You are on page 1of 2

Keburukan Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri mempunyai banyak kebaikan , namun begitu kita juga harus
melihat pada aspek negatif dalam pembelajaran ini. Dengan melihat kaedah
pembelajaran ini dari sudut pelbagai aspek kita akan lebih memahami kesesuaian
penggunaannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di
sekolah.

Pertama sekali, kelemahan pembelajaran masteri adalah akan berlaku


keciciran di akhir pembelajaran. Alasannya adalah kerana setiap individu tidak
mempunyai tahap kognitif yang sama. Guru perlu sedar kepelbagaian kemampuan
akademik murid-murid di dalam kelas. Pembelajaran masteri mensasarkan murid-murid
dapat menguasai sekurang-kurangnya 80 peratus daripada apa yang diajar oleh guru di
dalam kelas.

Keciciran yang berlaku sememangnya membolehkan murid-murid yang lemah


akan berasa cepat putus asa kerana mereka jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan
sekelas yang lain. Ini kerana pembelajaran masteri mengkehendaki murid mesti
menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

Seterusnya, pembelajaran masteri ini memerlukan guru yang proaktif dan kreatif.
Tentunya sesetengah kita terfikir mengapa kita memerlukan guru yang proaktif dan
kreatif untuk mengajar jika kaedah pembelajaran ini ingin digunakan. Hal ini disebabkan
pembelajaran masteri memerlukan guru yang mempunyai kemahiran yang tinggi untuk
menarik minat murid-murid tentang apa yang bakal diajar. Menurut Modul
Pembelajaran Masteri pada muka surat 3 yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan,
menarik dan menyeronokkan. Pelbagai kaedah perlu dirancang dan dilakukan oleh guru
di dalam kelas .

Guru perlu berusaha lebih kerana persediaan yang rapi diperlukan supaya apa
yang telah dirancang bersesuaian dengan waktu yang diperuntukan . Pendekatan yang
digunakan boleh dibahagikan kepada dua iaitu berpusatkan guru ataupun berpusatkan
murid. Kepelbagaian kaedah dan bahan membolehkan murid-murid memahami dan
menghayati kandungan pelajaran sekaligus menjadikan pembelajaran lebih menarik
dan menyeronokkan.

Kelemahan yang seterusnya ialah proses pengajaran dan pembelajaran


mungkin tidak akan berlaku seperti yang dirancangkan sebelumnya . Disebabkan guru
sudah merancang perjalanan aktiviti di dalam kelas , akan berlaku gangguan sekiranya
murid banyak bertanya atau berlakunya sesuatu yang diluar perancangan guru. Pusat
Perkembangan Kurikulum di dalam modulnya menyatakan murid perlu menguasai 80%
aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran yang baru. Ini boleh menyebabkan guru terus mengajar unit atau yang
sama selagi sasaran yang ditetapkan. Hal ini boleh menyebabkan guru tidak dapat
menghabiskan sukatan pelajaran .

Akhir sekali, masa adalah kekangan masa. Merancang pembelajaran masteri


memerlukan peruntukan masa yang mencukupi. Sekiranya masa yang diperuntukan
adalah tidak mencukupi akan menimbulkan kesukaran terutamanya guru yang hanya
diperuntukan satu masa di dalam jadual iaitu kira-kira hanya 30 minit untuk murid-murid
sekolah rendah. Guru terpaksa terkejar-kejar untuk menyelesaikan pembelajaran yang
dirancang kerana masa yang terhad. Murid-murid kemungkinan tidak dapat menguasai
dan menghayati apa yang diajar oleh guru ketika di dalam kelas jika ia dilakukan dalam
keadaan yang tergesa-gesa.

You might also like