P. 1
Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar UPM

Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar UPM

|Views: 4,888|Likes:
Published by Kirul Nizam Aziz

More info:

Published by: Kirul Nizam Aziz on Mar 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF or read online from Scribd
See more
See less

07/15/2013

pdf

1.

PENGENALAN

Bab ini akan mengupas mengenai latar belakang industri telefon bimbit, latar belakang mengenai masalah dalam industri telefon bimbit, penyataan masalah, objektif kajian yang dilakukan serta justifikasinya.

1.1 Latar Belakang

Berasaskan sebuah universiti pertanian, dengan visi ³Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa´, Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Serdang, Selangor Darul Ehsan terus mengorak langkah dengan menguasai pelbagai cabang ilmu termasuklah bidang pertanian tropika yang menjadi nadi kekuatan UPM yang amat terserlah sekali sehingga masa ini. Berkeleluasan 1108.102 hektar dengan mempunyai 16 buah fakulti dan 17 buah kolej, UPM dipopulasi lebih 2,115 orang pensyarah dan 28,075 pelajar. Diterajui oleh naib cancelor Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, bermula sebagai sebuah universiti yang kecil pada tahun 1971, Universiti Putra Malaysia (UPM) terus berkembang dan menjadi salah sebuah universiti terkemuka di rantau ini. Mempunyai 17 buah fakulti iaitu fakulti pertanian, perhutanan, ekonomi dan pengurusan, kejuruteraan pengajian pendidikan, sains, sains dan teknologi makanan, ekologi manusia, bahasa moden dan komunikasi, rekabentuk dan senibina, perubatan dan sains kesihatan, sains komputer dan teknologi matlumat, bioteknologi dan sains biomolekul, pengajian alam sekitar, dan sains pertanian dan makanan. (Universiti Putra Malaysia, 2009)

Mengorak langkah sebagai universiti yang berasaskan pertanian, kini UPM menumpukan perhatian dalam pelbagai bidang merangkumi kejuruteraan, perubatan, sains tulen, ekonomi, pengurusan, pendidikan, bahasa, komunikasi dan lain-lain lagi.Bidang-bidang ini telah menjadi
1

satu daya sinergi dan pelengkap kepada bidang tumpuan UPM yakni AgroBio yang meliputi pertanian dan sains yang berkaitan.Bidang pertanian tropika khususnya menjadi kekuatan UPM yang amat terserlah sekali. (Nik Mustapha, 2008)

Hari ini UPM merupakan sebuah universiti yang menjadi kebanggaan ramai pelajar, sarjana dan pelajar antarabangsa dengan pelbagai kaum daripada lebih 50 negara. Kini, keunggulan UPM telah terbukti dan pencapaian dari segenap bidang tidak boleh disangkal lagi.Moto inspirasi `Berilmu Berbakti` mencerminkan betapa tingginya komitmen UPM untuk terus memberi sumbangan kepada penerokaan ilmu dan kemajuan manusia serta pembentukan kekayaan dan pembangunan negara. (Nik Mustapha, 2008)

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar dan juga staf UPM sudah menjadi ala bias tegal biasa.Tanpa kita sedari, telefon bimbit mebpunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada mulanya, Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun berjauhan (Graham Bell, 1992). Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali, inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.

Di

Malaysia,

sistem

telekomunikasitidakberwayar

analog

(ETACS)

muladiperkenalkanpadatahun 1989. Sejakdiperkenalkan, Malaysia menjadiantarapengguna sistem mudahalihberasaskan ETACS terbesardunia yang manaruangliputannyamelebihi 90

2

peratuskawasanpendudukan(A.

Khalid,

2005)

.Telekom

Malaysia

(TM)

memperkenalkanperkhidmatantelefonbergerakAtur 450 pada Mei 1985,( Fuad Ayob, 2004). Telefonbimbitsudahmenjalanievolusi yang begitupantas

darisegiteknologidanrekabentuknya.Duasistem digital yang pertamamulaberoperasipada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropahdan D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara. Sebanyak 9.5 bilion SMS denganpurata RM5 biliondihantarpenggunatelefonbimbit di Malaysia sepanjang 2004.3.4 bilion pula direkodsehinggasukupertamatahun 2005.Statistikterkinimenunjukkanlebihkurang 9.5 jutapenggunakadprabayar di Malaysia.Inibermakna hampir RM 500 jutadibelanjakanolehrakyat Malaysia untukmembelikad prepaid mereka. Manakala, untukpenggunaansms pula, kira-kira RM 2 jutadibelanjakanolehrakyat Malaysia dalamsehari. (Suzana, 2006)

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun yang lalu, telefon bimbit mengalami perkembangan pesat dengan lebih 20 juta pengguna di Malaysia pada tahun 2007, berdasarkan kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia (SKMM). Daripada jumlah itu,56.4 peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 43.6 peratus adalah perempuan.

Tahun Jantina Lelaki Perempuan

Jadual 1: Peratusan Pengunaan Telefon Bimbit Mengikut Jantina(%) 2005 2006 2007 57.4% 42.6% 58.3% 41.7% 56.4% 43.6%

Sumber :http://www.skmm.gov.my (2009)

3

Oleh itu, wujudlah pelbagai bentuk teknologi dan spesifikasi telefon bimbit bermula dari teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan gambar secara pegun atau visual.

Golongan pengguna terbesar telefon bimbit adalah golongan dewasa ( 20 - 49 thn) iaitu sebanyak 66.8% diikuti oleh golongan remaja dan senior masing-masing sebanyak 20.9 dan 12.3%

Jadual 2: Peratusan Penggunaan Telefon Bimbit Mengikut Peringkat Umur(%) Tahun 2005 2006 2007 KategoriUmur 13.1% 20.5% 20.9% Remaja ( >19 ) Dewasa ( 20 -49) 78.2% 66.8% 12.6% 66.8% 12.3%

8.7% WargaTua (50 +) Sumber :http://www.skmm.gov.my (2009)

Perubahan persekitaran yang begitu dinamik dan sukar diramal sekarang, membolehkan pembekal telefon bimbit, menawarkan pelbagai model dan juga keluaran telefon bimbit yang memenuhi kriteria serta keinginan pengguna, khususnya pelajar-pelajar di IPTA.Persoalan berkenaan kemahuan serta kehendak adalah tidak terbatas, sering timbul dalam memiliki sesuatu aset yang lebih kepada peribadi. Permintaan yang tinggi terhadap telefon bimbit di pengaruhi oleh faktor rekabentuk, fungsi serta jenama sesuatu telefon bimbit ( Waida Irani, Mohd. Fauzi, 2003)

4

Menurut kajian yang dilakukan oleh Gartner Inc. pada suku ketiga tahun 2006. Jenama Nokia menerajui pasaran telefon bimbit dengan perkongsian pasaran sebanyak 35.1% iaitu sebanyak 88.1 Juta diikuti oleh Motorola sebanyak 51.8 Juta (20.6%).Manakala Samsung dan Sony Ericsson pula hanya berjaya menguasai pasaran masing dengan 12.2% (30.5 Juta) dan 7.7% (19.3 Juta). Jadual 3: Peratusan Perkongsian Pasaran Dan Jumlah Jualan Telefon Bimbit Mengikut Jenama(%) JumlahJualan (Juta) PerkongsianPasaran (%) 88.1 51.8 30.5 19.3 6.0 2.4 40.1 251.2 35.1 20.6 12.2 7.7 6.0 2.4 16 100

Jenama Nokia Motorola Samsung Sony Ericsson LG BenQ Lain-lain Jumlah

Sumber :http://www.skmm.gov.my (2009)

1.3 Penyataan Masalah

Daripada latar belakang masalah yang dikaji, antara faktor yang mendorong pelajar untuk membeli telefon bimbit adalah disebabkan pengaruh jenama telefon bimbit itu sendiri.Antara jenama yang berada di pasaran adalah Nokia, Sony Ericson, dan Samsung.Ini kerana dalam pasaran sekarang terdapat banyak syarikat-syarikat jenama telefon bimbitini berlumba-

5

lumbauntuk memperkenalkan jenama mereka bagi menarik minat pembeli terutama pelajar UPM.

Faktor lain adalah pengaruh model telefon bimbit yang diperkenalkan. Model-model yang telah berada di pasaran sekarang memiliki pelbagai bentuk peranan tersendiri yang dapat memberikan ciri-ciri unik kepada pembeli.Dengan adanya pelbagai model yang diperkenalkan, ini memudahkan pembeli dalam memilih telefon bimbit yang ingin dimiliki demi memuaskan citarasa mereka.

Selainitu, teknologi juga menjadi faktor yang penting dalam pemilihan membeli telefon bimbit dalam kalangan pelajar UPM.Di pasaran sekarang pelbagai teknologi telah diketengahkan bagi menyaingi era globalisasi semasa.Antara teknologi yang diperkenalkan adalah 3G, radio, kamera, dan dapat melayari internet.Teknologi seperti ini yang menjadi kegilaan pelajar merupakan faktor penting yang mendorong ramai pelajar untuk membeli telefon bimbit.

1.4 Objektif

Objektif Umum

Objektif umum kajian adalah untuk mengkaji pola pemilihan jenama telefon bimbit dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia ( UPM ).

6

Objektif Khusus adalah:

I. II.

Untuk meneliti profil sosial-ekonomi pelajar. Untuk mengenalpasti faktor-faktor penentu yang lain yang mempengaruhi pelajar dalam membuat keputusan untuk membeli telefon bimbit.

III.

Untuk mengkaji hubungan di antara profil sosial-ekonomi pengguna dengan kebarangkalian para pelajar dalam pembelian jenama telefon bimbit.

1.5 Justifikasi Kajian

Hasil daripada kajian tersebut amat berguna kepada firma, peniaga serta kerajaan untuk memberi gambaran maklumat pola pembelian telefon bimbit dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar UPM. Beberapa kebaikan dan faedah akan dapat dikenal pasti keatas pola pembelian telefon bimbit dalam kalangan pelajar UPM.

Pembelian telefon bimbit akan mempengaruhi kadar pertumbuhan KDNK Negara. Peningkatan dalam pembelian telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan meningkatkan kadar pertumbuhan KDNK Negara. Keadaan inijuga akan membantu kerajaan membentuk polisi baru.

