You are on page 1of 25

DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH

DAN MOMEN LENTUR


C 2007/ UNIT 2 / 1

DAYA DAN KESEIMBANGAN

OBJEKTIF AM :

Memahami perhubungan antara daya dan tindakbalas yang


bertindak pada pelbagai jenis rasuk dan tupang.

OBJEKTIF KHUSUS:

Di akhir unit ini pelajar diharap dapat :

 Menerangkan perhubungan antara beban dan tindakbalas.


 Menerangkan prinsip keseimbangan daya.
 Mentakrifkan rasuk dan mengenalpasti jenis-jenis rasuk.
 Menyatakan jenis-jenis tupang pada rasuk.
 Menerangkan jenis-jenis tindakbalas dan arahnya .
 Membezakan rasuk statik bolehtentu dan rasuk statik tak
bolehtentu.
 Mengenalpasti jenis-jenis beban.
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 2

INPUT 2A

2.0 PENGENALAN

Di dalam Unit 1, anda telah didedahkan dengan daya, tindakbalas dan penyokong.
Unit 2 merupakan kesinambungan dari Unit 1; anda akan didedahkan dengan
lebih lanjut mengenai daya dan tindakbalas. Hubungkait daya, tindakbalas,
penyokong dengan struktur rasuk dan keseimbangan akan diulas dengan lebih
lanjut. Cuba lihat rajah 2.1(a & b), dan fikirkan perkaitannya dengan
keseimbangan.

Rajah 2.1 (a): Dacing Rajah 2.1 (b) :Papan Jongket

Bagaimana ia mencapai
keseimbangan???

Bagaimanakah sistem tupangnya???

Apa akan terjadi jika beban


berlebihan???
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 3

2.1 HUBUNGAN BEBAN DAN TINDAKBALAS


Setiap objek mempunyai jisim dan nilainya berbeza-beza mengikut sifat sesuatu
bahan. Suatu objek mempunyai jisim yang tetap dan tidak berubah. Unit jisim
ialah kilogram, kg.

Daya ialah hasil darab jisim dan tarikan graviti. Suatu objek yang berjisim
dikatakan mempunyai beban sekiranya ia dipengaruhi oleh tarikan graviti. Suatu
objek dikatakan mempunyai berat yang sifar sekiranya ia tidak dipengaruhi oleh
tarikan graviti seperti angkasawan di bulan yang sentiasa terapung-apung (ruang
udara vakum). Lihat rajah 2.2.

F=mxg

Di mana,

F = daya yang dihasilkan.


m = jisim objek
g = pecutan graviti

m x = mg

Jasad tanpa graviti


(terapung) g Jasad dalam
medan graviti
menghasilkan daya,F
F

Jisim x Pecutan graviti = Daya

Rajah 2.2: Objek dan Pengaruh Graviti


DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 4

Sambungan...

Rajah 2.3 menunjukkan suatu objek yang diletakkan di atas permukaan yang
datar. Daya, F yang dihasilkan oleh objek tersebut bertindak ke atas permukaan
tersebut. Ini bermakna, objek tersebut bertindak sebagai beban kepada
permukaan itu.

Apabila beban ini dikenakan pada suatu permukaan, daya dalaman bahan tersebut
akan menentang daya, F dengan kuantiti yang sama. Daya dalaman ini dinamakan
daya tindakbalas, R.

Daya tindak
balas, R Daya dari objek, F ( F = mg)

Rajah 2.3: Daya dan Tindakbalas

2.1.1 Tindakbalas dan Prinsip Keseimbangan Daya

Hukum asas statik menyatakan bahawa jika suatu binaan struktur berada
dalam keadaan keseimbangan, maka sebarang anggota dalam struktur
tersebut juga berada dalam keseimbangan.

Syarat-syarat keseimbangan statik.


a. Jumlah vektor daya-daya = 0
 fx = 0
 fy = 0

b. Jumalah momen daya-daya diluar dan di


dalam binaan = 0
 MA = 0
.
Prinsip Keseimbangan Statik

 Jumlah daya kekiri sama dengan jumlah daya ke kanan.


