You are on page 1of 183

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SEKOLAH RENDAH (PGSR)


MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL PENDIDIKAN ISLAM


PENDIDIKAN RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Jun 2010


Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan


saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010


Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak


ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

i
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010


Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

ii
MUKA SURAT
KANDUNGAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i


Falsafah Pendidikan Guru i
Notis Hak Cipta ii
Kata-Alu-aluan Rektor iii

kandungan iv

Panduan Pelajar vi

Pengenalan vii
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) viii

Tajuk 1: Pengenalan konsep sirah dalam Islam 1


1.0 Sipnosis 1
1.1 Hasil Pembelajaran 1
1.2 Kerangka Tajuk 2
1.3 Konsep Sirah 2
1.4 Objektif Pengajian Sirah 3
1.5 Sumber Pengajian Sirah 4
1.6 Keistimewaan Pengajian Sirah 5
1.7 Tajuk-Tajuk secara umum dalam Pengajian 6
Sirah
Tajuk 2: Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan 9
Islam sekolah rendah
2.0 Sipnosis 9
2.1 Hasil Pembelajaran 9
2.2 Kerangka Tajuk 10
2.3 Sebelum Kebangkitan Sebagai Nabi 10
2.4 Pemasyhuran Kenabian dan Dakwah 11
Islamiah
2.5 Hijrah ke Madinah dan Peristiwa-Peristiwa 11
Berkaitan

iv
2.6 Pembukaan Kota Mekah dan Peristiwa- 12
Peristiwa Berkaitan

Tajuk 3: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam 14


Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Rendah tahun 1 dan tahun 2
3.0 Sipnosis 14
3.1 Hasil Pembelajaran 15
3.2 Kerangka Tajuk 16
3.3. Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w. 16
3.3.1 Sebelum Kelahiran 20
3.3.2 Semasa Kelahiran 21
3.3.3 Selepas Kelahiran 21
3.3.4 Kesan Tanda-tanda Kenabian Nabi 22
Muhammad s.a.w
3.4. Salasilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w 23
3.5. Penyususuan Nabi Muhammad s.a.w 26
3.6. Nabi dididik dalam Masyarakat Desa 28
3.6.1 Keadaan Masyarakat Arab Tempat Nabi 28
Dibesarkan
3.6.2 Tujuan Nabi di Hantar ke Desa 28
3.6.3 Nilai-nilai Murni Masyarakat Desa 29
3.6.4 Kesan Pembentukan Diri dan Pengalaman di 30
Desa
3.7. Kewafatan Bapa dan Ibu Nabi 31
3.7.1 Peristiwa Kewafatan Bapa Nabi 31
3.7.2 Peristiwa Kewafatan Ibu Nabi 32
3.7.3 Kesan Kewafatan Bapa dan Ibu 33
3.7.4 Menghargai Jasa Ibu Bapa 35
3.7.5 Anak-anak Yatim di dalam Islam 36
3.8. Kematian Datuk Nabi 37
3.8.1 Pengalaman Nabi Bersama Datuk 37

v
3.8.2 Peristiwa Kematian Datuk Nabi 37
3.8.3 Kesan Kematian Datuk ke atas Diri Nabi 38
3.8.4 Pengajaran dari Peristiwa yang 39
Mendukacitakan Nabi
3.8.5 Menyayangi Datuk dan Nenek 40
3.9. Pemeliharaan Nabi Oleh Bapa Saudara 41
3.9.1 Keperibadian Abu Talib 41
3.9.2 Pengalaman yang Diperolehi Nabi semasa 41
Bersama Beliau
3.9.3 Keadaan Nabi di Pelihara oleh Bapa Saudara 42
Baginda
3.9.4 Kesan Pengalaman Nabi Bersama Bapa 42
Saudaranya.
Tajuk 4 : Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam 45
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Rendah tahun 3 dan tahun 4
4.0 Sipnosis 44
4.1 Hasil Pembelajaran 45
4.2 Kerangka Tajuk 46
4.3 Pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w 46
4.3.1 Semasa Kecil Membantu Bapa Saudara 46
4.3.2 Semasa Dewasa: Berniaga/ Usahawan 48
4.4 Perkahwinan Nabi Muhammad s.a.w 50
4.5 Peristiwa Hajarul Aswad 54
4.6 Peristiwa Di Gua Hira’ 56
4.6.1 Permulaan Wahyu 56
4.6.2 Pengajaran Kisah 59
4.7 Mukjizat al-Quran 60
4.7.1 Makna al-Quran 60
4.7.2 Mukjizat al-Quran 61
4.8 Dakwah Nabi Muhammad s.a.w Secara Sulit dan 62
Terang

vi
4.8.1 Orang Terawal Memeluk Islam 63
4.8.2 Dakwah Nabi Secara Sulit 64
4.8.3 Dakwah Nabi Secara Terang-terangan 65
4.8.4 Pengajaran Kisah 66

Tajuk 5: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam 69


Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Rendah tahun 5 dan tahun 6 Pengenalan konsep
sirah dalam Islam
5.0 Sipnosis 69
5.1 Hasil Pembelajaran 69
5.2 Kerangka Tajuk 70
5.3 Peristiwa Isra’ dan Mikraj 70
5.3.1 Sebelum Isra’ dan Mikraj 70
5.3.2 Semasa Isra’ dan Mikraj 71
5.3.3 Pengajaran Daripada Isra’ dan Mikraj 77
5.4 Perjanjian Aqabah 79
5.4.1 Perjanjian ‘Aqabah Pertama 79
5.4.2 Perjanjian Aqabah Kedua 81
5.4.3 Pengajaran Kisah 83
5.5 Hijrah Ke Madinah 84
5.5.1 Latar Belakang Hijrah 84
5.5.1 Faktor Berlakunya Hijrah 85
5.6 Piagam Madinah 90
5.6.1 Konsep Piagam Madinah dan Isi-isinya 90
5.6.2 Kesan Positif Setelah Piagam Madinah 91
Termeterai
5.6.3 Pengajaran Daripada Pembentukan Piagam 92
Madinah
5.7. Perjanjian Hudaibiyah 93
5.7.1 Latar Belakang Perjanjian dan Faktor- 93
Faktornya

vii
5.7.2 Hikmah Perjanjian Hudaibiyah 96
5.8 Pembukaan Kota Suci Mekah 97
5.8.1 Latar Belakang Sejarah Pembukaan Makkah 97
5.8.2 Sebab-sebab yang Membawa Pembukaan 97
Makkah
5.8.3 Pihak Musyrikin Ingin Memperbaharui 100
Perjanjian
5.8.4 Pergerakan Tentera Islam Ke Arah Makkah 103
5.9 Pembinaan Masjid Pertama 111
5.9.1 Masjid Quba – Masjid Pertama Dalam Islam 111
5.9.2 Pembinaan Masjid Al-Nabawi 114
5.9.3 Pengajaran Daripada Pembinaan Masjid 116
Pertama
5.10. Persaudaraan Muhajirin dan Ansar 117
5.10.1 Konsep Program Persaudaraan 117
5.10.2 Objektif Program Persaudaraan 118
5.10.3 Pengajaran Daripada Program Persaudaraan 120
5.11 Pembentukan Negara Madinah 122
5.11.1 Langkah-Langkah Bagi Pembentukan 122
Negara
5.11.2 Analisa Umum Pembentukan Negara dan 123
Piagamnya
5.12 Perkembangan Islam di Zaman Nabi s.a.w 125
5.12.1 Senario Selepas Pembukaan Kota Makkah 125
5.12.2 Pengajaran Daripada Sirah 128
5.13 Haji Perpisahan dan Kewafatan Nabi 129
5.13.1 Haji Perpisahan 129
5.13.2 Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W 132

Tajuk 6: Aplikasi Strategi pengajaran dan pembelajaran 134

sirah tahun 1- 6.
6.0 Sipnosis 134

viii
6.1 Hasil Pembelajaran 134
6.2 Kerangka Tajuk 135
6.3 Konsep Pendekatan, kaedah, strategi dan teknik 135
6.4 Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah 136
Rendah
6.5 Tajuk-tajuk Sirah Tahun 1 hingga Tahun 6 : 138
6.6 Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah 139
6.6.1 Kaedah Bercerita 141
6.6.2 Kaedah Perbincangan 145

6.6.3 Kaedah Lakonan 146

6.7 Huraian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran 149

Sirah
152
6.8 Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah
Sekolah Rendah
6.9 Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran 155

Sirah
155
6.9.1 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran Sirah Tahun 1
158
6.9.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran Sirah Tahun 2
6.10 Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran 161
Sirah

Bibliografi 165

Panel Penulis Modul 167


Panel Pemurni Modul 168

Ikon Modul 169

ix
KATA ALU-ALUAN REKTOR

Bismillahi al-Rahmani al-Rahim,

Syukur Alhamdulillah kerana Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran


Malaysia (IPG KPM) telah berjaya memulakan sesi pengajian Ijazah Sarjana
Muda Perguruan kepada guru-guru dalam perkhidmatan melalui Program
Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Kohort pertama PGSR bermula
dengan Ambilan November 2008. Kejayaan melaksanakan program
pensiswazahan guru dalam perkhidmatan ini mencipta suatu lakaran sejarah
baru kepada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Bahagian Pendidikan Guru
(BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Buku Panduan Pembelajaran untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah


Rendah ini disediakan bagi membantu pelajar mengurus dan melaksanakan
pembelajaran kendiri selaras dengan keperluan sukatan pelajaran peringkat
ijazah. Pengurusan pembelajaran kendiri merupakan sebahagian daripada waktu
pembelajaran pelajar-pelajar di peringkat ijazah seperti mana yang dikehendaki
oleh Malaysian Qualification Framework (MQF) untuk tujuan Jaminan Kualiti.

Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah adalah secara


mod Kursus Dalam Cuti (KDC) yang memerlukan pelajar berinteraksi secara
bersemuka yang berlangsung sewaktu cuti persekolahan dan meneruskan
pembelajaran secara kendiri apabila pelajar kembali bertugas di sekolah semula.
Buku Panduan Pembelajaran ini juga membantu pelajar melaksanakan
pengajian akademik mengikut spesifikasi kurikulum yang ditetapkan oleh IPG
KPM dan Bahagian Pendidikan Guru.

Tugasan terarah yang disediakan di dalam Buku Panduan Pembelajaran ini


membantu pelajar memahami kandungan kursus yang mereka ikuti dan
memperoleh pengalaman pembelajaran secara optimum. Memang menjadi
hasrat IPG dan BPG untuk melahirkan guru-guru berijazah yang profesional dan
berkualiti.

Saya percaya Buku Panduan Pembelajaran ini dapat membantu dan mendorong
pelajar melalui proses pembelajaran dengan berkesan demi mencapai matlamat
program ini.

Sekian, selamat maju jaya.

Rektor
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

iii
PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar
anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin
tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber
pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang


pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.

Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk
dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,
tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul
ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan
kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.


1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

x
Pengenalan Modul

ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH…!
Selamat berinteraksi dengan modul PIM 3106

Modul ini disusun berdasarkan Sukatan Pelajaran Pedagogi Pendidikan Islam


Sekolah Rendah (KBSR) untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
(PGSR) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS). Ia ditulis sebagai
bahan pembelajaran untuk membantu anda mendapatkan maklumat dan
menguasai kemahiran di dalamnya berasaskan konsep pembelajaran kendiri.
Modul ini dibina dalam bentuk tajuk, di mana setiap tajuk dipecahkan kepada sub
tajuk bagi memudahkan pembelajaran kendiri pelaja

Tajuk 1: Pengenalan konsep sirah dalam Islam

Tajuk 2: Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah


Tajuk 3: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 1 dan tahun 2
Tajuk 4: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 3 dan tahun 4
Tajuk 5: Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 5 dan tahun 6
Tajuk 6: Aplikasi Strategi pengajaran dan pembelajaran sirah tahun 1- 6.
Tajuk 7: Penyediaan rancangan pengajaran sirah tahun 1-6
Tajuk 8: Amali Pengajaran Sirah dan Aplikasi Bahan Sumber Pengajaran
Sirah Sekolah Rendah

Di akhir setiap unit ,disediakan beberapa soalan penilaian untuk mengukur sejauh mana
kefahaman pelajar terhadap isi modul. Pelajar dikehendaki menyediakan jawapan
kepada soalan-soalan tersebut yang mana akan dibincangkan bersama dengan
pensyarah dan rakan pelajar yang lain. Selain daripada merujuk kepada bahan modul
ini, pelajar digalakkan mencari dan mendapatkan maklumat tambahan bagi
menambahkan kefahaman terhadap tajuk yang disediakan.

xi
AGIHAN TAJUK

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15/30 jam
interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi
bersemuka atau pembelajaran melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)

xii
Bil. Tajuk/Topik Interaksi Modul Jum.
Bersemuka (jam) Jam
(jam)
1 Pengenalan konsep sirah dalam Islam
- Definisi konsep sirah
- Perbezaan Sirah dan sejarah
2 2 4
- Kepentingan sirah
2 Sirah dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam
sekolah rendah
- Konsep sirah dalam Pendidikan Islam
- Asas pelajaran sirah 2 2 4
- Pengenalan tajuk pelajaran sirah
- pelaksanaan pelajaran sirah sekolah rendah.
- Kesan pengajaran sirah
3 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
tahun 1 dan tahun 2 6 3 9
- Perincian isi kandungan tahun 1 dan 2
4 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
tahun 3 dan tahun 4 6 3 9
- Perincian isi kandungan tahun 3 dan 4
5 Analisis Huraian Sukatan Pelajaran Sirah dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
tahun 5 dan tahun 6 6 3 9
- Perincian isi kandungan 5 dan 6
6 Aplikasi Strategi pengajaran dan pembelajaran sirah
tahun 1- 6.
- Strategi dan pendekatan pengajaran sirah
- Kaedah dan teknik pengajaran sirah
6 2 8
- Aplikasi kaedah yang sesuai untuk
pengajaran sirah
7 Penyediaan rancangan pengajaran sirah tahun 1- 6 :
- Rancangan pengajaran Harian (RPH)
- Penjelasan umum mengenai konsep
rancangan kerja :
- Semester 7 7
- Mingguan
- Harian
- Refleksi dan Penambah-baikan.
- Permurnian RPH untuk pengajaran makro
8 Amali Pengajaran Sirah dan Aplikasi Bahan Sumber
Pengajaran Sirah Sekolah Rendah
- Pelaksanaan pengajaran tahun 1 hingga
tahun 6 10 10
- Mengaplikasikan bahan-bahan pengajaran
sirah tahun 1 hingga tahun 6
- Refleksi pengajaran.
JUMLAH 45 15 60

xiii
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

TAJUK 1 PENGENALAN KONSEP SIRAH DALAM ISLAM

1.0 SINOPSIS

Dalam tajuk ini akan membincangkan mengenai konsep sirah menurut


Islam. Ia merangkumi perbezaan antara sirah dan sejarah, sumber
pengajian sirah, objektif pengajian, keistimewaan sirah dan
kandungan pengajian sirah secara umum.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Melalui pengajian tajuk ini, para pelajar akan dapat menguasai beberapa
perkara seperti berikut ;

1. Menguasai dan menerangkan perbezaan antara sirah dan sejarah


dengan baik bersama hujah-hujah.
2. Menyenarai dan menjelaskan sumber-sumber pengajian sirah
dalam Islam.
3. Menguasai dan menjelaskan objektif dan keistimewaan sirah dalam
Islam.
4. Memahami dan menghuraikan kandungan isi dalam subjek
pengajian sirah dengan baik

1
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Keistimewaan Sumber Pengajian Topik-Topik


Pengajian Sirah Sirah Pengajian Sirah
Secara Umum

1.3 Konsep Sirah

Perkataan berasal daripada perkataan ( kata kerja kala lepas),


(kata kerja kala kini) dan (kata nama terbitan). Ia bermaksud
perjalanan.

Sementara maksud dari segi istilah pula ialah satu pengajian yang bukan
sekadar mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, melihat kebaikan dan
kelemahannya. Sebaliknya ia mengkaji peribadi Nabi saw dalam bentuk realiti
hidup baginda setelah memahami dasar, asas-asas Islam dan hukum-
hukumnya.

Oleh itu, jika dibandingkan dengan pengajian sejarah kedua-duanya mempunyai


perbezaan yang nyata, di mana pengajian sejarah pula ia merupakan satu
pengajian yang mengkaji peristiwa-peristiwa sejarah, mengkaji kekurangan dan
kebaikan yang terdapat dalamnya.

2
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

1.4 Objektif Pengajian Sirah

Pengajian sirah bukan sahaja mengkaji peristiwa dan mengabaikan


pengajaran yang terdapat di dalamnya, sebaliknya pengajian ini lebih
kepada meletakkannya sebagai asas dan panduan dalam hidup. Oleh itu,
melalui pengajian sirah ini, beberapa objektif berikut akan tercapai ;

1. Memahami peribadi Nabi saw yang meliputi kehidupan hariannya untuk


mengukuhkan kefahaman bahawa Nabi saw bukan sahaja seorang yang
yang hebat dalam kalangan kaumnya, malahan baginda juga mendapat
bimbingan daripada Allah sebelum kerasulannya.
2. Orang ramai (manusia seluruhnya) akan mendapati contoh teragong
dalam kehidupan mereka.

3
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3. Untuk memahami al-Quran dan menjiwai roh dan tujuannya, kerana


terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa yang
dilalui oleh Nabi saw.
4. Memahami Islam dengan tepat sama ada yang berkaitan dengan aqidah,
perundangan dan akhlak.
5. Menjadi contoh dan teladan kepada para pendakwah Islamiah dan para
guru dalam proses dakwah dan tarbiah.

1.1 Berdasarkan pengajian dan pengalaman anda, bincangkan secara


terperinci objektif pengajian sirah yang diamalkan dari dahulu sehingga
sekarang

1.5 Sumber Pengajian Sirah

Pengajian Sirah tidak sama dengan pengajian sejarah. Objkektif utama


pengajian sirah adalah untuk menjadikan Nabi saw sebagai model dan
contoh kepada umatnya. Oleh itu sumber pengajiannya pastinya adalah
yang terbaik dan dan tanpa keraguan. Para ulama menggariskan sumber -
sumber berrikut dalam pengajian sirah.

a) Al-Quran

Ia merupakan sandaran utama dalam memahami ciri-ciri umum mengenai


kehidupan Nabi saw

4
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

b) Al-Hadith Nabi saw

Kitab-kitab yang ditulis para Muhaddithin yang terkenal kebenaran dan


amanah mereka.

c) Syair zaman kenabian

Terdapat ramai kalangan orang-orang Mukmin yang menjadi penyair


mempertahankan Nabi saw daripada cercaan dan tomohan penyair
Musyrikin

d) Buku-buku sirah

Terdapat banyak buku-buku sirah yang ditulis oleh para penulis Islam
yang terkenal dengan amanah dan kebenarannya. Antara mereka ialah
Sirah Ibn Hisyam, al-Bidayah wa al-Nihayah oleh Ibn Kathir.

1.6 Keistimewaan Pengajian Sirah

Pengajian sirah bukan semata-mata menumpukan kepada peristiwa-peristiwa


yang berlaku, sebaliknya pengajaran dan pengiktibaran yang lebih diutamakan.
Oleh demikian terdapat beberapa keistimewaan tersendiri berbanding dengan

5
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

pengajian-pengajian disiplin ilmu lain. Antara keistimewaan tersebut adalah


seperti berikut ;

i. Ia merupakan sirah yang paling sahih mengenai sejarah Nabi saw. Sirah
tersebut diriwayatkan dengan kaedah ilmiah yang paling kuat lagi tepat. Ia
langsung tidak meninggalkan sebarang keraguan mengenai peristiwa-
peristiwa terkemuka.
ii. Kehidupan Nabi saw begitu jelas sekali dalam setiap peringkat. Bermula
dengan perkahwinan bapanya dan ibunya sehingga ke zaman kewafatan
Nabi saw. Segala-galanya diceritakan dengan begitu jelas.
iii. Sirah Nabi saw diceritakan sebagai seorang manusia dimuliakan oleh
Allah swt dengan penganugerahan risalah dakwah. Ia tidak keluar
daripada batasan seorang manusia dan tidak juga diselaputi dengan
dongengan-dongengan melampau serta tidak juga dikaitkan dengan unsur
ketuhanan pada diri Nabi saw.
iv. Sirah Nabi saw meliputi semua aspek kemanusiaan. Ia menceritakan
kehidupan Nabi semasa kecil sebelum dibangkitkan dengan risalahNya,
Nabi sebagai pendakwah, sebagai ketua negara,sebagai suami,bapa dan
sebagainya.
v. Sirah Nabi saw satu-satunya sumber benar dan tepat yang menceritakan
tentang bukti kenabian dan kerasulannya.

1.7 Tajuk-Tajuk secara umum dalam Pengajian Sirah

Antara kandungan Pengajian Sirah

a) Daripada kelahiran sehingga kebangkitan


i. Keturunan, kelahiran dan penyusuan.
ii. Kunjungan pertama ke negeri Syam dalam mencari rezki
iii. Perniagaan dengan harta Khadijah
iv. Penyertaan dalam pembinaan Kaabah

6
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

v. Berkhalwah dalam Gua Hira’


vi. Penerimaan Wahyu

b) Daripada kebangkitan sehingga Hijrah


i. Peringkat-peringkat dakwah
ii. Dakwah secara sembunyi
iii. Dakwah secara terbuka
iv. Penderitaan
v. Penghijrahan pertama
vi. Rombongan pertama berjumpa Nabi saw
vii. Tahun dukacita
viii. Hijrah al-Rasul ke Taif
ix. Al-Isra dan Mikraj
x. Bay ‘ah Aqabah Pertama
xi. Bay ‘ah Aqabah Kedua
xii. Hijrah ke Madinah
xiii. Mendatangi rumah Abu Ayyub

c) Asas pembinaan masyarakat baru


i. Pembinaan masjid
ii. Persaudaraan sesama Islam
iii. Penulisan perjanjian

d) Peringkat peperangan
i. Peperangan pertama yang dihadiri Nabi saw
ii. Peperangan Badar Bani Qaynuqa’ dan jenayah pertama
terhadap orang Islam
iii. Peperangan Ahud
iv. Yawm al-Raji‘ dan Bi’r al-Ma ‘unah
v. Bani al-Nadhir

7
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

vi. Peperangan Bani al-Mustalaq


vii. Peperangan al-Ahzab (al-Khandaq)
viii. Peperangan Bani Qurayzah

e) Pembukaan Kota Mekah


i. Perjanjian Hudaybiyyah
ii. Bay ‘ah al-Ridhwan
iii. Peperangan Khaybar
iv. Kepulangan Jaafar bin Abu Talib dari Habasyah
v. Umarah Qadha’
vi. Peperangan Mu’tah
vii. Pembukaan Kota Mekah
viii. Peperangan Hunaian
ix. Peperangan Tabuk
x. Abu Bakar menunaikan haji bersama orang ramai
xi. Masjid Dhirar
xii. Rombongan Thaqif memeluk Islam
xiii. Beberapa golongan memeluk Islam
xiv. Berita Keislaman ‘Adiy ibn Hatim
xv. Utusan Nabi saw kepada orang ramai untuk mengajar Islam
xvi. Usamah bin Zayd diutuskan ke al-Balqa’
xvii. Rintihan dan Kewafatan Nabi saw.

Cuba anda fikir dan bincang dengan rakan anda mengenai bahan-bahan
rujukan dalam pengajian sirah tradional dan bahan-bahan kontemporary.

8
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

TAJUK 2 SIRAH DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN


ISLAM SEKOLAH RENDAH

2.0 SINOPSIS

Dalam bahagian ini akan membincangkan tajuk-tajuk Pendidikan


Sirah yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Melalui pengajian bahagian ini, diharapkan para pelajar akan dapat


menguasai beberapa perkara seperti berikut ;

1. Menguasai dan menerangkan tajuk-tajuk Pendidikan Sirah yang akan


dipelajari oleh murid Sekolah Rendah.
2. Menyenarai dan menjelaskan pembahagian tajuk-tajuk Pendidikan Sirah
dengan baik.
3. Menguasai dan menjelaskan isi-isi dan kandungan setiap tajuk Pendidikan
Sirah dengan baik.

9
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

2.3 Sebelum Kebangkitan Sebagai Nabi

Nabi Muhammad saw. Adalah manusia luar biasa. Kehidupan baginda amat
berbeza daripada manusia lain dari dahulu sehingga sekarang. Oleh demikian
dalam bahagian ini pelajar akan didedahkan dengan tajuk-rajuk yang berkaitan
dengan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan kehidupan Nabi saw sebelum
dibangkit menjadi Nabi/Rasul saw. Antara tajuk-tajuk berikut adalah seperti
berikut.

1. Tanda-tanda kenabian
2. Salasilah keturunan Nabi
3. Penyusuan dan Pemelihraan Nabi
4. Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni
5. Kematian bapa dan ibu Nabi
6. Kematian Datuk
7. Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara
8. Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa
9. Pekhawinan Nabi
10. Peritiwa Hajarul al-Aswad

10
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

2.4 Pemasyhuran Kenabian dan Dakwah Islamiah

Tajuk ini adalah bahagian kedua daripada perjalanan kenabian. Dalam bahagian
ini perbincangan tertumpu kepada beberapa peristiwa yang berkaitan dengan
tajuk-tajuk berikut.

1. Peristiwa di Gua Hira’


2. Mukjizat Al-Quran
3. Dakwah Rasulullah (sulit dan terang)
4. Hijrah ke Habsyah
5. Pembesar Mekah terima Rasulullah
6. Tentangan terhadap Rasulullah
7. Israk dan Mikraj
8. Perjanjian Aqabah

2.5 Hijrah ke Madinah dan Peristiwa-Peristiwa Berkaitan

Dalam bahagian ini perbincangan tertumpu kepada beberapa tajuk yang


berkaitan dengan peristiwa besar Hijrah dan peristiwa-peristiwa yang berkaitan
dengannya. Antara tajuk-tajuk tersebut adalah seperti berikut.

1. Hijrah ke Madinah
2. Pembinaan Masjid pertama
3. Persaudaraan Muhajirin dan Ansar
4. Pembentukan Negara Madinah
5. Mempertahankan Madinah
6. Piagam Madinah
7. Perjanjian Hudaibiah

11
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

2.6 Pembukaan Kota Mekah dan Peristiwa-Peristiwa Berkaitan

Dalam bahagian ini, para pelajar akan didedahkan dengan beberapa tajuk yang
berkaitan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa pembukaan kota
Mekah sehingga kewafatan Nabi saw. Antara tajuk-tajuk yang berkaitan dengan
bahagian ini adalah seperti berikut.

1. Pembukaan Kota Mekah


2. Perkembangan Islam Zaman Rasul
3. Haji Wida’
4. Kewafatan Rasulullah S.A.W.

12
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

13
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SIRAH DALAM


TAJUK 3
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH
RENDAH TAHUN 1 DAN 2

3.0 SINOPSIS

Topik ini memberi pendedahan kepada pelatih dan membincangkan


mengenai isi kandungan sirah Tahun Satu dan dua. Kandungan sirah Tahun
satu yang akan dibincangkan adalah mengenai sirah Nabi pada peringkat awal
iaitu mengenai tanda-tanda kenabian Rasulullah s.a.w yang berlaku sebelum
dan selepas baginda dilahirkan. Kemudian, kita akan membicarakan pertalian
nasab Rasulullah s.a.w yang sewajarnya kita mengetahuinya supaya kita dapat
melihat susur galur nasab Nabi Muhammad s.a.w yang sampai kepada Nabi
Ismail a.s. Pendedahan yang terakhir dalam topik sirah Tahun Satu ini adalah
berkaitan dengan penyusuan baginda yang banyak pengajaran dapat kita ambil.

Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalan sirah tahun dua adalah berkaitan
peristiwa awal yang berlaku dalam kehidupan nabi khususnya berkaitan dengan
kehidupan baginda semasa masih kecil di desa. Ia juga akan membincangkan
kesan peristiwa kematian bapa dan ibu nabi serta kehidupan baginda bersama
datuk dan bapa saudara terutamanya yang berkaitan tentang kesan
pemeliharaan mereka terhadap kehidupan baginda.

Di harapkan melalui pembacaan tajuk-tajuk tersebut akan membantu pelajar-


pelajar sekelian memahami isi kandungan pelajaran sirah tahun satu dan dua
dan menganalisis sukatan pelajaran sirah bagi tahun satu dan dua.

14
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti tajuk-tajuk sirah tahun satu dan tahun dua


2. Memperincikan dan menghuraikan isi kandungan sirah dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah tahun satu dan dua
3. Merumuskan pengajaran yang dapat diteladani dari pelajaran sirah tahun
satu dan dua.
4. Mengaplikasi teknik mengajar dengan berkesan;
5. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan topik.

Pelajar-pelajar sekelian, Sebelum anda meneroka tajuk-tajuk Sirah secara


terperinci , Anda perlu menganggap bahawa pelajaran bahagian sirah
merupakan bahagian yang paling mudah untuk diterangkan kepada para pelajar.
Ini kerana para guru amat mudah menerangkannya melalui bentuk cerita, nasyid,
syair dan lakonan yang amat diminati pelajar. Ini akan membantu guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian sejauh
mana kefahaman pelajar berkaitan dengan tajuk yang telah diajar. Pelajaran
Sirah lebih berbentuk cerita dan pengamalan. Justeru itu, kita mudah menilai
sejauh mana penghayatan seorang pelajar terhadap Sirah Nabawiyyah. Oleh itu,
para guru perlu menerangkan konsep asas Sirah dengan cara mudah dan jelas
seperti bercerita dan bernasyid supaya pelajar mudah memahami serta
menghayatinya.

Perbincangan seterusnya adalah mengenai tajuk-tajuk sirah tahun satu dan


tahun dua. Pelajaran sirah tahun satu sepertimana dalam peta minda berikut;

15
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3.2 KERANGKA TAJUK

Sukatan Pelajaran Sirah

Tahun 1 Tahun 2

Tanda-tanda Kenabian Nabi Nabi dididik dalam


Muhammad s.a.w Masyarakat Desa

Salasilah Keturunan Nabi Kewafatan Bapa dan Ibu Nabi


Muhammad s.a.w

Penyususuan Nabi Kematian Datuk Nabi


Muhammad s.a.w

Pemeliharaan Nabi Oleh


Bapa Saudara

Peta minda di atas menyatakan topik-topik yang akan dibincangkan dalam sirah
tahun satu dan tahun dua. Namun begitu, jangan anda mengambil mudah
tentang topik-topik itu, kerana sebagaimana yang saya jelaskan bahawa bukan
sahaja cerita yang hendak kita fahami dengan baik tetapi juga pengajaran di
sebalik peristiwa yang berlaku. Ini akan membantu anda semasa proses
pengajaran.

3.3 TANDA-TANDA KENABIAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Saya akan memberikan hasil pembelajaran pada setiap topik yang kita
bincangkan supaya anda nampak skop perbincangan dan bersesuaian dengan
kehendak huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam:

16
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Sebelum kita membicarakan tentang tanda-tanda kenabian Nabi Muhammad


s.a.w, adalah lebih baik kita menceritakan latar belakang kelahiran baginda s.a.w.
Nabi Muhammad bin Abdullah merupakan Rasul terakhir yang diutuskan oleh
Allah s.w.t kepada sekelian umat hingga hari kiamat. Baginda menjadi yatim
semasa dua bulan dalam kandungan ibunya, kerana bapanya Abdullah bin Abdul

17
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Muththalib telah wafat di Yathrib. Baginda dilahirkan di kota Mekah pada hari
Isnin 12 Rabi’ul Awal tahun gajah, yakni tahun dimana Abraham atau Abrahah
al-Asyram berusaha menyerang Mekah dan menghancurkan ka’bah. Peristiwa
ini telah dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran iaitu dalam surah al-Fil:

Maksudnya: “Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha


Penyayang. Apakah kamu tidak memperhati kan bagaimana Tuhan
mu telah bertindak terhadap tentera bergajah. 1. Bukankah Dia
telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan ka’bah)
itu sia-sia 2. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang
berbondongbondong 3. Yang melempari mereka dengan batu yang
berasal dari tanah yang terbakar 4. Lalu Dia menjadikan mereka
seperti daun-daun yang dimakan ulat 5”.

18
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Buku Rujukan

Kisah Abrahah memang sudah diketahui umum, kerana adanya banyak kitab-
kitab tafsir yang menceritakan tentang kisahnya; Saya mencadangkan anda
supaya membaca kisahnya di dalam kitab-kitab yang mu’tabar seperti Tafsir
Ibn Kathir, Tafsirul Munir, Tafsir Pimpinan ar-Rahman dan sebagainya
sebagai bahan rujukan anda dalam memahami kisah ini.

Saya akan menjelaskan kepada anda berkenaan dengan tanda-tanda kenabian


yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Baginda s.a.w dilahirkan. Semasa
anda memberi penerangan kepada murid, anda perlu menekankan ketiga
keadaan ini supaya mereka dapat melihat tanda-tanda kenabian yang berlaku
kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan lebih jelas dan tersusun. Di bawah ini
saya tunjukkan secara grafik bagi membantu anda dalam memahami perkara di
atas:

19
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Dari grafik di atas, kita akan bincangkan kesemua peringkat masa (sebelum,
semasa dan selepas kelahiran). Anda perlu memahami peristiwa yang berlaku
dan yang lebih penting lagi adalah mengetahui pengajaran disebalik peristiwa
yang berlaku.

3.3.1 Sebelum Kelahiran

(a) Api Sembahan Kaum Majusi di Parsi Terpadam

Kaum majusi adalah golongan yang menyembah api, mereka menggangap api
adalah tuhan mereka. Di Parsi (Iran) mereka telah membina satu obor yang
besar dan api yang mereka nyalakan di dalam obor berkenaan menjadi tuhan
mereka dan meyakini bahawa api tersebut tidak akan padam buat selama-
lamanya. Namun tanggapan mereka silap kerana semasa Nabi s.a.w hendak
dilahirkan, secara tiba-tiba api sembahan mereka terpadam dan ini
menyebabkan semua masyarakat Parsi terkejut, maka rahib mereka menyatakan
bahawa ia adalah suatu petanda satu perkara besar telah berlaku.

20
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

(b) Aminah Bermimpi Supaya Anak dalam Kandungan Diberi Nama


Muhammad

Ibu kepada Nabi s.a.w, Aminah bt. Wahab adalah seorang wanita yang solehah,
beliau kerap bermimpi bertemu dengan seorang berjubah putih dan meminta
beliau memberi nama anak dalam kandungannya dengan nama Muhammad
(yang terpuji). Sememangnya nama itu tidak ada sebelum kelahiran baginda
s.a.w. Apabila baginda dilahirkan, semua orang memuji nama tersebut kerana
keindahannya dan belum ada seorang pun waktu itu yang bernama Muhammad.