7

Hasilkajian ini akan dapat membantu memberi maklumat pasaran kepada firma. Firma akan dapat mengenal pasti lingkungan harga yang mendorong pelajar untuk membeli telefon bimbit. Selainitu, firma juga dapat mengenal pasti jenama dan model yang menjadi permintaan pelajar.

Menerusi kajian ini juga, dapat membantu dalam bidang akademik.Kaedah-kaedah, maklumat serta perolehan hasil kajian ini dapat menjadi panduan dalam meluaskan gedung ilmu.

8

2.ULASAN KARYA

2.1. Pengenalan Bab ini merupakan ulasan karya-karya yang telah dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu dalam bidang yang berkaitan.Jurnal yang diulas terbahagi kepada dua iaitu gelagat pembelian sesuatu produk dan mengenai industri telefon bimbit.

Masalah utama kajian ini menumpukan perhatian kepada faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan dalam pemilihan barangan dalam kalangan pengguna. Dalam aspek psikologi, pengguna amat menitikberatkan kepuasan mereka dari segi pemilihan barangan. Semasa proses membuat keputusan pembelian barangan dalam kalangan pengguna terdapat banyak faktor yang akan mempengaruhinya. Proses pemilihan adalah salah satu tatacara dalam melakukan aktiviti pembelian dengan membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain untuk membuat keputusan. Pemilihan beretika bermakna keputusan sukarela yang diambil di antara dua alternatif yang dilabelkan sebagai baik dan buruk (Shiffman dan Kanuk, 2000).

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan dalam pembelian barangan dalam kalangan pengguna. Selain itu, kajian ini

9

juga bertujuan melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian barangan dalam kalangan pengguna berdasarkan jantina. Disamping melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian barangan di kalangan pengguna berdasarkan etnik.

Karya-karya yang diulas dalam jurnal ini ialah daripada Engel, Block & Roering, (1979) yang menyatakan pengguna juga akan membuat keputusan dan pertimbangan sebelum memilih mana-mana barangan atau perkhidmatan. Menurut Mahmad Faisaal (2001), pengguna membuat perbelanjaan setiap hari dan membeli daripada penjual yang seterusnya menggunakan wang tersebut untuk membeli barang lain. Mohd Ali Hassan (1984) pula, menyatakan bahawa pengguna adalah sesiapa sahaja yang menggunakan barangan, perkhidmatan serta kurniaan alam semulajadi untuk kepuasan dan kepentingan hidupnya.Pemilihan beretika bermakna keputusan sukarela yang diambil di antara dua alternatif yang dilabelkan sebagai baik dan buruk (Shiffman dan Kanuk, 2000).

Ahli-ahli psikologi pula telah mengatakan bahawa salah satu pembolehubah yang kuat dalam menentukan kekuatan sesuatu kebiasaan ialah jumlah peneguhan yang diterima oleh seseorang individu (Berkman dan Gilson, 1981). Sebahagian besar iklan barangan pengguna direkabentuk untuk mengukuhkan nama sesuatu keluaran (Deci, Gilman dan Karn,1972). Burke (1973) memahami jenama sebagai satu nama yang jelas yang mengidentifikasikan barangan pengeluar. Model tingkahlaku pengguna oleh Engel, Blackwell dan Kollat (1978) sendiri meletakkan faktor jenama ini khusus dalam peringkat penilaian keluaran jenama Menurut Glenn et al., (1989) lagi, proses penggunaan adalah melibatkan tiga aktiviti atau keputusan iaitu menentukan kehendak
10

kumpulan atau individu, mencari dan membeli produk serta menggunakan produk untuk mendapatkan faedah.

Menurut Durvasula dan Lysonski (1993), gaya pembuatan keputusan merujuk kepada orientasi mental yang menjelaskan bagaimana seseorang pengguna atau individu membuat pilihan dalam pembelian sesuatu barangan. Manakala menurut Sprole and Kendall pula dalam (Fan dan Xiao, 1997), terdapat lapan dimensi model pembuatan keputusan pengguna iaitu terdiri daripada komponen kesempurnaan, kesedaran jenama, kesedaran pada fesyen terkini, rekreasi, kesedaran harga, gerak hati, keliru dengan pilihan yang banyak dan kesetiaan pada jenama.

Metodologi kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk tinjauan.Pemilihan responden dibuat berdasarkan jenis sampel bukan kebarangkalian

(nonprobability samples) memandangkan populasi bagi subjek tidak dapat dianggarkan.Subjek dipilih melalui dua teknik yang terdapat dalam jenis sampel bukan kebarangkalian iaitu teknik persampelan bertujuan dan persampelan kuota.Kajian ini menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang demografi subjek kajian. Bahagian B pula terdiri daripada item-item yang mempengaruhi gaya pembuatan keputusan dalam pemilihan barangan oleh responden kajian.

Terdapat lapan faktor pembolehubah utama yang dikaji iaitu faktor kekeliruan terhadap pilihan yang banyak, tabiat setia kepada jenama, gerak hati, kesedaran kepada fesyen terkini, kesempurnaan kualiti, kesedaran kepada harga, rekreasi, dan kesedaran kepada jenama.
11

Secara keseluruhannya, penemuan-penemuan di dalam kajian ini secara tidak langsung menunjukkan perlunya semua pihak terutama peniaga memahami dan meneliti serta mengambil perhatian terhadap faktor±faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan pembelian di kalangan pengguna. Ini kerana, tanpa kita sedari ia mampu mempengaruhi perkembangan ekonomi negara kita umumnya dan perbelanjaan individu khususnya.

Kekuatan dalam kajian ini, sampel yang terdiri daripada tiga lapisan etnik iaitu Melayu, Cina dan India.Persampelan kuota ini adalah untuk menentukan bahawa kuota bagi pembolehubah utama kajian diperolehi supaya perbandingan antara jantina dan etnik dapat dilihat. Daripada setiap lapisan juga dibahagi sama rata kepada lelaki dan perempuan. Responden ini dipilih dalam kalangan pengguna yang sedang membeli-belah dipasaraya Giant Plentong dan Tampoi serta Carrefour, Johor Bahru.Selain itu, kajian sebenar dijalankan dalam tempoh masa tiga bulan.Borang soal selidik diedarkan kepada responden secara perseorangan.Pengkaji terlebih dahulu memperkenalkan diri dan menerangkan tujuan kajian.Subjek diingatkan terlebih dahulu supaya menjawab secara jujur dan mengikut persepsi masing-masing.Masa menjawab tidak dihadkan supaya responden tidak menjawab dengan tergesa-gesa.Langkah ini dapat menghasilkan jawapan yang jujur dan ikhlas daripada responden kerana masa yang cukup telah diberikan.

Hasil dari kajian ini dapat membantu golongan peniaga untuk merangka sistem pemasaran yang lebih berkesan berdasarkan faktor-faktor pembuatan keputusan dikalangan pengguna mengikut keperluan mereka. Dapatan kajian ini, membuktikan betapa pentingnya para peniaga
12

mempunyai pengetahuan khusus terhadap proses membuat keputusan di kalangan pengguna semasa mereka memilih sesuatu barangan keperluan. Ini bertujuan agar kos pengiklanan dapat dikurangkan dan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan perniagaan. Di samping itu, para peniaga juga perlulah memahami keperluan pengguna berdasarkan demografi mereka seperti jantina, etnik, status perkahwinan, taraf bekerja dan taraf pendidikan.Misalnya, jantina merupakan satu unsur yang boleh membezakan perasaan, kognitif dan tingkahlaku pengguna (Engel et al., 1978).Teknik jualan yang tidak selari dengan kehendak pengguna boleh diperbaiki dengan adanya rujukan terhadap kajian ini yang boleh memberi maklumat tentang faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pengguna memilih sesuatu barangan.

Pengguna berinovatif sering dikaitkan dengan kecenderungan atau tarikan seseorang individu terhadap suatu idea atau produk baru di pasaran di mana kecenderungannya didorong oleh kehendak pengguna untuk memperolehi produk tersebut lebih awal berbanding pengguna lain. Manakala proses pembelian melalui internet pula dianggap sebagai proses pembelian yang melibatkan aktiviti mencari maklumat, membuat perbandingan dan seterusnya membuat pembelian melalui internet.

Kajian ini telah dibuat bertujuan untuk melihat hubungan di antara tahap inovatif seseorang pengguna dengan proses pembelian melalui internet dalam kalangan staf pengurusan dan profesional institusi pengajian tinggi awam di negeri Perlis. Tahap inovatif pengguna diukur dengan melihat 3 aspek dimensi yang terdiri daripada gelagat, budaya, dan sikap. Proses pembelian melalui internet pula dikaji dengan melihat 3 aktiviti terdiri daripadan mencari maklumat, membuat penilaian dan pembelian.
13

Antara karya-karya yang diulas dalam jurnal ini adalah

Midgley dan Dowling (1978),

Goldsmith dan Hofacker (1991), Rogers (1971) melihat pengguna berinovatif sebagai situasi di mana seseorang membeli satu produk yang baru lebih awal daripada individu lain. Menurut Joseph dan Vyas (1994) pula melihat kepada peranan latarbelakang individu yang mempengaruhi pemikiran individu, persepsi dan sikap individu itu sendiri.

Rogers (1983) menyatakan bahawa individu akan mendapatkan sesuatu barangan atau produk berinovatif melalui komunikasi±komunikasi melalui media, penjual dan maklumat formal yang lain samada daripada rakan-rakan ataupun sistem sosial yang lain dalam sesuatu masa. Manakala Rogers (1983) dan Butler dan Peppard (1998), menyatakan proses pembelian sesuatu barangan bermula daripada pengetahuan awal seseorang sehingga proses untuk mengambil atau mengabaikan barangan tertentu. Tambahan Rogers (1983) lagi, melihat pemilihan sesuatu produk yang baru akan melibatkan lima tahap iaitu pertama ialah pengetahuan di mana seseorang individu mengetahui kewujudan di samping memahami fungsi-fungsi pengetahuan yang dimiliki. Tahap kedua ialah pengaruh, iaitu pendekatan baik atau buruk terhadap inovatif yang dibangunkan atau dihasilkan. Tahap ketiga ialah membuat keputusan yang merupakan satu tahap yang diambil dan seterusnya akan menentukan penerimaan dan penolakan sesuatu barangan. Tahap keempat melibatkan pelaksanaan yang merupakan peringkat di mana produk inovatif diambil atau digunakan dan yang tahap terakhir ialah kepastian yang merupakan peringkat yang menyokong tindakan yang telah diambil.Pengguna kebiasaannya memerlukan banyak maklumat berkenaan sesuatu produk pada tahap ini (Bettman dan Surjan,1987).
14

Untuk kegunaan masa depan, pengguna perlu mempunyai pengetahuan berkenaan sesuatu produkdaripada pengambilan maklumat yang relevan (Selnes and Troye, 1989). Pengetahuan yang tinggiberkenaan sesuatu produk akan membolehkan pengguna memperolehi produk yang baik dalam peringkat akhir proses pembelian. Menurut Butler dan Peppard (1998), proses untuk mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu produk timbul daripada kehendak terhadap sesuatu produk.

