P. 1
Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

Pengaruh Oriental Is Dalam Penulisan Akademik

|Views: 408|Likes:
Published by puteracho
pengaruh orientalis
pengaruh orientalis

More info:

Published by: puteracho on Mar 08, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/27/2013

pdf

text

original

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PPPN 3362 SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL-QURAN DAN AL-SUNNAH
TUGASAN KUMPULAN: PENGARUH ORIENTALIS DALAM PENULISAN AKADEMIK

:PENSYARAH DR. LATIFAH ABDUL MAJID

:DISEDIAKAN OLEH SAMIAH BINTI JUNUS (A111334) NURULNADIA BT MOHAMED KHASIM (A111476) JAMILAH BT RASHID (A111561) (NOOR HASFANIE BINTI PAUZI (A112392

2

FAKULTI PENDIDIKAN KANDUNGAN Perkara
1.0 Pendahuluan

Halaman 3 4 2.0 5 3.0 8-9

Gerakan Orientalis dalam Bidang Penulisan Pendokong-pendokong Orientalis secara Umum Sikap Dan Agenda Orientalis Melalui Penulisan 4.0 4.1 Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran 4.2 Melakukan serangan secara tidak langsung. 4.3 Merujuk Sumber-sumber Kristian. 4.4 Memecah-belahkan Umat 4.5 Menimbulkan kejijikan pembaca kepada budaya hidup orang Islam 4.6 Mengelirukan Pembaca Antara Makna Literal Atau Hakikat Dengan Metafora. 5.0 Pengaruh Orientalis Dalam Penulisan Mengikut Kategori Kumpulan Orientalis Hasil Karya-karya Penulisan Orientalis Karya-karya Orientalis yang Penting 5.1

10-14

15-18 6.0

Karya-karya Orientalis yang Boleh Dibaca 5.2 Ensiklopedia dan Majalah-majalah Orientalis 5.3 Pengaruh Orientalis dalam Penulisan Akedemik Pengaruh Negatif 7.1 Pengaruh Positif 7.2 8.0 Penterjemahan Kitab-kitab Turath Islamiyyah Oleh Pihak Orientalis Kesan Penulisan Orientalis Kesimpulan 29-31 32-33 9.0 34 10 19-28 7.0

3

Rujukan

35

1.0 PENDAHULUAN Orientalisme merupakan gerakan yang didokong oleh para sarjana Barat yang terdiri daripada orang-orang Yahudi dan Kristian. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai satu fahaman yang dihubung kaitkan kepada suatu aliran pemikiran atau pembelajaran mengenai kehidupan bangsabangsa Timur umumnya dan mengenai tamadun Islam serta bangsa Arab khususnya. Adapun bermulanya gerakan ini adalah daripada kesan pertembungan pemikiran, politik, aqidah, atau ideologi yang menyelubungi zaman pasca modenisme ini. Justeru, perasaan hasad dan dengki daripada masyarakat Barat selepas mereka tewas di dalam peperangan Salib (The Crusade War) dan kemajuan Islam yang telah menguasai dunia pada ketika itu menjadikan ianya sebagai faktor terpenting di dalam perkembangan gerakan ini.Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam.Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin.” Oleh yang demikian, demi menutup kelemahan tersebut, mereka mula menjalankan kajian tentang tamadun Timur atau tamadun Islam secara khusus untuk dijadikan platform menuju alaf baru. Bukan itu sahaja, malah ianya bertujuan untuk mencari kelemahan Islam dan berusaha untuk menyelewengkan Islam ajaran Islam. Hasil dari kajian yang dibuat, mereka telah membina tamadun moden sebagaimana yang dapat kita saksikan pada hari ini. Kemodenan yang dicapai semata-mata bertujuan untuk merendahkan martabat Islam di mata dunia.

4

2.0 GERAKAN ORIENTALIS DALAM BIDANG PENULISAN

Kelahiran gerakan orientalisme adalah berkait rapat dengan gerakan untuk penyebaran agama kristian dan juga penjajahan, maka strategi gerakan dan usaha awal mereka adalah diatur untuk mencapai matlamat bersama. Apa yang diatur oleh pihak pengembang kristian adalah mendapat dokongan berbentuk akademik dari golongan orientalis. Pendakwah kristian telah menggunakan pelbagai cara dalam menjayakan misi mereka terhadap bangsa Timur. Antaranya ialah dengan mengeksploitasi semua bidang keperluan manusia untuk tujuannya, termasuklah melalui bidang pendidikan dengan menubuhkan institusi pendidikan di semua peringkat dengan kurikulum dan pengisian yang sesuai dengan agama kristian, mengeksploitasi pelajar-pelajar yang dihantar ke barat untuk mengubah pendirian dan pemikiran mereka terhadap ajaran Islam yang sedia ada dalam diri mereka agar menerima pandangan, pemikiran yang sesuai dengan anutan mereka. Selain dari bidang pendidikan, bidang-bidang lain seperti perubatan, media dan kewartawanan, penerbitan majalah dan sebaran digunakan untuk maksud tersebut. Selain daripada gerak kerja yang dilaksanakan melalui kegiatan missionari ini, orientalis juga menjalankan kegiatan mereka dalam bidang akademik yang meliputi pelbagai bidang khususnya dalam aspek penulisan. Al-Sayid Mustafa al Siba’y telah mengemukakan 5 aktiviti yang dijalankan oleh orientalis iaitu: i. ii. iii. iv. v. Meliputi pengajian di Universiti. Pengumpulan manuskrip dan membut katalog. Penyuntingan dan penerbitan. Penterjemahan dari bahasa Arab ke Bahasa Eropah. Penulisan dalam berbagai-bagai bidang ilmu Islam. Matlamat orang barat termasuk golongan orientalis sejak awal lagi adalah merupakan serampang dua mata iaitu : i. Untuk menyekat masyarakat barat atau kristian daripada terpengaruh dengan ajaran Islam dan menerima Islam sebagai anutan mereka . Dalam hal ini mereka menumpukan kerjakerja yang dilihat boleh memburukkan wajah Islam serta menutup semua keindahan dan

5

keistimewaannya agar dapat meyakinkan kaum kristian bahawa Islam adalah tidak sesuai untuk mereka. ii. Menumpukan kajian mereka tentang umat Islam dan mereka mula menimbulkan dan membuat pelbagai dakwaan dan pembohongan terhadap akidah dan syariah Islam juga sumber-sumber Islam . Tujuan mereka adalah bagi melemahkan pegangan umat Islam terhadap agama serta menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam . Disamping itu ia disertai dengan usaha yang kuat dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan mereka sebagai penganut kristian. iii. Menjadi konco atau pengikut kepada penjajah dan berusaha bagi membuka jalan dan memudahkan pihak penjajah menundukkan negara-negara umat Islam agar menerima pemikiran mereka yang akhirnya mereka akan turut mendewa-dewakan nilai-nilai barat , dan pada waktu yang sama mengurangkan pegangan mereka kepada nilai dan ajaran Islam . Oleh itu, bagi mencapai matlamat yang ditentukan, golongan orientalis mula mengambil peluang melalui bidang penulisan buku dan penerbitan. Malah, ianya menjadi satu kegiatan dan strategi yang sangat luas digunakan oleh mereka. Penulisan dan penerbitan buku-buku dan apa yang dikatakan sebagai hasil kajian dan penyelidikan mereka meliputi pelbagai aspek yang berkaitan dengan Islam yang diterbitkan dalam pelbagai bentuk dan judul. Ianya menyentuh tentang agama Islam secara menyeluruh atau Rasulullah atau tentang al-Quran dan sebagainya. Kebanyakan dalam penulisannya, mereka dengan sengaja memutar belitkan fakta dan hakikat kebenaran yang ada, sama ada dengan mengubah maksud atau menafikan hakikat yang sebenar dan sebagainya. Kalangan orientalis sangat giat dan produktif dalam usaha mereka ini. Mereka secara berkumpulan menerbitkan beberapa buku berkaitan Islam yang telah disusun hasil penulisan yang begitu besar yang kemudiannya pegangan dan rujukan oleh para pelajar Islam . Antaranya ialah Ensiklopedia Islam, yang mana pada mulanya dicetak dalam bahasa Inggeris dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ia kemudian telah mula diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab pada tahun 1956. Penerbitan pertama dalam edisi Bahasa Arab mengandungi 13 Jilid. Banyak perkara dan fakta yang tidak tepat tentang Islam terkandung dalam buku ini. Oleh kerana sistem kandungan yang begitu baik maka para penulis Islam telah berusaha untuk

