You are on page 1of 30

PPPN 3362

SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL-QURAN


DAN AL-SUNNAH

: TAJUK
SANGGAHAN TERHADAP PENYELEWENGAN
ORIENTALIS TERHADAP SUNNAH

:PENSYARAH
DR. LATIFAH ABDUL MAJID

:DISEDIAKAN OLEH
HAZLINA HARUN (A110693)
NURUL FARIHAH MAD ROZALI (A111363)
RABIATULADAWIYAH SALEH (A111406)
SHAHADATUL HUSNA JAMARI (A112399)

FAKULTI PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
SESI 2009/2010
2

SEKALUNG PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, selawat serta salam ke
atas junjungan besar kita Rasulullah S.A.W keluarga serta para sahabat baginda.

Alhamdulillah kami bersyukur ke hadrat Allah taala dengan limpah dan kuniaannya dapat
kami menyiapkan tugasan yang telah di amanahkan kepada kami iaitu PPPN 3362 ( Sikap
Orientalis Terhadap Al-Quran dan As-Sunnah). Kami telah di amanahkan untuk melakukan
tugasan bertajuk “Sanggahan Penyelewengan Orientalis Terhadap Sunnah.”

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadhilah Dr. Latifah Abdul Majid
kerana memberi peluang kepada kami untuk melakukan tugasan ini serta sedia memberi
bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami sepanjang melakukan tugasan ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi bantuan
secara langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, kami memohon kemaafan
sekiranya sepanjang kami melakukan kajian ini terdapat pelbagai kesalahan dan kesilapan. Kami
memohon jasa baik dari sahabat-sahabat agar memberi teguran kepada kami, supaya kami dapat
memperbaikinya di masa akan datang. InsyaAllah. Wabillah hi taufiq wal Hidayah
wassalamualaikum warahmatullah hiwaabarakatuh.
3

KANDUNGAN
HALAMAN
PENGHARGAAN

1.0 PENDAHULUAN 4

2.0 ORIENTALIS 4

3.0 PENYELEWENGAN ORIENTALIS DAN SANGGAHANNYA


3.1 Penyelewengan dari sudut sejarah dan sanggahannya 5

3.11 Gua hira


3.12 Kota ta'if
3.13 Bulan Ramadhan
3.14 Tujuan nabi ke gua hira

3.2 Penyelewengan tentang peribadi Rasulullah dan sanggahannya 9

3.3 Memberi tafsiran yang salah kepada Hadith 10

3.4 Dakwaan Tugas Rasulullah hanyalah sebagai seorang posmen  12

3.5 Sunnah Rasulullah mengakibatkan umat Islam menjadi mundur


dan jumud 14
3.6 Penyelewengan hadith dari sudut Isnad dan sanggahannya 16

` 3.7 Teori common Link Juynboll dan Projecting Back Schacht 24

4.0 KESIMPULAN 27

5.0 PENUTUP 28

6.0 BIBLIOGRAFI 29
4

1.0 PENDAHULUAN

Tugasan ini berkisar sekitar penyelewengan orientalis terhadap sunnah dan sanggahannya.
Harapan kami melalui tugasan kertas kerja ini, dapat mengetahui penyelewengan-penyelewengan
yang di lakukan oleh orientalis terhadap sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Kami telah mencari
beberapa penyelewengan orientalis dan sanggahannya.

Antara penyelewengan yang telah kami timbulkan ialah penyelewengan dari sudut
sejarah nabi, keperibadiaan nabi, pentafsiran hadith yang salah dan kritikan ke atas isnad dan
matan. Kami berharap agar kertas kerja ini sedikit sebanyak membantu kita dalam memahami
penyelewengan orientalis agar kita lebih mudah untuk berhati-hati dengan pihak orientalis ini.
Sebelum kita membincangan lebih lanjut mengenai penyelewengan orientalis adalah lebih baik
dahulu kita mengetahui siapakah sebenarnya yang di maksudkan dengan orientalis.

2.0 ORIENTALIS

Orientalisma adalah dua dasar yang di gabungkan iaitu orient dan isme. Oreint bermaksud timur
atau Negara-negara sebelah timur. Sementara isme pula ialah tambahan yang boleh membentuk
satu kata nama yang membawa maksud doktrin atau fahaman.

Ungkapan orientalis secara umumnya di sebut untuk orang-orang barat yang mengkaji
mengenai ketimuran, samada kepakaran mereka mencapai ke peringkat yang tertinggi,
pertengahan ataupun rendah, samada dalam bidang bahasa, sastera, tamadun dan agama.
Walaupun pengajian timur itu memberi pengertian yang luas, namun yang penting adalah
mengenai kajian barat berkenaan Islam dan penganutnya samada menyentuh mengenai sastera,
bahasa, akidah, sejarah dan tamadun secara umumnya. Makna inilah yang terlintas dalam
pemikiran dunia Islam apabila menyebut ungkapan orientalis. (Al-Isytisyraq)

Bagi Edward. W. Said terdapat tiga pengertian mengenai orientalis, yang pertama
pengertian yang bersifat akedamik. Kedua ditakrifkan sebagai suatu stail pemikiran yang di
asaskan kepada perbezaan. Ketiga ialah pengertian yang bercorak sejarah dan material
5

berbanding dengan dua definisi yang disebut tadi. Di dalam kertas kerja ini akan menerangkan
sedikit mengenai penyelewengan orientalis dan seterusnya sanggahan terhadap
penyelewengannya.

3.0 PENYELEWENGAN ORIENTALIS DAN SANGGAHANNYA

3.1 Penyelewengan dari sudut sejarah dan sanggahannya

Penyelewengan dari sudut sejarah ialah terdapat orientalis yang menyatakan bahawa Nabi
beruzlah di Gua Hira’ adalah kerana melarikan diri daripada kepanasan dan kebahangan cuaca
kota mekah1. Tindakan sebegini dipilih oleh orang-orang yang tidak mampu pergi ke kota Ta’if.
Nabi Muhammad telah melakukan tahannuf dipuncak gunung yang bernama Gua Hira’ 6
kilometer dari sebelah utara Mekah pada setiap kali bulan Ramadhan selama empat tahun
berturut-turut dari Nabi berumur 36 tahun sehingga perlantikan sebagai Rasulullah ketika beliau
berumur 40 tahun.

Watt mempersoalkan tentang tindakan Nabi semasa berada di gua Hira’. Bagi menjawab
persoalan ini semasa baginda berada di sana, baginda berfikir, bertafakur dan beribadah kepada
Allah S.W.T dengan mengikut syariat Nabi Ibrahim a.s. bapa kepada semua Nabi-nabi dan
menjauhkan diri daripada gejala-gejala kemungkaran dan keburukan yang bermaharajalela dalam
kalangan masyarakat arab pada ketika itu, serta menyucikan hati dan mengeratkan hubungan
dengan Allah S.W.T dengan cara memerhatikan kehebatan ciptaan Allah S.W.T2.

Manakala (Salim: 1999) menjelaskan tujuan Nabi Muhammad S.A.W. memilih bulan
Ramadhan bukan bulan yang lain ialah bulan ini dianggap sebagai bulan yang suci dan pada
bulan itu diharamkan daripada berperang dan melakukan sebarang persengketaan. Nabi
Muhammad S.A.W memilih Gua Hira’ sebagai tempat baginda menyendiri kerana datuknya Abd
al-Muthalib semasa hayatnya selalu melakukan tahannuf di sini di mana beliau tidak menyembah
berhala seperti mana yang diamalkan masyarakatnya.

1
Watt. 1972. Muhammad At Mecca
2
Sa’id Ramadhan Al-Buti. 2001. Sirah Nabawiyah Analisi Ilmiah Manhajiah Terhadap Sejarah Pergerakan Islam
Di masa Rasullullah
6

Menurut Salim lagi walaupun datuknya dilantik sebagai ketua beliau tidak dapat
mengubah tradisi penyembahan patung berhala Lata dan Uzza kerana mempunyai risiko yang
tinggi untuk menyeru masyarakat jahiliyah Mekah melakukan anjakan paradigma iaitu dari
menyembah pelbagai berhala yang tidak mampu memberi manfaat kepada menyembah Allah
S.W.T. yang esa yang maha berkuasa melakukan segala kehendaknya3.

