You are on page 1of 41

1.

0 PENGENALAN

Pembinaan Negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak
dicapai oleh sesebuah Negara terutamanya Negara yang didiami oleh masyarakat
pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah Negara bangsa dilihat sebagai kemuncak
kejayaan sesebuah negara, pentadbiran dan penduduknya.

Pembinaan negara tanpa mempedulikan persoalan mewujudkan banga yang


satu bagi keseluruhan rakyat negara tersebut mungkin akan merugikan negara secara
keseluruhan di masa hadapan. Tanpa perpaduan yang kukuh dan rasa kekitaan
sebagai satu kumpulan bangsa bagi masyarakat pelbagai kaum memungkinkan
perpecahan, pergaduhan kaum dan huru-hara yang sekali gus menyebabkan
kegawatan ekonomi apabila pelabur asing tidak berani melibatkan diri dalam
perdagangan di negara tersebut.

Oleh itu, persoalan membina negara bangsa adalah satu perkara yang tidak
dapat disangkal kepentingannya dalam proses perkembangan sesebuah negara untuk
menjadi negara maju dan Berjaya terutamanya dalam menghadapi cabaran utama
abad ke-21 iaitu globalisasi.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah digubal oleh


Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu dokumen perancangan pembangunan
pendidikan yang merupakan pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu
yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan dan memupuk minda kelas
pertama. Walaubagaimanapun, sebarang hasrat dan aspirasi negara, serta masyarakat
hanya akan terlaksana jika guru yang ditugaskan mendidik anak bangsa merupakan
guru yang benar-benar berkualiti.
Perkara utama yang perlu diamalkan oleh seorang guru ialah dengan sentiasa
menghayati Falsafah Pendidikan Negara(FPN). Sebagai guru berkualiti, kita mestilah
melengkapkan diri kita dengan keempat-empat aspek yang terkandung di dalam FPN
iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Di samping itu, kita juga
hendaklah memiliki sikap akauntabiliti dalam menjalankan tugas agar sebarang
tanggungjawab yang diberi dapat dijalankan dengan berkesan. Akhir sekali, kita juga
perlu untuk sentiasa bermahasabah diri agar kita sentiasa kekal sebagai guru berkualiti.
Mudah-mudahan dengan usaha kita ini, hasrat kerajaan dapat dicapai dan profesion
keguruan sentiasa dimartabatkan.
2.0 MATLAMAT PENDIDIKAN DI MALAYSIA DALAM KONTEKS MELAHIRKAN
PELAJAR YANG MEMPUNYAI JATI DIRI YANG KUKUH

Matlamat pendidikan di Malaysia dalam konteks melahirkan pelajar yang


memiliki jati diri yang kukuh seperti pernyataan di bawah:

“Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia


dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati
diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup
sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur,
berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.”

(Teks ucapan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena sambutan Hari Guru 2010)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan,


Rukun Negara dan ciri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan berikut adalah digubal dan
diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.”
2.1 Matlamat Pendidikan Kebangsaan

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan


secara rasmi pada tahun 1988, maka Matlamat Pendidikan Kebangsaan adalah
memperkembang insan seimbang serta membangunkan sumber manusia untuk
kemajuan negara. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Kebangsaan bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri yang
berikut :

Percaya dan
patuh kepada
Tuhan
Berilmu
Memupuk perpaduan pengetahuan
dlm kalangan rakyat
berbilang kaum

Ciri -ciri

Bertanggungjawab
kepada diri, masyarakat, Berakhlak
agama dan negara mulia
Memiliki
sahsiah yang
seimbang dan
sepadu
2.1.1 Percaya dan patuh kepada Tuhan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan merupakan keyakinan bahawa


manusia dan alam sekitar tidak terjadi dengan sendiri tetapi ada Penciptanya, dan
hokum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh
kepada Tuhan dengan memikul amanah dan Tanggungjawab kepada Tuhan dalam
usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya.

Antara yang termasuk dalam kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan
diberi tumpuan adalah mengakui kewujudan penciptanya, mengakui manusia dan alam
dijadikan oleh pencipta, mengetahui hukum alam dan fonemenanya adlaah peraturan
yang telah ditetapkan oleh pencipta, menyedari bahawa manusia sememangnya
dijadikan untuk memajukan alam ciptaanNya, menyedari bahawa manusia
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri, melakukan kebaikan dan
menghindari perbuatan kejahatan, mengikuti dan mengamalkan ajaran agama dan
yang terakhir adalah menigkatkan serta mengukuhkan kepercayaan beragama.

Semua aspek tersebut haruslah dipatuhi dan dijadikan satu kepercayaaan


kepada seseorang pelajar dalam membina jati diri yang kukuh di samping berpegang
teguh kepada nilai agama dan moral. Dengan mematuhi ciri-ciri ini, maka pelajar yang
mempunyai jati diri yang kukuh akan berjaya dihasilkan.
2.1.2 Berilmu pengetahuan

Rakyat yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki sikap suka
membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri
dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang
memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan, gemar membaca, sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha meningkatkan dan
mnyebarkan ilmu pengetahuan, sentiasa memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri
dan juga orang lain dan yang terakhir ialah berfikiran terbuka, luas dan mendalam. Ciri-
ciri ini amat penting bagi setiap pelajar dalam membina jati diri yang kukuh melalui ilmu
pengetahuan yang sentiasa berguna.

2.1.3 Berakhlak mulia

Ciri yang ketiga ini merujuk kepada rakyat yang memiliki tingkah laku yang
bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan
seharian. Rakyat yang berakhlak mulia ini mestilah mengetahui yang mana nilai baik
dan yang mana nilai yang buruk. Selain itu, mereka haruslah menyedari kesan dan
akibat daripada perbuatan baik dan buruk selain mempunyai keyakinan terhadap nilai
murni dan mengamalkan sentiasa mengamalkan perbuatan yang baik serta sentiasa
menghindari tingkah laku yang buruk dan negatif. Akhir sekali, nilai kerohanian
kemanusiaan serta kewarganegaraan haruslah sentiasa dihayati sepanjang masa. Hal
ini haruslah dihayati sebaik-baiknya oleh pelajar dalam menanam sifat dan nilai moral
yang tinggi dalam diri mereka.
2.1.4 Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

Manusia akan memiliki sahsiah yang seimbang sepadu apabila semua potensi
dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis. Ia haruslah menjadi
insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup
yang datang dengan ketabahan yang tinggi serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi
segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia akan dapat menikmati
ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki
bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubunganya
dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubungan-
perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan negaranya sahaja, malah ia
menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa.

