You are on page 1of 21

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS

TUN HUSSIEN ONN

TAMADUN ISLAM
DAN TAMADUN ASIA
SUMBANGAN TAMADUN CHINA

NAMA :NURUL SYAHIDAH BT SUBRI


NO.K/P :910619-14-6648
OPSYEN :PENDIDIKAN PRASEKOLAH
NAMA PENSYARAH :DR.MOHD HAIRUDIN
BIN AMIN
PENGENALAN
Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau
Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah
Sungai Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cina juga merupakan salah
sebuah tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas
muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan
tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh
tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses
perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain,
tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan
dan kekal pada keseluruhannya.

Tamadun Cina pada dasarnya merupakan. sebuah tamadun berorientasikan


agraria atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat
geografi dalam proses pembangunan dan perkembangan. Bagaimanapun, sebagai
mana yang telah dibincangkan dalam bab terdahulu, proses pembangunan tamadun
Cina mengambil masa yang panjang.Tamadun Cina telah melahirkan
perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta
sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju. Bab ini akan membincangkan
mengenai beberapa aspek lain yang tidak kurang pentingnya dalam tamadun Cina
iaitu bahasa dan kesusasteraan,kesenian serta sains dan teknologi
BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK

Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14SM


dan pci-kembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun.
Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau
sekatan. Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik
iaitu bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan "walaupun
negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan,
1279-1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644-1911). Tulisan Cina pada
dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic); dan sifat ini menjadikan
bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan
bahasa lain.Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic)
bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh
disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut
kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun
begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam diaiek apapun ia
disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan
dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius
misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat
bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan
kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat
bemilai.
KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK
Puisi
Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini
mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang
wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11SMP-771SM) hingga
zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan
Lembah Huanghe. la dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-
479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik
kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta
penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik
Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik
Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak
kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang
terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik.
Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.Pada
keseluruhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih
daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan
tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing
mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan
dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai
pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud
sebenar.

Prosa
Garis pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. Ini dapat dilihat khususnya
dalam tiga jenis genre. Bentuk/^, genre representatif bagi dinasti Han (206SM-220)
misalnya, menunjukkan sifat puisi bercampur prosa. Ini menjelaskan mengapa/M
diberi label berlainan seperti prosa bersifat puisi (poetic prose), prosa berima (rhyme
prose), rapsodi (rhapsody), puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam bahasa
Inggeris. Genre lain dalam kumpulan ini termasuk pianwen (prosa selari) iaitu
sejenis prosa berirama iaitu syarat-syarat tertentu khasnya mengenai kecantikan
retorik dikenakan, dan bagi wenzhang (eight-legged essay), yang merupakan kayu
pengukur paling utama dalam menggredkan calon peperiksaan perkhidmatan awam.
Prosa jenis ini mensyaratkan penults perlu mematuhi pelbagai syarat dari segi
kandungan dan bentuk apabila menulis. Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah
dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga
prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan
(percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard karya pakar zaman purba,
khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal sebagai model.
Bahasa klasik adalah jauh berbeza dan bahasa pertuturan sehan-hanan kerana la
sukar untuk difahami atau dikuasai. Bagaimanapun, bahasa klasik telah menjadi
medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang
dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang
ada pada pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa vernakular yang ditulis dalam
bahasa sehari-hari itu dipandang rendah. Bahasa percakapan, walaupun lebih
mendekati kegunaan biasa, tidak ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan
dalam penulisan sastera sehingga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis
drama dan fiksyen.Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba,
juga mempunyai rungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya
sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral
dan etika.

