You are on page 1of 4

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN FACEBOOK KEPADA PELAJAR

Setiap perkara yang berlaku di dunia ini, ada baik dan buruknya, ada hitam dan putihnya. Kebaikan dan
keburukan itu sememangnya suatu yang bersifat lumrah ke atas tiap sesuatu yang berlaku. Begitulah juga halnya
dengan facebook, sebuah laman web sosial yang sedang hebat melanda masyarakat dunia pada hari ini terutama
golongan remaja. facebook adalah sebuah laman web sosial yang mampu mengunjurkan kebaikan jika diselia
dengan cara dan kaedah yang betul. Dengan adanya facebook jaringan sosial rakyat di seluruh negara semakin
luas.. Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said mempunyai facebook, rancangan di TV3 mempunyai facebook,
Awal Shaari mempunyai facebook, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pun mempunyai facebook yang sudah
mempunyai hampir tiga puluh ribu orang rakan dan ramai rakyat Malaysia yang sudah mempunyai facebook.

Penggunaan facebook boleh membantu mencari kenalan-kenalan lama yang telah lama hilang, malah
penggunaannya juga boleh menambah kenalan baru. Hubungan persahabatan antara teman-teman sama ada di
sekolah, univeristi, kolej ataupun di tempat kerja akan lebih erat. Orang menggunakannya untuk mencari
pengaruh, menambah kenalan dari serata ceruk dunia, mengiklankan perniagaan, buka kelab peminat, sekadar
berkomunikasi, berkongsi maklumat, mencari semula kawan-kawan lama dan macam-macam lagi. Ungkapan
“satu musuh terlalu banyak dan seribu kawan terlampau sedikit” menemukan iklimnya di jaringan sosial seperti
facebook. 

Facebook juga menjadi tempat untuk memajukan sesuatu empayer perniagaan maya di seluruh dunia. Sebagai
contohnya, melalui facebook penggunaanya boleh memperkenalkan produk terbaru keluaran syarikat mereka
atau perniagaan kepada rakan-rakan dalam talian facebook, kemudian rakan-rakan pula akan memberitahu
rakan-rakan mereka yang lain melalui tag iklan. Dengan facebook apa-apa promosi dapat dilakukan dengan
cepat. Penggunaan Bahasa Inggeris juga memudahkan hubungan komunikasi antara rakan di seluruh dunia. ia
juga dapat meningkatkan kemahiran dalam berbahasa Inggeris.

Setiap kali kita masuk ke laman facebook, bahagian halaman utama akan memberikan kita apa yang terbaru
tentang sesiapa sahaja yang telah menjadi rakan kita. Jadi kita akan dapat mengetahui setiap apa yang rakan
kita lakukan. Jadi, hubungan antara persahabatan ini akan terus wujud dan tidak terputus. Setiap yang terbaru
tentang diri kita juga akan dipaparkan di laman utama facebook ini. Dengan kemampuan ini, penyebaran berita
ke facebook menjadi lebih mudah dan berkesan kerana semua rakan kita akan membacanya. Jika mereka
menemukan sesuatu yang menarik mereka akan memberikan aksi atau respon, maka aksi atau respon mereka
tersebut akan terlihat juga kepada setiap laman facebook mereka. 

