You are on page 1of 8

PERSEDIAAN MENGAJAR, PENGAJARAN MAKRO DAN MIKRO

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR / PENGAJARAN MAKRO

Semua guru perlu merancang pengajaran masing-masing untuk memastikan


keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar , disamping mengurangkan
masalah-masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membuat
perancangan pengajaran guru perlu melaksanakan beberapa perkara :

• Meneiiti dan mentafsir sukatan pelajaran


• Membuat skema Rancangan Kerja untuk sesuatu tahun, dan
• Menyediakan Persediaan Mengajar Harian

Persediaan Mengajar yang juga dikenali sebagai Rancangan Pengajaran Harian yang
lengkap perlu dirancang dan disediakan. Persediaan mengajar yang disediakan dengan
jelas, teliti dan lengkap adalah kunci kejayaan kepada guru. Melalui Persediaan
mengajar yang lengkap dan sistematis membolehkan guru :

a. Menentukan objektif pelajaran supaya guru tidak terkeluar dari apa yang
dirancang
b. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam masa
yang diperuntukkan
c. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan dan
minat pelajar
d. Menentukan dan menyediakan BBM yang perlu
e. Merancang aktiviti murid-murid
f. Mengawal bilik darjah dengan baik
g. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
h. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid
i. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan
j. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur
k. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran
l. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
m. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran

zba 1
Format Persediaan Mengajar / Rancangan Pengajaran Harian

Tahun (kelas) : Tarikh :


Bilangan pelajar : Masa :
Mata pelajaran :

Tajuk yang hendak diajar :


Sub-Topik :

Pengetahuan sedia ada :


Objektif Pengajaran :

Bahan Sumber Pengajaran :


Pemikiran Kreatif & Kritis :
Nilai Murni :
Strategi P & P :
Kajian Masa Depan :
Langkah Keselamatan (jika perlu)

Pelaksanaan P & P:
Penyampaian/ Isi Pelajaran/ Kemahiran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa Pembelajaran

Set induksi:
( 5 min)

Langkah 1
( min)

Langkah 2
( min)

Langkah 3
( min)

Penilaian
( min)
Refleksi Pelajar
Pentup Rumusan Guru
( 5 min)
Refelksi Guru : 1. Sebelum P & P :

2. Selepas P & P :

Rumusan Penyelia :

* Bilangan langkah / perkembangan pengajaran tertakluk kepada isi pelajaran

zba 2
PENENTUAN OBJEK TIF

Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan
dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya.

Kegunaan Objektif

Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku atau objektif
perlakuan adalah banyak. Antaranya :

i. Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan


guru, oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan pelajar
ii. Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilai
kemajuan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran
iii. Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahan
pengajaran yang sesuai dan relevan
iv. Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi
pengajaran
v. Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan
penyelia apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran
vi. Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi
vii. Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan kendiri
viii. Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan

Penulisan Objektif

Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 komponen iaitu :

i. Perlakuan
Menyatakan, apakah yang pelajar akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan
perlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang diterima
sebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh
perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih,
merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain

ii. Syarat
Keadaan dimana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan,
bekalan, atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu perlakuan.
Sebagai contoh “dengan membaca petikan yang diberi”.

iii. Kriteria
Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam melakukan
perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai
perlakuan pelajar. Contoh, “dapat memotong kayu dalam masa 10 minit”, “dengan 90%
jawapan betul” ,”dengan tepat” .

Contoh objektif perlakuan :


Di akhir pelajaran, pelajar dapat menyenaraikan 5 dari 6 ciri usahawan dengan tepat
berdasarakan petikan yang diberikan.

zba 3
Domain Objektif

i. Kognitif
Domain yang mengandungi perlakuan yang memerlukan pengetahuan mengenai
konsep, prinsip atau ketetapan am. Contoh, selepas pengajaran pelajar dapat
menyenaraikan 10 jenis tanaman hiasan yang terdapat di kawasan sekolah dengan
100% betul

ii. Afektif
Domain yang melibatkan sikap, perasaan atau kepercayaan. Dalam domain ini
perlakuan agak sukar untuk diukur. Contoh, selepas demonstrasi pelajar akan
menunjukkan kesedaran keselamatan dalam makmal dan melaporkan kepada guru jika
ada keadaan yang berbahaya.

iii. Psikomotor
Domain yang berkaitan dengan kemahiran. Contoh, selepas tunjuk cara oleh guru
pelajar dapat melakukan cantuman tunas dengan betul.