Menurut Salim dalam bukunya Muhammad The Beloved Of Allah ini adalah makna yang
unik dan matlamat yang positif dari perjuangan Nabi Muhammad S.A.W. melakukan uzlah atau
tahannuf. Sirah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu perjalanan hidup yang
menarik dan mempunyai nilai yang berharga kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Sebelum
kami meneruskan perbincangan isu ini kita perlu memahami beberapa perkara seperti mana di
bawah ini bagi membantu kita memahami situasi yang sebenar.

3.11 Gua hira

Kota Mekah dikelilingi dengan bukit pasir dan gunung berbatu terjal yang wujud sehingga kini.
Orang arab menamakan bukit atau gunung sebagai jabal. Salah satu daripada gunung yang telah
diberi nama ialah Jabal Nur (The Mountain of Light) di mana puncak gunung tersebut terdapat
sebuah gua yang dinamakan Hira4. Gua sempit ini terletak 6 Kilometer di sebelah Timur Laut
Kota Mekah di pinggir jalan menuju Jiranah. Gunung Hira’ berupa batu terjal yang kering dan
hampir tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan kecuali lumut halus. Untuk sampai ke puncak Hira’
memakan masa satu jam berjalan kaki dari kaki bukit melalui jalan setapak kira-kira 20 m. Jarak
antara gua ini dengan rumah Nabi Muhammad S.A.W. sejauh 2500m.

Keluasan gua ini hanya dapat menampung 4 orang duduk atau tidak lebih daripada
seorang berbaring dengan tidak sempurna. Tingginya sekitar 155 cm, di sekitarnya terdapat batu-
batu besar berwarna hitam kemerah-merahan yang menutupinya kerana cahaya yang terhalang
masuk oleh batu bata itu maka di dalamnya dalam keadaan gelap. Untuk masuk ke Gua Hira’
sangat sukar kerana harus melalui jalan (pintu) sempit yang terletak antara 2 batu besar. Mulut
3
Salim Muhammad Rafi, Muhammad The Beloved Of Allah, Dar-al-Salam, First Edition,1999, Lahore
Pakistan, hlm 49
4
Salim Muhammad Rafi, Muhammad The Beloved Of Allah, Dar-al-Salam, First Edition,1999, Lahore
Pakistan, hlm 49
7

atau pintu masuk gua ini mengahadap ke arah Kaabah di mana Nabi Muhammad S.A.W. dapat
melihat Kaabah dan rumah baginda yang tidak jauh daripadanya. Kedudukan gua dan sekitarnya
yang demikian menimbulkan rasa takut bagi orang-orang yang menyaksikannya. Kerana itu,
jarang ada orang yang dapat bertahan lama di dalamnya kecuali orang yang berjiwa berani
apalagi pada waktu malam5.

3.12 Kota Ta'if

Sebuah kota tua yang terletak di sekitar 65 Kilometer di sebelah tenggara Makkah, Arab Saudi
terletak di dataran tinggi Sarat sekitar 5,000 kaki di atas permukaan laut. Udaranya sejuk oleh
sebab itu sejak dahulu sampai sekarang kota ini merupakan tempat peristirehatan para aristokrat
(bangsawan) Makah. Tanahnya subur, menghasilkan kurma, anggur, tembikai, buah pic (peach),
badam, kapas dan madu. Al-Quran menyebut kota Ta'if antaranya pada surah al-Zukhruf ayat 31:
         

Dan mereka berkata 'Mengapa al-Quran ini tidak diturunkan kepada seseorang yang besar dari
salah satu dua negeri (Makkah dan Ta'if) ini?

Maksud al-Qaryataini ialah kota Makkah dan Ta'if.

Pada masa pra-Islam Ta'if merupakan tempat tinggal Bani Saqif yang terdiri daripada dua
keluarga (suku) iaitu Bani Ahlaf dan Bani Malik. Bani Ahlaf menguasai bidang diplomasi,
ketenteraan dan penyembahan terhadap berhala Lata. Daripada Bani ini lahir penyair-penyair
unggul. Jika pada festival tahunan Ukaz (pasar di Makkah) tampil penyair-penyair ulung
umumnya mereka berasal daripada Bani Ahlaf sedangkan Bani Malik menguasai bidang
ekonomi dan hartanah sebagai tuan-tuan tanah. Ta'if disebut dalam sejarah Islam ketika Nabi
Muhammad S.A.W diboikot, diusir, dihina dan disakiti oleh kaum Quraisy Makkah. Peristiwa itu
terjadi 2 tahun sebelum hijrah Nabi Muhammad S.A.W. pergi ke Ta'if dengan harapan mereka
membantunya tetapi perlakuan yang tak kurang buruknya yang diterima Nabi Muhammd
S.A.W6.
5
Hafizah Dasuki, Ensiklopedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur, jilid 2,
hlm 116.
6
Hafizah Dasuki, Ensiklopedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur, jilid 5,
8

3.13 Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan ke sembilan dari tahun hijrah. Menurut pengertian bahasa
Ramadhan bererti amat panas. Nama ini diberikan oleh orang arab pada bulan ke sembilan
kerana pada bulan tersebut padang pasir sangat panas dengan teriknya bahang matahari. Hal ini
sesuai dengan kebiasaan bangsa Arab zaman dahulu yang memindahkan sesuatu istilah daripada
bahasa asing ke bahasa mereka sesuai dengan keadaan yang terjadi pada masa tersebut. Misalnya
pada bulan ke sembilan udara sangat panas maka bulan tersebut mereka namakan Ramadhan7.

Abd al-Adhim Ibrahim Muhammad al-Muthicei menjawab tuduhan yang dilemparkan


oleh Watt iaitu ini adalah fitnah dan konspirasi yang nyata daripada orientalis. Ada beberapa
perkara yang perlu direnung dan difikirkan kerasionalnya dalam hujjah yang ditimbulkan oleh
Watt antaranya :

Pertama ialah adakah hanya Nabi Muhammad S.A.W. sahaja yang berstatus faqir di
Makkah al-Mukarramah. Sudah tentu tidak kerana ada ramai lagi orang-orang faqir miskin yang
tinggal di kota Makkah. Ini adalah satu perkara yang tidak boleh tidak diterima. Rentetan dari
pada itu kenapa orang-orang faqir miskin membiarkan Nabi Muhammad S.A.W bersendirian
menikmati suasana yang kononya nyaman dan selesa di Gua Hira’ tersebut.

Jika benar suhu di Gua Hira’ itu nyaman dan selesa mengapa kita tidak mendengar
daripada perkhabaran sejarah yang menjelaskan adalah menjadi kebiasaan orang faqir miskin
masyarakat arab Makkah pada bulan Ramadhan akan meninggalkan rumah mereka kerana cuaca
yang panas terik pergi ke gua-gua yang terdapat di sekeliling Makah seperti mana yang
dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W bagi mendapatkan kenyamanan dan suhu yang selesa di
sana.

Menurut Abd al-Adhim Ibrahim Muhammad al-Muthicei adakah logik berulang alik dari
Makkah ke Gua Hira’ semata-mata untuk mendapatkan udara yang sejuk, aman dan selesa?
hlm 38.
7
Hafizah Dasuki, Ensiklopedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama, 2004, Kuala Lumpur
9

3.14 Tujuan Nabi ke Gua Hira’

Muhammad Said Ramadhan al-Buthy dalam bukunya yang berjudul “The Jurisprudence Of The
Prophetic Biography & A Brief History Of The Orthodox Caliphate” menyatakan tujuan Nabi
Muhammad S.AW. pergi ke Gua Hira’ ketika usianya hampir menjelang 40 tahun adalah untuk
membersih jiwa daripada segala macam penyakit seperti sombong, bangga diri, dengki, riya’ dan
cinta dunia yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan perantaraan uzlah dalam suasana
hening, jauh dari suasana riuh rendah dunia secara ritual dengan merenung hakikat dirinya,
penciptanya dan sejauhmana iradahnya terhadap bantuan dan pertolongan serta taufiq Allah
S.W.T dalam setiap masa dan keadaan dalam kehidupannya.

Menurut Muhammad Said Ramadhan lagi selain daripada itu meditasi sebagai manusia
menunjukkan kelemahan mereka di hadapan pencipta dan memahami bahawa tidak ada apa-apa
yang bermanfaat daripada pujian dan celaan manusia. Selain daripada meditasi tersebut elemen
renungan terhadap fenomena-fenomena keagungan Allah S.W.T kehidupan selepas kematian
serta pengadilannya dan lain-lain perkara. Walaupun seorang itu alim dan banyak melakukan
amal ibadah tetapi jika dia menghidapi penyakit ini maka segala pahala amalannya akan terhapus
begitu sahaja serta dengan penyakit ini masyarakat manusia tidak dapat hidup dengan aman dan
tenteram.