Facebook sebagai alat perantara untuk perniagaan. Ia mudah untuk mendapatkan target pasaran. Oleh itu,
apabila kita ingin menyebarkan tentang barangan terbaru atau membangunkan perniagaan, iainya amat mudah.
Ini kerana facebook menjadikan kumunikasi tanpa henti kerana setiap saat pasti ada ahli baru dalam ruangan
rakan kita. Dalam sehari jutaan pengguna facebook akan melihat apat yang terbaru dalam halaman utama
facebook mereka. Jadi kesempatan tersebut boleh digunakan untuk mempromosikan barangan terbaru kita.
Jumlah rangkaian akan mudah bertambah dari setiap minit selepas kita mengemaskini laman peribadi dan
memaparkannya di halaman utama facebook.
Kita juga boleh mengetahui tentang tempat-tempat yang kita tidak pernah pergi dengan bertanya kepada rakan
dalam facebook. Atau ingin mencari hotel atau kediaman yang sesuai di tempat yang menarik, pasti ramai yang
akan memberi cadangan yang menarik. 
Melalui facebook juga kita boleh mendapatkan khidmat rundingan dan kaunseling jika mempunyai sebarang
masalah. Pasti ahli-ahli panel yang pakar motivasi akan memberikan kaunseling yang boleh digunakan dan
dijadikan panduan dalam kehidupan.Banyak permainan yang terdapat di dalam facebook yang boleh
menghilangkan rasa bosan atau tidak tahu untuk melakukan sesuatu, pengguna boleh bermain game secara
online. Sememangnya ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh menghilangkan rasa bosan dan sunyi. 
Selain itu, facebook dapat memperbaiki hubungan persahabatan yang telah renggang, contonhya, Datuk Dr.
Awang Adek yang mahu menggunakan laman sosial ini untuk menarik kembali rakyat Kelantan kepada UMNO
sekali gus menawan semula Kelantan. Sudah tentu laman sosial yang dimaksudkan itu adalah facebook (Salman,
2010).
Di sebalik kebaikan yang diperolehi melalui penggunaan facebook, pengguna juga akan mendapat keburukan
melaluinya jika tidak digunakan dengan betul. Antara keburukan yang paling ketara ialah pembaziran masa. Ia
akan berlaku sekirannya seseorang pengguna facebook leka dan lalai melayan facebook seperti asyik bermain
game atau berbual bersama rakan. Selain dari membuang masa, pengguna facebook juga akan membazir elektrik
kerana pengguna akan memasang laptop atau komputer selama berjam-jam lamanya. Ini akan menyebabkan
berlakunya pembaziran elektrik. Bukan itu sahaja, akibat daripada kelalaian pengguna menggunakan facebook,
kebarangkalian pengguna akan mendapat prestasi yang rendah juga akan berlaku. Ini kerana, apabila pengguna
mula lalai dengan pelajaran dan asyik dengan facebook, maka pengguna akan malas untuk mengulangkaji
pelajaran atau membuat tugasan kuliah. Ada yang lebih teruk lagi, kadang-kala pengguna facebook yang terlalu
taksub dengan facebook boleh lalai dan lupa untuk makan sehingga boleh menghidapi penyakit yang tidak dapat
dijangkakan. Seperti penyakit susah tidur dan sakit perut. 

Facebook yang digunakan sebagai penghantar maklumat yang salah dan disebarkan kepada semua pengguna
facebook boleh menjatuhkan maruah seseorang. Mereka inilah sebenarnya seorang yang tidak bertanggungjawab
dan tidak berani menghadapi situasi sebenar. Sekirannya pihak yang difitnah tidak boleh menerima penyebaran
fitnah yang dikenakan ke atas mereka, pasti akan berlaku pergaduhan antara keduanya.

FACEBOOK SEBAGAI TEMPAT PENYEBARAN FITNAH 


Penggunaan facebook yang menjatuhkan maruah seseorang berdasarkan penyebaran fitnah di ruangan facebook
dan penyampaian berita yang tidak benar tentang seseorang akan menimbulkan pergaduhan jika tidak dicegah.
Pakar pendidikan dari Universiti Negeri Padang (UNP), Prof. DR. Nurtain mengatakan kini banyak pelajar dan
mahasiswa yang tidak memanfaatkan kemajuan teknologi informasi dan komunikasi internet untuk hal-hal positif
namun lebih cenderung hanya untuk menghabiskan waktu dan hal yang tidak bermanfaat (E.Pendidikan.com).
Mahasiswa dan mahasiswi membuang terlalu banyak untuk bermain Games Online. Waktu ini sebaiknya
digunakan untuk mengulangkaji pelajaran di sekolah. Sebagai siswa-siswi yang bertanggungjawab kita perlu
pandai menguruskan masa untuk menggunakan jaringan sosial ini agar digunakan dengan betul dan sesuai pada
waktunya.