 Jumlah daya ke atas sama dengan jumlah daya ke bawah.
 Jumlah daya ikut jam sama dengan jumlah daya lawan
jam
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 5

2.2 TAKRIFAN RASUK


Ia boleh didefinisikan sebagai suatu ahli yang panjang dan langsing yang
menanggung beban terhadap paksi memanjangnya. Rasuk, lazimnya terletak
dalam keadaan mendatar. (lihat rajah 2.4)
Rasuk
Paksi memanjang

penyokong
Rajah 2.4 : Rasuk

2.2.1 Jenis-jenis Rasuk

Rasuk diletakkan di atas penatang/penyokong dan ia dikategorikan


berdasarkan kedudukannya pada penyokong tersebut.

Rasuk boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu:


a. Rasuk tupang mudah
b. Rasuk juntai
c. Rasuk julur
d. Rasuk selanjar

2.2.1.1 Rasuk tupang mudah

 Ia juga dikenali sebagai rasuk terletak mudah


 Rasuk ini ditupang dikedua-dua hujungnya iaitu samada
penyokong rola atau pin.(lihat rajah 2.5)

Rajah 2.5: Rasuk Tupang Mudah


DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 6

2.2.1.2 Rasuk juntai


 Ia juga dikenali sebagai rasuk hujung tergantung.
 Salah satu atau kedua-dua hujungnya tergantung.
 Penyokong yang digunakanialah pin atau rola.
 Terdapat tiga jenis rasuk juntai (lihat rajah 2.6)

Rajah 2.6: Rasuk Juntai

2.2.1.3 Rasuk julur


 Rasuk ini menggunakan penyokong jenis hujung terjempit
pada satu hujungnya manakala hujung yang satu lagi dibiarkan
bebas tanpa apa-apa penyokong. (lihat rajah 2.7)

Rajah 2.7 : Rasuk Julur

2.2.1.4 Rasuk selanjar


 Rasuk selanjar mempunyai lebih daripada dua penyokong
 Tindakbalas penyokongnya melebihi persamaan asas statik dan
rasuk seperti ini dikatakan berada di dalam keadaan statik tidak
bolehtentu. (lihat rajah 2.8)

Rajah 2.8 : Rasuk Selanjar

Rasuk dan tupang bertindak secara gandingan; setelah anda mengenalpasti


jenis-jenis rasuk, mari lihat dengan lanjut mengenai tupang.
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 7

2.3 JENIS-JENIS TUPANG/PENYOKONG

Penyokong adalah objek yang digunakan untuk menyokong atau menyangga


suatu anggota struktur. Terdapat tiga jenis penyokong iaitu rola, pin dan hujung
terjempit

2.3.1 Rola
Bagi mendapatkan gambaran mengenai penyokong jenis rola; cuba
bayangkan dua batang rod keluli diletakkan secara mengufuk. (lihat rajah
2.9 (a)). Sebatang rasuk direntangkan di atas kedua-dua rod tersebut.
Apabila rasuk dibebankan dengan ketulan bata, ia masih kekal dalam
kedudukan asalnya. Ini menunjukkan rasuk berada dalam keadaan
seimbang. Keseimbangan tercapai kerana penyokong/tupang memberi
daya tindakbalas terhadap beban yang dikenakan. (lihat rajah 2.9(b)).

Bata Rasuk Bata

Rod

Beban

Tindakbalas Tindakbalas
Rajah 2.9 (a): Rasuk di beban Rajah 2.9 (b): Keseimbangan dan tindakbalas

Anda telah melihat kesan


tindakbalas keseimbangan bila
rasuk dengan penyokong rola
dikenakan daya dalam arah pugak.
Bagaimana pula jika ia dikenakan
daya dalam arah ufuk???
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 8

sambungan......

Sekiranya rasuk dikenakan daya dalam arah mendatar, contohnya anda


menolak rasuk dengan jari dari arah kiri (lihat rajah 2.10 a). Boleh
bayangkan apa yang akan terjadi? Rasuk akan bergerak dan seterusnya
tergelincir dari rod keluli (rajah 2.10 b). Ini menunjukkan tiada
keseimbangan tindakbalas daya. Kesimpulannya, penyokong rola hanya
mampu memberi tindakbalas dalam arah pugak sahaja.

