You are on page 1of 7

JEREBU

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran
lain mengaburi kejelasan langit.[1] Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap
berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan
akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga
dikenali sebagai asbut.

Dilihat dari jauh (seperi dari kapal terbang), jerebu biasanya kelihatan sedikit keperangan.
Namun dari dekat, ia berwarna putih seperti asap.

Rajah 1 : Jerebu di Kuala Lumpur


Rajah 1 : Jerebu di Matthews, Indiana
Punca jerebu

Segala debu,habuk dan gas-gas dalam jerebu membentuk sebatian kimia yang membahayakan
kesihatan manusia, juga kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Antara punca yang menyumbang
kepada jerebu adalah:-

1. Pembakaran secara terbuka


2. Penggunaan bahan bakar yang 'kotor'
3. Penggunaan minyak mengandungi plumbum untuk kenderaan
4. Kawalan pencemaran yang tidak berkesan
5. Pelbagai semburan atau aerosol
6. Pelbagai pembakaran yang menyumbang kepada penghasilan asap
7. Mungkin juga pembakaran rokok !!!
Kandungan Jerebu

Jerebu adalah satu keadaan di mana mutu udara persekitaran sudah tercemar. Udara yang dihirup
dipenuhi dengan pelbagai debu, habuk,gas dan juga bahan-bahan kimia.

Antara gas-gas yang ada dalam jerebu adalah

1. CO
2. O3
3. PM10
4. SOx dan
5. NOx

Indeks Pencemaran Udara

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya
jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah
seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara


0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

CARA PENGAWALAN
Langkah-langkah pengawalan jerabu yang boleh diambil melalui tahap indeks pencemaran
udara.
 
Indeks Pencemaran Udara Langkah-langkah Mengatasi
101-150(lebih 24 jam) ·        Kurangkan aktiviti menggunakan
  bahan yang boleh mencemarkan udara
  seperti menyembur dan mengecat.
  ·        Mengurangkan penggunaan kenderaan
Keadaan tidak sihat bermotor
  ·        Penggunaan bahan bakar yang
Lebih 72 jam 'bersih'(kandungan belerang rendah
atau bahan bakar gas)

151-200(lebih 72 jam) ·        Menasihati orang awam menjauhi


Keadaan masih tidak sihat tempat ber jerebu.
·        Pengharaman pembakaran secara
terbuka
·        Pengurangan guna bahan bakar cecair
sebanyak 30% dan kawalan lebih ketat
kepada industri.

201-250(lebih 48 jam) ·        Penggunaan kenderaan seperti bas dan


Keadaan lebih tidak sihat lori di gantung.
251-300(lebih 48 jam) ·        Mengurangkan waktu sekolah dan
Keadaan amat tidak masa bekerja.
sihat,Amaran ·        Pesakit mengidapi penyakit
pernafasan diarah meninggalkan
kawasan yang terlibat.
 
301-400(lebih 24 jam) ·        Sekolah ditutup
Merbahaya,Kecemasan ·        Hari kerja selang hari
·        Pengharaman kenderaan persendirian

Melebihi 400 ·        Isytihar keadaan darurat


Amat merbahaya,Darurat ·        Pemindahan ke tempat lebih selamat.

LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN SEMASA JEREBU:-


 Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata,
sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan
segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
 mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat
seperti yang dinasihatkan.
 Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal,
mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga
mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
 Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit
jangan merokok di dalam rumah.
 Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau
rumah.
 Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
 Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang
terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
 Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
 Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
 Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU
yang melebihi 100 )
 Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu
sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.

CARA PENCEGAHAN

Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan
juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti semua
warganegara Malaysia.

 Larangan Pembakaran Terbuka


Kerajaan melarang pembakaran terbuka, asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain
daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal.

 Pembenihan Awan

Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara. Keadaan
ini memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan terpaksa dilakukan
untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi tinggi, titisan air menjadi
ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang
demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan tersebut. Ais
kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan
bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh
membantu keadaan apabila ia membawa bersama jerebu jatuh ke bumi.

 Kempen Hijau

Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakan penanaman pokok di rumah, pejabat,
sekolah mahupun di tempat membelih-belah. Pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon
dioksida di udara.

 Hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu
setempat disebabkan oleh aktiviti ini

 Peningkatan kenderaan bermotor di jalanraya. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah


diselenggara dengan baik disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya

 Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah.
Promosi ke arah penanaman semula pokok dan pengurangan pembukaan tanah boleh
mengurangakan jerebu.

You might also like