You are on page 1of 31

PMS 2013

FIQAH MUAMALAT

TEORI AKAD
KHIYAR

1
KHIYAR
 Khiyar
 Dari segi bahasa : Memilih, menyisihkan, dan
menyaring (menapis)

 Dari segi istilah : Suatu hak yang diberikan kepada


pihak yang berakad sama ada hendak meneruskan
akad yang dibuat atau membatalkannya bertujuan
untuk memastikan adanya kerelaan hati mereka dan
menjaga kepentingan pihak-pihak yang berakad.

2
KHIYAR
 Khiyar

 Hukum khiyar adalah harus mengikut syarat-syaratnya yang


tertentu. Penjual dan pembeli harus melakukan khiyar selagi kedua-
duanya belum berpisah.

 Hukum ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan daripada


Hakim bin Hizam, berkata ia : Rasulullah telah bersabda :
“Penjual dan pembeli harus melakukan khiyar selagi kedua-duanya
bersikap benar dan menerangkan, diberkati bagi kedua-duanya pada
jualbeli kedua mereka, dan jika kedua-duanya menyembunyikan dan
berbohong, dimusnahkan keberkatan jualbeli keduanya itu.”

3
4
KHIYAR SYARAT

 Khiyar
 Khiyar Syarat
 Suatu pihak atau kedua-dua pihak yang berakad
mempunyai hak untuk berkhiyar jika disyaratkan dalam
akad.
 Tempoh berkhiyar syarat mengikut ulama fiqah:
 Mazhab Syafii dan Hanafi : Tempoh itu tidak melebihi 3 hari
berdasarkan kepada hadith sahih Rasulullah s.a.w.
 Mazhab Hambali : Tempoh itu boleh lebih dari 3 hari asalkan
satu tempoh yang ditentukan tanpa mengira lama atau sekejap
masanya.

5
KHIYAR SYARAT
 Khiyar
 Khiyar Syarat
 Akad yang Dibolehkan Khiyar Syarat
 Akad yang boleh menerima fasakh adalah akad-akad lazim
yang tidak mutlak dan akad-akad tidak lazim seperti akad
jualbeli, sewaan, wadi‘ah, ‘ariyah dan sebagainya.
 Kesan Syarat Pilihan kepada Akad
 Akad yang masih terikat dengan syarat pilihan ini dianggap
sebagai akad yang tidak mengikat.

6
KHIYAR SYARAT
 Khiyar
 Khiyar Syarat
 Syarat khiyar ini akan tamat:
 Apabila pihak yang diberi pilihan itu telah meneruskan atau
membatalkan akad yang dibuat semasa tempoh pilihan tersebut.
 Tamatnya tempoh pilihan tanpa sebarang tindakan daripada
pihak yang berkenaan.
 Berlakunya kerosakan pada barang tersebut sewaktu berada di
tangan orang yang sedang membuat pilihan.
 Apabila pihak yang diberi pilihan itu meninggal dunia. Ini
adalah pendapat mazhab Hanafi dan Hambali. Bagaimanapun,
mazhab Syafii dan Maliki berpendapat hak khiyar itu akan
berpindah kepada warisnya kerana hak itu ialah hak harta.

7
KHIYAR TA‘YIN
 Khiyar
 Khiyar Ta‘yin
 Salah satu pihak diberi peluang untuk membuat pilihan
dengan menentukan subjek akad itu.
 Biasanya ia berlaku pada akad yang ada balasan dan
berbentuk benda seperti akad jualbeli.
 Bagaimanapun sebahagian besar ulama tidak
membenarkannya kerana ia akan menjadikan subjek
akad itu tidak jelas (gharar) melainkan Imam Hanafi,
Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad.

8
KHIYAR TA‘YIN
 Khiyar
 Khiyar Ta‘yin
 Contoh: Seorang pembeli diberi pilihan oleh penjual
terhadap 2 buah jam tangan pada harga yang berlainan
.Pembeli tersebut berhak memilih atau memilih satu
sahaja.
 Contoh: kereta yang mempunyai 3 jenis kereta yang
berlainan iaitu Audi,Perdana V6,Dutson yang mempunyai
kualiti dan harga yang berlainan .Dalam keadaaan ini
penjual mempunyai pilihan untuk menentukan barang,
harga dan kualiti subjek kontrak tersebut.

