You are on page 1of 56

TOPIK 2 

  PERSEPSI MOTOR

H
AS
IL
PE
M
BE
LA
JA
RA
N

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan dan mencirikan kemahiran persepsi motor;


2. Menamakan dan mendefinisikan kemahiran yang terdapat dalam persepsi motor;
   
dan

3. Merancang dan menyatakan aktiviti pendidikan jasmani dalam kemahiran


persepsi motor.
 

PENGENALAN

Pendidikan pergerakan asas - satu wacana yang menyumbang kearah perkembangan keseluruhan pelajar
dalam membentuk sikap sahsiah pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estatik.

Tujuan pendidikan pergerakan di peringkat pra sekolah - membantu kanak-kanak membina kemahiran
asas pergerakan.

Pergerakan kemahiran persepsi motor akan membantu pelajar berjalan, berlari, melompat dengan betul
mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul.

Manipulasi alat - bantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam
sukan bila pelajar dewasa.

2.1   KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Aktiviti persepsi motor - penting dalam mengajar kanak-kanak terutama pelajar pra sekolah membuat
gerakan berkordinasi.

Persepsi motor membolehkan kanak-kanak:

 Merasa kehadiran dirinya dalam ruang


 Mengenalpasti arah kiri atau kanan dan depan atau belakang

 Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan

Kemahiran persepsi motor berikut boleh diajar kepada pelajar pra sekolah:
 Mengimbang
 Kesedaran badan

 Kesedaran ruang

 Kesedaran arah

 Kordinasi tangan-mata atau kaki-mata

Mengimbang

Imbangan - kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan posisi badan semasa melakukan
aktiviti.

Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih seimbang.
Keseimbangan akan tercapai dengan maksimum sekiranya garis graviti, pusat graviti dan titik tengah
sokongan berada dalam satu garis.

Terdapat dua jenis imbangan iaitu:

 Imbangan Statik- Kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti dirian.
 Imbangan Dinamik – Mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas titi
atau berlari.

Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan Jasmani

Imbangan Dinamik

Pelajar berjalan diatas bangku atau meniti diatas tali, berjalan menggunakan kaki tempurung,
ketinting dan lain-lain.
Rajah 2.1: Meniti di atas bangku

Rajah 2.2: Meniti di atas tali


Imbangan menggunakan kaki tempurung

Lompat ketinting (imbangan dinamik)

Imbangan Statik

Pelajar menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan sebelah kaki untuk mengimbang.

Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut, punggung dan lain-
lain.
Mengimbang badan menggunakan buai dalam keadaan pegun (imbangan statik)

Aktiviti Kumpulan
Tolak patung

Ketintingan bertiga
Meniti diatas tali bersama rakan

Ayun kaki serentak


Berdiri diatas papan imbang

Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi boleh menarik minat


pelajar. Kanak-kanak boleh membayangkan dirinya sebagai ahli sarkas yang beraksi
mengimbang badan dalam aktiviti persembahannya.
Laluan Imbangan

Guru boleh membina laluan imbangan dan pelajar diminta melalui laluan imbangan ini.

Contoh laluan imbangan

Kesedaran Tubuh Badan


Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri. Perkara yang penting
tentang kesedaran ini ialah:

 Bentuk dan saiz tubuh badan


 Bahagian-bahagian tubuh badan

 Keupayaan melakukan gerakan membongkok, melurus, memusing, mengilas dan mengerak


badan

 Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza

Pelbagai cara untuk mewujudkan kesedaran di kalangan kanak-kanak contohnya dengan


arahan aktiviti atau soalan yang berkaitan pergerakan tubuh badan seperti kepala, tangan,
kaki dan lain-lain bahagian tubuh badan.
Berjalan

Golek balak

Lompat bintang
Dirian bangau

Membongkok
KESEDARAN RUANG

Ruang - kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita. Ruang membolehkan manusia dan
objek lain bergerak kesana-sini.

Ruang diri - ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh dicapai oleh bahagian
tubuh badan.

Ruang am - kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.

Pelajar perlu diajar memenuhi ruang di persekitaran dengan pelbagai cara

Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui ruang diri

Bergerak bagai burung terbang (ruang am)


KESEDARAN ARAH

Kesedaran arah - bolehkan pelajar dapat menyedari dan seterusnya memanipulasi arah di dalam ruang
persekitaranya.

