Konsep Akhlak

Akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan caracara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan Keburukan dan apakah kriteria yang dapat menilai daripadanya

Kepentingan akhlak ialah sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020 iaitu ³«untuk mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya, yang rakyatnya kuat beragama dan nilai kerohanian serta disemai dengan nilai etika paling tinggi´ (Mahathir, 1991).

Dalam konteks sosial, akhlak merupakan sendi yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan di dalam masyarakat tersebut. Keruntuhan nilai akhlak di dalam sesebuah masyarakat bukan saja menjadi ancaman kepada kesejahteraan mental individu dalam masyarakat (Najati, 1993), malah turut menjadi punca sebenar kepada kemusnahan kerana keruntuhan nilai akhlak akan melemahkan setiap sendi sesebuah masyarakat (Malek Bennabi, 1998). Malah para pengkaji kemasyarakatan Barat sendiri pun menyedari akan sendi-sendi kelemahan ini dan membuat kesimpulan terhadap keperluan kepada kembali kepada unsur-unsur pemurnian akhlak terutama sekali melalui agama (Mohd Sulaiman Yasin, 1992).

serta kejadian yang indah dan baik.Akhlak mempunyai maksud yang meluas.t ialah seperti berikut: Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta pula.Menurut bahasa. adat kebiasaan. dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air. (Al-Qalam:4) Perkataan (al-khalqu) di dalam ahlak bererti kejadian. menurut undang-undang yang tepat. ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah. dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami.w. tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia.kelakuan. malah ia juga bereti agama itu sendiri. dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi. silih bergantinya siang dan malam. (Ali-Imran:190) . lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering). Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. tersusun rapi. perangai. antaranya ialah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. tingkahlaku.Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia. dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan. alam sarwajagat dan lain-lain kejadian.perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) yang bererti tabiat. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja. ciptaan.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi. Antara firman Allah s. sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia. maruah.

. motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak´. kebahagiaan. sifat kebaikan. kewajipan. menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat ´ Definisi ilmu akhlak menurut Prof. penelitian dan paksaan.Akhlaq¶ merumuskan pengertian akhlak sebagai µakhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk.Antara definisi akhlak ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk. Selain itu.a mengatakan: ³ akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.Imam Ghazali r. ia dinamakan akhlak yang buruk atau terkeji. Omar Al Toumy Al Syaibani pula ialah ³akhlak adalah ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak. Ibn Miskawaih iaitu seorang ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terhasil itu baik dan terpuji menurut syara¶ dan akal. hukum dan tanggungjawab akhlak.Akhlak menurut istilah juga mempunyai banyak maksud. kebenaran. perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. kejahatan. menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya. Prof. Ahmad Amin dalam bukunya µAl. Dr.

salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya. perangai dan sebagainya. Miqdad Yalchin pula. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat. pada sesuatu kumpulan. kehendak. suasana dan . perangai. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan. Etika pula berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethikos daripada perkataan ethos yang juga membawa erti adat kebiasaan. budi pekerti dan perangai. Kedua-dua istilah ini iaitu moral dan etika adalah bermaksud tatasusila. Perbezaan konsep akhlak dan moral Akhlak dan moral serta merupakan perkataan-perkataan yang berbeza-beza dari segi istilah dan pengertiannya.Menurut istilah.Dr. masyarakat.perkataan moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores. baik.Ia membentuk dan menentukan hubungan dengan orang lain agar misi kehidupan manusia terlaksana dengan sempurna ´. Ia mungkin boleh berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran. atau buruk akan sesuatu perangai. pendapat atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar. pada sesuatu masa dan tempat tertentu.Ia bermaksud jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan.akhlak ialah³ Prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah laku manusia dalam kehidupannya. salah. masyarakat.

tempat. tingkah laku.Mereka lebih mementingkan adat daripada adab yang ditentukan oleh Allah Taala. Akhlak adalah berbeza daripada moral dan etika. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap. Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq. Menurut Miskawaih (1966)yang mana merupakan tokoh falsafah akhlak Islam pula. kerana sudah menjadi sifat atau kebiasaan. perilaku. 63) iaitu apabila sesuatu perbuatan yang berasaskan kemahuan atau iradat itu diulang-ulang. sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu.. khuluq atau akhlaq ialah bentuk kejadian manusia dari sudutnya yang batin.w. atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran.beliau merumuskan bahawa akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs) yang mendorong diri atau jiwa untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran. kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak yang datangnya daripada perkataan bahasa Arab yang membawa erti perangai. Secara harfiahnya. perlakuan.Kebiasaannya. Menurut pandangan Imam Al-Ghazali pula. maka ia akan menjadi akhlak. Menurut Ibnu Athir.beliau menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan. tatasusila dan budi pekerti seseorang manusia.moral dan etika tidak berlandaskan syariat Al-Quran dan AlSunnah s. Pandangan oleh Ahmad Amin (1974)pula terhadap akhlak ialah beliau merumuskan bahawa akhlak sebagai µiradat-iradat yang dibiasakan¶ (hal.a.Beliau juga menggambarkan akhlak sebagai µmembiasakan sesuatu .

