You are on page 1of 22

PENGERTIAN REMAJA

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja
bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di
antara seorang dengan seorang yang lain.

PERUBAHAN KEARAH KEDEWASAAN

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan
mengalami perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Perubahan-perubahan ini
berlaku akibat tindakan hormon dalam bentuk badan.

Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki
dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan
individu yang lain.

TERUNA

Teruna adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak lelaki ke alam remaja lelaki.
Pada masa ini berlaku perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial yang boleh
menimbulkan tanda tanya mengapa perubahan ini berlaku dan apakah rahsia di sebaliknya.

Walaupun kebanyakan teruna berjaya menjalani alam remaja dengan baik, ada juga
sesetengah teruna berasa takut dan tertekan dengan perubahan yang mereka alami.

Setiap lelaki akan melalui era peralihan ini dengan kadar yang berbeza. Penyesuaian
kepada perubahan semasa alam teruna sepatutnya lebih menyakinkan sekiranya kita
mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku kepada kita.
PERUBAHAN ALAM TERUNA

Secara umumnya perubahan fizikal, mental, emosi dan sosial mula terjadi pada usia 11
tahun dan berakhir pada usia 19 tahun. Bagaimanapun perubahan ini juga boleh berlaku lebih
awal atau lebih lewat. Selain dari itu, setiap teruna tidak perlu merasa tersisih sekiranya kadar
pertumbuhan mereka tidak sama kerana setiap teruna membesar dengan kadar mereka sendiri.
Lihat gambar dibawah untuk lebih memahami.

5 TAHUN 10 TAHUN 15 TAHUN DEWASA

PERUBAHAN FIZIKAL ALAM TERUNA

Pada masa ini teruna mungkin mula menyedari luaran yang berlaku. Sebenarnya
terbapat banyak perubahan lain yang tidak disedari oleh remaja berlaku di dalam tubuhnya.
Pada masa ini kelenjar pituitari yang terdapat di dasar otak mula mengeluarkan hormon yang
merangsang pertumbuhan tubuh badan teruna.

Salah satu hormon yang paling penting bagi teruna adalah hormon testosteron.
Hormon ini bertanggungjawab terhadap pembentukan ciri-ciri kelelakian seperti
pertumbuahan bulu di muka, dada, ketiak, kawasan ari-ari dan di kaki. Hormon testosteron
juga bertanggungjawab bagi pembesaran pada anggota seksual luaran lelaki dan pembentukan
sperma dan testis.
MENGENALI PERUBAHAN FIZIKAL ALAM TERUNA

Mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku akan menjadikan anda lebih yakin dan
selesa dengan diri anda yang baru. Perubahan-perubahan ini berbeza antara individu.
Perubahan tersebut boleh dibahagikan mengikut umur seperti yang dinyatakan dibawah :

 10 – 13 TAHUN
 Badan bertambah gagah
 Otot-otot membesar
 Bahu melebar
 Dada menjadi bidang
 Suara menjadi garau
 Skrotum membesar
 Kulit skrotum bertambah kasar dan berwarna gelap
 Saiz zakar membesar

 14 – 17 TAHUN
 Tubuh bertambah tinggi
 Bulu ari-ari tumbuh dan bertambah lebat
 Skrotum semakin membesar
 Kulit skrotum semakin kasar
 Saiz zakar semakin membesar
 Jerawat mula tumbuh
 Mengalami mimpi ghairah ( wet dream )

 18 – 19 TAHUN
 ketinggian bertambah
 Bulu tumbuh di ketiak dan mungkin di bahagian dada
 Misai dan janggut mula tumbuh
 Warna kulit skrotum bertambah gelap
 Saiz zakar semakin membesar
Gambar dibawah ini menunujukkan organ-organ sistem reproduktif bagi teruna:

FUNGSI – FUNGSI SETIAP ORGAN

ORGAN FUNSGSI
Testis Menghasilkan sperma dan hormon testosteron
Skrotum Struktur menempatkan dan melindungi testis
Duktus Sperma Membawa sperma dari testis ke uretra
Vesikal Seminal Menghasilkan bendalir semen untuk mengaktifkan sperma
Kelenjar Prostat Mengeluarkan rembesan bagi keatifan sperma
Zakar Memindahkan sperma ke dalam tubuh perempuan
Uretra Saluran untuk menyalurkan sperma keluar dari badan

PANDUAN PENJAGAAN ORGAN REPRODUKTIF


 Bersihkan tubuh badan termasuk organ reproduktif dua kali sehari dengan sabun dan
air.