Kesedaran luaran ini terbina daripada disebabkan kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran
hala datar.

Kesedaran hala datar - kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas bawah, hadapan belakang kiri
kanan di sisi tubuh badan seseorang.

Aktiviti kesedaran arah memerlukan kordinasi pelbagai arah pada bahagian tubuh atau anggota lain seperti
tangan dan kaki digunakan dalam menolong mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak.

Umpamanya bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah boleh


membina kesedaran arah.

Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)


Melompat kanggaru pelbagai arah (Kesedaran ruang)

Kordinasi

Kordinasi - keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan badan.

Kordinasi - penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan angota tubuh badan menggunakan
pancaindera serta hubungannya dengan minda.

keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras pergerakan dengan kemas dan
Kordinasi -
lancar. Kordinasi boleh di capai dengan menyediakan latihan yang sistematik. Jika seorang
pelajar mempunyai kordinasi, mereka akan dapat menjalankan aktiviti seperti menangkap
bola, menahan bola, menyangga bola, melakukan rejaman serta apa saja aktiviti sukan
dengan baik dan tepat.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek dalam hoki


Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal dalam bola dengan baik dalam
permainan bola sepak.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola pada sasaran yang tepat dalam
permainan skuasy.

Kordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola dengan tepat ke arah sasaran.

Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendidikan jasmani yang membantu pelajar membentuk
kordinasi yang baik di kalangan pelajar semenjak di tadika lagi. Contohnya:
 
TOPIK 3   PERGERAKAN PENDIDIKAN

H
AS
IL
PE
M
BE
LA
JA
RA
N

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

  1. Menyatakan dan mencirikan gimnastik pendidikan; dan  

2. Mengkategori kemahiran dalam gimnastik pendidikan.


 

PENGENALAN

Gimnastik pendidikan - pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran
dan ritma.

Pergerakan dalam gimnastik pendidikan - asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama.

3.1   GIMNASTIK PENDIDIKAN

Gimnastik pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh
badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan menjadi asas kepada
pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam gimnastik pendidikan berasaskan lapan tema
iaitu:

i. Kesedaran tubuh badan


ii. Kesedaran ruang

iii. Kesedaran masa

iv. Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan

v. Kesedaran beban

vi. Kesedaran aliran


vii. Kesedaran perkaitan dengan orang lain

viii. Kesedaran ritma

Empat tujuan gimnastik pendidikan ialah:

 Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan


 Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran

 Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi


penyelesaian masalah

 Memupuk kenikmatan dan penghargaan estetik pergerakan yang baik

3.2   KESEDARAN TUBUH BADAN

Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak,
jari dan lengan),torso, kaki (termasuk tapak, dan jari kaki).

Semua pergerakan - melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan,
imbangan dan kordinasi.

Jadual 3.1: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran Tubuh Badan

Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti


Bergerak secara sentuhan Bergerak dengan bahagian  Berjalan, berlari,
berselang. pada tubuh badan berselang – merangkak, dan berjalan
seli menyentuh lantai. secara melutut.

Bergerak secara sentuhan Bergerak dengan bahagian  Gulingan, guling balak,


selalu. tubuh badan menyentuh lantai menarik dan menolak.
sentiasa.
Bergerak tanpa sentuhan Bergerak dengan seluruh  Lompat bintang, lompat
seketika. tubuh badan di udara seketika dakap dan lompat
layang.

Menyokong beban pada Bergerak dengan beban di  Membawa pundi kacang


bahagian tubuh. bahagian tubuh. di atas kepala serta
Menggolekkan bola kecil
di atas belakang badan

 
Membuat berbagai bentuk Membentukkan tubuh badan Pergerakan mengikut situasi
dengan bahagian tubuh menjadi besar, kecil, panjang, seperti:
badan. pendek.
 bunga sedang kembang
 arnab tidur dalam lubang
 galah menjulang awan

 kain dilipat dua

Membekukan tubuh badan. Berhenti bergerak apabila  Galop


isyarat diberi.
 Lompat kanggaru dalam
arah zig-zag

Merangkaikan dua atau lebih Merangkaikan beberapa  Lompat ke dalam gelung


pergerakan. kemahiran ke dalam satu rotan
bentuk permainan kecil.
 Menyusup di bawah
palang

 Berlari & melompat


melepasi palang

3.3   KESEDARAN RUANG

Ruang - kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.  Ruang untuk melakukan pergerakan
terbahagi kepada dua iaitu:

 Ruang Diri
Ruang diri - ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian
tubuh badan.

