You are on page 1of 75

“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.


Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan”.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN DAN PENGHASILAN
TUMBUH-TUMBUHAN

1. Iklim
2. Tanah
3. Biosis
4. Genetik
5. Pengawalatur pertumbuhan
FAKTOR GENETIK YANG
MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN
HASIL TUMBUHAN
PENDAHULUAN:
-  Sains genetik mengkaji hukum dan proses
berkenaan pewarisan ciri-ciri oleh tumbuhan dan
haiwan.
-      Bidang ini cuba menerangkan persoalan mengenai:
a.     Apakah sifat kimia dan fizikal genetik yg
diturunkan kpd sesuatu organisma.
b.           Bagaimanakah bahan genetik diturunkan kpd sesuatu
organisma?
c.            Bagaimanakah bahan genetik bertindak dlm
organisma?
TERMINOLOGI TENTANG GENETIK:
1. Bahan genetik sel – merujuk kpd kandungan
kromosom dlm nukleus sel organisma berkenaan.
2. Gen - Setiap kromosom membawa beribu-ribu unit
pewarisan organisma – setiap gen menentukan
pewarisan ciri tertentu. Sesuatu ciri mungkin
ditentukan oleh lebih drpd satu gen. Cthnya
ketebalan tempurung kelapa sawit dikawal oleh satu
gen major manakala ciri spt kuantiti lateks,
ketinggian pokok padi dan daya pengeluaran hasil
tanaman ditentukan oleh lebih drpd satu gen.
3. Pembiakbakaan – suatu proses mengubah dan
memperbaiki kandungan genetik tanaman atau
ternakan kpd ciri-ciri yang dikehendaki.
TERMINOLOGI TENTANG GENETIK:
4. Varieti – sekumpulan tumbuhan yang mempounyai
sifat tertentu yang membezakannya drpd kumpulan
tumbuhan lain dalam spesies yang sama. Varieti baru
yang mampu memperbaiki ciri sesuatu tanaman di
hasilkan melalui proses kacukan, pemilihan dan ujian
baka. Proses ini mengambil masa yang panjang.
Cthnya, pelbagai jenis padi yang dihasilkan spt
MR84, MR185, MR167 dan MR211. ( MR = MARDI
Rice)
5. Klon - Sekumpulan tumbuhan yang dibiakkan drpd
pokok induk yang sama melalui cara aseks.
KLON
 ( Klon-klon Pilmor (Pil D65 dan Pil D84), Prang Besar
(PB25 dan PB86) dan klon-klon RRIM 703 dan RRIM
803 merupakan cth klon getah yang berjaya).
 Kacukan antara spesies juga telah dilakukan kpd pokok
getah. Klon-klon getah berasal drpd 22 pokok yg dibawa
masuk oleh Sir Henry Wickham pada tahun 1922. Oleh
itu tabung gen sgt kecil, oleh itu RRIM membawa masuk
9 spesies Hevea dr Amerika Selatan sebagai sumber
gen baru utk program pembiakbakaan.
KLON
 Kelapa sawit yang
diusahakan secara
komersial di negara
ini mempunyai tiga
bentuk genatik yg
berdasarkan
ketebalan
tempurung. Varieti
ini dikenali sebagai
tenera, dura dan
pisifera.
Penghasilan kelapa sawit Tenera
Ciri-ciri varieti dura, pisifera dan tenera

Varieti Ciri-ciri
Dura Mempunyai tempurung tebal dengan gelang
sabut
Pisifera Tidak mempunyai tempurung

Tenera • Kacukan antara Dura dengan Pisifera


 Mempunyai tempurung dengan sederhana
tebal
 Terdapat gelang sabut dengan mesokarp
 Ditanam secara komersial
Sifat kelapa sawit jenis Dura, Pisifera dan
Tenera
Sifat Buah Dura Pisifera Tenera