Individu yang menjatuhkan seseorang dengan menggunakan media massa seperti facebook bukan perjuangan
semata-mata tetapi bertindak sebagai pengecut. Mungkin kerana mereka takut dengan pihak polis. Barangkali
dengan penggunaan facebook, dapat menutup maklumat peribadi mereka daripada dikenali ramai. Facebook
adalah satu medium yang digunakan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan sebagainya. Namun cara ini
bukanlah satu cara yang terbaik. Untuk menuntut keadilan atau hak seseorang perlulah diperjuangkan dengan
cara yang betul iaitu melalui prosedur undang-undang negara yang telah ditetapkan. Penyalahgunaan laman web
sosial boleh menyebabkan seseorang dijatuhkan hukuman dan bukannya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Jika ditanya kepada pakcik–pakcik di kedai kopi, makcik–makcik dipasar dan juga budak–budak sekolah,
kebanyakkan mereka memang tahu apa itu facebook. Facebook bukan sahaja tempat untuk menghubungkan
talian yang telah lama terputus, namun medium ini boleh mencetuskan kontroversi yang bukan sahaja dapat
menjatuhkan maruah seseorang individu dan juga berpotensi memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
Tidak ketahui apa yang bermain difikiran mereka ini, adakah mereka ingin bergurau atau mereka sebenar gagal
mengawal kemarahan mereka lantas meluahkannya di laman facebook. Tidakkah mereka sedar bahawa apa yang
ditulis oleh mereka ini dapat dilihat oleh jutaan pembaca diseluruh Malaysia? dan tidakkah juga mereka berfikir
bahawa bukan semua daripada mereka dapat menerima apa yang ditulis oleh mereka?
Contoh paling dekat sekali seperti Hani Tarmizi, Joanna Ann, Lynette Lincoln dan juga Adukateruna, mereka ini
antara manusia – manusia yang gagal menggunakan akal mereka dalam meluahkan perasaan atau pendapat
didalam shout box facebook. Kalau dilihat perwatakkan mereka, mereka bukanlah seorang yang bodoh tetapi
mengapa mereka sanggup mengeluarkan kenyataan–kenyataan yang bodoh di dalam facebook? Mereka tidak
terfikirkah bahawa perbuatan mereka itu bukan sahaja akan memecahbelahkan kaum atau menguris hati
seseorang individu bahkan akan mengundang padah kepada diri mereka sendiri. Lihat Hani Tarmizi, sekarang dia
mungkin tidak senang duduk di Sarawak kerana menghina kaum Sarawak, Joanna Ann dan Lynette Lincoln yang
menghina Agama Islam dan Nabi Muhammad S.A.W dan sekarang mereka terhegeh–hegeh merayu kepada
orang ramai agar tidak memaparkan komen–komen kurang ajar mereka di internet dan juga Adukateruna, yang
sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah kerana menghina almarhum Sultan Johor. Mereka ini bukan
hanya mementingkan perasaan mereka sahaja, tapi mereka tidak langsung mengendahkan kesannya dengan apa
yang mereka lakukan. Dan setelah kontorversi yang dilakukan oleh mereka mendapat bantahan orang ramai
barulah mereka terhegeh – hegeh hendak meminta maaf.