Menurut Pew Internet & American Life Project Tracking Surveys (2004) pula, pada kebiasaannya pengguna menggunakan internet untuk banyak tujuan seperti menghantar e-mel, mencari maklumat, membuat penyelidikan sebelum membeli sesuatu barangan, membaca berita dan sebagainya.

Vrechopoulos et al (2001) dan Chang et al (2005) didalam kajian mereka berkenaan dengan pembelian melalui internet, mendapati golongan lelaki lebih ramai membuat pembelian produkproduk baru melalui internet berbanding dengan golongan wanita.Chang et al (2005) menyatakan dalam proses pengambilan sesuatu produk di internet, tidak terdapat hubungan yang tetap antara hubungan latarbelakang jantina dan tahap inovatif signifikannya sering berubah berdasarkan kajian dilakukan. seseorangpengguna di mana nilai

Metodologi

bagi

penyelidikan

ini,adalah

kaedah

persampelan

sistematik.Populasi

penyelidikan melibatkan 350 orang staf Pengurusan dan Profesional di Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) berdasarkan keupayaan capaian internet tinggi yang
15

terdapat di lokasi kerja.Daripada kaedah persampelan sistematik, sampel sebanyak 175 responden telah dipilih untuk kajian ini.

Terdapat tujuh faktor pembolehubah utama yang dikaji iaitu jantina, gelagat, sikap, budaya, mencari maklumat, membuat perbandingan dan membuat pembelian.

Daripada kajian yang telah dilakukan ke atas pengguna berinovatif dan proses pembelian melalui internet di kalangan responden, beberapa aspek dapat dilihat. Dari segi maksud pengguna berinovatif, terdapat responden yang mempunyai ciri-ciri pengguna berinovatif di dalam kehidupannya yang mana ciri-ciri tersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya faktor pendidikan.Ini jelas dinyatakan oleh Rogers (1983), di mana antara faktor-faktor yang paling mempengaruhi pengambilan produk baru di pasaran ialah ilmu pengetahuan. Ini menunjukan semakin tinggi tahap pelajaran ataupun pendidikan seseorang pengguna akan meningkatkan tahap inovatifnya.

Kelemahan metodologi yang digunakan dari kaedah persampelan sistematik, maklumbalas yang diterima oleh sampel responden telah berkurangan dari 175 responden kepada 106 responden.Berkemungkinan, responden tidak menjawab dengan jujur atau berlakunya ketidak jujuran ke atas jawapan yang diberi. Kekuatan metodologi pula ialah menjimatkan kos dan data yang diambil adalah sahih dan relevan.

Bagi penyelidikan yang akan datang, beberapa perkara perlu dilihat kembali iaitu dari segi penggunaan teori-teori penyelidikan, penggunaan instrumen dan lokasi kajian. Teori adalah
16

penting dalam memandu penyelidik untuk membuat kajian.Untuk penyelidikan ini, penyelidik menggunakan teori yang telah terbukti dan lama diperkenalkan dan digunapakai secara meluas. Bagi penyelidikan yang akan datang penyelidikan perlu menggunakan teori±teori pengguna berinovatif yang terkini, untuk menyesuaikan teori tersebut dengan keadaan semasa. Sementara untuk melihat keberkesanan penggunaan internet di dalam proses-proses pembelian, penyelidik harus membangunkan instrumen kajian yang dapat memberi kesan yang lebih baik terhadap nilai kebolehpercayaan. Diharap untuk penyelidikan yang akan datang, penyelidikan sedemikian perlu juga melihat kepada aspek lokasi kajian. Ini adalah kerana lokasi akan memainkan peranan di dalam menentukan tahap inovatif seseorang pengguna. Penyelidik mencadangkan agar mengambil kira lokasi bandar dan luar bandar bagi tujuan perbandingan tahap inovatif pengguna.

Kajian ini mendapati bahawa harga rendah VCD/CD cetak rompak adalah penarik utama.Tetapi, faktor harga ini didapati tidak signifikan di dalam pembelian kuantiti VCD/CD cetak rompak.Tahap pendidikan didapati mempunyai kesan positif terhadap kuantiti VCD/CD cetak rompak dibeli.Dapatan ini bererti masalah pembelian VCD/CD cetak rompak bukan masalah kekurangan pengetahuan, tetapi adalah masalah kekurangan penghargaan hak cipta atau paten.

Objektif kajiann ini adalah untuk mengkaji pengaruh faktor harga dan pendidikan ke atas gelagat pembelian VCD/CD cetak rompak di Kedah.

Antara karya-karya yang diulas dalam jurnal ini adalah daripada Gael dan Christopher (1994), barang cetak rompak adalah berbeza dari barang peniruan dari segi niat menipu
17

pembeli.Hanya sedikit kajian dilakukan ke atas aspek permintaan, iaitu gelagat pembelian pengguna terhadap barang cetak rompak.Ini dikenali oleh Hirschman (1991) sebagai ³the dark side of consumer behavior´.

Di dalam literatur ekonomi terhadap gelagat tidak menurut undang-undang (non-compliance behaviour), model pemaksimum utiliti telah dicadangkan oleh Becker (1968) Kajian oleh Tom et al. (1998) pula mendapati harga yang rendah merupakan sebab utama barang cetak rompak dibeli walaupun kualitinya lebih rendah daripada barang asli.Wee et al. (1995) juga mengakui bahawa harga memang merupakan faktor penting dan meletakkannya sebagai kekangan kajian mereka kerana faktor harga tidak diambil kira.

Bloch et al. (1993) juga mendapati bahawa pengguna akan memilih barang cetak rompak jika terdapat kelebihan harga.Hussin et al. (2002) mendapati bahawa pembelian barang cetak rompak mempunyai hubungan positif dengan gelagat pengguna yang tidak beretika Dengan model regresi berbilang, Ang et al.(2001) pula mendapati bahawa tahap pendidikan bukan merupakan pembolehubah yang signifikan dalam mempengaruhi sikap terhadap cetak rompak.

Model regresi berbilang digunakan oleh kajian lalu untuk mengenal pasti dan mengukur kesan-kesan penentu yang mempengaruhi gelagat pembelian barang cetak rompak.model Tobit digunakan kaedah temuramah digunakan untuk mengutip data.

Pembolehubah bersandar, iaitu kuantiti pembelian VCD dan CD cetak rompak adalah diukur dalam nilai sebenar dibeli sebulan, dengan had atas diletakkan pada 5 keping atau lebih
18

pembolehubah lain yang dikaji ialah jantina, umur, status perkahwinan, etnik, tahap pendidikan, status kerja dan pendapatan.

Rumusan kajian.faktor harga dan bukan harga mempunyai pengaruh masing-masing di dalam gelagat pembelian VCD/CD cetak rompak. Faktor harga didapati mempengaruhi peringkat pembuatan keputusan membeli asli atau cetak rompak.Bagi peringkat kuantiti dibeli, factor harga didapati tidak signifikan.Jelasnya, ³Illegal gain´ memainkan peranandalam pembelian VCD/CD cetak rompak.Tahap pendidikan didapati mempunyai hubungan positif dengan kuantiti pembelian VCD/CD cetak rompak.

Kelemahan metodologi yang digunakan ialah rekabentuk persampelan yang berbentuk convenience, iaitu data ini dikutip secara convenience ke atas 120 pengguna yang baru beli VCD atau CD cetak rompak dari kedai di kompleks beli-belah dan gerai di pasar malam, Alor Setar, Kedah. Kaedah temuramah digunakan untuk mengutip data. Ini akan menyebabkan jawapan yang diberikan oleh responden tidak jujur dan tidak ikhlas daripada responden kerana dipengaruhi oleh penemuramah.

Kajian di masa depan dicadangkan untuk menerokai lebih dalam lagi aspek kesan faktor harga yang mempunyai dua peringkat serta kesan positif pendidikan yang diluar jangkaan. Kesan penjumlahan tahap pendidikan juga didapati memberi kesan ke atas kesignifikan pembolehubah tahap pendidikan. Pincangan penjumlahan didapati wujud dan kajian di masa depan seharusnya memberi perhatian kepadanya. Akhirnya, kajian ini juga mendapati terdapatnya peranan individul heterogeneity dalam pembelian VCD/CD cetak rompak. Mereka yang bujang, bekerja
19

dengan sektor kerajaan atau bekerja sendiri, saiz keluarga yang lebih besar, tahap pendidikan ijazah, pendapatan bulanan RM1001 ke atas, membeli lebih banyak VCD/CD cetak rompak setiap bulan. Pernyataan masalah kajian ini mengenalpasti bagaimanakah ciri psikografik wanita pada masa kini mempengaruhi urusan pembelian makanan serta adakah ianya berkait dengan ciri demografik. Pembolehubah psikografik merangkumi cara penggunaan masa serta

pengurusannya, cara membuat pilihan serta keutamaan terhadap barangan tersebut, dan bagaimana persepsi golongan wanita terhadap barangan atau perkhidmatan. Kajian ini mengenalpasti gaya hidup wanita masa kini yang dikelaskan sebagai wanita yang suka memasak, wanita yang suka makan di luar, wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan, dan wanita wang berorientasikan rumah dan tradisional.

Objektif kajian ini memfokuskan perkaitan antara faktor demografik dengan ciri-ciri psikografik wanita termasuklah kumpulan etnik dengan wanita yang suka masak, tahap pendidikan dengan wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan serta perkaitan antara taraf perkahwinan dengan wanita yang suka makan di luar.