 Gunakan seluar dalam bagi menampung zakar dan skrotum.

 Pilih seluar dalam yang sesuai dengan saiz tubuh.

 Penggunaan seluar dalam yang terlalu ketat menyebabkan ketidakselesaan,


menyakitkan atau boleh memusingkan kedudukan testis serta menyebabkan
kepanasan.

 Kepanasan yang berlarutan boleh menggangu fungsi normal testis.

MASALAH ORGAN REPRODUKTIF TERUNA

 “ UNDESCENDED TESTIS”
 Satu keadaan di mana salah satu atau kedua-dua testis tidak turun ke dalam
skrotum

 “ HYDROCELE ”
 Satu keadaan di mana skrotum kelihatan membengkak akibat pengumpulan
cecair dalam selaput skrotum.

 HERNIA

 Hernia adalah keadaan di mana sebahagian dari usus telah turun dan
memasuki dalam selaput skrotum. Ini berlaku apabila dinding abdomen tidak
kuat atau tidak normal.
MENGENALI PERUBAHAN EMOSI DAN MENTAL TERUNA

Setelah mengetahui tentang perubahan yang berlaku dalam fizikal seorang kanak-
kanak apabila meningkat remaja. Kini kita akan membincangkan pula tentang perubahan
emosi dan mental seoarang remaja lelaki ataupun teruna. Untuk memudahkan kita memahami
perubahan ini akan dibahagikan dalam 3 peringkat umur seperti dibwah :

 10 – 13 TAHUN
 Seseorang itu akan mula bersifat logikal
 Sentiasa berperasaan ingin tahu serta banyak persoalan seperti “mengapa” dan
“kenapa” sesuatu perkara terjadi
 Bersifat lasak, lebih bertenaga dan suka meneroka cabaran
 Masih bersifat keanak-anakan

 14 – 17 TAHUN
 Mula mengutamakan rakan sebaya dari ahli keluarga dalam kebanyakan hal dan
persoalan harian.
 Mencari identiti diri dalam bentuk keperibadian menjelang kedewasaan.
 Mula berfikiran abstrak di mana objek nyata dapat digambarkan dalam bentuk
simbolik dan grafik.

 18 – 19 TAHUN
 Seseorang itu telah mengenali dan menghayati identiti dirinya yang sebenar.
 Hubungan dengan rakan sebaya berkurangan dan mula beralih kepada gadis yang
rapat dengannya.
 Keupayaan berfikir lebih terbuka dan mula berfikir untuk masa hadapan.
PERKARA PENTING YANG HARUS DIKETAHUI TERUNA

 MIMPI GHAIRAH

Mimpi ghairah berlaku semasa seorang teruna tidur dan mendapat mimpi yang
menghairahkan seperti bermesra atau melakukan hubungan seksual dengan seorang gadis.
Bila terjaga dari mimpi, didapati telah berlaku enjakulasi ( terpancutnya air mani ) dan
terdapat tompokan lendir di kain atau seluar dalam.
Mimpi ghairah yang pertama adalah tanda seorang teruna mencapai usia baligh. Anda
tidak perlu risau kerana semua lelaki samada tua atau muda mengalami mimpi yang
ghairah. Dapatkan penerangan dan nasihat dari orang yang anda percayai sekiranya
mempunyai kemusykilan mimpi ghairah.

 BERKHATAN

Amalan berkhatan adalah satu amalan yang meluas yang diamalkan di kalangan lelaki
khususnya penganut Agama Islam. Berkhatan adalah satu proses di mana kulit khatan
(kulit yang menutupi kepala zakar) dibuang dengan menggunakan teknik yang
selamat.Prosedur ini tidak menyakitkan dan sembuh dalam masa 3 – 7 hari

 ONANI

Onani adalah perilaku yang tidak sihat untuk mendapatkan keghairahan seks secara
menyentuh kemaluan dengan tangan atau menggunakan benda tertentu sehingga mencapai
puncak syahwat (orgasm) yang diikuti pengeluaran air mani. Perilaku ini perlu dielakkan
oleh teruna.Perilaku ini boleh memudaratkan kesihatan fizikal dan mental jika dipengaruhi
oleh dorongan nafsu dan dilakukan berulang-ulang kali.