9
KHIYAR TA‘YIN
 Khiyar
 Khiyar Ta‘yin
 Syarat khiyar ini:
 Subjek akad ini mestilah tidak lebih dari 3 jenis.
 Subjek akad ini tidak sama di antara satu sama lain.
 Setiap subjek akad ini dinyatakan harganya.
 Tempoh membuat khiyar ini ditentukan.
 Mengikut Imam Hanafi : Tidak melebihi 3 hari.
 Mengikut Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad : Boleh
melebihi daripada 3 hari asalkan ditentukan dan dipersetujui oleh
kedua belah pihak.
 Hak memilih ini akan gugur jika pihak yang diberi
pilihan itu telah menentukan subjek akad tersebut sama
ada secara langsung dan secara tidak langsung atau
subjek akad itu telah rosak ketika dalam tangan pihak
yang diberikan hak khiyar tersebut. 10
KHIYAR TA‘YIN
 Khiyar
 Pendapat sebahagian fuqaha tentang Khiyar Ta‘yin
 Imam Syafie dan Hambali: mereka tidak menerima khiyar
ini kerana:
 mereka berpendapat sekiranya subjek kontrak tersebut tidak
ditentukan dengan teliti, ianya tidak akan selari dengan prinsip
asas urus niaga dalam islam.
 mereka juga berpendapat tidak ada sebarang hadis yang
menyentuh tentang khiyar ini

11
KHIYAR RU’YAH
 Khiyar
 Khiyar Ru’yah
 Hak khiyar diberikan kepada salah satu pihak yang berakad
sama ada hendak meluluskan akad yang dibuat atau
membatalkannya setelah melihat subjek akad itu.
 Khiyar ini diberikan sekiranya pihak berkenaan belum lagi
melihat benda yang dijadikan subjek akad ini semasa atau
sebelum akad itu dibuat.
 Jarak masa antara melihat atau membuat akad itu harus
pendek sehingga tidak mungkin berlaku perubahan pada
subjek akad itu dalam tempoh tersebut atau bergantung
kepada jenis barang dagangan tersebut sama ada tahan lama
atau tidak atau bergantung kepada ‘uruf setempat.

12
KHIYAR RU’YAH
 Khiyar
 Pendapat fuqaha tentang Khiyar Ru’yah
 Imam Hanafi, Maliki:
 mereka berpendapat khiyar boleh di gunakan oleh pembeli
sahaja dan bukannya penjual
 Imam Shafi’i:
 menolak dengan tegas
 Beliau berpendapat setiap urusniaga adalah tidak sah jika
barangan yang tidak wujud dan tidak di lihat
 Imam Hambali:
 memberi kuasa pemilihan kepada kedua-dua pihak iaitu
pembeli dan penjual.

13
KHIYAR RU’YAH
 Akad yang Boleh Menerima Khiyar Ru’yah ialah:
 Akad jual beli yang subjeknya adalah barang jualan
tertentu.
 Akad sewaan yang boleh pihak berkenaan melihat
dahulu subjek akad tersebut.
 Perjanjian perdamaian ke atas sesuatu subjek itu
yang belum dilihat oleh pihak yang berkenaan.

14
KHIYAR RU’YAH
 Khiyar
 Khiyar Ru’yah
 Syarat-syarat Khiyar Ru’yah:
 Pihak yang berakad belum melihat subjek akad semasa atau
sebelum akad dibuat.
 Subjek akad ialah suatu zat yang tertentu bukannya sifat
tertentu.
 Akad tersebut boleh menerima fasakh.
 Pilihan hanya boleh dibuat sesudah pihak berkenaan melihat
subjek akad tersebut.

15
KHIYAR RU’YAH
 Khiyar
 Khiyar Ru’yah
 Waktu Membuat Khiyar dan Tempohnya.
 Ia hendaklah dilakukan setelah melihat subjek akad itu
walaupun tidak dinyatakan dalam perjanjian semasa akad
dilakukan.
 Tidak ada tempoh masa tertentu untuk tamat.
 Bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat khiyar ini mesti
terhad dalam tempoh tertentu yang membolehkan pihak
berkenaan menerus atau membatalkan akad tersebut.

16
KHIYAR RU’YAH
 Khiyar
 Khiyar Ru’yah
 Kesan Khiyar Ru’yah
 Hak membuat penentuan setelah melihat subjek akad tersebut
adalah hak yang sabit secara mutlak.
 Sesiapa pun tidak boleh menafikan hak ini walaupun pihak
yang berhak sendiri.
 Akad yang tertakluk kepada syarat khiyar ini ialah akad harus
bagi pihak yang memperolehi hak tersebut dan boleh
dibatalkan pada bila-bila masa.