Muhammad Said Ramadhan menyatakan bahawa selain tujuan tersebut faktor


mahabbatullah yang ingin dimiliki sebagai natijah daripada amalan uzlah yang dijalankan. Ini
kerana pembinaan mahabbatullah dalam jiwa manusia merupakan mata air yang memberi roh
pengorbanan jihad ke dalam jiwa insan. Dengan berputiknya kecintaan kepada Allah S.W.T
dalam jiwa insan segala macam masalah dan tribulasi dunia tidak melemahkan semangatnya
untuk terus berjuang menjalankan misinya sebagai utusan Allah S.W.T yang terakhir.

3.2 Penyelewengan tentang peribadi Rasulullah S.A.W dan sanggahannya


10

Kasim Ahmad berkata bahawa Rasulullah S.A.W bertindak atas dua asas, iaitu pertama
sebagai seorang Rasul dan kedua sebagai seorang manusia biasa. Beliau juga berkata di waktu
mana Rasulullah bertindak sebagai seorang Rasul, maka ketika itu segala tindakannya adalah
Sunnahnya dan kita patut ikut dan contohi. Tetapi di kala mana Rasulullah bertindak sebagai
seorang manusia biasa, maka segala tindakannya itu tidak perlu diikuti atau dicontohi ataupun
dijadikan hukum.

Hujah Kasim Ahmad itu nampak macam logik dan masuk akal. Maka beliau pun
menyenaraikanlah amalan-amalan Rasulullah sebagai seorang manusia biasa yang beliau kata
tidak sepatutnya diikuti atau dicontohi oleh umat Islam.

Rupa-rupanya inilah cara halus yang beliau gunakan untuk memisahkan umat Islam yang
jahil dan lemah dengan sunnah-sunnah Rasul. Walhal Allah Taala ada berfirman yang
bermaksud:

"Dan tidaklah Muhammad itu bercakap daripada hawa nafsunya sendiri melainkan dari wahyu
yang diwahyukan."

Hikmah diutus para Rasul dari jenis manusia adalah kerana tugas baginda bukanlah
sekadar membawa kitab suci Allah tetapi baginda juga bertanggungjawab mengajar, menjelas
dan menterjemah ayat-ayat kitab suci menjadi perbuatan praktikal agar umat mudah memahami
dan mengikutinya. Para Rasul juga bertanggungjawab untuk menunjukkan umat kaedah hidup,
terutamanya dari sudut akhlak dan moral supaya manusia dapat mengekalkan diri mereka
sebagai sebaik-baik ciptaan dan tidak pula menjadi haiwan dan binatang ternak. Sudah tentu
tugas-tugas ini tidak dapat disempurnakan jika Allah mengutuskan para Rasul-Nya dari jenis
malaikat, jin atau mana-mana makhluk lain8.

           Oleh itu adalah benar dakwaan bahawa Muhammad adalah seorang manusia biasa. Akan
tetapi adalah tidak benar untuk memandang rendah dan meremehkan Muhammad kerana Allah
di dalam Al-Quran telah mengangkat dan memuliakan beliau berbanding manusia selainnya.9
8
http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah3.htm
9
http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah3.htm
11

3.3 Memberi tafsiran yang salah kepada Hadith

Di samping itu terdengar juga Hadith seperti di bawah disebut dan diperkatakan oleh
golongan yang disebutkan tadi:

"Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan


berkerjalah untuk Akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok.

Hadith ini telah di kupas oleh pemimpin-pemimpin politik dan khatib, bahkan ulama-
ulama, mengupas dan menghuraikannya mengikut cara orientalis hingga umat Islam jadi keliru
dibuatnya. Setengah daripadanya menyatakan bekerja dan berusahalah untuk dunia bersungguh-
sungguh dan beribadat jugalah untuk akhirat bersungguh-sungguh.

Sekirannya bertembung antara kerja dunia dengan kerja akhirat, manakah yang perlu di
utamakan. Menurut kupasan pemimpin ini yang dunia utama, yang akhirat pun utama. Tidak
adaa Mana boleh ada dua perkara yang bertentangan yang sama-sama utama. Mesti ada satu
yang lebih utama dari yang satu lagi. Kalau tidak, mana dapat kita buat pemilihan. Kalau patut
ke kiri, ke kirilah. Kalau patut ke kanan, ke kananlah. Mana boleh ke kiri pun hendak pergi dan
pada waktu yang sama ke kanan pun kita hendak pergi. Inilah huraian yang pelik dan tidak
masuk akal. Ramai umat Islam yang keliru.

Hadith ini sebenarnya membawa maksud bahawa kerja dunia ini mesti dibuat
bersungguh-sungguh kerana hasilnya kita perlu pakai lama dan ia juga ialah ibadah. Namun,
kalau bertembung dengan kerja akhirat, maka dahulukan yang akhirat kerana kerja dunia boleh
di tangguh hingga ke petang, esok, lusa, minggu depan dan seterusnya kerana kita akan hidup
untuk selama-lamanya. Kita ada banyak masa untuk membuat kerja-kerja dunia. Kerja akhirat
pula tidak boleh ditangguhkan kerana kita akan mati esok. Kalau ditangguhkan maka tidak akan
ada peluang lagi untuk kita melaksanakannya.
12

Begitulah beberapa contoh penyelewengan golongan orientalis yang telah mempengaruhi


sebahagian dari umat Islam. Namun kalau majoriti umat Islam faham akan maksud ayat-ayat Al
Quran dan Hadith yang sebenarnya, maka penyelewengan ini lama-kelamaan akan dapat
dibendung dan dihapuskan.

Penyelewengan golongan orientalis ini biasanya berbunyi sumbang, menghala ke dunia,


bersalahan atau " contradictory ", tidak masuk akal dan tidak boleh diterima oleh hati. Tidak
sama firman Allah Taala dan sabda Rasul berbanding pendapat para orientalis yang jiwa mereka
sudah mati dan hati mereka dihinggapi berbagai jenis penyakit rohani yang kronik.

3.4 Dakwaan bahawa tugas Rasulullah hanyalah sebagai seorang posmen 

Tugas Rasulullah hanyalah sebagai seorang posmen10 yang membawa surat daripada


seorang pengirim untuk diserahkan kepada penerimanya. Demikianlah juga Rasulullah, baginda
hanya ditugaskan membawa Al-Quran daripada Allah untuk diserahkan kepada manusia. Ini
berdasarkan firman Allah:
           


Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan
sahaja. [al-Maidah 5:99]

Tugasmu (Wahai Muhammad) tidak lain hanyalah menyampaikan. [asy-Syura 42:48]

Ayat-ayat di atas dan beberapa lain yang senada sebenarnya menerangkan bahawa
Rasulullah tidak dipertanggungjawabkan untuk memastikan setiap orang menerima risalah Islam.
Baginda hanya dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan risalah tersebut. Terima atau tidak,
ia adalah berkaitan dengan hidayah dan petunjuk Allah. Dalam ertikata lain, samada seseorang
itu menerima atau menolak Islam, itu bukan urusan Rasulullah tetapi adalah urusan mutlak Allah
subhanahu wa ta’ala. Penjelasan ini akan lebih difahami dengan merujuk kepada ayat-ayat
berikut:
10
Kassim Ahmad lihat M. Shuhadi
13

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu
kebenaran dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman
kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa
yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan
aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran)
kamu”. [Yunus 10:108]

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk


kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang
berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-
undang peraturan-Nya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada
persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam). [al-Qasas 28:56]

Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum
datangnya dari Allah – hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat
berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan
(kesalahan yang kamu telah lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak
mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain
hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu). [asy-Syura 42: 47-48]11

Dakwaan bahawa tugas Rasulullah s.a.w hanya membawa Al-Quran juga dapat ditolak
dengan merujuk kepada ayat-ayat lain di dalam Al-Quranul Karim yang sedia menerangkan
pelbagai tugas dan tanggungjawab baginda. Berikut disenaraikan antara 10 tugas dan
tanggungjawab Rasulullah s.a.w.

