You are on page 1of 28

KEMAHIRAN

KOMUNIKASI GURU
- Komunikasi Bukan Lisan -
- Laras Bahasa -
OLEH :
JEFRI BIN ABU BAKAR
SERANI ABANG
PENGENALAN
 Komunikasi adalah sangat penting dalam
pengurusan bilik darjah.
 ia adalah kunci penting kepada kejayaan
guru dan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
 terdapat 2 jenis komunikasi iaitu :
a) komunikasi lisan
b) komunikasi bukan lisan
Komunikasi bukan lisan
 Apa itu komunikasi bukan lisan ?

 Merupakan beberapa tindakan bukan lisan yang


dilakukan untuk memberikan makna yang lebih
jelas terhadap mesej yang disampaikan semasa
komunikasi lisan.
 Renungan mata, pergerakan tangan, ukiran
senyuman, ekspresi perubahan air muka,
pergerakan tubuh badan
• Mc Cardle (1974) komunikasi bukan lisan
merupakan faktor penting dalam membentuk serta
melengkapkan penyampaian semasa
berkomunikasi.

• Lebih kepada penglibatan gerak badan dan


penumpuan penutur kepada pendengarnya.
• Tanpa komunikasi bukan lisan, komunikasi dilihgat
sebagai sesuatu yang tidak sepenuhnya, kurang
berjaya dan kurang berkesan.
Pengawalan Kelas tanpa Lisan

• Eye contact - Melalui penggunaan “eye contact” atau melihat


dengan penuh tumpuan serta badan menghadap murid
supaya mereka sedar bahawa guru sedang memerhatikan
mereka.

• Senyuman/anggukkan – guru berpuashati dengan respon


atau jawapan murid dan memberi mesej kepada murid
bahawa tingkahlaku mereka diterima oleh guru.

• Gelengan/ekspresi muka yang tidak menyenangkan – murid


menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini dan tidak
diterima oleh guru.
Pengawalan Kelas tanpa Lisan

• Marah – memandang wajah murid dengan tepat supaya


murid sedar bahawa guru tidak berpuas hati dengan
tingkahlaku mereka.

• Genggaman tangan – bukan menghalakan kepada murid


sebaliknya diserasikan semasa memberikan ekspresi marah.

• Saling berpelukan/bersalaman/menitiskan air mata –


menggambarkan kegembiraan atau kesedihan serta
menunjukkan guru memahami situasi atau masalah yang
dihadapi murid.
Gangguan komunikasi

a) Gangguan dalaman
- unsur bias dalam persepsi, pengalaman lalu, dan
perbezaan dalam budaya.

b) Gangguan luaran
- persekitaran yang terlalui bising, penggunaan laras
bahasa yang sukar difahami, serta suasana bilik
darjah yang kurang kondusif.
• Mesej yang tidak disukai akibat rasa kecewa serta
salah faham kedua-dua pihak turut menjadi faktor
gangguan dalam komunikasi.

• Faktor lain – sumber tidak boleh dipercayai,


kesilapan alih bahasa, nilai pertimbangan,
pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang
berbeza.
Masalah, cara mengatasi dan implikasi
komunikasi bilik darjah
Cara
Masalah Masalah
mengatasi

Sentiasa bersedia Mesej jelas diterima


Kurang persediaan
dengan perancangan dan objektif
yang lengkap pengajaran tercapai

Pastikan bilik darjah Murid dapat


Kebisingan
senyap/bersedia semasa mendengar dengan
guru mengajar jelas.
Cara
Masalah Implikasi
mengatasi

Kritikan Elak mengkritik murid Murid bertambah


yakin

Elak melabel/memberi Murid bertambah


Melabel murid
gelaran negatif kepada yakin dengan
murid persekitaran

Menggalakkan Murid selesa serta


Memberi arahan
perbincangan dan mudah berunding
rundingan dan menyatakan
masalah
 Kesimpulan

 Semua komunikasi mempunyai tujuan dan guru


haruslah memastikan bahawa tujuan
menyampaikan ilmu itu telah tercapai.

 Komunikasi berkesan berupaya mempengaruhi


minat murid untuk belajar.