Drama
Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij
tradisi lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara
China, di mana penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu
persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti
drama berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk
sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak
pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya
drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya
mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai
alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member hiburan tetapi juga berperanan
sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton.
Sebagai contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing,
mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga
mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa
kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji (Percintaan Kamar Barat) hasil
penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama
sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju banyak
menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao
(penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi
(keadilan).Seperti yang dibincangkan di atas, prinsip moral Konfusius terkandung di
dalam drama Cina tradisional. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau
taat setia kepada tuan atau ketua adalah nilai yang berulang kali disalurkan dalam
karya-karya drama. Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan
menekankan nilai-nilai etika berbanding agama. Drama bertujuan mendukung
kelakuan baik dan memberi amaran atau berwaspada terhadap perbuatan-
perbuatan jahat. Konsep tragedi seperti yang terdapat di Barat yang menegaskan
bahawa manusia tidak berupaya memahami atau menguasai kuasa alam semesta
tidak mendapat tempat dalam drama Cina. Sesebuah drama Cina yang tipikal akan
berakhir dengan mesej yang mengatakan sesiapa yang berbuat baik akan mendapat
ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan menerima hukuman.

Fiksyen
Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka
golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak
menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk
genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia.
Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama
ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai
pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik. Walau
bagaimanapun, pada zaman awal dinasti Song (960-1279) perkembangan cerita
dalam bahasa harian telah mulai wujud, selanjutnya mencapai tahap kematangan
dan kegemilangan Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dicipta dan
kebanyakannya merupakan naratif yang panjang. Sebahagiannya adalah dalam
bentuk roman sejarah. Contoh terbaik ialah Sanguoyanyi (Roman Tiga Negara),
sebuah roman berdasarkan cerita yang telah lama tersebar di kalangan rakyat
mengenai perebutan kuasa tiga buah negara pada akhir kurun ke-2. Roman sejarah
seperti Sanguo yanyi mengandungi maklumat-maklumat dan bahan-bahan yang
begitu menarik bagi penulis drama Cina. Beberapa fiksyen mempunyai nilai yang
amat tinggi misalnya Honglou meng (Mimpi Loteng Merah), yang melukiskan
kehidupan dan nasib sebuah keluarga besar pada zaman dinasti Qing. la
merupakan sebuah novel dengan pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari segi
perwatakan dan pelukisan gambaran yang mendalam serta bermaklumat tentang
kehidupan dan adat resam orang Cina. Fiksyen Cina kadangkala digunakan sebagai
alat untuk menggambarkan dunia Utopia, dan menyokong perubahan misalnya,
karya Shuihu zbuan (Kisah Pinggir Air). Terdapat fiksyen mengenai keghaiban
seperti Xijouji (Perjalanan ke Barat) dan ada juga yang merupakan mengenai
pornografi seperti/w PingMei (Emas Vas Plum), walaupun buku ini juga
mempamerkan sudut gelap masyarakat Cina yang penuh dengan rasuah dan
keruntuhan moral. Nilai terbesar novel China boleh dilihat dari aspek bahawa
kebanyakannya memberi wawasan mendalam tentang budaya dan adat resam
orang Cina

KESENIAN CINA
Muzik Klasik
Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling
berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina
yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal
melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan
agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat
hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah
sama dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.
Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina
dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu
dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit,
sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini
dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup,
genderang,memetik dan menggesek. Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina
menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697SM, Maharaja Huang Di
(maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal yang wujud di dalam
sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Palp buluh yang
dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix
dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta.
Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik
seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-
tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan
teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.
Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja
wujud dalam legenda. Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam
buku Liji telah direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan
bumi. Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi
merupakan pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia
manusia. Konfusius memberi pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik
teragung adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni
ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik
berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam memberikan
perkhidmatan dan membuat sumbangan terhadap pembentukan dunia yang bersifat
teratur dan bermoral. Pada pendapat beliau, muzik dan pihak pemerintah adalah
saling membayangkan atau lengkap melengkapi. Hanya manusia yang bersifat
unggul (superior) dan yang berupaya memahami muzik mempunyai kelengkapan
memerintah. Muzik, melalui pemaparan enam jenis emosi, iaitu kesedihan,
kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan dapat mempamerkan
sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu tidak mungkin
dapat berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang
bersesuaian demi menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral.