3.3.2 Semasa Kelahiran

Sewaktu Baginda dilahirkan, telah berlaku perkara yang luar biasa (mukjizat) ke
atas Nabi s.a.w iaitu:

a) Kedua tapak tangan Baginda melekap di atas bumi dan kepala Baginda
mendongak ke langit.
b) Baginda dilahirkan dalam keadaan sudah berkhatan.
c) Baginda bersin dan mengucapkan Alhamdulillah, dijawab oleh malaikat
“yarhamukaLLah” dan Baginda menjawab lagi “yahdina
wayahdikumuLLah”.

3.3.3 Selepas Kelahiran

(a) Dada Baginda s.a.w Dibedah

Sewaktu kecil, Baginda s.a.w telah di jaga oleh ibu susuannya iaitu Halimatus
Sa’diah dari kabilah Saad. Suatu hari ketika Baginda sedang bermain dengan
kawan-kawannya, telah datang kepadanya seorang lelaki (malaikat Jibril a.s)
bertemu dengan Baginda. Orang itu membaringkan Baginda dan telah

21
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

membedah dada Baginda tanpa bantuan alatan moden, dikeluarkan hati Baginda
dan dibasuh dengan air zam-zam dalam bekas emas. Kanak-kanak yang sedang
bermain bersama Baginda merasa ketakutan lalu pergi memberitahu peristiwa
yang berlaku kepada Halimatus Sa’diah. Terkejut dengan cerita yang sukar
dipercayai itu, Halimatus Sa’diah telah bergegas mendapatkan Muhammad s.a.w,
apabila beliau sampai di tempat kejadian, orang yang membedah dada Baginda
sudah tiada dan Muhammad s.a.w kelihatan terkejut dengan apa yang terjadi
kepada Baginda. Selepas peristiwa berkenaan, Halimatus Sa’diah dengan berat
hati telah menghantar Baginda s.a.w ke pangkuan ibunya kerana bimbang
peristiwa sama akan berulang kembali.

(b) Kumpulan Awan Memayungi Baginda Ketika Berjalan

Nabi s.a.w sentiasa berjalan dan dipayungi oleh awan, inilah satu mukjizat
terhadap Baginda. Sebagaimana yang diceritakan oleh Maysarah, orang
kepecayaan Khadijah, semasa mengikuti rombongan perniagaan ke Syam
bersama Nabi s.a.w. Beliau menyatakan bahawa semasa dalam perjalanan
bersama Muhammad s.a.w keadaan di sekitarnya redup kerana dibayangi oleh
awan yang sentiasa mengekori Baginda s.a.w.

Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali Allah akan berselawat


(merahmati) kepadanya sepuluh kali (Maksud Hadis).

3.3.4 Kesan Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w


i. Kesan Terhadap Keluarga Baginda
(a) Mereka mengagumi dengan tanda-tanda kelahiran Baginda.
(b) Keluarga sentiasa menjaga kedudukan Baginda.
(c) Memberi sokongan dan perlindungan kepada Baginda.

22
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

ii. Kesan Terhadap Masyarakat Arab


(a) Bangsa Arab turut kagum dengan tanda-tanda kelahiran Baginda.
(b) Mengakui keistimewaan dari Baginda s.a.w
(c) Memudahkan masyarakat mempercayai Baginda.

3.4 SALASILAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Hasil Pembelajaran

Nasab keturunan adalah satu ilmu dalam masyarakat Arab, ilmu Nasab adalah
merupakan satu ilmu untuk mengenal keturunan. Sebab itulah dalam topik ini
kita akan melihat nasab Rasulullah s.a.w yang dikatakan nasab yang terbaik dan
sampai nasabnya kepada Nabi Ismail a.s. Nasab baginda s.a.w ialah
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthathalib bin Hashim bin Abdul
Manaf bin Qushayyi bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ay bin Ghalib bin

23
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Fihr bin Malik bin an-Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin
Ilyas bin Mudhar bin Nazar bin Mu’iddu bin Adnan.

Inilah batas nasab Rasulullah s.a.w yang telah disepakati. Selebihnya dari yang
telah disebutkan masih diperselisihkan. Tetapi yang disepakati bahawa Adnan
adalah salah seorang dari anak Ismail a.s bin Ibrahim a.s Khalilullah. Nasab Nabi
s.a.w yang disebutkan di atas adalah nasab yang umum, sekarang saya nak
tunjukkan bagaimana nasab bapa dan ibu Nabi s.a.w bertemu. Untuk
memudahkan anda saya akan menerangkan dalam bentuk grafik:

24
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Kalau kita perhatikan kepada perkembangan nasab Nabi Muhammad s.a.w, kita
akan dapati bahawa Allah s.w.t telah memilih baginda dari qabilah yang paling
bersih, keturunan yang paling suci dan utama. Tiada sedikit pun kecacatan
jahiliyyah yang menyusup masuk dalam nasab Baginda.

Imam Muslim telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Rasulullah s.a.w.


Baginda telah bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dari anak Ismail dan memilih
Quraisy dari Kinanah, kemudian memilih Hasyim dari Quraisy, dan memilih ku
dari Bani Hasyim”.

Dalam hadis di atas, membuktikan bahawa Allah mengutamakan bangsa Arab


dari semua manusia, dan mengutamakan Quraisy dari semua qabilah yang lain.
Ketahuilah, bahawa diantara maksud mencintai Rasulullah s.a.w itu adalah
termasuk juga mencintai kaum dan qabilah di mana baginda s.a.w dilahirkan,
bukan dari segi individu dan jenis tetapi dari segi hakikat semata. Ini kerana
hakikat Arab Quraisy telah mendapat kehormatan dengan bernasabnya
Rasulullah s.a.w kepada qabilah tersebut.

25
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3.5 PENYUSUAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Setelah dilahirkan, Rasulullah s.a.w telah menyusu dari ibunya selama tiga hari,
kemudian baginda telah disusui pula oleh hamba kepada Abu Lahab iaitu
Thuwabatul Islamiyyah selama beberapa hari. Abu Jahal gembira dengan
keadaan itu dan telah memerdekakannya. Selepas daripada itu baginda s.a.w
telah disusui pula oleh HalimatusSa’diah selama empat tahun. Kisah penyusuan
yang paling masyhur ialah kisah penyusuan Rasulullah s.a.w dengan ibu
susuannya Halimatus Sa’diah.

26
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Secara ringkasnya, saya memberikan sedikit sinopsis untuk anda memahami


kisah penyusuan baginda dengan Halimatus Sa’diah. Sememangnya menjadi
budaya orang Arab bangsawan akan menyerahkan anak-anak mereka kepada
orang-orang kampung untuk disusui bila mereka melahirkan anak. Golongan
bangsawan Arab menghantar anak-anak mereka ke kampung-kampung adalah
bertujuan:
1. Memberi biah yang segar di kampung.
2. Melatih mereka dengan bahasa Arab yang fasih.
3. Mengajar anak-anak dengan sifat keberanian.

Puak Bani Saad termasuklah Halimatus Sa’diah telah datang mencari anak kecil
untuk disusui, akhirnya beliau mendapat seorang anak yatim yang bernama
Muhammad. Semasa membawa Nabi s.a.w pulang ke rumahnya, beliau
mendapati payudaranya yang sebelah kanan penuh berisi susu, sedangkan
sebelum ini, ia memang tiada susu. Semenjak Nabi Muhammad s.a.w tinggal
bersamanya banyak berlaku perkara-perkara yang luar biasa, diantaranya ialah
kambing ternakannya membiak dengan banyaknya dan juga peristiwa dada Nabi
s.a.w dibedah.

Membuat Nota

Sila buat satu catatan berupa sirah dalam tiga topik yang dibincangkan di
atas.

Rehat dulu !

Perbincangan seterusnya adalah mengenai tajuk-tajuk sirah tahun dua. Anda


boleh rehat dulu.

27
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3.6 NABI DIDIDIK DALAM MASYARAKAT DESA

3.6.1 Keadaan Masyarakat Arab Tempat Nabi Dibesarkan

Nabi dibesarkan dalam suasana masyarakat yang penuh dengan nilai-nilai murni
dan berakhlak mulia. Menjadi kebiasaan masyarakat di desa hidup
dalamkeadaan bersatu padu dan berkerjasama antara satu sama lain serta
mempunyai ikatan persaudaraan yang kukuh dan kuat.

Di samping itu, masyarakat desa juga diasuh dengan akhlak yang mulia.
Kehidupan di desa mengajar masyarakatnya hidup berdikari, mempunyai
perasaan bertanggungjawab serta melahirkan insan yang mempunyai jati diri.
Mereka juga menguasai bahasa Arab begitu baik berbanding dengan
masyarakat kota.

Justeru itu, masyarakat desa terkenal dengan lembut tutur kata, mempunyai
perasaan timbang rasa serta bersifat amanah dan sabar dalam menghadapi
ujian dan cabaran hidup. Di samping itu, masyarakat desa juga dapat menguasai
bahasa Arab dengan baik, pandai mengembala kambing serta pergaulan yang
baik dalam masyarakat. Oleh itu, Nabi telah diasuh dan dibesarkan dalam
suasana masyarakat yangberakhlak mulia dan dipenuhi dengan nilai-nilai murni
yang memberikan kesan yang amat baik kepada kehidupan Nabi.

3.6.2 Tujuan Nabi di Hantar ke Desa

Pada kebiasaan golongan bangsawan Arab, setiap kanak-kanak yang dilahirkan


ketika usianya lapan hari, kanak-kanak tersebut dihantar menyusu dan diasuh di
desa. Apabila berumur tujuh atau lapan tahun, maka barulah dibawa pulang.
Tujuannya ialah supaya:
1. Tubuh kanak-kanak itu menjadi sihat, cergas dan kuat, kerana di desa
udaranya lebih bersih daripada di kota.

28
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

2. Kanak-kanak itu mempelajari bahasa Arab asli (Arab fusha) dan boleh
bertutur dengan fasih, kerana di kota, khususnya kota Makkah, bahasa
Arabnya sudah tercemar dengan terdapatnya ramai bangsa asing di situ.
3. Kanak-kanak itu terlatih dengan kesusahan. Apabila dewasa nanti dia
akan merasa lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.

Latihan

(a) Terangkan suasana masyarakat Arab tempat Nabi dibesarkan.


(b) Nyatakan tujuan Nabi di hantar ke desa.

3.6.3 Nilai-nilai Murni Masyarakat Desa

Pada kebiasaannya kehidupan masyarakat desa penuh dengan nilai-nilai


murni,masyarakat yang bersatu padu dan berkerjasama serta memiliki
persaudaraan yang kukuh. Mereka juga mempunyai akhlak yang mulia dan
bertanggungjawab. Masyarakat desa juga terkenal dengan hidup berdikari dan
mempunyai jatidiri yang tinggi. Di samping itu, mereka juga fasih berbahasa Arab
asli.

Di antara nilai-nilai murni masyarakat desa ialah:

1. Rajin Berkerja.

Ibu-ibu susuan ini biasanya dari kawasan pergunungan dan gurun yang jauh dari
kota. Mereka biasanya datang sendiri secara berkumpulan ke kota Makkah untuk
mencari kanak-kanak yang bakal diasuh itu. Di antara yang paling masyhur
menjalankan urusan penyusuan ialah qabilah Bani Sa’ad.

2. Semangat yang Tinggi

29
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Kebetulan tahun kelahiran Nabi ialah tahun kemarau dan kesempitan hidup.
Untuk mendapat upah yang lumayan sudah tentu Halimah binti Dhuaib tidak
memilih seorang anak yang yatim seperti Nabi untuk diasuh. Dengan
bersemangat Halimatus-Sa’diah berkata kepada suaminya: “Aku tidak suka
kembali bersama para sahabatku tanpa seorangpun bayi, Aku akan mengambil
anak yatim itu”. “Ya, lakukanlah” kata suaminya ,”barangkali Allah
menjadikannya suatu barakah kepada kita”.

3. Kasih Sayang

Apabila sampai dua tahun berada di pangkuan Bani Sa’ad sepatutnya Nabi
diserahkan semula kepada keluarganya. Ini kerana masa susuannya telah
selesai. Tetapi ibu susuan Nabi masih sayang untuk menyerahkan Nabi kepada
keluarganya dan meminta izin memanjangkan tempoh asuhannya.

4. Bertanggungjawab dan Amanah

Apabila berlaku peristiwa pembedahan dada Nabi dan keinginan beberapa orang
lelaki Habsyah yang mahu membawa Nabi ke negeri mereka.Keluarga susuan
Nabi merasa bimbang dengan keselamatan baginda dan meletakkan
tanggungjawab menjaga keselamatan Nabi ke atas diri mereka. Justeru itu,
mereka mahu menyerahkan anak susuannya kepada keluarganya.

3.4.4. Kesan Pembentukan Diri dan Pengalaman di Desa

Ketika diasuh di desa Nabi dididik dengan akhlak yang mulia dan mempelajari
pelbagai ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, Nabi menjadi seorang yang
lembut tutur kata, bersifat timbang rasa, amanah dan sabar. Di samping itu, Nabi
juga memperolehi pelbagai kemahiran. Antaranya ialah dapat menguasai bahasa
Arab dengan baik, pandai mengembala kambing dan pandai bergaul dengan
masyarakat.

30
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Dalam tempoh beberapa tahun bersama-sama keluarga Halimatus-Sa’diah dan


saudara-saudara susuannya, memelihara kambing serta bersama-sama
menjalani kehidupan orang Badwi, telah meninggalkan kesan “tarbiyyah” yang
mendalam kepada diri Nabi. Sehingga biasalah Baginda dengan kesederhanaan
yang jauh dari sifat-sifat kepura-puraan.

Mengenai keadaan hidup yang dilengkongi oleh fitrah serta kefasihan bahasa
yang menjadi keistimewaan Bani Sa’ad, Nabi pernah bersabda:

‫ واﺳﺘﺮﺿﻌﺖ ﻓﻲ ﺑﻨﻲ ﺳﻌﺪ ﺑﻦ ﺑﻜﺮ‬،‫ اﻧﺎ ﻗﺮﯾﺸﻲ‬،‫اﻧﺎ اﻋﺮﺑﻜﻢ‬

Akulah orang yang paling berada dalam suasana keaslian “Arab”, aku seorang
dari Quraisy, aku menyusu di kalangan Bani Sa’ad bin Bakr.
(Sirah Ibn Hisham)

3.7 KEWAFATAN BAPA DAN IBU NABI

3.7.1 Peristiwa Kewafatan Bapa Nabi

Riwayat Abdullah tidak banyak di catat dalam sejarah. Namun begitu, kisah
menarik mengenainya ialah ketika beliau masih kanak-kanak, beliau hampir
dikorbankan untuk berhala. Tuhan telah menyelamatkannya apabila bapanya
Abd Muttalib menggantikannya dengan 100 ekor untuk mengelakkan kejadian itu
berlaku. Abdullah terkenal sebagai seorang ahli perniagaan. Beliau sering
berulang-alik dari Makkah ke Syam untuk menguruskan perniagaannya.

Selepas beberapa bulan berkahwin beliau meneruskan perniagaannya ke Syam.


Sekembalinya dari Syam beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia di
Yathrib (Madinah), pada ketika itu isterinya sedang mengandungkan Nabi

31
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

selama kira-kira dua bulan. Abdullah meninggal dunia ketika berusia 25 tahun
dan jenazahnya dikebumikan di Madinah juga. Beliau meninggalkan sedikit harta
untuk bekalan anaknya yang akan lahir itu iaitu lima ekor unta, beberapa ekor
kambing dan seorang pembantu rumah yang bernama Ummu Aiman. Jika diukur
daripada harta yang ditinggalkan itu, jelaslah bahawa Abdullah bukanlah seorang
yang terlalu kaya atau seorang yang terlalu miskin tetapi keadaannya sederhana
sahaja.

3.7.2 Peristiwa Kewafatan Ibu Nabi

Setelah beberapa tahun yang penuh dengan keberkatan dan kesan baik di
dalam jiwa bersama-sama dengan keluarga Halimahtus-SaÊdiah, maka Nabi
pulang kepangkuan bondanya. Suatu ketika Aminah berhajat untuk menziarahi
pusara suaminya yang meninggal di Yathrib. Di kalangan keluarganya Bani an-
Najar dengan diiringi oleh khadamnya Ummu Aiman menuju ke tempat yang
jauhnya 500 km perjalanan dengan kenderaan di masa itu. Sudah tentu
pengembaraan itu merupakan perjalanan yang jauh kepada seorang perempuan
dan anaknya. Setelah sebulan berada di sana, mereka pun berangkat pulang ke
Makkah. Dalam perjalanan pulang Aminah telah jatuh sakit lalu meninggal dunia
di satu tempat bernama Abwa’, maka tinggallah Nabi menjadi yatim piatu dan
pulang ke Makkah bersama-sama Ummu Aiman.

Cuba anda ceritakan semula peristiwa kematian ibu dan bapa Nabi.

Aktiviti 7.2

3.7.3 Kesan Kewafatan Bapa dan Ibu

32
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Kesan dari peristiwa ini, Nabi telah hidup tanpa sokongan ibu dan bapa. Baginda
hanya bangkit memikul tanggungjawab dengan bantuan seluruhnya dari Allah.
Nabi juga telah menjadi seorang yang tabah menghadapi ujian, disayangi dan
dihargai oleh anggota keluarga yang lain serta pandai hidup berdikari.

1. Disayangi dan Dihargai

Perasaan kasih sayang Abdul Muttalib terhadap cucunya semakin mendalam.


Layanan istimewa telah diberikan kepada Nabi. Kemana saja dia pergi Nabi
dibawa bersamanya. Sehinggalah di dalam majlis perjumpaan di kalangan
pembesar Quraisy pun dia membawa cucunya bersama. Ketika duduk
berhampiran kaÊabah bersama-sama pembesar Quraisy Abdul Muttalib
membenarkan Nabi berada di atas hamparannya. Keadaan inilah menyebabkan
Baginda merasa terhibur dan perasaan sedih serta hibanya beransur pulih.
Kesemuanya ini adalah nikmat yang dikurniakan Allah kepada Baginda, Seperti
firman:

   



Bukankah Dia mendapatimu seorang yang yatim, lalu Dia melindunginya
(Surah al-dhuha : 6)

2. Ketinggian Peribadi

Kewafatan bapa dan ibu Nabi menyebabkan Baginda mendapat tarbiyyah ilahi
secara terus. Oleh itu, Nabi sentiasa dipelihara oleh Allah dari segi ketinggian
peribadi dan akhlak sehingga Baginda tidak boleh ditembusi sedikit pun oleh
telatah orang-orang muda di zamannya. Ketinggian maruah dan kemurniaan
akhlaknya telah menjadi buah mulut penduduk Makkah. Mereka mengelarnya
dengan gelaran Al-Amin yang bermaksud orang yang sangat dipercayai.

33
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

3. Hidup Berdikari

Nabi menghadapi alam remajanya dengan tarbiyyah meletakkan diri Baginda


tidak bergantung kepada orang lain. Di mana Nabi pernah memelihara kambing
untuk nafkah hidup. Baginda pernah bersabda:

‫ﻛﻨﺖ ارﻋﻰ اﻟﻐﻨﻢ ﻗﺮرﺑﻂ ﻣﻜﺔ‬


Aku memelihara kambing di kawasan pengembalaan Makkah.
Begitu juga dengan sabda Nabi:

‫ﻣﺎ ﻣﻦ ﻧﺒﻲ اﻻ وﻗﺪ رﻋﻰ اﻟﻐﻨﻢ‬


Tiada Nabi melainkan mengembala kambing
Para sahabat bertanya:

‫واﻧﺖ ﯾﺎ رﺳﻮل اﷲ‬


Adakah engkau juga ya Rasulullah
Nabi menjawab:

‫واﻧﺎ‬
Dan begitu juga aku

Sesungguhnya mencari nafkah dengan titik peluh sendiri itulah rezeki yang
paling berkat di sisi Allah.

Nyatakan kesan daripada peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi.


Semak Kendiri 7.2

3.7.4 Menghargai Jasa Ibu Bapa

34
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Di dalam al-Quran terdapat suruhan supaya seseorang berbuat baik dan berbakti
kepada ibu bapanya yang telah tua, tetapi berbakti terhadap ibu lebih diberi
keutamaan. Nabi pernah bersabda:

“Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu”

Di antara adab dan hak terhadap ibu bapa ialah:


1. Mentaati ibu dan bapa dalam semua hal kecuali perintah melakukan
maksiat.
2. Berbicara dengan keduanya dengan sopan dan lemah lembut.
3. Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang.
4. Mencium tangan keduanya setiap pagi dan petang.
5. Memelihara nama, kehormatan serta harta benda mereka.
6. Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka pinta.
7. Berbincang dengan mereka dalam segala pekerjaan dan urusan.
8. Memperbanyakkan doa dan memohon ampun untuk mereka.
9. Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka.
10. Tidak mengangkat suara dihadapan mereka.
11. Tidak memotong percakapan mereka.
12. Tidak keluar rumah tanpa keizinan mereka.
13. Tidak memeranjatkan mereka jika mereka sedang tidur.
14. Tidak melebihkan isteri dan anak dari mereka berdua.
15. Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu yang tidak
memuaskan.
16. Tidak tertawa di dalam majlis mereka jika tidak ada sebab yang menarik
untuk ketawa.
17. Tidak memakan makanan yang ada disisi mereka.
18. Tidak memakan makanan dalam satu hidangan mendahului mereka.
19. Tidak berbaring atau tidur sedangkan mereka masih lagi duduk kecuali
mereka mengizinkannya.
20. Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka.

35
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

21. Tidak berjalan mendahului mereka.


22. Menyahut panggilan mereka serta merta apabila mereka memanggil.
23. Memuliakan sahabat mereka khususnya sesudah mereka mati. Doanya
seperti dalam al-Quran:

   


  
Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara kamu
dengan penuh kasih sayang pada waktu kecil
(Al-Isra - 24)

3.7.5 Anak-anak Yatim di dalam Islam

Mengenai anak-anak yatim pula, Islam memerintahkan bahawa seseorang


penjaga hendaklah memperlakukan anak yatim di bawah jagaan mereka seperti
anak mereka sendiri. Anak-anak yatim perlu di bimbing dan di beri nasihat yang
baik dan benar. Sekiranya mereka mempunyai wang, wang itu hendaklah
dipergunakan untuk mereka dengan cara yang terbaik dan tidak
membelanjakannya secara boros sebelum mereka meningkat dewasa.
Sekiranya penjaganya miskin dia dibenarkan mengambil sedikit upah dari
kekayaan anak yatim itu untuk mengendalikannya. Tetapi sekiranya penjaga itu
bukan orang miskin, dia mesti menahan diri dari mengambil harta anak yatim
tersebut. Anak yatim itu mestilah diberikan hartanya setelah dia dewasa dan
dapat mengendalikan urusan hidupnya sendiri.

3.8 KEMATIAN DATUK NABI

3.8.1 Pengalaman Nabi Bersama Datuk

36
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Apabila Baginda dikembalikan ke Makkah, datuknya yang sangat tua


memeliharanya dengan baik dan memberikan perhatian serta kasih sayang
terhadapnya. Orang tua itu mempunyai sebuah kerusi panjang bagi dirinya yang
terletak di bawah lindungan Kaabah dan semua anaknya kerap datang ke situ
serta duduk di atas tanah sekelilingnya sebagai tanda hormat. Tetapi apabila
Nabi datang, datuknya mendudukannya di atas kerusi panjang itu bersamanya
dan meletakkannya di atas bahu serta menunjukkan tanda cinta dan sayang
kepada cucunya. Sehingga tiada seorang pun yang berani mencadangkan
kepada orang tua itu agar meletakkan Nabi di bawah bersama bapa saudaranya.

3.8.2 Peristiwa Kematian Datuk Nabi

Selepas ibunya dikebumikan, Nabi pun kembali dengan perasaan yang sangat
sedih bersama hambanya Ummu Aiman ke Makkah. Tidak lama kemudian,
datuknya yang telah terlalu tua dan sangat mengasihi serta memberi perhatian
yang besar terhadapnya pun meninggal dunia ketika Baginda berusia lapan
tahun. Nabi berasa begitu sedih sehingga Baginda mengikuti keranda datuknya
yang sedang di usung sambil menangis di sepanjang jalan. Kematian Abdul
Muttalib merupakan satu pukulan ke atas Bani Hashim kerana tiada seorang pun
dari anak-anak lelakinya yang dapat mengantikan tempat beliau. Tidak ada
seorang Quraisy pun yang dapat menandingi sifat-sifatnya dari segi pemikiran,
keperibadian, keadilan dan kekuatan. Di samping itu, tiada seorang pun yang
mendapat kedudukan yang begitu tinggi dan dimuliakan oleh bangsa Arab.
Sebelum kematiannya, Abdul Muttalib telah mengamanahkan anaknya Abu Talib
supaya menjaga Nabi dengan baik.

Latihan

37
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

1. Nyatakan pengalaman Nabi bersama datuknya.


2. Ceritakan peristiwa kematian datuk Nabi.

3.8.3 Kesan Kematian Datuk ke atas Diri Nabi

Nabi menerima ujian Allah dengan sabar dan yakin apa yang berlaku ke atas
dirinya mempunyai hikmah. Walaupun Nabi sayang kepada datuknya, kesedihan
Baginda tidak berpanjangan. Bahkan Baginda tabah menghadapi dugaan yang
besar itu. Di samping itu, Baginda menjadikan peristiwa tersebut sebagai
cabaran untuk meneruskan kehidupan selepas itu.

1. Bersifat Sabar
Walaupun Nabi berasa begitu sedih sekali dengan peristiwa kematian datuknya
sehingga Baginda mengikuti keranda datuknya yang sedang di usung sambil
menangis sepanjang jalan. Namun, Baginda tetap bersabar dan tidak bersedih
sepanjang masa.

2. Bersifat Tabah
Ketabahan Nabi ketika berhadapan ujian dan dugaan dalam usia begitu muda.
Apabila Baginda telah kehilangan tempat bergantung dan tidak dapat di
bayangkan pilu serta sedihnya hati Nabi pada waktu itu.Kesedihan terhadap
kehilangan bapanya masih belum hilang di hati,ibunya pula yang meninggal.
Selepas itu, datuk yang begitu menyayangi Baginda pula meninggal seperti
pepatah Melayu:

“Sudah jatuh di timpa tangga”

3. Menjadikan Peristiwa itu Sebagai Cabaran

38
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Kematian datuk yang dikasihi dan menjadi tempat Nabi berteduh telah menjadi
cabaran kepada kehidupan Baginda. Namun begitu, Nabi telah menjadikan
peristiwa kematian datuknya sebagai satu cabaran bagi meneruskan kehidupan.

Soalan Latihan

1. Nyatakan kesan kematian datuk Nabi


2. Senaraikan pengajaran-pengajaran daripada peristiwa yang
mendukacitakan Nabi.

3.8.4 Pengajaran dari Peristiwa yang Mendukacitakan Nabi

Menurut Al-Buti di dalam kitabnya Fiqh Al Sirah: Bahawa peristiwa-peristiwa


kewafatan ayahanda, kemudian bonda dan berikutnya datuknya bukanlah secara
kebetulan semata-mata, tetapi mengandungi hikmah-hikmah yang besar yang di
takdirkan oleh Allah yang maha mengetahui. Di sana tidak ada alasan bagi
orang-orang yang mahu mengambil kesempatan bagi memperkecilkan Islam dan
Nabi, kalau-kalau mereka boleh menuduh dan mempunyai alasan kononnya
dakwah dan sifat-sifat yang dimilikinya adalah pengaruh dari ayah, ibu dan
datuknya yang menjadi bangsawan Arab ketika itu. Bagaimanakah perkara ini
boleh berlaku sesudah orang-orang tuanya meninggal dunia secara bertalu-talu.
Kemudian ia dipelihara di kalangan Bani Sa’ad. Tiada gangguan manusia dalam
mentarbiyyahkan Nabi, tetapi di tarbiyyahkan oleh Tuhan yang maha suci dari
segala kecurangan dan kelemahan. Dalam suasana yang jauh dari perasaan
tamakkan pangkat dan harta dunia atau kepentingan duniawi yang lain.

3.8.5 Menyayangi Datuk dan Nenek

39
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Nabi menunjukkan contoh bagaimana baginda melayan orang-orang tua dengan


baik dan menghormati mereka.
Allah berfirman:
  
   
  
  
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang
dan ucapkanlah “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana
mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil”
(Al-Isra’ -24)

Di antara adab dengan orang tua ialah:


1. Memberi salam kepada yang beragama Islam dan ucap selamat kepada
bukan Islam.
2. Membantu mereka dalam kesusahan.
3. Gunakan perkataan yang baik ketika berbual.
4. Berdiri menghormati kehadiran mereka.
5. Tidak meninggikan suara terhadap mereka.
6. Tidak melunjurkan kaki di hadapan mereka.
7. Tidak mencela perbuatan mereka.
8. Sentiasa mengembira dan menyenangkan mereka.
9. Tidak menganggu ketika mereka sedang tidur.
10. Memuliakan mereka.
11. Memilih masa yang sesuai untuk berbual atau memberi teguran.

Senarai semak
(a) Menyenaraikan perbuatan yang perlu dilakukan sebagai tanda menyayangi
datuk dan nenek.

40
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Aktiviti
3.9 PEMELIHARAAN NABI OLEH BAPA SAUDARA

3.9.1 Keperibadian Abu Talib

Abu Talib memelihara Nabi bersama-sama anaknya. Beliau bersungguh-


sungguh menunaikan janjinya untuk memelihara dan menjaga Nabi seperti yang
diharapkan oleh Abdul Muttalib. Walaupun Abu Talib mempunyai ramai anak,
namun beliau tetap menyayangi dan bertanggunggjawab ke atas anak
saudaranya itu. Abu Talib memang sudah terkenal sebagai seorang manusia
yang baik hati dan penuh bertanggungjawab terhadap kaum keluarganya.
Walaupun beliau bukanlah seorang yang kaya dan mewah. Dengan sebab itulah
Abdul Muttalib menyerahkan Nabi kepada beliau. Sikap kasih-sayang Abu Talib
terhadap Nabi tidak ubah seperti kasih-sayang Abdul Muttalib terhadap Nabi.
Ketika bersamanya Nabi tidak pernah berkecil hati terhadap Abu Talib, malahan
Baginda sentiasa membantunya dalam urusan di rumah dan di luar rumah.

Perbincangan

1. Bincangkan tentang peribadi Abu Talib.


2. Nyatakan pengalaman-pengalaman yang diperolehi oleh Baginda semasa
di dalam asuhan Abu Talib

3.9.2 Pengalaman yang Diperolehi Nabi semasa Bersama Beliau

Di antara pengalaman yang diperolehi Nabi semasa tinggal bersama bapa


saudara Baginda ialah:

41
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

1. Baginda telah berkerja sebagai pengembala kambing untuk mendapatkan


upah. Daripada upah itu Baginda dapat juga meringankan beban yang di
tanggung oleh Abu Talib.
2. Pergi ke negeri Syam untuk menguruskan perniagaannya di sana. Usia
Baginda pada ketika itu 12 tahun.
3. Pemergian Baginda ke Syam telah memberikan pengajaran dan
pengalaman yang cukup banyak kepada Baginda. Selain berpeluang
melihat tempat-tempat menarik di sana, Baginda juga berpeluang
mengenali masyarakat luar dan mengikuti berita-berita orang Rom. Di
samping itu, Baginda juga dapat meninjau sejauh mana kebenarannya
agama Nasrani dan agama-agama lain yang dianuti oleh penduduk Syam.
4. Baginda juga melakukan perniagaan di Makkah dan di pasar-pasar yang
berdekatan seperti Ukaz, Majannah dan Dhu al-Majaz. Di sana Baginda
berkesempatan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pidato, syair
dan sajak daripada pemidato-pemidato dan penyair-penyair Arab, Yahudi
dan juga Nasrani.

3.9.3 Keadaan Nabi di Pelihara oleh Bapa Saudara Baginda

Semasa berada di bawah pemeliharaan bapa saudara, Baginda telah di asuh


dan di jaga dengan baik. Perubahan positif telah banyak berlaku dalam pelbagai
segi ke atas diri Baginda samaada kecerdasan akal, perkembangan jasmani,
mempunyai sakhsiah yang unggul dan kekuatan kerohaniah.

1. Kecerdasan Akal

Baginda telah menyaksikan peristiwa perjanjian al-Fudul yang dimenterikan di


rumah Abdullah bin JadÊan. Di dalam perjanjian tersebut mereka berjanji
memberi pertolongan kepada orang yang lemah dan dizalimi di Makkah serta
berusaha untuk membasmikan kezaliman di Makkah. Nabi sungguh kagum

42
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

dengan perjanjian ini walaupun berlaku di zaman jahiliah. Ini membuktikan Nabi
mempunyai kecerdasan akal untuk memilih kebenaran walaupun masih remaja.

2. Perkembangan Jasmani
Dalam lengkongan usia 14 atau 15 tahun, Nabi telah menyertai peperangan di
antara Quraisy dengan Qais. Baginda menyertai peperangan tersebut dengan
memungut anak-anak panah musuh untuk bapa saudaranya. Pengalaman ini
mentarbiyyahkan Nabi dengan sifat kepahlawanan dan kesabaran di medan
perang.

3. Kekuatan Rohaniyyah
Dapat dilihat ketika Baginda menghadapi ujian, di mana Nabi menjadi orang
yang paling tahan menghadapinya, samaada ujian tekanan atau ujian
kemewahan. Ketika menghadapi musuh dan segala ancaman, Bagindalah orang
yang paling berani dan tahan cabaran. Ketika Islam memperolehi kemenangan
terdapat banyak kemewahan dan kekayaan. Namun dengan kekuatan roh
menjadikan Baginda tidak bergelumang dan cenderung serta tidak dapat
dipengaruhi oleh sesiapapun supaya tunduk kepada kebendaan. Hati Baginda
hanya bergantung kepada Allah.