10 Tugas dan tanggungjawab Rasulullah s.a.w12.Pertama mengajar manusia untuk


mentauhidkan Allah sahaja. Kedua Membawa Al-Quran untuk manusia. Ketiga membacakan Al-
Quran kepada manusia. Keempat membersihkan manusia dari dosa dan kemungkaran. Kelima
mengajar dan menerangkan Al-Quran. Keenam menerang, menghurai dan memperincikan Al-
Quran. Ketujuh mengajar al-Hikmah. Kelapan mengajar perkara-perkara baru yang sebelum itu

11
http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah2.htm
12
http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah2.htm
14

tidak diketahui. Kesembilan merangsang umat untuk sentiasa berjihad menegakkan Islam.
Kesepuluh menggubal hukum.

Demikian antara 10 tugas Rasulullah yang diberikan oleh Allah dalam Al-Quranul
Karim. Terdapat beberapa lagi tugas Rasulullah yang diterangkan oleh Al-Quran seperti
menunjuki umat ke arah jalan yang lurus, menerangi mereka dengan nur, cahaya Islam,
mengkhabarkan berita gembira kepada orang yang beriman akan balasan syurga bagi mereka,
memberi amaran kepada orang yang ingkar akan balasan neraka, menjadi saksi kepada umat di
akhirat dan pelbagai lagi. Yang pentingnya tugas Rasulullah s.a.w tidaklah sekadar membawa
Al-Quran sahaja umpama seorang posmen yang membawa surat dari pengirim kepada penerima. 

3.5 Sunnah Rasulullah mengakibatkan umat Islam menjadi mundur dan jumud

Sunnah Rasulullah s.a.w sebenarnya telah mengakibatkan umat Islam menjadi mundur,
jumud lagi terbatas fikiran mereka. Ini adalah kerana dengan fahaman“mengikut sunnah
Rasulullah” maka umat Islam telah membataskan diri mereka kepada segala tradisi, perbuatan
dan tingkah laku Rasulullah sahaja, tidak lebih dari itu. Maka tinggallah umat Islam masa kini
mundur dengan fikiran dan perbuatan 1400 tahun yang lalu manakala umat lain terus maju ke
hadapan13.

Perpecahan terjadi kerana umat Islam berpegang dengan hadith. Kassim Ahmad juga
menyatakan bahawa asal mula hadith Nabi yang di himpunkan dalam kitab-kitab hadith adalah
dongeng semata-mata. Dalam sejarah, sebahagian hadith nabi baru muncul pada zaman tabiin
dan Atba at-tabiin. Iaitu sekitar empat puluh atau lima puluh tahun sesudah nabi wafat. Kitab-
kitab hadith yang terkenal, misalnya sohih Bukhari dan Muslim, adalah kitab yang menghimpun
pelbagai hadith-hadith palsu. Di samping itu terdapat matan hadith yang terdapat pertentangan
dalam pelbagai kitab hadith, isinya bertentangan antara satu sama lain dan bahkan tidak
sedikitpun isinya bertentangan dengan Al-Quran14.

13
M. Syuhui Ismail. Kaedah Kesahihan Sanad Hadith halaman 82
14
Lihat M. Syuhudi Ismail. 1987. Kaedah Kesahihan Sanad Hadith Telaah Kritis Dan Tinjauan Dengan
Pendekatan Ilmu Sejarah. Menerangkan mengenai pendapat Kassim Ahmad. Adalah berdasarkan pernyataan
Juynboll yang menyatakan bahawa pertumbuhan hadith adalah di mulai dengan cerita-cerita puji-pujian terhadap
Ali an Abu Baar serta perbuatan halal dan haram. Menurut Juynboll pada umumnya hadith muncul pada zaman
tabiin dan atba’ at-tabiin. Lebih lanjut lihat Juynboll:Muslim tradition halaman 17 dan 22-24.
15

Sebenarnya amalan “mengikut sunnah Rasulullah” bukanlah merupakan rekaan manusia


semata-mata tetapi adalah berdasarkan prinsip yang digariskan oleh al-Qur’an sendiri. Allah
subhanahu wa ta’ala berfirman:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik,
iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,
serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang). [al-Ahzab 33:21]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [‘Ali Imran 3:31]

Dua ayat ini jelas menyuruh kita umat Islam untuk mengikut dan mencontohi Rasulullah
s.a.w, iaitu mengikuti dan meneladani  percakapan, perbuatan, pengiktirafan, jalan pimpinan,
etika, dan tatacara baginda. Inilah yang dimaksudkan sebagai sunnah Rasulullah. Ikutan dan
teladan ini bukanlah sekadar satu anjuran sahaja tetapi adalah merupakan prasyarat bagi
seseorang itu membuktikan kasih sayangnya kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Inilah
maksud ayat 31 surah ‘Ali Imran di atas, di mana Allah subhanahu wa ta’ala berfirman melalui
ungkapan kata-kata Rasulullah, bahawa seandainya seseorang itu mengasihi Allah maka
hendaklah dia membuktikan kasih sayang tersebut dengan mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

Perkara yang tidak disedari oleh Golongan Anti Hadith dan mungkin juga sesetengah kita
adalah bahawa sunnah Rasulullah yang perlu kita ikuti hanyalah sunnah dalam urusan agama dan
syari’at manakala sunnah dalam urusan duniawi, kita diberikan kelonggaran. Dalil yang
membahagikan keumuman ayat-ayat Allah Ta’ala di atas kepada “dua jenis” sunnah adalah
sabda Rasulullah sendiri:

Sesungguhnya aku hanyalah manusia, apabila aku memerintahkan kalian sesuatu


berkenaan agama kalian maka berpeganglah kalian dengannya dan apabila aku memerintahkan
kamu sesuatu daripada pandangan persendirian maka aku hanyalah seorang manusia15.

15
http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah2.htm
16

Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian.16

Kedua-dua hadith ini berasal dari peristiwa penanaman pokok kurma. Pernah Rasulullah
s.a.w melihat orang-orang sedang memindahkan debunga kurma antara pokok ke pokok
bertujuan mempercepat dan memperbanyakan penghasilan buah kurma. Melihat demikian
Rasulullah berkata: Aku tidak melihat adanya faedah padanya. Lalu mereka meninggalkan usaha
tersebut dan nyata selepas itu hasil kurma mulai berkurangan. Rasulullah diberitahu akan akibat
ini lalu baginda bersabda seperti dua hadith di atas.

Kedua-dua hadith ini jelas menerangkan bahawa umat Islam tidak diwajibkan mengikuti
keseluruhan perintah dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Hadith-hadith ini menerangkan bahawa
dalam perintah dan perbuatan Rasulullah atau tepatnya – sunnah Rasulullah – terdapat dua
kategori, yang pertama adalah berkenaan risalah syari’at Islam dan yang kedua adalah berkenaan
pendapat dirinya sendiri sebagai seorang manusia. Yang pertama wajib diikuti oleh semua umat
Islam manakala yang kedua tidak wajib dikuti melainkan dalam beberapa kes tertentu di mana
baginda telah memerintahkannya secara tegas.

3.6 Penyelewengan hadith dari sudut Isnad dan sanggahannya

Gugatan orientalis terhadap hadith sudah lama bermula pada pertengahan abad
kesembilan belas Masihi, ketika hampir semua Negara Islam berada dalam cengkaman
pemerintahan bangsa-bangsa Eropah. Orang pertama yang mempersoalkan status hadith dalam
Islam ialah Alois Spenger17. Dalam muqaddimah bukunya ialah mengenai riwayat hidup dan
ajaran Nabi Muhammad dan mengkategorikan hadith dalam kumpulan anekdot iaitu cerita-cerita
bohong tetapi menarik. Pengkategorian ini telah di sokong oleh rakannya William Muir seorang
orientalis berbangsa Inggeris yang mengkaji mengenai biografi Nabi Muhammad dan sejarah
perkembangan Islam.

Menurut Muir dalam literatur hadith nama Nabi Muhammad sengaja diletakkan adalah
untuk menutup segala kebohongan dan keganjilan. Oleh sebab itu 4000 hadith yang dianggap
16
http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah2.htm
17
Syamsudin Arif. Diobolisme pemikiran Orientalis
17

sahih oleh Imam Bukhari paling tidak separuhnya harus di tolak. Itu dari sudut isnadnya. Tidak
lama kemudian lahir Ignad Goldziher 18 yang telah di nobatkan oleh rakan seperjuangannya
sebagai orientalis yang paling mengetahui mengenai Islam. Mengikut Goldziher hadith tidak
dapat di jamin keasliannya dengan bermaksud ia palsu.

