You are on page 1of 3

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (PROJEK)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU NAMA GURU PELATIH :


KAMPUS BATU LINTANG
………………………………………………………...
ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) UNIT : PISMP Semester 3 (BM, BC, PKBM, SN)
(Anatomy And Physiology)

TARIKH MULA 14 FEBRUARI 2011 TARIKH HANTAR 25 March 2011

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

1. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi

2. Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi


pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan

3. Melaksanakan amali anatomi dan fisiologi dengan berkesan

4. Mengintegrasikan kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi maklumat dan cara
berkomunikasi berkesan untuk melaksanakan latihan yang sistematik, berkesan dan bermakna

5. Bertanggungjawab terhadap pelajar dalam aspek keselamatan, bimbingan dan kebajikan tanpa
mengira agama dan bangsa

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5

OBJEKTIF PROJEK

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengenalpasti serta mengumpul maklumat dan membuat peta minda pergerakan kemahiran sukan

2. Menganalisis pergerakan kemahiran sukan berasaskan anatomi dan fisiologi sistem rangka dan
sistem otot.

3. Menghasilkan laporan analisis dan membentang hasil projek dalam bentuk powerpoint.

TAJUK KERJA KURSUS : Menganalisis Pergerakan atau Kemahiran Sukan

Mengenali struktur tubuh dan sistem fisiologi adalah sangat penting agar kita dapat memahami dan
fungsi dan kegunaannya dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi dalam kegiatan sukan.
Pengetahuan dalam bidang anatomi dan fisiologi juga, dapat dijadikan asas bagi memperbaiki teknik-
teknik lakuan sukan serta pengaplikasian sains dalam meningkatkan prestasi sukan. Kefahaman
mengenai struktur dan fungsi sistem tubuh dapat membantu pelajar memahami perlakuan atau
pergerakan yang sesuai dilakukan bagi mengelakkan kecederaan yang mungkin timbul akibat daripada
perlakuan salah.

1
Sehubungan dengan itu, pelajar dikehendaki membuat analisis satu pergerakan atau kemahiran sukan
yang menjurus kepada aspek anatomi dan fisiologi sistem rangka serta sistem otot. Melalui tugasan
menganalisis iaitu mengenalpasti dan mensintesis pergerakan kemahiran sukan, pelajar akan
memperolehi pemahaman koheren tentang teori dan amalan kemahiran yang berkesan.

PANDUAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS

1. Tugasan ini adalah tugsan kumpulan (3 – 4 orang satu kumpulan)

2. Pilih satu pergerakan atau kemahiran sukan.

3. Kumpulkan maklumat dan buat peta minda mengenai pergerakan atau kemahiran sukan pilihan.

4. Ambil gambar atau video aksi perlakuan pergerakan atau kemahiran sukan pilihan.

5. Analisis pergerakan atau kemahiran sukan yang menjurus kepada aspek anatomi dan fisiologi sistem
rangka dan sistem otot (tulang, sendi, jenis sendi, otot, jenis pergerakan, satah pergerakan,
pengucupan otot, lekatan otot).

6. Anda boleh mempamerkan laporan analisis anda dalam sebarang bentuk visual pilihan anda (jadual,
gambar, grafik, dll).

7. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut


i) Fon Arial
ii) Saiz huruf ialah 12
iii) Langkau satu setengah baris
iv) Rujukan mengikut format APA
v) Lampiran

8. Penghasilan laporan analisis dalam bentuk ’soft copy’ dan ’hard copy’

9. Pembentangan laporan dalam kelas dalam bentuk ’powerpoint’

10. Amalan pliagat tidak dibenarkan.

11. Tugasan ini membawa markah 100 dengan wajaran (Rujuk Komponen Pentaksiran Kerja Kursus)

TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA-KRITERIA BERIKUT:

1. Liputan isi kandungan laporan analisis yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut;


a. Pengenalan
b. Gambarajah / lukisan
c. Petunjuk kepada bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat
d. Fungsi-fungsi otot utama dalam pergerakan atau kemahiran sukan pilihan
e. Bahagian sendi
f. Tulang-tulang utama
g. Jenis pergerakan
h. Satah pergerakan
i. Pengucupan otot
j. Lekatan otot
k. Rumusan

2
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda adalah hendaklah
dikemukakan

4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil analisis dan sokongan ilmiah

5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren

6. Penulisan laporan harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah
maklumat secara analitikal

KRITERIA PEMARKAHAN
Tugasan ini akan dinilai berdasarkan garis panduan pemarkahan (Rujuk Lampiran)

KOMPONEN PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

Mata pelajaran Anatomi dan Fisiologi Semester 5 dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
mengandungi komponen pentaksiran kerja kursus seperti berikut.

KURSUS KOD KREDIT PEP BENTUK KERJA KURSUS

Kerja Kursus (Projek) 60%


Kuiz 1 10%
Anatomi Dan Fisiologi PJM3112 3(2+1) 40% 60%
Kuiz 2 10%
Folio dan Laporan Amali 20%

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

LUCY ROSSY SYLVESTER OOI ENG HONG


Pensyarah Ketua Jabatan
Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan Jabatan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
IPG Kampus Batu Lintang IPG Kampus Batu Lintang

You might also like