Tebal 2.0 – 8.0mm Tiada 0.5 – 0.3mm


tempurung
Gelang sabut Tiada Ada Ada
Mengelilingi
biji
Tebal 2.0 – 6.0mm 5.0 – 10.0mm 3.0 –
mesokarp 10.00mm
Saiz isirong Besar Kecil Sederhana
CIRI TUMBUHAN YANG DIKEHENDAKI
 -   Matlamat utama pembiakbakaan adalah utk
mendapatkan jenis tumbuhan yang lebih
baik drpd yang sedia ada.
 -     Ciri tanaman yang dikehendaki semasa
melakukan pembiakbakaan adalah seperti
berikut:
 1.      Cepat mengeluarkan hasil
 2.     Hasil yang tinggi
 3.     Hasil yang berkualiti.
 4.     Resistan terhadap penyakit dan perosak.
 5.     Bernilai estetika
1. Cepat mengeluarkan hasil
-  tanaman yang cepat matang memerlukan tempoh masa singkat utk
mengeluarkan hasil.
- tempoh matang yg pendek membolehkan penanaman ulangan
berganda dilakukan.
- Usaha juga dijalankan utk mengeluarkan varieti yg mempunyai
tempoh matang yang singkat dan berupaya mengeluarkan hasil yg
tinggi.
- Varieti ubi kayu MARDI(MM92) mengambil masa 6 bulan utk
mengeluarkan hasil berbanding 12 bulan bagi varieti Twig dan
Perintis. MM92 juga blh ditanam di kawasan tanah biasa atau
gambut.
- Durian Siam, D 129 (Chanee), D130 (Kan yau) dan D131 (Kato)
mempunyai masa matang 125 hari drpd prkt pengeluaran bunga
hingga buah gugur tetapi klon D99 yg diperkenalkan mempunyai
tempoh matang hanya 90 hari sahaja.
2. Hasil Tinggi
 -         Objektif utama kebanyakan program pembiakbakaan
ialah memperkenalkan tanaman baru yg berupaya mengeluarkan
hasil tinggi. Ini adalah kerana lebih banyak makanan perlu
dikeluarkan utk memenuhi keperluan makanan penduduk dunia yg
meningkat.
 -         Klon getah RRIM600, RRIM 900, RRIM 2000, PB260
digunakan utk penanaman getah semula di M’sia. Klon-klon ini
mengeluarkan 2500 – 3000kg/ha/tahun.
 - Klon baru RRIM2000 dijangka blh mengeluarkan hasil antara
3500 – 4000kg/ha/tahun. Kayu getah pokok klon baru ini juga
sesuai dijadikan perabut.
 -         Benih kopi polihibrid MARDI juga blh mengeluarkan hasil
yang berlipat ganda berbanding dengan pokok asal. (Liberica –
MCL- 34, 43, 44 dan 46 , Robusta – MCR 09, 10, 11 dan 16)
3. Hasil berkualiti
 -         Kualiti hasil ditentukan oleh kelazatan,
kandungan gula, nutrien yg tinggi serta warna
isi atau bentuk buah yg seragam.
 -         Buah betik varieti Hawaiian Sunrise
Solo mempunyai saiz buah yg terlalu kecil
walaupun mempunyai rasa yg sedap.
 -         Program pembiakbakaan terhadap varieti
ini menghasilkan betik Eksotika yang lebih
berkualiti kerana mempunyai saiz buah yang
besar dan rasa yang sedap.
Hasil berkualiti (samb...)

 -         Klon keledek Gendut (klon baru oleh


MARDI) mempunyai kualiti kandungan kanji yg
tinggi (23%), mempunyai sumber beta-karoten
yang tinggi, kaya dengan antosianin(sejenis
antioksida yg sesuai dijadikan makanan
kesihatan. Kini MARDI sedang berusaha
menggalakkan ubi keledek Gendut digunakan
sebagai makanan kesihatan.
 -         Pelanggan sanggup membayar harga yg
lebih tinggi utk mendapatkan buah-buahan yg
lebih baik. Cthnya D24.
4. Resistan terhadap Penyakit dan
perosak
 -         ciri-ciri pada tumbuhan atau haiwan yg mampu
menangkis atau menghalang perkembangan patogen
atau serangan perosak.
 -         Tahap resistan tanaman terhadap serangan
penyakit atau perosak biasanya disebabkan oleh
halangan mekanik drpd bahagian tumbuhan spt duri
resin, bulu atau bahan kimia yg tidak disukai oleh
perosak.
 -         Sifat pokok tomato dan kacang soya yang
berbulu menyebabkan vektor virus spt lelompat daun
dan afid tidak menghampiri tnman tersebut, oleh itu
penggunaan racun makhluk perosak atau racun kimia
dpt dikurangkan.
Contoh klon resistan

