You are on page 1of 13

PENGENALAN

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di

kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan

satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah

bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar

Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan

dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak

semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan

Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian,

sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk

mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki

pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang

bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang

terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini

telah diterbitkan dalam tahun 1979. 

Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira

kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan

perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat

setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan

menekan semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok

dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah

merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi

menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang

3
merdeka dan mempunyai matlamat-matlamatsendiri. 

"Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan

Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan

dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan

kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am

tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan

kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah

mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum

dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh

Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.

4
OBJEKTIF DAN FALSAFAH

Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa

Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa

Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini

dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu,

berdisplin dan terlatih.

Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan

dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan

insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai

kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan

kebangsaan.

5
STRATEGI

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah

ditetapkan seperti menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang 

utama,mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua

jenis sekolah,mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua, melicinkan

tatacara pengurusan pendidikan, meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya

dengan menyediakan  pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan

bersepadu,mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.Selain itu

dapat mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan

peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada  kumpulan yang kurang

bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman dan menyediakan pendidikan

rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu

membaca, menulis dan mengira pada  tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum

bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.

Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang

seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai

moral serta nilai etika yang kukuh dengan memperluaskan pendidikan Vokasional dan

Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978,

mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti

terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan,mempertingkatkan

pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.   Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan

Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan

6
memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti

Bahasa Cina dan Bahasa Tamil, dan menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang

memupuk disiplin,  seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap,

puteri Islam dan lain-lain.

Dalam usaha mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan, pelbagai langkah-

langkah dan strategi telah disusun, antaranya,penggunaan Bahasa Kebangsaan

sebagai bahasa pengantar utama, mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan

yang sama, melicinkan tatacara pengurusan pendidikan, meningkatkan mutu

pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh,

seimbang dan bersepadu, mendemokrasikan pendidikan, pelaksanaan kbsr dan kbsm,

mempertingkatkan pendidikan islam, kerohanian, moral dan disiplin, memperluaskan

pendidikan vokasional dan teknik,mempelbagai kemudahan pendidikan di peringkat

university, pengajaran bahasa ibunda, dan menggalakkan aktiviti ko-kurikulum.

Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama selaras dengan

matlamat utama Dasar Pendidikan Kebangsaan, iaitu menyatupadukan masyarakat

pelbagai kaum, bahasa Malaysia telah diiktiraf sebagai bahasa bahasa rasmi dalam

segala urusan dan menjadi bahasa kebangsaan. Hal Ini telah pun termaktub dalam

Seksyen 17, Akta Pendidikan 1996, yang antara lain menyatakan:

“Bahasa kebangsaan (bahasa Malaysia) hendaklah menjadi bahasa pengantar utama

di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah

jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi

7
pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini.” (Akta

Pendidikan, 1996)

Ini bermakna, walaupun sekolah terdiri dari berbagai aliran, Bahasa Malaysia dijadikan

sebagai satu mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah.Mengadakan kurikulum dan

sistem peperiksaan yang samaIni dilakukan dengan menyelaraskan sukatan dan

rancangan yang hendak diajar oleh guru terhadap pelajar sekolah. Sukatan ini

diselaraskan tanpa mengira jenis dan kategori sekolah. Tujuan dilakukan penyelarasan

ini ialah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai tahap kemampuan dan

kebolehan yang sama. Kurikulum Kebangsaan yang diselaraskan ini wajib diguna oleh

semua pihak. Perkara ini telahpun disentuh dalam Seksyen 18 (1), Akta Pendidikan

(1996):

Selain itu, bahasa Malaysia juga dijadikan ukuran untuk menilai pencapaian yang

diperolehi oleh pelajar dalam peperiksaan awam. Di peringkat pengajian tinggi,

kedudukan Bahasa Malaysia juga sama dengan apa yang berlaku di sekolah. Setiap

pelajar institusi pengajian tinggi wajib mengambil peperiksaan Bahasa Malaysia

sebagai satu syarat untuk mendapat pengijazahan.

Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai

organisasi yang bertanggungjawab telah melaksanakan beberapa strategi yang dapat

memantapkan Sistem Pendidikan Kebangsaan, antaranya ialah melicinkan tatacara

pengurusan pendidikan dengan cara meningkatkan kecekapan dan keberkesanan

pengurusan pendidikan. Langkah ini diambil bagi memastikan organisasi berkenaan

dapat meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan

8
yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Aspek pengurusan ini memang banyak

disentuh dalam Akta Pendidikan 1996, misalnya dalam Bab 11, Seksyen 53 berkenaan

Suratcara pengelolaan bagi institusi pendidikan.

Mendemokrasikan pendidikan usaha mendemokrasikan pendidikan telah dilakukan

sekitar tahun 1980-an. Matlamatnya adalah bagi memastikan mutu pendidikan

dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini dilakukan dengan

dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini

adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat

dengan mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya

dengan miskin, program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks

(SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan

asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program

kesihatan dipertingkatkan.

Pelaksanaan KBSR dan KBSM, Jawatankuasa kabinet yang mengkaji Pelaksanaan

Dasar Pelajaran Kebangsaan dalam laporannya (1979) telah mendapati antara lain

bahawa kurikulum itu digubal secara terpisah mengikut mata pelajaran dan terdapat

sedikit sangat integrasi dalam mata pelajaran yang terkandung di dalamnya (Perenggan

194). Oleh itu, berdasarkan rasional tersebut, jawatankuasa kabinet memperakukan

bahawa:

“Kementerian hendaklah mengambil langkah tertentu supaya pendidikan rendah

bercorak pendidikan asas yang memberi penegasan kepada pendidikan dalam bidang

3M iaitu membaca, menulis dan mengira”

9
Oleh yang demikian, usaha merekaraya kurikulum dibuat dan ini menyaksikan lahirnya

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan diikuti dengan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. KBSR dibentuk

berpandukan rasional bahawa aktiviti pelajar dan pendidikan peringkat rendah adalah

bercorak pendidikan asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang menjurus

kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Justeru, matlamat

pendidikan adalah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh.

Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak,

nilai-nilai estetika dan sosial (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1980).

Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik pula adalah untuk memantapkan

kemahiran di kalangan para pelajar, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga turut

mengambil langkah memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui

penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978. Tumpuan

terhadap pemantapan pendidikan teknik dan vokasional ini dapat dilihat melalui

penetapan Seksyen 35, Kurungan 1 dan 2 berkenaan Pendidikan teknik di sekolah

menengah kebangsaan dan institusi pendidikan lain. Beberapa strategi yang diambil

termasuklah; menyediakan latihan kemahiran; latihan khusus yang berhubungan

dengan pekerjaan tertentu; dan latihan bagi meningkatkan kemahiran yang sedia ada.

Memantapkan institusi pengajian tinggi,bagi memastikan pelajar-pelajar di institusi

pengajian tinggi dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran, kerajaan

telah mengambil beberapa langkah ke arah pencapaian matlamat tersebut, antaranya;

10
 Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 – membolehkan penubuhan sebuah

majlis untuk menentukan dasar dan menyelaras pembangunan pendidikan tinggi;

 Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara 1996 – menyediakan

peruntukan pinjaman pelajar dan skim tabungan bagi meningkatkan akses

kepada pendidikan tinggi;

 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996 – memperluas autonomi

dalam pengurusan dan kewangan kepada universiti awam bagi menentukan

program ke arah kecemerlangan dalam pendidikan;

 Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 – memastikan tahap akademik yang

tinggi, jaminan kualiti tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam

penyediaan pendidikan tinggi swasta;

 Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 – membolehkan ITM dinaiktaraf

menjadi universiti; dan

 Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 –

membenarkan pinjaman kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan

swasta.