Ini mengakibatkan letih yang berpanjangan akibat kurang tidur dan mengganggu
pelajaran dan kehidupan harian. Selain itu, onani mengakibatkan gangguan mental
termasuklah kemurungan dan tekanan mental akibat tidak mencapai impian. Di samping
itu onani boleh menimbulkan rasa bersalah dan berdosa yang berpanjangan.Perkara ini
perlu dibincang dengan fikiran yang terbuka agar segala perasaan takut dan sangsi dapat
diatasi.
MENGENALI PERUBAHAN SOSIAL TERUNA

Apabila seseorang itu mencapai remaja ataupun teruna banyak perkara akan berubah
termasukla perubahan dari segi sosial. Antara yang paling penting hubungan dengan keluarga
kerana keluarga adalah orang yang paling rapat dalam hidup seseorang. Pada masa ini
seseorang itu akan mengetahai cara untuk berhubung dengan keluarga antaaranya ialah:

 Hormat-menghormati ahli keluarga terutama ibu bapa.


 Menjalin hubungan mesra bersama keluarga
 Meluangkan masa bersama keluarga
 Menumpukan perhatian kepada pelajaran
 Berkongsi perasaan dan masalah bersama keluarga

TERUNA DAN TIGKAHLAKU BERISIKO

Perasaan ingin tahu dan sifat ingin mencuba adalah sebahagian dari perkembangan
semasa alam remaja. Sikap ini akan membantu teruna menjadi seorang dewasa yang dapat
membezakan perlakuan yang baik dengan buruk. Nilai positif yang ada pada teruna ini perlu
dibimbing oleh golongan dewasa.

Kegagalan teruna untuk mengawal perasaan boleh mendorong teruna melibatkan diri
dalam kegiatan yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan dadah dan arak, vandalisma,
pergaduhan, penglibatan dalam lumba haram serta hubungan seksual rambang.

Kesan tingkah laku teruna yang tidak sihat dimanifestasikan sebagai :-

 Kecederaan akibat kemalangan


 Ketagihan rokok, arak dan dadah
 Jangkitan penyakit kelamin dan HIV / STI
 Jenayah juvana
 Tekanan mental
GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP TERUNA

Tahukah anda teruna juga boleh mengalami gangguan seksual samada di sekolah atau
pun di tempat kerja sebagaimana gadis. Secara umumnya gangguan seksual ini juga termasuk
dalam kategori buli yang melibatkan seksual. Gangguan seksual bukan terhad kepada
perbuatan seperti meraba dan merogol semata-mata. Gangguan seksual merangkumi
mengeluarkan perkataan atau mempamirkan tanda-tanda berunsur seksual atau lucah yang
mengganggu perasaan orang lain.

Kadang-kala gangguan seksual menjadi keterlaluan sehingga menimbulkan


persekitaran kerja atau belajar yang tidak sihat dan mengganggu fungsi (performance)
seseorang teruna. Gangguan seksual yang berlarutan akan menjejaskan kesihatan mental dan
fizikal anda.

Jangan beranggapan ianya adalah satu gurauan yang akan berhenti. Ingat,
sekiranya anda memberi reaksi yang salah, anda akan terus menjadi mangsa gangguan
seksual. Anda berhak untuk tidak diganggu secara seksual. Laporkan gangguan ini kepada
guru, Pengetua Sekolah atau majikan sekiranya anda diganggu.

Sekiranya anda seorang yang suka mengganggu teruna atau gadis di sekolah atau di
tempat kerja, anda perlu tahu :

 Tidak ada orang yang mahu dirinya dihina atau diganggu.

 Kebiasaannya teruna yang suka mengganggu orang lain mempunyai kelemahan diri.
Oleh kerana tidak mahu orang lain tahu kelemahannya, dia akan mencari kelemahan
orang lain agar kelemahannya tidak didedahkan.

 Gangguan seksual adalah satu jenayah dan anda boleh dikenakan hukuman sekiranya
anda ditangkap

 Contoh-contoh gangguan adalah :-

 Diejek apabila anda lalu di hadapan sekumpulan gadis.

 Dipanggil “ sissy ” oleh teman-teman

 Ditunjukkan simbol-simbol yang berunsur lucah

 Dicubit atau raba tanpa sebab seperti di pinggul atau peha


GADIS

Gadis adalah zaman peralihan dari dunia kanak-kanak perempuan ke alam dewasa
wanita. Pada masa ini berlaku perubahan dari segi fizikal, mental, emosi dan social yang
boleh menimbulkan tanda tanya mengapa perubahan ini berlaku dan apakah rahsia di
sebaliknya.