Kaligrafi
Berbanding dengan bentuk kesenian yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang
paling tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam
membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan
personaliti. Kaligrafi juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta
sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan seni lukisan, contoh kaligrafi
lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi
dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para
pelajar. Inskripsi dijumpai di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang
terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan
dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan
sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang
cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321-379).
Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan
kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan
digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan
yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau
serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas xuan
yang mudah menyerap dakwat. Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall
tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih
digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk
tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah
pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke)
ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya
untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan
berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis
tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi
tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini
menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall
rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup
angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah
stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami
oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai
untuk kegunaan biasa.Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada
kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis
yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini.
Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk
memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama
seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan
dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih
dalam tempoh masa yang lama.Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan
semua jenis seni Cina, iaitu alam semula jadi. Sebagai mana ranting pokok yang
hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga
mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada garis huruf
yang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur tidak
dibenarkan.
Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan.
Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk
konvensional, bahkan ia boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian
yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise
sejenak, dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu
kesempurnaan seimbang. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara
perkataan demi perkataan tapi dibuat terhadap keharmonian .

Seni Lukis
Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan
juga puisi. Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan
sarjana dan pakar kaligrafi antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti
Song. Biasanya sebuah puisi yang berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut
ruangan kosong supaya mencapai tahap 'kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan
lukisan'. Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan
juga seni ukir cap (seal engraving).Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina
tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, xieyi (bebas
tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan garis halus dan teliti
dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas
lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan
realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Qi Baishi, pelukis Cina
terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang, serangga, burung atau
bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting
(essence) objek-objek mi mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Apabila
melukis landskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud,
tetapi mereka hanya meminjam bentuk-bentuk gunung, sungai, batu, pokok untuk
dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea mereka. Walaupun mereka
mengelakkan dari memberi gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan
landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa peminat ke dalam
dunia alam semula jadi serta bersatu dengannya.Dalam lukisan Cina, bahan yang
sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli kaligrafi Cina. Kebanyakan
lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom.Seseorang pelukis
perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan supaya tidak
berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil
lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis.
Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang
dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang
yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza panjangnya,
kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas dan lembaran
album.
Berbanding tema dalam lukisan Barat, tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak
dianggap menyeluruh. Subjek seperti peperangan, kekerasan, kematian, kawasan
bandar, sudut gelap dalam kehidupan dan kebogelan jarang menarik minat pelukis
Cina. Bagi orang Cina, seni lukisan bukan dihasilkan dengan maksud untuk
menggambarkan kesemuanya ini dan objek yang tidak bernyawa jarang dilukiskan.
Batu dan sungai dianggap seperti bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang
tidak dapat dilihat dalam alam semesta. Lukisan yang hanya mementingkan bentuk
juga tidak ada tempat kerana orang Cina tidak menerima lukisan yang bentuknya
cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak.
Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-
tumbuhan dan binatang-binatang juga digeman. Selam itu juga terdapat lukisan
potret dan figura. Dalam konteks ini, perhubungan antara manusia sangat penting
dalam negara China. Jadi satu tema biasa bagi lukisan figura ialah berkenaan
dengan para lelaki yang berbudi bahasa menikmati aktiviti ilmiah bersama atau
berkenaan perpisahan dan pertemuan semula para pegawal kerajaan.
Boleh dikatakan kebanyakan lukisan Cina bersifat simbolik. Buluh menandakan
semangat seorang sarjana yang mungkin dibengkok oleh sebab keadaan tertentu
tetapi tidak boleh dipatah; burung jenjang bersimbolik hidup panjang; dan itik
mandarin yang selalu berpasangan menunjuk kepada kesetiaan suami-isten. Simbol
paling popular yang diambil dan dunia tumbuh-tumbuhan ialah orkid, simbol
Konfusian bagi kesucian dan kehalusan budi pekerti. Bunga plum pada musim sejuk
yang berbunga juga dalam cuaca saiji melambangkan semangat atau kehalusan
kualiti yang tidak akan tunduk dilihat dari segi politik, dan pokok pain tua yang
berbonjol-bonjol mewakili sifat bertahan dalam persekitaran politik yang keras atau
semangat usia tua yang tidak dapat ditakluk. Sifat simbolik ini menjadikan lukisan
Cina sebagai satu perantara paling baik yang membayangkan personaliti, perasaan
dan jiwa seseorang pelukis. Oleh itu, kebanyakan pelukis Cina memberi fokus
kepada menyatakan kesedaran dalaman terhadap sesuatu lebih daripada cuba
menggambarkan objek sebenar atau menyampaikan rasa realiti (sense of reality)
atau objek bertiga dimensi.Masyarakat Cina yang bersifat pertanian menegaskan
manusia harus memahami corak alam semula jadi dan hidup bertepatan serta
secara harmoni dengannya. Dalam lukisan, terutamanya lukisan landskap,
penekanan diberi kepada menggambarkan kefahaman manusia terhadap alam
semula jadi. Pelukis juga suka melukis objek kecil dalam alam sekitar seperti buluh,
burung, tumbuhan, bunga, ikan dan sebagainya. Kita dapat menyimpulkan aspek
lukisan Cina ini sebagai aspek Daois. Bukan semua lukisan Cina berkecenderungan
Daois. Hasil lukisan di peringkat awal misalnya, juga mempunyai fungsi sosial dan
moral. Lukisan potret membayangkan peribadi dan peranan sosial seseorang.
Tukang lukis istana juga melukiskan berkenaan peristiwa-peristiwa yang dianggap
bertuah dan tidak dapat dilupakan. Ini merupakan aspek Konfusian lukisan Cma.