Mereka sepatutnya mengambil iktibar terhadap apa yang terjadi kepada pengguna facebook sebelum ini yang
telah ditahan pihak berkuasa kerana kesilapan yang dibuat oleh mereka, bukannya terhegeh–hegeh meminta
maaf setelah melakukan kontroversi. Walaupun mereka semua ini sudah memohon maaf diatas tindakan tidak
berakal mereka ini, belum tentu semua orang akan memaafkan mereka. Memang benarlah pepatah orang–orang
tua, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”. Sampai bila–bila perbuatan mereka akan
dikenang oleh orang ramai. Malah ada yang menunggu masa untuk diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Usaha menjatuhkan seseorang melalui facebook sebenarnya menunjukkan kelemahan dan ketidakberaniaan
seseorang. Ia sebenarnya menjatuhkan maruah diri sendiri bukannya maruah orang yang difitnah itu. Kebenaran
tetap akan berpihak kepada yang benar dan kebenaran itu akan diketahui orang juga suatu hari nanti. Diharap
selepas ini tiada isu–isu seperti ini timbul kembali. Jadikan perbuatan mereka ini sebagai iktibar, kebebasan
menulis yang diberi bukan lesen kepada kita untuk menghina agama, kaum dan individu. Sensitiviti perlu dijaga,
dan yang penting sekali pastikan akal menguasai nafsu sebelum menulis, bukannya nafsu menguasai akal. Ingat
segala yang ditulis di facebook sekarang dipantau oleh pihak berkuasa jadi berfikirlah dua kali sebelum anda
semua melempiaskan amarah atau pendapat anda di facebook. Perhatikan satu persatu ayat anda agar ia tidak
menjadi isu kelak.

FACEBOOK SEBAGAI MEDIUM MENAMBAH ILMU PENGETAHUAN.

Dengan rangkaiannya yang begitu meluas dan pantas, facebook memang sangat baik digunakan untuk dakwah
mengembangkan Islam, promosi perniagaan atau mencari pengaruh serta lain-lain hal yang wajar. Jadi, kepada
pendakwah, penulis, sasterawan, wartawan, peniaga dan yang seumpama dengannya memanfaatkan jaringan
maya di internet dengan sebaik mungkin. Pengguna facebook boleh saling bertukar-tukar pandangan dan idea di
samping menambah ilmu pengetahuan Suasana pembelajaran secara sihat boleh diwujudkan melalui facebook ini
melalui perbincangan, forum atau isu yang menarik yang boleh dibincangkan bersama rakan-rakan. 
Seperti dalam pengertian agama, dakwah sendiri sering diartikan bagaimana mengajak kepada kebaikan dan
meninggalkan keburukan. Ajakan secara konvensional, seperti yang kita fahami sering melalui ceramah-ceramah
agama, mahupun khutbah-khutbah yang dilakukan ahli agama di masjid-masjid. Seiring perkembangan teknologi
komunikasi yang tidak terbendung lagi, maka aktiviti syiar juga berkembang sesuai dengan era ini. Saat ini,
melalui apa yang disebut jejaring media, facebook adalah salah satunya (Yanuardi Syukur, 2009).
Selain daripada itu, penghantaran nota kuliah dan perkongsian ilmu pengetahuan yang baru boleh diwujudkan
melalui facebook. Video-video yang menarik dan bermanfaat boleh dikongsi bersama rakan-rakan untuk
meningkatkan pengetahuan sedia ada dan mengetahui mengenai perkembangan isu semasa di seluruh dunia.
penggunaan facebook secara berhemah mampu membantu mahasiswa maju setapak lagi. Suasana pembelajaran
dapat diterapkan dengan mengeluarkan pelbagai pendapat dan bertukar-tukar pendapat yang membina bagi isu-
isu yang dibincangkan oleh mahasiswa itu sendiri. dengan itu, secara tidak langsung perbincangan antara
mahasiswa telah pun berlaku. 
Melalui facebook juga, kita boleh mencari rakan yang mempunyai minat yang sama dan bertukar-tukar
pandangan. Contohya kita berminat untuk berbincang mengenai kegemaran makanan. Seperti kegemaran makan
nasi ayam penyet. Jadi kita boleh membuka satu kumpulan Kumpulan Nasi Ayam Penyet. Dari kumpulan itu, kita
akan memperolehi pelbagai maklumat yang menarik tentang nasi ayam penyet dan pengalaman makan nasi
ayam penyet. Ia semestinya sesuatu yang menarik untuk dikongsi. 
Penggunaan facebook ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran dan menambah ilmu pengetahuan kepada
mahasiswa apabila ia dijadikan saluran untuk sesuatu perbincangan atau forum yang berkait dengan akademik
atau menjadi saluran untuk menukar ilmu pengetahuan dengan kawan luar negara. Dapat mengetahui sesuatu
informasi tanpa perlu kita mencarinya. Sebaliknya ia dikongsi oleh rakan-rakan di facebook. Mungkin berkaitan
kejadian semasa, berita, tip, panduan dan lain-lain lagi. Contohya untuk mengetahui tentang sesuatu budaya
atau cara hidup mereka. Sememangnya kita boleh mencari maklumat tersebut di laman sesawang, seperti Google
namun apabila kita dapat berbual secara online dan bertanya kepada rakan di luar negara kita secara terus,
sememangnya ia lebih berkesan dan menarik. Kita dapat mengetahui pengalaman mereka sendiri dan lebih
banyak perkara yang kita akan ketahui. 