Kebanyakan gadis berasa takut dan tertekan dengan perubahan yang mendadak dan
ada yang berjaya mengatasi alam gadis dengan baik.

Setiap wanita pasti melalui zaman peralihan ini dengan kadar yang berbeza.
Penyesuaian kepada perubahan semasa alam gadis sepatutnya lebih menyakinkan
sekiranya kita mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku kepada kita.

PERUBAHAN ALAM GADIS

Semasa alam kanak-kanak tiada beza antara kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak
perempuan. Menjelang usia baligh, perbezaan fizikal, mental, emosi dan sosial antara
gadis dan teruna menjadi ketara. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah dipengaruhi
oleh hormon estrogen dan progesteron yang membentuk ciri-ciri fizikal dan psikologikal
seorang gadis.

5 TAHUN 10 TAHUN 15 TAHUN DEWASA


PERUBAHAN FIZIKAL GADIS

Semasa menjalani alam gadis, semua wanita akan mengalami perubahan fizikal yang
berbeza mengikut peringkat umur.Perubahan tersebut ditunjukkan mengikut Peringkat
umur seperti di bawah :

 9 – 10 TAHUN

 Puting payudara mula ketara

 Tulang punggung mula melebar. Lemak akan tersimpan di bahagian punggung


dan peha

 Ini memberikan ciri-ciri kewanitaan

 10 – 11 TAHUN
 Saiz puting payudara mula membesar
 Bulu ari-ari mula tumbuh

 11 – 13 TAHUN

 Bulatan areolar payudara semakin membesar

 Organ reproduktif bertambah matang dan menjadi nyata

 13 – 15 TAHUN

 Bulu ari-ari menjadi lebat

 Bulu mula tumbuh di bawah ketiak

 Kedatangan haid
 16 - 18 TAHUN

 Gadis akan mencapai ketinggian maksima

 Pada usia ini kesemua perubahan ciri seksual sekunder menghampiri saiz wanita
dewasa

MENGENALI ORGAN REPRODUKTIF GADIS

Ketika usia baligh, berlaku perubahan yang ketara pada organ-organ reproduktif gadis.
Mengetahui perubahan yang berlaku dan fungsi yang berhubungkait dengan perubahan
tersebut akan membantu gadis mengatasi kekeliruan serta menyesuaikan diri terhadap
perubahan tersebut.

Gambar dibawah ini menunujukkan organ-organ sistem reproduktif bagi gadis:

ORGAN REPRODUKTIF LUARAN

ORGAN FUNGSI
Labia Minor 2 lipatan nipis yan melindungi bahagian kelentit, bukaan uretra dan
bukaan faraj
Labia Major 2 lipatan tebal yang melindungi labia minor
Selaput Dara Selaput nipis yang meliputi sebahagian besar bukaan faraj
Bukaan Faraj Teletak antara salur kencing dan dudur. Biasanya,diselaputi oleh
selaput dara.
ORGAN REPRODUKTIF DALAMAN

ORGAN FUNGSI
Faraj Saluran yang menghubungkan uterus (rahim) dengan luar badan.Ia
merupakan saluran untuk melahirkan bayi, laluan keluar darah haid
dan tempat hubungan seksual.
Serviks Pintu kepada uterus (rahim) yang juga dipanggil pangkal uterus
(rahim)
Salur Fallopian Laluan bagi perjalanan ovum (telur) dari ovari ke uterus
(rahim).Merupakan tempat persenyawaan berlaku
Uterus Juga dikenali sebagai rahim. Merupakan organ yang berbentuk
buah pir, bersaiz 3 inci panjang, 2 inci lebar dan 1 inci tebal.
Bahagian dalam uterus dilapisi oleh lapisan yang dipanggil
endometrium. Semasa haid , lapisan ini akan luruh sebahai darah
haid. Selepas persenyawaan berlaku di dalam saluran fallopian,
janin akan terbentuk dan turun ke uterus serta membesar selama 40
minggu.
Onari organ yang bertindak sebagai kantong telur gadis. Seorang gadis
mempunyai sepasang ovari yang bergilir-gilir mengeluarkan ovum
(telur) setiap bulan. Setiap bulan, sebiji ovum menjadi matang dan
dikeluarkan dari salah satu ovari secara bergilir-gilir
MENGENALI PAYUDARA GADIS

Pada zaman kanak-kanak, payudara kanak-kanak perempuan tidak ketara. Menjelang


alam gadis, payudara mula membesar akibat dari pengaruh hormon estrogen dan progestron
sehingga mencapai saiz dewasa ketika akhir alam gadis. Selepas ini saiz payudara tidak akan
berubah melainkan apabila seseorang wanita mengandung atau menyusukan anak.