6

meneliti dan memperbetulkan semula fakta-fakta dan kandungan yang tidak tepat di dalamnya. Selain itu terdapat juga buku-buku lain yang dihasilkan seperi buku yang berjudul Shorter Encyclopaedia of Islam. Encyclopaedia of Religion And Ethics, Encyclopaedia of Sosial Sciences dan banyak lagi. Demikian juga dengan buku Mu’jam Mufahras untuk hadis yang telah disusun oleh Wensink dan rakan-rakannya. Walau pun tujuan asalnya adalah untuk meneliti mencari hadishadis dan bagi meneliti aspek-aspek kelemahan yang boleh dipergunakan bagi menentang Islam, tetapi susunannya telah dapat digunakan oleh para pelajar Islam dalam penyelidikan dan pengajian mereka. Selain itu, terdapat juga pertubuhan kesatuan dan penerbitan majalah. Antara kegiatan yang dilaksanakan oleh orientalis dalam usaha mereka ialah menerbitkan majalah untuk menjadi tatapan dan bahan bacaan masyarakat. Dalam Majalah ini dimuatkan pemikiran atau yang disebut sebagai hasil kajian mereka tentang sesuatu permasalahan yang mahu disampaikan kepada pembaca. Penerbitan majalah dilakukan oleh kesatuan orientalis . Kesatuan ini telah ditubuhkan di pelbagai negeri mengumpulkan tenaga orientalis. Antaranya ialah Kesatuan orientalis Asia yang ditubuhkan di Paris pada tahuan 1822, Kesatuan Diraja Asia yang ditubuhkan di Britan dan Ireland pada tahun 1942 dan di German pada 1845 . Majalah yang mengandungi hasil kajian penyelidikan mereka tentang Islam ini diterbit dan diedarkan oleh kesatuan atau pertubuhan ini dalam jumlah yang besar sebagaimana dihuraikan pada bab yang seterusnya. Lebih jauh dari itu para orientalis juga telah merebut peluang menggunakan akhbarakhbar tempatan di negari-negeri umat Islam yang dibeli oleh mereka dan dikekalkan penerbitannya dengan pengisian dari pihak mereka. Di mesir misalnya mereka berjaya menggunakan akhbar-akhbar tertentu bagi menyetakan pandangan dan pendapat agama kristian secara lebih bebas dan meluas berbanding dengan negeri-negeri lain.

7 3.0 PENDOKONG-PENDOKONG ORIENTALIS SECARA UMUM

Merujuk kepada nama-nama dibawah ini adalah sebahagian daripada golongan orientalis yang menganuti fahaman Orietalisme. Walaupun nama-nama yang dinyatakan di bawah ini terdapat di antaranya nama-nama Orientalis yang sederhana pemikirannya, namun perlu diketahui oleh kita semua sebagai langkah berhati-hati atau berwaspada di dalam pembacaan kita. Berikut adalah senarai nama-nama pendokong Orientalis: 1. Toha Husin 2. Zurjy Zedan 3. Lewois Awadh 4. Aziz ‘Atiah Surial 5. George Hurai 6. Albert Hurani 7. Chares ‘Isawi 8. Najih Faris 9. Edward Jurji 10. Manahim Mansur 11. George Nuqqas 12. Nasr Abu Zaid 13.Ahmad Khan 14. Rody Burt 15. Hanoto (Perancis) 16. Chiro Tanaka Chiro (Jepun) 17. Hamer Burgstel 18. Dostel 19. Prof. Peace 20 Cristian Snouck Hourgronje 21 Emil Ritsic

8

4.0 SIKAP DAN AGENDA ORIENTALIS MELALUI PENULISAN 4.1 Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran Adakalanya para ilmuan terkenal dan penulis ternama dalam konteks pengajian yang serius menulis kajian perbandingan mengenai bangsa dan agama sengaja memicingkan mata mengenai pandangan Islam dalam konteks tertentu.Mereka hanya menulis sekadar sekelumit dan itupun aspek yang tidak penting untuk menunjukkan betapa Islam sebagai agama yang tersisih dan tidak perlu disorot. Umpamanya S.K Northobs dalam kajiannya yang bertajuk 'Kajian Mencari Persefahaman Dunia' yang mengandungi 496 halaman hanya menyentuh mengenai Arab dan orang Islam sekitar 12 halaman sahaja. Walhal mereka merupakan kumpulan ketujuh yang terbesar menjadi penghuni dunia ini. Begitu juga Betrand Rusell dalam bukunya Sejarah Falsafah Arab. 4.2 Melakukan serangan secara tidak langsung. Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad salallahualaihi wasalam dan misinya terbagi di bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat memesongkan pembaca secara halus. Agnatius Kratsykoysky, Orientalis Russia menulis dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab "Bahawa Al Quran ialah himpunan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad melalui pendengaran. Ia merupakan contoh umum dalam usaha orientalis ini. 4.3 Merujuk Sumber-sumber Kristian. Adakalanya Orientalis menulis sejarah nabi dan tajuk-tajuk yang menyentuh Islam. Tetapi mereka merujuk sumber-sumber Kristian dan bukan sumber turath yang dikaji oleh Ulama' Islam. Ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dan salah faham. Dalam menulis sesuatu, mereka cuba menimbulkan kejijikan pembaca kepada budaya hidup orang Islam masa kini dan masa lampau. Umpamanya dalam penulisan sejarah dan perjalanan, mereka menggambarkan corak hidup umat Islam sebagai ketinggalan zaman, adat dan tradisi mereka begitu mundur. Acapkali pula mereka menggambarkan tokoh-tokoh Islam, Rasulullah salallahualaihi wasalam terutamanya secara dusta untuk memperkecil kehebatan dan kewibawaannya dan Islam itu sendiri.

9

4.4 Memecah-belahkan Umat Sehubungan dengan itu, ada juga di kalangan Orientalis menulis untuk memecah-belahkan umat melalui penampilan aliran-aliran pemikiran Barat yang bersimpang siur atau mereka menangani konsep-konsep Islam yang dahulunya dapat menyatupadukan umat Islam agar tidak lagi berfungsi.Mereka tahu bahawa umat yang berpecah belah dari segi pemikiran bukan sahaja tidak mungkin dapat bersatu padu dari sudut politik dan Ekonomi bahkan juga dari sudut ketenteraan. Inilah faktor yang memudahkan penjajah menguasai dunia Islam pada masa dahulu. Menurut Ahmad Ghorab, seorang penulis yang mengkaji peranan Orientalis bagi menghancurkan Islam, 'Distortation' yang dilakukan oleh golongan Orientalis mempunyai dua objektif yang khusus iaitu:
i.

Untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam di dalam minda dan pemikiran golongan bukan Islam Untuk melemahkan umat Islam dengan menimbulkan keraguan mengenai aqidah ,tradisi kenabian serta sejarah Islam yang mengakibatkan umat Islam menolak kesyumulan Islam.

ii.

4.5 Menimbulkan kejijikan pembaca kepada budaya hidup orang Islam Dalam menulis sesuatu, mereka cuba menimbulkan kejijikan pembaca kepada budaya hidup orang Islam masa kini dan masa lampau. Umpamanya dalam penulisan sejarah dan perjalanan, mereka menggambarkan corak hidup umat Islam sebagai ketinggalan zaman, adat dan tradisi mereka begitu mundur. Acapkali pula mereka menggambarkan tokoh-tokoh Islam, Rasulullah salallahualaihi wasalam terutamanya secara dusta untuk memperkecil kehebatan dan kewibawaannya dan Islam itu sendiri. 4.6 Mengelirukan Pembaca Antara Makna Literal Atau Hakikat Dengan Metafora. Bahasa Arab memang mengandungi maksud hakikat dan majaz atau metafora. Ada yang bersifat baku dan ada pula Amiyyah .Orientalis dalam menghuraikan maksud nas Al Quran atau hadith sengaja memutar balikkan perkara ini.

