P. 1
Folio Sejarah Tingkatan 2

Folio Sejarah Tingkatan 2

1.0

|Views: 8,844|Likes:
Published by dmages

More info:

Published by: dmages on Mar 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/09/2015

pdf

text

original

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

1.0

TAJUK KAJIAN

HARI DEEPAVALI

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 1

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

2.0
1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 6.1

KANDUNGAN
TAJUK KAJIAN ................................ ................................ ................................ .................... 1 KANDUNGAN ................................ ................................ ................................ ..................... 2 PENGHARGAAN ................................ ................................ ................................ ................. 3 OBJEKTIF KAJIAN ................................ ................................ ................................ ............... 5 KAEDAH KAJIAN ................................ ................................ ................................ ................ 6 HASIL KAJIAN ................................ ................................ ................................ ..................... 8 Perayaan Tradisi ................................ ................................ ................................ ............ 8 Nama perayaan / Nama lain perayaan ................................ .......................... 8 Pihak / etnik / kaum yang terlibat ................................ ................................ ..... 8 Tarikh / Tempoh masa dirayakan ................................ ................................ .... 10 Tujuan perayaan................................ ................................ ................................ .. 10

6.1.1 6.1.2 6.1.3 6.1.4 6.2

Latar Belakang ................................ ................................ ................................ ............. 12 Sejarah / Asal usul perayaan ................................ ................................ ........... 12 Upacara khusus dalam perayaan ................................ ................................ ... 13 Tempat khusus sambutan dijalankan ................................ ................................ . 16 Persiapan Sambutan Perayan ................................ ................................ .................. 17 Sebelum perayaan ................................ ................................ ............................. 17 Semasa perayaan ................................ ................................ ............................... 20 Selepas perayaan ................................ ................................ ............................... 25 Peraturan/pantang larang/amalan sampingan ................................ .......... 26

6.2.1 6.2.2 6.2.3 6.3

6.3.1 6.3.2 6.3.3 6.3.4 6.4

Kesan perayaan ................................ ................................ ................................ .......... 28 Keluarga ................................ ................................ ................................ ................ 28 Perpaduan ................................ ................................ ................................ ............ 29 Pelancongan ................................ ................................ ................................ ........ 30 Peluang perniagaan ................................ ................................ ........................... 32

6.4.1 6.4.2 6.4.3 6.4.4 7.0 8.0 9.0

RUMUSAN ................................ ................................ ................................ .......................... 33 LAMPIRAN ................................ ................................ ................................ ......................... 35 RUJUKAN ................................ ................................ ................................ ........................... 38

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 2

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

3.0

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk

menjalankan kajian ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Cik Anis kerana telah memberikan panduan, nasihat, teguran serta bimbingan sepanjang masa kajian ini telah dijalankan.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi -tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk menghasilkan kerja kursus yang cemerlang. Mereka juga telah menyediakan pengangkutan untuk saya pergi ke Perpustakaan Negara bagi mengumpul sumber -sumber yang saya

perlukan. Selain itu, kos penggunaan internet juga adalah di bawah tanggungan mereka.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu folio saya ini. Terima kasih juga diucapkan atas segala perkongsian maklumat antara kita semua.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 3

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Sekalung budi dan penghargaan saya rakamkan di atas kerjasama yang diberikan ol eh orang sumberku, Puan Jaya iaitu makcik saya yang merupakan seorang guru sejarah. Jasa baik dan ketulusan hati beliau dalam membantu saya memberi maklumat berguna sepanjang kerja kursus ini dijalankan akan sentiasa saya kenang.

Sekian, terima kasih.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 4

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

4.0

OBJEKTIF KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu perayaan tradisi kaum di Malaysia. Perayaan yang dipilih oleh saya ialah Hari Deepavali.