Ada gadis yang mempunyai payudara yang lebih besar atau kecil berbanding dengan
rakan sebaya. Perkara ini adalah normal kerana bentuk dan saiz payudara seseorang gadis
banyak dipengaruhi oleh faktor hormon, keturunan dan genetik seseorang itu Selain dari itu,
ada juga gadis akan mendapati saiz antara payudara kiri dan kanannya berbeza. Jangan
bimbang, ini juga satu keadaan yang normal.

PENJAGAAN PAYUDARA

 Menggunakan Anak Baju Atau Coli


 Gadis perlu memakai anak baju atau coli remaja mengikut saiz payudaranya. Anak
baju atau coli remaja memberi perlindungan dan mengamu payudara yang semakin
membesar
 Petua Memilih Anak Baju Atau Coli Remaja
 Pilih anak baju atau coli yang sesuai dengan saiz payudara. Coli yang terlalu ketat
akan mencengkam payudara manakala coli yang terlalu besar pula tidak akan
memberi sokongan. Pilihlah coli yang diperbuat dari kain kapas atau kain yang
lembut agar dapat menyerap peluh.

KESESUAIAN COLI

TANDA-TANDA COLI YANG SEMPIT TANDA-TANDA COLI YANG


DAN KECIL LONGGAR DAN BESAR
Tidak selesa ketika memakai Coli mengelunsur ke atas dan ke bawah
( longgar )
Tali coli terbenam dan meninggalkan kesan Sempadan lengkok coli tidak lurus (lengkok/
pada bahu ‘cup’ coli besar )
Sebahagian payudara tidak diliputi oleh coli Bahagian tepi coli longgar dan mengelebih
dan coli meregang

KAEDAH MENENTUKAN SAIZ COLI YANG SESUAI

 Langkah Pertama
 Ukur bahagian bawah payudara dari tengah dada hingga ke bahagian tengah tulang
belakang dalam inci. Ukuran ini di darab dua dan tambah dengan lima. Namakan
ukuran ini A, iaitu saiz coli anda. Contohnya:

Ukuran ialah 14.5 inci.

A = ( 14.5 x 2 ) + 5 = 34

 Langkah Kedua
 Selain dari saiz coli, saiz lengkok coli ( cup saze ) perlu diambil kira dalam pemilihan
coli yang sesuai. Panduan berikut boleh membantu anda.Ukuran tengah dada melalui
putting payudara hingga ke tengah belakang dalam ukuran inci. Darab ukuran ini
dengan dua. Namakan ukuran ini B. Contohnya:

Ukuran ialah 17.5 inci.

A = ( 17.5 x 2 ) = 35
PERBEZAAN ANTARA KEDUA-DUA LENGKUK COLI
UKURAN ( B – A )

-1 AA
0 A
1 B
2 C
3 D
4 DD dan seterusnya

Dengan mengambil contoh diatas :

Ukuran A ialah 34 inci Merujuk kepada jadual di atas saiz lengkok


Ukuran B ialah 35 inci coli ialah B.
Perbezaan antara kedua-dua Saiz coli anda ialah 34B
Ukuran ialah (B – A) iaitu 35 – 34 = 1

PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA (PSP)

PSP adalah kaedah bagi mengesan ketumbuhan yang terdapat pada payudara.
Walaupun kanser secara umumnya terjadi di kalangan wanita berusia melebihi 40 tahun,
terdapat juga ketumbuhan yang dikesan pada usia gadis. PSP dilakukan pada hari ke 10 dari
hari pertama haid anda pada tiap-tiap bulan. Contohnya, anda mengalami haid pada tanggal 1
haribulan, lakukan PSP pada 10 haribulan bulan tersebut.

Cara- cara melakukan PSP ialah gadis yang mempunyai payudara bersaiz kecil
PSP boleh dilakukan secara berdiri. Kaedah berbaring adalah lebih sesuai bagi gadis yang
mempunyai payudara yang bersaiz besar.