Oleh kerana itu Goldziher mengatakan bahawa hadith tidak dapat dijadikan sebagai
sumber untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah awal Islam. Menurut Goldziher juga
hadith merupakan kesan interaksi dan konflik pelbagai aliran. Hadith menurutnya juga, hanya
sebagai produk perkembangan keadaan sosio-politik Islam pada masa sahabat dan tabi’in.
Dengan kata lain, para sahabat dan tabi’in adalah dua generasi pembuat Hadith yang kemudian
dinisbahkan kepada Nabi. Malangnya, hadith-hadith palsu tersebut dipakai pula oleh para
penganut mazhab untuk membela dan menguatkan hujjah masing-masing.

Di samping itu, Goldziher mempersoalkan mengenai keaslian hadith dengan menyatakan


bahawa jumlah hadith yang dikumpulkan pada zaman sekarang jauh lebih banyak daripada
hadith yang dikumpulkan sebelumnya. Begitu juga hadith yang diriwayatkan oleh sahabat yang
lebih muda jauh lebih banyak jika dibandingkan yang diriwayatkan sahabat yang tua.

Untuk menjawab persoalan ini, sebagaimana yang di sampaikan oleh Ugi Suharto
bahawa pengumpulan hadith19 secara besar-besaran terjadi apabila para ahli hadith melakukan
rehlah iaitu perjalanan semasa mencari Hadith. Oleh itu, maka Hadith akan menjadi banyak
kerana berulang matannya berikutan bertambahnya isnad pada Hadith tersebut. Begitu juga
banyaknya sahabat muda dalam meriwayatkan hadith dibanding sahabat tua justeru
membuktikan bahawa hadith yang ada bukan dari hasil pemalsuan. Sahabat muda pada generasi

18
Nama lengkapnya adalah Ignaz Goldziher. Dilahirkan pada 22 Jun 1850 di kota Hongaria. Berasal dari keluarga
Yahudi yang memiliki pengaruh yang sangat luas. Pendidikannya dimulai dari Budhaphes, kemudian melanjutkan
ke Berlin dan Liepziq pada tahun 1869.Pada tahun 1870 dia pergi ke Syria dan belajar pada Syeikh Tahir al-Jazairi.
Kemudian pindah ke Palestin, lalu melanjutkan studinya ke Mesir, dimana dia sempat belajar pada beberapa ulama
al-Azhar. Sepulangnya dari Mesir, tahun 1873, dia diangkat menjadi guru besar di Universitas Budhapes. Di
Universiti ini, dia menekankan kajian peradaban Arab dan menjadi seorang pengkritik hadith paling penting di abad
ke-19. Pada 13 Desember 1921, akhirnya dia menghembuskan nafas terakhirnya di Budhaphes.Seorang orientalis
yang gigih, berusaha menciptakan keresahan umat Islam, seperti mempersoalkan kebenaran hadith Nabi
Muhammad, maka karya-karyanya menjadi sangat berbahaya, terutama berita kebohongan dan kebodohan yang
dapat menciptakan permusuhan terhadap Islam.
19
Syamsudin Arif. Diobolisme pemikiran Orientalis
18

tabi’in lebih memerlukan hadith untuk menyelesaikan masalah. Hadith yang pada awalnya dalam
simpanan hati para sahabat, kini mulai keluar untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Terlalu sedih apabila Goldziher mengatakan bahawa beliau tidak tahu akan kegiatan
penulisan dan pemeliharaan hadith pada masa awal, kekuatan hafalan orang-orang Arab pada
waktu itu, kepandaian para sahabat ketika diajukan padanya sebuah hadith. Pada masa tabiin,
kegiatan penulisan Hadith masih tetap berlangsung sebagaimana pada masa sahabat. Pada masa
ini, ada sebagian tabiin yang hidup semasa dengan sebahagian usia para sahabat, kemudian dari
merekalah (tabi’in) mereka mendapatkan hadith. Dengan demikian, kritikan Goldziher tentang
keaslian hadith tidak dapat diterima secara ilmiah.

Selain daripada Goldziher, antara orientalis lain yang berpengaruh ialah Joseph Schacht.
Ia adalah orientalis Jerman. Walaupun Ia merupakan orientalis dalam bidang Fiqh, namun tidak
terlepas dari Hadith. Hal ini kerana, lebih dari setengah permasalahan yang ada dalam fiqh
terdapat dalam hadith Nabi.

Mengenai hal ini, Yusuf Al-Qardawi menyatakan bahawa, hadith merupakan sumber
kedua bagi ilmu fiqh dan syari’at setelah Al-Quran. Kerana itu, hadith dipandang sebagai sumber
dalil syari’at dan merupakan suatu pembahasan yang menciptakan wawasan luas yang mewarnai
semua kitab ushul fiqh dan semua mazhab fiqh.

Schacht hampir sependapat dengan Goldziher. Selama lebih 10 Tahun, beliau telah
meneliti hadith-hadith yang berkaitan dengan fiqh. Hasil penelitiannya itu kemudian diterbitkan
dan menjadi sebuah buku yang berjudul ‘The Origins of Muhammaden Jurispundence’,
didalamnya, beliau memberi kesimpulan bahawa tidak ada satupun hadith Nabi yang autentik,
terutama hadith-hadith fiqh dan sejak saat itu, buku itu menjadi “kitab suci kedua” dikalangan
orientalis. Namun demikian, sebagaimana kata Azami, usaha Schacht ini berhasil “meyakinkan”
orang yang sependapat dengannya bahawa apa yang sering disebut hadith itu tidak autentik
berasal dari Nabi Muhammad. Sementara Goldziher, baru sampai tingkatan “meragukan” (ada
kemungkinan itu dari Nabi).20
20
M.M A’zami. 2000. Studies In Early Hadith Literature
19

Dengan kata lain, Schacht berusaha untuk menjatuhkan Islam dengan menyatakan
bahawa hadith Nabi yang berkaitan dengan fiqh, dinyatakan palsu. Oleh kerana itu, ia tidak dapat
dijadikan sebagai sumber hukum Islam. Sekiranya maksud ini berhasil, maka umat Islam akan
menjadi ragu-ragu bahkan meninggalkan Hadith dan dalam jangka panjang, mereka akan
meninggalkan Islam. Schacht juga mengatakan bahawa tidak ada hadith yang benar-benar asli
daripada Nabi sekiranya jumlahnya sangat sedikit.21 Seperti Goldziher juga, Schacth
mengkategorikan hadith baru muncul pada abad kedua hijrah dan baru beredar luas sekitar
zaman iman Syafie iaitu pada abad ketiga hijrah. “a great many tradition in the classical and
other collection were put into circulation only after Shafii time; the first considerable body of
legal traditions from the prophet originated towards the middle of the second century”22 .

Lebih jauh lagi Schacht dengan senang hati mengatakan bahawa hadith dalam kutub-
assittah tidak terjamin keasliannya. “even the classical corpus contains a great many traditions
which cannot possibly be authentic”23. Menurut Schacht lagi, sistem periwayatan berantai
ataupun isnad ini merupakan alat justifikasi yang baru di praktikkan pada abad kedua hijrah. “
there is no reason to suppose that the regular practice of using isnads is order than the
beginning of the second century A.H”.24

Walaubagaimanapun, sekiranya Schacht tidak akan berpendapat demikian seandainya


penelitiannya itu dilakukan dengan niat untuk mengetahui keaslian hadith sebagai sumber Islam
yang kedua. Ini sebagai kesalahannya yang pertama. Yang kedua, Joseph Schacht telah
melakukan generalisasi terhadap hasil kajiannya terhadap kitab-kitab fiqh sebagai produk. Jadi,
seakan-akan tidak ada kitab khusus tentang hadith. Dalam kitab fiqh klasik karya para ulama’
terdahulu biasanya terjadi pembuangan sebahagian sanad untuk memendekkan pembahasan kitab
dan cukup disebutkan sebahagian dari matan hadith yang berkaitan dengan permasalahan
tersebut.

