You are on page 1of 4

Pengajaran Penulisan Berdasarkan Gambar

Oleh Surani binti Abdullah


(Universiti Terbuka Malaysia Cawangan Kelantan)

Dalam merancang dan membentuk model pengajaran, terdapat kaedah dan teknik-
teknik yang boleh digunakan untuk memastikan kejayaan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang. Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau
langkah tentang kaedah bagi seseorang guru menyampaikan isi pengajarannya
berasaskan kemampuan dan pencapaian murid-muridnya, dengan ini objektif
pengajaran dapat dicapai.

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang dapat digunakan untuk mengajar
penulisan.Teknik ialah cara yang khusus yang dilakukan untuk mencapai objektif
pengajaran dan menjayakan kaedah pengajaran. Antara teknik yang biasa
digunakan dalam pengajaran ialah penggabungjalinan teknik-teknik. Contohnya
ialahteknik bercerita, perbincangan,soal jawab, sumbang saran dan teknik
menggunakan gambar.

Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar


Penggunaan kaedah ini bermaksud penulisan yang dihasilkan adalah berasaskan
gambar iaitu gambar bersiri atau gambar tunggal yang dilihat dan ditunjukkan.
Kebiasaannya, gambar bersiri akan digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan
peristiwa yang terdapat dalam gambar-gambar itu akan dijadikan bahan penulisan.
Murid dapat menggunakan gambar-gambar tersebut untuk mendapatkan isi-isi
tentang sesuatu tajuk karangan. Namun begitu, kaedah ini juga dapat dilaksanakan
menerusi teknik penyampaian dengan menggunakan slaid.

Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dapat dijalankan dimana teknik slaid lebih
menarik dan dapat menimbulkan minat pelajar. Ini kerana penggunaan slaid dapat
merangsang minat murid. Kelainan yang ditunjukkan oleh guru akan menceriakan
dan menyeronokkan murid ,apatah lagi jika ditambah lagi dengan iringan irama
muzik yang bersesuaian, umpamanya pertunjukan slaid tentang kemeriahan
sambutan majlis Hari Raya yang dihadiri oleh semua kaum yang terdapat di
Malaysia.. Namun, teknik slaid memerlukan peralatan yang tertentu. Jika
menggunakan teknik ini, pelajar mesti mempunyai daya ingatan yang kuat untuk
mengingati gambar-gambar slaid yang telah ditonton.
Dalam menggunakan kaedah bergambar, terdapat beberapa langkah yang perlu
diikuti dalam menyampaikan pengajaran, iaitu:

 Gambar yang digunakan mestilah sesuai sebagai bahan bantu mengajar dan
tahap peringkat pelajar, disamping tidak mengenepikan aspek kualiti gambar;

 Guru mengarahkan pelajar meneliti gambar yang disediakan dan memikirkan


perkara-perkara yang dapat diperkatakan mengenainya;

 Pelajar disuruh mencatat idea atau isi penting yang hendak diperkatakan
berdasarkan gambar yang dilihat;

 Aktiviti sumbang saran dapat dijalankan, iaitu pelajar diberikan peluang


menyuarakan pendapat dan idea mereka secara lisan dan kemudian guru
menulisnya pada papan tulis, sambil menyemak kegramatisan ayat-ayat yang
diutarakan.
 Guru mengadakan sesi perbincangan dengan pelajar tentang isi-isi yang
diberikan dan membuat rumusan tentang penyusunan isi-isi penting; dan

  Pelajar menulis dengan berlandaskan perbincangan yang telah dilakukan.

Teknik carta aliran agak bersistematik mengikut kronologi peristiwa. Teknik ini ada
persamaan dengan teknik gambar bersiri, bahawasanya setiap proses itu digantikan
dengan frasa-frasa yang menceritakan secara ringkas apa-apa yang berlaku pada
setiap peringkat yang dipaparkan. 

Prosedur-prosedur atau peringkat-peringkat itu boleh ditunjukkan dengan


menggunakan penanda ‘anak panah’ atau berbentuk paparan carta. Contohnya,
carta aliran yang memperlihatkan proses membuat produk makanan.

Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Bergambar


Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya telah memilih dan membuat
satu model pengajaran penulisan yang menggunakan kaedah bergambar dan carta.
Pendekatan yang saya gunakan ialah pendekatan bebas. Perincian model
pengajaran tersebut adalah seperti berikut :

Tajuk: Pencemaran Alam Sekitar


Bahan Bantu Mengajar : Gambar Tunggal
Langkah-langkah Pengajaran

1. Langkah 1 ( Penentuan Tajuk)

Guru menampalkan gambar-gambar pencemaran di papan hitam. Gambar-gambar


tersebut ialah terdiri daripada gambar pencemaran udara, pencemaran air dan
pencemaran bunyi. Murid diminta meneliti gambar dan menyatakan pendapat
tentang gambar-gambar tersebut. Aktiviti perbincangan dapat dijalankan untuk
merangsang murid supaya menyuarakan pandangan masing-masing. Guru
mencatatkan jenis-jenis pencemaran yang diberikan oleh murid. Guru mengaitkan
hasil perbincangan dengan tajuk yang akan diajar pada hari tersebut.