2.1.5 Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

Hal ini merujuk kepada rakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna


terhadap Tuhan, bangsa dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap,
bersih dan amanah. Mereka haruslah menyedari tugas dan tanggungjawab sendiri,
menyedari bahawa tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna,
sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan sentiasa berusaha untuk
meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara ke arah yang
lebih baik pada masa hadapan. Sifat ini perlu dimiliki dan dipupuk semenjak di bangku
sekolah lagi ke dalam diri setiap pelajar bagi mencapai matlamat pendidikan yang telag
ditetapkan.
2.1.6 Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan


keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat
menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan
perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa
asing.

Rakyat perlu sentiasa berusaha untuk memupuk perpaduan khususnya melalui


sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan lain-lain. Mereka
juga akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang
telah ditetapkan. Selain itu, mereka akan dapat mengekalkan kestabilan politik dan
keamanan negara dan mematuhi perlembagaan serta peraturan negara di samping
mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

Untuk mencapai semua ini, sifat yang harus dimiliki oleh mereka adalah sentiasa
berbangga menjadi rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita dengan sepenuh jiwa,
mengenali serta menghormati raja dan pemimpin kita, sentiasa menyanjung lambing-
lambang kebesaran negara seperti Jalur Gemilang, lagu kebangsaan dan Jata Negara.
Selain itu, mereka haruslah menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara
dengan bersedia mengorbankan apa sahaja demi mempertahankan maruah negara
selain mengamalkan semangat kekitaan dan menanam sifat berdisiplin serta mematuhi
undang-undang negara yang telah ditetapkan. Akhir sekali, rakyat juga harus berusaha
dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara.
Matlamat pendidikan ini amat penting untuk dijayakan demi melahirkan pelajar
yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan
nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal,
bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Pelajar yang
mempunyai jati diri yang kukuh amat penting dalam melahirkan rakyat dan pemimpin
kepada masa depan negara kita kerana mereka adalah tonggak negara.

Perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan serta remeh terutamanya dalam
bidang pendidikan memandangkan pendidikan adalah salah satu sub-utama yang amat
penting dalam membina rakyat yang mempunyai jati diri yang kukuh. Tanpa pendidikan,
pelajar yang mempunyai sifat ini tidak akan dapat dihasilkan justeru akan mengundang
bahaya kepada negara kita suatu hari nanti. Selain daripada perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses
pendidikan, Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:
1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya
sebagai seorang warganegara

2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya


melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan
terhadap kemajuan dan pembangunan

3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-
prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan

4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta akan negara

5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara


dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum

6. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-


kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada
Sebagaimana yang diketahui umum, Matlamat Pendidikan Negara yang
berlandaskan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1998) dan Wawasan 2020
(1991), ialah menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Serantau
dalam Abad ke-21. Untuk mencapai Matlamat ini, selain daripada penubuhan institut
pendidikan tinggi seperti Institut Aminuddin Baki (1985, IAB) dan Institute of Islamic
Thought and Civilisation (1987-ISTAC), usaha-usaha lain yang dapat diambil ialah :

Wawasan Pendidikan dirancang Menubuhkan Lembaga


dan dikemukakan pada tahun Akreditasi Negara (1996)
1993 sebagai program bertujuan menjamin taraf dan
reformasi pendidikan di mutu pendidikan di institut
peringkat sekolah pendidikan tinggi supaya
mencapai piawaian bertaraf
dunia.

Wawasan Kementerian
Pendidikan dilancarkan pada
bulan Januari, 1994. Di samping
Piagam Pelanggan yang Mempercepatkan proses
berikrar memberi perkhidmatan pengkoporatan dan
yang terbaik dan berkualiti, 14 penswastaan universiti-
sasaran kerja utama diumumkan universiti tempatan dengan
untuk melaksanakan program tujuan meningkatkan kauliti
pendidikan dengan tujuan dan mutu kursus yang
mencapai matlamat ditawarkan.
kecemerlangan pendidikan di
peringkat sekolah.

Menggubal dan
Menggubal dan menguatkuasakan Rang
menguatkuasakan Akta undang-Undang Institusi
Pendidikan 1995 untuk Pendidikan Tinggi 1996
memperkemas dan dengan tujuan menjadikan
melengkapkan perundangan Malaysia sebuah negara yang
pendidikan agar mencapai maju dan pusat kecemerlangan
cita-cita Wawasan 2020. pendidikan yang bertaraf dunia.
Menubuhkan Koridor Raya
Multimedia, MSC (1999), untuk
melaksanakan projek sekolah-
sekolah bestari dan memperuntukkan
kemudahan-kemudahan teknologi
bagi penyelidikan dan kursus sarjana Menganjurkan Expo Pendidikan
yang diusahakan dalam kampus di negara-negara serantau,
Univeriti Multimedia yang terletak termasuk China dengan
dalam bandaraya MSC. menarik lebih ramai pelajar
luar negeri untuk mengikuti
kursus pengajian di Malaysia.

Menubuhakan sekolah-sekolah Mempercepatkan proses


bestari di dalam kawasan bandaraya pendaftaran universiti dan kolej
MSC serta di tiap-tiap negeri di universiti swasta yang
Malaysia menjelang tahun 2000. menggunakan bahasa Inggeris
sebagai pengantar bahasa
utama.

Mengutamakan pelajaran bahasa


Inggeris dengan menggubal Sukatan
Pelajarannya setaraf dengan Kertas Ujian
Bahasa Inggeris 1119 dalam peperiksaan
SPM, dan mewajibkan calon STPM
mengambil Kertas Ujian Bahasa Inggeris
(MUET) sebagai syarat memohon masuk
universiti tempatan.
3.0 PERANAN GURU SELARAS DENGAN CABARAN WAWASAN 2020

Peranan kita sebagai guru dalam usaha membangunkan sumber manusia


seimbang bagi membina sebuah Negara Bangsa yang maju selaras dengan cabaran
Wawasan 2020.