Rajah 2.10 (a): Rasuk dikenakan daya ufuk Rajah 2.10 (b) : Rasuk tergelincir dari penyokong

Bagaimana sekiranya satah penyokong tidak berada dalam keadaan ufuk?


Dalam kes ini, tindakbalas pada penyokong rola, bersudut tepat dengan
satah penyokong.(rajah 2.11 a & b )

tindakbalas

Satah
penyokong

Rajah 2.11(a) : Satah Penyokong Pugak Rajah 2.11(b): Satah Penyokong Condong

Penyokong rola dinyatakan dalam dua bentuk simbol seperti yang


ditunjukkan dalam rajah 2.12.

Rajah 2.12 : Penyokong Rola


DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 9

2.3.2 Pin
Penyokong jenis ini juga dikenali sebagai penyokong sendi/engsel. Bagi
mendapatkan gambaran bagi penyokong jenis pin; cuba bayangkan sebuah
pintu dengan engsel. Pintu berengsel boleh ditutup dan dibuka. (rajah 2.13)
Ini menunjukkan ia tidak boleh menerima beban momen kerana tiada
halangan atau tindakbalas dari penyokong engsel tersebut.

Arah pergerakan daun pintu


Tutup Buka

Daun pintu

Engsel

Rajah 2.13 : Pandangan Pelan Pintu Berengsel

Bagi keadaan rasuk, anggap sebatang rasuk AB ditupang dengan


penyokong jenis pin di hujung A, dan penyokong jenis rola di hujung B.
(lihat rajah 2.14) Apabila daya pugak dikenakan, sistem ini juga masih
dalam keadaan stabil kerana terdapat tindakbalas dalam arah pugak pada
penyokong. Sekiranya rasuk dikenakan pula daya ufuk, kedudukan rasuk
masih kekal stabil. Ini menunjukan terdapat tindakbalas daya dalam arah
ufuk. Kesimpulannya, penyokong jenis pin dapat memberikan dua arah
tindakbalas iaitu arah pugak dan ufuk.

Daya Pugak

Daya tindakbalas
ufuk Daya Ufuk

A
B
Daya tindakbalas DayaTindakbalas

Rajah 2.14: Tindakbalas Rasuk dengan Penyokong Pin


DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 10

Sambungan....

Penyokong pin dinyatakan dalam dua bentuk.(rajah 2.15)

Rajah 2.15 :Penyokong Pin

2.3.3 Hujung Terjempit/ Ikatan Bina Dalam

Penyokong jenis ini boleh diumpamakan seperti sebatang rasuk yang


terkeluar dari binaan dinding seperti dalam gambarajah Rajah 2.16(a).
Apabila rasuk ini dikenakan daya pugak di A dan daya ufuk di B, rasuk
akan kekal terikat pada penyokongnya. Ini menunjukkan penyokong
hujung terikat memberi tindakbalas dalam kedua-dua arah ufuk dan pugak.

Begitu juga jika dikenakan tindakan momen di hujung B, penyokong


memberi tidakbalas kepada tindakan momen pada rasuk. Ini juga
menunjukkan penyokong tersebut memberi tindakbalas kepada momen.
Kesimpulannya, penyokong hujung terjempit memberikan tiga arah
tindakbalas iaitu arah pugak, ufuk dan momen seperti dalam rajah 2.16 (b)

Rajah 2.16(a): Rasuk Hujung Terjempit

Daya pugak

Momen
A
B Daya ufuk

Tiga daya
tindakbalas
pada
penyokong
Rajah 2.16 (b): Rasuk Hujung Terjempit dan Tindakbalas
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 11

2.4 JENIS-JENIS TINDAKBALAS DAN ARAH

Amnya jenis tindakbalas dan arahnya telah dipelajari dalam Unit 1, berikut adalah
penerangan lanjut berhubung penyokong dan tindakbalas. Rumusan yang dapat
dibuat dari penerangan sebelum ini, bilangan tindakbalas adalah merujuk kepada
jenis penyokong yang digunakan. Jadual 2.17 menunjukkan arah daya
tindakbalas dan momen mengikut jenis penyokong.

