You are on page 1of 33

KERAJAAN MALAYSIA 

________________________________________________ 

SURAT PEKELILING PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN 
BILANGAN 3 TAHUN 2006 
________________________________________________ 

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 
TABIKA PERPADUAN 

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL 

MALAYSIA


SURAT PEKELILING PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN 
BILANGAN 3 TAHUN 2006 

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN 

1.  TUJUAN 

Surat  Pekeliling  ini  diedarkan  untuk  menjelaskan  peraturan  dan  prosedur 


dalam pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan. 

2.  LATAR BELAKANG 

Surat  Pekeliling  ini  merangkumi  peraturan­peraturan  dan  prosedur­prosedur 


penting dalam aspek pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan. Ia akan 
menjadi  rujukan  utama  kepada  semua  pengawai  Jabatan  yang  mengawasi 
Tabika  Perpaduan.  Semoga  usaha  ini  akan  menyumbangkan  kepada 
peningkatan  kecekapan  dan  keberkesanan  dalam  pengurusan  dan 
pentadbiran Tabika Perpaduan. 

3.  PEMAKAIAN 

Pekeliling ini hendaklah diikuti dan dipatuhi sepenuhnya oleh semua Pegawai 
Jabatan, Guru, Penolong Guru, Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga dan Ahli 
Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP). 

4.  PEMBATALAN 

4.1.  Dengan  kuatkuasa  Pekeliling  ini,  semua  Surat  Pekeliling  yang 


disenaraikan di bawah adalah dibatalkan:­ 

(i)  Pekeliling  Pentadbiran  Tabika  Perpaduan  Bil.  3  Tahun  2001 


bertarikh 15 Januari 2001; dan 
(ii)  Panduan  Pengurusan  Kualiti  Tabika  Perpaduan  dalam 
“Tatacara Pengurusan Kelas” bertarikh 27 Oktober 1995.


5.  TARIKH KUATKUASA 

Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai dari tarikh surat ini dikeluarkan. 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” 

Saya yang menurut perintah, 

(DATO’ AZMAN @ AZMAN AMIN BIN HASSAN) 
Ketua Pengarah 
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 
Jabatan Perdana Menteri 

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 
Jabatan Perdana Menteri 

8 Ogos  2006 

Dikelilingkan kepada: 

Semua Pengarah JPNIN Peringkat Negeri 
Semua Pegawai Perpaduan Daerah / Bahagian / Pen. PPM / Pem. PP 
Semua Guru dan Penolong Guru Tabika


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN 

Bil.  Perkara  Muka Surat 

1.  Tujuan  5 
2.  Latar Belakang  5 
3.  Peraturan Pengurusan Dan Pentadbiran Kelas  5 – 10 
4.  Tugas dan Tanggungjawab Guru dan Penolong Guru  10 
5.  Tatacara Pengurusan Kelas  11 – 18 
6.  Perjumpaan Dengan Ibu Bapa  18 
7.  Peraturan­Peraturan Am Kewangan Tabika  18 
8.  Pengurusan Kelas  18 – 19 
9.  Pakaian Seragam Kanak­Kanak Tabika Perpaduan  19 
10.  Lampiran : 
A  ­  Permohonan Kemasukan Tabika Perpaduan  20 – 21 

B  ­  Kelayakan Kemasukan Kanak­Kanak Ke Kelas  22 
Tabika Perpaduan 

C  ­  Proses  Kerja  Pengambilan  Kanak­Kanak  23 – 24 


Tabika Perpaduan 

D  ­  Senarai Semak Tindakan Pengambilan Kanak­  25 
Kanak Tabika Perpaduan 

E  ­  Senarai Tugas Guru Tabika  26 – 27 

F  ­  Senarai Tugas Penolong Guru  28 – 29 

G  ­  Senarai Semak Tugas dan Tindakan Guru dan  30 – 33
Penolong Guru 


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN TABIKA PERPADUAN 

1.  TUJUAN 

Memberi  penjelasan  mengenai  peraturan  dan  prosedur  dalam  pengurusan 


dan pentadbiran Tabika Perpaduan. 

2.  LATAR BELAKANG 

Peraturan­peraturan dan prosedur­prosedur penting dalam aspek pengurusan 
dan  pentadbiran  Tabika  Perpaduan  telah  digariskan  dalam  Pekeliling 
Pentadbiran  Tabika  Perpaduan  Bil.  3  Tahun  2001.  Walau  bagaimanapun, 
bagi  menambahbaik  dan  memantapkan  pengurusan dan  pentadbiran  Tabika 
Perpaduan,  pindaan yang terkini  diharapkan dapat  membantu  meningkatkan 
lagi kualiti pengurusan dan pentadbiran Tabika Perpaduan. 

3.  PERATURAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KELAS 

Pengurusan  dan  pentadbiran  Tabika  Perpaduan  hendaklah  mematuhi 


peraturan dan prosedur yang ditetapkan:­ 

3.1.  Kelayakan Masuk 

Hanya  kanak­kanak  Warganegara  Malaysia/penduduk  tetap  sahaja 


layak memasuki Tabika Perpaduan. 

3.2.  Bilangan Dalam Sesebuah Kelas 

Kanak­kanak dalam sesebuah kelas mestilah: 

(i)  tidak kurang daripada 20 orang dan tidak melebihi 35 orang 
(seboleh­bolehnya  berbilang  keturunan).  Bilangan  sebenar 
hendaklah ditentukan mengikut kesesuaian ruang kelas; dan


(ii)  Kelas­kelas yang mempunyai kanak­kanak kurang daripada 
15  orang dua tahun berturut­turut mesti dipindahkan  ke 
tempat baru. 