 Ruang Am
Ruang am - kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam melakukan pergerakan.

Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan. 

Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan
perasaan tidak suka.  Perasaan gembira dikemukakan bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu
dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. 

Terdapat sub-sub kemahiran yang perlu dikuasai di dalam tema kesedaran ruang seperti berikut:

 Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang


 Membuat pergerakan menggunakan ruang diri

 Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras

 Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah

 Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan


a. Bergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang

Pergerakan dalam sub kemahiran ini  dilakukan dengan pelbagai cara dari satu tempat ke satu
tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak
bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara
berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu pergerakan juga boleh dilakukan
dengan menggunakan alatan.  Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu
sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola.  Di dalam hal ini, kesemua pergerakan yang
dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.

b. Membuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri

Pergerakan menggunakan ruang diri - melakukan pergerakan yang melibatkan keseluruhan


bahagian tubuh badan.  Dalam erti kata lain pergerakan ini bergantung kepada sejauh mana
anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan
tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen
kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan. 

c. Bergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras

Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras - pergerakan yang dibuat dengan menggunakan


ruang diri dan ruang am.  Ia  boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan
rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan
yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai  aras ini pula melibatkan komponen
kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.

d. Bergerak Menggunakan Pelbagai Arah

Dalam bergerak menggunakan berbagai arah - satu pergerakan yang membolehkan perlakunya
bergerak mengikut arah yang di gemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.

e. Bergerak Menggunakan Pelbagai Laluan

Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan - satu pergerakan yang membolehkan


perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ialah ulat menyusur.

4   KESEDARAN MASA

Pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat dan serta merta. Faktor ruang
seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan akan mempengaruhi
Kelajuan sesuatu pergerakan.

Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza


Aktiviti yang dilakukan ialah bergerak dengan pelbagai kelajuan contohnya cepat, lambat dan serta merta.

Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza

 Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan


 Berjalan dengan cepat

 Berhenti dan berdiri tegak


 Berjalan dengan lambat

 Berhenti dan berdiri tegak


 Berjalan dengan serta-merta

 Berhenti dan berdiri tegak


Bergerak dengan Memilih Kelajuan yang Sesuai

Pelaku boleh memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat, dan kemampuan
murid.

Konsep yang diutarakan ialah perbezaan pergerakan dan kelajuan yang sesuai dengan kemahiran atau
alatan yang digunakan.

Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza. Contoh aktiviti:

 Bergerak seperti ulat


 Berhenti dan berdiri tegak

Bergerak dengan Mengawal Kelajuan (Serta-merta)


Pelaku akan bergerak dengan pelbagai kelajuan yang  terkawal sama ada secara pantas (serta-merta)
atau secara lambat mengikut arahan atau keperluan gerakan. Contoh aktiviti:
 Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan

 Berjalan dengan cepat


 Berjalan dengan lambat

 Melompat

 Mendarat

 Berguling ke hadapan


 Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan

Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menghasilkan Kelajuan yang berbeza


Mengerakkan tubuh badan untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza - Grakkan anggota tubuh badan
untuk kelajuan yang berbeza. Kelajuan yang berbeza adalah dalam  bentuk cepat, lambat, serta-merta dan
kawalan lambat.

 Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan

Hayun tangan dengan perlahan


 Hayun tangan dengan cepat

Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Memilih Kelajuan yang Sesuai

Pelaku dikehendaki meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai.

 Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas

 Buat dirian tangan dan kedua belah kaki lurus ke atas


 Turunkan sebelah kaki perlahan-lahan ke lantai

 Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas


Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mengawal Kelajuan
Pelakunya melakukan pergerakan serta merta dan kawalan lambat.