NAMA KLON MEMPUNYAI RINTANGAN


TERHADAP
Klon durian MDUR Kanker batang
88
Varieti padi Kanker batang
MR103, MR106
Varieti padi MR185 Hawar upih
Hawar bakteria
Klon getah LCB870 Penyakit luruh daun sekunder
5. Bernilai estetik
-  Nilai estetik timbul drpd kecenderungan dan citarasa pembeli
mengikut ciri-ciri spt warna, bentuk atau aroma.
-   Ciri warna dikaitkan dgn hasil yg cukup masak atau matang.
-    Tanaman hiasan mempunyai nilai estetik spt bunga-bungaan dpt
menceriakan sesuatu kawasan. Bunga keratan spt Bunga ros,
bunga kekwa dan teluki biasanya dibeli kerana nilai estetiknya
-    Bau merupakan satu ciri estetik bagi beras wangi.
-    Buah rambutan berwarna merah R161 lebih digemari berbanding
klon R156 (kuning).
-    Betik (tekstur dan warna isi adalah dua aspek estetik yg ptg utk
betik hibrid Titisan 19.
-    Bentuk buah pisang yg tidak seragam menyebabkan kesukaran
mengeksport.
KAEDAH MENGHASILKAN
VARIETI BARU
 Kaedah yg biasa utk memperbaiki
tanaman yg sedia ada melibatkan
pemilihan baka dgn ciri-ciri yg
diperlukan.
 Kejayaan dlm aktiviti pembiakbakaan
tanaman membolehkan varieti baru
dihasilkan.
MENGENALPASTI BAKA YANG BERPOTENSI

-  Tujuan memperkenalkan tumbuhan yang berpotensi


dlm program pembiakbakaan adalah untuk
menyediakan populasi tumbuhan yang bersifat
pelbagai.
-   Melalui cara mengenalpasti baka berpotensi, penilaian
dpt dilakukan terhadap populasi tumbuhan sblm
memilih pokok induk yg sesuai.
-   Punca genetik yg berbeza diperlukan agar pemilihan
dapat dilakukan. Bahan genetik ini perlu dikekalkan
dlm bentuk tertentu dan perlu disimpan kerana
habitat kebanyakan jenis tumbuhan sentiasa terancam
oleh aktiviti manusia.
MENGENALPASTI BAKA YANG BERPOTENSI
-  Jenis tumbuhan yg dikenalpasti:
 Elaeis guineensis dan Elaeis oleifera adalah dua
spesies yg sering digunakan dlm pembiakbakaan
kelapa sawit.
 Kacukan kedua-dua spesies ini menghasilkan

pokok yg lebih rendah di samping mengurangkan


kos menuai
Perbandingan spesies Elaeis guineensis dan
Elaeis oleifera
Ciri-ciri Elaeis oleifera Elaeis guineensis
Asal Selatan Amerika Afrika
Hasil minyak Rendah Tinggi
Kandungan asid Sangat tinggi Lebih rendah
lemak tak tepu
Keresistanan Terhadap penyakit Terhadap penyakit
Ganoderma, layu Ganoderma, layu
Fusarium dan reput Fusarium dan reput
batang dan tunas batang dan tunas
Susunan anak daun Dua baris Empat baris
Batang pokok Kerap merayap di atas Biasanya tegak.
permukaan tanah sblm
menghasilkan batang
tegak
MELAKUKAN PEMILIHAN INDUK
-  Pokok induk yg sesuai perlu dipilih drpd
populasi tumbuhan yg diperkenalkan sebelum
proses kacukan dilakukan.
-  Pokok induk merupakan pokok yg mempunyai
sifat tertentu yg ada pada varieti asal.
-  Pemilihan lebih mudah dilakukan terhadap
tumbuhan yg terdebunga sendiri kerana:
a.   Kandungan genetiknya tidak tercampur dgn
bahan genetik asing.
b.   Tumbuhan ini mempunyai ciri lebih seragam
Carta alir pembiakbakaan kopi
melalui program pemilihan
Penilaian dan pemilihan
Tahun 1 -2 pokok induk