FACEBOOK MAMPU MEWUJUDKAN HUBUNGAN SATU MALAYSIA

Apa yang kita sedia maklum, telah wujud facebook untuk kumpulan satu Malaysia. Selain politik, Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kegemaran yang membara iaitu facebook. Seperti jutaan manusia di
seluruh dunia, Datuk Seri Najib telah menyertai rangkaian laman web sosial untuk berhubung dengan orang
ramai, terutama sekali pengundi Malaysia, dengan harapan untuk merapatkan jurang politik antara generasi lama
dan muda. Datuk Seri Najib bercakap dengan penuh mesra mengenai facebook walaupun beliau jarang
berkesempatan untuk melayarinya tetapi ia telah dikendalikan satu pasukan yang kerapkali mengemaskini laman
itu, yang menurutnya kini mempunyai 80,000 peminat. Datuk Seri Najib pernah memberitahu dengan New Delhi
Television (NDTV), semasa lawatannya ke Chennai, bahawa mahu menjemput kesemua mereka minum teh
dengannya tetapi bilangan itu terlalu besar. Mungkin dengan beberapa ratus orang pada satu-satu masa tertentu.
Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan
dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan
masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib
berkongsi pendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan
dengan politik. Facebook, dengan 350 juta pengguna terus meningkat sebagai alat rangkaian sosial yang hebat di
seluruh dunia, dan sebagai ahli politik berpengalaman, perdana menteri kini bertumpu kepada digital berkelajuan
tinggi untuk menghubungkan rakyat Malaysia pada amnya. 

Pada umumnya rakyat Malaysia adalah ramah dan ikhlas, kita mesti mempunyai hubungan peribadi yang baik
untuk bergerak ke depan,” beliau memberitahu penembual NDTV dalam satu temubual ekslusif. Najib mengakhiri
temubual itu dengan berkata para pemimpin perlu menyedia hala tuju politik kepada orang ramai terutama
kepada generasi muda dalam usaha untuk bergerak ke arah abad 21 yang penuh cabaran (The Malaysiainsider,
2010). 

Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan Kumpulan facebook 1
Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap kumpulan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook
di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah
berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai
dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah
untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai
atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua
Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun facebook bagi
memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Oleh itu,
sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menyahut seruan Malaysia dengan menjadi rakan dalam facebook 1
Malaysia. 

KESIMPULAN
Berdasarkan huraian yang telah dijelaskan di atas, terdapat banyak kebaikan dan keburukan facebook yang kita
boleh perolehi. Sebenarnya semua bergantung kepada cara kita menggunakan facebook tersebut. Penggunaan
facebook yang betul menjadikan kesan yang baik dan penggunaan facebook yang salah menjadikan kesan
penggunaan yang tidak baik. Hubungan antara rakyat di Malaysia juga akan lebih harmoni dan sejahtera apabila
semua rakyat Malaysia mempunyai semangat perapaduan 1 Malaysia. 

You might also like