Bagi negara yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama seperti Malaysia,
usaha membina Negara Bangsa adalah sangat penting untuk memastikan rakyatnya
hidup bersatu padu dalam aman dan damai. Dalam era globalisasi dan perkembangan
ICT yang pesat, usaha ini menjadi penting kerana pengaliran secara bebas dan pantas
bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan
kepercayaan daripada pelbagai negara. Ini boleh menjejaskan perpaduan negara. PIPP
menggambarkan Bangsa Malaysia terdiri daripada individu dan masyarakat yang
mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama
dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik,
liberal dan bertolak ansur serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Faktor pemangkin
kepada usaha Membina Negara Bangsa ini adalah :

Bahasa
Kebangsaan

Demokrasi Integrasi
Nasional
Faktor
pemangkin

Patriotisme Kewarganegaraan
            Matlamat dan dasar yang dihasratkan dalam teras Membina Negara Bangsa
adalah untuk memastikan rakyat Malaysia memiliki jati diri yang kukuh, patriotik,
berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah
masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, berfikiran dan
berbudaya saintifik serta bersatu padu.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pelajaran


Malaysia menyediakan pendidikan yang dapat menyemai nilai-nilai ini bermula di
peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi. Pendidikan mesti memainkan peranan
untuk memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat melalui
aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan.

Dalam teras Membina Negara Bangsa Malaysia, empat fokus utama yang
digariskan dalam PIPP adalah :

Memperkasakan
bahasa kebangsaan Memantapkan
perpaduan
Negara dan
Integrasi
Nasional
Fokus
utama
Memupuk PIPP
kefahaman
yang jelas
terhadap Islam
Hadhari
Memupuk kecintaan kepada
seni, warisan dan budaya
negara
Teras yang ke-2 dalam PIPP pula adalah Membangunkan Modal Insan. Apa
yang ditekankan dalam teras ini adalah meningkatkan keupayaan, kreativiti dan inovasi
negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.

KPM akan memberikan tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah,
akhlak dan jati diri pelajar. Pelajar yang bakal dilahirkan berkompeten dalam Sains dan
Teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Sistem peperiksaan berfokuskan
kepada sistem pentaksiran dan penilaian holistik, membina disiplin pelajar kepada 3K
(kebersihan, kesihatan dan keselamatan)

Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki,
bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini,
Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara
secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan
vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih
banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama,
penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki
kekuatan moral.

Antara strategi yang dirangka ialah berfokuskan kepada pembangunan


pendidikan dengan membuat penambahbaikan di dalam sistem pendidikan dan latihan.
Berfokuskan kepada aliran perdana, sekolah kebangsaan menjadi agenda utama untuk
diberi ditingkatkan kualitinya dari segi prasarana dan keperluan kurikulum supaya corak
pendidikan di sekolah kebangsaan mendapat tempat di hati rakyat. Penekanan juga
diberi kepada merapatkan jurang antara sekolah Bandar dan luar Bandar menikmati
semua peluang akses pendidikan berkualiti melalui pendidikan sepanjang hayat.

Kesemua strategi yang dilaksanakan nanti dapat membina dan melahirkan


masyarakat yang inovatif dan dinamik dan mempunyai pengetahuan dalam bidang
Sains dan Teknologi. Kekuatan keintelektualan yang tinggi membentuk corak pemikiran
baru dalam masyarakat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional dengan
mengenepikan kepentingan kaum masing-masing. Perpaduan yang mantap ini dapat
memperluaskan forum perbincangan antara kerajaan, swasta, ibu bapa dan masyarakat
dalam pembangunan modal insan.

3.1 PIPP

Huraian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)

PENDEKATAN
 Kesemarataaan
 Peluang Pendidikan

 Kecemerlangan Institusi
ASAS PEMBANGUNAN
 Misi Nasional
 Dasar-Dasar
Pembangunan Negara
PENDEKATAN TERAS
 Dasar Pendidikan
Kebangsaan STRATEGIK PIPP
 Islam Hadhari
 Membina Negara Bangsa
 Pelan Integriti Nasional
 Membangunkan Modal Insan
 Memperkasakan Sek MATLAMAT
Kebangsaan Pendidikan
 Merapatkan jurang pendidikan Berkualiti Untuk

 Memartabatkan Profesion Semua

Keguruan
TERAS PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN
 Melonjakkan Kecemerlangan
Institusi Pendidikan
 Akses
 Ekuiti
 Kualiti FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
 Kecekapan Dan  Kerjasama Dan Komitmen Warga
Keberkesanan Pendidikan
Pengurusan Pendidikan  Kerjasama Dan Komitmen Pihak
Berpentingan
 System Penyampaian Pendidikan

 System Pemantauan Dan


Penilaian
Gambarajah 6 : Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dilancarkan
pada 16 Januari 2007
(Sumber : Pelancaran PIPP : 2006)

Peredaran masa membawa bersama pelbagai tuntutan dan cabaran baru.


Sistem pendidikan kita perlu sentiasa dipastikan bukan sahaja memenuhi tuntutan
zaman malah harus mempunyai keupayaan untuk mendepani cabaran masa depan.
Atas kesedaran itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menggubal Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. PIPP merupakan satu dokumen
perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan
menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Pelan ini adalah
pelengkap kepada pelan-pelan rancangan yang terdahulu dan digubal berpandukan
matlamat dan teras kerangka besar Misi Nasional dan Wawasan 2020.

PIPP mempunyai enam teras strategik bagi memperkukuhkan system


pendidikan negara. Teras –teras tersebut ialah membina negara bangsa melalui
pelbagai program yang dilancarkan, membangunkan modal insan Kelas Pertama,
memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan terutamanya di
kawasan luar Bandar dan pedalaman, memartabatkan profesion keguruan, dan yang
terakhir adalah melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan melalui kluster
kecemerlangan sekolah berasaskan beberapa aspek.