Tahun 3 Penjagaan di tapak


semaian
Pengklonan
pokok induk dan
Penilaian hasil, mutu dan disimpan dalam
pemilihan anak pokok koleksi

Pembiakan pokok induk


terpilih secara aseks
Tahun 4 - 9
Penanaman di kebun

Biji benih kopi untuk


pengesyoran
MELAKUKAN PEMILIHAN INDUK
(Samb...)
 -   Pemilihan dilakukan setelah:
 a.     mengesan sifat yg dikehendaki dlm populasi
tumbuhan yg pelbagai sifat.
 b.     Membuat penilaian membandingkan prestasi pokok
tersebut dgn pokok yg lain.

 -      pokok induk yg sesuai juga boleh diplih drpd varieti


yg telah sedia terdapat di negara kita.
 -      Varieti ini berupaya untuk menghasilkan varieti
baru yg baik apabila dikacukkan dgn pokok induk yg lain.
 -      Varieti baru mengambil masa yg lama utk
dihasilkan, oleh itu amalan biasa yg dilakukan adalah
dengan mempertingkatkan potensi varieti yg sedia ada.
MELAKUKAN PEMILIHAN INDUK
(Samb...)
 -         Klon buah-buahan tempatan dihasilkan
melalui pemilihan ke atas tumbuhan yg telah
dikumpulkan
 -         Penilaian dijalankan utk menentukan
sifat agronomi yg baik spt hasil yg tinggi, sifat
hasil yg baik dan kesesuaiannya dgn kawasan
penananaman.
 -         Pembiakan aseks dilakukan utk
memperbanyakkan tumbuhan terpilih itu.
 -         Usaha ini telah menghasilkkan klon-klon
spt klon durian D24, dan B10 dan B17 utk
belimbing.
MELAKUKAN PENGACUKAN
 -   Pengacukan dilakukan utk menggabungkan bahan
genetik drpd dua pokok.
 -   Sifat yg yg diperlukan telah dipindahkan drpd
pokok induk yg dipilih.
 -   Hibrid ialah Hasil pengacukan antara pokok induk
ini.
 -  Anak pokok yg dihasilkan ini mempunyai kombinasi
baru bahan genetik.
 -   Terdapat teknik yg lebih moden menggunakan
bioteknologi khasnya kejuruteraan genetik utk
melakukan pengacukan, di mana gen tertentu dpt
dimasukkan ke dalam kandungan genetik sesuatu
tanaman lalu menghasilkan pokok yg mempunyai
ciri spt yg dikehendaki.
Tahun 1984 Titisan 19 Titisan 20
(induk betina) X (eksotika induk jantan)

