You are on page 1of 50

KESEDARAN KEPELBAGAIAN

SOSIO-BUDAYA

Zahera Azlea
Nur Adibah
Samuel
PENGENALAN
• Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
telah mewujudkan corak sosio budaya yang
berbeza.
• Murid di sekolah harus didedahkan kepada
kepelbagaian sosio budaya dalam masyarakat
agar dapat belajar dalam suasana yang
kondusif.
• Kepelbagaian sosio budaya ini boleh ditinjau
dari segi:
a. Bangsa
b. Struktur Masyarakat atau kelas sosial
c. Kepercayaan
d. Bahasa
e. Adat Resam
f. Jantina
BANGSA
• Istilah yang digunakan untuk mengkategorikan
kaum.
• Kelompok manusia yang dianggap mempunyai
asal-usul atau keturunan dan pertalian darah
yang sama.
• Mereka yang tidak mempunyai pertalian darah
juga boleh dijadikan sebagai sebangsa.
• Kumpulan manusia dalam satu ikatan
tatanegaraan, contohnya bangsa
Malaysia.
• Memberikan gambaran kepada bilangan anggota
etnik dalam kumpulan yang besar.
• Konsep bangsa ini dititikberatkan dalam
Wawasan 2020 dimana telah termaktub usaha
untuk membentuk bangsa Malaysia tanpa
menghilangkan sifat-sifat komuniti etnik.
• Konsep bangsa Malaysia lebih
Merupakan peneguhan jati diri
Malaysia yang TIDAK langsung
melemahkan identiti etnik yg ada
sekarang.
• Juga merujuk kepada nilai-nilai sosial seperti
kerjasama, toleransi, hormat menghormati,
setiakawan, dedikasi, persahabatan,
perkongsian, kesabaran dan kegigihan yang
boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk
mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat
dan dinamik.
Menurut John Stuart Mill
• Rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub
bersama dan lebih rela bekerjasama sesama
mereka, berbandng dengan rumpun bangsa
yang lain.
Kamus Dewan (1999)
• Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri
kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama.
• Kumpulan manusia yang sama asal-usulnya
serta serupa sifat-sifatnya.
• Satu kelompok manusia yang dianggap
memiliki identiti bersama yang bersatu pada
satu wilayah dan mempunyai
keterikatan dengan wilayah
tersebut.
Cara Penyerapan Budaya
INTEGRASI BUDAYA
• Pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti
nasional di kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi.
Melalui:
•Asimilasi •Pluralisme •Akulturasi
•Amalgamasi •Akomodasi
Asimilasi
• Proses penyerapan budaya.
• Dapat dilihat melalui cara hidup atau
kebudayaan sesuatu masyarakat. Cth: migran
dan minoriti yang telah diserap oleh
kebudayaan dominan tanpa membawa
perubahan kebudayaan yang menyerapnya.
A+B+C=A
“Ringkasan oleh Nordin dan
Hasnah Hussin (2003)”
Amalgamasi
• Proses percantuman dari segi biologi.
• Berlaku melalui perkahwinan campur.
• Akan menghasilkan satu kelompok yang baru
dalam kehidupan masyarakat.
• Kelompok baru tersebut seterusnya akan
membentuk satu budaya baru dalam
masyarakat berkenaan.
A+B+C=D
“Ringkasan oleh: Jayum A. Jawan
(1997)”
• Pertembungan budaya tersebut akan
menghasilkan satu kebudayaan baru yang
dapat diterima oleh kesemua mereka yang
terlibat dalam pertembungan tersebut.
Pluralisme
• Proses mempertahankan kepelbagaian
budaya.
• Masyarakat lebih menitikberatkan pengekalan
ciri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok.
• Berpegang kepada bahawa setiap perbezaan
adalah perkara lazim dan tidak dapat
dielakkan.
A+B+C=A+B+C
“Ringkasan oleh : Jayum A. Jawan (1997)”