 Komunikasi berkesan juga akan mewujudkan


hubungan yang baik dalam komuniti pembelajaran.
Laras bahasa
Definisi dan penerangan
 Laras bahasa merupakan gaya dan penggunaan sesuatu
bahasa.
 Gaya bahasa merujuk kepada bahasa lisan dan penulisan.
 2 konsep dalam perbincangan yang berkaitan dengan laras
bahasa :
a) pengguna – orang yang menggunakan sesuatu bahasa
b) penggunaan – bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan
dengan cara yang berbeza-beza berdasarkan konteks dan
situasi.
Laras Bahasa

 Laras bahasa – variasi yang ada pada tiap-tiap penutur.


 Penggunaan bahasa – penutur, pendengar, situasi, topik
dan tujuan perbuincangan
 Ciri-ciri laras bahasa yang penting :
a) Perbendaharaan kata
b) susunan ayat
c) frasa yang digunakan
 Kesedaran terhadap perbezaan situasi sosial dalam
persekitaran membolehkan kita memilih laras bahasa
yang sesuai bagi tiap-tiap situasi yang berlainan.
 Laras bahasa bergantung kepada latar belakang
sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang
mengamalkan bahasa tersebut yang merangkumi
stuktur sosial dan cara hidup. (SITUASI LUARAN)

 Juga bergantung kepada cara penyampaian,


perhubungan sosial dan peribadi, bahan dan fungsi
sosial. (SITUASI PERSEKITARAN)
Laras Bahasa
• JENIS-JENIS LARAS BAHASA
a) Laras bahasa biasa
b) Laras bahasa akademik
c) Laras bahasa sastera / kreatif
d) Laras bahasa agama
e) Laras bahasa sukan
f) Laras bahasa sains
g) Laras bahasa rencana
h) Laras bahasa iklan / perniagaan
i) Laras bahasa undang-undang
j) Laras bahasa media massa
k) Laras bahasa ekonomi.
Laras Bahasa Biasa

• Merupakan penggunaan bahasa yang tidak


membabitkan sebarang bidang ilmu atau konteks
khusus dan biasanya digunakan dalam perbualan
harian.
• Stuktur ayat mudah, ringkas dan padat, kurang
menggunakan kata pinjaman, tiada istilah teknikal.
contoh :
“Hai Kendot! Nak ke mana tu? Tak singgah dulu?”
• Guru boleh menggunakan laras bahasa ini dalam
perbualan harian bersama murid untuk memudahkan
murid memahami mesej yang disampaikan.
Laras Bahasa akademik

 Lebih bersifat ilmiah, formal dan mempunyai objektif.


 Menggunakan istilah bersifat khusus dan sukar difahami
oleh golongan yg tidak berpendidikan tinggi.
 Ayat yang digunakan ada kesempurnaan bahasa dari
segi kestabilan, kepelbagaian, keberkesanan, dan
keindahan maksud.
 Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan majmuk.
 Pelbagai aspek perlu dirujuk oleh guru jika mengajar
laras bahasa akademik kepada murid agar murid dapat
menerima isi pelajaran dengan berkesan.
Laras Bahasa Sastera

 Membincangkan mengenai bahasa dan kesusasteraan


serta hubungan antara kedua-duanya.
 Aspek kronologi, tema, mesej, watak perwatakan, nilai
pengajaran dan sebagainya.
 Mempunyai sifat yang kreatif yang tercetus daripada
imaginasi dan pengalaman yang biasanya bersifat
figuratif.
 Guru perlu mementingkan pemilihan bahasa tersirat,
unsur sastera seperti metafora, kiasan dan lain-lain.
 Boleh digunakan terutamanya dalam pengajaran
Bahasa Melayu.
Laras Bahasa agama

• Digunakan dalam perbincangan mengenai pelajaran


agama atau Pendidikan Islam.
• Istilah pinjaman dan rujukan dari petikan untuk
mengukuhkan hujah berkaitan.
• Terdapat juga penggunaan kias atau ibarat dalam
pengajaran.
• Guru perlu mengambilkira aspek yang berkenaan
supaya murid jelas dengan mesej pengajaran yang
hendak disampaikan.
Laras Bahasa Sukan

 Mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan


Kesihatan atau semasa pengendalian acara sukan di
sekolah.
 Menyampaikan maklumat berkaitan dengan kegiatan
sukan
 Bahasa ringkas, bersahaja dan jelas.
 menggunakan istilah yang berkait rapat dengan sukan
seperti juara, kejohanan, kesihatan dan lain-lain.
Laras Bahasa Sains

• Mempunyai unsur ilmiah, berbahasa moden, bersifat


formal dan menidakkan bahasa basahan, terdapat juga
istilah pinjaman dari bidang lain.
• Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal, dan
objektif berdasarkan kajian dan fakta.
• Contoh :
“ sel-sel kelenjar kolon merembeskan mukus yang
berfungsi dalam melicinkan pergerakan kandungan
kolon ke arah rektum”
• Guru perlu menjelaskan istilah sains yang mungkin
sukar difahami oleh murid
Laras Bahasa Rencana

• Bersifat umum, bertujuan untuk menampilkan pelbagai


idea tentang sesuatu isu.
• Bertujuan untuk melaporkan sesuatu kepada pembaca,
khususnya murid terhadap perkara secara umum dan
terperinci.
• Contoh
“Oleh sebab beru dilancarkan, kejayaan model terbaru
proton ‘Exora’ belum dapat diukur.”
• Mesej jelas dan tepat memudahkan guru untuk
menyampaikan isi pelajaran secara terus kepada murid.
Laras Bahasa Perniagaan

• Untuk menyampaikan maklumat berkesan mengenai


sesuatu produk perniagaan.
• Fakta yang jelas amat dipentingkan serta penggunaan
ayat ringkas dan pendek.
• Tidak mementingkan tatabahasa tetapi masih
menggunakan bahasa yang kreatif dan imaginatif serta
penggunaan penyataan tertentu.
• Contoh ;
“Percuma, sebuah tilam empuk bermutu tinggi dengan
setiap pembelian set katil Unicorn melebihi RM1000 ke
atas”
Laras Bahasa media

• Menunjukan kepada peranan media massa seperti


melaporkan atau menyampaikan berita dengan bahasa
yang mudah diterima oleh pendengar.
• Tidak mementingkan tatabahasa, tetapi menggunakan
istilah yang teknikal dan khusus.
• Contoh
“Sarawak menjuarai kejohanan bola Sepak Malaysia
selepas menewaskan Melaka dengan jaringan 7-0 di
Stadium Nasional malam tadi”
• Menggunakan bahasa yang ringkas dan padat dengan
laporan.
Laras Bahasa Undang-undang

 Merupakan salah satu laras ilmiah yang terdapat dalam


Bahasa Melayu sejak zaman dahulu lagi.
 Laras bahasa Undang-undang kini bersifat moden dan
menggunakan istilah teknikal.
 Contoh
“Defenden membantah pada awal perbicaraan kerana
tidak bersetuju dengan cadangan plaintif untuk
mengemukakan saksi-saksi yang tidak relevan”
• Penggunaan bahasa ini kurang diaplikasikan dalam
komunikasi serta pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Laras Bahasa Ekonomi

• Berbentuk ilmiah tentang sesuatu isu ekonomi serta


penggunaan istilah teknikal dalam ekonomi.
• Tidak mengutamakan struktur ayat dan gaya bahasa
formal
• Maklumat jelas dan eksplisit dan fakta adalah
berdasarkan kepada bukti data serta statistik.
• Penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran
biasanya pada matapelajaran yang berkaitan dengan
ekonomi.
Kesimpulan
 Penggunaan bahasa yang berbeza-beza mengikut
situasi melahirkan laras bahasa yang berlainan.
 Sebagai rumusan
a) guru haruslah bijak memilih laras bahasa yang
hendak digunakan berdasarkan kepada kesesuaian
topik serta isi pelajaran.
b) Keberkesanan penyampaian isi pelajaran
dipengaruhi oleh kejelasan laras bahasa yang
digunakan serta dirancang oleh guru.
-TAMAT-
A SIH
MA K
RI
TE

You might also like