Tahun 1985 Titisan 19 x Titisan 20

1985 hingga 1986 Kajian 1

1986 hingga 1988 Kajian 2

1987 hingga 1990 Pengeluaran bijibenih F1

1991 Pengesyoran Eksotika


II
MENGUJI GENERASI F1
 Pokok F1 (anak pokok generasi pertama)
ialah anak pokok dihasilkan daripada
penggabunagn bahan genetik kedua-dua pokok
induk secara kacukan.
 Anak pokok generasi F1 yang mempunyai
prestasi lebih baik daripada kedua-dua pokok
induknya dan dijadikan punca biji benih untuk
penanaman secara meluas.
 Pokok kelapa sawit jenis Tenera adalah contoh
pokok F1 yang dihasilkan melalui pengacukan.
 Biji benih pokok ini hasil kacukan debunga
daripada jambak bunga jantan pisifera yang
disembur pada jambak bunga betina Dura.
MENGUJI GENERASI F1 (Samb...)
 Menguji anak pokok generasi F1 merupakan amalan
asas pembiakbakaan.
 Pokok yang baik dipilih daripada populasi tumbuhan
yang dihasilkan.
 Pengujian dilakukan berdasarkan sifat tertentu seperti
daya pengeluaran atau resistan terhadap penyakit.
 Hasil yang diperolehi daripada anak pokok kemudiannya
dibandingkan dengan anak pokok yang lain.
 Anak pokok yang berpotensi dikenal pasti dan digunakan
untuk langkah pembiakbakaan yang seterusnya.
 Biji benih generasi F1 digunakan sebagai punca biji
benih.
 Biji benih dikenal sebagai biji benih kacukan F1.
Penghasilan kelapa sawit Tenera
MENGUJI GENERASI F1 (Samb...)
 Biji benih daripada pokok F1 tidak sesuai ditanam
kerana prestasi pokok yang dihasilkan akan
merosot.
 Ini adalah kerana bahan genetik pokok asal itu
telah disusun semula dan menghasilkan
kombinasi gen yang berbeza daripada pokok F1.
 Kaedah tradisi untuk pembiakbakaan tanaman
tertumpu kepada penggunaan gen daripada
spesies yang mempunyai hubungan rapat sahaja.
 Varieti dalam spesies yang sama atau spesies liar
adalah terhad. Ini menyebabkan kerja
pembiakbakaan menjadi rumit
PEMBIAKAN
 Pembiakan dilakukan untuk memperbanyakkan
tumbuh-tumbuhan yang dikehendaki.
 Amalan ini merupakan tindakan susulan
daripada program pembiakbakaan selepas
sesuatu varieti ini diperbanyakkan untuk
disebarkan kepada pengusaha pertanian.
 Selain itu, terdapat tanaman yang perlu ditanam
semula atau dikekalkan bakanya.
 Teknik pembiakan dijalankan untuk memenuhi
kehendak tersebut
PEMBIAKAN (Samb....)
 Tanaman yang diperlukan untuk pertanian dapat
dibiak melalui cara seks atau aseks.
 Kaedah yang digunakan bergantung kepada
ketersediaan bahan penanaman.
 Pembiakan melalui cara aseks bertujuan untuk
menghasilkan bahan tanaman dengan cara yang
mudah dan cepat matang.
 Genetik tanaman yang dihasilkan melalui cara ini
sama seperti pokok induk.
 Tanaman lebih cepat membesar dan dapat
mencapai pertumbuhan optimum dalam jangka
masa yang lebih pendek
Perbezaan antara pembiakan seks dan aseks
PERKARA PEMBIAKAN PEMBIAKAN ASEKS
SEKS
Cara Pembiakan Bijibenih Keratan
Tut
Cantuman
Organ penyimpanan
Pembahagian rumpun
Kultur Tisu
Kandungan genetik Berbeza daripada Sama dengan pokok induk
pokok induk

Tempoh berbunga Lama Singkat


atau mengeluarkan
hasil
KAEDAH SEKS
 Pembiakan cara seks melibatkan penghasilan biji benih
selepas pendebungaan.
 Selepas itu proses persenyawaan berlaku dalam ovari
bunga untuk menghasilkan biji benih

Biji benih
 Biji benih merupakan ovul matang yang terkandung
didalamnya ombrio dan simpanan makanan. Contoh
tanaman yang ditanam melalui biji benih ialah jagung,
langsat, sayur-sayuran dan manggis
 Walaupun banyak jenis tanaman dibiak melalui cara
aseks seperti cantuman, tetapi biji benih masih
diperlukan untuk menyediakan pokok penanti sebelum
membuat cantuman.
 Biji benih disemai seperti biasa dan anak biji benih
kemudian dialihkan ke dalam beg politena hitam untuk
dijadikan pokok penanti.
Kebaikan pembiakan melalui bijibenih:

a. Mudah dilakukan
b. Kuantiti bijibenih yang banyak
c. Melibatkan kos yang paling rendah
d. Kaedah pembiakan ini dijalankan
apabila kaedah aseks sukar dijalankan
atau tidak ekonomikal. Cth: Tanaman
hibrid seperti jagung dan sayur-
sayuran dapat ditanam daripada bijibenih
F1
KAEDAH ASEKS
 Pembiakan cara aseks melibatkan
penggunaan bahagian-bhagian tampang
tumbuhan untuk menghasilkan pokok
baru
1. Keratan
2. Tut
3. Cantuman
4. Organ penyimpanan
5. Pembahagian rumpun
6. Kultur tisu
1. Keratan
 Keratan sesuai digunakan untuk memperbanyakkan jenis
tumbuhan.
 Cara ini cepat dan mudah dilakukan.
 Bahan penanaman yang dihasilkan juga lebih seragam
dan keratan mudah dikendalikan.
 Bahagian batang, daun dan akar boleh dijadikan
keratan.
 Setiap bahagian tumbuhan yang digunakan berupaya
untuk menghasilkan tumbuhan yang lengkap
 Kayu hijau atau kayu separa keras yang mempunyai dua
hingga enam buku digunakan untuk keratan batang.
 Keratan untuk kayu keras biasanya lebih panjang.
 Keratan disediakan dengan membuat potongan
pepenjuru di bawah buku untuyk memastikan
pertumbuhan akar adalah maksimum.
 Keratan batang mempunyai satu atau lebih daripada
dua helaian daun
Keratan (Samb.....)
 Daun-daun dikerat separuh untuk mengurangkan
kehilangan air melalui transpirasi.
 Keratan dirawat dengan hormon pengakar dan disemai
dalam keadaan lembab serta diberi naungan.
 Semburan kabus adalah sesuai untuk memastikan
keadaan di sekeliling keratan sentiasa lembab.
 Medium semaian mesrtilah mempunyai kandungan pasir
yang tinggi untuk memudahkan pertumbuhan akar
 Kebanyakan pokok besar jarang dibiak melalui kertan
kerana mempunyai sistem akar yang kurang
memcengkam dengan kuat.
 Pokok angsana pernah dibiak denagn menggunakan
keratan batang besar.
 Cara ini dapat menghasilkan pokok besar dalam masa
yang singkat, tetapi cengkaman akar tidak kuat
menyebabkan mudah tumbang
2. Tut
 Juga dikenali sebagai markot.
 Tut merupakan satu kaedah mengakar dahan yang
masih melekat pada pokok induk.
 Akar adventitius didorong tumbuh daripada batang itu.
 Tut boleh dilakukan kepada pokok hiasan seperti pokok
puding dan pokok buah-buahan seperti limau, ciku,
jambu air dan jambu batu
 Masalah utama kaedah tut ialah bilangan bahan
tanaman adalah terhad dan tidak sesuai dilakukan pada
dahan tua.
 Bagi pokok limau, bahan penanaman yang dihasilkan
melalui tut mudah diserang oleh penyakit kanker
batang.
 Tut hanya sesuai sekiranya cara lain sukar dijalankan.
3. Cantuman
 Cantuman ialah teknik menyatukan bahagian-
bahagian tumbuhan supaya ia tumbuh sebagai
satu tumbuhan baru.
 Bahagian tumbuhan yang menjadi bahagian atas
cantuman dinamakan tunas baka dan bahagian
yang membentuk bahagian bawah atau akar
dinamakan pokok penanti.
 Tunas baka boleh terdiri daripada keratan
batang atau bahagian kecil batang yang
mengandungi satu mata tunas.
 Pokok penanti biasanya terdiri daripada
tumbuhan yang boleh mempunyai sistem akar
yang baik.
Cantuman (Samb....)