Kajian saya merangkumi objektif-objektif berikut: a) Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Sejarah Tingkatan Dua . b) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih yang akan membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. c) Mengetahui tentang perayaan Hari Deepavali dengan lebih jelas iaitu asal-usul, adat dan pantang larang perayaan ini. d) Memberi peluang kepada saya mengumpul dan menyimpan maklumat berkaitan perayaan tradisi justeru mengelakkan budaya ini daripada luput daripada ingatan saya. e) Memperkaya pengalaman hidup saya terutamanya kemahiran berkomunikasi dengan orang lain iaitu melalui temu bual saya dengan orang sumber bagi kajian ini. f) Menanamkan semangat patriotisme dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 5

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

5.0

KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini iaitu: a) Temu ramah Saya telah menemu ramah Puan Jaya yang beralamat di No.1, Jalan SS2/7, Petaling Jaya, Selangor. Sebelum kaedah ini dijalankan, saya terlebih dahulu menyusun soalan yang bakal dikemukakan kepada beliau. Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang sejarah Hari Deepavali. Saya telah mendapat

kerjasama yang baik daripada orang sumber saya. Segala soalan yang saya ajukan dijawab dengan jelas oleh beliau. Hasilnya, saya mendapat banyak maklumat tentang Perayaan Hari Deepavali.

b) Pemerhatian Setiap kali perayaan Hari Deepavali disambut di rumah saya dan rumah nenek saya, saya telah memerhatikan segala persiapan yang dilakukan oleh ibu bapa dan nenek saya. Pemerhatian yang saya buat sedikit sebanyak telah digunakan sebagai bahan dalam kerja kursus saya ini.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 6

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

c) Internet Melalui kaedah melayari internet, saya memperolehi pelbagai

maklumat mengenai Perayaan Hari Deepavali dengan lebih terperinci dan mendalam lagi. Saya telah memuat turun maklumat tersebut dan menganalisisnya agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

d) Penyelidikan dan Perpustakaan

Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Negara untuk membuat penyelidikan lebih lanjut berkaitan tajuk kerja kursus saya. Saya telah mendapatkan fotokopi bahan-bahan yang relevan daripada buku-buku ilmiah, surat khabar dan majalah untuk dibawa balik dan dianalisis isi kandungannya.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 7

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

6.0

HASIL KAJIAN 6.1 Perayaan Tradisi 6.1.1 Nama perayaan / Nama lain perayaan

Hari Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan yang paling popular dan ditunggu tunggu setiap tahun Hindu oleh semua penganut yang beragama Perkataan yang Deepavali merupakan bererti cahaya dan

di seluruh dunia. perkataan

gabungan

"Dipa"

perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Dengan kata lain, Deepavali bermaksud ¶sebarisan lampu atau pelita·.

Barisan pelita yang menjadi hiasan pada Hari Deepavali

Cahaya daripada pelita yang terang menandakan kecerahan dan kebaikan mengatasi yang kegelapan hasil dan kejahatan. dan

Kemenangan

diperoleh

perjuangan

pengorbanan yang besar dalam usaha mengatasi dugaan dan rintangan tentunya patut diraikan bersama-sama.

Sambutan Hari Deepavali oleh sebuah keluarga di Malaysia

6.1.2 Pihak / etnik / kaum yang terlibat
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 8

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Perayaan Hari Deepavali disambut oleh semua p enganut agama Hindu di seluruh dunia.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 9

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

6.1.3 Tarikh / Tempoh masa dirayakan

Perayaan Hari Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Masyarakat di selatan India meraikannya selama

tiga hari berturut-turut berbanding lima hari di sebelah utara negara itu. Di Malaysia, perayaan Deepavali disambut sehari tetapi terpulang kepada individu untuk mengadakan rumah terbuka sebanyak mana hari yang mereka mahu. Namun begitu, masyarakat India yang tinggal di kawasan ladang dan estet menyambut perayaan itu lebih lama dalam suasana kampung.

6.1.4 Tujuan perayaan

Perayaan Hari Deepavali disambut sebagai pesta meraikan kemenangan pihak yang baik, jujur dan benar dalam mengatasi pihak yang jahat, tidak jujur dan berperangai buruk. Dengan kata lain, perayaan ini adalah sebagai suatu kejayaan atas nilai nilai kebaikan yang mengatasi nilai -nilai kejahatan.