 Hayunkan kaki dan tangan  ke arah yang berlawanan dengan segera

 Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan laju


 Hayunkan kaki dan tangan  ke arah yang berlawanan dengan perlahan

Merangkai Pergerakan dengan Menggunakan Dua atau Lebih Aspek


Pelakunya perlu meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai.

Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan:

 Berdiri tegak dengan tangan lurus disisi dan kaki dirapatkan


 Berlari

 Melompat dengan meluruskan tangan di atas


 Menghayunkan tangan dan kaki ke arah berlawanan

 Mendarat dengan meluruskan tangan ke belakang dan membengkokkan kedua-dua lutut


 Duduk mencangkung dengan meluruskan kedua belah tangan ke hadapan.

 Melompat sambil mendepakan tangan dan mengangkangkan kedua-dua belah kaki.


3.5   KESEDARAN PERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN

Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan - gerakan yang mempunyai hubungan antara
tubuh badan dengan bahagian tubuh badan yang lain  atau antara tubuh badan dengan alatan.

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu Bahagian Tubuh Badan  dengan yang Lain

Dalam kemahiran ini, pelaku akan bergerak dengan menggunakan dua bahagian tubuh badan.

Aktiviti yang dilakukan adalah:

 Melompat sambil  mencangkung dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.


 Berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut dengan mendepakan kedua-dua belah tangan
ke atas.

 Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat
keatas dan sebelah lagi memijak lantai.

 Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan sambil mengangkangkan kedua-dua
belah kaki di udara

 Kedua-dua belah tangan mendekam kelantai dengan sebelah kaki lurus dan sebelah lagi
dibengkokkan di atas lantai

 Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.

Mengerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan di antara Satu Bahagian Tubuh
Badan dengan yang Lain
Pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang akan menukar bentuk kepada pergerakan badan
yang lain. Faktor imbangan akan membantu pertukaran pergerakan.

 Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan.


 Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi diangkat ke belakang lurus selari dengan
permukaan lantai dengan tangan lurus ke hadapan.

 Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan didepangkan dan sebelah kaki diangkat ke hadapan
selari dengan permukaan lantai.

 Sebelah tangan dan sebelah kaki yang dibengkokkan menyokong badan di lantai sambil 
tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas.

 Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah lutut dan hujung jari kaki   jejak ke lantai,
badan dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.

Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan


Pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain.

 Berlari menuju ke arah alatan

 Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah tangan  diangkat ke atas. Mendarat
dengan kedua-dua belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah tangan lurus ke
hadapan.

Mengerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan
Pelakuan yang dilakukan dalam kemahiran ini ialah menggerakkan bahagian tubuh badan semasa
dialatan. Pergerakan dilakukan sama ada di atas, di bawah atau sebagai halangan.

 Bergerak perlahan menyusur di atas peti lombol dengan melembutkan anggota badan.

 Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan menolak badan serta kaki untuk
membuat gulingan ke hadapan di atas bangku gimnastik.

Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil Mengerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk
Mendapatkan Kestabilan
Pelakunya diatas bahagian tubuh badan yang stabil contohnya tapak kaki, tangan, lutut, punggung dan
lain-lain.

 Buat dirian tangan  sambil badan dan kaki lurus ke atas


 Buat dirian tangan sambil mendepankan kedua belah kaki ke udara

Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke Pergerakan Baru dengan Mengunakkan
Bahagian Tubuh Badan untuk Mendahului Pergerakan
Pelaku akan bergerak, mengalih atau menukar dari keseimbangan asal ke tapak yang lain contohnya dari
sokongan tangan ke kaki. Pelaku mesti tahu bahagian tubuh badan yang sesuai untuk memulakan
gerakan.

 Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Jatuhkan bahagian pinggul
dan belakang.

 Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah tangan apabila tiba di bahagian  tengkuk.
Gulingkan badan ke belakang.

 Kembali ke posisi berdekam dengan dengan kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-
lahan.

 Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi


Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan Bahagian Tubuh  Badan


Dalam kemahiran mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh  badan, pelaku
perlu bergerak untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki.

 Berdiri tegak, tangan di sisi

 Bengkokkan lutut dan merengkukkan badan


 Tolak lutut dan punggung ke depan diikuti dengan pergerakan dada ke depan serta kepala ke
belakang

 Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas


 Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan diangkat lurus ke atas

You might also like