Dalam kajian ini terdapat beberapa penemuan yang boleh diketengahkan, termasuklah penemuan mengenai teori pembentukan peribadi oleh (George Kelly,1955) menerangkan bahawa individu menggunakan wang dan masa bagi memilih, membeli dan menggunakan barangan untuk mendapatkan faedah yang diingini. Selain itu, proses membuat keputusan pembelian terdiri daripada lima peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat, penilaian dan pemilihan, pemilihan saluran, dan membeli adalah hasil karya (Hawkins,1980). Di samping itu
20

juga, di dalam proses pembelian, penentuan psikologi wanita meliputi sikap, minat dan pendapat, turut diperolehi hasil penemuan (Schiffman & Kanuk, 1997). Penemuan yang seterusnya oleh (Mitchell & Haggett, 1997) mengenai perkembangan segmen psikografik telah sampai di tahap di mana para penyelidik telah menggunakan bintang-bintang astrologi sebagai asas bagi ujian ke atas perokok, peminum arak, dan pengguna rekreasi.

Rekabentuk kajian ini menggunakan analisis faktorial, dan analisis µVarimax Rotated Component Matrix¶ untuk menentukan ciri-ciri psikografik yang relevan. Analisis Korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perhubungan di antara data demografik responden dengan dapatan psikografik responden yang relevan sahaja. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengenai latar belakang responden (data sosio-demografik) .Bahagian B pula mengenai sikap, minat dan pendapat.Soalan di bahagian B disediakan mengikut skala Likert yang mempunyai skor 4. Skor 1 bermaksud sangat tidak setuju, 2 ialah tidak setuju, 3 ialah setuju, dan 4 ialah sangat setuju. Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 120 orang wanita yang mengunjungi pusat membeli belah untuk membeli barangan makanan. Sampel dipilih secara rawak dalam kalangan wanita yang membeli makanan.

Perhubungan pembolehubah yang didapati dalam kajian ini terbahagi kepada dua pembolehubah iaitu pembolehubah bebas dan juga pembolehubah bersandar.Pembolehubah bebas (demografi) terdiri daripada kumpulan etnik, umur, agama, tahap pendidikan, taraf perkahwinan, dan pendapatan.Bagi pembolehubah bersandar (psikografik) pula terdiri daripada sikap wanita yang suka memasak meliputi tahap kecenderungan minat program masakan,
21

menyukai bidang masakan, serta perasaan ingin mencuba sesuatu resipi baharu.Seterusnya sikap wanita yang suka makan di luar pula yang menghargai serta menjimatkan masa dan juga terlalu sibuk, sehingga tiada masa untuk masak dan sebagainya.

Antara kesimpulan yang dapat dihuraikan daripada hasil kajian ini adalah ciri-ciri psikografik wanita yang menjalankan urusan pembelian makanan untuk isirumah, masih kekal bertahan kepada ciri-ciri wanita Asia dan tradisional.Hal ini dapat dibayangkan dengan keperluan untuk memasak di rumah, menjaga keluarga,serta tidak keluar sehingga terlalu lewat.Oleh hal yang demikian, kedua-duanya terdapat unsur-unsur pembaharuan di dalam ciriciri psikografik golongan wanita ini, iaitu mereka kini mahu makan di luar, di samping suka memasak di rumah.Unsur pembaharuan ini pula dikaitkan dengan ciri demografik pekerjaan (lebih baik), pendapatan (lebih tinggi) dan umur (muda).Bagi ciri demografik agama dan etnik tidak membawa apa-apa kesan terhadap ciri psikografik wanita.Persamaan di dalam ciri psikografik tidak boleh dibezakan melalui agama ataupun etnik mereka.

Beberapa aspek cadangan kajian adalah sepertibagi ahli pemasaran, pengetahuan mengenai ciri-ciri psikografik wanita yang dinyatakan diatas adalah amat penting untuk tujuan pensegmentasi pasaran sama ada mengikut segmentasi pelanggan, produk mahupun lokasi. Faktor wanita kini terlalu sibuk untuk memasak dan mementingkan kesihatan serta berorientasikan rumah dan tradisional boleh dimanfaatkan melalui penyediaan produk makanan yang bermutu serta pantas disediakan.

22

Objektif kajian ini adalah memfokuskan kepada mengenal pasti punca disebalik pengembangan populariti penggunaan sms dan sebab untuk menggunakan campuran strategi pemasaran.

Terdapat beberapa penemuan. Eva Chun, Marketing Manager, Edge Matrix (an Australian Mobile Content Provision enabler), dalam Mac 2001 pernah berkata, "It is very interactive, and very simple to participate. It is growing, and there has been a lot of interest from marketers in adding to their marketing mix, enhancing their branding and realizing the other benefits of SMS."

Metodologi reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif manakala kaedah yang dipilih ialah kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan merupakan satu jenis reka bentuk bukan eksperimen.Rangka kajian ini menggunakan syarikat perkhidmatan telekomunikasi, telefon selular, khidmat pesanan ringkas (sms) sebagai pembolehubah bebas manakala perubahan penggunaan pengiklanan, peningkatan khidmat serta kesan penggunaan sms, sebagai pembolehubah bersandar.Kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik.

Pembolehubah bersandar ialah syarikat perkhidmatan telekomunikasi, sms dan telefon selular. Manakala, pembolehubah tak bersandar ialah perubahan penggunaan pengiklanan sms, peningkatan sms dan kesan penggunaan.

23

Implikasi penyelidikan masa hadapan ialah dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam penggunaan telefon bimbit dan penggunaan sms.Penggunaan pengiklanan melalui sms semakin berkembang pesat seiring dengan perkembangan telefon selular itu sendiri. Penggunaan pengiklanan oleh firma-firma dijangka akan mengalami pertumbuhan yang lebih pesat. Penggunaan pengiklanan seperti syarikat Pepsi yang telah mempromosikan barangan mereka dengan menggunakan sms telah menunjukkan kesan positif.

Potensi pengiklanan masa hadapan melalui sms dilihat amat positif dan berpotensi. Melalui kajian yang dijalankan oleh syarikat yang berpangkalan di amerika syarikat,the mobile channel, ke atas 1000 orang mengenai penerimaan pengiklanan sms. Kira-kira 94% penguna menyatakan positif.Pengunaan pengiklanan melalui sms juga menarik minat golongan koporat yang bertambah dan semakin popular. Kajian ini menunjukkan kesan penggunaan pengiklanan melalui sms adalah positif dan mengalami perkembangan dalam sistem pengiklanan barangan dan perkhidmatan dari firma kepada pengguna. Oleh itu, penggunaannya perlu diberi perhatian oleh firma-firma untuk meningkatkan pasaran kepada pengguna.

Masalah kajian yang menjadi tema utama adalah apakah komponen utama budaya dalam Nokia dan implikasi mereka terhadap organisasi.Apakah penyelidikan dan pembangunan budaya di Nokia dan mengulas sumbangan satu budaya keterbukaan kepada inovasi?Bagaimana budaya Nokia menyokong kesempurnaan kendiri dalam kakitangan dan faedah-faedah yang terakru pada syarikat disebabkan oleh ini?Dan apakah kesukaran bagi satu budaya keterbukaan?

24

Terdapat objektif utama dan objektif-objektif khusus dalam kes-kes ini.Objektif utama adalah faktor-faktor yang pernah menyumbang untuk penciptaan satu budaya unik ditumpukan kepada inovasi dan kreativiti dalam syarikat. Objektif-objektif kecil adalah untuk menggambarkan budaya organisasi itu di Nokia dan menerangkan bagaimana ia membantu syarikat itu menjadi satu daripada yang paling inovatif dalam industri, untuk memfokuskan kes kepada inovasi dan bagaimana, dengan sentiasa menaik taraf dan memperkenalkan ciri-ciri baru Nokia menjadi peneraju pasaran dalam pasaran telefon bimbit, dan untuk membincangkan faktor-faktor yang membantu Nokia menjadi peneraju terbesar dalam pasaran telefon bimbit: budaya syarikat, falsafah sumber manusianya dan organisasinya dalam penyelidikan dan pembangunan.

Terdapat beberapa karya daripada beberapa sumber. Jorma Ollila, Chairman dan CEO, Nokia Corporation telah berkata, "Pendekatan kita adalah untuk mewujudkan klasik, rekaan-rekaan abadi yang ergonomi gabungan dengan keindahan. Membentuk, warna-warna dan

mengkonturkan yang boleh menghantar keharmonian, baki dan keindahan." Yrjo Neuvo, ketua R&D di Nokia telah berkata, "Bila seorang artis adalah benar-benar teruja dan boleh satu hari arca dan malam, ketika dia ditenagakan olehnya, kerananya dalam tangannya dan dia memilikinya. Ini menunjukkan bagaimana anda mendapat seni.Artis-artis kita tidak baru sahaja menutup mata mereka dan menunggu sehingga inovasi itu datang.Kami adalah memperkenalkan sepanjang masa."Dalam buku 'Revolusi Nokia,' Dan Steinback menjelajah pertumbuhan dan evolusi Nokia daripada satu syarikat bahasa Finland yang kecil untuk satu konglomerat global.

25

Kaedah dalam kes ini adalah dengan sebuah anak syarikat Nokia (Mitchell, V. & McGoldrick, (1996), memasuki premium akhir pasaran telefon bimbit dengan sebutir permata bertatahkan, platinum sejenis alat yang mempunyai sebutir batu permata nilam skrin hablur dan perawakan delima dan juga pekat terutamanya pada pasaran besar-besaran.Syarikat itu menawarkan satu portfolio komprehensif produk-produk melindungi semua segmen

pengguna.Semua dasar bagi syarikat itu bertujuan untuk mencipta, sebagai contoh, satu budaya yang mencari bagi mengesahkan dan mendapat faedah dari kepelbagaian.Sistem penyelidikan dan pembangunan adalah juga satu membuka kepada sebarang idea.

Di sini, terdapat beberapa pembolehubah dalam kes-kes ini.Antaranya ialah pembolehubah antara bahagian pasaran dan pesaing-pesaing dan juga pembolehubah antara alat-alat dan pesaing-pesaing.Pembolehubah bebas adalah pesaing-pesaing di mana pembolehubah

tanggungan adalah bahagian pasaran dan alat-alat.