Seni Pembinaan

Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang
masih wujud sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar
bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh
iklim dan cuaca. Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya
yang paling jelas lalah kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam
semesta. Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin
maju ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta
tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya.
Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam kepercayaan fengshui
(geomancy), iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya
ditetapkan dengan panduan teon fengshui. Lokasi dan susunan yang mempunyai
fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan
menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.Dalam seni bina Cina, tembok
merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu
tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung
dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut
dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan
ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua
puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan
suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi
dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada
waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat
menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant
penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan
juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga
dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil,
istana dan rumah-rumah kediaman.Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu
biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan
ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas.
Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan
kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran
atau lukisan corak berwarna.Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun
curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung
biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung
atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat
misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.
Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin
seni bina Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha.
Pagoda hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan
pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang
iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang
berdasarkan merit, misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia
tua; atau sebuah keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan
kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang,
adalah ciri lain binaan Cina.Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni
bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian,
melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk
bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas
(The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang
orang Cina dalam merancangkan susunan binaan yang bersesuaian dengan
landskap. Dilihat dari segi pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan
statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling
mengagumkan.

Kesenian China yang lain


Hasil area di negara China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi
untuk tujuan keperluan istiadat, agama atau pengkebumian. Hasil area yang
teragung merupakan patung dewa-dewi agama Buddha yang diukir daripada batu
atau kayu.Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, sent
logam, seni lakuer, perabot dan tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal
kurun ke-2SM dan porselin diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada
penemuannya di Eropah. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar
Eropah adalah sangat besar.Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai
beberapa aspek-aspek penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, dan
kesenian dalam tamadun Cina. Pertama, pencapaian kesusasteraan dan kesenian
Cina telah memperkayakan tamadun Cina. Kedua, kegunaan bahasa Cina telah
menyebabkan perkembangan kesusasteraan Cina berterusan tanpa gangguan.
Bagaimanapun, unsur luar seperti kedatangan Buddhisme menggalakkan interaksi
tamadun dan seterusnya membawa pengaruh asing kepada sastera Cina. Ketiga,
kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain rungsi sastera.
Sastera khasnya sastera yang wujud sebelum pemerintahan orang Mongol, harus
mempunyai tujuan dan menyempurnakan seseorang individu dan segi moral dan
etika. Keempat, sifat harmoni diutamakan. Sastera Cina menegaskan ciri zhonghe,
iaitu harmoni antara emosi dengan rasional, selaras dengan semangat zhongyong
(kesederhanaan) dalam tamadun Cina. Kesenian Cina juga menunjukkan sifat
harmoni dengan alam semesta. Dan kehma, falsafah Konfusius tidak memberi
pengaruh yang kuat terhadap aspek seni Cina. Sebaliknya, seni Cina banyak
memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme. Selain itu, unsur-unsur budaya
pendatang dari kawasan sekitar negara China juga diserap dalam bidang seni.