17
KHIYAR RU’YAH
 Khiyar
 Khiyar Ru’yah
 Perkara-perkara yang Menggugurkan Hak Khiyar Setelah
Melihat
 Pihak yang berhak tersebut rela dengan akad itu.
 Pihak yang berhak tersebut telah melakukan sesuatu ke atas
subjek akad itu seperti menjual, menghadiahkan atau
sebagainya.
 Subjek akad itu rosak di tangan pihak yang berhak itu.
 Pihak yang berhak itu meninggal dunia sebelum melakukan
sesuatu tindakan. Mazhab Maliki berpendapat, hak tersebut
berpindah kepada waris si mati.

18
KHIYAR ‘AIB
 Khiyar
 Khiyar ‘Aib
 Hak memilih untuk membatalkan akad disebabkan
kecacatan pada subjek akad berkenaan.
 Hak ini digunakan jika subjek akad itu suatu yang
ditentukan zatnya.
 Sekiranya subjek akad itu telah ditentukan sifatnya
seperti akad salam, maka hak ini tidak boleh digunakan.

 Kecacatan yang Mengharuskan Hak Memilih Digunakan


 Kecacatan ini ialah yang mengurangkan nilai harga barang
tersebut.

19
KHIYAR ‘AIB
 Khiyar
 Khiyar ‘Aib
 Syarat Khiyar ‘Aib
 Kecacatan subjek akad tersebut berlaku sebelum diterima oleh
pihak penerima akad tersebut.
 Pihak penerima akad tersebut tidak mengetahui adanya
kecacatan tersebut sewaktu akad dilakukan dan tidak bersedia
menerimanya.
 Semasa akad dibuat, tidak disyaratkan supaya pihak yang
menerima akad berkenaan melihat terlebih dahulu subjek akad
berkenaan.

20
KHIYAR ‘AIB
 Khiyar
 Khiyar ‘Aib
 Waktu Membuat Khiyar ‘Aib dan Tempohnya.
 Pendapat fuqaha mengenainya
 Pandangan fuqaha Hanafi dan Hambali:
 Bolehlah dilakukan secara bertangguh kerana ia disyariatkan
untuk mencegah kemudaratan, oleh itu tiada terbatal kerana
lewat.
 Pandangan fuqaha Shafi’i dan Maliki:
 Hendaklah dilakukan dengan segera dan serta-merta
 Kalau ada keperluan lain yang lagi mendesak seperti sakit,
hendak solat, itu tidak dikira sebagai tangguh, oleh itu boleh.

21
KHIYAR ‘AIB
 Khiyar
 Khiyar ‘Aib
 Kesan Khiyar ‘Aib
 Kecacatan pada subjek akad tidak memberi kesan kepada
hukum akad, akad tetap wujud dan sah.
 Bagaimanapun, akad boleh dibatalkan oleh pihak yang rugi
disebabkan kecacatan tersebut kerana ia merupakan akad harus
yang boleh dibatalkan.
 Ia boleh dibatalkan walaupun tidak dipersetujui oleh pihak
yang satu lagi.

22
KHIYAR ‘AIB
 Khiyar
 Khiyar ‘Aib
 Perkara-Perkara yang Menggugurkan Hak Khiyar ‘Aib
 Pihak yang berkenaan bersetuju dengan kecacatan tersebut
secara jelas ataupun secara tindakan.
 Terjadinya kecacatan baru pada subjek akad itu sewaktu
berada di tangan pihak yang diberi hak khiyar tersebut.
 Berlaku pertambahan atau perubahan pada subjek akad
tersebut setelah diterima oleh pihak penerima seperti
pertambahan secara terpisah iaitu melahirkan anak atau
pertambahan secara tidak terpisah iaitu baju yang sudah
tercelup warna lain.

23
KHIYAR MAJLIS
 Khiyar
 Khiyar Majlis
 Hak membuat pilihan atau memilih kepada kedua-dua
pihak yang berakad sama ada untuk menerima atau
menolak sebarang urus niaga selagi berada dalam majlis
akad serta belum berpisah darinya.
 Hanya kepada sesuatu akad yang bersifat mengikat
kedua belah pihak yang melaksanakan akad seperti akad
al-bai‘ atau al-ijarah.