10

5.0 PENGARUH ORIENTALIS DALAM PENULISAN MENGIKUT KATEGORI KUMPULAN ORIENTALIS Kategori Pertama; Kategori Kumpulan Orientalis yang berminat untuk mengkaji ilmu Islam dan berpegang teguh dengan prinsip keilmuan. Kebanyakan daripada golongan ini telah memeluk agama Islam. Di antaranya ialah: 1. Hardrian Roland Beliau merupakan professor bahasa-bahasa Timur di Universiti Utrecht, Belanda. Meninggal dunia pada tahun 1718 M. Beliau telah menulis sebuah buku berjudul Muhammadanisme di dalam bahasa Latin sebanyak dua jilid pada 1705 M. Namun, buku tersebut telah mendapat tentangan yang hebat dari pihak gereja di Eropah dan . Seterusnya buku itu telah dikategorikan sebagai buku yang diharamkan. 2. Z. Honke Beliau telah menulis sebuah buku berjudul Matahari Arab Bersinar di Barat. Buku ini amat masyhur kerana mempunyai fakta-fakta ilmiah berkaitan Islam. Z. Honke dianggap tidak berat sebelah kerana buku-bukunya yang objektif yang memperkenalkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. 3. Gustac Le Bon Terkenal sebagai seorang orientalis dan ahli falsafah materialisme. Beliau tidak percaya kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyentuh tentang peradaban Islam. Beliau telah membuat kajian dan menulis beberapa buah kitab berkaitan Islam. Namun semua kajian dan karyanya ini tidak mendapat sambutan masyarakat Barat. 4. Johann J. Reiske Merupakan seorang orientalis Jerman pertama yang patut dikenang. Ia dituduh murtad (atheis) karena sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati pada tahun 1774 M

11

karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan pengajian Bahasa Arab di Jerman. 5. Silvestre de Sacy Seorang orientalis yang memberi tumpuan kepada sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari terlibat dalam pengkajian tentang agama Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berurusan dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi. Beliau meninggal dunia pada tahun 1838 M 6. Thomas Arnold Berasal dari England, dilahirkan pada tahun 1864 M dan meninggal dunia pada tahu 1930 M . Bukunya yang berjudul ‘Preaching in Islam’ telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab. 7. Jack Burke, Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr. Granier dan Gocthe adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana. Kategori Kedua; Kategori kumpulan yang membuat kajian tentang Islam atas nama ilmu tetapi mereka cuba membuat pembohongan di dalam kajian mereka. Di antara mereka yang tergolong di dalam golongan ini adalah seperti berikut: 1. Gold Ziher (1850-1920 M) Orientalis berketurunan Yahudi ini telah menulis pelbagai judul buku berkaitan Islam dengan tujuan untuk memburukkan imej Islam pada kaca mata orang-orang Barat. Beliau yang mendapat pengiktirafan daripada universiti-universiti di Eropah telah digelar sebagai pelopor di dalam bidang Islamic Studies. Ketokohan dan juga kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan. 2. G. Von Grunbaum Merupakan seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-universiti Amerika. Beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Upacara-upacara Agama Muhammad

12

yang diterbitkan pada tahun 1951 M. Manakala bukunya yang berjudul Beberapa Pengajian Tentang Sejarah Kebudayaan Islam telah diterbitkan pada tahun 1854. 3. Arent Jan Wensinck (A.J. Wensinck ) (1882-1939) Merupakan orientalis yang sangat memnusuhi Islam. Beliau telah menulis sebuah buku berjudul Aqidah Islam yang diterbitkan pada tahun 1932. Adapun penulisan buku ini mengandungi faktafakta yang dusta dan kecaman terhadap Islam. 4. Louis Massignon (L. Massignon ) (1883-1962). Seorang pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihat kepada Department Koloni Jajahan Perancis bagi Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah Hallaj, Sufi yang Syahid dalam Islam yang diterbitkan pada tahun 1922 M. 5. D.B. Mac Donald Merupakan seorang Orietalis dan pendakwah Kristian yang berbangsa Amerika yang terkenal dengan fanatik. Beliau telah menulis dua buah buku yang masyhur. Buku tersebut adalah berjudul Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara yang diterbitkan pada tahun 1930 M dan Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam yang diterbitkan pada tahun 1908 M. 6. R.A. Nicholson Beliau merupakan seorang Orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. Beliau yang mendakwa Islam itu agama meterialistik. Antara bukunya yang terkenal seperti Sufi-sufi dalam Islam (1910 M) dan Sejarah Kesusateraan Arab (1930 M). 7. Barron Carra De Vaux Seorang Orientalis berbangsa Perancis yang sangat fanatik dan termasuk salah seorang tokoh penting Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam. Beliau amat memusuhi Islam.

13

8. D.S. Margoliouth (1885-1940 M) Merupakan orientalis berbangsa Inggeris yang sangat fanatik yang juga merupakan guru kepada Thaha Husain dan Ahmad Amin, bapa orientalis Mesir. Antara buku-buku yang ditulis beliau berkaitan Islam adalah seperti berikut: i. ii. iii. Perkembangan Baru Dalam Islam yang diterbitkan pada tahun 1943. Muhammad Menjelang Kelahiran Islam yang diterbitkan pada tahun 1943. Universiti Islam yang diterbitkan pada tahun 1912.

8. J.Maynard Orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang Pengarang Majalah ‘Islamic Studies’. 9. Samuel Marinus (S.M Zwemer) (1867-1952) Orientalis dan pendawah Kristian, merupakan pengasas majalah ‘Islamic World’ di Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah ‘Islam Memasung Aqidah’, terbit tahun 1908 M dan ‘Al-Islam’ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India. 10. Kenneth Cragg (K.Cragg) Orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Da'wah dan Menara Azan’ yang diterbitkan pada tahun 1956 M. 11. M. Green Merupakan setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah.

14

12. Arthur John Arberry (A.J. Arberry ) (1905-1969) Adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunya terkenal antara lain ialah berjudul Islam Dewasa Ini yang diterbitkan pada tahun 1943 M dan Tasawwuf yang diterbitkan pada tahun 1950 M. 13. H.A.R. Gibb (1895-1965 M) Orientalis berbangsa Inggeris penulis buku ‘Mohammedanism’, diterbitkan dalam tahun 1947 M dan ‘Aliran-aliran Moden dalam Islam’ yang diterbitkan juga dalam tahun 1947 M. 14. Henry Lammens (1872-1937M) Orientalis fanatik yang menulis buku Al-Islam dan Tha’if. Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam. Beliau berbangsa Perancis dikategori sebagai tersangat fanatik. Mendakwa Nabi tidak menyukai perpaduan. Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat terhadap Fatimah az-Zahra. 15. Joseph Schacht (J. Schacht ) (1902-1969). Beliau terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku Usul Fiqh Islam. 16. Blacherc Beliau pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis sebagai staf untuk urusan Arab dan umat Islam. 17. Alfred Guillaume (1888-1966). Merupakan orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam dan merupakan penulis buku Al-Islam. Guillaume telah menterjemah Kitab Sirah oleh Ibnu Ishaq ke bahasa Inggeris yang terbit pertama kali pada tahun 1955.

15

6.0 HASIL KARYA-KARYA PENULISAN ORIENTALIS 6.1 Karya-karya Orientalis yang Penting Pelbagai jenis buku telah dihasilkan oleh orientalis termasuklah buku-buku yang berkaitan sejarah, aqidah, syariah, falsafah, tasawuf, bahasa Arab, sastera Arab, penterjemahan al-Quran dan Hadith. Kebanyakan buku-buku ini mencela agama Islam dan dipenuhi dengan unsur-unsur penipuan. Bermula awal kurun ke-19M sehingga pertengahan kurun ke-20M, mereka telah menghasilkan lebih daripada 60, 000 buah buku berkenaan Islam. Antara buku-buku hasil karya penulisan golongan orientalis ini adalah seperti berikut: 1. Mu’jam Mufahras li Alfazi al-Hadith merupakan sebuah kamus untuk mencari lafaz-lafaz hadits. Mu’jam ini mencakupi Kitab Sunan Sittah, kumpulan hadith yang terhimpun dalam kitab yang enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwattha' Imam Malik dan Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu’jam ini terdiri daripada tujuh jilid dan yang dicetak sejak tahun 1936 M sampai sekarang. 2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, antara tahun 1913-1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan Perancis saja, 1945-1977 M. 3. Sejarah Kesusateraan Arab. Karangan Cari Brockelmen (meninggal dunia pada tahun 1956). 4. Al-Islam-Karangan Alfred Guillaume. 5. Usul Fiqh al-Islam-Karanan J. Schacht 6. Sufi-sufi Islam & Sejarah Kesusateraan Arab-dikarangoleh R.A Nicholson 7. Muhammedanisme- Karangan H.A.R. Gibb. 8. Tasawuf & Islam Dewasa Ini-Karangan A.J. Arberry. 9.Orientalisme-Karangan Edward Said. Diterbitkan pada tahun 1978.