 Cara cantuman digunakan dengan meluas ke


atas banyak jenis tanaman.
 Kebanyakan pokok buah-buahan adalah pokok
saka yang mengambil masa lama untuk berbuah
sekiranya dibiak menggunakan biji benih.
 Masalah ini boleh diatasi denagn mencantumkan
mata tunas daripada baka yang terpilih kepada
pokok penanti.
 Cara ini membolehkan tunas membesar dan
berbuah dalam masa yang singkat.
Cantuman (Samb....)
 Pokok penanti yang dipilih mestilah subur dan
sihat.
 Kayu mata tunas mesti mempunyai tunas yang
sihat dan segar.
 Pokok buah-buahan seperti durian, rambutan,
nangka dan duku langsat dibiak melalui
cantuman mata tunas.
 Cantuman tidak akan berjaya jika mata tunas
dan pokok penanti tidak serasi.
 Satu lagi teknik cantuman ialah cantuman baji.
Ia telah diamalkan untuk beberapa jenis
tanaman seperti manggis, ciku dan durian.
4. Organ penyimpanan
 Tumbuhan menggunakan struktur seperti daun, batang
dan akar sebagai organ penyimpanan makanan.
 Contohnya bebawang, stolon, rizom dan umbisi adalah
organ penyimpanan makanan yang diubahsuaikan
daripada batang tumbuhan.
 Tugas utama bahagian-bahagian tumbuhan ini adalah
sebagai struktur penyimpanan makanan.
 Bahagian atas tumbuhan itu akan mati selepas satu
musim pertumbuhan dan tumbuhan itu akan terus hidup
sebagai struktur bawah tanah.
 Ini membolehkan tumbuhan itu hidup semula apabila
keadaan persekitaran sesuai untuk pertumbuhan.
 Tunas baru akan berkembang lalu membentuk
tumbuhan baru apabila keadaan pertumbuhan adalah
lebih baik
Struktur
bebawang
Tisu meristem
Tisu meristem pada akar
Organ penyimpanan (Samb....)
 Cara membiak dengan menggunakan bahagian-
bahagian tumbuhan itu adalah terhad kerana
tidak banyak anak pokok boleh dihasilkan
apabila struktur itu untuk dibahagi-bahagikan.
 Bahan penanaman daripada bebawang dan
umbisi dihasilkan secara menceraikan
bebawang-bebawang atau umbisi-umbisi itu
 rizom dan stolon pula ialah secara memotong
struktur itu kepada bahagian lebih kecil.
Ciri-ciri organ penyimpanan
JENIS ORGAN CIRI-CIRI
CONTOH
PENYIMPANAN

Stolon Rumput Merupakan batang bawah


Bermuda tanah yg tumbuh merayap di
atas permukaan bumi.
Pembiakannya dilakukan
secara mengerat stolon
mengikut panjang yg
diperlukan dan bahagian itu
ditanam dalam alur tanha yg
cetek.
Membiak rumput Bermuda melalui
stolon
Rumput Bermuda
Ciri-ciri organ penyimpanan
JENIS ORGAN CIRI-CIRI
CONTOH
PENYIMPANAN

Rizom Pokok Merupakan batang yg tumbuh


halia merayap di bawah permukaan
tanah. Rizom dipotong pada
bahagian yang mengandungi
sekurang-kurangnya satu
matatunas dan kemudian
ditanam dalam tanah.
Halia
Membiak pokok halia melalui rizom
Ciri-ciri organ penyimpanan
JENIS ORGAN CIRI-CIRI
CONTOH
PENYIMPANAN

Umbisi Gladiolus Merupakan bahagian batang


, keladi, yang bengkak dan menyerupai
pokok bebawang tetapi tidak
pisang mempunyai daun berlendair.
Pisang blh ditanam dengan
menggunakan sulur yang
diambil dari umbisi.
Wild gladiolus / Gladiolo silvestre

Gladiolus
Membiak gladiolus melalui umbisi
caladium_white

Caladium spp.
5. PEMBAHAGIAN RUMPUN
 Kaedah pembahagian rumpun dilakukan untuk
membiak tumbuhan yang mempunyai
i. Rizom
ii. Stolon
iii. Ubi-ubi
 Melalui kaedah ini, rumpun dikeluarkan dan
bahan tanaman yang sesuai sama ada stolon,
rizom atau bebawang, diasingkan mengikut
saiz yang sesuai. Rizom dan stolon biasa
ditanam dalam alur yang detek sementara
bebawang ditanam dalam lubang yang cetek
PEMBAHAGIAN RUMPUN (Samb.....)