3.3.  Yuran Pendaftaran dan Bulanan 

3.3.1.  Yuran  Pendaftaran  sebanyak  RM  10.00  dikenakan  bagi 


setiap orang kanak­kanak pada awal tahun. 

3.3.2.  Yuran  bulanan  minima  yang  boleh  dikenakan  bagi  setiap 


orang  kanak­kanak  ialah  RM  10.00  sebulan.  Penentuan 
kadar  yuran  ditetapkan  oleh  Jawatankuasa  Penyelaras 
Tabika  Perpaduan  (JPTP)  dengan  mengambilkira 
pendapatan/ taraf hidup masyarakat  setempat. 

3.4.  Pengambilan 

3.4.1.  Urusan pengambilan kanak­kanak hendaklah dijalankan oleh 
Guru dan dibantu oleh Penolong Guru dengan: 

(i)  membuat publisiti tentang pendaftaran kanak­kanak; 

(ii)  menyedia,  mengedar  dan  menerima  borang  masuk 


seperti di Lampiran A dalam masa yang ditetapkan; 

(iii)  hanya  menerima  kanak­kanak  yang  berkelayakan 


seperti di Lampiran B; dan 

(iv)  hanya  Guru  dan  Penolong  Guru  yang  diiktiraf 


mempunyai  latihan,  pengetahuan  dan  kemahiran 
khas  dalam  menangani  kanak­kanak  (istimewa) 
dengan  keperluan  khas  sahaja  dibenarkan 
menerima pendaftaran kanak­kanak berkenaan.


3.4.2.  Guru  Tabika  perlu  merujuk  kepada  Pejabat  Perpaduan 
Negeri/Bahagian/Daerah  hanya  apabila  menghadapi 
masalah­masalah berikut: 

(i)  bilangan kanak­kanak melebihi 35 orang; dan 

(ii)  menerima  tekanan  daripada  ibu  bapa/penjaga  atau 


mana­mana  pihak  terhadap  Guru  /  Penolong  Guru 
supaya  mengambil  kanak­kanak  walaupun  tidak 
berkelayakan  atau  selepas  tarikh  pendaftaran 
berakhir. 

3.4.3.  Apabila  Guru  melaporkan  bahawa  bilangan  kanak­kanak 


yang  layak  masuk  Tabika  melebihi  35  orang  maka  satu 
Jawatankuasa  Pemilihan  Kanak­kanak  hendaklah 
ditubuhkan  di  peringkat  Pejabat  Perpaduan  Negeri 
(Labuan/Perlis)/Bahagian/Daerah.  Jawatankuasa  ini  akan 
terdiri  daripada  Pegawai  Perpaduan 
Bahagian/Daerah/Pembantu  Pegawai  Perpaduan/Penolong 
Pegawai Pembangunan Masyarakat (Labuan/Perlis) sebagai 
Pengerusi.  Guru  dan  Penolong  Guru  kelas  terlibat  sebagai 
ahli Jawatankuasa. 

3.4.4.  Keutamaan  pemilihan  oleh  Jawatankuasa  ini  ialah  kanak­ 


kanak : 

(a)  warganegara Malaysia/ penduduk tetap sahaja; 

(b)  umur  kanak­kanak  mengikut  definisi  dan  ketetapan 


dalam  Kurikulum  Prasekolah  Kebangsaan 
(keutamaan kanak­kanak berumur 6 tahun); 

(c)  keutamaan  akan  diberi  kepada  ibu/bapa  yang 


berpendapatan  rendah  seperti  ditentukan 
Jawatankuasa pemilihan; dan

(d)  keutamaan  kepada  kanak­kanak  yang  tinggal 
berhampiran dengan kelas Tabika Perpaduan. 

3.4.5.  Keputusan  tawaran  kemasukan  dan  pemilihan  samada 


diterima  atau  ditolak  permohonan  hendaklah  dimaklumkan 
kepada ibu bapa sebelum 30 November setiap tahun. 

3.4.6.  Pengambilan kanak­kanak oleh Jawatankuasa ini hendaklah 
mengikut  proses  kerja  dan  senarai  semak  dalam  prosedur 
ISO  9001:2000  JPNIN  TP/02  –  Pengambilan  Kanak­Kanak 
seperti di Lampiran C dan D. 

3.5.  Kurikulum 

Kurikulum  Tabika  Perpaduan  adalah  mengikut  Kurikulum  Prasekolah 


Kebangsaan yang  dikeluarkan oleh  Kementerian Pendidikan Malaysia 
(Kementerian Pelajaran Malaysia). 

3.6.  Bahasa Pengantar 

3.6.1.  Bahasa  Melayu  hendaklah  digunakan  sebagai  bahasa 


pengantar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. 

3.6.2.  Bahasa  Inggeris  hendaklah  diajar  di  dalam  kelas  selama 


sekurang­sekurangnya dua jam seminggu. 

3.6.3.  Bahasa  Ibunda  seperti  Bahasa  Mandarin,  Tamil,  Kadazan, 


Iban,  Thai  dan  sebagainya  boleh  diajar  dengan  syarat  ia 
dilaksanakan di luar jadual waktu dan jika terdapat Guru dan 
Penolong Guru yang sanggup menguruskannya.


3.7.  Komponen Pendidikan 

3.7.1.  Pengajaran  dan  pembelajaran  hendaklah  mengikut  6 


komponen  pendidikan  yang  termaktub  dalam  Kurikulum 
Prasekolah Kebangsaan seperti berikut :­ 

(i)  Bahasa dan Komunikasi; 
(ii)  Perkembangan Kognitif; 
(iii)  Pendidikan Kerohanian dan Moral; 
(iv)  Perkembangan Sosio Emosi; 
(v)  Perkembangan Fizikal; dan 
(vi)  Kreativiti dan Estetika. 