Sains dan Teknologi China


Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun
ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina
sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik
kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk
mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur
dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran porselin,
pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal
lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu
dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan
konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan
teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada
seluruh birokrasi.Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang
terserlah sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan
sekali- sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun
1275- 1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi
Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke
Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat
dibawa masuk dari negara China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak
berminat untuk menggalakkan penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta
tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara
China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20
yang kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan
kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.

Bidang Astronomi
Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang
Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang
gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan
peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat
dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga
adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan
sistem lain dunia ini.

Bidang Matematik
Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik.
Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam
karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas
sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam
karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun
ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli
matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.
Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa
kini.

Bidang Perubatan
Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada
pengaruh asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi 2953SM dan
diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong 2698SM dan Huang Di 2598SM.
Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan
yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa
keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi
kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang
seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh
dikawal dan mi merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional.
Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia
fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah
secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap
mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang
menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini
doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula
keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.Satu lagi bentuk teori penting ialah
teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik
seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini,
organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan
oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo
tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan
kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas
dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Akupuntur dan
moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing
dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam
yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu
di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu
pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat
dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih
awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan
moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada
permukaan kulit lalu dibakar.Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat
luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian. Terdapat
herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1,000 jenis. Kegunaan ubat-ubatan
dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin dan yang
dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan cara mempreskripsi
(menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah
diguna oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur
barus (champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang
4,000 tahun di negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan
Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.
Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam
memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan
Maharaja Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama
pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna
yang pertama bagi perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia
Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung
dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.

Bidang Optik
Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada
penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole
camera), dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave-
lens).

Teknologi China
Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik
pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal
lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada
dada (breast-strap harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang
lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7
hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang digunakan masa
sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia
pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.Masyarakat Cina juga menyedari mengenai
kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang dari segi perekonomian. Dari
China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa pemerintahan era Roma, dan ulat
sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6. Manakala fosil
dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi,
sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira pada kurun ke

Empat Penciptaan Agung


Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh
dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah
empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan
dan kompas.Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan
bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi
membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat
melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira
kurun ke-13.Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan
semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling
awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi
Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British
di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina
dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta
teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya
secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada
penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.
Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang
menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon.
Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk
membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada
tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan
diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ
diperkenalkan ke negara Eropah.Kompas juga merupakan salah satu dari empat
penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna
kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han (206SM - 220SM)
sifat-sifat magnetsudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan
kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala
kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu
pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai.
Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang
pada mulanya untuk digunakan di kapal.
KESIMPULAN
Kesusasteraan klasik dan kesenian Cina merupakan hasil budaya Cina yang amat
bernilai. Seperti komponen budaya Cina yang lain, kandungan kesusasteraan klasik
dan kesenian Cina adalah sangat kaya dan menarik.Di bidang sains dan teknologi,
walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat berbanding dengan sains dan
teknologi moden, orang Cina telah mempelopori penciptaan kertas, percetakan,
bahan letupan dan kompas yang banyak memberi manfaat kepada permodenan
negara-negara Barat.Dengan pencapaian-pencapaian penting dalam bidang bahasa
dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi dalam tamadun Cina, ini
membuktikan bahawa tamadun Cina merupakan antara penyumbang utama dan
penting kepada perkembangan tamadun dunia. Melalui hubungan atau interaksi
antara tamadun, pencapaian-pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa
dan diperkenalkan kepada tamadun-tamadun lain sehingga sesetengahnya kekal
sehingga masa kini walaupun berlaku proses pembaharuan, perubahan dan
penyesuaian menurut zaman.
RUJUKAN
 http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadun-cina-kesusasteraan-

kesenian.html

 http://it411x34.tripod.com/sumbangan_tamadun.htm

 http://www.slideshare.net/filaifa/tamadun-china

 http://titas-haba.blogspot.com/2009/05/sumbangan-tamadun-islam.html

 http://www.scribd.com/doc/2525638/tamadun

 Tamadun Islam dan Asia,Nadiah Bt Abdul Rahman,The McGraw-Hill

Companies,2006

You might also like