Selain itu, PIPP dilaksanakan dengan menggunakan dua pendekatan utama


iaitu dengan menyamaratakan peluang pendidikan untuk semua dan melonjakkan
kecemerlangan institusi pendidikan dengan mewujudkan kluster kecemerlangan.
3.2 Wawasan 2020

Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat
Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr.
Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, dalam Sidang Majlis
Perdagangan Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 Febuari 1991.
Wawasan ini mengandungi Sembilan cabaran seperti berikut :

Cabaran yang pertama adalah membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu
padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa itu mestilah
sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati
kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan,
membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan pengabdian yang
tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
Cabaran kedua adalah melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas,
teguh dan telah terbentuk jiwanya, akan dirinya sendiri, bangga akan keadaannya kini
dan yakin dengan semua yang dicapainya, dan cukup ringkas untuk menghadapi
segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat
mengejar kecemerlangan benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak
terkongkong jiwanya, dan dihormati pula oleh bangsa lain.
Cabaran ketiga yang sentiasa kita hadapi ialah membentuk dan
memperkembang sebuah masyarakat demokrasi yang matang, yang mengamalkan
suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah,
dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.
Cabaran keempat adalah membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri
moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
Cabaran kelima yang terus menerus kita hadapi ialah membentuk sebuah
masyarakat yang matang yang bersifat liberal lagi toleran, dengan setiap kepercayaan-
nya, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta
kepercayaan agamanya masing-masing, tanpa merasa tersisih daripada bangsa
tersebut.
Cabaran keenam adalah membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains
serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakin sebuah
masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turun menjadi
penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa
hadapan.
Cabaran ketujuh adalah membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya
penyayang, sebuah system social yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri
sendiri, dengan kebajikan rakyat yang tidak diasaskan pada negara atau individu, tetapi
pada system kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
Cabaran kedelapan adalah menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil
ekonominya. Masyarakat ini akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil
dan saksama, dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat.
Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi
ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-
kelompok kaum yang tertentu.
Cabaran kesembilan adalah membentuk sebuah masyarakat yang makmur,
dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan
mempunyai daya ketahanan.

Sesungguhnya wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia


sebagai sebuah negara maju dalam semua aspek dan dimensi ekonomi. social,
kerohanian, psikologi dan budaya. Ini bermakna, menjelang tahun 2020, Malaysia boleh
menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai
keyakinan diri, disanjungi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati
kehidupan dalam sebuah msyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur,
berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur, dan sepenuhnya
menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya
ketahanan.
 3.3 Definisi dan konsep Pembinaan Negara Bangsa

 Pembinaan Negara Bangsa adalah teras strategik yang pertama dalam PIPP.
Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan
agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih
lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas
bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan
kepercayaan dari pelbagai negara. Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa
dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:

“…membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa


hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-
wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya
berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia
dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa
tersebut.”
(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, proses


pembinaan negara bangsa tidak boleh dicapai dalam tempoh yang singkat dan peranan
guru amat penting untuk memastikan kejayaannya. Kerajaan berharap golongan guru
bekerja dengan lebih keras kerana mereka menjadi tonggak kejayaan konsep ini
lantaran hubungan rapat dengan anak-anak murid khususnya di peringkat awal.

Oleh itu, guru amat penting dalam memainkan peranannya dalam membina
Negara Bangsa, melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri serta berbudi bahasa dan
mempunyai nilai adab yang tinggi dalam masyakat.
 3.4 Peranan Guru Menjayakan Pembinaan Negara Bangsa

 Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai yang membangkitkan semangat satu


bangsa seperti yang telah dinyatakan dalam cabaran pertama Wawasan 2010 untuk
membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu iaitu Bangsa Malaysia dalam
kalangan murid-muridnya bermula dari usia yang muda, seperti kata pepatah, Melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Masyarakat guru diberi amanah yang berat kerana
mereka turut berperanan membentuk akhlak serta jati diri murid yang kukuh seperti
yang telah dinyatakan dalam matlamat pendidikan kebangsaan. Nilai kesucian,
kesabaran, kesempurnaan dan keamanan amat perlu untuk disemai dalam kalangan
anak bangsa demi membina negara bangsa yang teguh. Guru juga perlu berfungsi
mewujudkan rakyat berbilang bangsa yang bersatu padu dan teguh serta mengamalkan
semangat kekitaan dalam diri mereka.

            Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara
pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu aktiviti pendidikan haruslah memberi keutamaan
kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat satu bangsa dan satu
negara di kalangan pelajar. Guru dapat memainkan peranan dalam beberapa cara
seperti dinyatakan bagi mencapai hasrat Pembinaan Negara Bangsa dan sekali gus
menjayakan cabaran pertama dalam wawasan 2020.

 
3.4.1 Memperkasakan Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi yang dikongsi bersama oleh


pelbagai kaum dalam perhubungan rasmi dan kehidupan masyarakat. Pelajar-pelajar
perlu diberi kesedaran tentang kepentingan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa
Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi di Malaysia.
Tanggungjawab guru adalah untuk menyemai semangat cintakan Bahasa Malaysia
kepada generasi muda Malaysia supaya mereka fasih berbahasa Malaysia,
menghormati dan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai identiti rakyat Malaysia
yang sejati.

            Beberapa strategi pelaksanaan telah dilaksanakan ke arah memperkasakan


Bahasa Kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menggalakkan
minat membaca dan mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Antara program
yang telah dijalankan seperti Bulan Bahasa dan Sastera, Bulan Membaca, kem
penulisan, teater, kuiz dan sebagainya. Ini telah menunjukkan komitmen guru dalam
memastikan semua pelajar dapat menguasai bahasa Malaysia.
3.4.2  Rancangan Integrasi Murid-murid untuk Perpaduan

Guru-guru dan pelajar yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum bersama-
sama menyertai aktiviti yang telah ditentukan seperti RIMUP. Program Rancangan
Intergrasi Murid Untuk Perpaduan  (RIMUP) merupakan  satu program khas untuk
mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya,  dan
agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan
sebab  ini kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi tujuan mewujudkan
keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai
tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap
bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah
satu usaha yang berterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga
diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam
kelas..
 
Program ini amat penting kerana ia termasuk dalam Teras Satu Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) iaitu membina Negara Bangsa. Pembinaan
Negara Bangsa tidak akan tercapai, jika tidak wujud persefahaman, pemuafakatan,
perpaduan, serta kerjasama dikalangan semua rakyat yang ada dalam Negara
Malaysia, tanpa mengira bangsa, etnik, budaya dan agama. Selain menggalakkan
sekolah-sekolah tiga jenis aliran berinteraksi dan menjalin kefahaman serta memupuk
semangat bertolak ansur dan muhibah di antara mereka, murid-murid dari ketiga-tiga
buah sekolah juga dapat berkumpul di bawah satu bumbung yang sama dan
menjalankan pelbagai aktiviti bersama.