16

10. Peta Dunia Islam dari tahun 1500 hingga kurun ke-20M-Karangan Francis Ruison dan Peter Brown 11. Asas Bahasa Arab-KaranganArbanius. Diterbitkan di London pada tahun 1613. 12. Afrika al-Youm-Karangan Grov Henzh. Dicetak di John Hobking,Poltimur Amerika Syarikat. 13. Al-Wehdah wa Attanawu’ fi Hadharah al-Islamiah-Karangan Gustav Von Grounipum. Dicetak di Universiti Chicago 14. Al-Murotibun fi Senegal-Karangan Moris De Lavos. Diterbitkan di Paris pada tahun 1916. 15. Fataha al-Arab li Ifrikia-Karangan Henry Fornil. Dicetak di Paris pada tahun 1875 16. Tarikh Gharb Ifrikia-Karangan Fedzh. Dicetak di Universiti Cambridge pada tahun 1955. 17. Tarikh Nigeria-Karangan Sir Ane Prince. Dicetak di London pada tahun 1995 18. Qabail Nigeria Syimaliah- Karangan Mick.Dicetak di London pada tahun 1925. 19. Islam fi Sudan & Islam fi Habsyah-Kaangan Spancer Trimingham. Dicetak di London pada tahun 1949 dan 1952. 20. Al-Mahdiah-Karangan Theobold. Diterbitkan di London pada tahun 1856. 21. Al-Muwatinun Ula fi Syarq Ifrikia- KaranganRichard Birton.Diterbitkan di London pada tahun 1856. 22. Dalil Syarqi Ifrikia- Karangan Gordon Brown. Diterbitkan di London pada tahun1955. 23. Tarikh Euthopia-Karangan Pengh. Diterbitkan di London pada tahun 1936. 24. Attawatur Assiasi wal Ijtima’ie wad Dinni fi Syarq Ausot-Karangan S. Morison. Diterbitkan pada tahun 1954M. 25.Mustasyriqah Amerikiah Muasorah-Karangan Magerit Ronald. 26. Arkanul Islam & Muhammad Rasulullah-Karangan Paru Matsu Duram.

17

6.2 Karya-karya Orientalis yang Boleh Dibaca Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-karya ini adalah diiktiraf

sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh adalah seperti berikut: 1. Prof T. W Arnold The Preaching of Islam 2. Stanley Lane Poole Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi) 3. Stanley Lane Poole Moors in Spain 4. Dr Aloys Sprenger Pendahuluan kitab Al-Isobah fi tamyiz as-sahobah karangan Al- Hafiz Ibnu Hajar 5. Edward William Lane Mu’jam Arabic-English Lexicon 6. A.J Weinsink Mu’jam Al-Mufhiras ‘Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6 Musnad AdDarimi , Muwatto’ Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi & kata pengantar Syeikh Mohd Rashid Ridha 7. B Strenge Land of the Eastern Caliphate

18 6.3 Ensiklopedia dan Majalah-majalah Orientalis

Kebanyakan ensiklopedia yang dihasilkan berkaitan dengan sejarah, geografi, dan tamadun Islam telah diselewengkan. Contoh ensiklopedia hasil karya penulisan orientalis termasuklah: 1. Islamic Encylopedia; diterbitkan pada tahun 1913-138 di dalam Bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. Pada tahun 1945-1977, ensklopedia ini dicetak buat kali kedua di dalam Bahasa Inggeris dan Perancis. 2. Britannica Encyclopedia; membincangkan tentang kitab suci al-Quran. Dari sudut lain karya mereka juga dengan menerbitkan majalah dan mempunyai banyak kilang-kilang penerbitan. Lebih dari 300 majalah yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa diterbitkan, antara lain ; 1. The Muslim World, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) di England . Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi di Timur Tengah. 2. Mir Islama terbit di Petersburg, Rusia pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumur panjang. 3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 1809-1818 M. 4. Islam, terbit di Paris, pada tahun 1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M ditukar nama kepada ‘Islamic World’. Majalah ini diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Morocco. Akhir sekali, namanya ditukar menjadi majalah Islamic Studies. 5. Di German diterbitkan majalah « Derlslam » atau Islam . Ia diterbitkan pada tahun 1910 M. 6. Majalah Islam diterbitkan oleh guru-guru bantuan Perancis yang dihantar ke Moroco pada tahun 1895. Ia kemudian digantikan dengan majalah ‘Dunia Islam’ pada tahun 1906 M yang kemudiannya ditukarkan judulnya kepada majalah ‘Kajian Islam’.

19

7.0 PENGARUH ORIENTALIS DALAM PENULISAN AKADEMIK Pengaruh penulisan akademik yang dihasilkan dalam kalangan golongan orientalis dilihat daripada dua kategori iaitu kategori pertama satu kumpulan yang membuat kajian tentang Islam atas nama ilmu tetapi mereka cuba membuat pembohongan di dalam kajian mereka. Manakala kategori yang kedua pula merupakan satu kumpulan orientalis yang berminat untuk mengkaji ilmu Islam dan berpegang teguh dengan prinsip keilmuan. Berdasarkan kedua-dua kategori pengaruh ini, dapat dirumuskan bahawa pengaruh penulisan akademik yang dihasilkan oleh golongan orientalis boleh membawa kepada pengaruh positif mahupun negatif. 7.1 Pengaruh Negatif Antara penulisan buku yang mempunyai pengaruh negatif adalah buku berjudul “Dilema Umat Islam Antara Hadith dan Quran” adalah karangan Kassim Ahmad yang merupakan seorang penulis yang tidak asing lagi kerana beliau dianggap seorang anti hadis oleh para ulama’ di Malaysia. Buku tersebut telah dikeluarkan oleh Forum Iqra’ Berhad pada tahun 2002 ( cetakan pertama ), di Pulau Pinang. Buku tersebut sebenarnya telah diharamkan pengeluaran dan penyebarannya oleh Majlis Fatwa Pulau Pinang. Mereka mengharamkannya kerana percanggahan yang terdapat dalam buku tersebut dan dikhuatiri ia akan menyelewengkan akidah dan fahaman umat islam di Malaysia khasnya. Antara kandungan keterangan yang terdapat dalam buku tersebut yang didapati bercanggah adalah seperti berikut: 1. Fahaman bahawa hadith yang mentafsir al-Quran adalah meragukan. Ini menyebabkan pentafsiran ayat al-Quran menjadi kabur. 2. Menolak hadith yang mengiktiraf golongan para ulama’ sebagai pewaris para Nabi. 3. Mempertikai hukuman bunuh terhadap golongan murtad, manakala hukuman rejam sampai mati dikatakan berasal dari ajaran kitab Taurat. 4. Kesalahan dalam mentafsir serta menghuraikan ayat-ayat al-Quran 5. Salah di dalam memahami serta menghuraikan maksud sebenar sesuatu hadith. 6. Mendakwa kisah Nabi Isa a.s diangkat ke langit serta penurunan di akhir zaman adalah berasal daripada ajaran kitab Injil.

20

7. Mendakwa bahawa pensyariatan solat lima waktu sehari semalam di malam Isra’ Mikraj bersalahan dengan ajaran al-Quran dan fakta sejarah. Justeru, dapatlah dilihat secara kasar intipati daripada penulisan Kassim Ahmad dalam buku ini di mana wujudnya percanggahan yang memungkinkan fahaman dan akidah umat Islam terpesong sekaligus mempengaruhi pemikiran individu yang kurang ilmu pengetahuan tentang Islam ataupun mereka yang jahil tentang Islam. Pengaruh negatif melalui penulisan akademik oleh orientalis dapat juga dilihat melalui hasil karya sebuah buku bertajuk Fadjar Islam yang ditulis oleh Prof. Ahmad Amin yang mana bagi cetakan pertama adalah pada tahun 1933 dan cetakan kedua pada tahun 1968. Buku ini mengandungi 3 perbahasan utama iaitu kehidupan spiritual bangsa Arab pada abad 1 H, perbahasan kedua mengenai kehidupan politik bangsa Arab dan yang ketiga keterlibatan mereka di bidang sastera. Secara ringkasnya Fadjar Islam merupakan sebuah buku yang mengupas perkembangan pemikiran di kalangan bangsa Arab sejak masa Nabi s.a.w sampai akhir masa Umawi. Adapun Abu Hanifah buku tidak ini majoriti kandungan Menuduh kitab Ibn ini adalah Bab lalai, Hadith pertikai

Nabi, berkenaan kononnya Abu Hurairah r.a lemah dalam riwayat Hadith, Imam punyai Hadith, Mubarak keadilan Sahabat Nabi, keraguan pada Imam Bukhari., pernyataan yang silap tentang sikap Saidina Ali tentang dalam isu perlantikan khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad, Bab Maslahat bertembung Nusus dan sebagainya. Selain itu, Biro Unesco PBB telah mengeluarkan sebuah buku bertajuk The History of Mankind Cultural and Scientific di mana buku ini telah diterjemahkan ke dalam semua bahasa di dunia. Di dalamnya mengandungi gambaran yang buruk tentang mu’amalah yang ada pad agama Islam dan bangsa Arab. Kononnya mu’amalah yang ada pada Islam dan bangsa Arab itu sudah ketinggalan zaman.