 Cara melakukan PSP secara berdiri dihadapan cermin


Langkah Pertama

KEDUDUKAN 1
Tanggalkan pakaian pada paras pinggang dan
lihat anda di hadapan cermin
Langkah Kedua

KEDUDUKAN 2
Angkat kedua-dua tangan ke atas kepala.
Periksa payudara dari pelbagai sudut.

Langkah Ketiga

KEDUDUKAN 3

 Cara Melakukan PSP secara berbaring Berdiri tegak di hadapan


Langkah Pertama ( Persediaan)
disisi. Pusing ke kiri dan
mengesan sebarang peru
Langkah Kedua (Pemeriksaan payudara kaedah urutan
Tegangkan otot bahagian
menegak)
mencekak pinggang dan
Perhatikan
Mulakan sebarang
pemeriksaan denganperu
pa
Baring mengiring ke kiri dengan
Periksa seluruh
kedua-dua lututkawasan
anda. payudar
urutan menegak dari tulang selan
Letakkan
atas bantal atau(bra-line)
ke garis-kutang tuala manddi b
di bawah bahu sebelah kanan un
bahagian
tengah yang akan
di bahagian diperiksa
bawah ketiak
Letakkan tangan
Menggunkan kanan
tangan kiri,di bawah
mulakan
ketiak.
Gunakan tangan kiri untuk meme
kanan
Langkah Ketiga ( Pemeriksaan payudara kaedah pusingan)
Buat pusinganringan dan kemudi
tempat ini tapak
Gunakan untuk jari-jari
merasakan seba
untuk me
penebalan.
sebarang benjolan atau penebala
Gerakkan tangan anda
Periksa payudara perlahan-l
dengan mengg
Bermula di bahagian atas payud
garisan kutang menggunakan
Urutan-Menegak(Vertical pus
Strip) d
yang besar.
Langkah Keempat ( Memeriksa ketiak anda) ringan dan(Circular)
Pusingan tekan kuat pada setiap
Gerakkan tangan sekeliling pay
Di bahagian bawah garis kutang,
mengesan.
lebih kurang 2 sentimeter ke kiri d
Buat
atas sekurang-kurangnya
menuju tulang selangka3anda
pus
sampai ke
melakukan
Jauhkan puting
pusingan
tangan payudara.
danke
kanan tekanan
sisi da
MENGETAHUI APAKAH ITU HAID ?
dengan
Lakukan
Bergerak teliti untuk
danmengesan
kepemeriksaan
atas bawah se
ke sebanyakm
dengan
liputi
Ulangi tekanan
seluruh ringan
kawasan
pemeriksaan dan
yang
yang sek
ditun
sama
Secara umumnya gadis mula didatangi
kuat. kiri.
sebelah
haid ketika berusia di antara 10 hingga 15 tahun.
Haid berlaku tiap-tiap bulan dan tempoh haid Jangan lupa periksa bahagian b
adalah di antara 3 hingga 7 hari. Secara purata (kawasan Hitam)
seorang gadis kehilangan 2 hingga 6 sudu darah
Menggunakan kedua-dua belah
semasa haid setiap bulan.
payudara untuk melihat samada
Pada kebiasaannya darah haid keluar luarbiasa dari puting payudara.
dalam kualiti yang sedikit pada hari pertama dan
bertambah banyak pada hari kedua dan berkurangan pada penghujung haid.Kitaran Haid
adalah masa di antara hari pertama haid bermula hingga hari terakhir sebelum kitaran haid
yang baru bermula iaitu selama 28 hari. Terdapat variasi di antara seorang gadis ke seorang
yang lain.

Kedatangan haid pertama kali mungkin disedari oleh gadis apabila melihat tompokan
darah di seluar dan biasanya menimbulkan ketakutan dan kebimbangan sekiranya gadis tidak
mengetahui mengenainya.Haid menunjukkan organ reproduktif gadis telah mula berfungsi
untuk menjalankan peranan keibuannya. Haid berlaku akibat tindakan hormon dalam tubuh
gadis. Proses kedatangan haid dapat diterangkan seperti berikut :

Hormon “ Follicle Stimulating Hormone ” (FSH) merangsang ovari menghasilkan ovum


menghasilkan hormon estrogen yang merangsang pembentukan lapisan tebal endometrium di
dalam uterus. Sebaik sahaja ovum matang dan dikeluarkan oleh ovari, penghasilan hormon
estrogen terhenti. Proses ini dinamakan ovulasi. Sekiranya ovum tidak dipersenyawakan,
lapisan endometrium akan luruh sebagai haid.

