You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUBOK CHINA,

78100 LUBOK CHINA, MELAKA

“SMKLC Terbilang Melahirkan


Insan Cemerlang Tahun 2015”

KERTAS KERJA 2
PROJEK KECEMERLANGAN
PMR & SPM 2011

Disediakan oleh :
Jawatan Kuasa Projek Kecemerlangan PMR & SPM 2011
Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China
78100 Lubok China, Melaka
2

1. NAMA PROGRAM : PROGRAM GURU MUDA

2. PENDAHULUAN
Guru Muda adalah suatu program yang dirangka khas bagi membantu pelajar lemah setiap
subjek melalui rakan sebaya mereka yang berprestasi baik bertindak sebagai Guru Muda
untuk membimbing mereka. Rasionalnya pemilihan Guru Muda dalam kalangan rakan
sebaya adalah kerana hanya mereka yang lebih memahami kebolehan dan minat, daya
pemikiran, masalah rakan sebaya, kaedah yang lebih sesuai serta tahap pemahaman
mengikut umur mereka.

3. MATLAMAT
Program ini bermatlamat untuk:
i. Meningkatkan kuantiti pencapaian cemerlang bagi sesuatu mata pelajaran.
ii. Menyediakan pelajar membuat persediaan lebih awal bagi menghadapi
peperiksaan PMR/SPM
iii. Melahirkan golongan pelajar yang benar-benar dapat menguasai topik
setiap mata pelajaran yang diajar.
iv. Menjadikan guru muda sebagai tempat rujukan bagi pelajar lain semasa
ketiadaan guru sebenar.

4. OBJEKTIF
Melalui program ini diharapkan dapat:
i. Meningkatkan bilangan pelajar yang mendapat A bagi sesuatu
matapelajaran yang terlibat dalam peperiksaan PMR/SPM.
ii. Mengenal pasti dan mengatasi kelemahan pelajar melalui ‘Pembimbing
Rakan Sebaya’.
iii. Memupuk semangat pelajar membantu rakan lain atas dasar “Mengajar
Sambil Belajar”
iv. Mewujudkan suasana “Tak Faham Sifar” kepada semua pelajar sebelum
menduduki peperiksaan PMR/SPM
v. Mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan memupuk semangat juang
yang tinggi antara kumpulan.

5. KONSEP
i. Pelajar Guru Muda adalah pelajar pilihan yang mempunyai pencapaian
terbaik bagi mata pelajaran tersebut berdasarkan keputusan ujian mock-up
1/2011.
ii. Seramai 10 orang Guru Muda dipilih bagi setiap mata pelajaran dan setiap
Guru Muda akan mempunyai 5 orang pelajar (rakan) yang akan dibimbing.
iii. Guru Muda diberi bimbingan awal oleh guru subjek untuk lebih menguasai
topik tertentu.
iv. Guru Muda ditugaskan untuk membimbing rakan-rakan dalam kumpulan
semasa sesi bengkel atau sepanjang masa apabila diperlukan.

6. SASARAN
i. 60 orang pelajar tingkatan 3.
ii. 60 orang pelajar tingkatan 5.
3

7. MATA PELAJARAN TERLIBAT.


i. PMR – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi,
Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup (Pilihan 1, 2 dan 4)
ii. SPM – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah,
Pendidikan Islam

8. JAWATANKUASA KERJA GURU MUDA 2011

PENASIHAT : Tn. Hj.Ab.Lazis bin Jaafar (Pengetua SMKLC)


PENGERUSI : En. Hamdan b Hashim (GPK 1)
NAIB PENGERUSI 1 : En. A.Halim b Mat Ali (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 2 : Pn. Norazizah bt Alias (GPK KOKU)
NAIB PENGERUSI 3 : En. Mohd Som b Baba (GPK Pend.Khas)
PENYELARAS : Pn. Sepiah bt Ibrahim (GKMP Teknik & Vokasional)
PEN. PENYELARAS : Pn. Norazmi bt Nordin (Penyelaras T3 / GC Sains)
SETIAUSAHA : Pn. Rahayu bt Johari (SUP PMR)
NAIB SETIAUSAHA : Pn. Hjh.Hadijah bt Sabtu (SUP SPM)
BENDAHARI : Pn. Siti Soleha bt Yunus (Naib SUP PMR)

AJK:
1. Semua GKMP
2. Tn. Hj.Jasni B Abd Rahman (Penyelaras T5 / GC BI)
3. Pn. Maimunah bt Kasim (GC BM)
4. Cik Nurul Ain bt Norman (Naib SUP SPM)
5. Guru-Guru Mata Pelajaran PMR
6. Guru-Guru Mata Pelajaran (Teras) SPM

9. PELAKSANAAN

TARIKH : PMR : 01 APRIL 2011 – 30 SEPTEMBER 2011


SPM : 01 APRIL 2011 – 30 OKTOBER 2011
TEMPAT : Kelas Masing-Masing / Dewan
MASA : Jumaat (3 – 5 petang) & Sabtu (8.30pg – 12.30 tgh)
SESI : Ikut Jadual Kelas Tambahan

ATURCARA:
i. Sesi dijalankan mengikut jadual kelas tambahan pada hari Jumaat & Sabtu yang
telah ditetapkan oleh AJK Kecemerlangan Akademik.
ii. Guru Subjek akan menentukan topik atau bahan edaran bagi setiap sesi yang
akan dijalankan olah Guru Muda.
iii. Guru Subjek sebagai pemantau semasa sesi berjalan serta menegur atau
menambah kekurangan.
iv. Guru Muda bersama-sama membincangkan topik yang telah ditentukan oleh
Guru Subjek.
v. Guru Muda bersama membina Nota Ringkas@Peta Minda di akhir sesi.
vi. Guru Subjek menandatangani buku nota tersebut.
4

10. PENUTUP:
Semoga dengan adanya Program Guru Muda ini, adalah diharapkan dapat membantu
pihak sekolah, panitia, guru-guru dan diri pelajar sendiri dalam meningkatkan kuantiti dan
kualiti kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuai dengan nama Guru Muda,
secara tidak langsung pelajar yang dilantik sebagai Guru Muda menyedari tanggungjawab
yang perlu dipikul bagi memastikan diri sendiri dan rakan-rakan menguasai setiap mata
pelajaran dengan baik seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam setiap mata pelajaran
yang dipelajari.

Melalui program ini, pihak sekolah akan memberikan sumbangan kepada Guru
Muda dan ahli kumpulan yang berjaya mengekalkan pencapaian cemerlang dalam setiap
ujian atau peperiksaan yang dijalankan di peringkat sekolah mahupun di peringkat negeri.

“Kemurahan hati yang sebenar adalah melakukan perkara yang baik untuk seseorang yang
tidak pernah dia menyedarinya.”

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

...................................... ...........................................
Pn.Rahayu binti Johari
Setiausaha,
Program Guru Muda
SMK Lubok China,

You might also like