perlu di ambil kira serta kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Selain itu,kehebatan pengajaran guru juga bergantung pada beberapa aspek seperti, kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, tidak membosankan, inovasi, kreatif, pengurusan masa yang berkesan, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid dan penglibatan murid.

Pengawalan emosi amat penting dalam diri setiap orang pelajar kerana emosi merupakan satu titik besar sama ada membawa perubahan kepada diri pelajar itu ataupun tidak. Ada pelajar yang beremosi lebih bermotivasi dalam menguruskan diri mereka namun ramai yang lebih cenderung kearah gejala social yang membawa kepad arosaknya seseorang pelajar tersebut dari segi akhlak mahupun fizikal bergantung kepada gejala sosila yang diceburi.

Oleh itu, pelajar haruslah tahu cara-cara untuk mengawal emosi dari mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial yang hanya membinasakan diri sendiri. Selain itu, peranan guru dan kerjasama darinya amatlah penting kepada pelajar dalam memberi motivasi dan nasihat kepada pelajar tersebut sekiranya mempunyai masalah dan kesulitan. mereka

Akhir sekali, ibu bapa juga haruslah memainkan pernaan mereka sebagai insan yang paling dekat dengan pelajar tersebut yaitu anak-anak mereka. Hal ini kerana ibu bapa turut memberi kesan dan impak yang besar kepada anak mereka sama ada mempraktikkan nilai-nilai positif atau nilai-nilai negatif dalam kehidupan.

37

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->