4. Sakhsiah yang Unggul


Semasa Nabi mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Baginda
mula bertungkus-lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian
menternak kambing. Nabi pernah menceritakan: “Dahulu pernah aku menternak
kambing penduduk Makkah dengan upahnya beberapa karat sahaja”

Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan Nabi. Oleh itu Baginda
tidak pernah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain dan berhubung dengan
hal ini Baginda sendiri menceritakan kepada kita mafrumnya: “Aku tidak pernah
teringat hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar

43
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah.
Lepas itu aku tak ingat-ingat lagi hinggalah aku diutuskan”

3.9.4 Kesan Pengalaman Nabi Bersama Bapa Saudaranya.

1. Baginda memahami erti keperitan dan ujian dalam kehidupan.


2. Mempunyai sifat yang mulia, akhlak yang baik, bencikan kemungkaran,
berani dan menerima segala kebaikan.
3. Mempunyai daya juang dan jati diri yang utuh.
4. Baginda lebih suka hidup berdikari berbanding dengan mengharapkan
bantuan orang lain.
5. Baginda berminat dalam bidang perniagaan dan menternak kambing.
6. Baginda berminat untuk menambah ilmu pengetahuan terutama pidato,
syair dan sajak.

RUMUSAN

Sebagai rumusannya, topik ini merupakan asas untuk anda memahami


pentingnya memahami sirah Rasulullah s.a.w dari awal iaitu sebelum baginda
dilahirkan. Sirah Rasulullah s.a.w bukanlah cerita sejarah yang kadang-kadang
faktanya di selewengkan. Tetapi sirah adalah satu riwayat yang benar dan sahih.

44
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SIRAH DALAM


TAJUK 4
SUKATAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAHUN 3
DAN 4

4.0 SINOPSIS

Dalam topik ini, kita akan mempelajari tajuk-tajuk sirah dari Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam tahun tiga dan tahun empat. Pelajaran sirah tahun tiga
membincangkan mengenai pekerjaan Nabi Muhammad S.A.W. Ini termasuklah
zaman kanak- kanak Baginda sehingga ke zaman dewasa iaitu semasa
Baginda menjadi seorang usahawan. Kemudian, topik ini juga membincangkan
tentang perkahwinan Nabi Nabi Muhammad S.A.W, peristiwa Hajarul Aswad dan
peristiwa di gua Hira’. Tajuk-tajuk sirah tahun empat pula ialah berkaitan Mukjizat
al-Quran, Dakwah Rasulullah secara sulit dan terang, Hijrah ke Habsyah,
Pembesar Mekah menerima seruan Rasulullah s.a.w. dan tentangan terhadap
Rasulullah s.a.w, Pelajar bolehlah merujuk kepada bahan sumber yang lain
untuk menambah maklumat dan kefahaman berkaitan tajuk-tajuk tersebut seperti
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam dan buku-buku teks Pendidikan
Islam dalam bahagian sirah.

4.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti tajuk-tajuk sirah tahun tiga dan tahun empat


2. Memperincikan dan menghuraikan isi kandungan sirah dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah tahun tiga dan tahun empat
3. Merumuskan pengajaran yang dapat diteladani dari pelajaran sirah tahun
tiga dan tahun empat.
4. Mengaplikasi teknik mengajar dengan berkesan;
5. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan topik.

45
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

4.2 KERANGKA TAJUK

Sukatan Pelajaran Sirah

Tahun 3 Tahun 4

Pekerjaan Nabi Muhammad Mukjizat al-Quran


s.a.w

Perkahwinan Nabi Dakwah Nabi Muhammad


Muhammad s.a.w s.a.w Secara Sulit dan
Terang

Peristiwa Hajarul Aswad

Peristiwa Di Gua Hira’

4.3 PEKERJAAN NABI NABI MUHAMMAD S.A.W

4.3.1 Semasa Kecil Membantu Bapa Saudara

Semasa Muhammad b. Abdullah berumur enam tahun, ibunya Siti Aminah


meninggal dunia. Oleh itu, NabiMuhammad dipelihara oleh datuknya Abdul
Muttalib ketua Mekah. Walaupun, Abdul Muttalib ketua Mekah, tetapi hidupnya
miskin kerana hartanya dihabiskan memberi khidmat dan melayan
tetamutetamuKaabah.

Daripada itu, boleh dikatakan sejak kecil Nabi Muhammad belajar kehidupan
fakir miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak serta berhemah tinggi.
Nabi Muhammad juga menjadi orang yang benarbenar tahu bagaimana

46
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

kehidupan fakir miskin.Nabi Muhammad sentiasa menemani datuknya Abdul


Muttalib dalam majlis-majlisnya. Selama dua tahun Nabi Muhammad menghadiri
semua majlis Abdul Muttalib yang sentiasa menerima kunjungan demi kunjungan
daripada semua pembesar Arab. Ini merupakan suatu persediaan Allah kepada
junjungan besar S.A.W belajar cara bersosial.

Selepas Nabi Muhammad berumur lapan tahun, Abdul Muttalib pula meninggal
dunia. Nabi Muhammad dibela pula oleh bapasaudaranya AbuTalibyang juga
ketua Mekah, menggantikan ayahnya Abdul Muttalib. Abu Talib, disebabkan
beliaumempunyai tangggungan anak yang ramai, kehidupannya lebih miskin
kalau dibandingkan dengan kehidupan ayahnya.Ramai anak-anak beliau yang
bekerja untuk membantu meringankan beban yang ditanggung oleh ayah
mereka, termasuklah juga junjungan S.A.W yang bekerja dengan sepupu
Baginda,mengembala kambing. Baginda tidaklah dibesarkan dalam kehidupan
yang mewah, tetapi dalam kehidupan yang susah, Baginda terpaksa berdikari
sejak daripada Baginda kecil lagi. Ini menjadikan Baginda seorang yang
berhemah tinggi serta tidak mengharapkan pertolongan dan bantuan orang lain.

Tugasan Baginda menyebabkan Baginda sentiasa berada diluar kota Mekah,di


padang pasir untuk menjaga kambing-kambing peliharaan Baginda. Kadang-
kadang berhari-hari dan bermalam-malam Nabi Muhammad tidak balik ke Mekah.
Hidup dipadang pasir berseorangan jauh dari pada kesibukan dan hiruk-pikuk
orang ramai adalah juga suatu proses pendidikan kepada Baginda S.A.W.
Baginda akan belajar mengasihi haiwan atau binatang-binatang ternakan.

Rajah 4.1: Menggembala kambing mempunyai signifikan yang khusus dalam


pembentukan sahsiah seorang nabi

47
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Selain daripada itu, kebanyakan masa Baginda berseorangan, ini memberi


peluang kepada Baginda untuk memerhati serta memikirkan tentang kebesaran
pencipta dengan memerhatikan kejadian matahari, bulan, bintang, pertukaran
siang dan malam serta segala disekelilingnya. Dalam masa yang sama, dapat
menilai diri sendiri.Ini menjadikan Baginda seorang yang banyak berfikir serta
bijak dan peka dalam menilai diri serta perubahan sekeliling. Jika Baginda
berada di kota atau di bandar Mekah kesibukan kehidupan dan hiruk pikuk
bising di bandar tidak memberi ruang kepada Baginda untuk memerhati serta
memikirkan kejadian alam, apatah lagi untuk menilai diri sendiri.

4.3.2 Semasa Dewasa: Berniaga/ Usahawan

Bapa saudara Baginda, AbuTalib dalam masa yang sama sibuk berniaga. Ketika
Baginda berumur 12 tahun, AbuTalib telah bercadang untuk keluar berniaga ke
Syam. Apabila Nabi Muhammad S.A.W mengetahui rancangan bapa saudara
Baginda, Baginda meminta keizinan untuk bersama-sama menyertai misi
perdagangan bapa saudara Baginda. Memahami keinginan Baginda, Abu Talib
akhirnya membenarkan Baginda samasama menyertai misi dagang teresbut.
Inilah merupakan kali pertama Rasullullah keluar dari pada kota Mekah. Sebelum
sampai ke Syam, rombongan dagang tersebut telah berhenti rehat berhampiran
gereja, iaitu rumah ibadat Kristian. Ketika itu, ketua paderi gereja tersebut iaitu,
Buhaira telah memerhati rombongan tersebut daripada jauh. Beliau merasa amat
pelik,ini kerana sepanjang perjalanan,rombongan tersebut sentiasa diliputi awan.

Buhaira yang merasa kehairanan, betul-betul ingin berkenalan dengan ahli-ahli


rombongan tersebut dan mengetahui rahsia di sebalik kejadian awan yang
sentiasa memayungi mereka. Lantas, beliau mengarahkan orang-orangnya
menyediakan makanan yang banyak dan menjemput semua ahli rombongan
makan ditempatnya. Beliau juga berpesan semua ahli rombongan dijemput tanpa

48
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

ada pengecualian seorangpun. Semua ahli rombongan telah menyertai jamuan


makan Buhaira kecuali Rasullulah, ini memandangkan Bagindalah yang paling
muda, maka Baginda ditinggalkan untuk menjaga barangbarang mereka.
Buhaira telah memerhati satu persatu setiap ahli rombongan, tiada seorangpun
yang menarik perhatian beliau,lantas beliau menanyakan kepada ketua
rombongan tentang kedatangan kesemua ahli rombongan. Kemudian mereka
teringat tentang seorang budak muda yang ditinggalkan untuk menjaga
barangbarang mereka. Buhaira meminta supaya dijemput sama budak tersebut
untuk samasama menyertai jamuantersebut.

Memang benar, apabila Buhaira berjumpa sahaja dengan Rasulullah, beliau


merasai keistimewaan yang terdapat pada diri Baginda. Apabila beliau berbual
dengan Nabi Muhammad, Buhaira ada bertanyakan beberapa soalan kepada
Baginda, oleh kerana kebiasaan orang Arab untuk bersumpah dengan al-Latta
dan al-Uzza, Buhaira menggunakan sumpah ini apabila bertanya Rasulullah
sekalipun beliau sendiri tidak beriman dengan al-Latta dan al-Uzza.Buhaira
berkata, “Demi al-Latta dan al-Uzza,aku ingin bertanya kepadaka mu”.
JawabBaginda, “Minta maaf pendeta, kamu jangan tanya aku dengan nama al-
Latta dan al-Uzza, demi Tuhan tidak ada yang paling aku benci lebih daripada al-
Latta dan al-Uzza.” Muhammad tidak pernah menyembah atau sujud kepada
berhala sejak kecil walaupun itulah suasana kehidupan keluarga dan kaumnya
ketika itu.

Buhaira berkata,“Kalau begitu,aku bertanya kepada kamu dengan nama Allah.”

Baginda menjawab“Ya,tanyalah aku dengan nama Allah”.

Banyak soalan yang telah ditanya oleh Buhaira, kesemuanya membenarkan apa
yang disangka-sangka oleh Buhaira. Akhir sekali Buhaira meminta melihat
belakang Nabi Muhammad. Sahlah sangkaannya, Buhaira dapat melihat

49
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Khatamun Nubuwwah iaitu tanda lahir Allah mengutuskan nabi dan rasul untuk
manusia yang ada di belakang Muhamamad.

Selepas itu Buhaira bertanya kepada Abu talib,“Apa ikatan kamu dengan anak ini?

Abu Talib mengatakan,“Ini adalah anak saya”. Buhaira berkata,“Tidak sepatutnya


ayahnya masih hidup”.

Abu Talib berkata, “Ya benar! Ayahnya sudah meninggal dunia, ini anak
saudaraku”.

Di situ Buhaira menasihatkan AbuTalib supaya membawa Nabi Muhammad bin


Abdulah segera pulang ke Mekah, ini kerana dibimbangi jika Baginda dibawa ke
Syam, orang-orang Yahudi akan menemui Baginda dan akan membunuhnya.
Disebabkan misi perdagangannya belum selesai, Abu Talib telah mengupah
orang untuk membawa kembali Rasullulah ke Mekah dan dia meneruskan
perjalanan hingga ke Syam tanpa membawa bersama Rasullulah.

4.4 PERKAHWINAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Siti Khadijah binti Khuwailid adalah seorang wanita kaya daripada keturunan
suku Abdul Uzza bin Qusai bin Kilab di Mekah ketika itu. Kekayaan Siti Khadijah
adalah menyamai perniagaan semua orang Quraisy yang lain. Kejujuran dan
keperibadian mulia Rasullulah telah menarik hati Siti Khadijah untuk
menawarkan Baginda menguruskan perniagaan beliau ke Syam. Rasullulah
telah menerima tawaran tersebut dan telah bertolak ke Syam dengan ditemani
salah seorang pekerja Siti Khadijah iaitu Maisarah.Benarlah kata orang, jika
ingin mengenali peribadi sebenar seseorang itu, dengan musafir bersama-sama.

Sepanjang perjalanan Maisarah telah merasai keunggulan akhlak Rasullulah.


Sifat penyayang,serta berlemah lembut dengan setiap orang yang ditemui

50
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

sepanjang pergaulan Baginda dengan mereka telah betulbetul menarik perhatian


Maisarah. Maisarah juga telah melihat kejadian yang lebih pelik sepanjang
perjalanan, iaitu awan sentiasa menaungi mereka dari pada panas terik matahari.

Dalam perjalanan ke Syam itu, rombongan yang bersama dengan Rasullulah,


telah berhenti rehat berdekatan dengan rumah ibadat paderi Buhaira yang
ditemui Baginda sebelum ini, semasa Baginda menyertai misi dagang dahulu
bersamasamaAbu Talib, bapa saudara Baginda. Tapi ketika ini, Buhaira telah
meninggal dunia.Paderi lain yang telah menggantikan Buhaira, paderi itu juga
meyedari perkara yang sama, iaitu awan sentiasa mengiringi perjalanan
Rasullulah dan Maisarah. Rasullulah juga tidak berhenti di tempat biasa yang
rombongan dagang biasanya berhenti rehat, tetapi Baginda berhenti rehat di
tempat lain, iatu disebatang pokok yang berdekatan. Apabila Baginda bernaung
di bawahnya, paderi tersebut telah melihat dahan dan ranting-ranting pokok
bergerak menaungi Rasullulah daripada cahaya matahari.

Cuba sama-sama kita fikir


Semua Rasul yang diutuskan akan membuat pekerjaan mengembala kambing.
Apakah kepentingan pekerjaan ini kepada pembentukkan sahsiah seorang
Rasul.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya kepada paderi tersebut, siapakah


gerangan mereka ini, lalu paderi telah datang untuk bertemu dengan Maisarah
dan pelbagai soalan telah ditanya pada Maisarah. Paderi tersebut kemudiannya
menunjukkan kepada Maisarah pokok yang menjadi tempat Nabi Muhammad
berteduh.

Paderi kemudiannya berkata, “Hanya seorang nabi sahaja yang berteduh di


bawah pokok ini”.

51
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Maisarah menjadi bertambah pelik mendengar hal ini. Bahkan di sepanjang


perjalanan dan sepanjang mereka berada di Syam, pelbagai perkara ajaib yang
disaksikan oleh Maisarah. Akhlak Baginda,kasih sayang Baginda, kemampuan
Baginda berhadapan dengan semua lapisan semua orang, belas kasihannya
kepada orang miskin dan kejujurannya menyebabkan semua orang datang
kepadanya.

Hasil daripada pergaulan yang mesra, jujur dalam tutur kata, prihatin dengan
keperluan pelanggan menyebabkan misi perniagaan Siti Khadijah kali ini yang
diterajui oleh Rasullulah telahmencapai objektif dan berjaya meraih keuntungan
yang berlipat kali ganda mengatasi rombongan dagang lain. Misi kali
mencatatkan keuntungan tertinggi berbanding dengan misi perniagaan yang
dihantar sebelumnya.

Kita telah lihat Rasulullah telah dilatih oleh Allah untuk menghadapi situasi yang
pelbagai, antaranya; pergaulan dengan orang miskin, dengan pembesar iaitu
semasa Baginda bersama dengan datuk Baginda, Abdul Muttalib, situasi dalam
peperangan , semasa Baginda tinggal bersamasama dengan Abu Talib yang
merupakan ketua Quraisy ketika itu, menggembala kambing, cabaran hidup
berdikari, interaksi dengan hamba atau pekerja bawahan, dan alam sekitar iaitu
semasa perjalanan Baginda bersama-sama Maisarah, dan seterusnya
mengendalikan harta atau perniagaan. Ini merupakan antara persediaan Allah
untuk memantapkan lagi keperibadian Baginda untukmemikul tanggungjawab
suci di kemudian hari sebagai seorang rasul,utusan Allah.

Hasil daripada perniagaan kali ini, menjadikan Siti Khadijah sangat senag hati
dengan Rasullulah.Ini ditambah pula dengan cerita-cerita yang dibawakan oleh
Maisarah tentang ketinggian akhlak serta kebijaksanaan Rasullulah dalam
menguruskan perniagaan. Pengalaman-pengalaman semasa perjalanan mereka
juga diceritakan Maisarah kepada Siti Khadijah. Ini menambahkan lagi
kekaguman beliau kepada Rasullulah. Kekaguman ini, menarik hati Siti Khadijah

52
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

untuk menjadi isteri kepada Rasullulah. Rasulullah ketika itu masih lagi bujang
dan umur Baginda dua puluh lima tahun, sementara umur Siti Khadijah adalah
empat puluh tahun, seorang janda yang sudah kematian dua orang suami
sebelum ini.

Siti Khadijah adalah seorang wanita mulia, baik hati,cantik,kaya dan daripada
golongan bangsawan. Segala keistimewaan terdapat pada beliau, ini menarik
ramai pembesar Mekah berminat untuk memperisterikan beliau, tetapi beliau
menolaknya.Tetapi kekaguman beliau dengan keunggulan peribadi Rasullulah
telah membuka hati Siti Khadijah untuk berkahwin. Beliau kemudiannya
menghantar wakil kepada Rasullullah untuk menyampaikan hasrat beliau.

Akhirnya berkahwinlah Siti Khadijah dengan Rasullulah. Abu Talib yang


menguruskan perkahwinan bagi pihak Rasullulah dan mengetuai majlis akad
nikah. Tempoh perkahwinan Rasullullah dengan Siti Khadijah sehingga Siti
Khadijah kembali ke rahmatullah berlangsung adalah selama dua puluh lima
tahun. Dalam tempoh perkahwinan ini, Rasullulah hanya beristerikan Siti
Khadijah. Hanya selepas kematian Siti Khadijah dan umur Baginda ketika itu
lima puluh tahun barulah Rasullullah berkahwin dengan isteri-isteri Baginda yang
lain.

Hasil perkahwinan Baginda dengan Siti Khadijah, Baginda dianugerahi dua


orang anak lelaki, Qasim dan Abdullah dan empat orang perempuan. Anak lelaki
ketiga Baginda dilahirkan oleh Mariah Qibtiah. Kesemuanya meninggal semasa
mereka kecil lagi. Manakala, anak-anak perempuan pula adalah Ruqayah,
Zainab, Ummu Kalthum dan Fatimah. Kesemuanya mereka hidup sampai ke
zaman Islam.

Siti Khadijah adalah seorang isteri yang sangat banyak berkorban kepada
Rasullulah dan perjuangan suci Islam. Dengan harta dan kedudukan yang
dipunyai beliau, beliau banyak membantu ke arah perjuangan suci suaminya

53
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

dalam menyebarkan ajaran suci Islam. Selepas mengahwini Siti Khadijah,


Rasullulah terus menguruskan perniagaan istei Baginda, tetapi Baginda tidak lagi
keluar menggembara mengetuai misi dagang, Baginda hanya menguruskannya
dari Kota Mekah sahaja.

Nyatakan sifat-sifat terpuji Rasullulah dalam kehidupan perkahwinan


Baginda dengan Siti Khadijah.

4.5 PERISTIWA HAJARUL ASWAD

Dalam tempoh itu juga banjir besar telah melanda Kota Mekah sehingga
menyebabkan Kaabah hampir runtuh. Kabilah-kabilah Arabberpakat membina
semula Kaabah,masing-masing menyumbang duit dalam usaha membaik pulih
Kaabah. Selepas dana terkumpul, timbul masalah baru, iaitu mereka tidak
mempunyai kepakaran untukmembina semula Kaabah, memandang pembinaan
Kaabah daripada batu bata. Rumah orang Arab Mekah pada masa itu, daripada
tanah,mereka tidak mempunyai kepakaran membina rumah daripada batu bata.

Akhirnya mereka menemui orang boleh membantu mereka membina binaan


daripada batu,selesai daripada pembinaan timbul pula masalah yang baru iaitu,
meletakkan Hajarul Aswad ketempatnya kembali. Masing-masing puak berebut
untuk meletakkanya. Pada meletakkan peluang untuk meletakkan Hajarul Aswad
di tempatnya merupakan satu kemuliaan yang besar, masing-masing ingin
memiliki kemuliaan tersebut. Peperangan antara empat suku Arab Mekah, iaitu;
Bani Quraisy, Bani Auf, Bani Abdul Dar dan Bani Makhzum, hampir tercetus hasil
daripada perebutan tersebut. Akhirnya mereka memutuskan untuk mencari
hakim bagi meredakan perebutan tersebut. Hakim memutuskan orang yang
pertama kali masuk ke Masjidil haram, dialah yang akan memutuskan siapayang
paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad itu ke tempatnya.

54
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Masing-masing menunggu dengan penuh debaran siapakah gerangan yang


pertama kali memasuki Masjidil Haram. Apabila melihat Nabi Muhammad bin
Abdullah merupakan orang yang pertama memasuki Masjidil Haram, masing-
masing menarik nafas lega. Ini kerana Rasullullah disenangi oleh semua pihak,
Baginda dikenali sebagai al-Amin (amanah, orang yang paling dipercayai).
Kesemua pihak bersetuju dengan perlantikan Rasullullah orang yang
bertanggungjawab untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka.

Rasullullah dengan kebijaksanaan Baginda menyelesaikan pertelingkahan


dengan dengan penuh aman damai dan memuaskan hati semua pihak.
Rasullullah membuka serbannya, kemudian meletakkan Hajarul Aswad di
tengah-tengah serban dan kesemua ketua suku mengangkat serban ini
bersama-sama dari penjuru masing-masing. Apabila sampai ke penjuru
Kaabah,Rasullullah meletakkan Hajarul Aswad ketempatnya yang asal.
Kebijaksanaan dalam pengadilan dalam peristiwa Hajarul Aswad telah berjaya
menyelamatkan kaum Quraisy daripada peperangan saudara antara mereka.
Rumusan bagi tajuk-tajuk sirah tahun tiga:

• Rasullullah telah mula hidup berdikari sejak Baginda kecil lagi; iaitu semasa
Baginda tinggal bersamasama bapa saudaranya Abu Talib, Baginda telah
memelihara kambing.

• Rasullullah telah mengikut bapa saudaranya berdagang ke Syam semasa umur


Baginda dua belas tahun.

• Semasa muda Rasullullah juga telah keluar berdagang membawa barangan Siti
Khadijah ke Syam.

• Perkahwinan Rasullullah dengan Siti Khadijah semasa Baginda berumur dua


puluh lima tahun, manakala umur Siti Khadijah pula empat puluh tahun.

55
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

• Peristiwa Hajarul Aswad membuktikan keunggulan peribadi Rasullullah yang


amanah,jujur,adil serta bijaksana,dan telah mendapat pengiktirafan kaumnya.

Bincangkan
Mengapakah kesemua kabilah Arab Mekah bersetuju dengan perlantikan
Rasullulah sebagai hakim untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka?
AKTIVITI 7.1

4.6 PERISTIWA DI GUA HIRA’

Sekarang, mari kita pelajari tajuk-tajuk sirah tahun empat bermula dengan tajuk
peristiwa di gua Hira’ (rujuk Rajah 4.1) dengan melihat permulaan wahyu
diturunkan.

4.6.1 Permulaan Wahyu

Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti (1991) menjelaskan bahawa Nabi


Muhammad s.a.w. telah menuju ke gua Hira’ yang terletak di sebuah bukit yang
dikenali dengan Jabal Nur di bahagian sebelah barat laut Makkah untuk
mengasingkan diri. Di sanalah baginda beribadah kepada Allah s.w.t. Tujuan
baginda s.a.w. mengasingkan diri di Gua Hira’ adalah untuk:
 Beribadat kepada Allah s.w.t berdasarkan syariat Nabi Ibrahim a.s. yang
berupa solat, zikir dan lain-lain;
 Mengasingkan diri daripada suasana Jahiliah yang bermaharajalela di
Bumi Makkah; dan
 Membersihkan jiwa sambil bertafakur memikirkan kebesaran Ilahi.

56
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Rajah 4.2: Gua Hira’ tempat wahyu pertama diturunkan


Sumber: www.islamweb.net.

Nabi Muhammad s.a.w. berulang alik dari rumah ke gua Hira’ (Rajah 6.2) selama
beberapa bulan. Pada suatu hari baginda mendapat mimpi yang benar iaitu
ternampak cahaya seperti pancaran sinar yang terang di waktu pagi yang
memberi tanda akan datangnya kebaikan. Pada 17 Ramadan tahun 610M,
sedang baginda beribadah di gua Hira’ datanglah malaikat Jibril a.s membawa
wahyu daripada Allah s.w.t., lalu mengajar baginda membaca. Maka berlakulah
dialog antara Nabi Muhammad s.a.w. dan malaikat Jibril a.s. seperti berikut:

Jibril: Bacalah! (wahai Muhammad).

Muhammad: Saya tidak pandai membaca !

Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad s.a.w. dengan kuat, kemudian


melepaskannya dan menyuruh lagi baginda membaca. Jibril a.s. telah
mengulangi sebanyak tiga kali tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap menjawab

57
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

bahawa baginda tidak tahu membaca. Lalu malaikat Jibril a.s membaca ayat 1
hingga 5 dari Surah al-ÂAlaq sebagai ayat-ayat yang pertama diturunkan Tuhan.
Lima ayat tersebut bermaksud:
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari
segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang
mengajar manusia dengan perantaraan kalam (menulis,membaca). Dia
mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
(al-Alaq 96: 1-5)

Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pun pulang dalam keadaan ketakutan lalu
menemui Khadijah binti Khuwailid r.ha dirumahnya, sambil berkata:
“Selimutkanlah daku! selimutkanlah daku!”. Baginda s.a.w. lantas diselimutkan
sehingga hilang rasa gerun dan takut. Akhirnya, baginda s.a.w. menceritakan
kepada Khadijah tentang peristiwa aneh yang berlaku ke atas dirinya, lalu
Khadijah r.ha berkata: “Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan
menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang
lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu
dan menolong mereka yang hak”.

Rasulullah s.a.w. terus di bawa oleh Khadijah menemui Waraqah bin Naufal bin
Asad bin Abdul Uzza, sepupu Khadijah dan penulis kitab Injil dalam bahasa Al-
Ibrani lantaran beliau merupakan penganut agama Kristian di zaman Jahiliah.
Baginda s.a.w. telah menceritakan peristiwa yang telah baginda alami semasa di
gua Hira’. Lantas Waraqah yang ketika itu telah tua dan buta berkata: “Ia adalah
Namus (pembawa wahyu, iaitu Jibril) yang pernah turun kepada nabi Musa a.s”.

Alangkah baiknya kalau aku masih muda remaja dan kuat. Semoga aku masih
hidup ketika kaum kamu mengusirmu keluar”. Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah
mereka akan mengusirku“. Lalu Waraqah itu menjelaskan: “Ya! Tiada seorang
lelaki yang datang membawa seperti apa yang kamu bawa, pasti akan dimusuhi.
“Sekiranya aku sempat dengan hari itu, aku akan menolong kamu semampuku”.

58
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Namun, tidak berapa lama setelah itu, Waraqah pun meninggal dunia sebelum
sempat menunaikan hajat murninya itu.

Kesimpulannya, peristiwa Nuzul al-Quran merupakan satu rakaman sejarah


dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Nuzul al-Quran ini seterusnya terjadi
berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada
pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17
Ramadan bersamaan 610M, ketika usia Nabi Muhamad s.a.w. 40 tahun.
Perkataan Al-Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut
bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi s.a.w. maka ia memberi makna
terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-
Quran.

4.6.2 Pengajaran Kisah

Mustafa al-Siba`ie (2004) menghuraikan beberapa pengajaran dan iktibar yang


dapat anda ambil daripada peristiwa agung turunnya wahyu pertama ini.
Antaranya adalah seperti berikut:

a) Apabila Allah ingin mendorong seseorang hamba berdakwah kepada


kebaikan dan pengislahan, Dia akan memasukkan ke dalam hatinya, rasa
benci kepada kesesatan dan kerosakan yang dilakukan oleh
masyarakatnya.
b) Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah bercita-cita menjawat tugas
kenabian dan kerasulan. Apa yang Allah s.w.t ilhamkan kepada Baginda
hanyalah rasa cinta untuk berkhulwah melakukan ibadat. Allah
mengilhamkan perasaan tersebut sebagai proses pembersihan dan
persediaan rohani untuk memikul bebanan risalah. Sekiranya Baginda
s.a.w. bercita-cita memperolehi kenabian, nescaya Baginda tidak takut
malah bersedia ketika wahyu diturunkan kepadanya, tetapi yang berlaku
sebaliknya. Pentingnya merujuk kepada orang yang berilmu untuk

59
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

kepastian terhadap perkara penting yang berlaku. Rasul s.a.w.


sebenarnya telah mendapat kepastian bahawa Baginda adalah Rasul,
setelah melihat Jibril a.s. Namun kepastian itu menjadi lebih kuat setelah
Waraqah bin Naufal menegaskan perkara itu kepada Baginda s.a.w. Ini
menunjukkan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan kita agar kita tidak
sesat dan silap arah pedoman.

Perbincangan
Setelah anda membaca dan menyelusuri secara ringkas riwayat hidup Nabi
Muhammad s.a.w. seperti yang dinyatakan di atas. Sila bincangkan isu-isu
berikut:
a) Di manakah baginda s.a.w. mengasingkan diri dan apa sebabsebabnya?
b) Apakah peristiwa yang berlaku ketika beliau mengasingkan diri?
c) Huraikan tiga pengajaran daripada kisah Nuzul al-Quran tersebut.
Bincangkan dengan akan anda!

4.7 MUKJIZAT AL-QURAN

Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang diturunkan Allah s.w.t. kepada nabi
Muhammad s.aw untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Seterusnya,
kita akan selami makna dan mukjizat al-Quran.

4.7.1 Makna al-Quran

Manna’ al-Qattan (2000) menjelaskan bahawa kalimah al-Qur’an dalam bahasa


Arab berasal daripada kata kerja qara’a yang bermaksud mengumpul dan
menghimpunkan sesuatu. Adapun perkataan al-Qira’ah pula memberi maksud
menghimpunkan huruf-huruf dan perkataan-perkataan tertentu dalam bacaan.

60
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Al-Qur’an sama seperti al-Qira’ah yang merupakan kata terbitan daripada qara’a
– qira’atan – qur’anan. Kitab al-Quran al-Karim ini dinamakan sedemikian
lantaran ia menghimpunkan segala ilmu-ilmu. Imam al-Zarkasyi (1994) pula
menjelaskan definisi al-Quran yang lebih ringkas iaitu: “Kalam Allah yang
diturunkan sebagai mukzijat dan dikira ibadat dengan pembacaannya”. Subhi al-
Saleh (2000) pula menerangkan bahawa kitab suci ini mempunyai beberapa
nama yang lain selain daripada al-Quran, iaitu: al-Furqan, al-Zikr, al-Tanzil dan
al-Kitab. Setelah anda membaca dan menyelusuri secara ringkas riwayat hidup
Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang dinyatakan di atas.

Sila bincangkan isu-isu berikut:


a) Di manakah baginda s.a.w. mengasingkan diri dan apa sebabsebabnya?
b) Apakah peristiwa yang berlaku ketika beliau mengasingkan diri?
c) Huraikan tiga pengajaran daripada kisah Nuzul al-Quran tersebut.
Bincangkan dengan rakan anda!
AKTIVITI 6.1
4.7.2 Mukjizat al-Quran

Rajah 4.3: Imej bulan terbelah

61
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Sumber: www.henmobil.com/.../perang/Bulan terbelah.jpg

Aboebakar Atjeh (1980) menerangkan bahawa Al-Quran al-Karim merupakan


mukjizat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada junjungan besar kita Nabi
Muhammad s.a.w. Ia merupakan mukjizat yang terbesar dan yang termulia, yang
ditinggalkan untuk umatnya sebagai panduan hidup kita. Ia merupakan kitab luar
biasa yang memberikan undang-undang dan pedoman hidup yang tidak dapat
diciptakan oleh manusia. Keadilannya yang abadi untuk segala bangsa dan nusa,
bagi setiap zaman dan masa. Rajah 6.3 menunjukkan imej bulan terbelah adalah
bukti kekal mukjizat al-Quran al-Karim. Al-Quran sama ada bahasa atau isi
kandungannya, merupakan mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w. kerana ketidakmampuan manusia untuk mendatangkan yang
seumpamanya membuktikan bahawa kitab

Al-Quran adalah daripada Allah s.w.t. Tegasnya, mukjizat al-Quran dapatlah


dirumuskan berdasarkan perkara-perkara berikut di bawah ini:

a) Keindahan bahasa dan sasteranya serta logik penggunaan kata-katanya.


b) Keharmonian segala prinsip dan teori yang dibawanya.
c) Kesahihan berita-berita silam termasuk kisah umat terdahulu.
d) Kebenaran segala ramalannya termasuk berita-berita yang akan datang.
e) Pembuktian sains tentang kebenaran segala teorinya.
f) Kemukjizatan dalam bidang perundangan dan panduan hidup yang
sempurna yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

4.8 DAKWAH NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA SULIT DAN TERANG

Nabi Muhammad s.a.w. telah menjalankan dakwah secara sulit dan terang-
terangan dalam menunaikan tanggungjawab baginda dalam menyebarkan
ugama Islam. Subtopik seterusnya akan menceritakan tentang orang terawal

62
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

memeluk Islam, dakwah Nabi secara sulit dan terang-terangan serta pengajaran
kisah daripada dakwah tersebut.