21

Nasr Abu Zaid di dalam bukunya, Nas Dirasah fi Ulum al-Quran menyatakan nas alQuran itu nas tarikhi (sejarah) atau hasil karya thaqafah yang terikat dengan suasana dan fatrah (tempoh) tertentu. Mafhum (kefahaman) daripada pendapat beliau menunjukkan bahawa alQuran itu adalah hasil karya manusia dan bukan nas Ilahi yang diturunkan.Makaia perlu dikaj dan diubah mengikut peredaran zaman. Selain itu, Hery Gibb dalam bukunya pula iaitu Al-Mazhab Al-Muhammadi berpendapat bahawa Islam itu timbul hasil dari revolusi yang dibuat oleh Muhammad ketika zaman jahiliyah dan al-Quran itu adalah hasil karya Muhammad. Beliau berhujah bahawa pada ketika itu terdapat segolongan manusia yang berpegang kepada ajaran al-Hanif.Maka kelompok inilah yang tidak begitu senang dengan pasca jahiliah lalu membuat revolusi agama yang dipimpin oelh Muhammad. Agnatius Kratsykoysky pula yang merupakan seorang orientalis Russia menulis di dalam bukunya, Sejarah Geografi Sastera Arab bahawa Al-Quran ialah himpunan ilmu pengetahuan yang diperoleh oleh Muhammad S.A.W melalui pendengaran. William Zweimer telah mengarang beberapa buah buku yang mendapat reputasi hangat pada Muktamar Kaherah pada tahun 1906. Di antara buku karangannya termasuklah As-Syarqu Al-Adna Wal Syarqu Al-Aqsa, Ikwatuna Al-Muslimat,Alam Al-Islami,Dinul Islam, Syaa’iruddiniah Al-Islamiah, Al-Islam Wan Nasraniah fi al-Hindi wa al Syarqi al Aqsa dan Islam fis Shin (China). Beliau juga bertanggungjawab menulis makalah-makalah yang bertujuan untuk menghasut bagi menimbulkan pebalahan kaum. Karya penulisannya yang menjijikkan adalah Nahdatul Misriah dan Misri lil Misriyyin yang cuba menghasut orang-orang Mesir supaya bangun menentang Kerajaan Turki Uthmaniyah. Selain itu, karya Sir Hamilton Alexander Rossken Gibb iaitu Islam Dalam Lintasan Sejarah menerangkan tentang sejarah Islam yang bermula daripada perluasan wilayah Islam sehingga kedudukan Islam dalam dunia moden. Karya asli buku ini adalah berjudul Mohammedanism yang mana ianya telah diterjemahkan oleh AbuSalamah daripada bahasa pengantar Inggeris kepada bahasa Indonesia. Buku ini diterbitkan oleh Bhratara Karya Aksara di Jakarta pada tahun 1983. Buku ini mempunyai 153 halaman termasuk rujukan.

22

Secara kesimpulannya buku ini amat mengelirukan pembaca kerana penulis mencampuradukkan antara ajaran dan kefahaman Islam dengan ajaran dan kefahaman Kristen. Malah, pada sesetengah perkara, penulis mendakwa dengan tegas sesuatu yang bercanggah dengan agama Islam seperti Rasulullah (saw) menggunakan kekuatan militer semasa menyampaikan dakwah baginda dan mendakwa bahawa perjuagan yang dilakukan oleh baginda selama tiga belas tahun di Mekah dan Madinah adalah sia-sia. Pembacaan karya sebegini sememangnya memberi pengaruh dan kesan negatif kepada para pembaca dalam menilai dan memahami nilai Islam yang sebenarnya lebih-lebih lagi bagi golongan yang berpengetahuan cetek tentang agama. Pengaruh negatif melalui penulisan Orientalis yang seterusnya adalah Ide-Ide Orientalisme yang sangat berbahaya iaitu George Sale dalam kata pengantar terjemahan AlQurannya menyatakan bahwa Al-Quran adalah produk dan karangan Muhammad. Richard Bell menganggap Muhammad yang menyusun Al-Quran yang mana baginda telah mengambil sumber Yahudi khususnya Perjanjian Lama dan sumber Nasrani. Reinhart Dozy menganggap bahwa AlQuran mengandungi selera sangat buruk di dalamnya dan hanya terdapat sdikit sahaja berkaitan perkara baru. Selain gaya bahasanya yangg tidak menarik, kalimah-kalimahnya juga terlalu panjang dan membosankan.

23

7.2 Pengaruh Positif Adapun penulisan orientalis yang mengandungi unsur pengaruh positif kepada pembaca termasuklah hasil penulisan yang dilakukan oleh seorang Orientalis yang dikenali sebagai William Montgomery Watt yang merupakan seorang penulis barat tentang Islam. Beliau pernah mendapatkan gelaran "Emiritus Professor," gelaran penghormatan tertinggi bagi seorang ilmuwan. Gelaran ini diberikan kepadanya oleh Universiti Edinburgh. Sehubungan dengan itu, beliau juga banyak menulis tentang kajian non Islam, misalnya tentang Kristian, Hindu, Buddha, dan agama-agama besar lainnya di dunia, termasuk di dalamnya adalah agama Yahudi. Kajiankajian yang dilakukan meliputi berbagai aspek, baik aspek ajaran maupun aspek masyarakat beragama sesuai dengan landasan pemikiran fenomenal dalam kehidupan keagamaan yang dipeluknya. Beliau turut menumpukan bidang penulisannya berkaitan dengan biografi Nabi Muhammad. Antara karyanya yang begitu masyhur di Eropah adalah buku bertajuk ‘Muhammad di Makkah (1953)’, ‘Muhammad di Madinah (1956)’, ‘Muhammad adalah Nabi dan Pemimpin’, ‘Falsafah Islam dan Akidah’, ‘Ideologi Politik Islam’, ‘Pengaruh Islam di Eropah pada Kurun Pertengahan’, ‘Fundamentalis Islam dan Peristiwa’, ‘Hubungan Islam dan Kristian’ dan sebagainya. Karyanya yang terakhir adalah buku berjudul, ‘Sejarah Islam di Sepanyol’ (1996), ‘Hakikat Agama Pada Kurun Kita’ (1996), ‘Peringkat Pembentukan Pemikiran Islam’ (1998), ‘Ringkasan Sejarah Islam’ (1999) dan sebagainya Titik Temu Islam & Kristian - Persepsi dan Salah Persepsi merupakan salah sebuah buku yang dikarang oleh William Montgomery Watt dan telah diterjemahkan ke dalam versi Indonesia oleh Zaimuddin. Buku ini cuba mengkaji persoalan-persoalan yang berkembang bagi setiap pemeluk agama, yang satu dengan yang lainnya tentu mempunyai perbezaan. Menurut Watt, memperdebatkan kedua agama Islam dan Kristian itu memerlukan pengetahuan yang lebih tepat. Juga diperlukan penghormatan yang lebih positif dan kreatif terhadap agama lain. Jalan yang hendak ditempuhnya adalah bagaimana pemeluk agama yang satu dapat menghormati pemeluk agama yang lain, bagaimana menghormati agama satu dengan agama yang lain, dan bagaimana antara berbagai pemeluk agama itu memampukan dirinya untuk dapat melihat agama lain sebagai partner bukan sebagai lawan yang harus dimusuhi dalam kehidupan semesta.

