You are on page 1of 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2011

HBHE 3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NO. MATRIKULASI : 761009016997002


NO. KAD PENGNEALAN : 761009-01-6997
NO. TELEFON : 019-7420556
E-MEL : tanchinghing@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : IPTHO


HBHE 3203

SOALAN TUGASAN

Dalam mesyuarat staf awal tahun, anda dimaklumkan sebagai Penyelaras 3K sekolah. Guru
Besar menyarankan agar Jawatankuasa 3K melaksanakan satu projek untuk menceriakan
kawasan sekolah. Jawatankuasa 3K bersetuju untuk menganjurkan projek “Gotong Royong
Perdana” dengan kerjasama komuniti tempatan.

Selaku Penyelaras, anda perlu membentangkan kertas cadangan dalam Mesyuarat


Jawatankuasa Program Bersepadu Sekolah Sihat Bil. 1/2011.

Anda perlu:

(a) Sediakan satu persembahan powerpoint tentang DUA kawasan sekolah yang akan
diberi perhatian semasa gotong royong tersebut.
(15 markah)

(b) Sediakan kertas cadangan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah.

(15 markah)

[Jumlah: 30 markah]
HBHE 3203

ISI KANDUNGAN

Bil. Isi Muka surat

1. Pendahuluan i

2. Persembahan Slaid PowerPoint 1

3. Kertas Kerja Cadangan 2 – 10

4. Rujukan 11

5. Lampiran 12 – 16
HBHE 3203

Pendahuluan
Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih ke atas semua pihak yang telah
membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini terutamanya pensyarah pendidikan
kesihatan kami iaitu En. Abd. Kadir Bin Abd. Rahim atas khidmat nasihat dan bimbingan
yang diberikan oleh beliau. Di samping itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada
rakan-rakan yang membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus tersebut.
Dalam proses penyediaan tugasan ini, saya dapat menambah pengetahuan saya lebih
mendalam mengenai pengurusan kesihatan dan kepentingan kebersihan dan keselamatan
persekitaran.
Akhir sekali, saya berharap agar tugasan ini dapat dijadikan sebagai panduan dan
rujukan pada masa hadapan.
Sekian terima kasih.
Disediakan oleh,
Tan Ching Hing
Mac 2011
HBHE 3203

PERSEMBAHAN POWERPOINT
HBHE 3203

KERTAS CADANGAN

1. PENDAHULUAN

Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu,
berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik
darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan
matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan
tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap


kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria
dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan efektif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K (Keselamatan,


Kesihatan dan Kebersihan) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-
royong Perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan
dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan
sekolah terutamanya bilik darjah. Di samping itu, aktiviti ini akan membolehkan pelajar
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan


kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah
serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan
Daerah Segamat yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging`
atau menyembur asap di sekitar sekolah.

Adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa, guru serta warga SJK (C) Ai
Chun akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta
mencapai matlamat 3K.
HBHE 3203

2. TUJUAN

Kertas cadangan ini adalah untuk memohon ahli mesyuarat menimbang dan
meluluskan kertas cadangan ini kerana program ini dapat memberi pengetahuan dan
pendedahan mengenai aspek-aspek penjagaan kesihatan kepada para pelajar. Pengetahuan
dan kemahiran mengenai aspek-aspek amalan gaya hidup sihat ini amatlah wajar
ditekankan kepada golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan
diterapkan mengenai kepentingan penjagaan kebersihan persekitaran dari seawal usia di
bangku sekolah.

3. NAMA PROGRAM
GOTONG-ROYONG PERDANA 2011

4. TEMA PROGRAM
Persekitaran Yang Bersih Menjana Suasana Pembelajaran

5. MATLAMAT
Matlamat utama gotong-royong ini adalah untuk memberi pendedahan yang
sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cinta
akan kebersihan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang
sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan
kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah. Namun demikian, sebenarnya
cara amalan kebersihan ini mempunyai ciri-ciri yang khusus dan piawaian yang mana
murid kurang memahami dengan sebenarnya iaitu ceria, indah, wangi, bersih, berfungsi
dan selamat.
Melalui aktiviti gotong-royong ini, warga sekolah juga boleh meningkatkan rasa
tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti
membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat aktiviti gotong-royong ini juga
supaya dapat mendidik dan mengubah cara pemikiran murid tentang kebersihan dan
justeru itu mengamalkan amalan kebersihan.
HBHE 3203

6. OBJEKTIF

6.1 Menwujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih, indah, selamat dan ceria.
6.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
6.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu
bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
6.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
6.5 Mewujudkan suasana yang menjadi identiti sekolah sebagai institusi yang sihat,
bersih, indah serta ceria.