3.8.  Penggal dan Cuti Persekolahan 

3.8.1.  Penggal persekolahan dan cuti adalah mengikut cuti penggal 
yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

3.8.2.  Hari dan waktu persekolahan ialah : 

(i)  lima  hari  seminggu  –  samada  dari  Ahad  hingga 


Khamis  atau  Isnin  hingga  Jumaat  mengikut  mana 
yang berkenaan; dan 

(ii)  tiga  jam  sehari  bagi  satu  sesi  persekolahan  (sama 


ada  pagi  atau  petang)  dan  jumlah  jam  seminggu 
adalah 15 jam. 

3.8.3.  Cuti  tambahan  7  (tujuh)  hari  setahun  dibenarkan  seperti 


berikut : 

(i)  sebagai tambahan cuti kepada Hari Raya Puasa, Hari 
Raya  Haji,  Tahun  Baru  Cina,  Deepavali,  Hari  Gawai 
dan Hari Kaamatan;


(ii)  sebagai  hari  kelepasan  (rehat)  selepas  mengadakan 
aktiviti  Tabika  Perpaduan  yang  diadakan  seperti 
Sukan,  Tabikarama,  Hari  Graduan  dan  sebagainya 
sama ada di peringkat kelas, daerah atau negeri; 

(iii)  ‘Cuti  tambahan’  ini  boleh  diambil  sama  ada  sebelum 


atau  selepas  sesuatu  perayaan  atau  aktiviti  tersebut 
di  atas  tetapi  tidak  melebihi  dua  hari  pada  satu­satu 
masa; 

(iv)  Semua  ‘cuti  tambahan’  perlu  mendapat  kelulusan 


terlebih  dahulu  daripada  Pegawai  Perpaduan 
Bahagian/Daerah/Pembantu  Pegawai  Perpaduan  / 
Penolong  Pegawai  Pembangunan  Masyarakat 
(Labuan/Perlis); dan 

(v)  ‘Cuti  tambahan’  yang  tidak  dapat  dihabiskan  dalam 


satu­satu  tahun  tidak  boleh  dibawa  ke  tahun 
berikutnya. 

4.       TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DAN PENOLONG GURU 

Guru dan Penolong Guru hendaklah memastikan bahawa mereka: 

4.1.  Tugas Guru dan Penolong Guru adalah 5 jam sehari. 

4.2.  Guru dan Penolong Guru hendaklah memastikan bahawa mereka: 

4.2.1.  mengikuti  senarai  tugas  masing­masing  seperti  di  Lampiran  E 


dan F; dan 

4.2.2. mengikuti senarai semak tugas dan tindakan Guru dan Penolong 
Guru seperti di Lampiran G.

10 
5.  TATACARA PENGURUSAN KELAS 

5.1.  Pakaian Dan Tanda Nama 

Semua  Guru  dan  Penolong  Guru  dikehendaki  berpakaian  sesuai  dan 


memakai tanda nama semasa bertugas. Baju kemeja ‘T’, seluar jeans 
dan pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan. 

5.2.  Rekod Dan Dokumen 

5.2.1.  Buku Kedatangan Guru 

­  Semua  Guru  dan  Penolong  Guru  mesti  mematuhi  waktu 


bertugas  seperti  yang  ditetapkan  bagi  tabika  masing­ 
masing. Waktu masuk dan keluar Guru dan Penolong Guru 
hendaklah direkodkan. 

5.2.2.  Buku Persediaan Mengajar 

­  Buku  Persediaan  Mengajar  dicetak  oleh  Jabatan  dan 


diedarkan  kepada  semua  kelas.  Guru  hendaklah 
merekodkan  segala  perancangan  dan  jadual  pengajaran 
dan pembelajaran yang akan dilaksanakan iaitu :­ 

i) Pada setiap hari – perancangan harian 
ii) Pada setiap minggu – perancangan mingguan 

5.2.3.  Buku Rekod Kedatangan Kanak­Kanak 

­  Buku  rekod  kedatangan  kanak­kanak  dicetak  oleh  Jabatan 


dan  diedarkan  kepada  semua  kelas.  Guru  hendaklah 
merekodkan kedatangan harian kanak­kanak pada tiap­tiap 
hari.  Rekod­rekod  lain  seperti  penyata  bulanan,  analisis 
kedatangan,  bayaran  khas,  butir­butir  kanak­kanak  dan  ibu 
bapa hendaklah juga dikemaskini pada setiap masa.

11 
5.2.4.  Buku Pelawat 

i) Pegawai, Jabatan dan Agensi; dan 

ii)Tetamu/ (VIP). 

­  Guru  hendaklah  menyediakan  Buku  Pelawat  dan 


memastikan semua pelawat ke kelas merekodkan butir­butir 
mereka  dalam  buku  itu.  Butir­butir  yang  dimaksudkan 
adalah seperti berikut :­ 

i)  Tarikh lawatan; 
ii)  Waktu masuk; 
iii)  Waktu keluar; 
iv)  Nama/Jawatan/Agensi; 
v)  Tandatangan; 
vi)  Catatan; 
vii)  Tujuan Lawatan; dan 
viii) Tindakan yang perlu diambil oleh Guru/Penolong Guru 

5.2.5.  Borang Permohonan Masuk Ke Kelas Tabika Perpaduan 

­  Guru  hendaklah  sentiasa  menyimpan  borang  dan 


mengedarkannya mengikut Prosedur MS ISO 9001:2000. 