4.8.1 Orang Terawal Memeluk Islam

Mustafa al-Siba`ie (2004) menerangkan bahawa orang pertama yang beriman


dengan Baginda dan memeluk Islam ialah isteri Baginda, Khadijah
r.ha.,kemudian sepupu Baginda, Ali r.a. Ketika itu Ali masih kanak-kanak
berumur 10 tahun. Kemudian diikuti pula oleh bekas hamba Baginda, Zaid bin
Harithah. Dakwah Islam ini akhirnya disambut baik pula oleh beberapa tokoh
yang berkedudukan dalam masyarakat Mekah iaitu: Abu Bakar as-Siddiq,
Uthman binbin Affan, al-Zubair bin al-Awwam, ÂAbd. Rahman bin Auf dan Sa’ad
bin Abi Waqqaf r.hum. Hamba sahaya yang mula-mula sekali memeluk Islam
pula ialah Bilal bin Rabah al-Habsyi. Proses wahyu terhenti dan perintah
berdakwah semula dijelaskan seperti beikut:

a) Wahyu Terhenti
Kemudian wahyu terhenti untuk seketika. Berlaku perselisihan riwayat tentang
tempohnya. Yang paling lama ialah tiga tahun dan paling singkat ialah enam
bulan. Riwayat enam bulan itulah yang sahih. Ketika tempoh terputusnya wahyu,
Rasulullah s.a.w. merasa amat susah hati dan dukacita.

b) Perintah Berdakwah Bermula


Baginda menyangka Allah telah meninggalkannya setelah memilihnya untuk
tugas risalah yang mulia. Namun. selepas itu, wahyu kembali turun kepada
Baginda, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahihnya,
daripada Jabir bin Abdullah al-Ansari, daripada Nabi s.a.w: Ketika aku sedang
berjalan-jalan, tiba-tiba aku mendengar satu suara daripada langit. Aku
mengangkat pandanganku. Rupa-rupanya ia adalah malaikat yang telah datang
kepada aku di Gua Hira'. Malaikat itu sedang duduk di atas kerusi di antara

63
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

langit dan bumi. Aku merasa takut kepadanya, lantas aku pulang. Aku berkata:
Selimutkan aku. Akhirnya Allah Taala telah menurunkan firmanNya:

              

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan


amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah
kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan
segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi”
(al-Muddathir 74:1-5)
4.8.2 Dakwah Nabi Secara Sulit

Dr. al-Buti (1991) menjelaskan peringkat dakwah secara sulit sebagaimana


berikut: Dakwah Islam bermula di Makkah secara rahsia atau sulit. Ini bermakna
Rasullulah s.a.w. mengembangkan ajaran Islam secara sembunyi-sembunyi dan
menyampaikan kepada orang-orang yang rapat dengannya terlebih dahulu.
Baginda juga memperkenalkan Islam di kalangan orang yang dipercayai dari
segi penerimaan (akalnya). Peringkat dakwah secara rahsia ini berlangsung
selama tiga tahun. Faktor utama pendekatan secara rahsia adalah bagi
mengelakkan kejutan terhadap golongan musyrikin yang begitu taksub dengan
sembahan berhala sekian lama.

Lokasi rahsia tempat umat Islam berkumpul pada tempoh tersebut adalah di
rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Hasilnya, beberapa orang lelaki dan wanita
yang terkenal dengan pemikiran yang matang dan jiwa yang sejahtera, telah
memeluk Islam. Bilangan mereka yang memeluk Islam mencapai kira-kira 40
orang dan kebanyakan mereka adalah di kalangan golongan fakir dan hamba
yang tiada kedudukan di mata kaum Quraisy Makkah.

64
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

4.8.3 Dakwah Nabi Secara Terang-terangan

Dakwah Nabi secara terang-terangan telah berlansung seperti berikut: Setelah


tiga tahun berlalu dakwah secara sulit dan bilangan umat Islam kian bertambah,
maka akhirnya Allah s.w.t telah memerintahkan RasulNya untuk menyampaikan
dakwah Islam secara terang-terangan. Firman Allah s.w.t:

      

“Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan


kepadamu (wahai Muhammad) dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan
tentangan kaum kafir musyrik itu”
(al-Hijr 15:94)

Ekoran dakwah secara terang-terangan itu, bermulalah peringkat menyakiti


orang-orang mukmin yang baru memeluk Islam. Bahkan Rasulullah s.a.w. turut
disakiti dan ada yang terbunuh syahid. Orang-orang musyrik berasa bimbang
apabila Rasul mendedahkan kebatilan pemikiran mereka, membongkar
kecacatan tuhan-tuhan mereka dan mengemukakan agama baru kepada mereka
sedangkan agama Islam mengajak kepada pengabdian diri kepada Tuhan yang
Esa serta tidak dapat dilihat oleh mata dan pandangan, sedangkan Dia yang
Maha Mengetahui akan sekalian makhlukNya.

Pada suatu hari, Rasul s.a.w. berdiri di bukit Sofa, menyeru satu persatu
keluarga Quraisy. Baginda mengajak mereka kepada Islam danmeninggalkan
penyembahan berhala. Baginda memotivasi mereka kepada syurga dan
memberi amaran tentang neraka. Ekoran dakwah itu, Abu Lahab menengking
Baginda: „Celaka kamu, adakah untuk ini kamu mengumpulkan kami.”

Puak Musyrikin Quraisy ingin bertindak ke atas Rasul s.a.w, namun bapa
saudara Baginda, Abu Talib melindunginya. Beliau enggan menyerahkan
Baginda kepada mereka. Setelah Quraisy beredar, Abu Talib meminta Baginda

65
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

untuk mengendurkan dakwahnya. Baginda menyangka bapa saudaranya tidak


lagi mahu membantunya, maka Baginda mengucapkan kata-katanya yang
masyhur ini:

Demi Allah, wahai bapa saudaraku! Kalau mereka meletakkan matahari di


sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan
ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah
memenangkannya atau aku binasa kerananya„.

4.8.4 Pengajaran Kisah

Mustafa al-Siba’ie (2004) menghuraikan beberapa pengajaran dan iktibar yang


dapat kita ambil daripada peringkat dakwah secara sulit dan terang-terangan.
Antaranya diterangkan seterusnya:

Dakwah adalah proses pemulihan dalam masyarakat yang menimbulkan sesuatu


yang janggal terhadap kepercayaan dan mentaliti kebanyakan orang ramai,
pendakwah tidak perlu menyampaikannya secara lantang.
Tindakan menangguh teknik berdakwah secara terang-terangan sehinggalah
sebilangan manusia telah meyakini dakwah tersebut dan sanggup berkorban di
jalan dakwah adalah tanda kebijaksanaan Nabi s.a.w. Pendekatan dakwah
secara berhikmah dan berperancangan adalah faktor kejayaan dakwah Baginda
Nabi s.a.w. hingga Islam berkembang ke seluruh pelusuk dunia kini.

Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat di zaman permulaan Islam


menghadapi tentangan yang sangat hebat daripada musuh-musuh Islam. Ada
yang diazab dan diseksa kaum Musyrikin Makkah, namum mereka tetap
berpegang dengan akidah mereka. Ini menjadi bukti kejujuran iman dan
keikhlasan pegangan akidah mereka. la juga menunjukkan ketinggian jiwa dan
rohani mereka.

66
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

Ketegasan Rasulullah s.a.w. kepada bapa saudara Baginda Abu Talib dan
keengganan Baginda menerima tawaran harta dan takhta yang ditawarkan oleh
Quraisy menjadi bukti kebenaran dakwah dan kerasulan Baginda. la juga
menjadi bukti kesungguhan Baginda membawa petunjuk kepada seluruh umat
manusia.

Seorang pendakwah mestilah mengambil berat tentang kaum kerabatnya. Dia


perlu menyampaikan dakwah dan kebenaran kepada mereka. Namun, sekiranya
mereka menolak, dia akan mempunyai alasan di hadapan Allah dan manusia
terhadap kerosakan dan kesesatan kaum kerabatnya itu.

Kita selaku umat Nabi Muhammad s.a.w. wajib bersyukur dengan nikmat agung
di sebalik penyebaran dakwah kepada kita. Kesabaran dan ketabahan mereka di
jalan dakwah wajar dijadikan contoh dan ikutan generasi sepanjang zaman.

Perbincangan

Setelah anda mempelajari topik ini sila huraikan perkara-perkara berikut:


a) Sebutkan lima orang yang terawal memeluk Islam.
b) Apakah faktor utama dakwah secara rahsia?
c) Apakah pengajaran di sebalik peringkat dakwah secara rahsia dan
terangan-terangan?
d) Huraikan dalil yang menunjukkan perintah berdakwah secara terangan-
terangan.
6.4
Rumusan
 Nabi Muhammad s.a.w. merupakan insan pilihan Allah s.w.t. yang
dipilihNya sebagai Rasul dan penyampai Risalah Islam yang suci.

67
PIM 3106
PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH (SR)

 Riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. bermula dari kelahiran hinggalah


kewafatan baginda adalah qudwah dan ikutan kita selaku umat akhir
zaman.
 Pendakwah perlu bersiap sedia dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelektual sebelum terjun ke medan dakwah yang suci ini. Sirah Rasul
telah membuktikan bahawa keperluan asas pendakwah adalah penting
bagi menghasilkan penerimaan yang optimum.
 Kebijaksanaan Nabi s.a.w. dalam berkomunikasi semasa berdakwah di
samping penyusunan strategi yang terperinci adalah kunci kejayaan Nabi
dalam bidang dakwah Islam di samping tawakkal dan
pertolongandaripada Allah s.w.t.
 Para guru harus mendapatkan sumber-sumber rujukan Sirah Rasul yang
terkini dan menyampaikannya dalam bentuk yang realistik agar
menimbulkan kesan yang mendalam di kalangan murid-muridnya.
 Merujuk Atlas al-Sirah dalam pasaran adalah satu langkah terbaik bagi
menghuraikan Sirah Rasul berdasarkan maklumat terperinci mengenai
lokasi-lokasi penting dalam Sirah Rasul.
 Di samping itu, watak-watak remaja seperti Ali bin Abi Talib, Abdullah bin
Umar, Anas bin Malik, Usamah bin Zaid dan sebagainya perlu ditonjolkan
bagi merapatkan murid-murid dengan Sirah Rasul.

68
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

ANALISIS HURAIAN SUKATAN PELAJARAN SIRAH DALAM


TAJUK 5
SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH
RENDAH TAHUN 5 DAN 6

5.0 SINOPSIS

Pelajar-pelajar yang dikasihi, selamat bertemu kembali! Adakah anda telah


menyelesaikan tugasan untuk topik sebelum ini dengan sempurna? Syabas saya
ucapkan kerana anda berjaya menyelesaikan pembacaan dan setiap tugasan
yang diberikan dengan baik.

Topik ini akan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sukatan pelajaran
sirah tahun 5 dan Tahun 6 yang meliputi tajuk Peristiwa Isra‟ dan Mikraj,
Perjanjian Aqabah pertama dan kedua, Hijrah ke Madinah, Piagam Madinah,
Perjanjian Hudaibiyah, dan Pembukaan Kota Suci Mekah, Tajuk-tajuk sirah
tahun enam yang akan dibincangkan ialah mengenai Pembinaan Masjid
Pertama, Persaudaraan Muhajirin dan Ansar, Pembentukan Negara Madinah,
Perkembangan Islam di Zaman Nabi s.a.w. Haji Perpisahan dan Kewafatan
Nabi . Tajuk-tajuk yang bincangkan adalah hasil dari analisis terhadap Huraian
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam .Ini akan memudahkan pelajar memahami
isi kandungan sukatan sirah berdasarkan huraian sukatan tersebut.

5.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti tajuk-tajuk sirah tahun lima dan tahun enam


2. Memperincikan dan menghuraikan isi kandungan sirah dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah tahun lima dan tahun enam
3. Merumuskan pengajaran yang dapat diteladani dari pelajaran sirah tahun
lima dan tahun enam.
4. Mengaplikasi teknik mengajar dengan berkesan;

69
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai dengan topik.

5.2 KERANGKA TAJUK

Sukatan Pelajaran Sirah

Tahun 5 Tahun 6

Peristiwa Isra‟ dan Mikraj Piagam Madinah

Perjanjian Aqabah Perjanjian Hudaibiyah

Hijrah Ke Madinah Pembukaan Kota Suci Mekah

Pembinaan Masjid Pertama Perkembangan Islam di


Zaman Nabi s.a.w

Persaudaraan Muhajirin dan


Ansar Haji Perpisahan

Pembentukan Negara Kewafatan Nabi Muhammad


Madinah S.A.W

Mempertahankan Madinah

5.3 PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

5.3.1 Sebelum Isra’ dan Mikraj

Sebelum berlangsungnya peristiwa agung ini, baginda Rasulullah s.a.w telah


mengalami pembedahan dada atau perut. Pembedahan ini dilakukan oleh
malaikat Jibril dan Mikail. Hati Baginda s.a.w dicuci dengan air zam-zam,

70
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

dibuang ketul hitam (ʹalaqah) yang merupakan tempat syaitan membisikkan


was-wasnya. Hati baginda yang dibelah itu, kemudian dimasukkan hikmah, ilmu
dan iman ke dalamnya. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan
“Khatmun Nubuwwah”. Khadam Rasulullah s.a.w selama 10 tahun pemukiman
Nabi di Madinah, Anas bin Malik r.a pernah melihat sendiri kesan jahitan pada
dada Rasulullah s.a.w akibat telah menjalani pembedahan ini biarpun zaman itu
umumnya masih belum menerima teori bedah dan sistem jahitan yang sungguh
canggih bahkan menepati kaedah perubatan sebenarnya. Selesai pembedahan
tersebut, binatang tunggangan para Rasul bernama Buraq pula didatangkan
untuk ditunggangi oleh Rasulullah s.a.w dalam perjalanan luar biasa yang
dinamakan ʹIsra‟ʹ itu.

5.3.2 Semasa Isra’ dan Mikraj

(a) Semasa Isra’

Mustafa al-Siba‟ie (2004) menghuraikan bahawa Isra‟ dan Mikraj berlangsung


antara lokasi Masjid al-Haram di Makkah ke Masjid al-Aqsa di Palestin dengan
melalui peristiwa-peristiwa yang begitu menakjubkan.

71
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.1 : Batu Tergantung Isra‟ dan Mikraj


Sumber: [http://ambuyatelbinangkit.blogspot.com/.html]

Ajaibnya juga, peristiwa sebuah batu besar tempat Nabi berpijak untuk dinaikkan
ke langit ingin mengikuti Nabi, tetapi Nabi telah menahannya. Ini menyokong lagi
bukti kesahihan peristiwa Isra‟ dan Mikraj ini yang patut kita diimani
memandangkan ia termasuk hal-hal yang ghaib. Sepanjang perjalanan Isra‟
Rasulullah s.a.w yang diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibril itu, baginda telah tiba
di lokasi-lokasi penting yang mempunyai martabat dan kemuliaannya yang
tersendiri untuk diabadikan dalam sejarah Islam. Seluruh tempat tersebut
baginda Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersolat
sebanyak dua rakaat di situ. Antara tempat-tempat berkenaan adalah seperti
berikut:

(i) Kota Thaibah atau Yathrib (nama lama bagi Madinah) yang merupakan
tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah
(ii) Bukit Tursina yang merupakan tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu
daripada Allah
(iii) Baitul Laham di mana tempat Nabi Isa a.s dilahirkan Dalam perjalanan itu
juga, baginda
Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin Ifrit dengan obor api dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa atau gambaran-gambaran simbolik yang amat

72
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

ajaib sebagai berita-berita ghaib yang disingkapkan Allah melalui junjungan


besar Baginda Nabi s.a.w. Antara yang disaksikan baginda adalah:

• Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru, tiba-tiba keluar semula, seolah-olah ia
belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulangulang.Rasulullah s.a.w diberitahu oleh
Jibril “Itulah kaum yang berjihad ʺFisabilillahʺ yang digandakan pahala
kebajikan sebanyak 700 kali ganda, bahkan sehingga gandaan yang lebih
banyak”.

• Tempat yang berbau harum. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril


“Itulah bau kubur Masyitah (tukang sikat rambut anak Firʺaun) bersama
suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk
menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Firʺaun kerana tetap teguh
beriman kepada Allah (tidak mahu mengakui Firʺaun sebagai Tuhan)”.

• Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala dan bercantum semula


lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril memberitahu
Rasulullah “Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat)”.

• Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur)
dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan
bara api dan batu dari neraka Jahannam.Kata Jibril “Itulah orang-orang yang
tidak mengeluarkan zakat harta mereka”.

• Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk
sedangkan daging masak yang elok ada di sisi mereka. Kata Jibril “Itulah lelaki
dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu
masing-masing mempunyai isteri atau suami”.

73
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

• Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril
“Itulah orang yang makan riba”.

• Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi
ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril “Itulah orang tak dapat menunaikan
amanah tetapi masih sanggup menerima amanah yang lain”.

• Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting
besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti
biasa. Kata Jibril “Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu
yang dia sendiri tidak melakukannya”.

• Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibril “Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan
menjatuhkan maruah (mencela dan menghinakan) orang”.

• Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dapat
masuk semula ke lubang itu. Kata Jibril “Itulah orang yang suka bercakap besar
(takabbur)”.

• Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan.


Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril “Itulah dunia. Jika Rasulullah
memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat”.

• Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah


berhenti. Rasulullah s.a.w tidak menghiraukannya. Kata Jibril “Itulah orang yang
mensia-siakan umurnya sampai ke tua”.

74
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

• Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan


sesuatu. Kata Jibril “Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti
saat hari kiamat”.

Setibanya di Masjid Aqsa, Rasulullah s.a.w turun dari Buraq. Kemudian Baginda
masuk ke dalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat yang makmumnya
terdiri daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul alaihimussalam. Setelah itu,
Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bekas yang berisi arak
dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril “Baginda
membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai
umat baginda akan menjadi sesat”.

(b) Semasa Mikraj

• Setelah itu Rasulullah dimikrajkan di malam yang sama dari Baitul Maqdis ke
langit terdekat, lalu Jibril meminta supaya dibuka pintu langit pertama, setelah
dibukanya, di sana Rasulullah telah melihat Adam (a.s) bapa sekalian manusia,
baginda pun memberi salamkepadanya, baginda dialu-alukan dan dibalas
salamnya dan baginda diperakukan dengan kenabiannya. Allah memperlihatkan
kepada baginda roh-roh para syuhadaʹ di sebelah kanannya dan roh-roh yang
terseksa di sebelah kirinya.

• Kemudian baginda dibawa naik ke langit kedua, Jibril meminta supaya dibuka
pintu langit, setelah dibuka mereka memasukinya di sana didapati Nabi Yahya
bin Zakaria dan Isa Ibni Mariam, diberinya salam lalu dijawab salam dan dialu-
alukan mereka, di samping memperakui kenabian Muhammad (s.a.w).

• Setelah itu Jibril membawa Rasulullah ke langit ketiga di sana mereka


bertemu dengan Nabi Yusuf, setelah salam diberi dan disambut baginda dialu-
alukan dan diperakui kenabiannya.

75
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

• Seterusnya Rasulullah dibawa ke langit keempat di sana Baginda berjumpa


dengan Nabi Idris (a.s), Rasulullah memberi salam kapadanya dan beliau
menjawab. Baginda dialu-alukan dan diakui kenabian baginda.

• Lepas itu Baginda dibawa ke langit kelima di sana Baginda bertemu dengan
Nabi Harun bin Imran, baginda menjawab salam yang diberi. Baginda dialu-
alukan dan diakui kenabiannya.

• Kemudian Baginda dimikrajkan ke langit keenam. Di sana baginda bertemu


dengan Musa (a.s). Baginda memberi salam dan dijawab maka dialu-alukan dan
diperakui kenabiannya. Setelah Rasulullah berlepas dari Musa, Musa pun
menangis, lalu ditanya Musa apa yangmembawa kau menangis? Jawab Musa
“Aku menangis kerana orang yang diutuskan selepasku, umatnya memasuki
Syurga lebih ramai dari umatku”.

• Seterusnya Rasulullah dimikrajkan ke langit ketujuh, padanya baginda


menemui Ibrahim (a.s), setelah salam diberi dan dijawab,Baginda dialu-alukan
dan diakui kenabiannya. Sesudah itu baginda dimikrajkan ke Sidratul Muntaha
dan dibawa ke Baitul Maʹmur serta mendengar tulisan al-Qalam di Lauh
Mahfuz.

• Akhirnya baginda dimikrajkan mengadap Allah al-Jabbar Jalla Jalaluh di


arasyNya yang tertinggi. Baginda menghampiriNya paling terdekat, maka
difirman dan diwahyukan serta difardukan kelima kepada hambaNya Muhammad
lima puluh waktu solat. Dengan itu, baginda pun turunlah untuk pulang, namun di
tengah jalan, baginda menemui Nabi Allah Musa bin Imran a.s yang bertanyakan
kepada Rasulullah s.a.w:

“Dengan apa engkau diperintahkan?” Jawab baginda “Aku difardukan dengan


lima puluh waktu solat”, jawab Musa “Umat engkau tidak akan mampu,
kembalilah kepada Tuhan pohon kepadaNya

76
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

pengurangan, demi untuk umat engkau”, baginda berpaling kepada Jibril


bagaikan untuk mendapat pandangan, maka Jibril pun memberi persetujuan
dengan pendapat Musa itu, dengan itu Jibril membawa semula hingga ke
hadapan Tuhan Rabbul Jalil, justeru itu Allah pun mengurangkan hingga tinggal
sepuluh waktu sahaja, maka baginda turun, semasa itu sekali lagi baginda
melewati Musa (a.s), baginda menceritakan apa yang berlaku, maka kata Musa
sekali lagi sebagai menasihati, Ayuh pulang semula kepada Tuhanmu mintakan
agar dikurangkan lagi, demikianlah Rasulullah berulang-alik di antara Allah
Rabbul Jalil dan Musa, dengan itu Allah perkurangkan, hingga tinggal
menjadi lima waktu solat sahaja, masih lagi Musa menyuruh Rasulullah
memohon pengurangan lagi, kemudian Rasulullah mengatakan:“Sesungguhnya
aku terasa malu, malah setakat ini aku merelai dan
menerima perintahNya itu”, setelah berjauhan baginda diseru,“Sesungguhnya
Aku menguatkuasa solat fardu dan Aku ringankan ke atas hamba-hambaKu”.

(c) Selepas Mikraj

Rasulullah s.a.w turun ke langit dunia semula, seterusnya turun ke Baitul Maqdis,
lalu penunggang Buraq dalam perjalanan pulang ke Makkah pada malam yang
sama. Ada riwayat menyatakan bahawa tempat tidur Baginda Nabi s.a.w masih
terasa kehangatannya di saat kepulangan baginda ke Makkah bagi membuktikan
kekuasaan Allah s.w.t yang memperjalankan hambaNya dalam tempoh waktu
yang sekejap sahaja. Perjalanan ini berakhir dengan menyimpan tanda-tanda
dan maklumatmaklumat ghaib yang dikhabarkan Nabi s.a.w kepada umatnya.

5.3.3 Pengajaran Daripada Isra’ dan Mikraj

Nik Abd. Aziz Nik Mat dalam bukunya berjudul Sirah Nabawiyah – Insan Teladan
Sepanjang Zaman (2005) mengenengahkan sikap jahat orientalis Barat yang
menolak kesahihan peristiwa agung ini dengan mentafsirkannya sebagai mimpi

77
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

yang bermain di minda Nabi ketika tidur hingga membawa kepada perjalanan
yang merentasi alam logika dan zahir serta menerjah dimensi berupa khayalan
dan ilusi. Kenyataan ini sama sekali sesat dan palsu yang bermatlamatkan
penolakan mukjizat Nabi dan kemuliaan umatnya.

Untuk itu, peristiwa Isra‟ dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah
yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting
untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani
perkara-perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Muhammad
Sa‟id Ramadan al-Buti (1991) menerangkan bahawa:

a) Peristiwa Isra‟ dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh


yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar
sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaanNya. Seandainya
peristiwa dalam Isra‟ dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar
kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan
berbagai-bagai kejahatan.
b) Kejadian Isra‟ dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (adakah
dipercayai atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di
zaman Nabi s.a.w langsung tidak mempercayai, malahan
memperolokolokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
c) Peristiwa Isra‟ dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang
membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah s.w.t. Allah s.w.t telah
menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaranNya kepada baginda
s.a.w. Firman Allah s.w.t:

         

            

78
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam
dari al-Masjidil Haram ke al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya
agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran
Kami.Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Surah Al-Israaʹ: Ayat 1)

Rehat dulu, kemudian bincangkan soalan di bawah

Perbincangan

Anda telah pun menelusuri kisah Isra‟ dan Mikraj sebentar tadi.
Sila bincangkan isu-isu berikut:

1. Justifikasi pembedahan dada Nabi s.a.w sebelum Isra‟ dan Mikraj.


2. Impak peristiwa Isra‟ dan Mikraj ke atas umat Islam masa kini dalam
membina modal insan yang cemerlang dan beriman.
3. Sikap Orientalis Barat terhadap hakikat peristiwa Isra‟ dan Mikraj.

5.4 PERJANJIAN ‘AQABAH

Perjanjian „Aqabah adalah salah satu peristiwa penting dalam Islam. Ianya akan
dikupas lanjut dalam subtopik seterusnya.

5.4.1 Perjanjian ‘Aqabah Pertama

(a) Tahun Ke 11 Kerasulan

Aqabah merupakan sebuah lokasi ibadat haji (masy‟ar al-Haram) di Mina,Bandar


Makkah al-Mukarramah. Jaraknya kira-kira 10 kilometer daripada Masjid al-

79
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Haram, Makkah. Perjanjian „Aqabah pertama ini adalah hasil daripada


pemelukan enam orang dari penduduk Yathrib (Madinah) di musim haji tahun ke-
11 kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w. Mereka yang berada di Mina
ketika itu sanggup dan bersedia menerima ajaran „baru‟ ketika itu dan berjanji
kepada Rasulullah untuk menyebarkan risalah Islam di Madinah, apabila mereka
telah pulang daripada menunaikan haji kelak berbanding kaum Musyrikin
Makkah yang memandang „lekeh‟ ajakan Nabi kepada agama Islam yang murni
ini.

(b) Tahun Ke 12 Kerasulan

Hasilnya, pada musim haji berikutnya, bertepatan bulan Zulhijjah tahun ke-12
selepas kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, bersamaan Julai 621 Masihi,
seramai 12 orang lelaki termasuk 5 orang yang telah bertemu Rasulullah di
tahun lepas telah tiba ke Makkah. Tujuh orang yang baru ini termasuk:

i. Muaz bin al-Harith Ibn ʹAfa al-Najjari al-Khazraji


ii. Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraji
iii. Ubbadah bin al-Samit daripada Bani Ghanam al-Khazraji
iv. Yazid bin Thaʹlabah sekutu Bani Ghanam al-Khazraji
v. al-Abbas bin „Ubadah daripada Bani Salim al-Khazraji
vi. Abu al-Haitham bin Bani „Abd al-Tihan al-Asyhal al-Ausi
vii. Uwaim bin Saʹidah Bani Amru bin Auf al-Ausi

Dua yang akhir adalah daripada kabilah al-Aus manakala yang lain sebelumnya
daripada suku al-Khazraj. Mereka kesemua telah bertemu dengan Rasulullah di
Mina, terus berjanji dengan Rasulullah s.a.w berdasarkan Bai‟ah al-Nisaʺ (Isi-isi
Perjanjian Wanita), iaitu corak perjanjian yang dimeteraikan dengan kaum wanita
semasa pembukaan kota Makkah. Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari
Ubbadah bin al-Samit bahawa Rasulullah s.a.w telah berkata kepada mereka:
“Ayuh mari berjanji denganku, untuk kamu:

80
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

i. Tidak menyekutukan Allah dengan sebarang sesuatu


ii. Tidak mencuri
iii. Tidak berzina
iv. Tidak membunuh anak-anak kamu
v. Tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang
mereka pungut di jalan sebagai anak sendiri
vi. Tidak mengengkari aku pada kebaikan sesiapa di antara kamu yang
menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah s.w.t dan sesiapa
yang melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kaffarah baginya di
dunia. Tetapi, sekiranya Allah melindunginya, maka itu terserah kepada
Allah dan sekiranya Allah mengampunkannya maka itu adalah nasib
baiknya”.

Sambung Ubbadah r.a “Dengan itu aku pun berjanjilah dengannya”. Dalam
riwayat lain menyebut: ʹMaka kami pun berjanji dengannya di atas dasar ituʹ.

5.4.2 Perjanjian Aqabah Kedua

(a) Tahun Ke-13 Kerasulan

Pada musim haji, bulan Zulhijjah tahun ke-13 selepas kerasulan pula,
bersamaan Jun 622 Masihi, datang pula rombongan seramai 70 orang lebih
kaum muslimin penduduk Yathrib, bersama-sama kumpulan haji musyrikin bagi
melaksanakan ibadat haji. Dalam perjalanan itu, mereka memikirkan nasib
Rasulullah s.a.w dan para Sahabat sudah tidak aman lagi di Makkah bahkan
sentiasa menjadi buruan Kuffar Makkah dan diancam keselamatannya. Sebaik
sahaja mereka tiba di Makkah, mereka telah membuat beberapa pertemuan sulit
dengan Rasulullah hingga berakhir dengan persetujuan kedua belah pihak untuk
mereka bertemu lagi di pertengahan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah), di
persimpangan berhampiran „Aqabah di mana upacara Jamrah atau ibadat
melontar dilakukan di sana. Pertemuanitu juga di dalam suasana rahsia di

81
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

tengah malam gelap gelita. Di sini, salah seorang pemimpin Ansar untuk
memberi laporan mengenai pertemuan yang bersejarah lagi penuh berkat itu,
yang telah mengubah perjalanan masa dalam detik pertembungan di antara
Islam dan penyembahan berhala, Kaab bin Malik al-Ansari r.a telah
menceritakan:

“Kami telah keluar ke tempat haji, sebelumnya kami telah pun membuat
perjanjian dengan Rasulullah untuk bertemu di ʺAqabah pada pertengahan hari-
hari Tasyriq. Pada malam yang kami janjikan itu, Abdullah bin Amru bin Hiram
salah seorang ketua pimpinan kami dan orang yang kami muliakan, telah kami
rencanakan satu perjumpaan yang sengaja kami rahsiakan daripada kaum
sebangsa kami yang masih musyrik lagi, yang turut bersama untuk mengerjakan
haji. Pada malam itu, kami telah berbincang dengan Abdullah bin Amru. Kata
kami; ”Wahai Abu Jabir! Tuan adalah salah seorang pemimpin kami dan tokoh
yang kami muliakan, sebenarnya kami tidak rela engkau dicampakkan ke dalam
api neraka sebagai bahannya di suatu hari esok, dengan itu kami menyeru
kepada Islam. Seterusnya kami ceritakan tentang pertemuan kami dengan
Rasulullah di Aqabah. Kata Kaab tanpa berlengah: ”Abdullah bin ‟Amru lantas
mengucap dua kalimah syahada dan beliau turut serta di pertemuan ʺAqabah,
di mana beliau telah dilantik menjadi naqib dan ketua”.

Sambung Kaab lagi: “Di malam itu, kami segera tidur bersama-sama kaum kami
di samping peralatan perjalanan, sehingga apabila berlalu sepertiga malam, kami
pun keluar dari perkarangan khemah untuk menemui Rasulullah s.a.w dengan
penuh berhati-hati bak burung puyuh melalui denainya, hinggalah kami
semuabertemu dan berkumpul di persimpangan al-‟Aqabah. Kami yang
berjumlah 73 orang lelaki dan 2 orang wanita iaitu; Nusaibah binti Kaab yang
dikenali sebagai Ummu ʺAmmarah dari kabilah Bani Mazin bin Najar yang
kedua ialah Asma‟ binti Amru dikenali sebagai Ummu Hani‟ dari kabilah Bani
Salamah. Akhirnya, kami semua pun berkumpul di persimpangan yang
dijanjikan,menunggu ketibaan Rasulullah. Tepat pada masanya, Rasulullah pun

82
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

datang, dengan diiringi al-Abbas bin Abd al-Muttalib, yang masih lagi dengan
agama kaumnya, namun beliau rela menyertai dan menyokong urusan anak
saudaranya itu dan beliau pula orang pertama bercakap di dalam majlis itu”.

Jawab Kaab: “Kami menegaskan kepada al-Abbas: Sekarang kami hendak


dengar dari Rasulullah, ayuh Rasulullah sebutkan apa sahaja kewajipan kami
untuk dirinya (s.a.w) dan untuk Tuhannya sekehendak hati Rasulullah (s.a.w).”
Jawapan Kaab itu menggambarkan keazaman yang memuncak, keyakinan,
keberanian, keimanan dan keikhlasan yang bersifat infiniti di dalam rangka
menanggung beban tanggungjawab yang amat agung itu, di samping mereka
sudah menyangka dan mengambil kira risiko yang bakal menimpa mereka kelak.
Akhirnya, Baginda Rasulullah s.a.w pun membentangkan isi-isi perjanjian dan
dipersetujui oleh pihak al-Ansar.

(b) Isi-isi Perjanjian ‘Aqabah Kedua

Imam Ahmad r.a telah meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a bahawa daku
berkata; “Wahai Rasulullah, di atas apakah yang akan kami berjanji dengan
Tuan?” Jawab Rasulullah, kamu berjanji untuk:
i. Mendengar dan mematuhi dalam keadaan sibuk mahupun lapang.
ii. Berinfaq semasa susah dan senang.
iii. Menyeru kepada maʹruf dan mencegah kemungkaran.
iv. Berjuang kerana Allah tanpa mempedulikan ancaman orang.
v. Menyokong aku setibanya aku di kalangan kamu nanti, mempertahankan
aku seperti mana kamu pertahankan diri dan anak isteri kamu, sebagai
balasan, adalah syurga Allah di akhirat nanti.

5.4.3 Pengajaran Kisah

Mustafa al-Siba‟ie (2004) telah menghuraikan beberapa pengajaran dan iktibar


daripada perjanjian „Aqabah ini. Antaranya adalah seperti berikut :

83
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

a) Penduduk Madinah bertemu Rasulullah dengan menunjukkan taat setia,


semangat yang tinggi dan pengorbanan yang jitu ke atas baginda untuk
membela baginda daripada ancaman kaum kafir Quraisy melalui
perjanjian „Aqabah Pertama dan Kedua. Ia berfungsi sebagai jaminan dan
pemangkin kelancaran dakwah Islam di zaman permulaannya.
b) Kerahsiaan yang diamalkan oleh kaum muslimin dari Yathrib biarpun
bersama rombongan kaum Musyrikin dari tempat yang sama termasuk
kerahsiaan perjanjian daripada dihidu musuh Islam di Makkah adalah
strategi dakwah yang efektif demi menjaga keselamatan diri dan
kemaslahatan dakwah Islam itu sendiri.
c) Perjanjian yang dilakukan menyebabkan bilangan dan kekuatan umat
Islam bertambah. Seterusnya dapat membantu Rasulullah dalam
mempertahankan kedaulatan agama Islam di samping menjamin syiar
Islam berkembang ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.
d) Perpaduan dan persaudaraan kerana Allah s.w.t yang ditunjukkan dalam
kisah perjanjian „Aqabah ini adalah teras kejayaan umat Islam dalam
mengembangkan dakwah.
e) Melalui kerjasama bulat dan perjanjian sepakat, maka umat Islam Makkah
(Muhajirin) berjaya meraih jaminan politik dan kewangan yang kukuh serta
paling kurang, sokongan moral penduduk Madinah.