Manakala arah tindakbalas adalah andaian awal yang dijangkakan kemungkinan


akan bertindak. Tindakbalas daya ufuk boleh diandaikan dalam arah ke kiri atau
kekanan dan tindakbalas daya pugak diandaikan dalam arah ke atas atau ke
bawah. Kesahihan andaian ini dapat ditentukan melalui analisis pengiraan.
Pengiraan untuk menentukan nilai tindakbalas ini akan pelajar pelajari dalam
Unit 3.

Jenis
Penyokong Rola Pin Hujung terjempit

M
fx
Gambarajah fx
dan arah fy fy
tindakbalas fy
Bilangan Satu Dua Tiga
Anu

Jadual 2.17 : Jenis-jenis penyokong dan arah tindakbalas

Nota:
Nilai anu iaitu nilai daya tindakbalas yang tidak diketahui. Contohnya dua nilai
anu membawa maksud dua nilai daya tindakbalas yang tidak diketahui.
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 12

AKTIVITI 2A

 SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA,


SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA.

2.1 Apakah yang dimaksudkan dengan tindakbalas?

2.2 Terangkan maksud Prinsip Keseimbangan Daya

2.3 Takrifkan maksud rasuk.

2.4 Lakarkan jenis-jenis rasuk di bawah:

a. Rasuk ditupang mudah


b. Rasuk juntai
c. Rasuk julur
d. Rasuk selanjar

2.5 Lengkapkan jadual 2.18 di bawah.

Jadual 2.18

Jenis
Penyokong Rola

Gambarajah
Rasuk ?
dan ?
tindakbalas

Bilangan
Anu
Dua

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2A
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 13

2.1 Tindakbalas adalah daya dalaman yang dimiliki oleh sesuatu jasad apabila
dikenakan beban. Jumlah daya tindakbalas ini sama dengan jumlah beban yang
dikenakan dan ia bertindak berlawanan arah dengan arah tindakan beban.

2.2 Prinsip keseimbangan daya bermaksud suatu jasad itu berada di dalam
keseimbangan apabila :

a. Jumlah daya kekiri sama dengan jumlah daya kekanan


b. Jumlah daya ke atas sama dengan jumlah daya ke bawah.
c. Jumlah momen ikut jam sama denganjumlah momen lawan jam.

2.3 Rasuk boleh didefinisikan sebagai suatu ahli yang panjang dan langsing yang
menanggung beban terhadap paksi memanjangnya.

2.4
a. Rasuk ditupang
mudah

b. Rasuk juntai

Rajah 2.19 (a)

2.4
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 14

c. Rasuk julur

d. Rasuk selanjar

Rajah 2.19(b)

2. 5

Jadual 2.20

Jenis
Penyokong Rola Pin Hujung terjempit

M
Gambarajah fx fx
dan arah fy
tindakbalas fy fy

Bilangan Satu Dua Tiga


Anu

INPUT 2B
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 15

2.5 RASUK STATIK BOLEHTENTU DAN RASUK STATIK TAK BOLEH


TENTU

Dua kategori rasuk ini dibezakan dalam bentuk analisis. Ringkasnya rasuk statik
boleh tentu mempunyai daya tindakbalas tidak melebihi dari tiga. Sebaliknya
rasuk statik tak boleh tentu mempunyai daya tindakbalas lebih dari tiga.

2.5.1 Rasuk Statik Boleh Tentu

Suatu struktur rasuk dikatakan berada di dalam keadaan statik boleh tentu
jika semua daya-daya yang tidak diketahui dapat ditentukan dengan
menggunakan persamaan asas statik. (Jadual 2.21)

i.Jumlah daya yang bertindak arah ufuk = 0


 fx =0
ii. Jumlah daya yang bertindak arah pugak = 0
 fy = 0
iii. Jumlah momen = 0
M=0

Jadual 2.21 : Persamaan Asas Statik

Penentuan daya tindakbalas dapat dilakukan dengan menggunakan tiga


persamaan asas statik tersebut. Rajah 2.22a menunjukkan bentuk struktur
rasuk dengan tindakbalas yang boleh diselesaikan dengan persamaan asas
statik.