5.2.6.  Sijil Kehadiran 

­  Sijil  Kehadiran  bagi  Hari  Graduan  Tabika 


Perpaduan  pada  hujung  tahun  akan 
disediakan  dan  dibekalkan  oleh  Ibu  Pejabat 
kepada  semua  negeri.  Pejabat  Perpaduan 
Negeri  hendaklah  mengagihkan  sijil­sijil  itu 
kepada Daerah/Bahagian berkenaan.

12 
5.2.7.  Fail­Fail JPTP 

­  Guru  selaku  Setiausaha  Jawatankuasa  Penyelaras  Tabika 


Perpaduan  hendaklah  mentadbir  fail­fail  berkaitan  dengan 
aktiviti  Jawatankuasa  Penyelaras  Tabika  Perpaduan.  Surat­ 
mesyuarat,  minit  mesyuarat  dan  dokumen­dokumen  lain 
berkaitan  dengan  Jawatankuasa  Penyelaras  Tabika 
Perpaduan  hendaklah  difailkan  dan  Guru  adalah 
bertanggungjawab terhadap keselamatan fail­fail lain. 

5.2.8.  Pekeliling­Pekeliling  Jabatan/Garis  Panduan  dan  Surat­Surat 


Arahan yang dikeluarkan 

­  Pekeliling­Pekeliling Jabatan yang diedarkan dari semasa ke 
semasa. 

5.2.9.  Prosedur MS ISO 9001:2000 :­ 

i)    JPNIN/TP/01 
­ Pembukaan Kelas Tabika Perpaduan 
ii)  JPNIN/TP/02 
­ Pengambilan Kanak­Kanak Tabika Perpaduan 
iii)  JPNIN/TP/03 
­ Penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan 
iv)  JPNIN/TP/04 
­ Perolehan Perabut dan Peralatan Tabika Perpaduan 
iv)  JPNIN/TP/05 
­ Pelantikan Guru dan Penolong Guru Tabika Perpaduan 
v)  JPNIN/TP/06 
­ Pemindahan Kelas Tabika Perpaduan 
vi) JPNIN/TP/07 
­ Pengagihan Peruntukan Makan Minum Tabika Perpaduan 
vii) JPNIN/TP/08 
­ Pengumpulan Maklumat Tabika Perpaduan

13 
5.2.10.  Buku Akaun Tunai 

­  Diselenggarakan dengan baik. 

5.2.11.  Buku Rekod Inventori 

­  Diselenggarakan dengan baik. 

5.2.12.  Baucer­Baucer Bayaran/ Resit­Resit 

­  Diselenggarakan dengan baik. 

5.2.13.  Buku Stok Bekalan 

­  Diselenggarakan dengan baik. 

5.2.14.  Buku Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 

­  Dirujuk dan dilaksanakan mengikut kesesuaian. 

5.2.15.  Buku Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 

­  Dirujuk dan dilaksanakan mengikut kesesuaian. 

5.2.16.  Rekod Ujian Mata (Penglihatan) 

­  Disediakan dan dilaksanakan. 

5.2.17.  Rekod Kemajuan Kanak­Kanak 

­  Diisi  dengan  lengkap  dan  dikemukakan/diserah  kepada 


ibu bapa/penjaga.

14 
5.2.18.  Profil Kanak­Kanak 

­  Diisi dengan lengkap. 

5.2.19.  Rekod Harta Modal 

­  Diisi dan dikemaskinikan. 

5.3.  Amalan Makanan Dan Pemakanan 

Penyediaan makanan kepada kanak­kanak Tabika Perpaduan perlulah 
menggunakan  Garis  Panduan  Penyediaan  Makanan  Kanak­Kanak 
Tabika Perpaduan. 

5.4.  Premis Tabika 

5.4.1.  Kesesuaian Premis 

Premis  hendaklah  yang  sesuai  dan  selesa  dengan 


kemudahan­kemudahan  fizikal  seperti  pengudaraan  yang 
baik,  air,  elektrik  serta  aspek  keselamatan  menjadi 
keutamaan.  Suasana  persekitaran  juga  perlu  diambilkira 
misalnya  dapat  menimbulkan  suasana  baik  dalam 
pengajaran dan pembelajaran. Lokasinya jauh dari kesibukan 
jalanraya, kawasan tanah paya dan seumpamanya. 

Jenis­jenis  premis  yang  sesuai  digunakan  sebagai  kelas 


Tabika Perpaduan adalah seperti berikut :­ 

1.  Pusat Aktiviti Perpaduan (PAP); 
2.  Pusat Rukun Tetangga (PRT); 
3.  Bangunan Tabika Perpaduan; 
4.  Bangunan Gunasama  (Balairaya,  Dewan  Orang 
Ramai, Bangunan­Bangunan Kerajaan); dan 
5.  Bangunan Sewa.
15 
5.4.2.      Dalam Premis 

Contoh ruang lantai dan kelengkapan dalam premis yang 
diperlukan untuk Tabika hendaklah seperti berikut:­ 

6’ hingga 8’            6’ hingga 8’                14’ hingga 16’ 

BILIK MANDI/         BILIK MANDI/ 
10’ 
TANDAS                TANDAS 
STOR  PEREMPUAN             LELAKI  DAPUR 
10’ 

SEKATAN 

BILIK SUMBER/ 
20’ 
BILIK PELBAGAI  BILIK AKTIVITI/DARJAH  hingga 
(i.e. Sudut bacaan,  600 HINGGA 875 K.P.S  25’

sudut main pondok,  (Saiz minimum bagi 30 orang kanak­kanak) 
‘sick bay’ dll.) 