Ringkasan kepada kes ini adalah para penganalisis merasakan keterbukaan Nokia dan budaya sokongan memberi pekerja-pekerja peluang bagi membangunkan kemahiran-kemahiran mereka dan hasilnya, menyumbangkan lebih banyak untuk organisasi.

Terdapat beberapa kekuatan dalam kes ini.Wawasan Nokia adalah untuk mewujudkan dan beroperasi dalam gelaran syarikat, "satu persekitaran menyeluruh."Satu persekitaran menyeluruh merujuk kepada satu budaya yang menekankan individu dan perbezaan kebudayaan dan mencari untuk manfaat daripada perbezaan ini.Nokia dengan berani mengemukakan bagi merampas peluang-peluang baru dan produk dan berasa terseksa terhadap strategi-strategi penggerak
26

pertama.Kepelbagaian adalah juga satu daripada penentu utama bagi kejayaan, kerana kreativiti yang meningkatkannya, dan juga meningkatkan tarikan dan pengekalan sumber manusia.

Penyelidikan dan pembangunan yang ditubuhkan di Nokia adalah agak berbeza daripada yang syarikat-syarikat lain. Implikasi kes ini adalah penyelidikan dan pembangunan Nokia operasi terselerak merentasi dunia, dan telah diberikan kebebasan sepenuhnya untuk mengendalikan dan membangunkan idea mereka sendiri, tambahan mereka secara rasmi mengetuai projek-projek penyelidikan. Struktur adalah mendatar dan kebanyakan daripada pekerja-pekerja itu akan melaporkan secara langsung untuk ketua penyelidikan dan pembangunan.

Kajian kes ini membincangkan kelambatan syarikat telefon bimbit iaitu Nokia dalam memperkenalkan telefon bimbit yang telah menjadi amat popular dan rintangannya kepada pembuatan komponen-komponen.Ia juga berbincang usaha-usaha yang dilakukan untuk memulihkan pasarannya kerana menyedari yang prestasinya semakin menurun.

Terdapat beberapa objektif yang menguatkan penyelidikan ini.Objektif kajian ini terbahagi kepada dua skop iaitu objektif umum dan juga objektif kuhusus.Bagi mengkaji cabaran yang bakal dihadapi pada masa hadapan merupakan objektif yang umum serta meyeluruh dalam penyelidikan ini. Objektif khusus pula terdiri daripada empat isi yang harus diketengahkan,iaitu memahami kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh sesbuah syarikat dalam industri telefon bimbit, menghargai kepentingan inovasi dalam satu industri yang dinamik, menganalisa serta membuat rumusan mengenai kesan perubahan keadaan pasaran kepada syarikat dan akhir sekali,
27

menghargai kepentingan mengikuti perubahan keadaan pasaran yang bersesuaian dengan syarikat.

Terdapat beberapa karya daripada beberapa sumber termasuklah karya yang di sunting oleh Jorma Ollila, CEO syarikat telekomunikasi Nokia, dalam pertengahan tahun 2004 iaitu "We want to be the company that brings this industry to the next phase. And if we have a little bit of a bump in the road in 2004, that's immaterial." Selain itu, Jack Gold, Timbalan pengarah bagi syarikat Meta Group, dalam karyanya, Connecticut-based technology consulting firm, pada tahun 2005 yang berbunyi, "Nokia didn't have the coolness factor. They didn't really do flip phones; they were a little late with cameras, and they didn't push them. Coolness in the consumer space is a big deal, and they were stodgy."

Metodologi yang digunakan oleh syarikat Nokia bukan sahaja mengurangkan harga pada gagang tertentu untuk meningkatkan bahagian pasaran, tetapi juga menyesuaikan portfolionya untuk menyesuaikan produk untuk bertemu keperluan pasaran.Oleh itu dengan cara ini,ia telah membunuh sesetengah model-model ketinggalan zaman dan dibawa ke hadapan pelancaran beberapa orang lain, termasuk sejumlah telefon-telefon kulit kepah.

Pembolehubah yang digunakan dalam jurnal ini terbahagi kepada dua jenis iaitu pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.Pembolehubah bersandar adalah model-model telefon bimbit. Dalam tahun 2004, Nokia telah melancarkan lima model baharu, di mana tiga daripadanya adalah clamshells. Antaranya adalah model 6260, yang mana merupakan

28

model pertama Nokia dalam teknologi telefon bimbit berkamera yang kecil.Seterusnya adalah syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan pesaing-pesaing telefon bimbit.

Bagi pembolehubah tak bersandar pula, terdiri daripada peningkatan teknologi dalam model telefon bimbit, kesan perubahan keadaan pasaran kepada syarikat dan cabaran industri telefon bimbit secara global.

Implikasi penyelidikan pada masa hadapan mendapati bahawa kajian menunujukkan walaupun segala usaha keras patut Nokia harus dipuji dalam mengecap semula kedudukan pasaran pada masa kini, namun bagi segala pendapat dari para penganalisis pada asasnya telah diadunkan.

Ketika syarikat pengkritik percaya bahawa Nokia telah kehilangan kelebihan bersaingannya dalam pasaran telefon bimbit, penyokong-penyokongnya beranggapan bahawa kekuatan syarikat yang sedia ada, dan kedudukan kewangan yang stabil akan membantu syarikat terebut. pada 2003-2004,syarikat mengalami kesukaran untuk pulih pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka bersetuju bahawa industri telefon bimbit itu telah menjalani satu perubahan yang luas dalam industri.

Dalam awal tahun 2000, telefon bimbit dijangka muncul dengan pelbagai fungsi tambahan untuk nampak bergaya dan menjadi mudah untuk dikendalikan. Pesaing-pesaing syarikat Nokia telah memahami perkara ini dan sedang dalam proses pelancaran beberapa model mengikut gaya tertentu dalam diri mereka sendiri.
29

3. METODOLOGI

3.1

Pengenalan

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagi menganalisis pola pembelian telefon bimbit dalam kalangan pelajar UPM. Bahagian ini akan menerangkan secara mendalam mengenai metodologi yang telah dijalankan oleh penyelidik. Bahagian ini melibatkan semua aspek, dari segi bagaimana cara data diperoleh sama ada sampel, populasi yang dipilih, penggunaan borang selidik mahupun kaedah ± kaedah analisis data. Metodologi atau kaedah yang cekap dan sistematik dapat menghasilkan satu kajian yang tepat dan lengkap dengan objektif kajian yang merangkumi semua aspek penyelidikkan. Keputusan atau hasil kajian yang diperolehi daripada penyelidikan yang dijalankan amat bergantung kepada kesesuaian kaedah yang digunakan, serta kesesuaian dengan kajian yang dijalankan.

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga ( 1998 ), metodologi merupakan satu kaedah atau cara yang digunakan dalam proses menganalisis sesuatu data atau sampel bagi sesuatu kajian yang hendak dijalankan. Kaedah tersebut merangkumi proses pengumpulan data dan pemprosesan maklumat bagi membolehkan data yang diperolehi tersebut mudah difahami oleh setiap penganalisis dan juga boleh digunakan untuk kajian tersebut. Oleh itu, metodologi merupakan elemen yang amat penting dalam satu kajian kerana keputusan atau hasil kajian yang baik dan berkesan bersesuaian dengan keperluan semasa.

30

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk tinjauan.Kaedah tinjauan boleh dikendalikan secara besar-besaran dan merupakan satu bentuk pengutipan data yang telah dirancang bagi tujuan meramal, membuat pemerihalan dan menganalisis hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah dalam kajian (Kerlinger, 1973).Memandangkan kajian ini berbentuk tinjauan maka pengumpulan data dilaksanakan dengan menggunakan soal-selidik.

Seterusnya penyelidik telah mengaplikasikan teknik soal selidik untuk mendapatkan data. Kemudian data yang terkumpul hasil daripada teknik soal selidik akan dianalisis dengan sistematik bagi mendapatkan jawapan terhadap persoalan dan permasalahan kajian yang dikaji. Oleh itu, kajian ini bercorak kuantitatif dan amat sesuai digunakan untuk menerangkan beberapa fenomena yang sedang berlaku pada masa kini.( Mohd Majid Bin Ting, 1995)

3.3 Jenis dan Sumber Data

Teknik persampelan bertujuan diterapkan agar subjek kajian yang dipilih memiliki unsurunsur yang diperlukan oleh kajian dan mewakili apa yang dikehendaki dalam rekabentuk kajian (Black & Champion, 1973) yang didasarkan kepada satu kriterium iaitu subjek-subjek yang belajar di UPM dan mempunyai telefon bimbit.

31

Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpul daripada soalselidik yang diedarkan kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu merupakan salah satu universiti yang terbaik di Malaysia.Laporan menunjukkan pelajar UPM, iaitu bilangan pra siswazah sebanyak 16,315 orang dan bilangan pasca siswazah sebanyak 8,942, (UPM,08 Oktober 2009) mempunyai telefon bimbit.Oleh itu, pengguna telefon bimbit menyediakan kerangka kesampelan untuk kajian ini.

Bagi mendapatkan maklumat serta informasi yang terperinci dan tepat, pengkaji telah memperolehi maklumat daripada 2 data iaitu data prima dan data sekunder. Antara kaedahkaedah yang telah digunakan bagi mendapatkan maklumat-maklumat primer dan maklumatmaklumat sekunder yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pihak penyelidik :

3.3.1 Data Primer

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data antaranya (primary data collection )yang memperkenalkan nombor yang terpenting bagi menjalankan kajian ini. Terdapat dua data primer yang telah diaplikasikan dalam kajian iaitu :

y

Pengumpulan data

Pengumpulan data telah dibuat melalui pengedaran beberapa borang soal selidik.Borang soal selidik tersebut telah diedarkan kepada pelajar di sekitar UPM dan sebanyak 50 keping telah diserahkan.

32

y

Skala Likert

Menurut Mohamad Abdullah ( 1996 ), dalam bukunya bertajuk Memahami Statistik Sebagai Asas Pengurusan dan Perdagangan: Pendekatan Kalkulator Saintifik telah menyatakan bahawa skala Likert mudah digunakan oleh responden. Ia merupakan kelebihan yang ada pada skala likert. Petunjuk yang digunakan untuk menerangkan Skala Likert umumnya mudah difahami dan berkesan kepada para responden.