Langkah 2

Aktiviti dijalankan secara berkumpulan dimana murid-murid dibahagikan kepada


beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan telah diberikan tajuk yang khusus untuk
dibincangkan. Contohnya Kumpulan A dan B akan membincangkan tentang
pencemaran udara, Kumpulan C dan D membincangkan tentang pencemaran air dan
kumpulan E dan F pula membincangkan tentang pencemaran bunyi. Setiap
kumpulan diminta melantik seorang ketua dan seorang pencatat. Semua ahli dalam
kumpulan diminta memainkan peranan yang aktif semasa sesi perbincangan
dijalankan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan peralatan menulis contohnya kertas
mahjung dan pen marker. Mereka diminta memberikan pendapat masing-masing.
Murid perlu menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya
pencemaran-pencemaran dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi
masalah tersebut. Guru bertindak sebagai fasilitator semasa proses perbincangan
dijalankan dimana guru akan membantu kumpulan-kumpulan yang menghadapi
masalah. Guru akan mengingatkan tentang peruntukan masa supaya murid
menumpukan perhatian dan tidak membazirkan masa.

Langkah 3.
Sesi pembentangan dijalankan. Setiap ketua kumpulan akan membentangkan hasil
perbincangan kumpulan mereka di hadapan kelas. Murid-murid yang lain diminta
supaya memberikan tumpuan dan mencatat isi-isi penting tersebut di dalam
lembaran yang diberikan.Setiap kumpulan diminta mencatat isi-isi yang diberikan
oleh kumpulan yang lain supaya tidak berlaku pertindihan idea dengan kumpulan
mereka. Idea-idea yang diberikan oleh kumpulan lain boleh digunakan untuk
menambahkan isi-isi penting bagi kumpulan mereka. Guru bertindak sebagai
fasilitator dan memantau sesi pembentangan yang dijalankan.

Langkah 4.
Berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, pemilihan fakta iaitu isi-isi penting yang
berkaitan dengan setiap pencemaran dilakarkan dalam satu peta minda yang
menarik. Peta minda ini untuk dijadikan garis panduan semasa aktiviti menulis yang
akan dijalankan.Contoh

Langkah 5
Guru menerangkan tentang format penulisan yang baik. Di dalam penulisan yang
baik, penyusunan atau turutan pengolahan isi akan memastikan kesinambungan dan
perkaitan antara isi-isi dan idea-idea.Guru mengedarkan borang pengurusan grafik
tentang format penulisan yang baik. Contoh borang pengurusan grafik adalah
seperti yang berikut :-

Langkah 6
Guru membimbing murid menulis rangka mengikut format penulisan rencana yang
betul. Guru menerangkan tentang aspek penulisan dan pembahagian markah
dimana setiap isi atau hujah perlu dihuraikan dan disertakan dengan contoh untuk
mendapatkan markah yang baik. Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang
penyusunan isi-isi penting semasa menulis karangan. Secara tidak langsung, guru
boleh menerangkan tentang sistem bahasa contohnya, penggunaan penanda
wacana, penggunaan imbuhan, kata tugas dan lain-lain untuk menghasilkan sesuatu
penulisan yang baik.

Langkah 7.
Murid diminta supaya menulis satu karangan yang bertajuk “Pencemaran Alam
Sekitar”. Isi-isi penting yang diperolehi hasil daripada aktiviti perbincangan
dikembangkan menjadi satu penulisan rencana. Murid diminta mengembangkan isi-
isi tersebut mengikut susunan. Guru mengingatkan murid supaya tidak melakukan
kesalahan-kesalahan semasa menulis contohnya penggunaan wacana yang tidak
bersesuaian dengan konteks, penggunaan tanda bacaan dan sebagainya.

Setelah siap, murid diminta melakukan penyemakan untuk memastikan semua isi-isi
penting yang terdapat dalam peta minda telah ditulis, menyemak kesalahan-
kesalahan yang biasa dilakukan, contohnya penggunaan huruf besar, penggunaan
tanda bacaan dan sebagainya.

Langkah 8
Beberapa orang murid diminta membacakan karangan masing-masing. Murid-murid
yang lain diminta untuk mendengar dengan teliti dan mengenalpasti kesalah-
kesalahan yang terdapat dalam karangan rakan-rakan mereka. Contohnya
penggunaan penanda wacana, imbuhan dan sebagainya. Guru akan membetulkan
kesilapan tersebut dan menerangkan penggunaan yang sepatutnya digunakan.
Penulisan yang telah siap dan telah disemak secara lisan akan dihantar kepada guru.

Langkah 9.
Penulisan yang dihasilkan oleh murid akan disemak oleh guru dan akan diberikan
semula kepada murid. Murid dapat melihat kesalahan-keslahan yang dilakukan
dalam penulisan mereka dan membuat pembetulan semula.

Penutup
Dalam merealisasikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
peka untuk memilih, pendekatan dan teknik yang sesuai berdasarkan tahap
kemampuan dan pencapaian anak-anak murid mrereka. Pemilihan kaedah msetilah
yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid
yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan
murid. Dengan cara ini murid akan memberi tumpuan yang padu dan dapat
mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai
hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang
menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan
menarik.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi
yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat
yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu
yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan

Dr.Adenan Ayob (2009), HBML3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu.


Kuala Kumpur: Open University Malaysia.

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Pendekatan mengajar
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia.


Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985). Kaedah pengajaran bahasa Malaysia.
Petaling Jaya: Fajar Bakti.

7. http://www.doe.gov.my/wiraalam/bab6/ms5.htm

You might also like