12’ hingga 14’  28’ hingga 35’ 

CONTOH RUANG LANTAI 
a)  Bilik Darjah 

­  luas  bilik  ini  mengikut  Piawaian  Ordinan  Sekolah  1950  yang 


menetapkan bahawa seorang pelajar tabika memerlukan ruang kelas 
seluas 15 kaki persegi tidak termasuk jalan lalu. 

16 
b)  Dapur 

­ terpisah daripada Bilik Darjah dan Kawasan Aktiviti Kanak­ kanak; dan 
­ sinki mencuci tangan hendaklah sesuai dengan kanak­kanak. 

c)  Bilik Sumber/Bilik Pelbagai Guna 

­ sudut bacaan; 
­ untuk menyimpan segala panduan mengajar guru; 
­ untuk menyimpan alat bantu mengajar; 
­ bilik rehat/’Sick Bay’; dan 
­ sudut main pondok; 
(menyerupai keadaan di rumah seperti model dapur, bilik tidur, 
bilik air, bilik tamu bagi anak­anak untuk main peranan seperti 
mak, ayah dan anggota­anggota lain dalam keluarga) 

d)  Tandas Lelaki dan Perempuan 

­ lantai tandas tidak licin dan tidak bertakung air; 
­ mangkuk tandas mengikut kesesuaian kanak­kanak; dan 
­sinki mencuci tangan hendaklah mengikut kesesuaian kanak­kanak. 

e)  Stor 

­ tempat penyimpanan barang­barang/kelengkapan kelas; 
­ kemas dan disusun rapi. 

5.4.3.     Luar Premis 

Kawasan  permainan  di  luar  premis  hendaklah  bersesuaian  bagi 


aktiviti  permainan  luar  dan  bagi  menempatkan  alat­alat  permainan 
kanak­kanak  seperti  buaian,  gelungsur,  jongkang­jongkit,  terowong 
dan seumpamanya.

17 
6.  PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA 

6.1.  Satu perjumpaan dengan ibu bapa hendaklah diadakan dalam tempoh 
2  bulan  pertama  kelas  bermula  untuk  menerangkan  mengenai 
perjalanan Tabika Perpaduan. 

6.2.  Perjumpaan  untuk  memaklumkan  kemajuan  kanak­kanak  mesti 


diadakan  sehari  pada  minggu  terakhir  persekolahan  bagi  semester 
kedua  dan  sehari  pada  bulan  terakhir  bagi  semester  terakhir 
persekolahan. 

6.3.  Lawatan  ke  rumah  kanak­kanak  oleh  Guru  dan  Penolong  Guru  perlu 
dibuat  dalam  keadaan­keadaan  tertentu  seperti  dalam  soal 
kecemasan, kebajikan dan masalah kanak­kanak dan lain­lain. 

7.  PERATURAN­PERATURAN AM KEWANGAN TABIKA 

7.1.  Tatacara  dan  pengurusan  kewangan  Tabika  Perpaduan  hendaklah 


mengikut ‘Garis Panduan Pengendalian Akaun Tabika Perpaduan”. 

8.      PENGURUSAN KELAS 

Mesyuarat Guru dan Penolong Guru:­ 

8.1.  Pegawai­Pegawai  Perpaduan  diperingkat  Daerah/Bahagian/  Penolong 


Pegawai  Pembangunan  Masyarakat  (Labuan/Perlis)    perlu 
mengadakan  mesyuarat  dengan  Guru  dan  Penolong  Guru  2  bulan 
sekali.  Antara  agenda  yang  boleh  dibincang dan  dilaporkan  termasuk 
perkara­perkara berikut: 

(i)  pengurusan kelas serta makluman terkini bilangan kanak­kanak 
yang berdaftar; 

(ii)  masalah­masalah yang dihadapi oleh Guru dan Penolong Guru 
dalam menjalankan tugas harian yang berkaitan dengan kelas;
18 
(iii)  aktiviti­aktiviti  yang  telah  dijalankan  dan  jadual  perancangan 
aktiviti selanjutnya; dan 

(iv)  laporan akaun  Tabika Perpaduan. 

8.2.  Minit  Mesyuarat  Guru/Penolong  Guru  dengan  pegawai­pegawai 


diperingkat  daerah/bahagian  hendaklah  dihantar  kepada  Pengarah  di 
negeri masing­masing. 

9.  PAKAIAN SERAGAM KANAK­KANAK TABIKA PERPADUAN 

Kanak­kanak  Tabika  Perpaduan  hendaklah  memakai  pakaian seragam  yang 


ditetapkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional.

19 
LAMPIRAN A 

PERMOHONAN KEMASUKAN TABIKA PERPADUAN 

Kelas : ____________________________________ 
(Nama Tabika siap ditulis oleh guru) 

1.  Butir­butir Kanak­kanak 

1.1.  Nama Penuh  : ____________________________________ 

1.2.  Tarikh Lahir  : __________   1.3.  Jantina :   Lelaki 


Perempuan 

1.4.  No. Sijil Beranak  : __________   1.5. Agama : ______________ 


(Sertakan salinan sijil beranak) 