24

Selain itu, antara buku lain yang ditulis oleh Orientalis dengan menyokong dan mengagumi budaya dan agama Islam sekaligus memberi pengaruh positif kepada pembaca adalah berjudul ”The Simple Guide to Islam” dan telah diterjemahkan dalam versi Indonesia dan diberi tajuk ”Cara Mudah Memahami Islam” . Penulis buku ini adalah Danielle Robinson yang merupakan seorang yang giat mengkaji tentang kebudayaan Islam. Beliau dilahirkan pada tahun 1972 di bahagian utara Perancis iaitu Toulouse dan telah membesar di sana. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Neal Robinson yang merupakan seorang yang pakar dalam kajian berkaitan Islam. Beliau juga merupakan honorary visiting fellow di Universiti Bradford dan begitu giat membuat kajian berkaitan Islam Perancis dan mengkaji secara khusus representasi wanita Islam. Beliau juga banyak memuji ajaran-ajaran dalam agama Islam yang mana ajaran tersebut diabaikan dalam agama Kristian seperti soal akhlak dan muamalat. Adapun dari sudut intipati buku ini, pengarang memperkenalkan secara ringkas tentang agama Islam. Ia dikelaskan pada beberapa bab. Bab pertama dimulai dengan pengenalan terhadap nabi Muhammad sebagai rasul yang bertanggungjawab menyebarkan risalah Islam. Kemudian diterangkan juga perkembangan Islam bermula daripada zaman Rasulullah sehinggalah kepada zaman kejatuhan Islam. Apabila dilihat kepada penulisnya merupakan seorang berbangsa Perancis tetapi amat memahami Islam. Beliau banyak membuat perbandingan dengan agama Kristian dalam segenap aspek dan agama Islam dianggap lebih baik. Beliau banyak menyokong dan amat mengkagumi Islam dan beliau akan mengemukakan hujah untuk menolak dakwaan segelintir masyarakat yang memburukkan agama Islam. Sesungguhnya gambaran Islam yang dihasilkan melalui penulisan beliau adalah gambaran yang baik tentang Islam. Karya beliau tidak menampakkan penentanngan yang maksimum terhadap Islam. Orang yang membaca buku ini akan mendapat gambaran sebenar tentang Islam. Seterusnya adalah penulisan buku berjudul “Asal-Usul Manusia Menurut Bibel Al-Quran Sains” merupakan sebuah kitab karangan Dr.Maurice Bucaille. Dalam buku ini, penulis turut mengemukakan idea daripada beberapa karyawan lain untuk mengukuhkan pandangan beliau. Beliau juga ada membuat perbandingan antara agama Islam dengan agama Kristian. Ulasan yang dibuat benar-benar ringkas dan padat serta ia dapat memberi gambaran yang jelas tentang asalusul kejadian manusia menurut kaca mata Islam.

25

Dr.Maurice Bucaille merupakan seorang sarjana berbangsa Perancis yang telah menghabiskan sebahagian besar masanya dengan melakukan kajian perbandingan kitab-kitab suci al-Quran, Injil dan Taurat sebagai sumber ramalan ilmu sains dan ilmu pengetahuan moden lain. Dr. Bucaille telah terpilih untuk merawat mummy Mereptah (Firaun) di Arab Saudi. Di sana, beliau telah ditunjukkan beberapa ayat al-Quran yang di antara lain menerangkan bahawa jasad Firaun akan kekal sebagai petunjuk (sign) kepada manusia untuk generasi akan datang. Beliau merasa takjub apabila mendapati al-Quran telah menyatakan dengan tepat tentang jasad Firaun sejak dari zaman Nabi Musa. Beliau kemudiannya mempelajari bahasa Arab untuk mendalami al-Quran. Ketika itu beliau berusia 50 tahun. Hasilnya, beliau mendapati bahawa penyataan alQuran tentang fenomena semula jadi hanya boleh difahami melalui pengetahuan sains moden. Kitab “Asal-Usul Manusia Menurut Bibel Al-Quran Sains” merupakan sebuah kitab karangan Dr.Maurice Bucaille yang mana menceritakan mengenai asal-usul keturunan manusia. Manusia, yang meragui asal-usul spesiesnya, pada mulanya percaya sepenuhnya terhadap renungan dan kepercayaan karut yang diwarisi dari generasi, dan sumber-sumber renungan ini lenyap ditelan zaman. Pada peringkat sekunder dan sebelum ilmu sains bertapak untuk menyelesaikan persoalan tentang keraguan ini, pembelajaran agama dan berbagai-bagai sistem falsafah telah membawa unsur-unsur renungan dan kepercayaan. Kitab ini menjelaskan tentang perlunya kita memberi penegasan terhadap pengaruh ajaran Kitab Suci oleh tiga agama monoteistik tentang pemikiran manusia. Selama berabad-abad, sumber idea berasal daripada tanggapan manusia sendiri. Wahyu yang diturunkan oleh Tuhan pada asalnya disampaikan dengan mulut, setelah itu barulah disampaikan di dalam bentuk tulisan. Namun manusia hanya berupaya meneka tarikh yang manusia sedar terhadap wahyu pertama itu., Nabi Nohlah merupakan orang yang pertama mengemukakan berkenaan cara wahyu disampaikan kepada manusia untuk perhatian kaumnya. Kitab Injil telah membuat rujukan terhadap fakta ini. AlQuran juga ada menyatakan bahawa idea tentang asal usul manusia dibuat oleh Nabi Noh a.s. Agama Kristian secara umumnya mengambil idea Ciptaan dan mengulangi ajaran Injil tentang asal usul manusia tanpa huraian yang lebih lanjut. Ini berbeza dengan kandungan Old Testament (Wasiat Lama). Namun demikian, terdapat kekecualian pada salasilah Nabi Isa a.s. terutamanya yang mengatakan bahawa Baginda berasal daripada manusia yang pertama yang didahului oleh 76 generasi. Namun, pernyataan tersebut tidak dapat dipertahankan pada hari ini.

26

Perkembangan ajaran al-Quran banyak mendedahkan manusia terhadap data tentang diri mereka, semua ciptaan Tuhan, iaitu penciptaan dan organisasi benda-benda tak bernyawa serta bendabenda bernyawa. Buku seterusnya pula yang dikarang oleh Orientalis yang adalah bertajuk “Pergolakan Agama di Sumatra Barat : Sebuah Sumbangan Bibliografi”. Penulis buku ini adalah B.J.O Schrieke yang diterjemahkan oleh Soegarda Poerbakawatja dan pengantar Dr. Taufik Abdullah. Buku ini adalah hasil terbitan Bhratara Jakarta cetakan pada tahun 1973. B.J.O Schrieke telah memulakan kariernya di Hindia Belanda sebagai ahli bahasa yang baru sahaja menyelesaikan penulisannya dalam judul “Het Boek Van Bonang” dan bekerja sebagai tenaga ahli dari Pejabat Urusan Bumiputra. Merujuk kepada isi kandungan buku yang ditulis beliau ini, tulisan ini menceritakan tentang kekalutan yang terjadi ketika umat yang sedang dihidangkan dengan alternatif baru dalam penghayatan agama dan kegelisahan di saat tradisi yang telah lama dipupuk kini dianggap terlarang atau terkebelakang dari sudut pandangan dunia maju. Secara ringkasnya mengikut pembahagian bab, buku ini membentangkan tiga peringkat perkembangan agama khususnya di Sumatra Barat , kedinamikan dalam agama serta pergolakan yang telah berlaku. Pada permulaan bab, tulisan adalah berkisar apa yang berlaku pada kurun pertama abad ke 19, seterusnya pada kurun kedua abad ke 19 dan terakhir adalah pada Permulaan abad ke 20 Modernisme. Adapun jika dilihat dari segi kekuatan yang terdapat pada buku ini adalah dari aspek kupasan tajuk. Isu yang telah diketengahkan adalah mengikut kurun perkembangan agama. Penyusunan isunya pula mengikut masa yang telah ditetapkan dan kandunganya sarat dengan fakta dan sejarah yang disertakan juga nota kaki dan senarai rujukan dilampiran terakhir untuk keterangan yang lebih lanjut. Buku ini sangat berguna kepada golongan pencinta agama dan sejarah kemunculannya. Manakala William E. Phipps, dalam karangannya yang berjudul ‘Muhammad and Jesus : A comparison of the Prophets and Their Teachings’ telah berhasil menolak prasangka budaya yang sering menghalangi perbandingan yang terbuka dan jujur atas Muhammad dan Isa. Berdasarkan sepuluh bab yang dibincangkan yang dimulai dengan penyelidikan biografi yang menyeluruh mengenai masa-masa awal kehidupan warga Makkah dan Nazareth, Profesor Phipps