5.5 HIJRAH KE MADINAH

Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang
lain. Dari segi istilah sejarah pula, hijrah bermaksud perpindahan Nabi dan umat
Islam dari kota Makkah ke kota Madinah pada 12 Rabi‟ul Awal tahun ke-14
kerasulan bersamaan tahun 622 Masihi sebagai mentaati titah perintah Tuhan
dan demi memastikan dakwah Islam terus berjalan.

5.5.1 Latar Belakang Hijrah

84
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Peristiwa hijrah telah menjadi satu titik peralihan kepada dakwah Nabi s.a.w
bersama para Sahabat dan strategi bijak bagi memaju perkembangan agama
Islam di Semenanjung Tanah Arab dan dunia umumnya. Penghijrahan ini
dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan diketahui oleh musyirikin Makkah.
Mereka berpindah pun dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani
oleh Abu Bakar sebelum bertolak ke Madinah.

Awal Muharam tahun pertama Hijrah bersamaan 16 Julai tahun 622 Masihi
adalah permulaan peristiwa Hijrah berlangsung dan Baginda s.a.w bersama Abu
Bakar r.a telah tiba di Qubaʹ, pintu masuk Madinah, pada hari Isnin 12 Rabiul
Awal tahun pertama Hijrah bersamaan 24 September 622 Masihi. 12 Rabiul Awal
ini sama tepatnya dengan tarikh kelahiran dan kewafatan baginda bagi
membuktikan ketentuan Ilahi Yang Maha Kuasa.

5.5.2 Faktor Berlakunya Hijrah

Rajah 5.2 menunjukkan faktor-faktor berlakunya hijrah.

85
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.2 : Faktor-faktor berlakunya Hijrah

(a) Baiʹah ʹAqabah


Termeterainya Perjanjian ʹAqabah mengundang dan membuka jalan yang
penuh bergaya bagi proses Hijrah dalam sejarah Islam. Melalui perjanjian ini,
Nabi telah meraih sambutan dan jaminan keselamatan penduduk Madinah bagi
memastikan kelangsungan dakwah dan syiar Islam. Dalam Perjanjian ‟Aqabah
pertama, hanya 12 orang yang terlibat; manakala dalam Perjanjian ‟Aqabah
kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan
sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada
Nabi dan umat Islam. Pelawaan tapak dan pentas baru bagi Islam berpijak dan
berkembang adalah bibit-bibit utama kejayaan proses hijrah ini.

86
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(b) Tekanan Musyrikin Makkah


Tekanan atau ancaman dari musyrikin Makkah telah mendorong Nabi dan umat
Islam berhijrah ke Madinah. Nabi dan orang-orang Islam bukan sekadar telah
dihina, diejek, diseksa dan dipulau, malah Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah
diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyrikin mula menunjukkan penentangan
mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang
kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas di samping
mereka adalah penyembah berhala yang tegar di bawah kongkongan sistem
jahiliah yang mereka ciptakan sendiri. Tekanan ini boleh membantutkan usaha
penyebaran dakwah Islam sedangkan risalah murni ini mesti diteruskan. Justeru,
Makkah bukanlah lokasi yang kondusif bagi aktiviti dakwah dan pelaksanaan
syariat Islam di saat itu hinggalah Allah mengizinkan umat Islam berhijrah ke
Madinah sebagai pusat penyebaran Islam yang baru.

(c) Penolakan Dakwah di Taif


Apabila Rasulullah s.a.w mendapati penentangan yang amat kuat di Makkah,
maka baginda pun mencuba nasib untuk berdakwah kepada penduduk di Taif
pula. Rupa-rupanya, Bani Thaqif di Taif pun menolak dakwah Islam daripada
Nabi Muhammad s.a.w, bahkan respon mereka seawal ketibaan Nabi adalah
terlalu buruk hingga baginda dilontarkan batu yang membawa kecederaan tubuh
baginda yang mulia yang ditemani Zaid bin Harithah r.a ketika itu. Namun Nabi
tidak kenal kecewa danputus asa. Setelah penduduk Taif menolak dakwah Islam
ini, maka Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah.
Kedatangan penduduk Madinah ke Makkah dan kesungguhan mereka untuk
menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran yang baik kepada
Nabi. Sebenarnya, penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam
memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan orang
Quraisy di Makkah.

87
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(d) Kematian Abu Talib dan Khadijah


Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat
untuk berlindung. Ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan ke atas Nabi.
Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan
segala-galanya untuk Nabi dan orang Islam. Abu Talib pula walaupun tidak
menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.

(e) Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah


Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah
memandangkan sambutan daripada penduduk Makkah kurang menggalakkan.
Sikap penduduk Makkah amat mengecewakan. Di Makkah selama 13 tahun,
bilangan yang menerima Islam agak kecil berbanding Madinah. Oleh itu, adalah
diharapkan hijrah ke Madinah membawa kegemilangan prospek dakwah Islam.

(f) Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi


Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah
ke sana. Di samping itu, penduduk Madinah berharap Nabi dapat memberi sinar
perdamaian terhadap perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara
orang Arab dan Arab, khususnya antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini
berpunca daripada perebutan kuasa di Madinah.

(g) Lokasi Madinah Yang Strategik


Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan
Yaman sangat sesuai untuk dijadikan sebagai pusat penyebaran Islam. Ia juga
berpotensi sebagai pusat perdagangan dan perkembangan ekonomi serantau.
Dengan ini, Madinah bukan sahaja dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang
kukuh dari segi penyebaran dakwah tetapi juga politik dan ekonomi.

(h) Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi


Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang
agama Samawi, terutamanya melalui cerita-cerita yang dibawa oleh orang

88
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran


yang dibawa oleh Nabi. Lagipun, penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat
semula jadi yang lebih lembut berbanding penduduk Makkah.

(i) Perintah dan Perancangan Allah s.w.t


Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang
Islam berhijrah. Hakikatnya, hijrah adalah perancangan Allah s.w.t yang lebih
hebat menandingi tipu daya musuh Islam, sebagaimana firmanNya berbunyi:

               

  

“Dan ingatlah (wahai Muhammad), tatkala orang-orang kafir (Makkah) membuat


tipu daya terhadapmu bagi menahanmu atau membunuhmu atau mengusirmu
sedangkan Allahlah yang menggagalkan tipu daya mereka kerana Allah
sebaikbaik yang menggagalkan tipu daya”.
(al-Anfal: 30)

Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang
musyirikin Makkah terhadap Nabi. Dalam pada itu, wahyu ini memberi isyarat
perancangan Allah dan perintahNya kepada Nabi supaya segera berhijrah ke
Madinah bagi menghindari tipu muslihat kaum kafir musyrikin Makkah. Ini
membuktikan bahawa Islam amat menitik beratkan pelan strategik masa depan
lantaran kebenaran yang dilaksanakan tanpa perancangan pasti dikalahkan oleh
kebatilan yang penuh strategi dan perancangan. Di samping itu, hijrah
merupakan titik peralihan yang amat penting bagi Nabi Muhammad s.a.w sendiri
dan perkembangan Islam di seluruh dunia.

89
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.6 PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah juga adalah salah satu elemen penting dalam sejarah Islam.
Huraiannya adalah seperti pada tajuk-tajuk kecil yang berikut:

5.6.1 Konsep Piagam Madinah dan Isi-isinya

Sai‟d Hawwa (1991) antara lain menyebutkan bahawa Piagam Madinah yang
dikenali sebagai Sahifah al-Madinah, adalah perlembagaan bertulis yang
pertama diiktiraf di dunia. Sebuah dokumen yang disusun oleh Nabi Muhammad
s.a.w bagi mengikat perjanjian formal antara dirinya dengan semua suku-suku
dan kaum-kaum penting di Yathrib (Madinah) di tahun 622 Masihi. Tujuan utama
Sahifah ini antaranya untuk menyatukan Bani ʹAus dan Bani Khazraj dan
menetapkan sejumlah hak-hak dan kewajiban-kewajiban bagi kaum Muslim
(Muhajirin dan Ansar), Musyrikin Arab dan kaum Yahudi (Bani Nadir, Bani
Qainuqa‟ dan Bani Quraizah), dalam komuniti ummah yang merdeka dan
berdaulat serta bertanggungjawab memelihara keamanan negara Madinah. Isi-isi
kandungan piagam Madinah adalah seperti dalam Jadual 6.1.

Jadual 5.1: Isi Kandungan Piagam Madinah

Isi Kandungan Piagam Madinah

 Semua penduduk Madinah mengakui Rasulullah sebagai ketua


negara.
 Mengakui Muhajirin dan Ansar sebagai satu umat yang
bertanggungjawab terhadap Allah, Rasul dan umat Islam.
 Mengakui kewujudan orang Yahudi dalam kelompok masing-
masing dan orang musyrikin di Madinah.
 Setiap kaum mempunyai kebebasan beragama dan mengamalkan
cara hidup masing-masing dalam suasana hidup bersama.

90
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

 Semua penduduk bertanggungjawab terhadap keselamatan


negara Madinah daripada serangan musuh.
 Orang Yahudi dibenarkan hidup dalam cara mereka sendiri dalam
suasana menghormati orang Islam dan mereka tidak dibenarkan
melindungi nyawa dan harta Musyrikin Quraisy.
 Semua penduduk tidak boleh menyakiti, menzalimi dan memusuhi
antara satu sama lain sebaliknya mereka mesti hidup tolong-
menolong untuk pembangunan, ekonomi dan keselamatan
masyarakat.
 Setiap kaum hendaklah merujuk kepada Rasulullah s.a.w sebagai
ketua negara apabila timbul sebarang masalah atau permusuhan
sesama mereka.
 Mana-mana pihak dilarang mengadakan hubungan dengan pihak
luar terutama dengan Musyrikin Makkah dan sekutu mereka.
 Piagam ini mempunyai kuasa melindungi semua pihak yang
mempersetujui dan mempunyai hak mengambil tindakan terhadap
sesiapa yang melanggarnya.

5.6.2 Kesan Positif Setelah Piagam Madinah Termeterai

Hikmah daripada piagam Madinah, penduduk Madinah yang berbilang bangsa


dan agama hidup bersatu padu. Selain itu, ajaran Islam yang murni dan akhlak
nabi yang terpuji menarik minat golongan musyrikin untuk memeluk Islam. Maka
syiar Islam pun berkembang. Bilangan umat Islam pula semakin bertambah
sekali gus memperkukuhkan negara Islam Madinah di persada Tanah Arab dan
setanding kerajaan dunia semasa ketika itu seperti Rom dan Parsi.
Perbandingan sebelum dan selepas Piagam Madinah yang termeteri dalam
melihat kesan positif perjanjian tersebut, dapatlah anda lihat dalam Jadual 6.2 di
bawah ini.

91
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Jadual 5.2 : Perbandingan sebelum dan selepas Piagam Madinah

Aspek Sebelum Piagam Selepas Piagam


Perbandingan Madinah Madinah
(Kesan Positif)
PERKEMBANGAN Dakwah Islam terhalang Islam tersebar pesat dan
ISLAM dan sukar diterima terbentuknya negara
masyarakat. Islam negara Madinah.

KERJASAMA Kaum-kaum di Madinah Mereka hidup bersatu-


ANTARA KAUM saling bermusuhan. padu dan aman-damai.

EKONOMI Ekonomi agak mundur. Ekonomi bertukar jadi


semakin maju dan stabil.

KEHIDUPAN Umat Islam menderita, Umat Islam berada dalam


RAKYAT disiksa dan tiada keamanan, makmur dan
pembelaan mahupun terjamin keselamatan
perlindungan.

[Sumber: Ar-Rasul Muhammad s.a.w oleh Sa‟id Hawwa]

5.6.3 Pengajaran Daripada Pembentukan Piagam Madinah

Piagam Madinah terakam dalam lebaran tamadun kemanusiaan sebagai


undang-undang bertulis yang diiktiraf sebagai yang terawal dalam sejarah dunia.
Daripada peristiwa besar dalam Sirah Rasul berupa pembentukan Piagam
Madinah ini, dapatlah kita rumuskan beberapa pengajaran penting antaranya:
i. Negara tanpa undang-undang, ibarat manusia tanpa pedoman, manusia
akan sesuka hatinya melakukan pelbagai jenayah tanpa rasa segan dan
malu. Hawa nafsu dijadikan Tuhan sebagai bertentangan dengan suruhan
Ilahi. Perasaan kemanusiaan akan pudar dan hilang. Oleh itu,
mewujudkan negara berperaturan adalah amat wajar demi keselamatan
rakyat seluruhnya.
ii. Rasulullah s.a.w sebagai pembimbing umat menyebarkan dakwah kepada
penduduk Madinah melalui kebijaksanaannya memimpin dengan

92
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

mewujudkan Piagam Madinah. Justeru, umat Islam seharusnya


mencontohi Nabi dalam segenap aspek kehidupan termasuk pentadbiran
negara yang berdaulat dan merdeka.
iii. Peraturan dan undang-undang yang terlaksana mewujudkan iklim politik
yang stabil dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Peningkatan ekonomi
penduduk Madinah dapat dirasai, berbanding sebelumnya. Ini disebabkan
ramai pedagang-pedagang berhijrah ke Madinah untuk berniaga dalam
keadaan selamat dan mendapat hasil yang menguntungkan setelah
diyakini politik negara itu yang stabil.
iv. Persefahaman dan undang-undang yang kemas menyeragamkan
hubungan masyarakat setempat dan merapatkan jurang perbezaan
pelbagai kaum. Dengan Piagam Madinah, terbukti kehidupan masyarakat
Madinah yang majmuk tersebut bertambah harmoni dan jauh daripada api
sengketa atau permusuhan dalaman antara komuniti setempat.
v. Undang-undang seharusnya meletakkan Allah s.w.t dan RasulNya
sebagai tonggak tertinggi, agar wujudlah negara yang dijoloki sebagai
Baldatun Taibatun wa Rabbun Ghafur. Dengan itu, terhasil sebuah negara
yang dinaungi rahmat dan berkat daripada Allah Yang Maha Kuasa.
Penduduk Madinah mentaati Rasulullah dalam peristiwa ini sebagai ketua
dalam negara sekali gus menjadikan syariat Islam sebagai sumber
perundangan yang paling utama.

5.7 PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Muhammad al-Ghazaliy (1996) menjelaskan bahawa Perjanjian Hudaibiyyah


adalah sebuah perjanjian yang diadakan di sebuah tempat di antara Madinah
dan Makkah pada bulan Mac 628 masihi bersamaan bulan Zulkaedah tahun ke-6
Hijrah.

5.7.1 Latar Belakang Perjanjian dan Faktor-Faktornya

93
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(a) Latar Belakang Perjanjian Hudaibiyah

Perjanjian Hudaibiyah berlangsung susulan daripada ketibaan Baginda Nabi


Muhammad s.a.w yang ingin melaksanakan ibadat umrah dan menemui kaum
kerabat mereka di Makkah pada tahun enam Hijrah. Inilah ziarah Masjid al-
Haram yang julung-julung kali mereka ingin laksanakan setelah mereka berhijrah
dari Makkah ke Madinah. Ziarah umrah ini sekali gus bertujuan memadamkan
sikap monopoli kaum Musyrikin Makkah terhadap pengurusan Masjid Haram
Makkah sedangkan ia merupakan pusaka Nabi Allah Ibrahim bersama anaknya
Ismail a.s. Mereka bertolak ke Makkah dengan 1400 orang dan 70 ekor unta
korban. Rombongan itu telah tiba di Zul Hulaifah, untuk memulakan ihram umrah
dan memakai kain ihram. Sambil bertalbiah “Labbaika Allahumma Labbaika...!!”
di tengah-tengah padang pasir, umat Islam ketika itu begitu bersemangat menuju
ke Baitul „Atiq (Kaabah). Namun, sesampainya mereka di „Asafan, kira-kira 3.5
kilometer dari Makkah, tibalah berita
bahawa kaum Musyrikin telah bersumpah tidak akan membenarkan kemaraan
umat Islam memasuki Makkah, bahkan mereka telah bersiap dengan angkatan
perang yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid. Untuk itu, Saidina Usman bin
„Affan telah dihantar kaum Muslimin bagi menjelaskan tujuan kedatangan
mereka kepada pihak Musyrikin.

(b) Faktor-faktor Utama Perjanjian Hudaibiyah

Terdapat tiga faktor utama terjadinya Perjanjian Hudaibiyah iaitu:

(i) Desas-desus Kematian Usman bin Affan


Rombongan umrah terpaksa menukar haluan perjalanan dan akhirnya berhenti
di Hudaibiyah, tempat di mana unta Nabi bernama Quswa‟ telah dihentikan oleh
Allah s.w.t. Tiba-tiba timbul desas-desus kematian Usman. Bai‟ah alRidwan
dilaksanakan di bawah pohon Samra sebagai tindak balas Muslimin terhadap

94
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

kematian Usman. Berita palsu sengaja diada-adakan untuk melemahkan


semangat orang-orang Islam, bahkan jauh di sudut hati Musyrikin kegentaran
mereka terhadap umat Islam.

(ii) Kaum Musyrikin Memohon Untuk Berunding Bagi Mengelakkan


Serangan Umat Islam
Sebenarnya Saidina Usman selamat dan dia dikembalikan juga kepada umat
Islam, setelah kaum Musyrikin mendengar Baiah al- Ridwan yang cukup tekad
dan berani itu. Sebagai perundingan ke arah mencari kejernihan, akhirnya,
perjanjian damai dimeterai dan peperangan atau pertumpahan darah dihindari.
Orang musyrikin menghantar utusan bernama Budail bin Warqa’, Urwah bin
Mas’ud dan Suhail bin ‘Amru. Suhail bin „Amru membuat perjanjian dengan
Rasulullah s.a.w dan Ali bin Abi Talib r.a sebagai jurutulis.

(iii) Peperangan Demi Peperangan Sebelumnya


Sebelum perjanjian Hudaibiyah ini termeterai, kedua-dua belah pihak
menyaksikan siri peperangan yang berakhir dengan kematian meliputi Perang,
Badar, Uhud, Khandaq dan sebagainya. Justeru, perjanjian ini dibuat bagi
meredakan api peperangan daripada lebih marak dan gelombang permusuhan
daripada lebih besar melanda.

Isi-Isi Perjanjian Hudaibiyah


a) Gencatan senjata selama 10 tahun.
b) Umat Islam dibenarkan melakukan ibadat umrah pada tahun hadapan
dengan bermukim selama tiga hari dan membawa senjata bersarung.
c) Kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam kebaikan.
d) Orang Quraisy yang masuk Islam wajib dikembalikan kepada kaumnya di
Makkah.
e) Mana-mana orang Islam yang murtad dan lari kepada pihak Musyrikin
tidak wajib dikembalikan kepada Nabi.

95
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

f) Kedua-dua belah pihak bebas menjalinkan hubungan atau perjanjian


dengan mana-mana kabilah Arab tanpa melibatkan urusan peperangan.

5.7.2 Hikmah Perjanjian Hudaibiyah


a) Perjanjian Hudaibiyah telah membuka ruang dan peluang kepada
perkembangan Islam dengan lebih meluas. Ibn Hisyam (t.th) dalam kitab
Sirahnya merekodkan bahawa Rasulullah s.a.w hanya bersama
rombongan seramai 1400 orang pada masa perjanjian Hudaibiyah
termeterai, namun dua tahun kemudian pembukaan Kota Makkah
menyaksikan kemaraan 10,000 orang tentera Islam.
b) Masyarakat di kedua-dua kota suci tersebut dapat hidup dalam aman dan
damai tanpa sebarang pertumpahan darah dan peperangan. Muhammad
al-Ghazali (1996) menyebutkan kata-kata Imam al-Zuhri r.a yang
menyatakan bahawa; “Islam telah memperolehi kemenangan sangat
besar melalui perjanjian Hudaibiyah. Dengannya kedua-dua belah pihak
dapat berbincang, berdialog, bertemu dan berkomunikasi dengan
sejahtera tanpa melalui pertembungan yang menumpahkan darah”.
c) Perjanjian Hudaibiyah telah membuka jalan kepada Pembukaan Kota Suci
Makkah hingga membebas dan memerdekakan kota suci itu daripada
cengkaman Musyrikin dan belenggu syirik serta kegelapan jahiliah. 360
buah berhala di sekitar Kaabah yang selama ini menjadi punca ekonomi
haram Musyrikin melalui tabungan yang diletakkan disetiap berhala
d) tersebut telah musnah setelah Baginda membaca ayat al-Quran al-Karim.
e) Pihak Islam mampu mengadakan ikatan perjanjian dan pemuafakatan
dengan kabilah-kabilah Arab yang lain bagi menjalinkan kerjasama yang
membina kekuatan Islam itu sendiri.

Sila jawab soalan ini dulu!!


1. Nyatakan faktor-faktor berlakunya Hijrah dalam Islam.
2. Bincangkan konsep Piagam Madinah.
3. Huraikan isi-isi perjanjian Hudaibiyah.

96
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.8 PEMBUKAAN KOTA SUCI MEKAH

Subtopik-subtopik yang berikut membincangkan beberapa aspek di bawah tajuk


ini.

5.8.1 Latar Belakang Sejarah Pembukaan Makkah

Pembukaan Kota Suci Makkah atau disebut dalam bahasa Arab sebagai Fathu

Makkah ( ) merupakan peristiwa yang terjadi pada tahun 630 masihi

bertepatan 10 Ramadan tahun 8 Hijriah, di mana Muhammad berserta 10,000


pasukan bergerak dari Madinah menuju ke Makkah dan kemudian menguasai
Makkah secara keseluruhan, sekali gus menghancurkan berhala yang
ditempatkan di dalam dan sekitar Kaabah. Ibn al-Qaiyim (t.th) telah menyebutkan:
“la adalah satu pembukaan teragung yang dengannya Allah memuliakan
agamaNya, RasulNya, tenteraNya dan partiNya yang beramanah, dengannya
juga Allah telah menyelamatkan negeri-negeriNya dan rumahNya yang telah pun
ditetapkan sebagai tempat hidayah untuk seluruh alam sarwajagat,
menyelamatkan dari tangan-tangan kafir dan musyrikin, ianya pembukaan yang
turut bergembira olehnya penghuni-penghuni langit, lanjutan kemuliaannya
melimpah ke angkasa cakerawala hingga dengannya maka berduyun-duyunlah
manusia menganut agamaNya, hingga denganNya wajah bumi terukir seribu
senyuman mekar”.

5.8.2 Sebab-sebab yang Membawa Pembukaan Makkah

Faktor utama kepada pembukaan Makkah adalah pengkhianatan Bani Bakar


dan sekutu mereka kaum Musyrikin Quraisy terhadap perjanjian Hudaibiyah.
Perjanjian yang termeterai pada tahun 6 Hijrah itu, antara lain telah
menggariskan suatu syarat perjanjian berupa:

97
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

”Sesiapa yang ingin menyertai Muhammad dan bersekutu dengannya, beliau


berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin berpihak dengan Quraisy dan
bersekutu dengannya beliau berhak berbuat demikian. Mana-mana kabilah yang
bersekutu dengan mana-mana pihak maka dia dianggap sebagai sebahagian
dari kumpulan itu sekali gus mana-mana pelanggaran ke atas kabilah yang
menyertai mana-mana dua pihak tadi adalah dianggap sebagai pelanggaran ke
atas pihak lawannya”.

Berdasarkan syarat ini maka Bani Khuza‟ah telah bersekutu dengan Rasulullah
dan umat Islam, manakala Bani Bakar pula menyertai Quraisy. Dengan itu,
kedua-dua kabilah ini menikmati keamanan dan kesejahteraan, sedangkan
sebelum ini kedua-duanya saling bermusuhan dan membalas dendam yang
diwarisi sejak zaman jahiliah lagi. Dengan kedatangan Islam dan termeterainya
perjanjian keamanan al-Hudaibiah maka tersemai benih-benih perdamaian dan
keamanan di antara semua pihak. Namun demikian, perjanjian dilanggar juga.
Banu Bakar masih tetap hendak membalas dendam, di mana Naufal bin
Muawiyah bersama jemaahnya Bani Bakar telah keluar di bulan Sya‟ban tahun
ke-8 Hijrah, lantas menyerang Bani Khuza‟ah di malam hari, sedangkan mereka
di masa itu sedang berada di kawasan berair yang dikenali sebagai ”al-Watir”.
Dalam kejadian berkenaan, Banu Bakar telah berjaya membunuh orang-orang
Khuza‟ah. Sebagai lanjutan dan serangan balas, maka terjadilah pertarungan
danpeperangan di antara keduanya hingga seterusnya pihak Musyrikin Quraisy
di Makkah telah bertindak menghulurkan bantuan senjata kepada sekutunya
Bani Bakar. Bukan setakat itu sahaja, malah beberapa tokoh Quraisy telah turut
serta di dalam peperangan berkenaan dengan berselindung di sebalik kegelapan
malam, hingga mereka berjaya membawa Bani Khuzaʹah ke dalam kawasan al-
Haram Makkah. Oleh yang demikian maka berkatalah Banu Bakar:

”Wahai Naufal! Sekarang kita telah memasuki kawasan al-Haram. Ingatlah,


Tuhanmu! Ingatlah Tuhanmu! Lantas tawanan Bani al-Khuza‟ah mencelah:
Wahai Bani Bakar! Tiada Tuhan di hari ini, kamu sudah pun membalas dendam

98
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

kesumat kamu itu. Aku bersumpah, sebenarnya kamu telah melakukan


pencabulan di kawasan Haram ini, tidakkah di sini sudah terbayar dendam kamu
itu?”.

Setelah Bani Khuzaah melangkah masuk ke kawasan Makkah, mereka terus


mendapat perlindungan di rumah Budail bin Warqa‟ al-Khuza‟i dan rumah kawan
setia mereka yang dikenali sebagai Rafie‟. Amru bin Salim al-Khuza‟i terus
meluru ke Madinah bagi menemui Rasulullah. Sesampainya beliau di sana,
beliau pun mempersembahkan kepada Rasulullah s.a.w hasratnya melalui
madahnya, sedang pada masa itu Rasulullah sedang duduk berbual di dalam
masjid bersama-sama kaum muslimin. Amru wakil Bani Khuza‟ah sekutu pihak
Islam pun bermadah dengan penuh puitis dan syahdu seperti dalam Rajah 5.3

Duhai Tuhan! Ku merayu Muhammad


Sekutu kami dan bapanya yang tertua
Semasa kamu kanak-kanak dan kami bapa
Tangan erat bergenggaman
Bantulah sepenuh pertolongan
Serulah penyembah Allah menghulur bantuan
Pada mereka Rasul mulia
Semulia bulan purnama mengambang
Pabila marah mukanya bergelora
Di belakangnya tentera seramai samudera
Mengajar Quraisy mengkhianati setia
Mengucap janji merubah kata
Di Kada‟ kami dibelasah
Kerana menyangka tiada pembela
Mereka terhina, terkecil angka
Namun dendam mereka menuntut
Kami bersembahyang kami dibunuh

99
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.3: Madah wakil Bani Khuza‟ah

Rasulullah s.a.w terus menjawab: ”Engkau dibela wahai Amru, kemudian


baginda diperlihatkan mendung merintangi langit, maka katanya lagi: Awan
berarak itu, pembuka pertolongan kalian”. Tidak berapa lama kemudian tiba pula
Budail bin Warqa‟ al-Khuza‟i bersama beberapa orang dari Khuza‟ah, di mana
mereka menemui Rasulullah melaporkan bilangan mereka yang terkorban dalam
serangan itu dan penyertaan langsung oleh Quraisy membantu Banu Bakar,
kemudian mereka pun pulang semula ke Makkah. Begitulah pengkhianatan Banu
Khuza‟ah dan Musyrikin Makkah terhadap perdamaian Hudaibiyah akhirnya
membawa kepada persiapan umat Islam untuk mengadili pengkhianatan itu
melalui pembukaan Makkah.

5.8.3 Pihak Musyrikin Ingin Memperbaharui Perjanjian

Tidak syak lagi, puak kafir Quraisy dengan tindakannya bersama-sama dengan
sekutunya Bani Bakar itu, jelas lagi bersuluh merupakan suatu pencerobohan
kepada perjanjian dan pengkhianatan kepada perdamaian yang dimeterai
bersama dalam Perjanjian Hudaibiyah lalu. Dalam kegusaran, kafir Quraisy mula
menyedari kesalahan yang mereka lakukan itu, sekali gus merasai buruk padah
daripada tindakan mereka di luar batasan. Untuk itu, mereka memanggil
permesyuaratan untuk sidang tergempar. Keputusannya ialah menghantar
pimpinan mereka Abu Sufian pada masa itu, untuk ke Madinah bagi
memperbaharui perdamaian. Rasulullah (s.a.w) memberitahu kepada sekalian
sahabatnya apa yang akan dilakukan oleh Quraisy dalam usaha mengatasi
pengkhianatan mereka itu dengan sabdanya: ”Kamu akan didatangi Abu Sufian
untuk mengemaskan perjanjian al-Hudaibiah itu, malah memohon untuk
dilanjutkan lagi tempohnya”. Abu Sufian terus bergerak ke Madinah
sebagaimana keputusan yang mereka persetujui, beliau bertemu dengan Budail
bin Warqa‟ dalam perjalanan pulang dari Madinah ke Makkah. Abu Sufian terus
bertanya Budail: ”Kamu ini dari mana?” Abu Sufian mengesyaki yang beliau ini

100
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

datang menemui Rasulullah (s.a.w). Jawab Budail: ”Aku bersiarsiar dengan


Khuzaʹah di sekitar pantai tadi dan di sekeliling lembah-lembah ini”. Tanya Abu
Sufian yang penuh meragui: ”Bukankah kamu datang menemui
Muhammad?”Kata beliau: ”Tidaklah”. Setelah Budail berlepas ke Makkah, Abu
Sufian berkata kepada teman yang mengiringiriya: ”Kalaulah Budail ini datang
dari Madinah pasti tunggangannya memakan makanannya (alaf) yang
mengandungi biji-biji al-Madinah”. Dengan itu beliau terus ke tempat najis unta
dipecahkannya, memang beliau dapati bijian al-Madinah di dalam kandungan
najis, maka kata Abu Sufian: ”Aku bersumpah demi Allah, Budail telah menemui
Muhammad”. Walau bagaimanapun, Abu Sufian terus ke Madinah, pertama
beliau datang menemui anak perempuannya, Ummu Habibah, setibanya di
hadapan Ummu Habibah beliau pun mengayakan diri untuk duduk di atas
hamparan Rasulullah (s.a.w), apa lagi Ummu Habibah pun menggulung
hamparan tadi, maka kata Abu Sufian: “Kenapa wahai anakku apakah kau
membencikan daku?” Maka jawab Ummu al- Mukminin: ”Itu adalah hamparan
Rasulullah, kau ini musyrik najis. Jawab Abu Sufian: ”Selepas kau berpisah dari
ku, kau telah terkena sihir. Dengan itu beliau keluar dari situ dan terus menemui
Rasulullah s.a.w, Abu Sufian menegur baginda, tetapi Rasulullah tidak menjawab
sepatah apa pun, kemudian beliau menemui Abu Bakar, meminta jasa baik
beliau untuk menyampai hasratnya kepada Rasulullah s.a.w tapi jawab Abu
Bakar: ”Aku tidak boleh berbuat apa pun, lantas beliau pergi menemui Umar dan
beliau meminta Umar menolongnya dalam hal itu, maka jawab Umar: ”Apakah
aku ini yang akan menjadi orang tengah untuk kamu? Demi Allah, kalaulah aku
tidak mempunyai apa pun selain debu-debu, namun dengannya pun cukup untuk
ku tentangi kamu, pasti aku lakukan. Kemudian beliau datang menemui Ali bin
Abi Talib, di masa itu Fatimah sedang duduk di sampingnya, manakala anaknya
Hasan sedang merangkak di hadapannya, kata Abu Sufian: “Wahai Ali,
sebenarnya kaulah orang paling mengasihi daku, di hari ini aku datang
memerlukan pertolonganmu, janganlah membiarkan daku pulang dengan hampa
sahaja, daku memerlukan kau menjadi orang tengah, untuk menyampaikan
hasrat ku kepada Muhammad, kata Ali pula: ”Celaka kau! Hai Abu Sufian,

101
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

sebenarnya Rasulullah sudah berazam hendak melakukan sesuatu di mana


kami tidak berhak untuk berbicara dengannya lalu beliau berpaling ke arah
Fatimah dengan berkata: ”Boleh tak engkau menyuruh anak engkau ini
melindungi manusia ramai, maka dengan itu beliau akan menjadi penghulu
seluruh bangsa Arab hingga ke akhir zaman? Jawab Fatimah: Demi Allah mana
boleh anak ku ini berbuat demikian, malah tiada siapa yang boleh menghalang
Rasulullah s.a.w daripada bertindak.

Pada masa itu, Abu Sufian terasa dunia menjadi gelap dan berkata kepada Ali
bin Abi Talib dalam keadaan serba kebingungan dan putus asa: ”Wahai Abu al-
Hasan, aku mendapati keadaan semakin meruncing, cuba kau nasihatkan daku.
Jawab Ali: ”Demi Allah, aku tak tahulah apa nasihat yang baik untuk kau, kerana
kau sendiri adalah pemimpin Banu Kinanah, ayuh pergilah pinta perlindungan
daripada orang ramai, kemudian pulanglah ke tanah airmu. Tanya Abu
Sufian: ”Apakah itu boleh memberi sesuatu yang baik untuk ku? Jawab
Ali: ”Demi Allah, aku tidak menyangkademikian, cuma aku tidak ada nasihat
selain dari itu. Lantas Abu Sufian pun beredar dari situ menuju ke masjid, di sana
beliau melaung: ”Wahai kalian, daku memohon perlindungan kalian, kemudian
dia terus memecut untanya dan beredar”. Setibanya di pangkuan Quraisy, beliau
terus disoal dengan kata mereka: ”Apa yang kau capai. Jawab beliau: ”Aku
menemui Muhammad untuk berbicara dengannya dan demi Allah, tak sepatah
yang dijawabnya, setelah itu aku menemui Ibnu Abi Quhafah, beliau pun sama,
tidak suatu pun yang ku perolehi, kemudian terus kepada Umar Ibni al-Khattab:
Ku dapati beliau musuh yang rendah profail, kemudian ku temui Ali bin Abi Talib,
beliau adalah yang terlembut di antara kesemua. Beliau telah menasihati ku
melakukan sesuatu, namun demikian aku pun tak pasti apakah pendapatnya itu
boleh memberi sesuatu kebaikan? Tanya mereka: ”Apakah nasihat beliau
kepada kamu?ʹ Kata Abu Sufian: ”Beliau menyuruh aku meminta
perlindungandaripada orang ramai, maka aku pun buatlah seperti yang beliau
syorkan itu. Tanya hadirin: ”Apakah Muhammad telah mempersetujuinya? Jawab
Abu Sufian: Tidak. Kata hadirin: ”Celaka kau, penasihat kau itu tak lebih dari

102
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

menambahkan cemuhan orang terhadap kau. Jawab Abu Sufian: ”Tidak! Demi
Allah sebenarnya aku tak ada pilihan kecuali itu sahaja.

