You are on page 1of 2

Teknik memanaskan badan

PASTIKAN aktiviti memanaskan badan dilakukan mengikut teknik yang betul.


Tempoh masa yang sesuai sekurang-kurangnya 10 minit. Kaedah lain yang
digunakan ialah urutan kerana meningkatkan pengaliran darah melalui otot, tetapi
mesti diikuti regangan otot.

Regangan betis

Berdiri dengan sebelah kaki berada di depan. Secara perlahan-lahan pindahkan


berat badan kepada kaki depan. Ini menyebabkan otot betis diregang ke arah
belakang. Kekalkan kedudukan itu kira-kira lima minit.

Kepantasan

Aktiviti berbentuk kepantasan seperti berjalan pantas dan joging perlahan


meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.

Regangan bahu dan dada

Kedua-dua belah tangan di bahagian belakang dalam keadaan seperti bersalam.


Tangan kemudian digerakkan ke atas dan kekalkan keadaan itu selama lima minit.

Melonggarkan bahagian atas tubuh

Gerakkan kedua belah tangan dari bahagian atas secara berperingkat-peringkat


hingga ke bawah.
Teknik menyejukkan badan

BERSENAM tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah penting,
menyejukkan badan selepas bersenam tidak boleh diabaikan.

Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk menyejukkan


badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan teknik sama seperti
memanaskan badan.

Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang asid
laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran darah ke
hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang ditinggalkan di
belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.

Penyejukan

Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan regangan


terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki kanan dan
angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai apabila teknik ini dilakukan.
Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga lima. Ulangi teknik ini dengan
menggunakan kaki kiri pula.

Memperlahankan kepantasan

Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit memastikan darah
bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.

Menurun

Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian
turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan tangan.
Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.

You might also like