1.6.  Alamat Rumah Ibu Bapa/Penjaga  : 

Poskod  :  _____________ 

1.7.  No. Tel. Rumah :  _____________  H/P  : 


_______________ 

No. Tel. Pejabat : Bapa   :  ________________ 

Ibu  :  ________________ 

2.     Butir­butir Peribadi Ibu Bapa/Penjaga : 

2.1.  Bapa/Penjaga  2.2.  Ibu 

(i)  Nama    : ______________________  (i)  Nama    : ______________________ 


(ii)  No. K/P : ______________________  (ii)  No. K/P : ______________________ 
(iii)       Alamat Tempat Kerja :  (iii)       Alamat Tempat Kerja : 
______________________________  ______________________________ 
______________________________  ______________________________ 
(iv)       Tel :    ______________ (P)  (iv)       Tel :    ______________ (P) 
______________ (R)  ______________ (R) 
(v)  Kerakyatan :  (v)  Kerakyatan : 

Warganegara Malaysia  Warganegara Malaysia 

Pemastautin Tetap  Pemastatutin Tetap 

(iv)  Jumlah Pendapatan Bulanan : RM _____  (iv)  Jumlah Pendapatan Bulanan : RM ______ 


Sertakan sesalinan Penyata Gaji jika ada.  Sertakan sesalinan Penyata Gaji jika ada. 

Sila Tandakan  √       dalam  petak yang berkenaan

20 
3.  Lain­lain pendapatan  : RM _______________ 
(Jika ada) 

4.  Bilangan anak  : __________________ orang 

5.  Bilangan anak yang bersekolah  : _________________ orang 

6.  Nyatakan perhubungan di antara pemohon dengan kanak­kanak : 
______________________________ 

7.  Saya bersetuju/tidak bersetuju menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Tabika 
Perpaduan. 

8.  Pengesahan Oleh Ibu/Bapa/Penjaga : 

Saya  mengesahkan  bahawa  maklumat  yang  saya  beri  dalam  borang  ini 
adalah  benar  dan  sedia  patuh  kepada  segala  peraturan  Tabika  Perpaduan 
yang telah ditentukan. 

Sekian. 

.............................................. 
Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga 
Tarikh : ___________________ 

(UNTUK KEGUNAAN PEJABAT) 

(i)  Tarikh permohonan diterima  : ___________________________ 

(ii)  Keputusan Jawatankuasa  : ___________________________ 

(iii)  Sebab­sebab jika tidak dipilih  : ___________________________ 

____________________________________ 
Tandatangan PPD/PPP/Pen. PPM/Pemb.PP

21 
LAMPIRAN B 

KELAYAKAN KEMASUKAN KANAK­KANAK KE KELAS 
TABIKA PERPADUAN 

1.  Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap sahaja. 

2.  Umur  kanak­kanak  5  hingga  6  tahun  (keutamaan  kanak­kanak  berumur  6 


tahun). 

3.  Keutamaan  akan  diberi  kepada  ibu/bapa/penjaga  yang  berpendapatan 


rendah seperti ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan. 

4.  Keutamaan  kepada  kanak­kanak  yang  tinggal  berhampiran  dengan  kelas 


Tabika Perpaduan/dalam Kawasan Rukun Tetangga.

22 
LAMPIRAN C 

PROSES KERJA PENGAMBILAN KANAK­KANAK 
TABIKA PERPADUAN 

TARIKH 
TINDAKAN 
BIL.  PROSES KERJA  AKHIR/TEMPOH 
OLEH 
TINDAKAN 

1.  Membuat  publisiti  pengambilan  kanak­kanak  Guru/ Pen. Guru  Mulai 1Jun hingga 30 


Tabika Perpaduan melalui :  Oktober 

(i)  surat pemberitahuan/’hand bill’; 
(ii)  poster; 
(iii)  sepanduk; 
(iv)  radio wilayah; dan 
(v)  lain­lain 

2.  Mengedarkan  Borang  Permohonan  Masuk  Guru/ 


ke  kelas  Tabika  Perpaduan  seperti  di  Pen. Guru 
Lampiran A melalui : 

(i)  Guru dan Penolong Guru; 
(ii)  Ahli  Jawatankuasa  Penyelaras  Tabika 
Perpaduan; 
(iii)  Ahli  Jawatankuasa  Rukun  Tetangga; 
dan 
(iv)  Pertubuhan­pertubuhan tempatan. 

3.  Menerima,  merekod  dan  memproses  borang  Guru/ Pen. Guru 


permohonan serta menghantar senarai daftar 
kanak­kanak kepada PPD/PPB/Pen. PP. 

4.  Menapis  borang  mengikut  syarat  kelayakan  PPD/PPB/ Pen. 


masuk  yang  telah  ditetapkan  seperti  di  PPM/Pen.PP/ 
Lampiran  B.  Mengadakan  Mesyuarat  Pemb.PP/Guru/ 
Pemilihan  peringkat  Daerah  sekiranya  Pen. Guru 
bilangan kanak­kanak melebihi 35 orang. 

5.  Senarai  kanak­kanak  yang  dipilih  dan  tidak  PPD/PPB/ Pen. 


terpilih  dikeluarkan  kepada  Guru/Penolong  PPM/Pen.PP/ 
Guru.  Pemb.PP 

6.  Mengeluarkan surat tawaran atau penolakan  PPB/PPD/ 


kepada  pelanggan  sebelum  atau  pada  30  Pen.PP
November tahun berkenaan. 

23 
7.  Membuat  pendaftaran  kanak­kanak  seminggu  Guru/ 
sebelum pembukaan kelas.  Pen. Guru 

8.  Memaklumkan  bilangan  kanak­kanak  yang  Guru/ 


telah  didaftarkan  kepada  PPD/PPB/Pen.PPM/  Pen. Guru 
Pen.PP/Pemb.PP 

9.  PPD/PPB  memaklumkan  bilangan  kanak­  PPD/PPB/Pen 


kanak yang telah didaftarkan kepada PPN  .PPM/Pen.PP/ 
Pemb.PP 

10.  PPN  memaklumkan  bilangan  kanak­kanak  PPN


yang telah didaftarkan kepada Ibu Pejabat. 