27

kemudian menampilkan penilaian matang tentang sumbangan mereka sebagai negarawan dan pesuruh Allah. Sehubungan dengan itu juga, aliran pemikiran baru di dalam memahami Islam yang sebenar semakin jelas dengan percubaan yang dilakukan oleh Hadrian Relond (1718 Masihi), merupakan seorang profesor bahasa Timur di Universiti Utarashat, Belanda. Antara penulisan bukunya adalah bertajuk ”al-Diyanah al-Muhammadiah”(Agama Muhammad) yang ditulis di dalam bahasa Latin mengenai Islam dan telah diterbitkan pada tahun 1705 Masihi dalam dua juzuk. Juzuk pertama menerangka ”aqidah Islam berdasarkan sumber bahasa Arab dan Latin, manakala juzuk kedua memperbetulkan fahaman orang Barat yang sedia ada terhadap Islam. Tetapi pada akhirnya kitab itu menimbulkan pelbagai reaksi dan tentangan terhadap pengarangnya. Akhirnya,buku tulisan Relond itu telah diharamkan oleh gereja Khatolik, namun demikian ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris Perancis, Jerman, Belanda dan Sepanyol. Dalam pendahuluan kitab beliau telah menyatakan tentang apa yang diterima oleh satu agama daripada musuhnya sama ada kerana tidak faham atau berniat buruk. Maka, Islam merupakan mangsa dari pihak musuh begitu juga dengan agama lain. Selain itu, seorang ahli falsah Barat, Pierre Bayle berasakagum terhadap Islam dan beliau telah membentangkan sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w di dlaam kamus yang bertajuk ”Tarikh dan Kritik dan diterbitkan buat kali pertama di Rotterdam pada tahun 1697. Di samping itu, seorang Orientalis bernama Simon Dokley (1678) -1770 Masihi) telah menulis sebuah kitab bertajuk ”Tarikh al-Sarasinah” (orang Islam Arab) yang membincangkan Islam secara relatif dan mengakui keagungan agama Islam melebihi daripda Barat. Pada kurun kelapan belas muncul seorang orientalis berbangsa Jerman iaitu J.J Reiske (1716-1774 Masihi) yang pakar dalam ahasa Arab. Beliau merupakan orang Jerman yang pertama berusaha untuk mengadakan tempat pengajian bahasa Arab di Jerman. Beliau juga mendapat tentangtan yang hebat daripada pihak gereja Kristian akibat sikap positifnya terhadap Islam. Di dalam bukunya yang berbahasa Latin, beliau telah menolak anggapan yang menyatakan bahawa Nabi sebagai pembohong atau menyesatkan, dan Islam sebagia agama khurafat yang melucukan sebagaimana yang berlaku pada masa itu.

28

Buku berikutnya yang berpengaruh positif terhadap pembaca adalah berjudul ‘Reinterpretasi Gender: Wanita dalam al-Quran, Hadis dan Tafsir’. Buku ini diterjemahkan daripada buku berbahasa Inggeris: Women in the Quran, Traditions, and Interpretation karya Barbara Freyer Stowasser. Buku ini adalah terbitan Oxford University Press, New York, 1994. Penterjemah buku ini ialah H.M. Mochtar Zoerni. Buku terjemahan ini diterbitkan oleh Pustaka Hidayah daripada Anggota Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI). Buku ini terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu Bahagian I iaitu ‘Perempuan-perempuan dalam Sejarah Suci’ dan Bahagian II iaitu ‘Isteri-isteri Nabi’. Kedua-dua bahagian ini pula dirangkumi kepada beberapa bab yang tertentu. Adapun berdasarkan intipati buku ini, dapat disimpulkan, di mana ianya menjelaskan setiap watak wanita yang diceritakan dengan menurut al-Quran, tafsir al-Quran dan tafsir Islam. Ini menjadikan perbahasan di dalam buku ini lebih terperinci. Seterusya adalah buku bertajuk“ Ilmu Perbandingan Agama ” ( The Comparative Study of Religions ) merupakan judul yang dipilih semula oleh Joachim Wach untuk Kuliah Borrows yang disampaikan di India pada musin gugur 1952. Ia menyedari bahawa istilah-istilah seperti Science of Religions ( Ilmu Agama ) atau History of Religions ( Sejarah Agama ) dapat menyesatkan para pendengar bangsa India, sementara dia tidak menyukai implikasi-implikasi ungkapan yang popular seperti Comparative Religions (Perbandingan Agama). Maka, Wach memilih istilah yang lebih jelas, dan terperinci serta sesuai iaitu The Comparative Study of Religions. Sedikit latar belakang beliau yang mana Joachim Wach adalah putera pertama antara Felix dan Katherine Wach. Joachim Wach dilahirkan pada 25 Januari 1898 di Chemnitz, Saxony. Ayahnya adalah putera dari Adolf Wach dan Lily Mendelssohn Bartholdy Wach. Lily pula adalah puteri termuda seorang komposer, Felix Mendelssohn Bartholdy. Joachim Wach adalah keturunan dari keluarga Meldelssohn Bartholdy baik dari sebelah ibunya atau ayahnya. Katherine ibunya meninggal dunia pada musim panas pada tahun 1956, adalah cucu perempuan Paul Meldelssohn, saudara lelaki Felix.

29

8.0 PENTERJEMAHAN KITAB-KITAB TURATH ISLAMIYYAH OLEH PIHAK ORIENTALIS Selain itu, pengaruh orentalis dalam penulisan akademik dapat juga dilihat dari segi usaha golongan oentalis melakukan penterjemahan al-Quran ke dalam bahasa mereka dan juga menterjemahkan kitab-kitab hasil karya para ulama terdahulu. Adapun pada kurun ke 12M, mereka telah berjaya menterjemahkan al-Quran dan selepas itu menterjemahkan kitab-kitab turath Islamiyah. Berikut adalah contoh-contoh kitab yang diterjemahkan oleh golongan orientalis: Pertama; Astronomi dan Geografi 1. Terjemahan kitab Surotul A’rd karangan Mohd b. Jabir al-Butani oleh Lolofil. 2. Terjemahan kitab Zibdah Kasfu Al-Mamalik karangan Zohiri oeh Rofis 3. Terjemahan kitab Al-Idrisi fi Al-Geografia bi Khoroitihi fi Juzain oleh Guier (1836 1840). 4. Terjemahan kitab Wasfu Misr karangan Omar bin Mohd Al-Kindioleh Oustroib. 5. Terjemahan kitab ”Sifatul Jaziratil Andalus fil ’Usur al-Wusto min Kitab al-Raudul Mu’attoroh’ oleh Levi Profnisan. 6. Terjemahan kitab Al-Buldan karangan Al-Ya’qubi oleh Juston Fitt 7. Terjemahan kitab Turfah fi Khutut as-Syam wa Wasfu Abniatuha oleh Sufier 8. Terjemahan kitab Nizomul Jawahiri karangan Said Al-Bitriq oleh Bocock 9. Terjemahan kitab Al-Jadawil Al-Falakiah minal Zaihi Al-Hatimi oleh Brusfal (1847) 10.Terjemahan kitab Al-Zaij Al-Hakimi oleh Baron (1879).

30

Kedua; Sejarah 1. Terjemahan kitab Tarikh Saitorotul Arab ’ala Asbania karangan Nuwairi oleh Jusper Remiro (1868-1925). 2. Terjemahan kitab Tarikh Baitul Muqaddas Wal Khalil karangan Mujiruddin oleh Sufier. 3. Terjemahan kitab Tobaqot al-Umam karangan Soid Al-Andalusi oleh Rojis Louis Flaser. 4. Terjemahan kitab Mukhtasar Addual karangan Ibnu Al-Amid, diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Bocock. 5. Terjemahan kitab Bulughul Murom fi Tarikh Daulah Bahram diterjemahkan ke dalam Bahasa Perancis oleh Cutermir 6. Terjemahan kitab Tarikh Bani Rayan Muluk Tilmisan oleh Father Parjis 7. Terjemahan kitab Silatus Silah oleh Levi Profinsal 8.Terjemahan kitab Kamilun Al-Tawarikh karanagan Ibnu Asir oleh Faniyan Ketiga; Sains dan Kedoktoran 1. Terjemahan kitab Al-Atibba Al-Mazkurun fiIbnu Abi Usoibiah oleh Defzy Mary dan Sun Finaty 2. terjemahan kitab Yabhasu fis Sa’at al-Maiyah wa ala Majasti karangan Abi Wafa’ Buzajani oleh Baron De Vo. 3. Terjemahan kitab An-Nahl oleh Partolombo dan Lazinio 4.Terjemahan kitab Kasfu Al-Asrar karangan Ibnu Ghanim al-Muqadasi oleh De Sacy. 5. Terjemahan kitab Mir’at al-Kimia oleh Roger Bacon pada tahun 1251. 6. Terjemahan kitab Risalah al-Falahah karangan Ibnu Al-A’wam oleh Marcel 7. Terjemahan kitab Kamilus Sinaa’tain fi Tarbiah Al-Khail oleh Juper 8. Terjemahan kitab Al-Asyrobah karangan Ibnu Kutiah oleh Key.

