You are on page 1of 1

Laporan Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional.

Pada 8 Februari 2011, Kumpulan PISMP G 5.7 Semester 5 Pengkhususan Pendidikan


Muzik dari IPG Kampus Ilmu Khas telah menganjurkan Pertandingan Permainan Tradisional
bertempat di Sekolah Kebangsaan Perempuan Pudu 1.

Pertandingan Permainan Tradisional merupakan tugasan amali Semester 5 dalam


kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Seramai tiga puluh lapan
murid-murid dari Darjah 4,5 dan 6 yang terlibat dalam Pertandingan Permainan Tradisional.

Acara bermula pada pukul 4.00 petang di padang sekolah dengan ucapan alu-aluan
dari pengerusi petandingan dan dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1, Puan Ismawati
binti Ali. Permainan tradisonal yang dipertandingankan adalah Tuju Selipar, Polis dan
Pencuri, Boling Padang dan Rebounce Takraw. Selepas majlis perasmian, pelajar
dibahagikan kepada empat kumpulan. Seramai sepuluh orang pelajar telah menyertai
permainan tuju selipar dan sepuluh lagi bermain permainan polis dan pencuri. Permainan
boling padang pula disertai dua belas orang pelajar. Manakala enam orang pelajar dalam
permainan rebounce takraw.

Sebelum pertandingan dimulakan, setiap kumpulan permainan melakukan aktiviti


pemanasan badan mengikut kumpulan masing-masing. Setelah pertandingan selesai, pelajar
diberi air minuman dan ditemu bual untuk tujuan dokumentasi. Tiada kecederaan yang
dilaporkan sepanjang pertandingan berlangsung. Acara penutupan berlangsung dengan
ucapan terima kasih dari pengerusi dan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada peserta
dan pihak sekolah.

Pada keseluruhannya, kami berpuas hati di atas kerjasama yang diberikan oleh guru-
guru dan murid-murid SK(P) Pudu 1 dari mula hingga berakhirnya pertandingan ini.

Disediakan oleh, 10 Februari 2011

(SHIMA JUNN ANAK WILLIE)

Setiausaha Pertandingan Permainan Tradisional,

IPG Kampus Ilmu Khas.

You might also like