21
Schacht,J.1959. The Origins of Muhammadan Jurisprudence
22
Schacht,J.1959. The Origins of Muhammadan Jurisprudence. Halaman 4
23
Schacht,J.1959. The Origins of Muhammadan Jurisprudence. Halaman 4
24
Schacht,J.1959. The Origins of Muhammadan Jurisprudence. Halaman 37
20

Keduanya ialah membuang sanad seluruhnya, dan menyebut terus hadith dari sumber
yang pertama. Ketiganya ialah penggunaan kata “Sunnah” untuk menunjuk kepada tingkah laku
Nabi tanpa menyebut hadith dan sanadnya. Sebab hadith tersebut sudah dikenal secara mashur
dalam kalangan ulama. Oleh sebab itu, ditinjau dari segi ilmiah ia merupakan satu kesalahan
dasar apabila diteliti hadith-hadith yang terdapat dalam kitab fiqh sebagaimana yang dilakukan
Joseph Schacht. Hal ini kerana, semua penelitian hadith ataupun sanad diluar sumber yang asli
(hadith), hasilnya akan meleset dari kebenaran. Sebab hal itu akan membawa kepada kesimpulan
yang tidak tepat, bahkan akan berlawanan dengan kenyataan yang ada. Disinilah kesalahan
penelitian yang dilakukan oleh orientalis khususnya Schacht, kerana mereka menggunakan
metod yang tidak benar.25

Dalam kalangan orientalis sendiri teori-teori Schacht menimbulkan reaksi pro dan kontra.
Pengukuhan dan pembelaan dari Brunschvig, Crone, Power, dan Calder 26. Sebagaimana yang
telah di sebut di atas bahawa kritikan Schacht adalah berkisar tentang masalah isnad dan
persoalan umur dan bila kemunculan hadith. Di samping Schacht, terdapat seorang yang
menyetujui pandangan Schacht tidak ada hadith yang autentik dengan menambah bahawa
penentuan sesuatu hadith itu muncul bukanlah suatu perkara yang mudah. Sebagaimana katanya
“ in practice, tradition cannot usually be dated absolutely, and even relative chronologies can be
hard to obtain the earlier the tradition involved, the more difficult it becomes” 27 ertinya bukan
banyak hadith palsu, kemungkinan kemunculannya mustahil untuk di ketahui, jika mengatakan
ia dari sumber-sumber sejarah Islam itu sendiri.

Walaupun banyak dikritik mengenai teori dan metod Schacht masih ada yang mahu
mengembangkannya iaitu Juynboll. Orientalis Belanda ini pun menyetujui pendapat Schacht
dengan menyatakan bahawa hadith yang terdapat dalam sahih Bukhari dan Muslim belum tentu
hadith itu autentik dan mempunyai sejarahnya. Dalam bukunya khusus membahas mengenai
sejarah asal usul perkembangan ilmu hadith ia mengkategorikan tidak ada metod yang layak
dipegang dan di terapkan untuk menentukan secara pasti bahawa sesuatu hadith itu autentik

25
M.M A’zami. 2000. Studies In Early Hadith Literature
26
Lihat Syamsudin Arif. 2008. Orientalis Diabolisme Pemikiran.halaman 33
27
Lihat Syamsudin Arif. 2008. Orientalis Diabolisme Pemikiran.halaman 33
21

ataupun tidak, “ surely it is unlikely that we will ever find even a moderately successful method
of proving with incontrovertible certainty the historicity of the ascription of such to the prophet
but in a few isolated instance”28

Berdasarkan analisis isnad, beliau menyimpulkan bahawa hadith memang sudah ada
sejak abad pertama hijrah29. Namun beliau tetap meragui keaslian hadith tersebut. Berdasarkan
katanya “ aku tidak yakin apakah kita pernah membuktikan secara pasti tanpa keraguan sedikit
pun bahawa apa yang ada pada kita hadith memang sahih daripada Nabi” sebagaimana yang di
maksudkan oleh beliau “ I am sceptical as to whether we will wever be able to prove beyond a
shadow of a doubt that what we have in the way of sound prophetic traditions’ is indee just that
what it purports to be”30

Juynboll juga menyatakan bahawa hadith pada umumnya muncul pada zaman at-tabiin
dan atba’ at-tabiin. Selain itu juga kritik sanad yang di perkenalkan dalam ilmu hadith adalah
sangat lemah dalam menentukan kesahihan hadith. Hal ini kerana dasar kritik sanad yang
terdapat dalam ilmu hadith di kenali sebagai ilmu jarh wa ta’dil (ilmu yang membahas mengenai
celaan dan kepujian periwayat hadith), baru muncul setelah satu setengah abad setelah nabi
wafat. Manakala Schacht mengatakan bahawa kritik sanad muncul setelah satu setengah abad
Nabi wafat. Hal ini bererti bahawa perawi hadith pada generasi pertama sampai ketiga tidak di
periksa31.

28
Juynboll. 1982. Muslim Tradition Studies In Chronology, Provenance And Authorship Of Early Hadith. Halaman
71
29
Juynboll. 1982. Muslim Tradition Studies In Chronology, Provenance And Authorship Of Early Hadith. Halaman
10,20, 23, 73,dan 75
30
Juynboll. 1982. Muslim Tradition Studies In Chronology, Provenance And Authorship Of Early Hadith. Halaman
71
31
Juynboll menyatakan bahawa hadith pada umumnya muncul pada zaman tabiin dan atba’ at-tabiin. Ulama hadith
pada abad ketiga dan keempat hijrah menetapkan menetapkan bahawa seluruh sahabat nabi bersifat adil dalam
ertikata mereka terpelihara daripada kesalahan dalam periwayatan hadith nabi. Lihat Juynboll halaman 22-24 dan
190-195. Dalam hal ini Juynboll mempersoalkan erti adil dan dhabith. Sahabat nabi memang di akui bersifat adil
oleh majorit ulama tetapi merea (para sahabat ) tidak di akui kesemuanya bersifat dhabith. Lebih lanjut adalah
perbahasan Schacht menyatakan kritik sanad baru muncul setelah satu setengah abad nabi wafat. Schacht,J.1959.
The Origins of Muhammadan Jurisprudence
22

Selain itu seluruh sahabat nabi sebagai periwayat hadith pada generasi pertama dinilai
adil oleh ulama hadith pada akhir abad ketiga dan awal abad empat hijrah. Dengan konsep ta’dil
al-shahabah, para sahabat nabi dinilai terlepas dari kesalahan dalam melaporkan hadith32.

Menjawab respon ini sebagaimana sanggahan Azami pada teori Schacht adalah melalui
penelitian sejarah, khususnya sejarah Hadith. Azami melakukan penelitian khusus tentang
hadith-hadith nabi yang terdapat dalam naskhah-naskhah klasik. Di antaranya adalah naskhah
milik Suhail bin Abi Shaleh (w.138 H). Abu Shaleh (ayah Suhail) adalah murid Abu
Hurairah sahabat nabi. Naskhah suhail ini berisi 49 Hadith. Sementara Azami meneliti perawi
Hadith itu sampai kepada generasi Suhail, iaitu Tabaqat ketiga (al-thabaqah altsalitsah).
Termasuk jumlah dan jarak mereka.

Azami membuktikan bahawa pada thabaqat ketiga, jumlah perawi berkisar 20 sampai 30
orang, sementara jarak mereka adalah berjauhan, antara India sampai Moroko, antara Turki
sampai Yaman. Sementara teks hadith yang mereka riwayatkan
matannya adalah sama. Azami berkesimpulan bahawa sangat mustahil menurut ukuran situasi
dan keadaan pada saat itu mereka pernah berkumpul untuk membuat Hadith palsu
sehingga matannya sama dan sangat mustahil pula bila mereka masing-masing
membuat Hadith, kemudian generasi berikutnya diketahui bahawa matannya hadith yang
mereka buat itu sama. Kesimpulannya, Azami ini berbeza dengan Schacht, samada tentang
pembentukan sanad hadith, mahupun matan Hadith tersebut.