TANDA-TANDA AWAL HAID

 kira-kira 2 tahun selepas payudara berkembang.


 Tidak lama selepas pertumbuhan bulu pubik.
 Selepas anda mengesan keputihan
 Sakit atau kekejangan bawah perut
 Sakit pinggang
 Sakit di bahagian dalam paha
 Rasa malas dan letih
 Rasa sedih, cepat marah atau kekok.
 Payu dara terasa sakit,bengkak atau tembam.
 Sakit kepala,jerawat dan cirit-birit

KEBIMBAGAN SEMASA HAID

 Kitaran Haid Tidak Teratur


 Kebiasaannya kitaran haid adalah tidak teratur pada peringkat awal dan beransur-ansur
menjadi normal. Gangguan emosi yang teruk seperti masalah keluarga yang serius dan
ketenangan menghadapi paperiksaan boleh menjejaskan kitaran haid gadis. Bagi situasi
seperti ini, kitaran haid akan menjadi normal apabila gangguan perasaan tersebut dapat
diatasi.
 Senggugut
 Sengugut atau sakit datang bulan adalah sakit yang disebabkan oleh pengecutan
dinding uterus yang kauat pada hari pertama haid. Seseorang gadis yang menghadapi
senggugut akan berasa lenguh dan sakit di bahagian perut, letih, muram dan cepat
marah. Masalah senggugut dapat di atasi dengan berbaring atau mendapatkan
rawatan.Bagi gadis yang mengalami kesakitan sepanjang dan selepas tempoh haid, sila
dapatkan bantuan profesional bagi mengatasi masalah kesihatan ini.
PERMASALAHAN KETIKA HAID

Sebanyak 30 peratus wanita dan gadis mengalami masalah Sindrom Sebelum Haid dalam
bentuk :

1. Payudara berasa sengal

2. Perasaan tidak stabil ( mudah marah, tersinggung )

3. Sensetif

4. Kemurungan dan keletihan

5. Sakit kepala dan bahagian belakang badan

6. Perubahan selera makan

7. Loya

8. Mengalami cirit-birit atau sembelit

9. “Bloatedness” ( Sembab )

KEBERSIIHAN SEMASA HAID

Gadis perlu memakai tuala wanita atau kain yang bersih bagi menyerap haid dan cecair
tisu yang dikeluarkan. Tuala atau kain bersih ini perlu ditukar 3 atau 4 jam. Gadis juga
dinasihati agar menggunakan seluar dalam yang diperbuat dari kain kapas. Penggunaan
tampon yang tidak betul akan menyebabkan berlakunya “Toxic Shock Syndrome” yang boleh
menjejaskan kesihatan dan nyawa.

Anda dinasihatkan mengamalkan kebiasaan menandakan di kalendar tarikh haid anda


bermula dan tarikh ianya berakhir . Amalan ini adalah penting kerana dengan mencatatkan
tarikh tersebut anda akan mengetahui pola atau corak pusingan haid anda. Dengan cara ini,
anda dapat meramal bila pusingan haid pada bulan hadapan. Ini akan membantu anda
membuat persediaan seperti membawa tuala wanita ke sekolah.

CARA MENGGUNAKAN TUALA WANITA (PAD)

• Tanggalkan kertas pelekat pada bahagian bawah pad.

• Tekan bahagian bawah pad yang berpelekat pada seluar dalam – pakailah.

CARA MEMBUANG PAD

• Lipatkan pad terpakai dan balut dengan kertas atau plastik

• Masukkan ke dalam tong sampah.

• Jangan buang pad dalam mangkuk tandas.

MENGENALI PERUBAHAN EMOSI DAN MENTAL GADIS

• Perasaan ingin mencari identiti diri.

• Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri.

• Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

• Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

MENGENALI PERUBAHAN SOSIAL GADIS

Dalam melalui saat-saat manis alam remaja, anda perlu berinteraksi dengan rakan
sebaya, keluarga dan masyarakat.Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan
mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan :

 . Ibubapa
 . Rakan sebaya. Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya
 . Guru / orang dewasa yang boleh dipercayai

You might also like