24 
LAMPIRAN D 

SENARAI SEMAK TINDAKAN 
PENGAMBILAN KANAK­KANAK TABIKA PERPADUAN 

SEMAKAN OLEH PPD/PPB/PEN.PP/PEN.PPM/PEMB.PP 

1.  Menapis borang permohonan mengikut kelayakan dan 
mengadakan Mesyuarat Pemilihan Peringkat Daerah (jika perlu). 

2.  Mengeluarkan senarai kanak­kanak kepada Guru/Pen. Guru. 
(jika perlu) 

3.  Mengeluarkan surat tawaran/penolakan kepada pelanggan 
sebelum atau pada 30 November. 

4.  Memaklumkan bilangan kanak­kanak yang telah didaftarkan 
Kepada PPN. 

SEMAKAN OLEH GURU/PENOLONG GURU 

1.  Membuat publisiti tentang pengambilan kanak­kanak tabika. 

2.  Mengedarkan Borang Permohonan Masuk. 

3.  Menerima, merekod dan memproses borang dan dikemukakan 
kepada PPD/PPB/Pen.PP/Pen.PPM/Pemb.PP 

4.  Menapis borang masuk mengikut kelayakan yang telah ditetapkan. 

5.  Memaklumkan dan memberitahu keputusan kepada pelanggan. 

6.  Membuat pendaftaran kanak­kanak seminggu sebelum pembukaan 
Kelas.

25 
LAMPIRAN E 

SENARAI TUGAS GURU TABIKA 

1.  Menguruskan pendaftaran kanak­kanak untuk masuk ke Tabika. 

2.  Menandakan  jadual  kedatangan  kanak­kanak  pada  sejam  pertama  sesi 


pengajaran dan pembelajaran setiap hari persekolahan. 

3.  Merancang aktiviti pengajaran tahunan, mingguan dan harian. 

4.  Menyusun/ menyediakan sudut atau ruang aktiviti untuk kanak­kanak. 

5.  Menyediakan alat bantu mengajar bersesuaian dengan pelajaran harian. 

6.  Membantu  Penolong  Guru  menyimpan  Akaun  Tabika  mengikut  panduan  yang 
dikeluarkan oleh Ibu Pejabat. 

7.  Mengendalikan  Buku  Inventori,  Daftar  Harta  Modal  dan  Buku  Stok  mengikut 
panduan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat. 

8.  Menjalankan tugas Penolong Guru semasa ketiadaannya. 

9.  Menyediakan laporan bulanan kelas pada tiap­tiap bulan. 

10.Merekodkan lawatan­lawatan pegawai dan lawatan­lawatan rasmi pihak tertentu 
ke tabika. 

11.Menjaga  dan  memastikan  alat  dan  kemudahan  kelas  sentiasa  berada  dalam 
keadaan  selamat  untuk  digunakan  seperti  alat  permainan,  kerusi  dan  meja, 
bekalan elektrik dan seumpamanya. 

12.Memastikan  peralatan  kelas  dan  bangunan  yang  digunakan  sentiasa  selamat 


kepada kanak­kanak.

26 
13.Menghadiri  bengkel/  latihan/  kursus/seminar/persidangan  yang  diarahkan  oleh 
Jabatan. 

14.Membuat  penilaian  berterusan  tentang  perkembangan  kanak­kanak  dalam 


domain kognitif, efektif dan psikomotor. 

15.Merekod tentang perkembangan kanak­kanak dalam :­ 

i)  Portfolio kanak­kanak; 
ii)  Rekod peribadi; 
iii) Rekod Kemajuan kanak­kanak; dan 
iv) Rekod ujian mata. 

16.Selaku  Setiausaha  Jawatankuasa  Penyelaras  Tabika  Perpaduan  (JPTP)  yang 


membantu dalam pengelolaan dan segala aktiviti yang dilaksanakan oleh Tabika 
Perpaduan. 

17.Menjalankan  kerja­kerja  lain  yang  diarahkan  oleh  Jabatan  dari  semasa  ke 
semasa.

27 
LAMPIRAN F 

SENARAI TUGAS PENOLONG GURU 

1.  Menyediakan  dan  mengemaskinikan  bilik  darjah  sebelum  kelas  dan  selepas 
kelas  iaitu  menyapu,  mengunci  kelas  dan  menjaga  kebersihan  dalam  dan  luar 
bilik darjah dan ruang­ruang lain. 

2.  Mengatur kerusi dan meja, membantu guru melekat atau menggantung gambar, 
lukisan dan carta­carta di bilik darjah. 

3.  Membantu  guru  menyediakan  atau  mengatur  alat  permainan  atau  kemudahan 
aktiviti pendidikan. 

4.  Menolong  kanak­kanak  ke  tandas  jika  perlu  dan  memastikan  kanak­kanak 
sentiasa berkeadaan bersih. 

5.  Menyediakan  makanan  dan  minuman  yang  bersih,  berzat  serta  seimbang  bagi 
kanak­kanak. 

6.  Menjaga keselamatan dan kebersihan tempat dan peralatan di dapur. 

7.  Menolong  guru  menjaga  keselamatan  peralatan  kelas  dan  kemudahan 


pendidikan  serta  memastikan  bangunan  sentiasa  berada  dalam  keadaan 
selamat. 

8.  Menjaga  keselamatan  kanak­kanak  tabika  sepanjang  masa  sesi  persekolahan 


sehingga balik. 

9.  Membantu Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP) dan guru dalam 
pengelolaan segala aktiviti yang disertai oleh kanak­kanak. 