Mempertingkatkan pendidikan Islam, kerohanian, moral dan disiplin

Mata pelajaran Pendidikan Islam diperluaskan di semua sekolah tanpa mengira jenis

dan kategori. Disamping itu ianya juga menjadi mata pelajaran teras yang wajib diambil

oleh semua pelajar yang beragama Islam. Ini termaktub dalam Akta Pendidikan (1996),

Seksyen 50. Manakala pelajar bukan Islam pula diberi pendidikan dari segi moral

melalui Pendidikan Moral. Tujuan mata pelajaran ini diperluaskan dan menjadi mata
11
pelajaran teras ialah untuk melahirkan insan yang percaya dan patuh kepada Tuhan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab, berbakti dan memiliki sahsiah yang seimbang dan

sepadu.

Pengajaran Bahasa Ibunda adalah matlamat Sistem Pendidikan Kebangsaan antara

lain ialah mewujudkan sistem pendidikan berteraskan masyarakat sendiri. Oleh itu

kerajaan telah mengambil langkah untuk memastikan setiap masyarakat di negara ini

akan dapat mengekalkan identiti kaum masing-masing bersesuaian dengan masyarakat

majmuk Malaysia. Beberapa langkah yang dikenal pasti termasukla membenarkan

pengajaran bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Iban, bahasa Kadazan-Dusun dan

bahasa Arab di sekolah-sekolah. Langkah ini diambil supaya setiap masyarakat di

negara ini akan rasa dihargai dan tidak wujud perasaan disisihkan dalam negara

sendiri. Perkara ini telahpun termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 .

Penekanan terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

Pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,

liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT). Negara juga menghadapi cabaran untuk membangunkan ekonomi

berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi. Oleh itu, KPM menyediakan program

pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu

pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia. KPM juga meneliti semula

program dan projek yang dirancang bagi penyegaran, pembaharuan, pengukuhan,

penyusunan semula dan penggubalan baru. Semua ini adalah hasil perancangan yang

terkandung dalam dokumen Pembangunan Pendidikan (2001-2010) KPM.

12
Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum adalah bagi memupuk disiplin di kalangan pelajar

Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah menambah baik pelaksanaan aktiviti

ko-kurikulum di sekolah. Ini dilakukan dengan meningkatkan aktiviti pasukan pakaian

seragam seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam

dan lain-lain. Selain itu, aktiviti ko-kurikulum juga diperbaiki dengan penambahan

peruntukan per kapita pelajar daripada RM2.50 kepada RM10.00 untuk sekolah rendah

dan RM12.00 untuk sekolah menengah mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005);

dan aktiviti ko-kurikulum dijadikan syarat kelayakan kemasukan ke institusi pengajian

tinggi awam mulai 2006 (Keputusan Jemaah Menteri, 2005).

13
PENUTUP

Sebagai kesimpulan, semenjak merdeka Malaysia telah meletakkan matlamat

dan landasan yang jelas untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah

negara yang bermasyarakat majmuk yang bersatu padu, mengamalkan demokrasi

berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang makmur dan maju. Ini semua

dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu,

dalam proses mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia seperti negara-negara lain

di dunia telah menyusun strategi dan perancangan yang perlu bagi merealisasikan

semua cita-cita tersebut. Strategi dan perancangan ini disusun dengan rapi oleh

kerajaan yang memerintah dan ini dilakukan dengan membentuk dasar-dasar yang

perlu supaya dilaksanakan demi memajukan dan memakmurkan negara secara

keseluruhan.

14
Rujukan:

1. 1. Abdullah Sani Yahaya (2003). Perkembangan Pendidikan di Malaysia.

Bentong, Pahang: PTS Pub & Distributor Sdn. Bhd.

2. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan. (2001). Pembangunan

Pendidikan 2001–2010. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Colebatch H.K (2002). Policy Second dition, Buckingham, Open University

Press.

4. Fadzilah bt Abdullah (1996). Dasar pendidikan kebangsaan. As Noordeen. Kuala

Lumpur.

5. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1984). Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.

6. Sufean Hussin (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan

Analisis, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

7. Tajul Ariffin Bin Nordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia.

Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.

15

You might also like