Rumusan penulisan objektif

• Objektif perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar


• Objektif perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas, jitu dan eksplisit
• Objektif mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan pelajar
• Objektif perlu ditulis degan menggunakan perkataan oerbuatan yang boleh
dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkataan-perkataan
perlakuan itu tidak mempunyai banyak makna dan boleh dinilai atau diukur
• Tidak hanya mengkhususkan pada domain kognitif sahaja, tetapi juga melibatkan
domain afektif dan psikomotor.

MENENTUKAN ISI PELAJARAN

Isi pelajaran yang perlu dinyatakan dalan Persediaan Mengajar adalah seperti yang
dinyatakan mengikut topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran . Walau
bagaimanapun , pemeringkatan isi pelajaran perlulah mengikut kebolehan pelajar dan
prinsip-prinsip pembelajaran. Sebagai contoh pemeringkatan isi pelajaran disusun
seperti berikut :
• Dari konsep yang mudah kepada yang kompleks
• Dari senang kepada yang mudah
• Dari yang konkrit kepada yang abstrak
• Dari konsep sudah ada dalam pengetahuan sedia ada kepada yang belum tahu
• Relevan dengan objektif yang telah ditentukan
• Mengikut urutan , teratur, mengikut perkembangan semasa dan
• Dapat menggalakan penglibatan pelajar secara aktif untuk berfikir secara kritis,
analitis dan kreatif

zba 4
PEMILIHAN SUMBER

Bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran, tahap dan
kebolehan pelajar. Menggunakan bahan yang tekini dan sesuai dengan keadaan
setempat, mempelbagaikan penggunaan bahan ( dari gambar pegun kepada
penggunaan media elektronik), bahan yang digunakan perlulah cantik , berwarna,
menggunakan saiz font yang sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar.

PENENTUAN STRATEGI PENYAMPAIAN

Guru disarankan untuk mempelbagikan penggunaan strategi pengajaran. Walau


bagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih baik digunakan.
Ini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang maksimum.
Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungan sukatan
pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isi tersebut. Isi
pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajar dengan pelbagai
cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupun isi
pelajaran dapat dipindahkan secara tidak langsung dengan menggunakan cara
pembelajaran melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan, sumbang saran, inkuiri
dan penemuan serta lakonan.

Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah dan teknik
yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada strategi yang melibatkan
dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu ditekankan. Di samping itu
penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulis dan mengira) perlu
juga di ambil kira.

PENGAJARAN MIKRO

Konsep dan Tujuan Pengajaran Mikro

a. Konsep

Pengajaran mikro digunakan untuk memperihalkan teknik pengajaran untuk


membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran
pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam
melaksanakan pengajaran mikro bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan.

b. Tujuan

Pelaksanaan pengajaran mikro akan ;


membekalkan situasi pengajaran yang realistik kepada guru pelatih
mengurangkan risiko kepada guru dan pelajar
memberi peluang kepada pelatih mengaplikasikan teori pembelajaran
meningkat dan mengembangkan pengalaman pengajaran
menjimatkan masa dan sumber dalam pengajaran dan menilai kemahiran spesifik

zba 5
Pelaksanaan Pengajaran Mikro

Dalam melaksanakan pengajaran mikro pelajar membina satu rancangan mengajar


yang singkat 5 – 20 minit berdasarkan bidang kepakarannya , membuat objektif spesifik
dan mengajarnya kepada sebilangan kecil pelajar lain. Setelah pengajaran telah
dilaksanakan satu penilaian atau pencerapan dilakukan untuk mengesan kelemahan .
Pencerapan hendaklah dilaksanakan oleh pensyarah atau penyelia, rakan-rakan dan
kendiri. Seterusnya satu perancangan semula perlu dilaksanakan untuk tujuan
penambahbaikan. Pengajaran mikro merupakan satu kitaran atau satu pusingan seperti
yang digambarkan dalam rajah di bawah :