5.8.4 Pergerakan Tentera Islam Ke Arah Makkah

Sepuluh hari terakhir bulan Ramadan tahun ke-8 Hijrah Rasulullah pun bergerak
keluar dari al-Madinah menuju ke Makkah dengan bala tentera seramai 10,000
orang yang kesemuanya dari kalangan para sahabat. Rasulullah meneruskan
perjalanannya dalam keadaan berpuasa. Orang ramai pun turut berpuasa,
hinggalah apabila baginda sampai ke al-Kadid, kawasan air yang terletak di
antara ‟Asafan dan al-Kadid, baginda membuka puasanya, maka sekalian
tentera pun turut berbuka. Dari situ Baginda terus bergerak hingga sampai
ke ”Mar al-Zahran dikenali juga sebagai Wadi Fatimah. Semasa Rasulullah
singgah di situ, waktu sudah hampir Isyak. Di situlah Rasulullah memerintah
tentera berkhemah, mereka menyalakan api, kira-kira ribuan api yang dinyalakan.
Dari Mar al-Zahran tentera Islam menuju ke Makkah dengan memerintah al-
Abbas supaya membawa Abu Sufian ke suatu lembah untuk memerhati
pergerakan tentera Islam dari atas tebing cerun bukit. Al-Abbas pun membawa
Abu Sufian ke sana. Bila tiba di situ, terdapat satu kabilah dengan panji-panjinya
lantas beliau bertanya: ”Wahai Abbas itu siapa? Maka jawab Abbas seperti
katanya: ”Itu Sulaim!, maka sampuk beliau: ”Apa peduli aku dengan Sulaim.
Lepas itu berlalu pula kabilah yang lain, maka tanya Abu Sufian: ”Siapa mereka
itu? Jawabal-Abbas: ”Itu Muzainah!. Kata Abu Sufian: ”Apa peduli aku dengan
Muzainah. Hingga selesai semua Kabilah berlalu di situ dan diakhirnya
Rasulullah memintas dari situ dalam satu kontinjen tentera yang serba hijau yang
terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar. Dengan pandangan tajam Abu Sufian
berkata: ”Subhanallah, siapa mereka ini wahai al-Abbas?. Jawab al-
Abbas: ”Yang itulah Rasulullah bersama kaum Muhajirin dan Ansarnya. Maka
kata Abu Sufian: ”Tak seorang punberdaya berhadapan dengan mereka ini.
Sambungnya lagi: Demi Allah! Wahai Abu al-Fadhl, ”kerajaan anak saudara mu

103
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

ini sudah menjadi agung di hari ini. Kata al-Abbas: ”Wahai Abu Sufian! Itu
adalah ”kenabian.Jawab beliau: “Ya, itulah satu anugerah”.

Sewaktu Rasulullah melalui di hadapan Abu Sufian, al-Abbas berkata


kepadanya;”Ayuh selamatkan kaum kau. Abu Sufian pun bergegas pulang ke
Makkah, sesampainya beliau ke sana, terus beliau melaung sekuat-
kuatnya: ”Wahai kalian Quraisy, itu dia Muhammad telah datang dengan
tenteranya yang belum pernah ku saksi sebelum ini, maka sesiapa yang
berlindung di rumah Abu Sufian beliau adalah selamat, lantas isterinya Hindun
binti ‟Utbah menuju ke arahnya lantas menarik misainya dan berkata: ”Bunuh si
gemuk yang tak berguna ini, hodoh sungguh pengawal peninjau ini. Kata Abu
Sufian pula: ”Binasalah kamu, di hari ini jangan kamu bersombong diri, kerana
hari ini baginda telah datang dengan bala tentera yang belum pernah dilihat
seramai ini, Ayuh cepat, siapa yang berlindung di rumah Abu Sufian beliau
adalah selamat. Jawab orang-orang Quraisy: ”Celaka engkau, apa yang boleh
menyelamatkan kami sekiranya kami berada di dalam rumah mu ini?. Sambung
Abu Sufian: ”Siapa yang masuk ke dalam rumahnya dan mengunci dari dalam,
beliau juga terselamat dan sesiapa memasuki al-Masjid beliau juga selamat.
Dalam pada itu, segolongan Quraisy yang singkat pemikiran berkumpul dengan
Ikrimah bin Abi Jahal, Safwan bin Umaiyah dan Suhail bin Amru. Tempat itu
dikenali sebagai al-Khandamah bertujuan memerangi kaum muslimin. Di antara
mereka ada seorang dari kabilah Banu Bakar bernama Hamas bin Qais, beliau
sebelum ini bertugas mengumpul senjata, di suatu hari pernah ditanya oleh
isterinya: ”Kenapa kamu menyediakan apa yang ku lihat ini?. Jawab
beliau: ”Kesemua ini untuk Muhammad dan sahabat-sahabatnya. Jawab
isterinya: ”Tak ada suatu pun yang boleh menghalang Muhammad dan sahabat-
sahabatnya.

104
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(a) Tentera Islam di Zi Tawa


Rasulullah s.a.w telahpun bergerak hingga sampai ke Zi Tuwa atau Zi Tawa,
semasa berjalan Rasulullah s.a.w sentiasa menunduk kepalanya merendah diri
kepada Allah. Di situlah Rasulullah menyusun tenteranya, Baginda meletakkan:

(i) Arah Utara


Al-Zubair bin al-Awwam diletakkan di sebelah utara, bersama-sama beliau ialah
Panji Rasulullah, beliau diarah supaya memasuki Makkah dari sebelah atas di
mana panji itu dipacakkan di al-Hajjun, beliau menunggu di situ hinggalah
Rasulullah sampai.

(ii) Arah Selatan


Khalid bin al-Walid di sebelah kanan bersama-sama dengan beliau ialah Aslam,
Salim, Ghaffar, Muzainah, Juhainah dan beberapa kabilah-kabilah Arab yang lain.
Diarahnya Khalid supaya memasuki Makkah dari sebelah bawah, dengan
pesanannya: “Kalau kamu dapati ada orang-orang Quraisy yang menghalang
kamu, kamu boleh bunuh mereka, hinggalah kamu menemui daku di al-Safa”.

(iii) Arah Timur


Abu Ubaidah bin al-Jarrah memimpin tentera pejalan kaki yang tidak membawa
peralatan perang, beliau diarah supaya mengambil jalan ”Butun al-Wadi,
bergerak hingga bertemu dan berdepan dengan Rasulullah di Makkah.

(iv) Arah Barat


Dari arah barat pula, Baginda Nabi Muhammad s.a.w telah meletakkan Saad bin
Ubadah dan Ali bin Abi Talib bersama tenteramereka. Dengan itu, genaplah
keempat-empat penjuru, telah dikuasai tentera Rasulullah s.a.w.

105
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(b) Tentera Islam Memasuki Makkah

Setiap pasukan tentera Islam yang dibahagikan itu mengambil laluan masing-
masing yang telah diarah kepada mereka. Adapun Khalid dan sahabat-
sahabatnya tetap menundukkan sesiapa sahaja yang menghalang, namun dua
orang dari sahabatnya iaitu Kurz bin Jabir al-Fihri dan Khanis bin Khalid bin
Rabi‟ah telah terkeluar dari kumpulannya, di mana mereka telah mengambil jalan
lain menyebabkan mereka dibunuh. Golongan Quraisy yang singkat pemikiran
telah bertembung dengan Khalid bin al-Walid dan sahabat-sahabatnya di al-
Khandamah. Justeru, berlakulah satu pertarungan kecil hingga terbunuh dua
belas (12) orang musyrikin dan berakhir dengan kekalahan Quraisy. Khalid terus
mara menggeledah penjuru Makkah, akhirnya beliau sampai ke hadapan
Rasulullah di al-Safa. Manakala al-Zubair maju ke hadapan hingga sampai ke Al-
Hajjun, di tepi masjid al-Fatah di mana beliau memacak panji Rasulullah (s.a.w).
Beliau kemudiannya tidak ke mana-mana hinggalah Rasulullah datang.

(c) Rasulullah Memasuki Al-Masjid Al-Haram


Setelah itu, Rasulullah pun bangun sedang kaum Muhajirin dan al-Ansar
mengelilingi baginda dan memasuki masjid. Baginda terus menuju ke Hajar al-
Aswad dan menyentuhnya dengan tangan baginda, kemudian bertawaf
mengelilingi Kaabah, baginda menjatuhkan berhala-hala sebanyak 360 buah dari
atas Kaabah, dengan busar panah (suatu riwayat –tongkatnya) yang di
tangannya sambil berkata:

          

”Kebenaran telah datang dan kebatilan menghilang, sesungguhnya kebatilan itu


telah terpadam.
(al-Isra‟: 81)
NDIRI 6.2

106
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

        

”Kebenaran telah datang dan kebatilan tiada lagi menjelang dan tiada pula ia
berulang”.
(Saba‟: 49)

Serentak dengan bacaan ayat-ayat mulia itu, maka berhala-hala pun jatuh dan
tumbang, hancur berderai-derai. Rasulullah melakukan tawaf di sekeliling
Kaabah dengan menunggang kenderaannya, di masa itu bertawaf dengan
menunggang kenderaan belum diharamkan lagi di dalam syarak. Baginda hanya
melakukan tawaf sahaja, apabila baginda menyempurnakan bilangan tawaf,
Rasulullah terus memanggil Usman bin Talhah, baginda mengambil anak kunci
Kaabah darinya dan disuruh membuka pintu Kaabah. Apabila baginda
melangkah masuk baginda mendapati di dalamnya gambar-gambar, di
antaranya gambar Nabi Ibrahim dan Ismail a.s yang sedang bersumpah dengan
berhala.

Kata Rasulullah:
“Allah memusnahkan mereka yang mengada-adakan semuanya ini? Demi Allah
mereka tidak pun pernah bersumpah dengan berhala”. Kemudian Baginda
terlihat ukiran kayu seekor burung merpati, terus Baginda memecahkannya,
manakala gambar-gambar di dalam Kaabah diperintah supaya dipadamkannya.

Latihan

1. Bincangkan tentang strategi perletakan tentera yang telah dilakukan


oleh Baginda Rasulullah di Zi Tawa.
2. Huraikan bagaimanakah caranya tentera Islam memasuki Kota
Makkah.

107
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(d) Ucapan Rasulullah Sebaik Bersolat di dalam Kaabah


Baginda Rasulullah s.a.w setelah itu, menutup pintu Kaabah sedang baginda di
dalam Kaabah bersama Usamah dan Bilal, di situ baginda berdiri dengan
membelakang pintu Kaabah, apabila baginda melangkah ke depan dengan jarak
tiga hasta baginda berhenti di situ, jadi dua tiang sebelah kirinya dan satu tiang
berada di sebelah kanan baginda. Di belakang baginda tiga tiang, kerana al-
Haram di masa itu didirikan atas enam batang tiang. Baginda bersolat di situ,
setelah baginda berjalan-jalan di dalam Kaabah, bertakbir di setiap penjurunya,
menyebut kalimah Tauhid, kemudian barulah baginda membuka pintunya, di
masa itu Quraisy sedang memenuhi ruang masjid secara bersaf menunggu apa
yang hendak dilakukan oleh Rasulullah ke atas mereka. Rasulullah memegang
lawang pintu Kaabah, sedang khalayak Quraisy menunggu di bawah, dengan
sabdanya:

”Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, benar janjiNya, membantu
hambaNya, mengalahkan golongan Ahzab sendiriNya, ingatlah setiap warisan
lama, setiap warisan Jahiliah samada harta benda atau darah kesemuanya di
bawah kakiku ini, kecuali penjaga Baitullah dan pemberi minum kepada Jemaah
Haji. Ingatlah, pembunuhan tanpa hak adalah dendanya terlalu berat, iaitu
seratus ekor unta, empat puluh darinya sedang sarat mengandung. Wahai kalian
Quraisy, sesungguhnya Allah telah pun melenyapkan dari kamu kesombongan
jahiliah, sikap bermegahan dengan baka keturunan, sebenarnya manusia
adalah dari Adam sedang Adam adalah dari tanah”. Kemudian baginda
membaca ayat:

            

         

”Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu sebagai lelaki dan


perempuan, dan Kami ciptakan kamu berbangsa-bangsa berkabilah-kabilah

108
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

untuk kamu berkenalan, sesungguhnya yang termulia dari kamu di sisi Allah
ialah yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Lagi Bijaksana”.
(al-Hujuraat: 13)
(e) Kemaafan yang Tiada Tolok Bandingnya
Rasulullah menyambung ucapan baginda dengan sabdanya:

“Wahai kalian Quraisy, apakah yang kamu fikirkan akan ku lakukan terhadap
kamu semua? Jawab mereka: “Tentulah baik, kerana saudara seorang yang
mulia anak kepada saudara yang mulia”. Maka jawab Rasulullah: Sesungguhnya
aku berkata kepada kalian seperti Yusof telah berkata kepada saudara-
saudaranya: Tiada tempelak ke atas kamu di hari ini! Pergilah! Kamu semua
adalah bebas.
(Yusuf: 97)

Mengumpul Maklumat

 Isra‟ dan Mikraj diabadikan dalam sejarah sebagai suatu mukjizat agung
yang dikurniakan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w yang menyimpan
pelbagai berita ghaib dan rahsia kekuasaanNya yang tidak terhingga.
 Perjanjian Aqabah pertama dan kedua adalah persefahaman yang
bersejarah dalam pembentukan negara Islam pertama yang diasaskan
Baginda Rasulullah s.a.w di Kota Suci Madinah al-Munawwarah.
 Peristiwa Hijrah membawa erti sangat besar kepada dunia Islam. Justeru,
Saidina Umar telah mengambil sempena hijrah ini sebagai taqwim yang
menentukan kalendar umat Islam yang kekal ke hari kiamat.
 Beralah bukan ertinya mengalah, bertolak ansur dan berdiplomasi bukan
pula lambang kelemahan diri. Hal ini terbukti di sebalik sikap toleransi
Rasulullah s.a.w melalui Perjanjian Hudaibiyah yang akhirnya membawa

109
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

pulangan yang sangat produktif kepada perkembangan dakwah di


Semenanjung Tanah Arab.
 Pembukaan Kota Suci Makkah adalah hadiah terbesar yang dikurniakan
Allah s.w.t kepada umat Islam yang sanggup berkorban meninggalkan
kota tersebut semasa hijrah yang lampau.
 Rakyat yang baik adalah hasil daripada teladan dan contoh daripada
pimpinan yang terbaik. Abu Sufian adalah pimpinan Quraisy Makkah yang
asalnya menentang dakwah Islam. Namun, apabila di„pegang‟ oleh
Rasulullah s.a.w, maka seluruh masyarakat turut mengikuti jejak langkah
pimpinan mereka.
 Kemaafan yang paling agung adalah di saat seseorang itu paling
berkuasa menjatuhkan hukuman kepada pesalahnya. Nabi Muhammad
adalah seorang insan mulia teladan yang tiada setaranya di dunia ini.
 Nabi Ibrahim a.s. – Abu Anbiyak dimuliakan Allah sebagai jurubina
pertama Kaabah sedang Nabi Muhammad s.a.w – Khatamul Anbiyak
dimuliakan sebagai Pembuka Kota Makkah daripada penjajahan Jahiliah
dan kegelapan syirik.

Anda telah membaca hampir sebahagian tajuk sirah tahun 5 dan tahun
enam. Sebelum meneruskan pembacaan, sila jawab soalan berikut;

1. Latar belakang keinginan Rasulullah s.a.w untuk melakukan umrah dan


menziarahi Makkah setelah 6 tahun berhijrah darinya.
2. Bai‟ah Ridwan dan falsafahnya dalam perjuangan Islam.
3. Perjanjian Hudaibiyah dan peranannya dalam menjayakan misi
Pembukaan Makkah al-Mukarramah.
4. Kemerdekaan Tanah Suci Makkah daripada penjajahan Jahiliah dan
segalam sembahan yang syirik.
5. Hikmah di sebalik kemaafan Rasulullah di dalam Fathu Makkah
sedangkan baginda amat berkuasa untuk menjatuhkan hukuman.

110
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Jika di dalam tajuk sebelum ini anda didedahkan dengan peristiwa agung Isra‟
dan Mikraj, proses Hijrah umat Islam ke Madinah, perjanjian Hudaibiyah dan
pembukaan Kota Suci Makkah, maka kali ini pengkajian anda tentang sirah
Rasulullah s.a.w adalah berkisar program-program utama dan projek-projek
mega yang dikendalikan Rasulullah s.a.w setibanya baginda ke Madinah dan
setelah tertabalnya baginda selaku ketua negara Islam di kota tersebut. Di dalam
topik ini juga anda dapat melihat bagaimanakah proses dakwah Rasulullah s.a.w
dan perkembangan Islam menjadi lebih kemas dan tersusun disokong oleh
suasana politik yang stabil, kewujudan sebuah tapak atau negara yang kukuh di
samping dokongan para sahabat yang tiada tolok bandingnya dalam lipatan
sejarah dan tamadun Islam. Nabi Muhammad telah menyempurnakan tugas
baginda dan menyampaikan risalah suci Islam untuk tinggalan dan warisan umat
baginda sebagaimana yang ditegaskan baginda di haji terakhir atau Hajjatul
Wada‟ (Haji Perpisahan). Akhirnya, baginda s.a.w mengadap Allah Rabbul Jalil
setelah baginda wafat pada tarikh yang sama dengan tarikh lahir dan tarikh
ketibaan ke Madinah iaitu 12 Rabi‟ul Awal. Baginda pergi selama-lamanya pada
tahun 11 Hijrah. Semoga Sirah Rasul junjungan ini berperanan menjadi
pengajaran dan contoh teladan kepada diri anda dan umat manusia amnya serta
anak-anak didik anda khasnya di sekolah nanti, di samping anda memperolehi
ilmu pengetahuan yang amat berguna di sebalik setiap peristiwa yang terakam
abadi di dalam lipatan sejarah kehidupan insan mulia ini.

5.9 PEMBINAAN MASJID PERTAMA

Di antara masjid-masjid pertama dalam Islam ialah masjid Quba dan masjid
Nabawi. Huraiannya adalah seperti di bawah.

5.9.1 Masjid Quba – Masjid Pertama Dalam Islam

111
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Hj. Zainal Arifin Abbas dalam bukunya berjudul Sejarah dan Perjuangan Nabi
Muhammad (1970) ada mengisahkan serba sedikit mengenai program pertama
yang diuruskan Nabi Muhammad setibanya baginda di Madinah al-Munawwarah
iaitu projek pembinaan Masjid Quba (rujuk Rajah 7.1). Pembinaan ini merupakan
suatu titik penting terhadap kepentingan pembinaan masjid dalam membina
sebuah negara dan masyarakat yang bersatu padu, hingga projek itu dijalankan
tanpa memerlukan masa untuk menyimpan dana atau “mesyuarat” yang berjela-
jela.
AKTIVITI 7.1
Apakah kepentingan HIJRAH dalam proses dakwah? Cuba anda fikirkan
kebaikan-kebaikan yang ada setelah anda melakukan HIJRAH di dalam diri anda!

Berikut adalah maklumat-maklumat mengenai Masjid Quba:


• Nama Projek : Pembinaan Masjid Quba
• Pemaju : Nabi Muhammad s.a.w dan Sahabat r.a
• Kedudukan : Selatan Pusat Bandar Madinah (kira-kira 10km darinya)
• Tempoh Siap : 5 hari (Ada riwayat menyatakan 14 dan 22 hari)
• Tarikh Mula : 12 Rabiul Awal Tahun 1 Hijriah (Isnin)
• Tarikh Siap : 16 Rabiul Awal Tahun 1 Hijriah (Jumaat)
• Keluasan : 50 meter persegi (50 meter panjang dan lebar)
• Ketinggian : 1 meter dari aras permukaan tanah
• Jolokan Nama : Masjid Dibina Atas Asas Takwa

112
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.4: Masjid Quba di bandar Madinah pada masa kini yang telah dibina
dalam saiz dan reka bentuk lebih besar di atas tapak yang asal.

Masjid Quba diabadikan pembinaannya dalam al-Quran sebagai masjid pertama


yang didirikan atas asas ketakwaan pada Allah s.w.t. Ia seperti mana yang
ditegaskan Allah Azza Wajalla dalam firmanNya berbunyi:

               

     

“...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba) sejak
hari pertama adalah lebih patut bagimu bersolat di dalamnya. Di sana terdapat
orang-orang yang ingin membersihkan diri (mensucikan jiwa). Dan Allah amat
menyukai orang-orang yang membersihkan dirinya”.
(al-Taubah: 108)

Setelah Baginda Nabi Muhammad s.a.w menyudahkan bersama para sahabat


pembinaan masjid Quba, maka berangkatlah baginda menuju kota Hijrah
Madinah dan dalam perjalanan itu, mereka sempat bersolat Jumaat di Kampung
Bani Salim bin „Auf yang hanya terletak kira-kira 1km daripada Masjid Quba.
Itulah solat Jumaat pertama sesudah Hijrah dan hari ini lokasi solat Jumaat
bersejarah itu dikenali sebagai Masjid Jumaat. Hijrah Nabi masih belum berakhir
lagi. Untuk pengetahuan semua pembaca, Quba pada masa dahulu belum
dimasukkan dalam persempadanan Kota Madinah lagi. Jadi, Nabi meneruskan
hijrah Baginda s.a.w menunggang unta kesayangannya al-Qaswa‟ menuju lokasi
hijrah terakhir iaitu Kota Suci Madinah.
1

113
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Cuba bincangkan soalan berikut;

1. Berikan huraian mengenai Masjid Quba.


2. Huraikan sejarah pembinaan Masjid al-Nabawi.

5.9.2 Pembinaan Masjid Al-Nabawi

Muhammad al-Ghazaliy (1996) menyebutkan bahawa pekerjaan pertama yang


dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w ialah membangunkan masjid untuk
mengembangkan syiar Islam yang selama ini terus-menerus dimusuhi dan
diperangi. Masjid adalah tempat manusia berhubungan dengan Tuhannya dan
tempat manusia membersihkan hati dari berbagai macam kekotoran dan dosa.
Menurut riwayat, Rasulullah s.a.w membangun masjid baginda di tempat unta
baginda berhenti pada saat kedatangan baginda s.a.w di Madinah (rujuk Rajah
7.2). Lokasinya ialah di Mirbad, sebidang tanah milik dua orang asuhan As‟ad bin
Zurarah. Mereka berdua adalah anak yatim bernama Sahal dan Suhail. Pada
mulanya pemilik tanah itu ingin menyerahkannya kepada Rasulullah s.a.w
dengan bersedekah demi keredaan Allah s.w.t, tetapi baginda menolak dan tetap
hendak membayar harganya yang berjumlah 10 dinar emas. Akhirnya tampillah
Abu Bakar al-Siddik r.a menghulurkan harta wakaf 10 dinar bagi pembinaan
Masjid Nabawi yang bersejarah itu.

Sebelum dibangunkan masjid, tanah tersebut ditumbuhi pohon-pohon kurma liar


dan di dalamnya terdapat beberapa buah kuburan orang-orang musyrik. Setelah
status tanah itu diselesaikan, Rasulullah s.a.w segera memerintahkan
penebangan pohon-pohon kurma dan pembongkaran kuburan yang terdapat di
tanah itu hingga rata. Pohon-pohon kurma yang telah ditebang kemudian
dipasang berjejer sebagai kiblat bagi masjid yang sedang dibangun, ketika itu
kiblat masih ke arah Baitul Maqdis. Dari tempat kiblat hingga bahagian belakang

114
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

masjid, panjangnya lebih kurang 100 hasta, demikian pula di bahagian tepi
kanan dan tepi kirinya. Bahagian kanan dan kiri diperkukuhkan dengan batu dan
untuk pemasangan asas (foundation), tanahnya digali sedalam 3 hasta,
kemudian dipasang batu-bata. Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya turut serta
mengangkut batu-bata yang lain dengan bahu mereka untuk menghilangkan letih
dan penat, selama bekerja mengangkut batu-bata, mereka menyanyikan bait-bait
syair yang indah bermaksud: Ya Allah, tidak ada kehidupan bahagia selain
kehidupan Akhirat, Limpahkan keampunanMu kepada kaum Ansar dan
Muhajirin!

Rajah 5.5: Masjid Nabawi Di Bandar Madinah Pada Masa Kini Telah Dibina
Dalam Saiz dan Reka Bentuk Lebih Besar

Kegiatan kerja para Sahabat semakin berlipat ganda setelah mereka


menyaksikan Rasulullah s.a.w juga memeras tenaga seperti mereka dan tidak
mengistimewakan diri. Mereka sedemikian kagum hingga ada seorang yang
bersyair sebagai berikut: Jika kita duduk sedangkan Rasul bekerja giat, Itu
merupakan perbuatan kita yang sesat ! Masjid tersebut selesai dibangun
dalam bentuk yang amat sederhana. Lantainya terbuat daripada kerikil dan pasir.
Atapnya pula diperbuat daripada pelepah dan dedaun kurma, manakala tiang-

115
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

tiangnya diperbuat daripada batang pokok kurma. Bila hujan turun mungkin
tanahnya akan menjadi berlumpur dan mengundang binatang tertentu untuk
berteduh atau lalu di situ. Ringkasnya, masjid yang pertama didirikan semasa
peristiwa Hijrah Nabi Muhammad s.a.w ialah Masjid Quba. Masjid itu terletak di
pintu masuk Kota Madinah al-Munawwarah. Setelah sampai baginda Nabi ke
Kota Suci Madinah, baginda telah menguruskan pula pembinaan Masjid Nabawi
sebagai masjid kedua yang dibina Nabi bersama para sahabat r.a.

5.9.3 Pengajaran Daripada Pembinaan Masjid Pertama

Berikut adalah pengajaran-pengajaran yang boleh kita renungkan hasil daripada


pembinaan masjid pertama iaitu Masjid Quba:
a) Keikhlasan membina masjid adalah rahsia kehebatan masjid yang
pertama. Biarpun fizikal masjid Nabi pada zaman itu begitu ringkas,
namun bangunan masjid yang amat sederhana itulah yang telah
mengasuh manusia-manusia beriman teguh dan disebut Syed Qutub r.a
sebagai Jil al-Quran al-Farid atau Generasi al-Quran Yang Unik. Justeru,
para sahabat nabi dan para salaf dahulu lebih mengutamakan usaha
membersihkan dan meluruskan jiwa dan mental manusia daripada
memikirkan pembangunan masjid-masjid yang megah dan mewah serta
jauh sekali sebagai pusat-pusat perlancongan.
b) Masjid adalah pusat perhubungan dan perpaduan rakyat. Di dalam
sejarah Islam, masjid berfungsi sebagai pusat penjanaan mental, spiritual,
fizikal dan material seiring dengan peranannya sebagai tempat beribadat,
madrasah dan pusat perhubungan dan perpaduan rakyat.

c) Masjid adalah lambang kekuatan, jentera perpaduan dan pusat setempat


yang memberi khidmat sosial kepada seluruh warga umat Islam.

d) Di samping masjid bertindak sebagai pusat perhubungan hamba dengan


Tuhannya dan muslimin sesama mereka, masjid juga berfungsi menjadi

116
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

jambatan penghubung antara umat Islam dengan bukan Islam yang ingin
berkenalan atau mempelajari agama yang suci murni ini.

e) Abu Bakar al-Siddiq telah mendahului para Sahabat yang lain dalam
memberikan sumbangan wakaf sebanyak 10 dinar emas yang pertama
bagi membeli tapak masjid Nabi tersebut. Ini melambangkan kepentingan
institusi wakaf dalam Islam sebagai pemangkin ekonomi dan
kesejahteraan umat Islam sejagat.

Perbincangan

Setelah anda membaca kisah tentang pembinaan masjid yang pertama,


bincangkan:
1. Langkah-langkah efektif bagi mengembalikan kegemilangan masjid-masjid
sekarang ini sebagaimana zaman yang silam.
2. Faktor-faktor kekurangan sambutan anak-anak muda ke masjid.

5.10 PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR

Persaudaraan Muhajirin dan Ansar terjalin semasa peristiwa Hijrah. Berikut ialah
huraiannya.

5.10.1 Konsep Program Persaudaraan

Hj. Zainal Arifin Abbas (1970) menyebutkan bahawa Program Persaudaraan


Antara Muhajirin (golongan Muslimin yang berhijrah ke Makkah) dan Ansar
(golongan Muslimin yang membantu di Madinah) berlangsung setelah 5 atau 8
bulan baginda menetap di Madinah. Program ini dilancarkan oleh Nabi s.a.w
melibatkan 40 hingga 50 persaudaraan di mana dua orang terlibat dalam satu

117
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

saudara. Persaudaraan ini bukan sekadar ikatan berbentuk lahiriah, namun ia


adalah ikatan persaudaraan berteraskan keimanan kepada Tuhan dan RasulNya.

Justeru, mereka yang bersaudara berhak mendapatkan hak perwarisan daripada


saudaranya pada permulaan ia dilancarkan. Namun, hak perwarisan sesama
saudara seislam telah dimansuhkan dengan sistem faraid yang lebih kemas dan
teratur setelah itu.

Muhammad Al-Ghazaliy (1996) menambah bahawa program murni ini


melibatkan kelompok umat Islam sesama sendiri dengan dibina atas dasar
persaudaraan yang sempurna. Program Persaudaraan ini bermaksud:
“Persaudaraan yang mampu mengikis perasaan keakuan dalam diri, hingga
setiap individu akan bertindak dan bergerak dengan ruh dan semangat kekitaan
hingga sanggup berkhidmat demi kemaslahatan dan aspirasi masyarakat
Madinah seluruhnya”.

5.10.2 Objektif Program Persaudaraan

Terdapat beberapa objektif yang murni di sebalik program persaudaraan yang


dilancarkan Nabi Muhammad s.a.w antaranya:-

(a) Melenyapkan fanatisme kesukuan atau semangat Asabiyah Jahiliah yang


berpaksikan pengabdian diri kepada lain daripada Allah s.w.t. Ini kerana
persaudaraan yang digagaskan Rasulullah s.a.w berteraskan keimanan yang
tulus kepada Allah dan bertunjangkan Islam yang murni. Melalui program ini,
runtuhlah anasir-anasir kedaerahan dan sikap perkauman.

(b) Menghapuskan sengketa dan memadamkan api permusuhan selama ini


antara kaum Aus dan Khazraj di Madinah dengan melibatkan pihak ketiga iaitu

118
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

kaum Muhajirin daripada Makkah. Dengan itu, hubungan Aus dan Khazraj akan
menjadi bertambah intim dan akrab.

(c) Mewujudkan persaudaraan yang berbentuk amali dan praktikal yang


mementingkan kebajikan atau kemaslahatan bersama sekali gus mengikis
perasaan „Ananiah‟ atau keakuan lantaran persaudaraan sejati bukan sekadar
bermodalkan ucapan puitis dan kata-kata yang indah tetapi berhajatkan
pengorbanan dan bakti luhur yang tercurah kepada saudara seislamnya.

(d) Mengelakkan campurtangan dan eksploitasi puak Yahudi yang


mengapiapikan permusuhan antara Aus dan Khazraj selama ini bagi menjual
senjata-senjata peperangan dan dalam masa yang sama mengautkan
keuntungan daripadanya.

(e) Mewujudkan semangat bantu-membantu atas kebajikan dan ketakwaan


terutama kepada golongan yang masih daif dan lemah seperti kaum Muhajirin
yang baru berhijrah ke Madinah tanpa sebarang sumber kehidupan dan ekonomi
yang kukuh. Melalui program ini, kaum Ansar boleh membantu kaum Muhajirin
dengan bantuan kewangan, penginapan atau logistik dan makan pakai mereka.
Imam al-Bukhari ada meriwayatkan ketulusan hati Saad bin al-Rabi‟ r.a daripada
Ansar yang sanggup mengorbankan apa sahaja harta miliknya kepada Abdul
Rahman bin Auf r.a dengan kata Saad; “Aku adalah di kalangan golongan Ansar
yang mempunyai banyak harta. Oleh itu, hartaku ini akan kubahagikan kepada
dua bahagian. Satu bahagian untukmu dan satu bahagian lagi untukmu. Aku
juga mempunyai dua orang isteri. Lihatlah yang mana satu yang engkau
berkenan. Sebutkan sahaja namanya. Akan kuceraikan untukmu agar apabila
tamat iddahnya nanti, bolehlah engkau mengahwininya”. Abdul Rahman bin Auf
r.a lantas menjawab; “Semoga Allah memberkati keluarga dan kekayaan dikau!
Daku hanya ingin tahu di manakah letaknya pasar di kota kalian? Aku ingin
berniaga di sana!”.

119
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Program persaudaraan ini melibatkan Rasulullah s.a.w bersama Ali bin Abi Talib,
Hamzah bin Abdul Muttalib dan Zaid, Abu Bakar dengan Kharijah, Umar dengan
„Utban dan begitulah seterusnya. (Sila rujuk kitab Sirah untuk keterangan lebih
terperinci).

Anda boleh rehat dulu, kemudian bincangkan soalan seterusnya.

Latihan

1. Apakah pengajaran yang diperolehi daripada pembinaan masjid pertama?


2. Bincangkan tentang objektif program persaudaraan.

5.10.3 Pengajaran Daripada Program Persaudaraan

Secara umumnya, dapatlah kita mempelajari perkara-perkara berikut daripada


Program Persaudaraan di Madinah ini, antaranya (rujuk Rajah 5.6)

120
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 5.6: Pengajaran dari program persaudaraan

121
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Aktiviti Tutorial

Sediakan laporan ringkas mengenai peserta-peserta yang terbabit dalam


Program Persaudaraan di Madinah al-Munawwarah.

5.11 PEMBENTUKAN NEGARA MADINAH

Berikut ialah huraian pembetukan negara Madinah.