2.5.2 Rasuk Statik Tak Bolehtentu

Jika jumlah daya-daya tindakbalas dan momen yang tidak diketahui lebih
banyak daripada bilangan anu dalam persamaan asas statik (3 anu). Maka
rasuk ini dikenali rasuk statik tak boleh tentu. Nilai daya-daya ini tidak
dapat ditentukan dengan hanya menggunakan persamaan asas statik. .
(rajah 2.22 b)
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 16

fx M
fx
fx

fy fy
fy fy

Tiga nilai anu Lima nilai anu

Rajah 2.22(a) :RasukStatik bolehtentu Rajah 2.22(b) :Rasuk Statik Tak Bolehtentu

2.6 KATEGORI UTAMA BEBAN

Secara amnya, terdapat beberapa jenis beban yang lazim dibawa oleh rasuk.
Beban ini boleh disenaraikan kepada tiga kategori yang utama.

a. Beban mati
Beban yang sediada pada struktur itu sendiri. Nilai dan kedudukannya tidak
berubah-ubah. (e/g:rasuk, tiang, kerangka)

b. Beban hidup
Beban yang boleh diubah kedudukannya. Nilainya berbeza mengikut keperluan
dan keadaan.(e/g: manusia, perabut)

c. Beban angin
Beban yang dihasilkan akibat tiupan angin (e/g: angin lintang,taufan dan ribut).
Nilainya berbeza mengikut kedudukan dan ketinggian sesuatu struktur.

2.7 JENIS-JENIS BEBAN


DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 17
Beban dikelaskan mengikut cara ia diagihkan pada struktur. Terdapat tiga
kaedah utama pengagihan beban pada sesuatu struktur. Namun demikian
lazimnya beban yang dibawa oleh struktur adalah gabungan daripada beberapa
jenis beban.

Tiga jenis beban ialah:

a. Beban tumpu/titik
b. Beban teragih seragam
c. Beban momen

2.7.1 Beban Tumpu.


Beban tumpu juga dikenali sebagai beban titik. Beban ini bertindak ke atas
luas yang terlalu kecil dan boleh dianggap bertindak ke atas satu titik..
Simbolnya anak panah dan unitnya N atau kN.(rajah 2.23)

10kN

Rajah 2.23: Beban Tumpu

2.7.2 Beban Teragih Seragam


Beban ini boleh dianggap bertindak keseluruhan atau sebahagian rasuk
dengan cara teragih seragam.(rajah 2.24) Unitnya N/m atau kN/m.
Untuk memudahkan pengiraan tindakbalas, kita gunakan nilai jumlah
beban yang di bawa dan menganggapnya bertindak ditengah-tengah jarak
beban teragih seragam.

Contohnya (rujuk rajah 2.24), jika nilai beban teragih seragam 15 kN/m
dan ia bertindak disepanjang rentang rasuk 4 m, jumlah beban yang
ditanggung oleh rasuk ialah 15 x 4 = 60 kN dan bertindak 2 m dari
penyokong.

Samb...
15kN/m

4m
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 18

15kN/m

4m
Rajah 2.24 : Bentuk Beban Teragih Seragam

2.7.3 Beban Momen


Momen dihasilkan oleh sepasang daya. Daya ini bertindak pada suatu titik
tertentu dan ia mengakibatkan pintalan berlaku pada titik tersebut. Ia
bertindak mengikut arah pusingan jam atau melawan arah pusingan jam.
Sekiranya ia bertindak mengikut arah pusingan jam, anggapkan nilainya
positif dan arah momen melawan jam, anggapkan nilainya negatif.
Unitnya ialah Nm atau kNm. Momen dinyatakan dalam dua bentuk
sebagaimana ditunjukkan dalam rajah 2.25 (a & b).

10 kNm 10 kNm

15 kNm 15 kNm

Rajah 2.25 (a) : Momen Ikut Arah Jam Rajah 2.25 (b) : Momen Lawan Arah Jam

AKTIVITI 2B
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 19

 SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA,


SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA.