Tingkahlaku atau perilaku yang baik. kecenderungan yang tidak menjadi kebiasaan yang berkekalan tidak boleh dinamakan sebagai akhlak seperti seseorang yang memberikan sesuatu sekali-sekala. fenomena luaran bagi akhlak dinamakan sebagai suluk (tingkahlaku) atau muamalah (perlakuan dalam pergaulan) yang menjadi tanda kepada keadaan akhlak yang wujud di dalam jiwa seseorang. Secara lebih khusus dalam kehidupan seharian.Ilmu akhlak berusaha membina dan . Halim dan Zarin (2002) merumuskan bahawa akhlak ialah satu set kepercayaan.w. Ahmad Amin menjelaskan bahawa akhlak adalah sifat kejiwaan atau keadaan yang wujud di dalam diri seseorang. dan betul atau salah dalam konteks ketauhidan manusia kepada Allah s. Menurut Ahmad Amin (1975).t.Ab. tekal dan bersahaja menunjukkan keburukan akhlak yang ada pada jiwa seseorang. tekal dan bersahaja menandakan akhlak yang baik dan sebaliknya tingkahlaku yang buruk. Pandangan yang diberikan oleh Ahmad Amin ini selari dengan konsep akhlak yang diutarakan oleh Ibnu Miskawaih dan Al-Ghazali yang menekankan unsur ketekalan sesuatu keadaan yang wujud di dalam jiwa seseorang sehingga melahirkan perlakuan atau perilaku yang tekal dan mudah di dalam mana-mana keadaan yang dialami oleh seseorang.kecenderungan secara berkekalan¶. fenomena akhlak yang lahir di dalam bentuk perilaku dan perbuatan juga disebut sebagai adab. Islam sebagai agama yang syumul. Seterusnya. malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang. komprehensif dan sempurna. Sama seperti Al-Ghazali. menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu. undang-undang dan sistem yang berkaitan dengan kelakuan atau tindakan manusia yang menentukan sesuatu perkara itu baik atau buruk. Menurut beliau.

di sini kita dapat melihat persamaan antara ilmu akhlak. . bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahayabahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif. moral dan etika.Mereka juga perlulah sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.memupuk rohaniah manusia.. di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah. membina insaniyyah. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran. Kesimpulannya. Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adat kebiasaan yang umum berlaku di dalam masyarakat. Oleh itu. pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai dengan prinsip-prinsip tersebut. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing.

Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat akan neraca timbangannya. Kedua-dua sumber ini juga adalah menjadi sumber kepada akhlak Islamiyyah. dapatlah dirumuskan definisinya adalah seperti yang berikut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. manakala asas akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut.ibadah. Islam mengandungi dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini.Antaranya ialah akhlak Islamiyyah ialah satu ilmu yang membahaskan tatanilai. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.akhlak dan banyak lagi. Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam. Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia.syariah.Antaranya ialah aspek akidah.akhlak Islamiyyah. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini. hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai .Konsep akhlak dalam Islam Agama Islam adalah satu-satunya agama yang syumul dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.

kewajipan. kebahagiaan. kejahatan. kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah.a mengatakan: ³ akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian.keredhaan Allah (ridwaanullah). Menurut Imam Ghazali r. manusia dengan haiwan. Akhlak dalam Islam merupakan ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu. hukum dan tanggungjawab akhlak. dengan malaikat.Akhlak juga dapat kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. sifat kebaikan. kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu. dengan jin dan juga dengan alam sekitar. . perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Di antara ciri-ciri akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya. ia dinamakan akhlak yang buruk atau terkeji. Konsep akhlak dalam Islam ialah merupakan ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam. orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk. motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak. Apabila perbuatan yang terhasil itu baik dan terpuji menurut syara¶ dan akal. manusia sesama manusia. kebenaran.

ekonomi. hubungan dengan alam sekitar. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu.w kerana sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. w sebagai contoh ikutan akhlak terbaik Bagi seorang Muslim. kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya.a.Betapa besarnya kedudukan akhlak Islam sehinggakan hadis-hadis Rasulullah s. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk. Rasulullah s. Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Allah s. Baginda ialah contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. hubungan sesama manusia.t sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad .w. akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad s. hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya. Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar.a.w banyak merumuskan kedudukan akhlak yang mulia seperti akhlak Rasulullah s. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa. politik. semuanya mengandungi nilai akhlak.Wahai Rasulullah s.w sepertimana hadis nabi yang berbunyi: ³ Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial. sama ada hubungan dengan Allah.a.a. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan.a. Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Dinnya.w apakah Din itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik.

Perilaku dan cara hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup kepada manusia baik jasmani mahupun rohani. Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam. baik alam realiti mahupun alam ghaib.a.w di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya: Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah s.a.w sendiri.w bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia. itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbuatan dan cara hidup Rasulullah s. Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu.a. Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. (Al-Qalam:4) Dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.s.w. .a.