3.4 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sekitar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Tujuan pengkaji memilih sekitar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana lokasinya berdekatan dengan Perpustakaan Sultan Abdul Samad, kedai makan, kedai fotostat, gerai surat khabar dan perhentian bas. Kebanyakkan pelajar yang menaiki kenderaan juga meletakkan kenderaan mereka berhampiran fakulti ini.

3.5 Kaedah Persampelan

Kaedah persampelan yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden( pelajar ). Kajian ini menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang demografi subjek kajian.Ia merangkumi jantina, umur, program, pembiyaan dan tempat tinggal. Bahagian B pula terdiri daripada item-item pola

33

pembelian telefon bimbit. Bahagian C terdiri daripada 11 item soalan.Bahagian ini menanyakan mengenai sikap responden terhadap telefon bimbit.

Selain daripada mengedar borang soal selidik, pengkaji telah menjalankan sesi temubual bersama responden mengenai telefon dengan memberi pendapat dan cadangan

responden.Responden kajian yang telah dipilih ialah pelajar UPM yang mempunyai telefon bimbit.Pelajar dipilih kerana mereka merupakan golongan yang amat peka dengan perubahan dunia telefon bimbit. Selain itu, pengeluar telefon bimbit juga mengutamakan kehendak golongan pelajar/remaja dalam setiap reka bentuk telefon bimbit terbaru mereka.

Langkah Dalam Pemilihan Sampel

Menentukan Populasi target

Memilih Kerangka Persampelan

Mengendalikan bidang kerja

Menentukan samada kaedah kebarangkalian atau tidak kebarangkalian dipilih

Memilih unit sampel yang sebenar

Membuat prosedur untuk memilih unit persampelan

Menentukan saiz sampel

34

Jadual 4 :Jumlah pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Progran/ Tahun 1 2 3 Bacelor Pengurusan 96 130 91 Perniagaan Bacelor Ekonomi 93 92 87 Bacelor Perakaunan 100 150 102 Jumlah 289 372 280 Sumber : Fakulti Ekonomi Pengurusan (2009) µDescriptve Research¶ mengambil 6% daripada populasi iaitu 56 orang

. Jumlah 317 272 352 941

6 .x 941 orang 100

= 56 orang sampel

Sampel 56 responden diubah menjadi 50 untuk menjadikan keputusan lebih fleksibal.

3.6 Analisis Data

Kajian ini cuba untuk menyediakan jawapan kepada persoalan berikut: 1. Adakah fungsi telefon bimbit mempengaruhi pola pembelian telefon bimbit? 2. Apakah perhubungan antara ciri-ciri sosio-ekonomi responden dengan dapatan maklumat yang diperoleh pengguna? 3. Adakah fesyen terkini dapat diterima oleh pengguna telefon bimbit?

Kajian ini menggunakan statistik deskreptif untuk menghuraikan pembolehubahpembolehubah dalam kajian ini.Data mentah yang diperoleh daripada soalselidik diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis persamaan menggunakan statistik khi-kuasadua digunakan untuk membuktikan hubungan sisitematik antara ciri-ciri sosio-ekonomi dengan pembolehubah yang lain, iaitu maklumat, fungsi dan juga fesyen. Ujian tidak bersandar di antara pembolehubah sosio-ekonomi dan ciri-ciri sikap terhadap maklumat, fungsi dan fesyen telah
35

diambil daripada pernyataan yang dipilih.Pernyataan tersebut adalah berdasarkan persepsi responden mengenai pola pembelian telefon bimbit dikalangan pelajar.

Formula Khi-Kuasa Dua :

Ujian Khi-kuasa dua (X2) membenarkan kita untuk menguji adakah analisis taburan kekerapan bermakna. Oleh itu, data kategorikal dalam pembolehubah seperti usia, jantina, dan tempat tinggal boleh dianalisis secara statistikal. Sebagai contoh, kita berhasrat untuk menguji hipotesis null bahawa jumlah pengguna telefon bimbit terhadap purata harga telefon bimbit yang dibeli.Kelogikan dalam ujian X2 membenarkan kita untuk membandingkan kekerapan pemerhatian (oi) dengan kekerapan yang dijangka (ei) berdasarkan idea teori tentang kekerapan populasi. Dalam maksud yang lain, ujian teknik ini sama ada data itu datang dari taburan kebarangkalian. Ia menguji ³goodness of fit´ terhadap taburan pemerhatian bersama dengan taburan yang dijangka.

Pengiraan statistik khi-kuasa dua membenarkan kita untuk menentukan jika perbezaan antara taburan kekerapan pemerhatian dan taburan kekerapan yang dijangka boleh disertakan untuk variasi persampelan. Langkah dalam proses ini adalah seperti berikut:

1. Tentukan hipotesis null dan tentukan kekerapan yang dijangka untuk setiap jawapan. 2. Tentukan aras keyakinan. 3. Kira nilai X2, menggunakan kekerapan yang diperhatikan daripada sampel dan kekerapan yang dijangka.
36

4. Pastikan keputusan statistikal dibuat dengan membandingkan pengiraan nilai X2 dengan nilai kritikal X2.

Untuk mengira statistik khi-kuasa dua, gunakan formula berikut:
G2 !§ (o i - e i ) 2 e1 i !1
k

Dimana,

X2 = statistik khi-kuasa dua oi = kekerapan yang diperhatikan bagi setiap sel i ei = kekerapan yang dijangka bagi setiap sel i Sumber: Choo Wei Chong,(2003)

Seperti kebanyakkan taburan kebarangkalian yang lain, taburan X2 bukan keluk kebarangkalian tunggal tetapi gabungan beberapa keluk. Keluk ini, walaupun sama, tetapi berbeza berdasarkan nilai darjah kebebasan (k-1). Oleh itu, kita mesti mengira nilai darjah kebebasan tersebut.Darjah kebebasan ini merujuk kepada nilai yang diperhatikan yang boleh dibezakan tanpa mengubah anggapan yang berkait dengan sistem nombor. Pengiraan darjah kebebasan adalah seperti berikut:

d.f. = k ± 1 dimana, k = nombor sel yang berkait dengan data kolum atau baris. Sumber: Choo Wei Chong,(2003)

37

3.7 Kandungan Soal Selidik

Kaedah persampelan yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan mengedarkan borang soal selidik kepada responden( pelajar ). Kajian ini menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang demografi subjek kajian.Ia merangkumi jantina, umur, program, pembiyaan dan tempat tinggal.

Bahagian B pula terdiri daripada item-item pola pembelian telefon bimbit. Soal selidik ini telah diambil daripada soal selidik Consumer Style Inventory (CSI) yang dibina oleh Sproles dan Kendall (1986).Bahagian ini berkaitan bilangan telefon bimbit yang dimiliki oleh responden, kekerapan menukar telefon bimbit, purata harga telefon bimbit yang dibeli dan jenama telefon bimbit. Skala yang digunakan ialah skala tetap, skala pilihan penentu

Bahagian C terdiri daripada 11 item soalan.Bahagian ini menanyakan mengenai sikap responden terhadap telefon bimbit.Sikap yang dimaksudkan ialah telefon bimbit sebagai fungsi, telefon bimbit sebagai fesyen, telefon bimbit sebagai maklumat.Soal selidiknya adalah berbentuk skala pemarkatan Likert. Subjek dikehendaki menandakan pada setiap ruang yang disediakan dengan angka-angka yang juga mewakili skala likert iaitu 5 = sangat setuju, 4 = setuju, 3 = tiada pandangan, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat tidak setuju. Kajian rintis telah dijalankan untuk mengenalpasti kebolehpercayaan soal selidik. Kajian rintis telah mendapati bahawa soal selidik yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan tinggi iaitu a = 0.95.

38

3.8 Penyataan Hipotesis

Hipotesis 1 Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan telefon bimbit sebagai fesyen Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan telefon bimbit sebagai fesyen

Hipotesis 2 Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan telefon bimbit sebagai fungsi Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan telefon bimbit sebagai fungsi

Hipotesis 3 Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan telefon bimbit sebagai maklumat. Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan telefon bimbit sebagai maklumat.

39

Hipotesis 4 Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan purata harga telefon bimbit. Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan purata harga telefon bimbit.

Hipotesis 5 Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan jenama telefon bimbit (pilihan 2) Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan jenama telefon bimbit (pilihan 2) Hipotesis 6 Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan jenama telefon bimbit (pilihan 2) Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan jenama telefon bimbit (pilihan 2)

40

3.9 Batasan Kajian

Batasan ataupun had (limit) kajian yang perlu dihadapi oleh penyelidik bagi menjalankan kajian ini termasuklah dari segi kewangan, masa, dan juga bilangan sampel responden.

Kewangan y Pada era globalisasi ini, faktor kewangan merupakan salah satu masalah utama yang perlu dihadapai oleh penyelidik. Pelbagai kos perbelanjaan seperti mencetak borang soal selidik, laporan penuh kajian, serta mencetak data-data yang diperoleh daripada internet. Selain daripada itu, kos pengangkutan juga penting bagi memudahkan proses perhubungan seperti petrol dan tol yang merupakan bebanan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Masa y Penyelidik mempunyai kekangan masa yang terhad untuk menjalankan kajian terutamanya dalam aktiviti mengedar soal selidik kepada responden. Hal ini demikian kerana, masa pengkaji padat dipenuhi dengan kuliah dan juga aktiviti kolej yang tidak mungkin dapat dielakkan. Oleh itu, masa begitu subjektif untuk dikhususkan. Masa yang sesuai diperuntukkan dalam menjalankan suatu kajian tertakluk kepada kebijaksanaan sesorang untuk menguruskan jadual seharian mereka.

Bilangan sampel y Bilangan sampel yang digunakan tertakluk kepada kemampuan pengkaji untuk menyediakan serta mengedarkan borang soal selidik tersebut. Bagi kajian ini,
41

pengkajimenumpukan soal selidik kepada 50orang sahaja. Hal ini demikian kerana, responden pengkaji terdiri daripada para pelajar UPM.