2.6 Berikan definasi rasuk statik bolehtentu dan statik tak bolehtentu.

2. 7 Lakarkan jenis-jenis beban bagi rasuk di bawah.

a. Beban tumpu
b. Beban teragih seragam
c. Beban momen

2.8 Isikan kotak kosong dalam rajah 2.26 hingga 2.28 di bawah dengan
mengira jumlah daya teragih seragam dan tentukan kedudukannya.

a. Daya teragih seragam bertindak disebelah kiri rasuk

10 kN/m

2m 3m 2m 3m

Rajah 2.26

b. Daya teragih seragam bertindak disebelah hujung kanan rasuk.

?
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 20
20 kN/m

3m 4m 3m 4m

Jarak tindakannya ?

Rajah 2.27

c. Daya teragih seragam bertindak dikeseluruhan rasuk .

30 kN/m

5m 5m

Rajah 2.28

MAKLUMBALAS AKTIVITI 2B
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 21

2.6 Rasuk statik bolehtentu merujuk kepada rasuk yang dapat di tentukan semua
daya-daya tindakbalas yang tidak diketahui dengan menggunakan persamaan
asas statik.

Rasuk statik tak bolehtentu merujuk kepada rasuk yang tidak dapat di
tentukan semua daya-daya tindakbalas yang tidak diketahui dengan hanya
menggunakan persamaan asas statik

2.7
a. Beban tumpu b. Beban teragih
P kN seragam

W kN/m

c. Beban momen

S kN/m

Rajah 2.29

2.8
a. 20 kN, 1 m
b. 80 kN, 2 m
c. 150 kN, 2.5 m

SEKIRANYA ANDA TELAH YAKIN , ANDA BOLEH MENCUBA


PENILAIAN KENDIRI BERIKUTNYA.
ANDA DIGALAKKAN MEMBUAT RUJUKAN TAMBAHAN

PENILAIAN KENDIRI
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 22

1. Terangkan perkaitan di antara beban dan tindakbalas.

2. Terangkan Prinsip Keseimbangan Daya bagi sebuah rasuk.

3. Nama dan lakarkan tiga jenis rasuk.

4. Namakan tiga jenis tupang untuk menyokong rasuk.

5. Lakarkan jenis-jenis tupang dan arah tindakbalasnya

6. Berikan perbezaan di antara rasuk statik boleh tentu dan rasuk statik tak
bolehtentu.

7. Nama dan lakarkan jenis-jenis beban .

- SELAMAT MENCUBA -

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 23

1. Tindakbalas adalah daya dalaman yang dimiliki oleh sesuatu jasad apabila
dikenakan beban. Jumlah daya tindakbalas ini sama dengan jumlah beban yang
dikenakan dan ia bertindak berlawanan arah dengan arah tindakan beban.

2. Prinsip keseimbangan daya bermaksud suatu jasad itu berada di dalam


keseimbangan apabila :

a. Jumlah daya kekiri sama dengan jumlah daya kekanan


b. Jumlah daya ke atas sama dengan jumlah daya ke bawah.
c. Jumlah momen ikut jam sama denganjumlah momen lawan jam.

3.
a. Rasuk ditupang
mudah

b. Rasuk juntai

c. Rasuk julur

Rajah 2.30

4. Tiga jenis tupang ialah


a. Rola
b. Pin
c. Hujung terjempit
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 24

5.

Jenis
Penyokong Rola Pin Hujung terjempit

M
Gambarajah fx fx
dan arah fy
tindakbalas fy fy

Jadual 2.31

6. Rasuk statik bolehtentu merujuk kepada rasuk yang dapat di tentukan semua
daya-daya tindakbalas yang tidak diketahui dengan menggunakan persamaan asas
statik.

Rasuk statik tak bolehtentu merujuk kepada rasuk yang tidak dapat di tentukan
semua daya-daya tindakbalas yang tidak diketahui dengan hanya menggunakan
persamaan asas statik

7.
a. Beban tumpu

P kN

Rajah 2.32(a)

Samb....

b. Beban teragih seragam

W kN/m
DAYA KESEIMBANGAN, DAYA RICIH
DAN MOMEN LENTUR
C 2007/ UNIT 2 / 25

c. Beban momen

S kN/m

Rajah 2.32(b)

______________________________________________________________________________________
SEKIRANYA ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAB DENGAN
BETUL, MARILAH BERPINDAH KE UNIT 3

You might also like