Selain RIMUP, Contoh kerjasama antara ketiga-tiga jenis sekolah ini dapat dilihat
jelas dalam projek pendidikan baru iaitu Sekolah Wawasan. Sekolah wawasan
merupakan suatu projek pendidikan baru yang meletakkan Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Jenis kebangsaan (Cina & Tamil) dalam satu kawasan yang sama. Setiap jenis
aliran sekolah mempunyai bilik darjah dan autoriti pentadbiran masing-masing tetapi
bersama-sama merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kokurikulum, system
berkongsi penggunaan kemudahan-kemudahan sekolah seperti padang, dewan, kantin
dan sebagainya. Tujuan utama konsep sekolah ini dilancarkan adalah untuk memberi
peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk belajar dan berinteraksi
dalam sesuatu kawasan yang sama, demi memupuk perpaduan dalam kalangan
anggota-anggota berbilang kaum.

Selain itu, antara aktiviti lain yang telah dijalankan demi memupuk perpaduan
ialah merentas desa, perkhemahan, pertunjukan kebudayaan, sambutan hari
kebangsaan, gotong-royong untuk keceriaan sekolah dan kawasan sekitar sekolah.
Pertemuan dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang ini DAPAT
menyemai perpaduan di antara pelajar. Kekerapan mereka bersama akan mengeratkan
perhubungan antara ketiga-tiga kaum walaupun mereka bersekolah di sekolah
berasingan.

3.4.3 Peperiksaan yang seragam


 
           Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah
diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.
Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para
pelajar tidak akan terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh
menolong dalam proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping
mewujudkan keperibadian yang sama.  Walau di mana mereka berada, objektif
peperiksaan adalah sama dan guru-guru akan mengajar sukatan yang sama untuk
pelajar-pelajarnya.

Melalui sistem ini, pelajar-pelajar daripada sekolah yang berlainan akan


berhubung antara satu sama lain demi mendapatkan maklumat dan spot untuk
peperiksaan. Hal ini secara tidak langsung akan dapat membina elemen perpaduan
dalam kaum yang berlainan dalam kalangan mereka.
3.4.4 Meningkatkan Perpaduan Kaum

Pada peringkat awal sekolah, jati diri murid boleh dipupuk melalui kurikulum,
program ko-kurikulum dan sukan. Guru sebagai pendidik perlu memastikan diri sendiri
bersedia untuk berusaha lebih inovatif, proaktif, mampu mencipta kelainan dan menjadi
contoh teladan yang baik untuk memupuk nilai-nilai jati diri kepada murid-murid
menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.

Elemen perpaduan dapat diterapkan  dalam aktiviti-aktiviti yang boleh


meningkatkan semangat patriotik, menanamkan sifat hormat-menghormati dan peka
terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Contohnya pertandingan bola sepak,
bola jaring, hoki, bola baling, bercerita, nyanyian dan olahraga. Melalui aktiviti seperti
ini, kerjasama antara kaum dapat diterapkan dan perpaduan akan wujud dengan
sendirinya. Justeru, cabaran Wawasan 2020 akan dapat dicapai kerana perpaduan
merupakan kunci utama untuk menjayakannya.
3.5 Peranan dan tangungjawab guru membina negara bangsa berlandaskan etika
agama dan nilai.

Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar


dan mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan
yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu,
dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat
ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas
oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia
maklum.

FPK, Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP dan Misi Nasionalnya, semuanya
menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari
segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘ first and foremost’ dalam diri seorang
individu yang bergelar guru itu. Ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat
meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih
kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu
bersifat materialistik, teknologi,kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan
manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru mestilah membina
kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil
dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek,
emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada
Tuhan. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan
tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat membangunkan insan.

Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama dalam
pembinaan negara bangsa seperti yang telah dinyatakan dalam Wawasan 2020 dn
PIPP iaitu memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat
kebangsaan serta membangun sumber manusia bersesuaian dengan keperluan
menghadapi globalisasi adalah sangat penting. Oleh demikian penting bagi setiap guru
memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing. Hal ini kerana peranan dan
tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam
diri setiap individu itu.

Untuk membina sebuah negara bangsa bukanlah sesuatu yang mudah ibarat
memetik jari. Strategi haruslah digunakan oleh para guru demi membentuk pelajar yang
berkualiti dan mempunyai nilai moral yang tinggi, sifat kesepaduan dan mempunyai jati
diri yang kukuh. Walaupun cabaran membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu
padu ini merupakan cabaran Wawasan 2020 yang paling asas, hal ini tidak boleh
dipandang remeh oleh para guru kerana untuk membentuk seorang pelajar mungkin
mudah, namun untuk membentuk ramai pelajar ke arah yang satu bukanlah satu
pekerjaan yang mudah dan memerlukan komitmen yang amat tinggi.

Jadi dalam usaha membentuk pelajar yang memiliki ciri-ciri yang mampu
membina sebuah negara bangsa suatu hari kelak, guru haruslah menjalankan
peranannya dalam:
3.5.1 Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai

Ciri perkampungan global dari segi ideologi, nilai, sosiobudaya dan pemikiran
yang diketengahkan melalui ledakan maklumat ini merujuk kepada model yang direka
bentuk oleh pengasas dan penaja sistem teknologi maklumat dan teknologi
telekomunikasi yang telah tersebar luas di seluruh dunia. Kedaifan kebanyakan Negara
Dunia Ketiga dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan
telekomunikasi memungkinkan mereka sukar untuk menolak gelombang yang besar
dan berisiko ini (Mohamad, 1995). Oleh itu, perubahan dalam arus teknologi maklumat
di negara ini telah menyebabkan wujudnya gejala sosial yang baru, misalnya isu
pornografi.

Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan


lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak
iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan
pengamalan nilai murni yang terkandung dalam ilmu wahyu iaitu Al-Quran dan As-
sunnah. Terlalu banyak nilai murni yang selaras dengan fitrah insan terkandung dalam
ilmu wahyu. Guru boleh merujuk pada nilai berkenaan dan seterusnya membina nilai
positif yang diinginkan menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru berjaya
melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal,  maka akan lahirlah pelajar yang
cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah. Biar apa pun nilai yang
dipilih dan diamalkan pelajar, ia hendaklah tidak bertentangan dengan agama dan
wahyu.