M. Shuhadi Ismail dalam bukunya juga telah mengatakan bahawa kenyataan Juynboll
adalah tidak kuat dengan mengemukakan bukti-buktinya iaitu pertamanya dalam sejarah, umat
Islam mengalami kemajuan pada zaman klasik 650-1250M. Puncak kemajuan ini terjadi pada
sekitar tahun 650-1000M. Ulama besar yang hidup pada zaman ini bukanlah sedikit jumlahnya
samada dalam bidang tafsir, hadith, sejarah, tamadun, tasawuf, fekah mahupun dalam bidang
pengetahuan lain. Zaman klasik ini berakhir apabila kota Baghdad jatuh ke tangan Hulugu
Khan33.
32
Lihat M. Syuhudi Ismail. 1987. Kaedah Kesahihan Sanad Hadith Telaah Kritis Dan Tinjauan Dengan
Pendekatan Ilmu Sejarah halaman 82.
33
Ibid
23

Berdasarkan bukti sejarah ini ternyata pekembangan pengetahuan hadith berjalan seiring
dengan perkembangan pengetahuan lain. Ajaran hadith mengikut arus kemajuan umat Islam,
kerana terdapat dalam hadith sebagaimana juga ayat Al-Quran yang menyuruh orang-orang
beriman menuntut ilmu pengetahuan. Di samping itu hadith nabi sebagaimana ayat Al-Quran
menyuruh agar umat Islam bersatu dan menjauhi perpecahan. Oleh itu pendapat yang
menyatakan hadith nabi membawa kemunduran dan perpecahan adalah sama sekali tidak
beralasan.

Keduanya umat Islam memberi perhatian yang besar kepada hadith nabi bukan hanya
dimulai pada zaman tabiin atau atba at-tabiin, tetapi pada zaman nabi. Walaupun nabi pernah
melarang para sahabat menulis hadith, tetapi tidak bererti tidak ada para sahabat nabi yang rajin
menulis dan menghafal hadith-hadith nabi. Pada zaman tabi’in dan atba’ al-tabiin, pemerhati
hadith semakin banyak bilangannya. Ini adalah kerana para sahabat yang mengajar hadith sangat
ramai dan mereka kesemuanya masing-masing memiliki murid yang tersendiri. Seterusnya
tabi’in mengajarkan hadith kepada atba’ al-tabi’in. oleh itu, adalah amat wajar apabila dikatakan
pada zaman tabi’in dan atba’ al-tabi’in, pemerhati hadith menjadi lebih bertambah banyak
jumlahnya dibandingkan dengan zaman para sahabat.

Ini kerana satu matan hadith dapat memiliki lebih daripada satu sanad, maka semakin
jauh jarak masa daripada Nabi S.A.W, maka semakin banyak jumlah hadith yang dapat dilihat
berkisar tentang sanadnya. Hal ini menyanggah sama sekali pendapat yang mengatakan bahawa
hadith nabi ini hanyalah dongengan dan palsu semata. Berbagai-bagai hadith nabi yang
terhimpun dalam kitab-kitab hadith seperti dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Sekiranya di
dalam kitab-kitab hadith tersebut terdapat beberapa matan hadith yang seakan bertentangan
samada dengan al-Quran, logik, sejarah atau hadith-hadith lain, tidaklah bermakna seluruh hadith
harus dinyatakan lemah atau palsu. Ulama’ hadith telah mencipta satu cabang ilmu hadith yang
dinamakan “Ilm Mukhtalif al-Hadith” atau “Ma’rifah Mukhtalif al-Hadith” bagi menghadapi
hadith-hadith yang jelas kelihatan bertentangan ini.
24

Ketiganya salah satu dasar kritik terhadap sanad adalah dalam “Ilm al-Jarh wa al-
Ta’dil” di mana ia digunakan untuk memilih periwayat-periwayat hadith yang berkelayakan
sahaja. Ilmu ini bukan sahaja membicarakan tentang periwayatnya sahaja tetapi juga mengenai
persambungan sanadnya. Untuk meneliti persambungan sanad, salah satu hal yang perlu
diperhatikan ialah bentuk-bentuk “tahamul wa ada’ al-hadith” yang telah ditempuh oleh para
periwayat yang termaktub namanya dalam sanad hadith. Dalam “Ilm Jarh wa al-Ta’dil”, bukan
hanya dibahaskan tentang bagaimana kritikan ulama’ terhadap para periwayat, bahkan juga
dibahaskan juga tentang orang yang melakukan kritikan. Selain itu, ulama telah menetapkan
syarat-syarat tertentu terhadap pengkritik periwayat dan beberapa teori yang mana di dalamnya
dibahaskan bentuk-bentuk kririkan yang sah dan yang tidak sah. Dari sini, dapatlah difahami
bahawa syarat-syarat yang ditetapkan terhadap pengkritik sanad hadith adalah cukup ketat.

3.7 Teori common Link Juynboll dan Projecting Back Schacht

Juynboll bersetuju dengan pendapat Schacht dengan menuduh perawi hadith sebagai
common link sebagai orang pertama kali memalsukan hadith bahawa hadith yang diriwayatkan
sebenar bukan berasal daripada Nabi akan tetapi adalah daripada perkataanya sendiri atau
perkataan orang lain yang di sandarkan kepada Nabi. Beliau telah mengembangkan teori
Common link Schacht dengan membuat dua kategori jalur sanad pertama jalur sanad yang dapat
diterima dan kedua jalur sanad yang tidak dapat diterima dalam proses analisis sanad. Maksud
jalur sanad yang dapat diterima adalah jalur sanad yang dapat dipertanggungjawabkan
keasliannya.

Manakala jalur sanad yang tidak dapat diterima maksudnya adalah jalur sanad yang tidak
dapat dipertanggungjawabkan keasliannya, dengan kata lain palsu atau rekaan. Keaslian dan
tidaknya satu jalur sanad berkait rapat dengan istilah-istilah yang dibuat oleh Juynboll dalam
analisis sanad ini. Istilah-istilah tersebut adalah common link, partial common link, seeming
common link, diving, spider dan single strand. Common link adalah merupakan indikator bagi
keaslian sanad manakala Single strand merupakan indikator bagi pemalsuan sanad. Kesemua
istilah ini menunjukkan bahawa semua hadith tidak boleh diputarbelitkan dari sudut sejarah dan
metod yang diterapkan selama ini, untuk menentukan keaslian sesuatu hadith.
25

Menurut Junyboll jalur sanad perawi dari Rasulullah hingga ketiga yang tunggal di
namakan sebagai single strand. Sekiranya jalur sanad perawi yang ketiga mempunyai anak
murid lebih daripada satu di namakan sebagai common link. Sekiranya perawi tidak memenuhi
syarat common link yang di letakkan oleh Junyboll perawi tersebut di namakan seeming common
link. Perawi common link yang mempunyai anak murid yang lebih daripada satu di namakan
partial common link.

Jika seorang perawi sudah memenuhi syarat sebagai common link (kerana


disokong partial common link hingga sampai kepada ulama pengumpul hadith), namun dalam
jaringan sanad selepas common link terdapat seorang murid daripada common link tersebut yang
tidak memenuhi syarat sebagai partial common link (sarna ada kerana jalur sanad dari murid
hingga ulama pengumpul hadith berbentuk single strand . atau kerana murid tersebut berada
dalam posisi seeming partial common link  maka san ad setelah common link yang memenuhi
syarat sebagai partial common link  dianggap asli, adapun murid yang tidak memenuhi syarat
sebagai partial common link di anggapn tidak asli dan fenomena ini di namakan sebagai diving.

Bagi menjawab teori Junyboll, Azami mengatakan bahawa teori common link ini perlu
dipersoalkan. Sebagai contoh, sekiranya terdapat seorang periwayat seperti Az-Zuhri, dan orang
tersebut adalah satu-satunya periwayat yang meriwayatkan hadith kepada muridnya yang telah di
akui Thiqah oleh ahli kritik hadith. Oleh itu tidak ada alasan untuk menuduhnya sebagai seorang
yang memalsukan hadith. Para ahli hadith sendiri telah menyedari adanya periwayatan hadith
secara infirad (menyendiri) dan implikasinya. Akan tetapi, itu semua bergantung pada kualiti
para periwayat hadith pada isnadnya.

Selain itu Azami menunjukkan bahawa jika seseorang tidak melihat secara keseluruhan
jalur isnad maka ia akan salah dalam mengenalpasti seorang periwayat sebagai common link. Hal
ini tentunya agar penemuan akan sanad hadith itu tidak separa. Sebab, boleh jadi apa yang
dianggap oleh peneliti hadith sebagai common link sebenarnya hanya seeming atau artificial
26

common link. Ini disebabkan karena jalur yang dihimpun hanya sebagian saja sehingga tidak
boleh menggambarkan jalur isnad secara lebih tepat34.

Schacht dengan teorinya Projecting Back, telah mengemukakan bahawa sanad Hadith itu
baru terbentuk belakang dan para qadi telah mengambil untuk menentukan hukum bagi
menguatkan pendapat mereka, perkara ini adalah tidak benar, teori Schacht dan pengikutnya
Juynboll telah ditolak dan hal ini sudah dibuktikan oleh Azami dengan penelitiannya bahawa
sanad Hadith itu memang muttasil sampai kepada Rasulullah S.A.W melalui rantai-rantai sanad.