10.Menjalankan tugas guru semasa ketiadaannya.

28 
11.Selaku  Bendahari  Jawatankuasa  Penyelaras  Tabika  Perpaduan  yang 
bertanggungjawab  mengendalikan  Akaun  Tabika  dan  mengawal  perbelanjaan 
kelas. 

12.Menjalankan kerja­kerja yang diarahkan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.

29 
LAMPIRAN G 

SENARAI SEMAK TUGAS DAN TINDAKAN 
GURU DAN PENOLONG GURU 

(ARAHAN : sila tandakan (Ö) dimana bersesuaian 
ADA/  TIADA/  CATATAN 
BIL.  SENARAI SEMAKAN 
YA  TIDAK 
Semakan Dokumen 
1.  Warta Kerajaan – Akta Pelajaran 1961 P.U (A) 276. 
2.  Dokumen/Fail prosedur MS  ISO 9001 : 2000 
berkaitan Tabika Perpaduan : 
­ JPNIN/TP/01 
­ JPNIN/TP/02 
­ JPNIN/TP/03 
­ JPNIN/TP/04 
­ JPNIN/TP/05 
­ JPNIN/TP/06 
­ JPNIN/TP/07 
­ JPNIN/TP/08 
3.  Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 
4.  Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 
5.  Buku Rekod Kedatangan Kanak­Kanak 
6.  Buku Persediaan Mengajar 
7.  Buku Kedatangan Guru 
8.  Buku Rekod Kemajuan Kanak­Kanak 
9.  Profil Kanak­Kanak 
10.  Buku Akaun Tunai 
11.  Buku Rekod Inventori 
12.  Buku Stok Bekalan 
13.  Rekod Harta Modal 
14.  Baucer­Baucer Bayaran/Resit­Resit 
15.  Buku Pelawat 
16.  Borang Pendaftaran Kanak­Kanak 
17.  Sijil Kehadiran 
18.  Fail­Fail JPTP 
19.  Pekeliling­Pekeliling/Surat Arahan/Garis Panduan 
20.  Rekod Ujian Mata 
Kewangan 
21.  Kutipan yuran mematuhi ketetapan pendaftaran 

Kemudahan Asas 
22.  Bilik darjah mempunyai keluasan yang sesuai 
23.  Bilik darjah bersih 
24.  Bilik darjah kemas 
25.  Pengudaraan dan pencahayaan diberi perhatian 
26.  Bekalan air 
27.  Bekalan elektrik 
28.  Ruang dapur yang sesuai 
29.  Peralatan dapur mencukupi 
30.  Telefon 
31.  Tempat makan selesa
30 
ADA/  TIADA/  CATATAN 
BIL.  SENARAI SEMAKAN 
YA  TIDAK 
32.  Tempat memberus gigi sesuai 
33.  Tandas murid sesuai 
34.  Sinki mencukupi 
35.  Sudut­sudut pembelajaran: 

i) Bahasa dan Komunikasi 
ii) Perkembangan Kognitif 
iii) Pendidikan Kerohanian dan Moral 
iv) Perkembangan Sosio Emosi 
v) Perkembangan Fizikal 
vi) Kreativiti dan Estetika 
36.  ‘Sick Bay’ 
37.  Stor 
38.  Bilik Sumber 
Kemudahan Dalam Bilik Darjah 
39.  Meja guru 
40.  Kerusi guru 
41.  Meja murid 
42.  Kerusi murid 
43.  Rak buku 
44.  Almari 
45.  Lampu 
46.  Kipas 
47.  Alat Pendingin Hawa 
Bahan/Alat Bantu Mengajar 

48.  Alat Bantu Mengajar dalam bilik darjah 
i) Buaian 
Permainan luar  ii)Gelungsur 
49. 
darjah  iii)Jongkang­jongkit 
iv)Lain­lain nyatakan 

50.  Alat­alat genderang 

51.  Scanner 

52.  Esel 

53.  Radio 

54.  Televisyen 

55.  Pemainan audio­video 

56.  Komputer 

57.  Printer

31 
ADA/  TIADA/  CATATAN 
BIL.  SENARAI SEMAKAN 
YA  TIDAK 

KEBAJIKAN MURID 

Keselamatan 

58.  Kawasan berpagar 

59.  Alat pemadam api disediakan dan berfungsi 

60.  Latihan kebakaran dijalankan 

61.  Peti pertolongan cemas 

62.  Prosedur keselamatan murid diberi perhatian 

63.  Rekod keluar murid semasa sesi persekolahan 

64.  Peralatan dan perabot dalam bilik darjah selamat 
digunakan 

65.  Peralatan dan persekitaran luar bilik darjah selamat 
digunakan 

66.  ‘Grill’ 

Kebersihan 

67.  Pengurusan diri murid diberi perhatian 

68.  Tabiat penggunaan tandas yang betul diberi 
perhatian 

69.  Amalan membasuh tangan sebelum dan selepas 
makan diberi perhatian 

70.  Memberus gigi diamalkan 

71.  Alatan dalam bilik darjah bersih 

72.  Kawasan persekitaran bersih 

Makan dan Pemakanan 

73.  Menu disedia dan dipamerkan 

74.  Penyediaan makanan bersih 

75.  Penyediaan makanan seimbang
32 
ADA/  TIADA/  CATATAN 
BIL.  SENARAI SEMAKAN 
YA  TIDAK 

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI 

76.  Matlamat/objektif prasekolah disampaikan kepada 
ibu bapa/komuniti 

77.  Perkembangan murid dimaklumkan kepada ibu 
bapa

33 

You might also like