Perkara inilah yang diharapkan ibu bapa dan masyarakat untuk dilaksanakan
oleh guru. Ibu bapa dan masyarakat mengharapkan anak mereka cemerlang dalam
pelajaran dan pada masa sama mengamalkan nilai murni. Tugas ini memang sukar
dilakukan guru. Bagaimanapun jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dan
ingin membentuk pelajar sebagai insan, maka tugas itu akan menjadi mudah dan
memberangsangkan, InsyaAllah. Inilah yang dimaksudkan dengan tugas hakiki guru
yang sepatutnya diangkat menjadi etika keguruan.
3.5.2 Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku.

Matlamat pendidikan negara ini antara lain termasuklah mendidik pelajar supaya
memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya hari ini kita berhadapan
dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah
di sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara ini berlaku? Antaranya mungkin
kerana kita gagal membina konsep fitrah atau tabii pelajar menjadi liar dan ganas
sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan, tingkah
laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa
dan kehidupan.

Tugas guru adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran


sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan
sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku normal. Inilah etika guru
yang diharapkan. Sekali lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru
merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas
pengajaran dan pembelajaran.
3.5.3 Pembangunan insan asas kualiti hidup

Setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dikaitkan dengan


kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup
bermaksud kejayaan memperoleh status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan.
Namun konsep kualiti ini tidaklah memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana
kebendaan dan kemewahan semata-mata tidak menjamin kehidupan yang sejahtera
dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu perlulah dicari pengertian kualiti hidup yang
lebih lengkap.

Menurut paradigma pendidikan bersepadu, kualiti hidup bermaksud kehidupan


yang harmoni dengan fitrah insan iaitu gaya hidup yang sentiasa harmoni dengan tabii
atau fitrah insan yang dianugerah Allah SWT. Persoalannya bagaimanakah untuk
membina kualiti hidup menerusi pendidikan? Dalam hal ini kita memerlukan guru yang
dapat  menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya ia akan berminat
untuk membangunkan insan. Hal ini adalah seperti yang telah dinyatakan dalam PIPP,
membangunkan modal insan sebagai teras strategik PIPP yang kedua selepas
pembinaan Negara Bangsa. Insan itulah juga yang akan digunakan untuk
membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan terbina dalam diri pelajar, tentulah
mereka dapat menjalani hidup secara harmonis dengan fitrah atau tabii yang
dianugerahkan Allah SWT. Inilah yang dinamakan kualiti hidup. Dengan perkataan lain
guru yang mengamalkan etika keguruan ( tugas hakiki guru ) akan dapat melahirkan
pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya  harmonis dengan fitrah atau tabii
yang dianugerahkan Allah SWT.
3.5.4 Menjadi agen sosialisasi kepada pelajar

Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi


pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses
sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk
dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut Durkheim, peranan guru pendidikan moral
dan tugas sekolah adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai
kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil
dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Beliau
juga mengganggap guru adalah agen yang utama dan merupakan pertalian yang
kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan.

Guru juga perlu menjalankan peranannya sebagai individu yang paling dekat
dengan pelajar semasa pelajar berada di sekolah. Oleh itu guru mestilah melaksanakan
peranannya sebagai pengganti ibu bapa. Ini amat penting kerana hubungan yang rapat
akan menerbitkan rasa hormat pelajar kepada guru atau orang lain di sekolah. Pelajar
akan rasai dihargai dan diberi perhatian. Oleh itu tidak akan ada mana-mana pelajar
beranggapan kehadiran mereka di sekolah seolah-olah tidak disedari oleh orang lain.
Ini akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan vandalisme dengan alasan
ingin menarik perhatian rakan atau guru.
4.0 KUALITI PROFESIONAL YANG PERLU ADA PADA GURU

Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecemerlangan seseorang guru


tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadi profesionalnya yang tinggi kerana guru
diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya. Oleh itu, ketinggian
kualiti peribadi guru juga boleh menjadi pemangkin kecemerlangan sesebuah sekolah
melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan.
Pembinaan modal insan adalah teras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia
merangkumi proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu,
berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selari dengan aspirasi
negara dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang
meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina prestasi serta
memiliki merit hingga dapat  bersaing dan bertanding pada peringkat antarabangsa,
pembinaan modal insan turut menjadi teras dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9 ).

Strategi pembangunan insan atau sumber manusia seperti disarankan dalam


RMK-9 seharusnya dilaksanakan secara menyeluruh dan holistik. Sebab itulah kerajaan
melabur secara besar-besaran  dalam bidang pendidikan supaya mampu menghasilkan
nilai tambah kepada negara dalam jangka panjang. Bagi mencapai agenda negara itu,
pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan
sempurna.  Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan
dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan
terbilang dengan menggunakan kualiti-kualiti profesional yang mereka miliki.

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan syarat wajib seseorang guru
yang bertauliah. Seseorang yang memegang jawatan guru seharusnya mempunyai sifat
dan kualiti profesional untuk menjalankan tugas dengan berkesan. Guru yang
memperoleh ijazah daripada university tidak semestinya boleh menjadi guru yang
berkesan sekiranya tidak memiliki sifat dan kualiti profesional.
4.1 Guru berkualiti

Berikut adalah sedutan daripada Perutusan Hari Guru 2005 oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj.
Ahamad bin Sipion, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia:

“Kualiti merupakan sesuatu yang subjektif dan ia merujuk kepada darjah


kecemerlangan, mutu atau sifat keunggulan. Dalam konteks membangunkan
pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan untuk membolehkan negara kekal kompetitif di
persada antarabangsa maka kualiti perlu dibudayakan dalam sistem pendidikan
Negara secara berterusan dan menyeluruh. Dalam sistem persekolahan ia bermula
dengan guru. Guru berkualiti ialah guru berwawasan danbermatlamat. Guru yang rajin
akan berusaha untuk meningkatkan kompetensinya dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan, dan kemahiran. Guru ini memilih untuk mencapai darjah cemerlang,
gemilang dan terbilang dalam kerjayanya. “

Sesungguhnya guru yang berkualiti akan membentuk murid yang berkualiti, dan
murid yang berkualiti akan menjadi warganegara yang akan membentuk negara yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
4.2 Sifat dan Kualiti Profesional

Sifat dan kualiti profesional yang perlu ada pada guru Malaysia bagi mencapai
matlamat membina Negara Bangsa ialah :

4.2.1 Ingin Tahu

Sifat ingin tahu akan mendorong seseorang guru supaya sentiasa berusaha
untuk menambah pengetahuannya dan seterusnya menjadi kreatif dan inovatif. Guru ini
akan selalu mempelajari dan menyesuaikan diri dalam arena pendidikan yang sering
berubah-ubah, baik dari segi kokurikulum mahupun kaedah mengajar, demi
kepentingan pekerjaannya sebagai guru yang bersifat profesional.