5.11.1 Langkah-Langkah Bagi Pembentukan Negara

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang ketua Negara Madinah yang terulung
dan pemimpin politik yang sangat sarat dengan visi, misi dan ambisi yang
sistematik tanpa menolak peranan utamanya adalah sebagai utusan Allah s.w.t.
Ini terbukti melalui pembentukan negara Madinah yang disusunkan oleh
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam tempoh yang begitu singkat
setelah berlaku peristiwa Hijrah tanpa ditunda-tunda dan memerlukan jangka
masa persiapan yang begitu lama. Ini adalah kerana peri pentingnya
pembentukan sesebuah negara dan amat berhajatnya umat Islam dan penduduk
sesebuah negara Islam diuruskan melalui Siyasah Syariah (Sistem Politik Islam)
yang mantap dan kemas. Hal ini dapat dilihat daripada noktah-noktah berikut:-

(a) Negara Madinah atau Kota Madinah dikenali dahulunya sebagai Yathrib.
Namun nama lama itu ditukar Nabi Muhammad s.a.w bagi meniup ruh keimanan
dan kekuatan di dalam kota tersebut serta seisi warganya.

(b) Populasi Negara Madinah adalah terdiri daripada orang-orang Ansar,


Muhajirin, Yahudi dan bangsa Arab atau orang asing yang lain.

122
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(c) Pembentukan Negara Madinah diperkukuhkan dengan beberapa langkah dan


pelan strategik yang mantap iaitu:-
i. Mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan
tempat Rasulullah s.a.w menyampaikan ajaran Islam serta pusat
pentadbiran negara Madinah.
ii. Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi
mewujudkan persefahaman dan membantu kaum Muhajirin memulakan
hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
iii. Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama
mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

(d) Pembentukan Negara Madinah diperkukuhkan lagi dengan Piagam Madinah


yang merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia. Tajuk mengenai
Piagam Madinah telah pun kita bicarakan pada topik 6 yang lalu secara panjang
lebar.

(e) Piagam Madinah ini adalah pemuafakatan bertulis antara pelbagai kaum dan
masyarakat majmuk yang berlatarbelakangkan agama, adat dan budaya berbeza
di kota itu.

5.11.2 Analisa Umum Pembentukan Negara dan Piagamnya

Melalui analisa dan penelitian yang terperinci terhadap pembentukan negara


Madinah dan penstrukturan Piagam Madinah seperti mana yang disebutkan
sebelum ini dalam topik 6 dan 7 ini, ia menjelaskan:-

(a) Kerjasama dan semangat toleransi yang jitu yang dilaksanakan oleh baginda
Rasulullah s.a.w di kalangan para penduduk Kota Madinah yang terdiri daripada
masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama. Jelas dan zahirnya,
tidak ada perbezaan sama sekali antara orang-orang Islam dengan orang-orang
bukan Islam dalam memikul tanggungjawab menjaga kemaslahatan negara ini.

123
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(b) Di sini juga dapat dilihat bahawa sebenarnya Rasulullah s.a.w merupakan
seorang pemimpin yang sangat berwibawa dan berkaliber dalam pembentukan
sistem undang-undang yang ideal dan signifikan dengan kehendak negara dan
kebajikan rakyat malah sistem tersebut merupakan sistem undang-undang yang
pertama dan terulung di dalam sejarah Islam malah sejarah ketamadunan
manusia.

(c) Dengan termeterainya Piagam Madinah yang sistematik ini, maka orang-
orang Yahudi tidak dibenarkan keluar berperang melainkan dengan keizinan
Ketua Negara iaitu Rasulullah s.a.w sendiri agar tidak berlaku sebarang insiden
atau kes yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik dan keamanan
sesebuah negara.

(d) Piagam ini juga menekankan aspek kerjasama, toleransi, kemuafakatan, ruh
bantu membantu dalam kebaikan dan bekerjasama bagi membanteras kegiatan
yang merosakkan keamanan sesebuah negara dengan semangat muhibbah dan
cintakan tanahair itu sendiri.

Latihan

i. Berikan huraian yang ringkas mengenai program persaudaraan yang telah


dilakukan oleh Rasullullah s.a.w.
ii. Apakah pengajaran yang kita perolehi hasil daripada program
persaudaraan tersebut?

124
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.12 PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN NABI S.A.W

Tajuk-tajuk kecil yang berikut menghuraikan perkembangan Islam di zaman Nabi


s.a.w.

5.12.1 Senario Selepas Pembukaan Kota Makkah

Muhammad Mukhtar Syafie dan Ghazali Basri (1983) menjelaskan bahawa


peristiwa Pembukaan Kota Suci Makkah pada tahun ke lapan Hijrah adalah
momentum baru dan janakuasa yang begitu hebat impaknya dalam
perkembangan Islam di Semenanjung Tanah Arab sepenuhnya bahkan melewati
kerajaan Rom, Parsi, Mesir, Habsyah dan sekitarnya. Sebelumnya tentangan
dan serangan dilancarkan oleh kaum Musyrikin Makkah daripada kalangan
pembesar-pembesar Quraisy. Namun, majoriti mereka telah memeluk agama
Islam dalam peristiwa Fathu Makkah itu dan kota suci itu aman daripada segala
syirik dan jahiliah bahkan ia bertindak menjadi nadi baru kepada penyebaran
dakwah dengan rancaknya. Tambahan pula, kedudukannya di pusat dunia dan
kewujudan Ka‟bah sebagai qiblat umat Islam serta lokasi ibadat haji saban tahun,
mengundang jemaah yang ramai untuk menghayati syariat Islam yang suci ini.

Dalam pada itu, perkembangan Islam setelah pembukaan Makkah turut didorong
oleh siri al-Ghazawat atau peperangan dan jihad menegakkan kalimah Allah
s.w.t serta memadamkan sebarang cubaan ke arah menggagalkan penyebaran
dakwah Islam ke seluruh Tanah Arab.

125
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rujuk Jadual 5.3 untuk peristiwa-peristiwa penting.


Bil. Peperangan/ Huraian
Peristiwa
1 Perang Hunain 1. Berlaku pada bulan Syawal tahun ke 8 Hijrah.
2. Faktornya adalah kerana sikap keangkuhan Bani Hawazin
dan Thaqif di Taif cuba menyekat penyebaran Islam.
3. Kemuncaknya, pihak musuh seramai 4 ribu orang telah
berkubu di Hunain bagi melancarkan serangan mengejut ke
atas umat Islam.
4. Justeru, seramai 12 ribu umat Islam telah keluar ke Hunain
termasuk penduduk Makkah yang baru memeluk Islam.
5. Disebabkan terlalu yakin dengan bilangan yang ramai,
tentera Islam pada awalnya digempur secara mengejut oleh
tentera musuh.
6. Ada juga yang lari semula ke Makkah ketakutan.
7. Akhirnya, Nabi s.a.w melaungkan; “Daku Nabi Tiada Dusta!
Akulah cucunda Abdul Mutalib!” Sambil melontarkan pasir di
genggaman tangan baginda, baginda berteriak; “Binasalah
kamu!”.
8. Perang Hunain tamat dengan kekalahan pihak musuh.
Ramai yang pulang ke Taif semula termasuk pemimpinnya
Malik bin „Auf.
9. Banyak harta rampasan yang diperolehi dan tawanan
perang. Kesemuanya dibawa ke Ja‟ranah (15km dari
Makkah) untuk diagihkan.

2 Perang Taif 1. Malik bin „Auf masih belum berpuas hati dengan Perang
Hunain. Dia sekali lagi mengatur persiapan untuk serangan
balas ke atas umat Islam dari kubu kuatnya di Taif.
2. Berlaku pada bulan Syawal tahun ke 8 Hijrah dan rentetan
daripada Perang Hunain.
3. Rasulullah s.a.w mengancam penduduk Taif dengan
pembinasaan kebun buah-buahan dan tanaman mereka
sekiranya mereka degil.
4. Lalu mereka pun menghantar utusan untuk rundingan damai
dan meminta agar tanaman mereka tidak dimusnahkan.
5. Rasulullah s.a.w berjanji akan membatalkan hasrat
menyerang mereka dengan syarat mereka menyerah kalah
secara aman.
6. Akhirnya, Malik bin „Auf bersama-sama para pengikutnya
menemui Rasulullah s.a.w untuk menyatakan keislaman
mereka.
7. Setelah itu, barulah Baginda s.a.w bergerak pulang ke
Makkah.
8. Dalam perjalanan, setibanya mereka di Ja‟ranah, mereka
membahagikan harta rampasan perang sesama tentera
Islam termasuk kaum muallaf.

3 Perang Tabuk 1. Perang Tabuk berlaku pada tahun ke 9 Hijrah.


2. Peperangan terakhir yang disertai oleh Nabi Muhammad
s.a.w.
3. Berlaku setelah kepulangan tentera Islam dari Perang
Mu‟tah di Jordan. Ramai juga tentera Islam yang syahid di
situ.
4. Tujuannya adalah untuk menyekat kekuasaan kerajaan

126
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rom yang berada di Negara Syam yang menggunakan


sempadan Tanah Arab itu untuk menyerang Tanah Arab.
5. Di samping itu, Rasulullah s.a.w bertindak mengajak para
pembesar di wilayah tersebut untuk memeluk Islam atau
memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta sekiranya
mereka menyerah diri.
6. Perang Tabuk dilatari oleh musim buah-buahan yang ranum
dan sedia dipetik, perjalanan yang jauh dan kekuatan
tentera Rom.
7. Nabi s.a.w bersama 30 ribu tentera Islam telah singgah di
Tabuk. Apabila tentera Romawi mendapat tahu kemaraan
tentera Islam ke sempadan negara mereka, maka mereka
berasa gentar lalu menarik diri untuk bertempur.
8. Walau bagaimanapun, tentera Islam tidak pula mengejar
mereka.
9. Tentera Islam bermukim di Tabuk selama 20 hari lamanya.
Setelah keadaan didapati stabil, mereka pun pulang ke
Madinah dengan selamatnya.
10. Perang Tabuk selesai pada bulan Zulkaedah tahun 9
Hijriah.

4 Ibadat Haji 1. Menjelang ibadat haji pada tahun 9 Hijrah, Rasulullah s.a.w
Pimpinan Saidina mengutuskan Abu Bakar r.a untuk memimpin jemaah haji ke
Abu Bakar Makkah.
2. Baginda ingin mengisytiharkan melalui Abu Bakar r.a
bahawa ibadat haji adalah dilarang bagi orang-orang bukan
Islam tahun hadapan.

5 Tahun Delegasi 1. Tahun ke 9 Hijrah digelar sebagai Tahun Ketibaan Delegasi


atau atau Rombongan dari serata pelusuk Tanah Arab.
„Am al-Wufud 2. Setiap kabilah tiba ke Madinah al-Munawwarah bagi
mengisytiharkan kemasukan mereka ke dalam agama
Islam.
3. Ibn Sa‟ad dalam kitab Tabaqat Kubra telah menyenaraikan
seramai 60 rombongan telah menemui Rasulullah s.a.w
bagi tujuan itu.
4. Antaranya;
 Bani Tamim
 Bani „Amir
 Bani Saad
 Abdul Qais
 Bani Hanifah
 Bani Zubaid
 Bani al-Harith bin Kaab
 Adi bin Hatim dan lain-lain lagi

5. Kebanyakan ketua-ketua kabilah itu pulang lalu


menyebarkan pula Islam kepada kaumnya

Jadual 5.3 : Beberapa Peperangan dan Peristiwa Penting yang Berlaku dalam
Usaha Penyebaran Islam di Tanah Arab
[Sumber: Mengenal Islam oleh Muhammad Mukhtar Syafie dan Ghazali Basri
(1982)]

127
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.12.2 Pengajaran Daripada Sirah

Daripada siri peperangan dan peristiwa yang berlaku di sebalik perkembangan


Islam di zaman Nabi s.a.w khususnya setelah pembukaan Kota Suci Makkah
dapatlah kita mempelajari daripada Sirah Rasul ini beberapa panduan:
i. Umat Islam perlu senantiasa bersiap sedia menghadapi segala mara
bahaya daripada pihak musuh biarpun keadaan aman dan stabil.
ii. Bilangan yang ramai tidak menjamin kemenangan tentera dalam
peperangan sekiranya jiwa mereka berasa terlalu yakin pada kekuatan diri
hingga leka dengan kuasa dan iradah Allah s.w.t adalah kunci
kemenangannya.
iii. Kesabaran dan ketabahan hati serta tawakkal yang tinggi pada Ilahi
memandu seseorang insan ke jalan kemenangan dan kejayaan.
iv. Kekuatan Islam mula disedari oleh kuasa-kuasa besar seperti Rom dan
Parsi bagi menandakan sinar Islam yang gemilang di bawah pimpinan
Nabi s.a.w. Dewasa ini, Islam tidak lagi digeruni dan dipandang hebat oleh
kuasa-kuasa besar dunia. Puncanya adalah umat Islam tidak lagi
mengamalkan Islam sepenuhnya.
v. Perjuangan Islam tidak mungkin terjadi tanpa pengorbanan dan jihad yang
tinggi. Ramuan itulah yang menjadi resepi kecemerlangan generasi umat
Islam yang silam.
vi. Usah sekali-kali kecewa dan putus harapan di jalan dakwah atau bidang
pendidikan anda! Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dibaling batu oleh
kaum Bani Thaqif dan Hawazin di Taif ketika berdakwah kepada mereka.
Baginda ditawarkan kehancuran penentangnya oleh malaikat tetapi
baginda hanya menjawab: “Mereka tidak mengetahui apa-apa! Kelak,
mungkin zuriat mereka bakal memeluk Islam”. Akhirnya, penduduk Taif
tunduk juga kepada Islam dan berbakti kepada agama yang tercinta.
vii. Perancangan dan strategi sangat penting dalam usaha dakwah Islam. Ia
bukanlah hanya sekadar menyerah pada takdir dan suratan Yang Kuasa.

128
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Dalam tempoh kurang 10 tahun di Madinah, baginda berjaya menyatukan


penduduk Tanah Arab dengan keimanan dan tauhid.

Latihan

(a) Bincangkan kisah tiga pemuda Islam yang tidak mengikuti Perang Tabuk.
Apakah pelajaran berharga daripadanya?
(b) Benarkah Islam tersebar melalui mata pedang? Sila kemukakan hujah-hujah
balas anda kepada dakwaan ini.

5.13 HAJI PERPISAHAN DAN KEWAFATAN NABI

Berikut ialah huraiannya.

5.13.1 Haji Perpisahan

Haji perpisahan atau Hajjah al-Wada‟ adalah jolokan kepada ibadat haji yang
dilaksanakan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun ke 10 Hijrah sebelum
kewafatan Baginda. Baginda s.a.w telah mengisytiharkan hasratnya untuk
menunaikan haji kali pertama setelah berhijrah ke Madinah.
Pengumumantersebut telah menarik minat kira-kira 90 ribu umat Islam untuk
menyertai ibadat haji yang julung-julung kali dipimpin Nabi s.a.w.

Dalam musim haji inilah, Nabi s.a.w mengajar para jemaah haji tentang cara-
cara mengerjakan haji dengan kenyataan baginda berbunyi:

ُ “Ambillah daripadaku amalan haji kamu”. (Riwayat al-Bukhari)

Saat di Padang Arafah, baginda Nabi s.a.w telah pun memberi isyarat akan
pemergiannya selama-lamanya dengan ucapannya:

129
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

“Wahai sekalian manusia, dengarlah kata-kataku ini, sebenarnya aku tidak tahu
berkemungkinan aku tidak akan menemui kamu kalian selama-lamanya selepas
tahun ini. Sesungguhnya darah kamu dan harta kamu adalah haram ke atas
kamu sama seperti haramnya hari kamu ini di bulan kamu ini dan bumi kamu ini.

Ketahuilah bahawa semua perkara mengenai urusan jahiliah tertanam di bawah


kaki ku ini, darah-darah jahiliah adalah tertanam dan darah jahiliah yang mula-
mula sekali yang ku hapuskan ialah darah Ibn Rabiah bin al-Harith, kejadiannya
terjadi di mana beliau ini dibunuh semasa sedang mengambil susuan dari ibu
susuannya Banu Saad, dan riba jahiliah juga dihapuskan, dan riba pertama yang
ku hapuskan ialah riba Abbas bin Abdul Mutalib malah kesemuanya dihapuskan
sama sekali.

Bertaqwalah kamu kepada Allah demi melaksanakan hak kaum wanita, lantaran
kamu telah mengambil mereka sebagai isteri dalam bentuk amanah Allah, kamu
halal berseketiduran dengan mereka melalui sebutan nama Allah, dan kaum
wanita pula berkewajipan menjaga supaya tidak seorang pun manusia yang
kamu benci dibenarkan masuk ke bilik kamu. Sekiranya mereka berbuat
demikian maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak parah, ke atas
mereka, kamu kewajipan memberi rezeki dan pakaian dengan baik.

Dan sesungguhnya telah ku tinggalkan pada kamu sesuatu di mana kamu tidak
akan sesat selepas ini seandainya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah.
Wahai kalian manusia, sesungguhnya tiada nabi selepas ku ini, dan tiada umat
lain selain dari kamu, beringatlah supaya kamu menyembah Tuhan kamu,
tunaikanlah fardu sembahyang lima waktu, berpuasalah kamu di bulan
Ramadhan, tunaikan zakat harta kamu dengan penuh kerelaan hati, tunaikan
haji ke rumah Tuhan kamu dan taatilah pemerintah-pemeritah kamu nescaya
masuklah kamu ke dalam syurga Tuhan kamu. Kamu semua akan ditanya esok
mengenai perihal diriku, maka apa yang nak kamu jawab?”

130
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Maka kata mereka semua: “Kami menyaksikan bahawa engkau telahpun


menyampaikan, menunaikan dan menasihati kami”. Dengan mengangkat jari
telunjuknya ke arah langit dan berkata ke hadapan orang ramai, “Allahumma
Fasyhad!!” yakni, “Ya Allah Ya Tuhanku, Persaksikanlah”. (sebanyak tiga kali.)

Sejurus setelah itu di Padang Arafah jugalah, turunnya wahyu terakhir yang
menandakan penutup kepada Risalah Islam yang sempurna telah disampaikan
Allah s.w.t melalui utusanNya Nabi Muhammad s.a.w. Wahyu tersebut berbunyi:

           

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah
cukupkan nikmatKu ke atas kamu dan Aku telah meredai Islam sebagai agama
anutan kamu”.
(al-Maidah: 3)

Semasa Umar mendengar firman Allah s.w.t itu, beliau terus menangis dan
setelah ditanya, mengapa beliau menangis? Jawab beliau: “Kerana selepas
kesempurnaan akan menyusul pula kekurangan”.

Perbincangan
NDIRI 7.4
1. Apakah nama peperangan dan peristiwa yang berlaku semasa proses
perkembangan Islam setelah pembukaan Makkah?
2. Berikan huraian ringkas mengenai Haji Perpisahan atau Hajjah al- Wada‟.

131
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5.13.2 Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W

Kesakitan yang dialami oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w mula
terasa setelah Baginda pulang daripada mengerjakan haji perpisahan lalu yang
juga digelar sebagai Haji Akbar. Ibn Kathir di dalam kitab al-Bidayah wa al-
Nihayah menyebutkan bahawa kesakitan itu berlaku setelah 81 hari Baginda
pulang dari Makkah.

Akram Dhiya‟ al-Umariy (1994) menyatakan bahawa Baginda mula mengadu


sakit ketika berada di rumah Ummil Mukminin Saidatina Maimunah r.ha hingga
kira-kira 10 hari. Akhirnya Baginda Nabi s.a.w memohon izin daripada para isteri
Baginda untuk berada di hari-hari terakhirnya di rumah Saidatina Aishah r.ha dan
bakal dimakamkan di Hujrah Aishah (rumahnya).

Di hari-hari terakhir itu, Baginda s.a.w sempat memanggil puterinya Fatimah al-
Zahra‟ lalu membisikkan kepadanya dua bisikan. Bisikan pertama disambut
deraian air mata puterinya manakala bisikan kedua disambut dengan senyum
dan tawa manis di bibirnya. Bisikan pertama mengkhabarkan pemergian
ayahandanya, manakala bisikan kedua memberitakan pemergian Rasulullah
s.a.w bakal diiringi puterinya Fatimah r.ha tidak lama setelah itu.

Di hari-hari terakhir, baginda s.a.w masih mampu menyelengarakan penyerahan


tugas-tugas kenegaraan dan imam kepada Saidina Abu Bakar al-Sidik r.a.
Bahkan baginda s.a.w turut bersolat berimamkan Abu Bakar dengan dipapah
oleh Saidina Abbas dan Ali r.a ke masjid. Baginda turut memanggil para isteri
baginda dan menyampaikan wasiat kepada mereka.

Di pagi hari 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah ketika fajar baru menyingsing,
baginda s.a.w sempat menyelak tabir kamar Aishah r.ha sambil melemparkan
senyuman dan tawanya yang begitu manis lagi penuh makna. Abu Bakar r.a
menyangka baginda ingin menyertai jemaah solat Subuh pada pagi itu. Namun

132
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

baginda mengisyaratkan agar solat dijalankan lantas baginda menutup tabir dan
kembali ke kamar itu. Sedang dhuha makin meninggi dan mentari sudah mulai
membahang, baginda s.a.w berada di ribaan isteri kesayangannya iaitu Saiditina
Aishah r.ha. Antara hadis pesanan Nabi yang terucap di akhir hayat Baginda
adalah:
ْ‫ّصالَة! وَمَامَلَ َكتْ اَيمْاَنُكُم‬
َ ‫ّصالَة! ال‬
َ ‫ال‬
“(Jagalah) Solat! (Jagalah) Solat! Dan orang bawah tanggunganmu”. Di detik-
detik mencemaskan itu, baginda sempat bersugi (yang dipinjamkan daripada
Abdul Rahman bin Abu Bakar r.a) sambil mengucapkan; “Ya KepadaMu!
Tuhanku Yang Maha Agung”! Sedarlah Aishah r.ha bahawa Baginda ingin
berangkat pergi selama-lamanya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Lalu ketika
pagi 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah itulah baginda yang berusia 63 tahun telah
wafat lalu dimakamkan di mana tempat kewafatannya iaitu di kamar Saidatina
Aishah r.ha bersebelahan Masjid Nabi pada zaman Rasulullah s.a.w.

133
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

TAJUK 6 APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN SIRAH TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

6.0 SINOPSIS

Pelajar-pelajar sekelian, alhamdulillah anda telah selesai menganalisis dan


mencerakin Huraian Sukatan Pelajaran Sirah secara terperinci dari tahun satu
hingga tahun enam. Setelah memahami kandungan pelajaran sirah, anda
seharusnya memahami cara-cara aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran
sirah bagi setiap tajuk sirah sekolah rendah. Dalam Topik ini anda akan
didedahkan dengan beberapa tajuk untuk membantu anda menguasai
kemahiran mengaplikasi strategi pengajaran sirah. Peringkat awal dibicangkan
tajuk berkaitan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik serta kandungan
kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah. Seterusnya disenaraikan tajuk-tajuk
Sirah Tahun 1 hingga Tahun 6 untuk memudahkan anda mendapat gambaran
yang jelas tajuk-tajuk sirah sekolah rendah secara keseluruhan. Kemudian
perkara penting yang perlu anda fahami dari tajuk ini adalah berkaitan kaedah
pengajaran sirah sekolah rendah seperti kaedah bercerita, kaedah perbincangan,
kaedah lakonan. Tajuk seterusnya adalah Huraian Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Sirah, Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah
Sekolah Rendah, Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah dan
Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sirah.

6.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Memahami strategi pengajaran dan pembelajaran sirah tahun satu hingga


tahun 6.
2. Dapat mengaplikasi kaedah –kaedah pengajaran sirah yang sesuai untuk
setiap tajuk.

134
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

3. Dapat mengemukakan kaedah dan cadangan aktiviti pengajaran yang


sesuai untuk setiap tajuk sirah agar mencapai objektif yang diharapkan.
4. Mengaplikasi teknik mengajar sirah yang efektif dengan berkesan

6.2 KERANGKA TAJUK

Konsep Pendekatan, kaedah,


strategi dan teknik

Kandungan Kurikulum Pendidikan


Islam Sekolah Rendah

Tajuk-tajuk Sirah Tahun 1 hingga


Tahun 6

Aplikasi Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah


Rendah
Strategi
Pengajaran
dan Huraian Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Sirah
Pembelajaran
Sirah
Aplikasi Kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran Sirah

Cadangan Aktiviti Pengajaran


Dan Pembelajaran Sirah

Teknik Efektif dalam Pengajaran


dan Pembelajaran Sirah

6.3 Konsep Pendekatan, kaedah, strategi dan teknik

Sebelum membincangkan mengenai aplikasi strategi pengajaran dan


pembelajaran sirah sekolah rendah, ada baiknya untuk kita mengulangkaji
konsep pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. arta berikut menjelaskan konsep tersebut.

135
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

STRATEGI PENDEKATAN
 Kebijaksanaan memilih  Cara mengajar berdasarkan
pendekatan, kaedah dan objektif yang telah
teknik pengajaran ditentukan
berdasarkan objektif  Harus berlandaskan teori,
pengajaran prinsip atau model tertentu
 Lebih mengambil kira  Kenyataannya dianggap
objektif jangka panjang benar tanpa memerlukan
 Mengambil kira segala bukti dan alasan
aspek pembelajaran  Mendokong sesuatu
termasuk pemilihan bahan, teori
masa dan sebagainya

KAEDAH TEKNIK
 Siri tindakan guru yang  merujuk kemahiran guru
sistematik mengelola dan
 Lebih bercorak jangka melaksanakan kaedah
pendek mengajar yang
 Merupakan usaha dilaksanakan
keseluruhan terdiri  pengendalian yang benar-
daripada prosedur tersusun benar berlaku dalam bilik
berdasarkan pendekatan darjah
yang dipilih  digunakan dalam langkah
 Mendokong pendekatan pengajaran
dipilih  perlu mengambil kira faktor
latar belakang pelajar
dalam menentukan teknik
yang dipilih

6.4 Kandungan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Kandungan pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang


seperti dalam rajah berikut, iaitu:

136
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Organisasi Kandungan
Pendidikan Islam Sekolah
Rendah

Bidang Asuhan Bidang Asas Ulum Bidang Asas


Tilawah al-Quran Syari‟yah Akhlak Islamiah

Bidang Pelajaran
JAWI

Rajah 1 : Bidang-bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Rajah di atas menunjukkan kandungan bidang-bidang mata pelajaran yang


terdapat dalam Pendidikan Islam sekolah rendah. Untuk mendalami bidang-
bidang tersebut;

Bahagian Sirah merupakan salah satu bahagian yang diberi tumpuan dalam
bidang Ulum Syar‟iyyah selain dari Akidah dan Ibadah sebagaimana yang
dijelaskan dalam carta berikut;

ULUM SYARIAH

AKIDAH IBADAT SIRAH

Rajah 2 : Bahagian-bahagian dalam Ulum Syariyyah


Setiap bahagian dalam bidang-bidang pendidikan Islam perlu diajar
menggunakan strategi dan kaedah yang sesuai untuk mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Objektif pengajaran sirah yang dikehendaki oleh
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah adalah agar murid-murid

137
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

dapat memahami, mencontohi dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah


saw sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

Sila Rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

6.5 Tajuk-tajuk Sirah Tahun 1 hingga Tahun 6 :

Berikut adalah tajuk-tajuk sirah sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6
1 Tanda-tanda kenabian 16 Tentangan terhadap Rasulullah
2 Salasilah keturunan Nabi 17 Israk dan Mikraj
3 Penyusuan dan Pemelihraan 18 Perjanjian Aqabah
Nabi
4 Nabi dibesarkan dan dididik Hijrah ke madinah
nilai murni 19
5 Kematian bapa dan ibu Nabi 20 Pembinaan Masjid pertama
6 Kematian Datuk 21 Persaudaraan Muhajirin dan Ansar
7 Pemeliharaan Nabi oleh bapa 22 Pembentukan Negara Madinah
saudara
8 Pekerjaan Nabi (Semasa 23 Mempertahankan Madinah
Kecil & Dewasa)
9 Pekhawinan Nabi 24 Piagam Madinah
10 Peritiwa Hajarul al-Aswad 25 Perjanjian Hudaibiah
11 Peristiwa di Gua Hira‟ 26 Pembukaan Kota Mekah
12 Mukjizat Al-Quraan 27 Perkembangan Islam Zaman
Rasul
13 Dakwah Rasulullah (sulit dan 28 Haji Wida‟
terang)
14 Hijrah ke Habsyah 29 Kewafatan Rasulullah S.A.W.
15 Pembesar Mekah terima
Rasulullah

Setelah anda memahami kedudukan pelajaran sirah dalam kurikulum Pendidikan


Islam Sekolah Rendah, maka anda bolehlah meneruskan pembacaan mengenai
Strategi dan Kaedah Pengajaran Sirah.

138
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.6 Kaedah Pengajaran Sirah Sekolah Rendah

Kaedah merujuk kepada satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan


sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Dalam menerangkan
sesuatu prosedur pengajaran dan pembelajaran guru boleh menggunakan
kaedah yang sesuai terutama kaedah-kaedah yang dapat memenuhi keperluan
murid.

Dalam mengendalikan apa sahaja kaedah / teknik prinsip-prinsip berikut boleh


dijadikan panduan:
a. Melibatkan pelajar secara aktif
b. Menggalakkan pengalaman secara langsung
c. Menekankan amalan dan penghayatan
d. Mengambil kira kebolehan dan keupayaan pelajar
e. Menyampaikan pengetahuan dan pengalaman secara
bersepadu

Panduan menggunakan kaedah yang berbeza


a. Mesti sesuai dengan murid
b. Guru benar-benar faham kaedah yang akan digunakan.
c. Pastikan kaedah itu membantu pencapaian objektif P & P
d. Dapat merangsangkan murid berfikir dan interaktif
e. Memandu murid uuntuk mencapai kejayaan

Kaedah pengajaran sirah biasanya adalah berorientasikan sejarah. Oleh kerana


itu guru perlu menguasai beberapa kemahiran mengajar supaya pengajaran
tersebut menarik dan berkesan. Kesan daripada pengajaran sirah kepada
pelajar ialah pelajar dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah-
kisah yang mereka pelajari. Antara objektif pengajaran sirah ialah:

139
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

1. Menyedarkan pelajar tentang perjalanan hidup dan perjuangan Rasulullah


SAW menegakkan agama Islam
2. Mengambil pelbagai pengajaran dan peristiwa-peristiwa yang telah
berlaku ke atas umat yang terdahulu
3. Menjadikan Rsulullah SAW sebagi contoh ikutan yang terbaik
4. Menanamkan semangat dan cintakan Islam

Terdapat beberapa kaedah dan teknik pengajaran yang biasa digunakan oleh
guru untuk pengajaran sirah. Antara kaedah-kaedah yang terdapat dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam
1. Soal jawab
2. Projek
3. Lawatan
4. Main peranan
5. Sumbangsaran
6. Simulasi
7. Bercerita
8. Kuiz
9. Dialog
10. Bermain
11. Penerangan/Syarahan/Kuliah
12. Perbincangan

Gambarajah berikut menunjukkan sebahagian kaedah yang boleh digunakan


dalam pengajaran dan pembelajaran sirah.

140
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Rajah 6.1: Jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran sirah

6.6.1 Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita ialah suatu teknik pengajaran di mana guru menyampaikan isi
pengajaran dan pembelajaran dengan cara bercerita yang menarik dan menghiburkan.
Oleh kerana itu, setiap guru seharusnya dapat menguasai prinsip-prinsip bercerita supaya
ianya dapat disesuaikan orang yang mendengar cerita tersebut.

i. Prinsip Kaedah Bercerita


Antara prinsip-prinsip bercerita ialah:
a. cerita mestilah mempunyai tema yang sesuai dengan umur, latarbelakang dan
pengalaman murid.
b. Cerita mestilah menggunakan bahasa yang sesuai. Bahasa perlulah mudah, tepat
dan jelas serta tidak mempunyai perkataan yang mengelirukan.
c. Plot cerita hendak tersusun teratur serta mempunyai permulaan dan kesudahannya.

141
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

d. Penyampaiannya haruslah menarik dengan suara yang jelas serta intonasi yang
sesuai.
e. Gerak badan dan ekpresi mata perlulah berdasarkan kepada suasana dan mood
cerita seperti riang, sedih atau marah.

Dalam Pendidikan Islam, guru yang hendak bercerita mestilah ikhlas dan bercerita
semata-mata kerana Allah untuk mendidik pendengar supaya berakhlak mulia dan
bertakwa kepada Allah. Oleh itu, cerita-cerita yang dipilih adalah cerita yang boleh
memberi didikan dan pengajaran. Islam tidak bersetuju dengan cerita-cerita yang
berunsur khayalan, seks, karut dan khurafat.

ii. Langkah-langkah Pengajaran Sirah Menggunakan Kaedah Bercerita

Bagi memastikan objektif pengajaran tercapai dengan menggunakan kaedah bercerita,


guru terlebih dahlu perlu merangka langkah-langkah pengajaran. Antaranya:

a) Sebelum Sesi Bercerita


 Memilih cerita yang sesuai dengan tema dan isi pengajaran
 Wujudkan suasana yang memberansangkan dan sesuai dengan cerita
 Menyediakan soalan-solan yang sesuai untuk sesi bercerita
 Sediakan Bahan Bantu Mengajar yang sesuai

b) Permulaan Pengajaran
Menarik perhatian pelajar dengan menggunakan beberapa teknik. Antaranya:
 Gunakan set induksi yang menarik
 Mengemukan beberapa soalan
 Menunjukkan gambar, rajah dan peta
 Membuat kuiz dan teka-teki

142
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

c) Semasa Sesi Bercerita


Ketika guru bercerita perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
 Gaya dan nada suara yang sesuai
 Pandang semua pelajar dan adakan kontak mata
 Gunakan gerak isyarat atau bahasa badan
 Gunakan soalan sekiranya pelajar mulai bosan
 Libatkan murid dalam aktiviti berceria
 Terapkan nilai-nilai murni dalam cerita

d) Selepas Sesi Bercerita


 Beri peluang kepada pelajar bertanya dan mengemukakan soalan
 Menyoal pelajar mengenai pengajaran daripada cerita yang telah disampaikan
 Melakukan aktiviti yang sesuai sebagai tugasan susulan

Latihan
1. Apakah kriteria yang diperlukan oleh seorang guru untuk mengaplikasikan
kaedah bercerita dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?
2. Nyatakan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan kaedah
3. bercerita?
4. Bagaimanakah sesorang guru melibatkan pelajar dalam aktiviti pengajaran ketika
menggunakan kaedah bercerita?