Hal ini membuktikan juga bahawa hadith-hadith yang berkembang sekarang bukanlah
hasil dari para qadhi, tetapi merupakan perbuatan atau ucapan yang datang dari
Rasul S.A.W sebagai seorang Nabi dan penganut umat Islam.

Anggapan seperti yang dituduh orientalis ditolak oleh Azami sebab menurutnya sistem
isnad telah digunakan secara kebetulan dalam sejumlah literatur pada masa pra-Islam walaupun
dalam sebuah makna yang tak jelas, tanpa menyentuh sasaran pemakainya. Namun demikian,
metod sanad baru nampak dalam riwayat hadith saja. Hal ini dapat di fahami kerana sistem isnad
dipandang sebagai salah satu cara yang efektif untuk mengetahui apakah hadith itu benar-benar
dari Nabi atau tidak.

Menurut Azami, untuk memperoleh autentik hadith, maka seseorang harus melakukan
kritik hadith baik itu menyangkut sanad hadith mahupun matannya. Adapun rumusan metodologi
yang ditawarkan untuk membuktikan keaslian hadith adalah untuk membandingkan hadith-
hadith dari berbagai murid dengan seorang guru. Kedua membandingkan pernyataan-pernyataan
dari para ulama’ dari beberapa waktu yang berbeza. Ketiga membandingkan pembacaan lisan
dengan dokumen tertulis dan yang keempat ialah membandingkan hadith-hadith dengan Ayat
Al-Quran yang berkaitan35.

34
Masrur Ali,2007. Teori Common Link Jyuinboll; Melacak Kesejarahan Hadis Nabi, Yogyakarta. Lkis
35
Syamsudin Arif. 2008. Orientalis Diabolisme Pemikiran
27

Azami juga mengatakan bahawa kekeliruan dan kesesatan Schacht dalam karyanya di
sebabkan oleh lima perkara iaitu yang pertama sikapnya yang tidak konsisten dalam berteori dan
menggunakan sumber-sumber rujukan. Kedua mengambil sumber yang mengelirukan dan
metodologi yang tidak ilmiah. Ketiga, salah dalam memahami fakta, keempat tidak mengetahui
keadaan politik dan geografi yang di kaji dan yang kelima ialah salah faham dengan istilah-
istilah yang digunakan oleh ulama-ulama Islam.

4.0 KESIMPULAN

Dari perbahasan diatas, kami dapat menyimpulkan beberapa hal sebagai berikut, hadith
menempati posisi yang sangat strategik dalam Islam. Tetapi kerana pembukuannya tidak
dilakukan sebagaimana Al-Quran, maka ini menjadi sebab utama para orientalis mengkritik
hadith dengan habis-habisan.

Keduanya para orientalis dalam mengkritik hadith dan ilmu hadith adalah kerana niat
yang tidak baik terhadap Islam. Berbeza dengan kritik yang dilakukan para ulama hadith, yang
dilakukan dengan niat tulus untuk mengetahui keadaan hadith yang sebenarnya. Oleh kerana itu
wajar apabila kritikan yang dilontarkan oleh orientalis ditujukan untuk merobohkan sumber
kedua bangunan Islam.

Ketiganya atas kritikan orientalis, umat Islam pembela hadith merasa tercabar untuk
menunjukkan kekeliruan proses dan hasil penelitian para orientalis, dengan menunjukkan data-
data yang sebenarnya yang diperoleh dari penelitian juga. Dari perbahasan diatas, kami
menyedari masih banyak celah dan hal-hal yang perlu dibahaskan.

5.0 PENUTUP

Setelah dikaji dengan penyelidikan yang teliti berdasarkan sirah al-Nabawiyah yang
dinukilkan oleh ulama’ yang mukhlis nyatalah di sini segala penyelewengan fakta yang
28

dilakukan oleh orientalis tidak rasional dan tuduhan yang melulu membuktikan niat sebenar
mereka yang ingin menanam benih kesangsian ke dalam jiwa keimanan umat Islam terhadap
kesucian sirah Rasul yang mulia. Sebagai seorang yang diberi peluang mendalami ilmu agama
perlu berusaha sedaya upaya mengetahui segala bentuk penyelewengan yang dibuat orientalis
agar kekeliruan tersebut dapat dibuktikan kepalsuannya terhadap masyarakat yang tidak
mendalami ilmu ini.

Sebagai umat Islam kita seharusnya berhati-hati dengan penulisan orientalis agar tidak
terpengaruh dengan ajaran dan pemalsuan dibawa oleh mereka. Jika hal ini dibiarkan
kemungkinan akidah kita akan runtuh dan terseleweng. Kita tidak perlu menyalahkan musuh
kerana pola kajian Orientalis memang bersifat begitu. Sayangnya, mengapa terdapat juga
ilmuwan dari kalangan Muslim yang mahu melakukannya, dengan imbuhan duniawi yang sangat
murah, sekadar beberapa keping dolar dan gelaran doktor. Sewajarnya, para cendekiawan yang
mendapat kesempatan mempelajari ilmu dari Barat memanfaatkan kesempatan itu sebaik-
baiknya untuk kepentingan Islam. Bukan sebaliknya, terjebak dalam kerangka pemikiran
orientalisme atau sekularisme serta turut sama bersekongkol dengan musuh sama ada dalam
keadaan sedar atau tidak, untuk menghancurkan Islam.
6.0 BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karim

C.G. Weeramantry. 2001. Islamic Jurisprudence An International Perspective. Penerbit: The


Other Press Kuala Lumpur

Gibb. 1964. Mohamedanism An Historical Survey. Penerbit: Oxford University Press,London

Hafizah Dasuki, 2004. Cetakan Pertama. jilid 5. Ensiklopedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, ,
29

Fauzi Deraman, Arif Chasanul Muna, 2007.  Kritik Terhadap Metode Kajian Sanad G.H.A.
Juynboll : Tumpuan Terhadap Teori Common Link dan Single Strand. Al-Bayan Journal of Al-
Quran & al-Hadith. UM

Juynboll. 1996. Studies On The Origin And Uses Of Islamic Hadith. Penerbit:Variorum

Juynboll. 1982. Muslim Tradition Studies In Chronology, Provenance And Authorship Of Early
Hadith. Penerbit:Cambridge University Press

Masrur Ali,2007. Teori Common Link Jyuinboll; Melacak Kesejarahan Hadis Nabi, Yogyakarta.
Lkis

M. Syuhudi Ismail. 1987. Kaedah Kesahihan Sanad Hadith Telaah Kritis Dan Tinjauan Dengan
Pendekatan Ilmu Sejarah. Penerbit: Thinker’s Library Sdn. Bhd

Mohd Napiah Abdullah. 1989. Ikhtisar Sejarah Perkembangan Dan Kaedah Penyusunan
Hadith. Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

M. Sa’id Ramadhan Al-Buti. 2001. The Jurispendence Of The Prophetic Biography & A Brief
History Of The Orthodox Caliphate. Penerbit: Darul Fikr

M. Sa’id Ramadhan Al-Buti. 2001. Sirah Nabawiyah Analisi Ilmiah Manhajiah Terhadap
Sejarah Pergerakan Islam Di masa Rasullullah. Penerbit: Darul Fikr

M.M A’zami. 2000. Studies In Early Hadith Literature. Penerbit: Islamic Book Trust Kuala
Lumpur

Salim Muhammad Rafi, First Edition,1999. Muhammad The Beloved Of Allah, Dar-al-Salam, ,
Lahore Pakistan
30

Schacht,J.1959. The Origins of Muhammadan Jurisprudence.Penerbit: Oxford University Press,


Ely House, London

Syamsudin Arif. 2008. Orientalis Diabolisme Pemikiran. Penerbit:Gema Insani, Jakarta


Indonesia

W. M. Watt. 1968. Muhammad At Medina. Penerbit: Oxford University Press, Ely House,
London

W. M. Watt. 1972. Muhammad At Mecca. Penerbit: Oxford University Press, Ely House, London

W. M. Watt. 1960. Muhammad Prophet And Statesman .Penerbit: Oxford University Press, Ely
House, London

http://hafizfirdaus.com/ebook/20hujah/hujah3.htm

You might also like