Guru yang kreatif dan inovatif dapat mencetuskan idea baru dan dapat
menterjemahkan kehendak serta matlamat kurikulum dengan menggunakan kaedah,
pendekatan dan strategi pengajaran serta pembelajaran yang kreatif dan inovatif.
Kecekapan guru mengadaptasikan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan akan
menjadikan mereka sebagai guru yang cemerlang dan disukai pelajar. Guru yang
mengasingkan diri daripada inovasi akan menjadi guru yang tidak efektif dan tidak
sesuai dengan cabaran dunia global yang berlaku pada masa kini. Guru-guru juga perlu
lebih kreatif mencari pembaharuan untuk mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran di
samping cuba mendekatkan lagi diri guru dengan para pelajar agar proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung dengan jayanya.
4.2.2 Pengetahuan Ikhtisas

Seseorang guru yang memperoleh pengetahuan dalam bidang pendidikan


adalah guru yang bertauliah, iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang
sebenar. Guru ini akan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan
seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu kokurikulum,
kandungan mata pelajaran dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri dengan
berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperoleh kualiti
profesional dalam konteks pendidikan.
Selain itu, seseorang guru haruslah bijak dalam menggunakan pelbagai
ilmu pengetahuan yang dimilikinya. Ciri profesionalisme keguruan merangkumi
kemahiran mengajar, kecekapan dan kewibawaan seorang guru, pengetahuan dan
kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru perlulah mempunyai
pengetahuan dan sifat kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai
seorang guru juga mereka bebas membuat keputusan namun ia perlulah mengambil
kira kepentingan pelajar-pelajarnya. Membuat keputusan yang rasional adalah sangat
penting untuk mengelakkan daripada guru-guru bertindak melulu sehingga boleh
meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar dan masyarakatnya. Pendekatan ini
memerlukan kesabaran, pengetahuan dan kemahiran yang dipupuk dari masa ke
semasa dan guru juga haruslah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan, tetapi
sentiasa belajar dari kesilapan (Nur Faizah,2006).
Selain itu, guru haruslah bijak mengaplikasikan teori kepada amalan. Ia
menunjukkan kecekapan seseorang guru untuk mengaplikasikan pengetahuan teori
yang dipelajari kepada amalan. Potensi yang ada pada guru haruslah digunakan
sepenuhnya. Teori yang diperolehi dan dipelajari di dalam kuliah serta ilmu yang
didapati melalui kursus dalam perkhidmatan, latihan kemajuan staf, seminar
penyelidikan dan sebagainya harus dijadikan input untuk diaplikasikan dalam situasi
sebenar iaitu di bilik darjah secara kreatif dan inovatif (Mohd Izranuddin, 2006).
Pengetahuan ini juga akan dapat membantu para guru menyelesaikan masalah
pembelajaran dan membentuk seseorang guru menjadi lebih berwibawa dalam
melaksanakan tugas mereka.
4.2.3 Suka membaca

Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu yang


lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta mendalam. Objektif
ini hanya boleh tercapai apabila guru sentiasa membaca buku ilmiah. Oleh yang
demikian, sifat suka membaca merupakan kriteria yang penting untuk mempertingkat-
kan kualiti profesional seseorang guru.

Profesion keguruan yang berteraskan kepada ilmu memerlukan guru memupuk


minat diri sendiri untuk mencintai ilmu pengetahuan dan mengamalkan konsep
pembelajaran sepanjang hayat. Revolusi yang berlaku dengan begitu pesat dalam
pelbagai bidang termasuklah pendidikan dan perguruan, menuntut para pendidik
supaya peka dan menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu. Hal ini juga akan
membolehkan seseorang guru itu untuk membantu murid menyelesaikan sesuatu
masalah yang melibatkan bidang-bidang berkenaan. Selain itu guru juga dapat
berkongsi maklumat dengan murid-muridnya.

Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak


mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan
menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi
mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan (Abd. Rahim, 2005).
Seseorang guru itu boleh mengumpul maklumat mengenai pengajarannya dan
mengambil usaha menambahbaikkan sesetengah daripada aspek pengajarannyanya
setiap kali mengajar (Khairulniza, 2007). Melalui cara ini guru-guru dapat memperbaiki
banyak kelemahan dan menambah “resepi” dalam pengajarannya agar lebih baik dan
menarik.
4.2.4 Kemahiran bertutur

Keberkesanan penyampaian pelajaran bergantung kepada kemahiran bertutur.


Guru yang menguasai pertuturan dengan jelas dan tepat akan membolehkan murid
mendengar pelajaran yang diajarnya dengan berkesan. Dengan penggunaan sebuatan
dan tatabahasa yang betul, murid-murid tidak akan tersilap. Oleh yang demikian,
kmahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yang penting bagi
seseorang guru.

Kualiti ini termasuk dalam ciri-ciri interpersonal yang merujuk kepada kemahiran
berhubung, berkomunikasi, menangani masalah, menyesuaikan diri dan sebagainya.
Guru-guru perlu mengelakkan komunikasi sehala sehingga pelajar berasa bosan
terhadap pengajarannya. Guru tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga tidak
mengambil peduli sama ada pengajarannya dapat diterima atau tidak oleh pelajar dan
mengambil sikap endah tidak endah terhadap tahap kefahaman dan penerimaan
mereka. Seorang guru yang baik akan cuba mewujudkan komunikasi dua hala dengan
pelajarnya, sama ada meminta pendapat atau bertanyakan soalan yang berkaitan.