31

Keempat; Lagenda Orang Inggeris dan Perancis telah menterjemahkan kitab Alfun Lailah wa Lailah dan dikenali sebagai Layali Al-Arabia”. Pada kurun ke-19M, kitab ini telah dicetak sebanyak 300 naskah untuk dijadikan bahan kajian. Hasil daripada kajian tersebut, seorang Orientalis berbangsa Perancis yang bernama Code Ray Demomiyin telah menghasilkan sebuah buku berjudul Miah Lailah wa Lailah. Buku ini telah dipasarkan di Perancis pada tahun 1911 dan ditokok tambah berdasarkan lagenda Hindu dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab, India dan Parsi. Kelima; Matematik 1. Terjemahan kitab Makhtutot Arriyadiyin al-Islamiyin oleh Cruise Germany 2. Terjemahan kitab Arriyadiyun al-Muslimun oleh Cruise Germany pada tahun 1936. Keenam; Falsafah 1. Terjemahan kitab Risalah Haiyun Ibnu Yakzon oleh Edward Bocock (1604-1691) 2. Terjemahan kitab Thalata Rasail Falasafiah karangan Jabir bin Hayyan 3. Terjemahan kitab Makalah al-Birui f Sir Sahmi as Sa’adah wal Ghaib oleh David Negery, Edward Canady dan Fuad Hadad.

Antara rasionalnya mengapakah kita perlu hindari hasil terjemahan mereka ini adaah berdasarkan beberapa perkara iaitu: 1. Berkemungkinan besar mereka telah megubah kehendak asal kitab tersebut 2. Darjah amanah mereka dipertikai dalam menjaga nas asal sesebuah kitab 3. Walaupun amanah, ia bukan nas asal kitab tersebut 4. Sengaja membuat kesalahan dalam penterjemahan.

32

9.0 KESAN PENULISAN ORENTALIS 9.1 Akidah Akidah di sisi Islam berdiri di atas asas bukti dan dalil, bukannya di atas asas taqlid atau patuh kepada pembesar atau golongan beragama. Bahkan Islam menetapkan bahawa akal adalah asas bagi naqal (dalil syarak) dan sekiranya akal ditolak, maka tidak akan dapat mensabitkan naqal dan wahyu. Haluan sifat ilmiah dan logik di dalam Islam adalah satu perkara yang jelas lagi sabit. Dari sudut akidah, bagaimana golongan orientalis menggunakan cara penulisan dalam merosakkan akidah ummat Islam. Hal ini dapat dilihat bila mana pihak orientalis berani mengatakan, al-Qur'an bukan kitab suci lagi, sudah ketinggalan zaman, bahkan ada intelektual Muslim yang juga mengatakan demikian. Sebagai bukti kejayaan mereka merusakkan akidah ummat Islam sebagaimana telah dinyatakan oleh seorang Profesor Dr. HM Roem Rowi MA. Melalui pengalaman beliau sendiri ketika mengajar program pasca Sarjana di kampusnya. Beliau dapati mahasiswa berasa yakin bahawa al-Qur’an bukan lagi kitab suci dengan memaparkan dua alasan. Pertama al-Qur’an tidak sistematik dan kedua; banyak sekali pengulangan dalam alQuran misalnya tentang Nabi Adam dan Iblis dalam surah al-Baqarah. 9.2 Pemikiran Dari sudut lain, falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh Islam telah dikelirukan oleh golongan orientalis. Mereka meracuni pemikiran manusia dengan menyatakan bahawa Islam hanya perlu ditunjukkan kepada masyarakat dunia atas prinsip keganasan, tidak toleransi serta anti kepada pembangunan dan materialisme. Sehubungan dengan itu juga, mereka sengaja memburukkan Islam, menghina warisannya dan cuba membandingkan di antara Barat Kristian dengan Timur Islam dari sudut kemajuan. Natijahnya bangunlah sebahagian masyarakat Islam yang telah dipengaruhi pemikiran mereka mengajak ummah untuk mengikut telunjuk Barat dari apa yang telah mereka capai, sama ada berupa tamadun perindustrian, ilmu tabie mahupun sistem kemasyarakatan. Bahkan sebilangan masyarakat Islam yang terlalu ekstrim dengan Barat pula berpendapat bahawa ini tidak akan tercapai melainkan dengan mendekatkan Islam dengan Kristian atau menerima pemodenan dengan gelombang pembaratan yang datang.

33

9.3 Dakwah Islamiyyah Penulisan yang menyeleweng yang dibuat oleh pihak orientalis ini sangat bahaya dan memberi kesan negatif kepada jalan dakwah Islamiah. Misalnya, para pendakwah Islam merasa sukar untuk memulihkan kembali tohmahan yang telah dibuat oleh mereka. Tujuan utama mereka berbuat demikian adalah untuk memberi gambaran yang salah berhubung dengan Islam di kalangan masyarakat bukan Islam dan umat Islam yang kurang pengetahuannya tentang Islam seterusnya menggagalkan proses dakwah tersebut. Oleh yang demikian menjadi kewajipan kita sebagai orang yang berilmu untuk menyampaikan perkara yang sebenar. Perkara ini jelas dapat dilihat sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud: “ Kamu adalah sebaik-sebaik umat yang dilahirkan untuk kepentingan manusia, menyuuh mengerjakan yang benar (baik) dan melarang yang jahat serta beriman kepada Allah.” (Ali Imran: 110) Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud: “ Orang yang berdiam diri terhadap kebenaran adalah syaitan yang bisu.”

Imam Ahmad bin Hambal pernah berkata: “ Apabila orang alim berdiam diri dan orang jahil terus di dalam kejahilannya, maka bilakah akan nyatanya kebenaran.”

34

KESIMPULAN Berdasarkan perbincangan sebelum ini, dapatlah disimpulkan golongan orientalis berpengaruh besar terhadap masyarakat melalui penulisan akademik. Karya-karya yang dihasilkan oleh orientalis berjaya menukar persepsi orang Timur daripada apa yang mereka pelajari sebelum ini. Fakta yang dikemukakan adalah berdasarkan kajian mereka berkaitan ketimuran yang mana sebilangan orang Timur sendiri tidak mengetahuinya. Namun bukan semua karya orientalis bertujuan untuk mencari kelemahan orang Timur sekaligus menjatuhkan orang Timur walaupun tidak dinafikan sebahagian daripada mereka mempunyai tujuan yang tidak baik. Justeru individu tertentu, seharusnya mestilah lebih berhati-hati dalam memilih bahan untuk dijadikan rujukan dan dapat membezakan antara hasil karya yang positif ataupun negatif. Hal ini sekaligus dapat membantu mereka mengenalpasti sama ada penulis orientalis tersebut tergolong di dalam golongan yang bersifat objektif ataupun bersifat fanatik yang bertujuan untuk menjatuhkan dan memburukkan agama Islam. Oleh itu, diseru kepada umat Islam agar mengambil sikap kewaspadaan intelektual terhadap fakta-fakta, hujah-hujah dan rumusan-rumusan yang diutarakan oleh pihak orientalis melalui ilmu Islam yang sebenar dan memiliki kerohanian yang mantap. Namun begitu, pada sudut pandangan yang lain, para orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisan Islam dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan. Banyak di antara mereka yang memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat berguna dalam menjalankan kajian. Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq, menyaring dan menganalisai bahan-bahan dan masalah-masalah. Seorang Muslim hendaknya bersikap kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta berhati-hati terhadap hal-hal yang sesat dan menyimpang. Seorang Muslim hendaklah membuang yang salah atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang hilang milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya."

35

RUJUKAN Atas Talian: http://www.pmram.org/index.php?view=article&catid=7%3Ailmiah&id=422%3Ahubunganorientalis-dan-kristianisasi&format=pdf&option=com_content Atas Talian: http://swaramuslim.net/ebook/more.php?id=2544_0_11_0_M Atas Talian: http://blog.re.or.id/orientalisme.htm Atas Talian: http://hayanmahdi.multiply.com/reviews/item/4
Atas Talian: http://www.ukhwah.com/print.php?sid=852

Nik Azran Muhamed & Mohd Mahadi. 2009. Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi. Hijjaz Records Publishing. Petaling Jaya.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->