42

4. DAPATAN KAJIAN

Sebanyak 50 set soal selidik diedarkan kepada para pelajar sekitar Fakulti Ekonomi Pengurusan..Menurut Cohen dan Manion (1980), rekabentuk korelasi tidak memerlukan saiz sampel yang besar. Jadual 5 : Profil Sosio Ekonomi Responden (n=50)
Ciri-ciri Frekuansi Jantina Lelaki Perempuan Jumlah Usia 19 20 21 22 23 24 Jumlah Program BP BPP BE Lain-lain Jumlah Pembiayaan Persendirian PTPTN JPA Lain-lain Jumlah Tempat Tinggal Bandar Luar Bandar Jumlah 2 4 12 14 16 2 50 27 16 1 6 50 19 16 9 6 50 33 17 50 4% 8% 24% 28% 32% 4% 100% 54% 32% 2% 12% 100% 38% 32% 19% 12% 100% 66% 34% 100% jadual 5 .Seperti yang ditunjukkan, 18 32 50 36% 64% 100% Statistik %

Profil sosio ekonomi responden ditunjukkan seperti

kebanyakkan responden adalah perempuan iaitu sebanyak 64% manakala lelaki 36%. Majoriti
43

responden berusia 23 tahun (32%) diikiti oleh responden berusia 22 dan 21 tahun iaitu sebanyak 28% dan 24%. Lebih daripada separuh (54%) responden adalah jurusan perakaunan diikuti jurusan pentadbiran perniagaan (32%) dan lain-lain (12%).Manakala responden jurusan ekonomi pula sebanyak 2%.Kebanyakkan responden (38%) membiayai pengajiannya sendiri.Responden yang yurannya dibiayai melalui pinjaman PTPTN pula sebanyak 32% diikuti oleh pembiyaan melalui biasiswa JPA (19%) dan lain-lain sebanyak 12%.Lebih kurang 1/3 (66%) daripada responden tinggal di kawasan Bandar, manakala selebihnya (17%) tinggal di kawasan luar bandar. Jadual 6 : Pola Pembelian Telefon Bimbit (n=50)
Ciri Bilangan telefon bimbit dimiliki Sebuah 2 Buah Jumlah Kekerapan menukar telefon bimbit 6 bulan sekali Setahun sekali 3 Tahun sekali Bila perlu Jumlah Purata harga telefon bimbit Kurang RM200 RM201 ± RM500 RM501 ± RM700 RM701 ± RM1,000 RM1001 ke atas Jumlah Jenama telefon bimbit pilihan Telefon bimbit 1 Nokia Sony Ericson Motorola Samsung Lain-lain Jumlah Telefon bimbit 2 Nokia Sony Ericson Statistik Frekuansi % 30 20 50 2 2 4 42 50 3 21 10 8 8 50 60% 40% 100% 4% 4% 8% 84% 100% 6% 42% 20% 16% 16% 100%

29 19 0 0 2 50 12 5 44

58% 38% 0 0 4% 100% 60% 25%

Motorola Samsung Lain-lain Jumlah

1 1 1 20

5% 5% 5% 100%

Jadual 6 menunjukkan pola pembelian telefon bimbit dalam kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang terdiri daripada 50 orang responden telah diuji dalam penyelidikan ini.Antara ciri-ciri pola pembelian yang telah dinyatakan adalah seperti bilangan telefon bimbit yang dimiliki oleh responden. Sebanyak 60% bersamaan 30 daripada keseluruhan responden memiliki hanya sebuah telefon bimbit sahaja manakala 40% bersamaan 20 responden memiliki dua buah telefon bimbit. Kekerapan menukar telefon bimbit juga mempengaruhi dalam pola pembelian.Sebanyak 4% bersamaan 2 responden menukar telefon bimbit mereka sekerap 6 bulan sekali.Bagi kekerapan menukar telefon bimbit yang hanya setahun sekali, menunjukkan peratusan sebanyak 4% bersamaan 2 responden. Sebanyak 8% bersamaan 4 responden menukar telefon bimbit sekerap 3 tahun sekali manakala penukaran telefon bimbit apabila perlu sahaja mempunyai peratusan tertinggi iaitu sebanyak 84% bersamaan 42 responden.

Ciri-ciri seterusnya adalah purata harga yang menjadi pilihan responden dalam pembelian telefon bimbit. Lingkungan harga antara RM201-RM500 sebanyak 42% bersamaan 21 responden merupakan pilihan tertinggi responden manakala lingkungan harga kurang daripada RM200 sebanyak 6% bersamaan 3 responden merupakan pilihan terendah responden dalam pemilihan harga telefon bimbit. Pemilihan jenama telefon bimbit juga menjadi keutamaan dalam pola pembelian barang tersebut.Reponden telah diberi pilihan empat jenama yang terkenal digunakan termasuklah jenama Nokia, Sony Erickson, Motorola, Samsung dan lain-lain.Jenama Nokia mendapat peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 58% bersamaan 29 responden telah

45

memilih jenama tersebut.Bagi jenama Motorola dan Samsung, tidak menjadi pilihan reponden dan mendapat peratusan 0% sahaja.

Sikap terhadap telefon bimbit

Jadual 7 : Telefon bimbit sebagai fesyen (%)
Kenyataan Sangat Setuju Tiada Setuju Pandangan Tidak Sangat Setuju Tidak Setuju 4 2 26 28 4 4 14 28

1. Saya amat mementingkan fungsi dari reka bentuk telefon bimbit 2. Jenama telefon bimbit mempengaruhi dalam pemilihan pembelian telefon bimbit. 3. Saya membeli telefon bimbit kerana ingin mengikuti trend yang terkini 4. Saya suka membeli telefon bimbit yang baru diperkenalkan.

38 40 4 6

46 44 30 22

8 10 26 8

Jadual 7 menunjukkan sikap responden terhadap telefon bimbit sebagai fesyen.Sebanyak 46% responden bersetuju dengan pandangan bahawa mereka amat mementingkan fungsi daripada rekabentuk telefon bimbit, manakala 38% responden sangat setuju dengan kenyataan itu. 40% sangat setuju dengan persepsi bahawa jenama telefon bimbit mempengaruhi dalam pemilihan pembelian telefon bimbit, manakala 46% setuju dan 10% tiada pandangan. 30% responden bersetuju bahawa mereka membeli telefon bimbit kerana ingin mengikuti trend yang terkini disamping hanya 26% reponden tiada pandangan dan tidak setuju dengan persepsi tersebut.Sebanyak 28% responden tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan persepsi bahawa mereka suka membeli telefon bimbit yang baru diperkenalkan manakala 28% bersetuju dengan persepsi tersebut.

46

Jadual 8 : Telefon bimbit sebagai fungsi (%)
Kenyataan Sangat Setuju Tiada Setuju Pandangan Tidak Sangat Setuju Tidak Setuju 4 3 0 4 4 4 4 0

1. Telefon bimbit berkamera menjadi pilihan utama saya. 2. Aplikasi hiburan menjadi keutamaan saya dalam pemilihan telefon bimbit 3. Telefon bimbit yang tahan lasak menjadi pilihan saya 4. Saya guna telefon bimbit untuk sms dan membuat panggilan

30 24 56 68

60 48 32 26

2 18 8 2

Jadual 8 menunjukkan sikap responden terhadap telefon bimbit dari segi aspek kefungsian.Kebanyakkan responden menggunakan telefon bimbit hanya untuk mengaplikasikan sms (sistem pesanan ringkas) dan juga membuat panggilan.Kebanyakkan responden juga mengutamakan telefon bimbit yang mempunyai daya tahan lasak yang tinggi.Aplikasi hiburan juga menjadi keutamaan dalam pemilihan telefon bimbit. Telefon bimbit yang mempunyai teknologi berkamera tidak kira sama ada beresolusi tinggi atau tidak juga menjadi pilihan responden pada masa ini.

Jadual 9 : Telefon bimbit sebagai maklumat (%)
Kenyataan Sangat Setuju Tiada Setuju Pandangan Tidak Sangat Setuju Tidak Setuju

1. Saya dapat mengetahui isu ±isu semasa melalui telefon bimbit 12 2. Saya suka melayari internet melalui aplikasi Wi-Fi untuk mendapatkan maklumat terkini 16 3. Saya sering menerima maklumat palsu melalui telefon bimbit 12 20

22 24 28

28 24 24

24 24 16

14 12

Merujuk kepada jadual di atas, terdapat tiga kenyataan mengenai telefon bimbit sebagai maklumat. Bagi kenyataan satu atau saya dapat mengetahui isu-isu semasa melalui telefon bimbit, data menunjukkan sikap tiada pandangan adalah peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak
47

28%. Manakala, sikap sangat setuju terhadap kenyataan satu menunjukkan peratusan paling sedikit iaitu 12%. Lain-lain pandangan ialah sikap tidak setuju dengan 24%, setuju dengan 22% dan sangat tidak setuju dengan 14%.

Kenyataan kedua menyatakan saya suka melayari internet melalui aplikasi Wi-Fi untuk mendapatkan maklumat terkini. Melalui jadual, data menyatakan terdapat tiga peratusan pandangan sikap yang sama banyak iaitu setuju, tiada pandangan, dan tidak setuju. Masingmasing memperolehi peratusan sebanyak 24%. Manakala, sikap sangat setuju sebanyak 16% dan yang terendah ialah sangat tidak setuju dengan 12%.

Bagi kenyataan saya sering menerima maklumat palsu melalui telefon bimbit, sikap tiada pandangan menunjukkan peratusan paling tinggi dengan 28%.Manakala, sikap sangat setuju menunjukkan peratusan paling sedikit dengan hanya 12%.Lain-lain pandangan ialah sikap tidak setuju dengan 24%, setuju dengan 20% dan sangat tidak setuju dengan 16%.