- Lebih banyak digunakan untuk pokok hiasan dan


rumput.
- Cth pokok yg blh dibiakkan secara pembahagian
rumpun:
- Chlorophytum
- Sansevieria
- Serai
- Diefenbachia
- Dracaena
- Rumput
- Orkid Golden Shower
Chlorophytum amaniense

Chlorophytum comosum
Sansevieria_trifasciata
Snake Plant, Mother-in-law's tongue
Serai
Diefenbachia
Dracaena marginata
Dracaena cinnabari
Orkid Golden Shower
6. KULTUR TISU
 Kultur tisu ialah kaedah membiak tanaman di dalam
medium akar di persekitaran buatan dalam keadaan
steril iaitu keadaan tanpa mikroorganisma.
 Pokok yang terbentuk melalui kultur tisu, disebut klon.
 Tisu yang dikultur kebiasaannya merupakan tisu
seragam yang dinamakan kalus.
 Pembentukan sel-sel baru diaruhkan di dalam medium
tertentu.
 Pembentukan pucuk dan akar diaruh menggunakan
medium yang mengandungi pengawalatur potongan
auksin dan sitokinin.
 Kaedah ini telah digunakan untuk pelbagai tanaman
seperti pisang, orkid dan bunga hiasan.
 Anak-anak benih tanaman boleh dihasilkan dengan
banyak melalui kaedah ini.
Kultur Tisu (samb….)
 Bahagian tumbuhan yg blh digunakan
dalam kultur tisu ialah:
i. Anter atau debunga
ii. Embrio atau ovul
iii. Protoplas
iv. Tisu meristem
KULTUR TISU (Samb....)
 Tisu eksplan diambil dari sel yang aktif seperti sel
meristem.
 Tisu eksplan perlu disterilkan dengan merendamkannya
dalam larutan natrium hipoklorit.
 Selepas itu eksplan dicuci dalam air suling yang diseteril.
 Seterusnya, eksplan itu dimasukkan ke dalam bekas
yang mengandungi medium cecair steril.
 Medium cecair steril itu mengandungi air, mineral,
vitamin, gula (untuk membekalkan tenaga semasa
respirasi tisu) dan sedikit auksin biasanya asid
indolbutirik.
 Auksin menggalakkan sel-sel eksplan melakukan
pembahagian sel yang dinamakan kalus.
 Medium pepejal steril pula dibentuk dengan
memcampurkan agar-agar. Medium pepejal ini
mengandungi air, mineral, gula, vitamin dan sitokinin.
KULTUR TISU (Samb....)
 Berikutnya, kerja memindahkan tisu dilakukan
dengan menggunakan alat khas seperti kotak
beraliran laminar dan bilik yang bebas
daripada pencemaran agen penyakit.
 Kemudian eksplan digoncang dalam bekas pada
kadar tertentu selama beberapa hari untuk
meleraikan sel-sel kalus
 Kepingan-kepingan kalus dikeluarkan dan
disusun di atas mediun pepejal steril di bawah
cahaya.
 Setelah pucuk terbentuk, ia dipindahkan ke
medium pepejal baru untuk menggalakkan
pembentukan akar
KULTUR TISU (Samb....)
 Anak pokok kemudiannya dipindahkan ke
pasu yang mengandungi medium steril
dengan berhati-hati dan diberi penjagaan
rapi.
 Setelah besar, tumbuh-tumbuhan itu
boleh dialih ke ladang
 Kultur tisu sesuai untuk orkid untuk
mengatasi peratusan percambahan biji
benih orkid yang rendah.
“Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik,
dan nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah
suara yang paling merdu di dunia”.

You might also like