• Setiap kelompok masih berpegang kepada


kebudayaan masing-masing walaupun berlaku
perbezaan antara kebudayaan yang diamalkan.
Akomodasi
• Setiap etnik menyedari nilai dan norma antara
satu sama lain.
• Setiap etnik tetap mempertahankan budaya
mereka tetapi hidup dengan harmoni dan saling
menghormati antara satu sama lain.
• Dapat dilihat melalui pemerintah di peringkat
pusat memberikan peluang kepada setiap
etnik meletakkan wakil mereka
dalam pentadbiran negara.
Akulturasi
• Manusia dalam kumpulan minoriti menerima
norma, nilai dan pola-pola tingkah laku
golongan majoriti.
• Membolehkan masyarakat meminjam atau
menerima unsur-unsur budaya golongan
majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya
asal.
• Proses ini juga dikenali sebagai
asimilasi budaya
Kesimpulan
• Guru harus memastikan murid yang keluar
dari alam persekolahan kelak dapat
meneruskan kesinambungan keharmonian ini
supaya negara kita kekal aman selamanya
tanpa mempunyai perasaan prasangka
terhadap kebudayaan kaum lain.
STRUKTUR MASYARAKAT ATAU
KELAS SOSIAL
MAKSUD/DEFINISI
• Sekelompok besar manusia yang hidup saling
berhubungan dan bergantungan berasaskan satu
budaya serta bidang tertentu dan mempunyai
matlamat yang sama.
• Menurut Roucek & Warren (1979), Satu
kumpulan manusia yang berhubung secara tetap
dan tersusun dalam menjalankan aktiviti
secara kolektif dan merasakan
bahawa mereka hidup bersama.
• De Fleur (1974) Sebuah pola yang sangat
kompleks mengenai organisasi sosial, di mana
ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat
garis panduan bagi semua bidang tingkah laku
sosial.
• Masyarakat terbahagi kepada dua:-

Golongan Golongan yang


pemerintah diperintah
KELAS SOSIAL MASYARAKAT

Sul
tan
Kelas
Bangsawan

Kelas Pembesar

Rakyat biasa
Menurut J.S. Furnivall (1956) Ciri-ciri
masyarakat:
• Terdapat pelbagai jenis manusia.
• Mereka bercampur tetapi tidak bersatu.
• Mereka hidup berdekatan tetapi tidak terpisah
dalam sistem politik yang sama.
• Masing-masing mempunyai
pegangan agama, bahasa, idea
dan bahasa yang berbeza.
• Bertemu di tempat awam dan kembali semula
ke kelompok masing-masing.
• Terdapat perbezaan dari segi pekerjaan
mengikut kaum.
KESIMPULAN
• Masyarakat bermaksud satu kumpulan yang hidup
bersama, dalam satu sistem politik yang sama dan
saling bergantung sesama sendiri.
• Struktur masyarakat terbahagi dua:-
a) Pemerintah
b) Diperintah
• Kelas sosial terdiri daripada 4 golongan
1. Sultan
2. Kelas Bangsawan
3. Kelas Pembesar
4. Rakyat Biasa
Kepercayaan
• Akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara.
Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa
‘pasti’ terhadap perkara yang berkenaan.
• Konteks psikologi : Suatu keadaan jiwa yang
berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak
(propositional attitude).
• Kamus Dewan : Keyakinan atau akuan mengenai
kebenaran berlakunya sesuatu.
• Konteks Agama : Sebahagian daripada batu asas
pembangunan moral, yang juga dikenali sebagai
akidah ataupun iman.Kepercayaan tersebut akan
membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam
kehidupan masyarakat.
Masyarakat Melayu :
• banyak meninggalkan kepelbagai kepercayaan yang
mengandungi pelbagai pantang larang, tunjuk ajar,
nasihat yang berguna.
• Kepercayaan Melayu : Pawang, bomoh dan dukun.
• Pantang larang :
 Melarang anak duduk diatas bantal.
 Melarang menjahit pada waktu senja.
 Tidak boleh bersiul atau menyanyi di dapur.
Masyarakat Cina :
• Percaya alam semesta dikuasai oleh semangat yang
kekuatannya luar biasa.
• Contohnya, langit, matahari, tanah, air , dll.
• Fenomena alam diklasifikasikan kepada ‘Yang’ dan
‘Yin’.
• ‘Yang’ – prinsip dasar untuk laki-laki, matahari, arah
selatan, panasnya cahaya(siang) dan segala yang
termasuk keaktifan.
• ‘Yin’ – prinsip seperti wanita, bulan, arah utara,
dingin, gelap(malam), dan segala yang bersifat pasif.
• Jade – dapat memberi kekayaan dan keharmonian.
• Feng shui – memberi tuah dalam kehidupan.
Masyarakat India :
• Dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur
jahat (hantu, roh, penunggu, & kesan negatif).
• Sesiapa yang melanggar kepercayaan akan mendapat
nasib buruk.
• Contoh :
 Bersiul pada waktu malam - mengundang ular masuk
ke rumah.
 Makan di tempat yang gelap – makanan akan di
kongsi bersama hantu.
 Jika pensel di asah pada kedua-dua belah – ibu dan
bapa akan sentiasa bergaduh.
Nilai-nilai :
• Relativisme – sesuatu budaya tidak boleh dinilai secara
arbitrari menggunakan nilai, kepercayaan dan norma
sendiri.
• Xenosentrisme – anggapan bahawa budaya masyarakat
lain lebih barik daripada masyarakat sendiri.
• Etnosentrik – menilai budaya
masyarakat lain berpandukan nilai,
kepercayaan dan norma sendiri.
BAHASA
ERTI
• Satu sistem komunikasi yang menggunakan
bunyi atsu simbol.
• Satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara
yang disusun bersama dengan kaedah yang
bermakna ditambah dengan sistem
komunikasi yang kompleks. [Cole (1998)]
• Alat untuk menyampaikan
pesanan yang tidak dapat dilihat.
PERUBAHAN BAHASA
a. bunyi: [pinam] (Kuno) kepada [pinang]
b. fonem: [vuat] (kuno) kepada [buat]
c. morfem: [nivunuh] kepada [dibunuh]
d. penggantian kata: [warsa] (kuno) kepada
[tahun]
e. asimilasi: [organisasi] daripada [organization]
f. haplologi: [bagi itu] (asal) kepada [begitu]
(baru).
g. penggemblengan: [kugiran] daripada [kumpulan
gitar rancak]
h. lewah pembetulan: [tuladan] (kata asal) kepada
[teladan]
i. hanyutan fonetik: [dua halapan] kepada
[delapan] kepada [lapan]
j. perubahan makna: [khalwat] (asal Arab) :
“menyendiri untuk beribadat” kepada “berdua-
duaan berbuat maksiat”.
k. penyempitan makna: [tuan] (dulu) untuk
perempuan dan lelaki, kini untuk lelaki saja.
l. perubahan makna.
m. kata slanga .
• Antara fungsi bahasa adalah:-
a) menyampaikan maklumat.
b) menyampaikan tujuan.
ADAT RESAM
• Sesuatu cara yang telah ditentukan untuk
melakukan sesuatu yang telah diakui oleh
masyarakat.
• Amalan yang piawai iaitu adat yang kelaziman
yang diharapkan daripada anggota
masyarakat.
• Diwarisi dari turun temurun.
• Setiap kaum mempunyai adat
yang berbeza.
Adat Resam Melayu