24
KHIYAR MAJLIS
 Khiyar Majlis
 Pendapat fuqaha mengenai Khiyar Majlis
 Pandangan fuqaha Syafi’i dan Hambali:
 Mereka menyatakan khiyar ini sah dan termaktub selagi
kedua-dua pihak masih berada dalam majlis akad atau di
dalam tempat untuk mementerai penjanjian tersebut.
 Kedua-dua belah pihak mempunyai hak sama ada untuk
menerima atau membatalkan perjanjian tersebut.
 Pandangan fuqaha Hanafi dan Maliki:
 Mereka menolak khiyar majlis selagi tidak berpisah dengan
menyatakan bahawa sekali perjanjian tersebut dipersetujui
tiada pihak yang berhak membatalkan perjanjian yang telah
termaktub.
 Oleh itu, kedua-dua pihak hanya boleh membuat khiyar
majlis hanyalah sebelum selesai akad jualbeli tersebut.

25
KHIYAR RUJUK
 Khiyar
 Khiyar Rujuk
 Hak untuk membatalkan sesuatu tawaran yang telah
ditawarkan yang hanya melibatkan pihak yang
menawarkan sesuatu perjanjian dan bukannya pihak
yang menerima sesuatu tawaran.

26
KHIYAR RUJUK
 Khiyar Rujuk
 Pendapat fuqaha mengenai Khiyar Rujuk
 Pandangan Hanafi dan Hambali:
 Mereka berpendapat tawaran yang dilakukan boleh ditarik balik pada
bila-bila masa sebelum tawaran tersebut diterima oleh pihak yang
satu lagi.
 Pandangan Syafi’i:
 Mereka berpendapat tidak boleh ditarik balik ,terdapat pencanggahan
kerana hak untuk menerima tawaran mestilah dilaksanakan dengan
serta-merta sebaik sahaja tawaran tersebut dilakukan.
 Pandangan Maliki:
 Pihak yang memberi tawaran terikat dengan tawaran yang telah
diutarakan sehingga majlis dibubarkan.
 Pihak yang memberi tawaran tidak boleh menarik balik tawaran
yang telah diberikan dan tawaran tersebut terikat kepadanya
sehingga majlis berakhir.

27
KHIYAR QABUL
 Khiyar Qabul
 Pilihan untuk menerima apabila sesuatu tawaran itu telah
ditawarkan atau jika sesuatu tawaran dibuat, pembeli boleh
membuat pilihan.
 Pendapat fuqaha mengenai Khiyar Qabul
 Pandangan Hanafi, Maliki dan Hambali:
 Mereka berpendapat tawaran yang dilakukan boleh ditarik balik
pada bila-bila masa sebelum tawaran tersebut diterima
Berpendapat bahawa penerima tawaran mestilah diberikan masa
untuk mempertimbangkan tawaran yang diberikan.
 Pilihan untuk menerima mesti dilakukan pada bila-bila masa
sebelum perjumpaan tersebut berakhir..

 Pandangan Syafi’i:
 Tawaran ini mesti diterima dengan serta merta tanpa sebarang
penangguhan.

28
KHIYAR NAQDI
 Khiyar
 Khiyar Naqdi
 Khiyar yang mensyaratkan pembeli apabila mereka
tidak menyerahkan kesemua jumlah harga dalam masa
yang tertentu iaitu dalam masa 3 hari maka jual beli di
antara mereka akan terbatal dengan sendirinya.

29
KHIYAR NAQDI
 Khiyar Naqdi
 Sebab-sebab khiyar ini terbatal:
 Pembeli mati.
 Pembeli menjualkan barang tersebut dalam tempoh khiyar ini,
jual beli itu sah dan pembeli mesti membayar harta tertunggak.
 Pembeli merosakkan barang yang dibelinya pada masa khiyar
tersebut.
 Pembeli telah menyebabkan barang tersebut menjadi cacat
yang ia tidak boleh dikembalikan semula kepada penjual dan
waktu itu ia belum lagi membayarnya. Namun begitu,penjual
berhak meminta ganti rugi di atas kecacatan tersebut..

30
KHIYAR
 Bayaran Ganti Rugi

 Sekiranya hak khiyar tidak boleh digunakan, pihak


yang berkenaan tidak boleh membatalkan akad
yang dilakukan sebaliknya boleh meminta bayaran
ganti rugi daripada pihak yang satu lagi.

31

You might also like