Guru juga harus peka dengan tingkah laku setiap pelajarnya. Jika ada yang
berangan atau mengantuk, guru perlulah mengajukan soalan atau meminta pandangan
daripada pelajar tersebut. Guru perlu memanggil nama pelajar dengan baik, mengucap-
kan terima kasih di atas jawapan dan pendapat yang diberi. Bukan itu sahaja, para guru
juga perlu menunjukkan sifat prihatin dan menghormati para pelajarnya dan tidak
sesekali mengherdik atau menghina pelajar yang dianggap nakal di hadapan kawan-
kawan mereka. Seorang guru memang perlu bersikap tegas untuk mengawal murid-
muridnya, namun janganlah memarahi pelajar dengan kata-kata kesat atau membebel
sehingga berjam-jam lamanya. Perlu diingat bahawa tenaga yang dikeluarkan daripada
kata-kata yang kesat hanya akan memberikan impak yang lebih negative berbanding
positif, diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi (Nur Faizah,2006).
4.2.5 Daya ingatan

Daya ingatan yang baik akan membantu guru menyampaikan pelajaran


sepenuhnya mengikut rancangan yang disediakan. Murid-murid akan ketinggalan
sebarang isi pelajaran yang penting serta tidak akan menerima ajaran yang salah. Oleh
yang demikian, daya ingatan yang baik merupakan syarat penting untuk
mempertingkatkan kualiti profesional seorang guru. Tanpa daya ingatan yang baik,
kemungkinan seseorang guru itu akan menyampaikan maklumat yang salah kepada
pelajarnya dan juga maklumat yang disampaikan kepada pelajar juga akan menjadi
kurang berkesan.

4.2.6 Daya usaha

Seseorang guru yang mempunyai kualiti daya usaha tidak akan terperangkap
dengan rutin yang membosankan murid untuk belajar. Guru yang mempunyai kualiti
profesional ini akan sentiasa memikir dan mencuba pendekatan atau kaedah mengajar
yang baru supaya pengajarannya sentiasa menjadi menarik dan berkesan.

Justeru, guru haruslah mempunyai kemahiran ilmu pedagogi. Ilmu pedagogi


meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori serta amalan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan mengajar yang lebih komprehensif
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru untuk melaksanakan
tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlu-kan cara, kaedah,
teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika guru masih
menumpukan kepada kaedah lama dan tradisional, adalah tidak mustahil sekiranya
masalah malas belajar, ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru
akan tetap berterusan (Mohd Izranuddin, 2006).
Manakala, mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti profesional seseorang guru
merangkumi semangat berdedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan
negara, bersikap positif terhadap pembelajaran, dan mempunyai inovasi dalam tugas.
Setiap guru sememangnya harus mempunyai sifat berdedikasi dalam menjalankan
tugasnya. Tiada istilah main-main atau tidak serius dalam kamus hidup seorang guru.
Sebab itulah sifat dedikasi amat penting untuk diamalkan dan sebati dalam diri
seseorang guru. Guru perlulah sentiasa peka dengan keadaan yang terjadi di sekeliling
mereka tidak kira di persekitaran pengajarannya mahupun isu semasa dalam bidang
pendidikan.

Oleh yang demikian, sebagai seorang guru mereka perlulah bersedia dengan
segala ilmu dan maklumat secara meluas. Ini penting agar mereka dapat menjadi guru
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Seterusnya akan melahirkan pelajar yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Guru selaku pendidik anak
bangsa haruslah berusaha menyumbangkan peranan di era globanisasi ini. Ini semua
dapat mengangkat martabat kita sebagai pendidik. Guru perlu sentiasa bersedia dan
menimba ilmu secukupnya bagi menghadapai cabaran-cabaran yang mendatang, Ini
semua penting agar kita dapat mengecapi nikmat kemajuan dan pembangunan negara
di masa akan datang seterusnya membina sebuah negara bangsa yang berjaya.
5.0 Rumusan

Matlamat Pendidikan Kebangsaan amat penting dalam menunjukkan hala tuju


system pendidikan di negara kita. Tanpanya, sistem pendidikan negara tidak akan
berjaya melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri yang kukuh seterusnya menjadi
pemimpin yang berkualiti di masa hadapan. Oleh itu, berpandukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan arah tuju demi mencapai Wawasan 2020, apa yang telah dilahirkan
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) haruslah dijayakan.

Pembinaan Negara Bangsa Malaysia yang beridentiti nasional memerlukan


usaha yang gigih dan kerjasama padu daripada setiap golongan masyarakat dan kaum
di Malaysia. Melalui pendidikan, diharapkan segala usaha menyemai semangat
perpaduan, cinta dan setia kepada negara dapat diperkembangkan serta diamalkan
dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia.

            Pembinaan Negara Bangsa dapat memperkukuhkan perpaduan, membina


identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia
bersesuaian dengan keperluan negara kita dalam menghadapi cabaran globalisasi.
Guru diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam menjayakan pembinaan
negara bangsa kerana perpaduan perlu dipupuk sejak dibangku sekolah lagi agar ianya
menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia. Guru sangat penting dalam menjayakan
matlamat ini memandangkan guru adalah medium utama penyampaian yang paling
dekat dengan pelajar di sekolah. Pelbagai pendekatan haruslah dijalankan oleh semua
guru bersama ciri-ciri profesional yang dimiliki oleh mereka demi menghasilkan
kejayaan dalam bidang pendidikan.
Kesemua strategi pelaksanaan dan pelan tindakan dalam teras Membina
Negara Bangsa ini telah dirancang dengan mengambil semua pertimbangan yang
sewajarnya, supaya Negara Bangsa Malaysia dengan acuan sendiri dapat dihasilkan.
Pemimpin institusi pendidikan, pensyarah dan guru mempunyai peranan utama untuk
membentuk anak-anak bangsa Malaysia seperti yang dihasratkan dalam matlamat
pembinaan Negara Bangsa.

Apabila Negara Bangsa Berjaya dibina, maka berjayalah salah satu teras dalam
PIPP dalam menjayakan Wawasan 2020 yang telah disytiharkan oleh Mantan Perdana
Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1991 dahulu. Sesungguhnya, bukan
senang untuk mengorak langkah dan menjayakan hasrat ini demi menjadi sebuah
negara maju yang setanding dengan negara-negara lain di dunia yang telah maju sama
ada dari segi teknologi atau pun sumber manusia.

You might also like