Melenggang Perut Bercukur Jambul Bertindik

Berminang Berinai Di Pelamin Berandam dan Berasah


gigi

Bertunang Bersanding Berpantang 44 Hari

Kematian Berendoi Mandi Selepas Pantang

Bersunat Berkhatam Al-Quran


Adat Resam Cina

• Majlis Perkahwinan (merisik, bertunang dan


nikah)
• Kelahiran (sewaktu mengandung dan selepas
kelahiran)
• Kenduri Selepas Kelahiran
• Mencukur rambut
Adat Resam India

• Perkahwinan
• Semasa Mengandung
• Selepas Bersalin
• Kematian
• Pantang Larang
JANTINA
• Guru harus mengenal pasti dan merancang
pengalaman pembelajaran yang bersesuaian
dengan jantina.
• Jantina mempengaruhi pembentukan iklim di
dalam bilik darjah.
• Memberi peluang murid-murid lelaki dan
perempuan:
1. Bergaul lebih tertib
2. Bertanggungjawab
3. Menghormati perbezaan yang wujud dari segi
jantina
4. Meluaskan lagi ruang persefahaman
dan toleransi.
• Pemilihan aktiviti yang bersesuaian akan
menentukan motivasi murid ketika menjalani
proses pembelajaran mereka.
• Seorang guru harus mempertimbangkan
faktor jantina semasa penyediaan rancangan
mengajar agar aktiviti yang ingin dilakukan
adalah bersesuaian dengan
perbezaan jantina di dalam kelas.
RUJUKAN
• Hafiz, A. (2006). Ashtech Corporate Site. Retrieved
Januari 12, 2011, from Adat Resam Melayu:
http://www.ashtech.com.my/adat/index.html
• Mansor Mohd Noor, A. R. (2006). Hubungan Etnik
di Malaysia. Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall.
•  
• Amin, K. (2006). Kheru. Retrieved Januari 11, 2011,
from Sosio Budaya:
http://kheru2006.i8.com/EDU3106/2_SosioBudaya.h
tm
• Scribd. (n.d.). Retrieved Januari 11, 2011, from
Kesedaran Kepelbagaian Sosio Budaya:
http://www.scribd.com/doc/26155269/Kesedaran-
Kepelbagaian-Sosio-budaya-Edu
TAMAT

You might also like