7.0 FORMAT PELAKSANAAN


Manual Perlaksanaan Program

Bil Pelaksanaan Tugas Tindakan

1 Penyediaan kertas kerja program. Setiausaha Program


- Membentangkan kertas kerja dan
mendapatkan persetujuan asas dari pihak-
pihak penganjur dan pelaksana program
melalui mesyuarat dan bersemuka.
- Mesyuarat Kali Pertama
2 Pelantikan AJK Program secara rasmi Setiausaha Program

3 Mengaktifkan sebuah tempat bagi pelaksanaan AJK Persiapan Tempat


kerja-kerja asas program. Setiausaha Program

Cadangan: Bilik Mesyuarat Sekolah


4 Mesyuarat Kali ke 2 AJK Program

5 Menjalankan kerja-kerja penyediaan, percetakan Setiausaha Program


dan mengirim surat-menyurat, kad /surat
jemputan.
HBHE 3203

6 Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan Setiausaha Program


khidmat pos laju, email, mesin faksimili atau
pertemuan peribadi. (kepada agensi-agensi dan
individu terlibat)

7 Menyenaraikan dan menyediakan peralatan- JK Peralatan


peralatan yang perlu digunakan untuk gotog-
royong

8 Menyediakan hadiah dan cenderahati AJK Hadiah

9 Tempahan makanan untuk jamuan dan jamuan AJK Jamuan


VIP

10 Menyediakan dewan untuk kegunaan ucapan dan AJK Persiapan Tempat


tujuan pelancaran.

11 Kerja pembersihan tempat-tempat gotong-royong. Semua AJK dan


peserta

8. PENGANJUR
Jawatankuasa 3K

9. TARIKH CADANGAN
20hb Jun 2010 (Sabtu)

10. TEMPAT
Kawasan Sekitar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun

11. MASA
11.00 pagi hingga 12.30 pagi

12. PAKAIAN
Pakaian Sukan

13. PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN


HBHE 3203

Wakil PIBG, Guru-guru dan murid-murid Tahun 4 hingga Tahun 6

14. CARTA ORGANISASI

AJK INDUK GOTONG ROYONG

Penasihat : Pn. Lim Moy Tiang


Pengerusi : Pn. Cheng Su Shan (Guru Penolong Kanan HEM)
Timbalan Pengerusi : Pn. Sai Ai Mei (Guru Penolong Kanan 1)
Setiausaha : En. Tan Ching Hing (Penyelaras 3K)
Bendahari : En. Tang Yong Tack (Setiausaha 3K)

AJK :
Pn. Lee Li Ju
En. Pua Boon Keng
Pn. Leng Kim Puay
Pn. Yong Fui Yee
Pn. Gan Swee Eng
Pn. Ainun Binti Che Omar
Pn. Tan Hui Yen
Pn. Ng Lay Khim
Pn. Sopiah Binti Ramli
Pn. Khoo Yee Ling
Pn. Bong Yit Fong

JAWATANKUASA PELAKSANA GOTONG-ROYONG

PENASIHAT : Pn. Lim Moy Tiang


Guru Besar SJK C Ai Chun

PENGERUSI : Pn. Cheng Su Shan


Pen.Kanan HEM

TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Sai Ai Mei


Pen.Kanan Satu

SETIAUSAHA : En. Tan Ching Hing


Penyelaras 3K
HBHE 3203

BENDAHARI : En. Tang Yong Tack

AJK :

SAMBUTAN PROTOKOL
Guru Besar SJK C Ai Chun Pn. Khoo Yee Ling
Semua PK

HADIAH DOKUMENTASI
Pn Yong Fui Yee Pn Ng Lay Khim

SIARAYA KEBERSIHAN &


En Tang Yong Tack KAWASAN SEKOLAH
Pn. Sopiah Binti Ramli

MAKANAN & MINUMAN PERALATAN


Pn Bong Yit Fong En Pua Boon Keng
Pn Lee Li Ju

KAWALAN MURID JURUACARA MAJLIS


Pn Ainun Binti Che Omar Pn Leng Kim Puay

BUKU PROGRAM PERSIAPAN TEMPAT


Pn Tan Hui Yen Pn. Gan Swee Eng

15. CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS


15.1 Pembinaan Rumah Hijau

 Kemudahan ini disediakan sebagai tempat untuk murid menanam tumbuh-


tumbuhan bagi tujuan pelajaran.
15.2 Pembinaan pondok
 Kemudahan ini disediakan sebagai tempat berteduh dan sudut bacaan bagi
murid.