Jadual 10 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomi dengan purata harga telefon bimbit
Pemboleh ubah Jantina Usia Program Pembiayaan Tempat Tinggal Koeffisien Regresi 3.957 23.537 6.540 11.972 3.018 df 4 24 12 12 4 Signifikasi 0.412 0.488 0.886 0.448 0.555 Keputusan Terima Ho Terima Ho Terima Ho Terima Ho Terima Ho

Ujian kebebasan dan hubungan di antara profil pengguna dan purata harga telefon bimbit dengan menggunakan ujian khi-kuasa dia ditunjukkan dalam Jadual 10. Jadual tersebut menunjukkan jantina, usia, program pengajian, jenis pembiayaan dan tempat tinggal tidak berkaitan antara satu sama yang lain.
48

Jadual 11 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomi dengan jenama telefon bimbit ( Pilihan 1 )
Pemboleh ubah Jantina Usia Program Pembiayaan Tempat Tinggal Koeffisien Regresi 1.308 8.269 5.895 6.628 1.102 df 2 12 6 6 2 Signifikasi 0.520 0.764 0.435 0.357 0.576 Keputusan Terima Ho Terima Ho Terima Ho Terima Ho Terima Ho

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan jenama telefon bimbit ( Pilihan 1 ) ditunjukkan dalam Jadual 11. Jadual tersebut menunjukkan tiada perhubungan di antara profil pengguna dengan jenama telefon bimbit ( Pilihan 1). Jadual 12 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomi dengan jenama telefon bimbit ( Pilihan 2 )
Pemboleh ubah Jantina Usia Program Pembiayaan Tempat Tinggal Koeffisien Regresi 3.333 46.444 11.725 22.019 3.030 df 4 24 12 12 4 Signifikasi 0.504 0.004 0.468 0.037 0.553 Keputusan Terima Ho Tolak Ho Terima Ho Tolak Ho Terima Ho

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan jenama telefon bimbit ( Pilihan 2 ) ditunjukkan dalam Jadual 12. Jadual tersebut menunjukkan usia dan pembiayaan mempunyai perhubungan yang bermakna dengan jenama telefon bimbit ( Pilihan 2). Jadual 13 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomi dengan telefon bimbit sebagai fesyen
Pemboleh ubah Jantina Usia Program Pembiayaan Tempat Tinggal Koeffisien Regresi 13.976 114.447 33.646 37.209 10.289 df 11 66 33 33 11 Signifikasi 0.234 0.000 0.436 0.281 0.505 Keputusan Terima Ho Tolak Ho Terima Ho Terima Ho Terima Ho

49

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan telefon bimbit sebagai fesyen ditunjukkan dalam jadual 13. Jadual tersebut menunjukkan usia mempunyai perhubungan yang bermakna dengan telefon bimbit sebagai fesyen. Manakala jantina, program, pembiayaan dan tempat tinggal tidak mempunyai perhubungan yang bermakna dengan telefon bimbit sebagai fesyen.

Jadual 13 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomi dengan telefon bimbit sebagai fungsi
Pemboleh ubah Jantina Usia Program Pembiayaan Tempat Tinggal Koeffisien Regresi 7.620 120.044 22.259 35.672 11.103 df 10 60 30 30 10 Signifikasi 0.666 0.000 0.844 0.219 0.350 Keputusan Terima Ho Tolak Ho Terima Ho Terima Ho Terima Ho

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan telefon bimbit sebagai fungsi ditunjukkan dalam Jadual 13. Jadual tersebut menunjukkan usia mempunyai perhubungan yang bermakna dengan telefon bimbit sebagai fungsi. Manakala jantina, program, pembiayaan dan tempat tinggal tidak mempunyai perhubungan yang bermakna dengan telefon bimbit sebagai fungsi.

Jadual 14 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomi dengan telefon bimbit sebagai maklumat
Pemboleh ubah Jantina Usia Program Pembiayaan Tempat Tinggal Koeffisien Regresi 15.712 75.184 44.592 39.056 10.302 df 10 60 30 30 10 Signifikasi 0.108 0.090 0.042 0.124 0.414 Keputusan Terima Ho Terima Ho Tolak Ho Terima Ho Terima Ho

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan telefon bimbit sebagai fungsi ditunjukkan dalam jadual 14.Jadual tersebut menunjukkan program mempunyai perhubungan yang bermakna

50

dengan telefon bimbit sebagai maklumat. Manakala jantina, usia, pembiayaan dan tempat tinggal tidak mempunyai perhubungan yang bermakna dengan telefon bimbit sebagai maklumat.

51

5. RUJUKAN Rujukan

1

Fatimah MohdArshad (1999). E-commercialising Agricultural Marketing in Malaysia. Paper presented at the PETA-JPSM-PKD seminar on "Repositioning of the Malaysian Agriculture in the Next Millennium," 13-14 July, Serdang UPM. http://www.econ.upm.edu.my/~peta/fatimah.html (accessed on 30 September 2001)

Website

2 3 4 5

Suruhanjayakomunikasidan multimedia (SKMM). Sumber :http://www.skmm.gov.my (2009). Nik Mustafa, 2008.Sumber: http://www.upm.edu.my\ http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Marketing/MKTG043.htm,http://www.ic mrindia.org/casestudies/catalogue/Marketing/SMS%20Advertising%20%20A%20New% 20Media%20Mix%20Tool.htm,4 Sept 2009

6

http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Marketing/SMS%20Advertising%20%2 0A%20New%20Media%20Mix%20Tool%20-%20Marketing.htm, 23 Julai 2009

7

http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Marketing/SMS%20Advertising%20%2 0A%20New%20Media%20Mix%20Tool%20-%20Marketing%20Case.htm13 Ogos 2009

8

(Sumber: http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Business%20Strategy/BSTR167.htm)

9

(Sumber:http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Simplified%20Case%20Studies /SCBSTR167.htm). 24 Ogos 2009

10 http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/41/E/JTDIS41E6.pdf, 16 September 2009

Buku
52

11 Ang, S. H., P. S. Cheng, A. C. Lim Elison & S. K. Tambyah. 2001. Spot the difference: consumer responses towards counterfeits. Journal of Consumer Marketing 18(3): 219235. 12 Bettman, J., & Sujan, M. (1987). Effects of framing on evaluations of comparable and noncomparable alternatives by expert and novice consumers. Journal of Consumer Research, No. 14, 141±154. 13 Becker, Gary. 1968. Crime and punishment: an economic approach. Journal of Political Economy 76: 169-217. 14 Bloch, P. H., R. F. Bush & L. Campbell. 1993. Consumer µaccomplices¶ in product counterfeiting: a demand-side investigation. Journal of Consumer Marketing 10(4): 2736. 15 Burke, J. D. 1973. Advertising in the Marketplace. New York: McGraw Hill Butler, P and Peppard. (1998).Consumers Purchasing on the internet: Processes and Prospect, European Management Journal, Vol. 16, No.5, pp. 600 ± 610. 16 Butler, P and Peppard. (1998).Consumers Purchasing on the internet: Processes and Prospect, European Management Journal, Vol. 16, No.5, pp. 600 ± 610. 17 Butler, P and Peppard. (1998).Consumers Purchasing on the internet: Processes and Prospect, European Management Journal, Vol. 16, No.5, pp. 600 ± 610. 18 Dalam buku 'Revolusi Nokia,' Dan Steinback menjelajah pertumbuhan dan evolusi Nokia daripada satu syarikat bahasa Finland yang kecil untuk satu konglomerat global. 19 Durvasula, S., dan S. Lysonski. 1993. Cross-Cultural Generalizability Of A Scale For Profiling Consumers Decision- Making Styles.Journal Of Consumer Affairs. 27(1): 55. 20 Deci, E. L., B. V. H. Gilman, dan H. W. Karn. 1972. Reading in Industrial and Organizational Psychology. NewYork: McGraw-Hill. 21 Engel, J. F., R. D. Blacwell, dan P. W. Miniard. 1986. Consumer Behavior. New York: The Dryden press. 22 Eva Chun, Marketing Manager, Edge Matrix (an Australian Mobile Content Provision enabler), dalam Mac 2001. 23 Fox, S. (2000).Trust and Privacy Online : Why Americans Want To Rewrite The Rules, Pew Internet and American Life Project.
53

24 Goldsmith, RE. and Hofacker, C.H. (1991).Measuring Consumers Innovativness. Journal of The Academy of marketing Scince, Vol 19, Number 3, p 209 ± 221. 25 Geal, McDonald & Christopher Roberts. 1994. Product Piracy: the problem that will not go away. Journal of Product & Brand Management 3(4): 55-65. 26 Hassan, M. A. 1984. Perlukah Kesedaran Kepenggunaan? Dewan Budaya, Ogos, hlm. 47. 27 Glenn, W. C., dan J. B. Blaize. 1989. Consumer Behavior: A Decision-making Approach. South Western Publishing. Hirschman, E. C. 1991. Secular mortality and the dark side of consumer behavior:or how semiotics saved my life. Advances in Consumer Research 18: 1-4. 28 Hussin B Abdullah, Normizan B Bakar & Abdul Razak Chik. 2002. Consumer behavior towards pirated CD/VCD¶s usage, unpublished paper. School of Economics, Universiti Utara Malaysia. 29 Jack Gold, Timbalan pengarah bagi syarikat Meta Group, dalam karyanya, Connecticutbased technology consulting firm, pada tahun 2005. 30 Kerlinger, F. N. 1973. Foundation of Behavioral Research (2nd ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc. 31 Midgley, D. and Dowling, R.G. (1978). Innovativeness : The Concept of Optimal Stimulations, Psychological Report, Vol. 1, pp. 27-33 32 Rogers, E.T. (1983).Diffusion of Innovations (3rd ed.), New York: Free Press. NY. 33 Rogers, E.M. (1976).New Product Adoption and Diffusion, Journal of Consumers Research, Vol.2. 34 Schiffman, danKanuk. 2000. Consumer Behaviour(7ed.) United States: Prentice Hall. 35 Selnes, Fred, and Troye, S.V.: Buying Expertise, Information Search, and Problem Solving. Journalof Economic Psychology 10 (1989): 411±428. 36 Sproles, G. B., dan L. K. Elizabeth. 1986. A Methodology for Profiling Consumers¶ Decision Making Styles. The Journal of Consumer Affairs. 24 (summer): 134-147. 37 Tom, G., B. Garibaldi, Y. Zeng & J. Plcher. 1998. Consumer demand for counterfeit goods. Psychology and Marketing 15(5): 405-421.

54

38 Vrechopoulos, A.P., Siomkos, G.J., and Doukidis, G.I. (2001).Internet Shopping Ado\ption by Greek Consumers, European Journal of Innovation Management, Vol.4, No 3, pp 142-152. 39 Wee, C. H., S. J. Tan & K. H. Cheok. 1995. Non-price determinants of intention to purchase counterfeit goods: an exploratory study. International Marketing Review 12(6): 19-46.

55

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->