You are on page 1of 3

CARA MENGATASI MURID YANG AKTIF DI RUMAH

1. Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak anda sebelum mula bercakap.


Kemudian pastikan anak anda bertentang mata dengan anda ketika bercakap. Beri arahan
yang jelas dan tepat.

2. Buatkan satu jadual baginya. Pastikan anak anda mengikuti jadual yang menjadi
tanggungjawabnya.

3. Suruh anak anda mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingatiBerikan ganjaran
kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian.

4. Benarkan anak anda berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa membuat kerja
sekolah, belajar atau membuat tugasan). Dia akan bekerja lebih baik selepas berehat
selama 5 minit atau 10 minit.Beri peluang kepadanya untuk menghabiskan tenaganya yang
berlebihan dengan cara berlari di padang atau bermain permainan yang memerlukan gerak
fizikal.

5. Jangan galakkan permainan yang kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa.

6. Bagi kanak-kanak yang bersekolah, selalukan berkomunikasi dengan guru. Jika perlu,
pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajaran kanak-kanak ini dari guru
bimbingan yang sesuai.

7. Latih anak ini untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.

8. Jangan menghukumnya kerana perilaku aktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan


anak anda. Jangan menghukum kanak-kanak aktif dengan memukul mereka. Ini kerana,
kanak-kanak aktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan
seperti kanak-kanak normal.

9. Jangan sesekali melabel anak aktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau
bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya. Dalam melatih
atau mengajar kanak-kanak aktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan
kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan. Malahan lebih memahami
berbanding kanak-kanak biasa yang lain dalam sesuatu perkara yang diminatinya.

10. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus
menentukan rawatan yang terbaik buat anak.
11. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak aktif melebihi saudaranya.
Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap
tidak akan penuh.

12. Dalam mengajar anak ini, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang
sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.

13. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa dia adalah anak yang baik,
dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan.

14. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang
boleh membahayakan dirinya atau orang lain. Jika kanak-kanak aktif bertindak
mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi
mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi
mengenai cara menanganinya.

15. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung
berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak ini kita seharusnya berkomunikasi
'setiap satu minit sekali', komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut
lebih kreatif dan idealisme.

16. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak adalah ketika sedang berada di meja
makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya
atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan adalah
menyuapkan mereka dengan sabar.

17. Kita sebagi ibu bapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah
anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu
serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak aktif.

18. Untuk anak-anak ini, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-program
di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh
memudaratkan cara berfikir mereka.

19. Mereka memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala
sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu
disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-
aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebaginya.
ADA BEBERAPA TEKNIK YANG BOLEH DIGUNA PAKAI OLEH GURU-GURU UNTUK
DIPRAKTIKKAN DI SEKOLAH :

 Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut
memberi perhatian dan memahaminya.
 Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan
rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda
berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
 Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik.
Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak
berkelakuan dengan lebih baik.
 Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang
berlaku setiap hari.
 Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai
semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
 Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum
mengeluarkan kata-kata.
 Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik
beratkan pada kelemahannya sahaja.
 Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
 Guru mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini
boleh menunjukkannya kepada ibu bap semasa di rumah, bagi membolehkan anak
hiperaktif ini diawasi agar pembelajaran dan kerja rumah mereka disiapkan.

You might also like