 Pondok tersebut akan dicat dengan warna yang terang

16. JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT AGIHAN


KAWASAN

BIL. KAWASAN KETUA


Kawasan lapang Pn. Tan Hui Yen
1.
( hadapan Blok A )
2. Kawasan lapang En Tan Ching Hing
HBHE 3203

( hadapan Blok B )

AGIHAN TUGAS MENGIKUT KELAS

Bil Kawasan/Kelas Guru Dan Kumpulan Terlibat

1. 1. Pn Ainun Binti Che Omar


Kawasan lapang 2. Pelajar Tahun 4A dan 5A (30 orang)
( hadapan Blok A ) 3. Wakil PIBG (10 orang)

2. 1. Pn Sopiah Binti Ramli


Kawasan lapang 2. Pelajar Tahun 5A dan 6A (30 orang)
( hadapan Blok B ) 3. Wakil PIBG (10 orang)

17. TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.00 pagi Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah

8.15 pagi Ucapan YDP

8:20 pagi Ucapan Guru Besar SJK C Ai Chun

8:25 pagi Taklimat agihan tugas

8.30 pagi Gotong–royong bermula

10.00 pagi REHAT

10.45 pagi Aktiviti diteruskan

11.45 pagi Hadirin berkumpul dan menyimpan alatan

12.30 petang Makan tengahari dan majlis bersurai

18. ANGGARAN PERBELANJAAN

BI PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN (RM)


L
1 Perbelanjaan Cetakan
Booklet Program RM0.50 X 10 RM 5.00
Surat-menyurat RM0.50 X 4 RM 2.00
HBHE 3203

Jumlah Perbelanjaan Cetakan RM 7.00


2 Peralatan
1. Tin Cat ( Batu perhiasan ) RM25.00 x 3 RM 75.00
2. Berus Cat RM 2.50 x 10 RM 25.00
3. Penggarit RM 6.00 x 5 RM 30.00
4. Berus Cat
RM 0.50 x 10 RM 5.00
5. Plastik Beg Sampah
6. Paku RM 0.02 x 100 RM 2.00
7. Gergaji RM25.00 x 1 RM 50.00
8. Kayu RM 6.00 x 20 RM 120.00
9. Papan RM 8.00 x 30 RM 240.00
Jumlah Perbelanjaan Promosi RM 547.00
3. Jamuan
Makan tengahari RM2.00 X 100 orang RM 200.00
Jumlah Perbelanjaan Jamuan RM 200.00
4. Hadiah Dan Cenderahati
Cenderahati RM10.00 X 1 orang RM 10.00
Jumlah Perbelanjaan Hadiah RM 10.00
5. Lain-lain perbelanjaan RM 100.00
Jumlah Perbelanjaan Keseluruhan RM757.00

SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN


Sumbangan diperolehi daripada:
a) PIBG = RM 500.00
b) Kantin Sekolah = RM 100.00
SJK C Ai Chun
c) Sumbangan Guru = RM 100.00
d) SJK C Ai Chun = RM 100.00
Jumlah Keseluruhan = RM 800.00

Ulasan bendahari:
Peruntukan ini amat diperlukan untuk melancarkan perlaksanaan program gotong-royong.
Peruntukan ini dibayar melalui akaun PIBG.

Tandatangan bendahari,

____________________
( En Tang Yong Tack )
HBHE 3203

Penutup
Akhir sekali, diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid agar
mereka menyedari akan kepentingan kebersihan persekitaran dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang sihat dan ceria.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

___________________ ___________________
( En Tan Ching Hing ) ( Pn Gan Swee Eng )

Setiausaha 3K
SJK C Ai Chun,
Tenang Stesen, Segamat.

Ulasan oleh GPK HEM:


Program ini sesuai dijalankan untuk kepentingan penjagaan kebersihan dan keceriaan
persekitaran sekolah.

Diluluskan oleh,

________________________
( Pn. Lim Moy Tiang)
Guru Besar SJK C Ai Chun
HBHE 3203

Rujukan

skdk-pibg.zoom-a.com. (2006). Retrieved Mac 4, 2011, from KERTAS KERJA 2006/1:


http://skdk-pibg.zoom-a.com/kk200601.html

Scribd. (2009). Retrieved Mac 3, 2011, from Kertas Kerja Gotong Royong 04122009:
http://www.scribd.com/doc/39295126/Kertas-Kerja-Gotong-Royong-04122009

Cornell University Library. (2010, February). Retrieved Mac 1, 2011, from Citation
Management: http://www.library.cornell.edu/newhelp/res_strategy/citing/apa.html

.docstoc. (2011). Retrieved Mac 5, 2011, from .docstoc:


http://www.docstoc.com/docs/20995139/SENARAI-SEMAK-PENYEDIAAN-
KERTAS-KERJA

Hanne Lore Koehler. (2011). Retrieved Mac 1, 2011, from Preschool Wall Mural:
http://www.koehlerart.com/gallery_pages/Fgallery21-3.htm

Odyssey Community School. (2011, Mac). Retrieved Mac 4, 2011, from Plans for the Odyssey
Community School’s Community Garden: http://ashevilleprivateschool.com/odyssey-
community-school/plans-for-the-odyssey-community-schools-community-garden/

Dave Roos. (n.d.). HowStuffWorks, Inc. Retrieved Mac 2, 2011, from 5 Tips for More
Effective PowerPoint Presentations:
http://communication.howstuffworks.com/effective-powerpoint-presentations1.htm

Noraazam, M. (2010). HBHE3203 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran. Selangor:


OUM.
HBHE 3203

Lampiran A

You might also like