Perancangan
(RPH)

Pencerapan Pengajaran
( komen ) ( mengajar)

rajah : Kitaran pengajaran mikro

Kemahiran-Kemahiran dalam Pengajaran Mikro

a. Kemahiran set induksi

Set induksi merupakan satu proses yang digunakan dalam permulaan pengajaran,
apabila menukar topik, sebelum soal jawab sebelum pertunjukan slaid atau video
dengan tujuan menarik perhatian pelajar dan mendorong pembelajaran. Prinsip-prinsip
set induksi seperti berikut :
• memfokuskan perhatian pelajar terhadap apa yang hendak di ajar
• membentuk satu rangka rujukan semasa pengajaran
• memberi makna terhadap sesuatu konsep atau makna baru
• merangsang minat dan penglibatan murid
• meletakkan murid dalam set mental atau keadaan yang sesuai untuk belajar
• menggalakkan pelajar enyertai pelajaran dengan giat.
• mewujudkan keadaan ingin tahu dikalangan murid

b. Kemahiran menggunakan papan tulis

Papan tulis penting dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dari segi menjelaskan
lagi penerangan guru tentang fakta, konsep atau idea yang abstrak. Oleh itu racangkan

zba 6
bagaimana penggunaan papan tulis dari segi masa, pembahagian ruang dan
penglibatan pelajar
c. Kemahiran variasi ransangan

Kemahiran ini adalah untuk membangkitkan perhatian pelajar dan mefokuskan perhatian
pelajar kepada fakta penting dalam pelajaran. Variasi ransangan berkait rapat dengan
kebijaksanaan guru pelatih mempelbagaikan strategi pengajaran, kecekapan
penggunaan alat bantu mengajar , persekitaran bilik darjah, komunikasi verbal dan non-
verbal guru.

d. Kemahiran penyoalan

Penyoalan merupakan satu aspek penting yang boleh mebawa pelajar kepada aktiviti
kognitif aras tinggi. Oleh itu guru harus faham dan tahu tentang kepentingan soalan
dalam pengajaran dan pembelajaran seperti membantu pelajar mengingat kembali
fakta-fakta dan mencungkil fikiran pelajar. Soalan yang dibentuk hendaklah dirancang
dengan rapi dan mengikut kebolehan pelajar

i. Panduan menyoal
• pastikan soalan jelas
• nyatakan soalan, tunggu 2-3 saat dan kemudian panggil nama pelajar yang
dikehendaki menjawab soalan berkenaan
• tanya satu soalan pada satu masa
• gunakan soalan arar rendah dahulu dan diikuti dengan soalan aras yang
lebih tinggi
• gunakan teknik “probing” untuk membantu pelajar memberikan jawapan.

ii. Aras soalan


Berdasarkan taksonomi Bloom terdapat 6 aras soalan :
• Pengetahuan
• Kefahaman
• Aplikasi
• Analisis
• Sintesis
• Penilaian

e. Kemahiran menggunakan pengukuhan

Guru yang mempunyai kemahiran pengukuhan dapat menggalak pelajar menjawab


soalan, mengemukakan cadangan dan secara keseluruhannya dapat melibatkan pelajar
melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah.

f. Kemahiran penutup

Penutup haruslah sesuai dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah disampaikan.
Semasa penutup ini aktiviti susulan juga harus dirancang dengan teliti dan ada
kesinambungan dengan pelajaran akan datang. Di samping itu tujuan penutup adalah
untuk menarik perhatian perhatian pelajar tentang pelajaran baru yang dipelajari,

zba 7
mengukuhkan konsep, prinsip atau kemahiran baru, mewujudkan perasaan pencapaian
dan kejayaan dan peluang mengaplikasi konsep dan kemahiran baru.

zba 8

You might also like