6.6.2 Kaedah Perbincangan

Perbincangan merupakan satu kaedah yang melibatkan perbualan, mengeluarkan


pendapat, bertukar fikiran dan berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik atau masalah
dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini adalah untuk
menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu

143
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

topik. Ia secara langsung dapat merangsang minat pelajar dan membimbing mereka
mendapatkan pengetahuan yang baru.

i. Pembahagian Kaedah Perbincangan


Kaedah ini terbahagi kepada dua iaitu:
a. Perbincangan Formal
b. Perbincangan Tidak Formal

a) Perbincangan Formal
Perbincangan Formal dijalankan secara perbahasan, forum pembentangan kertas kerja
dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut:

• Penentuan Penglibatan Pelajar


Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang akan mengambil bahgian. Misalnya,
jika guru ingin mengadakan forum, terlebih dahulu ditentukan pelajar yang akan menjadi
ahli panel. Begitu juga dengan tugas-tugas lain seperti pengerusi,pencatat dan penjaga
masa.

• Masa yang Mencukupi


Pelajar diberi masa yang mencukupi untuk mencari bahan yang akan disampaikan. Bahan
boleh didapati daripada berbagai sumber seperti majalah, surat khabar, internet dan
sebagainya.

144
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

• Penglibatan Ramai Pelajar


Sebaik-baiknya guru perlu melibatkan seberapa ramai pelajar yang boleh. Dalam aktiviti
forum misalnya, pelajar yang menjadi diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka.
Penglibatan pelajar yang ramai akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan.

• Aktiviti Susulan
Aktiviti perbincangan perlu disusuli dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak
misalnya, tajuk forum boleh dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar
akan memberi tumpuan kepada perbincangan tersebut.

• Ulasan Guru
Setelah tamat perbincangan guru, perlu memberi komen atau pendapat. Isi perbincangan
perlu ditambah dan beberapa perkara yang dibincangkan hendaklah diulas semula oleh
guru.

b) Perbincangan Tidak Formal

Bagi perbincangan tidak formal pula biasanya dijalankan tanpa memerlukan persiapan
rapi seperti perbincangan formal. Antara ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:

• Guru Menjadi Pengerusi


Dalam perbincangan tidak formal guru bertindak sebagai pengerusi. Perbincangan dibuka
kepada semua pelajar. Guru perlu memberi peluang kepada seberapa ramai pelajar untuk
memberikan pendapat mereka. Guru juga perlu menggalakkan pelajar yang pasif supaya
mengambil bahagian.

• Kawalan Kelas
Kawalan kelas adalah penting untuk mengelakkan pelajar daripada berebut-rebut untuk
bercakap. Ketegasan guru perlu untuk menjadikan perbincangan lebih teratur. Guru juga
perlu menentukan agar perbincangan tidak dimonopoli oleh pelajar tertentu sahaja.

145
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

• Pembahagian Kumpulan
Pelajar boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Mereka diberi masa yang
yang mencukupi untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditentukan. Setiap
kumpulan perlu melaporkan hasil perbincangan dalam kumpulan mereka.

Kaedah ini berkesan untuk dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sirah
kerana kerana perbincangan melibatkan pelajar secara langsung dalam pembelajaran.
Malah mereka dilatih untuk memberi pendapat dan menghormati pendapat orang lain.
Mereka juga turut bekerjasama dan merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.

Latihan
1. Apakah yang anda fahami tentang kaedah perbincangan?
2. Nyatakan perbezaan perbincangan formal dan tidak formal?
3. Pada pandangan anda, apakah kelemahan kaedah pengajaran perbincangan dalam
sesi pengajaran?

6.6.3 Kaedah Lakonan

Kaedah lakonan iaah satu kaedah pengajaran yang berbentuk drama pendek atau sketsa
yang melibatkan lebih daripada dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan
peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Misalnya, dalam pengajaran
sirah, pelajar dikehendaki melakonkan babak yang berkaitan dengan perjanjian
Hudaibiah. Pelajar-pelajar yang terpilih melakonkan babak tersebut dan pelajar-pelajar
lain memerhatikannya.

Dalam kaedah ini, pelajar-pelajar menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang


mengalami sendiri situasi dan masalah. Pelajar-pelajar juga digalakkan membuat
berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan ketika menyaksikan lakonan
tersebut di samping itu pelajar juga boleh mendapatkan maklumat melalui temuramah
dengan individu-individu tertentu yang terlibat dengan lakonan tersebut. Pada akhir
lakonan guru dan pelajar akan membincangkan peristiwa tersebut dan memberi ulasan

146
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

dan pendapat masing-masing. Melalui kaedah ini, pelbagai kemahiran dapat


digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, mengambil nota dan catatan, kemahiran
menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Untuk menjalankan kaedah lakonan, beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya:

• Peristiwa Yang Sesuai


Tidak semua peristiwa atau episod sesuai dilakonkan. Pilih peristiwa yang agak relevan
dengan isi pengajaran. Episod yang dipilih itu sebaik-baiknya tidak memerlukan begitu
ramai pelakon.

• Pelakon Memahami Situasi


Pelajar yang dipilih hendaklah benar-benar memahami peristiwa tersebut. Guru perlu
menjelaskan terlebih dahulu situasi yang hendak dilakonkan seperti punca dan akibat
peristiwa itu berlaku. Setiap pelajar perlu memahami dan menghayati watak masing-
masing.

• Penjelasan Kepada Penonton


Guru perlu menjelaskan kepada pelajar-pelajar mengenai apa yang mereka
tonton.Dengan penjelasan ini, pelajar-pelajar lain akan dapat atau cuba memahami apa
yang cuba dilakonkan oleh rakan mereka.

• Pelakon Yang Sesuai


Sebaik-baiknya pelakon dipilih secar sukarela. Pemilihan secara sukarela ini dijangkakan
memberikan hasil yang lebih berkesan. Lakonan boleh diulang. Guru juga boleh
menggunakan pelajar-pelajar lain untuk mengulangi lakonan tersebut.

• Lakonan Secara Bebas


Biarkan pelajar memainkan peranan dn watak mereka secara bebas. Pelakon tidak perlu
terlalu terikat dengan skrip. Walaubagaimanapun guru perlu mengawasi pelajar agar
mereka tidak menyeleweng dari situasi yang sepatutnya mereka lakonkan.

147
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

• Perbincangan selepas Lakonan


Setelah selesai lakonan, guru dan pelajar hendaklah berbincang tentang babak yang telah
mereka saksikan. Hasil perbincangan ini dapat membantu pelajar lebih memahami
peristiwa yang mereka pelajari.

Langkah-langkah Kaedah Lakonan Dalam Pengajaran Sirah

Guru mewujudkan satu situasi bermasalah – sebagai contoh murid didedahkan


dengan situasinpenyeksaan orang kafir quraish terhadap kaum muslimin Mekah

Guru menerengkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak


dan tempat lakonan

Guru menerengkan secara ringkas tentang situasi tersebut, peranan watak-watak


dan tempat lakonan

Berdasarkan watak-watak yang ditentutkan, pelajar memainkan peranan mereka


dalam sesi lakonan

Guru berbincang dalam kelas tentang situasi dan peristiwa dalam lakonan
tersebut

Guru membimbing pelajar membuat rumusan

. Latihan:
1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan kaedah lakonan dalam pengajaran
dan pembelajaran sirah
2. Untuk melakukan kaedah lakonan yang berkesan, nyatakan perkara-penting
yang perlu diberi perhatian oleh guru.
3. Dengan mengambil satu peristiwa dari sirah Rasulullah saw, jelaskan langkah-
langkah kaedah lakonan dalam pengajaran sirah.

148
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.7 Huraian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

Jadual 6.1 berikut menjelaskan tentang huraian kaedah pengajaran dan


pembelajaran sirah

Jadual 6.1 : Huraian Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

Bil Kaedah Huraian


1 Perbincangan  Melatih murid-murid memberikan pendapat atau
idea-idea mengenai sesuatu topik yang ditetapkan.
 Guru dalam hal ini bertindak sebagai fasilitator atau
pemudahcara.
 Kaedah ini sering bergandingan dengan kaedah
sumbang saran iaitu murid memberi idea atau
pandangan dalam bentuk perbincangan.
 Faedah menggunakan teknik ini ialah murid-murid
dapat bebas bersuara menyatakan pandangan dan
menggalakkan pertukaran idea antara beberapa
orang murid. Maka secara tidak langsung
membimbing mereka memperolehi pengetahuan
baru.
2 Kuiz  Ia merupakan bentuk pertandingan menjawab
soalan.
 Faedah atau rasionalnya menggunakan kaedah ini
ialah merangsang dan menguji pemikiran murid
untuk mengingat kembali dan memahami semula
fakta dari topik yang dipelajari secara berperingkat-
peringkat.
 Prinsip penyoalan ialah dari mudah kepada yang
susah, dari jauh kepada dekat atau sebaliknya, dari

149
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

yang umum kepada spesifik atau sebaliknya.


 Aktiviti akan menjadi sangat menarik sekiranya
diselit dengan unsur-unsur hadiah yang mudah
kepada murid-murid yang berjaya menjawab
soalan-soalan tersebut dengan baik.

3 Soal Jawab  Guru mengemukakan soalan dan murid menjawab


dengan jawapan yang sewajarnya.
 Faedah dan kebaikan melaksanakan kaedah ini
ialah guru dapat menggalakkan murid berfikir dan
memberi tumpuan terhadap pelajaran sekali gus
mengelakkan mereka memikirkan perkara lain.
 Kaedah ini juga memudahkan murid memahami
dengan lebih cepat kerana mereka berpeluang
menyoal guru untuk mendapatkan penjelasan lanjut
berkenaan tajuk pelajaran.
4 Dialog  Teknik perbualan mengenai sesuatu tajuk.
 Faedah dan praktikalnya menggunakan kaedah ini
dalam P&P Asas Ulum Syariah (Sirah) ini ialah
dengan berdialog sesama murid kita dapat
menyampaikan banyak maklumat dan secara tidak
langsung penerapan nilai-nilai murni dapat disemat
di dalam jiwa mereka.
5 Cerita  Iaitu anda menyampaikan isi pelajaran dengan
menggunakan kaedah bercerita.
 Faedah menggunakan kaedah ini ialah P&P anda
akan lebih menarik dan berkesan kerana
kebiasaannya murid-murid gemar mendengar
gurunya bercerita. Kaedah ini dapat
membangkitkan perasaan ingin tahu di kalangan

150
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

muridmurid.
 Mereka juga akan lebih memberikan tumpuan
lebih-lebih lagi anda menyelitkan unsur-unsur
humor atau percintaan, intonasi suara yang
pelbagai dan sekali gus anda dapat mengawal
kelas dengan baik.
6 Lawatan  Ia merupakan aktiviti susulan selepas mengajar
sesuatu topik atau pun mengajar kemahiran baru
yang memerlukan kepada lawatan.
 Faedah melaksanakannya ialah murid-murid dapat
menghayati topik yang dipelajari dengan lebih
mendalam dan memperolehi pengalaman dan
pengetahuan baru semasa sesi lawatan.

151
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.8 Aplikasi Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Sekolah Rendah

Setelah anda meneliti huraian Kaedah P&P, sila lihat pula aplikasi kaedah-
kaedah tersebut dalam contoh pengajaran Sirah Nabawiyyah yang dipaparkan
dalam Jadual 6.2 seterusnya.

Sila baca kaedah-kaedah berikut dengan teliti:-


Kaedah cerita, dialog dan kuiz ( Rujuk buku Pedagogi ; Strategi dan Teknik
Mengajar Dengan Berkesan oleh Shahabuddin bin Hashim, dan rakan-rakan ,
PTS Pulication & Distributors, 2003.)

Jadual 6.2: Aplikasi Kaedah P&P Asas Ulum Syariah (Sirah)

Mata pelajaran Pendidikan Islam


Bidang Sirah
Masa 30 minit
Tajuk Dakwah Rasulullah di Makkah:
Dakwah kepada keluarga secara sulit.
Kaedah Cerita, dialog dan kuiz.
Gabung jalin Membaca dan memahami
Penyerapan ilmu Geografi, Sejarah dan Akhlak.
Penerapan nilai Mencontohi kepimpinan dan keperibadian Rasulullah
s.a.w. dan penguasaan ilmu pengetahuan.
Kemahiran Mengenal pasti dan memberi refleksi mengenai
berfikir peristiwaperistiwa yang berlaku semasa Rasulullah s.a.w.
menyampaikan dakwahnya.
Sumber/Media Petikan cerita, skrip dialog dan soalan kuiz
Pengajaran
Hasil Aras 1: Murid dapat menyebut dan membaca topik
Pembelajaran dakwah Rasulullah s.a.w. di Makkah secara sulit dengan
betul.

152
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Aras 2: Murid dapat menganalisis perkara-perkara penting


dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah
dengan tersusun.
Aras 3: Murid dapat menyenaraikan beberapa pengajaran
dari dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit di Makkah
dengan baik.

Cadangan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran adalah seperti berikut;


1. Kaedah Bercerita

Kaedah
Cerita.

 Petikan cerita Rasulullah s.a.w menyampaikan dakwah kepada keluarga


terdekat secara sulit.
 Setiap pelajar mendapat salinan cerita tersebut.
 Pelajar-pelajar membaca cerita tersebut secara individu – bacaan senyap.
 Beberapa orang pelajar menceritakan semula kepada rakan-rakan dalam
kelas.
 Guru memerhati dan meneliti aktiviti tersebut sambil membetulkan
kesilapan.

153
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

2. Kaedah dialog

Kaedah Dialog.

 Dialog Rasulullah semasa berdakwah kepada keluarganya.


 Pelajar-pelajar membaca dialoq tersebut dengan teliti secara bacaan
senyap.
 eberapa orang pelajar membaca dialog tersebut di hadapan kelas -
bacaan kuat.

3. Kaedah Kuiz

Kaedah
Kuiz.

 Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan.


 Guru mengemukakan soalan kuiz berhubung dengan pelajaran Sirah :
Rasulullah berdakwah kepada keluarga.
 Setelah tamat aktiviti tersebut pelajar dan guru membuat rumusan .
 Di samping itu pelajar membuat inferen dan refleksi.

154
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.9 Cadangan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Sirah

6.9.1 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Tahun 1

i. Tajuk : Tanda-tanda Kenabian Nabi Muhammad s.a.w

(a) Mengadakan perbincangan dengan murid tentang peristiwa tentera bergajah


menyerang kota Mekah. Saya ingin mencadangkan supaya perbincangan dibuat
dengan bantuan cerita bergambar, anda perlu menyediakan gambar-gambar
yang boleh menunjukkan rentetan peristiwa tersebut seperti gambar tentera
bergajah, ka‟bah, sekawan burung dan peta kedudukan Mekah dan Yaman
(tempat asal Abrahah). Dengan menggunakan gambar-gambar tersebut, anda
menggunakan teknik bercerita, kerana teknik bercerita adalah satu teknik yang
sangat berkesan kepada murid-murid tahun satu.

(b) Mengadakan perbincangan tentang kejadian-kejadian luar biasa sebelum,


semasa dan selepas kelahiran Muhammad s.a.w. Anda boleh membahagikan
murid-murid kepada enam kumpulan, kemudian anda edarkan untuk satu
kumpulan satu peristiwa luar biasa itu dan meminta setiap kumpulan
memahaminya. Setelah itu, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan
iktibar dan pengajaran dari peristiwa yang berlaku.

(c) Sumbangsaran tentang keperibadian Nabi s.a.w yang mulia sejak kecil
hingga dewasa. Semasa anda menjalankan aktiviti sumbangsaran ini, anda
perlulah mengaitkan dengan kehidupan seharian murid, supaya mereka dapat
membuat satu perbandingan berkaitan dengan akhlak Nabi dan akhlak mereka.
Selepas mereka mengeluarkan berbagai pendapat dan membuat banding beza,
anda perlu membuat proses dan kesimpulan daripada perbincangan tersebut.

155
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

ii. Tajuk : Silsilah Keturunan Nabi Muhammad s.a.w

(a) Menggunakan Carta Salasilah Nabi Muhammad s.a.w.


Anda tampal satu carta salsilah Nabi s.a.w dari sebelah bapa dan sebelah ibu,
sambil memberi penerangan tentang salasilah Nabi s.a.w yang sampai kepada
Nabi Ismail a.s, kemudian anda nyatakan bagaimana dan di mana nasab
sebelah bapadan sebelah ibunya bertemu. Saya ingin menarik perhatian anda,
ibrah dari kisah ini yang paling penting iaitu anda hendaklah memberi penekanan
kepada bagaimana salsilah Nabi s.a.w itu suci dari kekufuran atau jahiliyyah.

(b) Membuat Gerak Kerja Secara Berkumpulan

Berbagai gerak kerja secara berkumpulan boleh dilakukan. Di sini saya ingin
mencadangkan beberapa contoh gerak kerja yang boleh membantu anda
semasa menjalankan aktiviti:

i. Anda edarkan kepada setiap kumpulan satu kertas mahjong dan minta mereka
melakarkan grafik yang mudah untuk menunjukkan salsilah Nabi Muhammad
s.a.w. Mereka boleh menggunakan kretiviti mereka dalam membuat grafik
tersebut.

ii. Membuat teka silangkata berkaitan dengan salsilah Nabi s.a.w, sebagai
contoh saya lakarkan di bawah ini:
Melintang:
1. Nasab sebelah bapa dan sebelah ibu Nabi Muhammad s.a.w bertemu.
3. Beliau adalah datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w sebelah ibu.
Menegak:
2. Nasab Nabi s.a.w dikatakan sampai kepada Nabi ____________ a.s.
4. Salah seorang anak Nabi Ismail a.s.

156
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

iii. Mengadakan pertandingan bercerita. Anda dikehendaki menyediakan


beberapa cerita pendek berkenaan dengan salsilah Nabi s.a.w, kemudian anda
mengadakan pertandingan bercerita diantara kumpulan. Kaedah ini dapat
mencungkil bakat muriddan melatih murid berani bercakap di hadapan orang
ramai.

iii. Tajuk : Penyusuan Nabi Muhammad s.a.w

(a) Membuat perbincangan dengan murid tentang kisah penyusuan Rasulullah


s.a.w dengan menyatakan siapa yang menyusu baginda dan tempoh penyusuan.
Sering kali diingatkan, agar anda mengaitkan dengan keadaan semasa, sebagai
contohnya, penggunaan susu lembu yang menggantikan susu ibu.

(b) Menceritakan kepada murid anda tentang pentingnya penyusuan susu ibu
kerana ia adalah fitrah yang Allah buat untuk manusia. Kaedah sumbang saran
adalah kaedah terbaik untuk melihat tahap kefahaman murid dalam topik di atas.

iv. Cadangan aktiviti penilaian bagi tajuk Tanda-tanda Kenabian Nabi


Muhammad s.a.w.

Aktiviti penilaian penting dijalankan untuk memastikan sesi pengajaran dan


pembelajaran telah mencapai hasil yang ditentukan dalam huraian sukatan.
Berdasarkan kepada topik di atas anda perlu pastikan murid telah dapat
menguasai perkara berikut:
1. Menyatakan kisah tentera bergajah
2. Menyebut satu persatu perkara luar biasa yang berlaku terhadap Nabi
s.a.w
3. Menghuraikan Salsilah keturunan Rasulullah hingga ke Nabi Ismail a.s
4. Menyatakan Kepentingan penyusuan Nabi s.a.w di kampung
5. Menyebut satu persatu rukun Islam

157
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

6.9.2 Cadangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Sirah Tahun 2

i. Tajuk : Nabi dididik dalam masyarakat desa.

1. Set Induksi: Guru menayangkan gambar suasana kampung


menggunakan media elektronik. Guru meminta pelajar bersoal jawab
berkaitan dengan tayangan. Perbincangan pelajar dikaitkan dengan
bagaimana Nabi dididik dalam masyarakat desa.
2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah:
(i) Bercerita
(ii) Sumbangsaran
(iii) Bersoal jawab
(iv) Kajian teks
3. Guru bercerita suasana masyarakat desa ketika Nabi dibesarkan.
4. Guru meminta sumbangsaran daripada pelajar dengan mengaitkan nilai-
nilai murni masyarakat desa.
5. Guru bersoal jawab dengan pelajar empat kesan pembentukkan diri Nabi
dibesarkan di desa.
6. Guru meminta pelajar membuat kajian kes tentang kemahiran dan
pengalaman yang diperolehi Baginda semasa kecil.
7. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.
(a) Bincangkan nilai-nilai murni masyarakat desa.
(b) Menulis kemahiran dan pengalaman yang diperolehi oleh Nabi semasa
di desa.
Aktiviti 7.1
ii. Tajuk : Kewafatan Bapa dan Ibu

1. Set Induksi:
(i) Guru memperdengarkan nasyid “selimut putih”/tolong kami bantu
kami.
(ii) Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan nasyid tersebut.

158
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(iii) Guru mengaitkan nasyid dengan isi pelajaran.


(a) Bincangkan bagaimana cara menghargai jasa ibu dan bapa.
(b) .Lakonan berkaitan keperihatinan terhadap anak yatim.ktiviti 7
2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah:
(i) Nasyid
(ii) Bercerita
(iii) Soal jawab
(iv) Lakonan
(v) Perbincangan
3. Guru menayangkan gambar berkaitan kematian manusia.
4. Guru bercerita mengenai peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi.
5. Bersoal jawab berkaitan peristiwa kematian bapa dan ibu Nabi.
6. Bernasyid tolong kami bantu kami
7. Lakonan berkaitan keperihatinan terhadap anak yatim.
8. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

iii. Tajuk : Kematian Datuk Nabi

1. Set Induksi
(i) Mempamerkan gambar solat jenazah.
(ii) Bersoal jawab berkaitan dengan gambar solat jenazah.
(iii) Mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah:
(i) Bercerita
(ii) Perbincangan
(iii) Soal jawab
(iv) Sumbangsaran
(v) Penerangan
3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang nama datuk Nabi.
4. Guru memberi penerangan mengenai pengalaman Nabi bersama
datuknya.

159
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5. Guru bercerita peristiwa kematian datuk Nabi.


6. Guru meminta murid membuat pantun tentang peristiwa kematian datuk
Nabi.
7. Guru meminta sumbangsaran daripada murid kesan kematian datuk Nabi
kepada Nabi.
8. Guru membuat rumusan hasil sumbangsaran kesan kematian datuk Nabi.
9. Guru membincangkan tentang pengajaran dari peristiwa yang
mendukacitakan Nabi.
10. Guru membuat rumusan hasil perbincangan.
11. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

iv. Tajuk : Pemeliharaan Nabi Oleh Bapa Saudara

1. Set Induksi
(i) Guru mempamerkan gambar bapa saudara dengan anak saudara
lelaki.
(ii) Guru bersoal jawab dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran.
a) Jelaskan keadaan Nabi ketika dipelihara oleh bapa saudara
Baginda.
b) Sebutkan pengalaman Nabi ketika bersama bapa saudaranyai 7.9
2. Antara kaedah yang boleh dilakukan ialah kaedah:
(i) Bercerita
(ii) Sumbangsaran
(iii) Penerangan
(iv) Kajian Teks
3. Guru bercerita dan memperdengarkan rakaman kepada pelajar tentang:
(i) Nama bapa saudara Nabi dan peribadinya.
(ii) Umur Nabi dan keadaan Baginda.
(iii) Pengalaman yang diperolehi Nabi semasa dipelihara oleh Abu
Talib.
4. Guru menerangkan iktibar atau pengajaran daripada akhlak Nabi.

160
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

5. Guru meminta pelajar membaca tiga teks berkaitan kesan pengalaman


Nabi bersama bapa saudaranya (buku teks).
6. Guru membincangkan kepentingan hidup berdikari.
7. Sumbangsaran berkaitan pengorbanan Abu Talib terhadap Nabi
8. Guru membuat rumusan terhadap semua isi pembelajaran.

6.10 Teknik Efektif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sirah

Huda „Ali dan Sa‟dun Mahmud (2005) menjelaskan bahawa teknik-teknik


pengajaran mata pelajaran Sirah Rasul adalah bergantung kepada tajuk-tajuk
yang diutarakan, jenisnya dan kepanjangan atau kependekannya. Oleh itu,
seseorang guru yang ingin menjalankan pengajaran Sirah Rasul setelah
memulakannya dengan sedikit pengenalan, maka ia boleh menggunakan
kesemua atau salah satu daripada tiga teknik berikut seperti dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Teknik pengajaran sirah

161
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

(a) Teknik Pertama: Mengajukan Soalan-soalan Berserta Ulasan

Teknik ini dapat dilaksanakan dengan seseorang guru itu mengajukan soalan-
soalan berkaitan tajuk-tajuk dalam mata pelajaran Sirah Rasul. Ianya berkesan
untuk menarik perhatian murid-murid dengan mata pelajaran yang disampaikan.
Dalam teknik ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:

i. Soalan-soalan yang akan diajukan kepada murid-murid perlulah mengikut


aliran tahap-tahap tertentu seperti berikut: bermula dengan soalan-soalan
bersifat mudah, sederhana dan berpindah kepada soalan-soalan yang
agak sukar bagi melihat tahap pemahaman muridmurid dan kepintaran
mereka.
ii. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid-murid sebaik-baiknya
diberikan ulasan yang ringkas bagi memperjelaskan sebarang jawapan
yang kurang tepat dan sempurna. Guru juga boleh menambah ulasannya
berpandukan kepada kisah-kisah dalam Sirah Rasul yang menyokong
huraian tersebut.
iii. Ulasan yang diberikan pula sebaik-baiknya dilakarkan dalam bentuk
gambar rajah atau senarai tajuk-tajuk utama yang meliputi namanama dan
peristiwa-peristiwa atau kisah-kisah tertentu.

(b) Teknik Kedua: Pembahagian Subjek Kepada Tajuk-tajuk Kecil

Teknik ini adalah teknik membahagikan Sirah Rasul kepada tajuk-tajuk yang
lebih kecil dan terperinci. Dalam teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu
diperhatikan iaitu:

i. Isi kandungan Sirah Rasul itu dibahagikan kepada unit-unit atau tajuk-
tajuk yang kecil di mana guru tersebut akan menghuraikan unit-unit

162
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

tersebut. Di samping itu, ia perlu juga mendengar reaksi atau respon


murid-murid dan soalan-soalan yang dikemukakan.
ii. Memastikan tajuk-tajuk bagi setiap unit itu ditulis dengan rapi di atas
papan hitam/putih dan menghuraikannya satu persatu berdasarkan
turutan unit-unit tajuk itu di samping mengambil perhatian kepada tarikh-
tarikh penting bagi setiap peristiwa Sirah Rasul yang dinyatakan itu.
iii. Membuat kesimpulan setelah selesai menghuraikan tentang unit-unit tajuk
dalam Sirah Rasul itu.

(c) Teknik Ketiga: Penghuraian dalam Bentuk Cerita

Teknik ini adalah teknik menghuraikan Sirah Rasul dalam bentuk penceritaan
yang berobjektifkan pendidikan dan mengambil pengajaran daripadanya. Dalam
teknik ini terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan iaitu:
i. Mengambil kira kronologi Sirah Rasul dari segi tarikh dan tahun peristiwa
itu berlaku dengan penghuraian berbentuk mudah dan jelas.
ii. Menyampaikan pelajaran tersebut dengan cara yang menarik perhatian
murid-murid agar respon yang baik diperolehi dan keberkesanannya
tercapai di dalam kelas.
iii. Sebaiknya watak-watak dan lokasi-lokasi Sirah dirujuk terlebih dahulu
sebelum mengajar, agar pengajaran lebih menarik.
iv. Menjelaskan peristiwa-peristiwa dalam Sirah Rasul dengan menyatakan
sebab-sebab ia terjadi dengan mengaitkan pelajaran-pelajaran Sirah
Rasul dengan isu-isu semasa.
v. Menggunakan teknik surprise atau kejutan yang mampu menarik
perhatian murid-murid untuk mengetahui cerita selanjutnya.
vi. Menggunakan media pengajaran untuk menjelaskan peristiwa-peristiwa
dalam Sirah Rasul dalam bentuk yang menarik dan memberangsangkan.
Sekurang-kurangnya papan hitam/putih adalah medium pengajaran yang
baik untuk memudahkan kefahaman murid-murid terhadap sesuatu mata
pelajaran khususnya Sirah Rasul.

163
PIM 3106
Pendidikan Sirah Sekolah Rendah (SR)

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit


ini dengan jayanya!
.

164
BIBLIOGRAFI

Abdul Hadi Awang , Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah.

Akram Diya’ al-Umariyy (1994). al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah. Juz. 1. Al-


Madinah al-Munawwarah: Maktabah al-Ulum wa al-Hikam.

Huda ‘Ali Jawwad al-Shamriyy dan Sa’dun Mahmud al-Samuk (2004). al-Turuq
al-Ilmiyyah li tadris al-hadith wa al-sirah wa al-fiqh min al-tarbiyyah al-
Islamiyyah. Amman: Dar Wa’il li al-Nashr.

Ibnu Hisham (t.th). Sirah ibn hisham. Jil. 1. Beirut: Dar al-Thaqafah al-Islamiyyah.

Manna’ al-Qattan. (2000). Mabahith fi Âulum al-Qur’an. Kaherah: Maktabah


Wahbah.

Mohammad Said Ramadan Al-Buti, Fiqh Al-Sirah.

Mohd Mukhtar Shafie dan Ghazali Basri (1982), Mengenal Islam. Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka Antara.

Muhammad Ahmad Khudar (2002) Muhammad a’zham al-basyar – al-sirah


alnabawiyyah fi thaub jadid. Kaherah: Syarikah al-Tubiji li al-Nasakh wa
al-Taswir.

Muhammad al-Ghazaliy (1996). Fiqh al-Sirah. Terj. Abu Laila dan Muhammad
Tohir. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.

Muhammad bin Bahadur al-Zarkasyi. (1994) Al-Bahr al-Muhit, ( jil. 2.) Mesir: Dar
al-Kutub.

Mustafa al-Sia‘ie (t.t.) Al-Sirah al-Nabawiyyah, Durus wa ‘Ibar, Kaherah : Dar


al-Tawzi’ wa al-Nasyr al-Islamiyyah,

Mustafa al-Siba’ie (2004). Perjalanan hidup nabi Muhammad s.a.w. Alor Setar:
Pustaka Darussalam.

Na’eem Siddiqui. (1983). Nabi Muhammad (S.A.W) Pembina Umat. Petaling


Jaya: PustakaSalam.

Nik Abd. Aziz Nik Mat (2004). Sirah nabawiyyah insan teladan sepanjang zaman.
Shah Alam: Nufair Street.

Sa’id Hawwa (1991). Al-Rasul Muhammad s.a.w. Terj. Kathur Suhardi. Solo:
Pustaka Mantiq.

165
Said Ramadhan al-Buthy (1996), Sejarah Nabi Muhammad bin Abdulah.Fiqh al-
Sirah al-Nabawiyyah, Beirut : Al-Fikr al-Ma’asir dan Dar al-Fikr.

Subhi al-Saleh. (2000). Mabahith fi al-Ulum al-Qur’an. (c. 24). Beirut: Dar al al-
Ilm Li al-Malayin.

Suhaili, Ahmad Abi alHassan. (1997). Al-Raudhatul Unuf Fi Tafsir Al-Sirah Al-
Nabawiyyah. Beirut:Daral Kutubal Ilmiyyah.

Syeikh Muhammad al-Khudhari Bik (1998), Nur al-Yakin Kitab Sirah Rasulullah
s.a.w., Terj. Ust. Hj. Mohd. Asri Hj. Hashim. Kuala Lumpur : Prospecta
Printers Sdn.Bhd.

Tafsir Pimpinan Rahman kepada Pengertian Al-Quran.

Tahia Al-Ismail , Kehidupan Nabi Muhammad, Terj. Siti Sujinah Sarnap.

Zulkifli Mohd Yusoff.(2003).Biografi Nabi Muhammad bin Abdullah.Bentong:PTS


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

166
PANEL PENULIS MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

PENYELARAS PERINGKAT IPGKPM Kelulusan:


B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan
EN. OTHMAN BIN LOMAN al-Sunnah), UKM.
Sijil Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI.
Unit Kurikulum Sijil Perguruan Asas MPI (PA & BM)
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia Pengalaman:
Penolong Pengarah PPA IPG KPM
Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra
othmalok@yahoo.com Perkhidmatan Sekolah Rendah)
Pensyarah Institut Perguruan 4 tahun.
Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun.
Guru Sekolah Menengah 16 Tahun.
Guru Sekolah Rendah 2 Tahun

PANEL PENULIS Kelulusan:


PhD. Bahasa Arab, (UM) 2009
DR.MOHD SHARANI BIN MOHD NAIM MA. Bahasa Arab, (al-Yarmouk, Jordan) 2000
Diploma Pendidikan, (IPG KKB) 1990
IPG Kampus Kota Bharu BA. Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Pengkalan Chepa (UKM) 1987.
16109 Kota Bharu
Kelantan Pengalaman:
Pengalaman Kerja 20 Tahun.
abuerfan07@yahoo.com

PANEL PENULIS Kelulusan:


Sarjana Syariah (UM)
PN ISMALIZA BT. ISMAIL B.A (Hons.) Syariah (UM)
Diploma Pendidikan (MPI)
IPG Kampus Kota Bharu
Pengkalan Chepa Pengalaman:
16109 Kota Bharu 12 tahun – Sekolah Menengah
Kelantan 3 tahun - IPG

umi_asmaa@yahoo.com.my

167
PANEL PEMURNI MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

PENYELARAS PERINGKAT IPGKPM Kelulusan:


B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan
EN. OTHMAN BIN LOMAN al-Sunnah), UKM.
Sijil Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI.
Unit Kurikulum Sijil Perguruan Asas MPI (PA & BM)
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia Pengalaman:
Penolong Pengarah PPA IPG KPM
Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra
othmalok@yahoo.com Perkhidmatan Sekolah Rendah)
Pensyarah Institut Perguruan 4 tahun.
Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun.
Guru Sekolah Menengah 16 Tahun.
Guru Sekolah Rendah 2 Tahun

PANEL PENULIS Kelulusan:


PhD. Bahasa Arab, (UM) 2009
DR.MOHD SHARANI BIN MOHD NAIM MA. Bahasa Arab, (al-Yarmouk, Jordan) 2000
Diploma Pendidikan, (IPG KKB) 1990
IPG Kampus Kota Bharu BA. Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Pengkalan Chepa (UKM) 1987.
16109 Kota Bharu
Kelantan Pengalaman:
Pengalaman Kerja 20 Tahun.
abuerfan07@yahoo.com

PANEL PENULIS Kelulusan:


Sarjana Syariah (UM)
PN ISMALIZA BT. ISMAIL B.A (Hons.) Syariah (UM)
Diploma Pendidikan (MPI)
IPG Kampus Kota Bharu
Pengkalan Chepa Pengalaman:
16109 Kota Bharu 12 tahun – Sekolah Menengah
Kelantan 3 tahun - IPG

umi_asmaa@yahoo.com.my

168
IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

169

You might also like