Perayaan Deepavali berkait rapat dengan konsep kepercayaan agama dan ¶Hukum Karma· mereka yang telah menetapkan bahawa kebaikan dan kejujuran itu akan mendapat ganjaran yang baik. Sebaliknya, kejahatan pula akan dibalas dengan
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 10

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

pembalasan

yang

setimpal.

Biasanya,

tatkala

meraikan

sambutan yang disulami dengan rasa kesyukuran, pesta yang penuh warna-warni itu bagaikan memberi cahaya kegembiraan yang mampu menghilangkan tekanan fikiran buat seketika.

Dalam kepercayaan agama Hindu, ada dinyatakan bahawa Athma (roh) mengatasi jasad dan minda. Ia adalah sesuatu yang suci, tidak terbatas dan akan kekal abdi.

Sambutan perayaan Deepavali adalah sama seperti kita menyambut hari lahir. Ia adalah sambutan unt uk menyambut kelahiran ¶cahaya dalaman· yang memupuk kesedaran dari dalam. (Yang kita sebenarnya hidup dalam alam maya). Dengan itu, segala kejahatan di dunia ini akan terhapus dan kesedaran yang tuhan sebenarnya berada di mana-mana dan keunggulannya sahaja yang berkekalan buat selama-lamanya akan disedari.

Lampu menjadi ilmu pengetahuan yang menerangi hidup dan menghindari manusia daripada berbuat jahat.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 11

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

6.2

Latar Belakang
6.2.1 Sejarah / Asal usul perayaan Terdapat dua kisah yang menceritakan kelahiran sambutan Hari Deepavali iaitu:

a)

Kembalinya Dewa Rama ke Ayodhya

Sesetengah orang Hindu percaya perayaan Deepavali bermula apabila Dewa Rama, iaitu Raja Ayodhya pulang ke Ayodhya selepas dibuang negeri selama 14 tahun. Rama pulang ke negaranya dengan isterinya, Sita dan adindanya, Lakshamana selepas membunuh raja syaitan Ravana, seorang yang jahat. Sepanjang perjalanan apabila Dewa Rama serta keluarganya balik ke Ayodhya, menuju ke arah utara India dari India Selatan, orang yang tinggal di situ menyalakan pelita minyak sapi yang menandakan kebaikan telah mengatasi kejahatan berikutan kematian sepanjang jajahannya. Ravana. Mereka menyalakan Rama lampu pelita ke di

perjalanan

Dewa

kembali

tanah

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 12

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia
Dewa Rama membunuh Ravana Dewa Rama dan isterinya Sita

b)

Pembunuhan Narakasura

Menurut lagenda, perayaan Deepavali dikatakan disambut pada hari di mana salah seorang dewa Hindu iaitu Dewa Krishna berjaya membunuh seekor syaitan durjana yang mencetus huru hara dan selalu memeras rakyatnya iaitu Raja Narakasura, pemerintah Pradyoshapuram sehari sebelum perayaan

Deepavali. Sebelum kematian Raja Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan cahaya berwarna -warni. Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka

merayakan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan,

peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Dengan kata lain, untuk meraikan kejayaan kebaikan men gatasi kuasa kejahatan, perayaan Deepavali diraikan.

Raja Narakasura

Dewa Krishna membunuh Raja Narakasura

6.2.2 Upacara khusus dalam perayaan

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 13

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

a)

Upacara Jyothi Villaku

Salah satu upacara kerohanian khusus yang diadakan pada mana-mana hari sebulan sebelum tibanya Deepavali ialah upacara memasang pelita yang dinamakan Jyothi Villaku. Malangnya dalam zaman sekarang, sebahagian besar

penganut Hindu tidak mengadakan upacara ini. Upacara ini sebenarnya bersangkut-paut dengan penghayatan terhadap kuasa cahaya atau dikenali sebagai jyothi dalam bahasa Tamil. Semasa upacara ini, penganut Hindu akan menyediakan barangan sembahyang yang paling asas seperti kemenyan, bunga melor, buah-buahan dan sedikit juadah makanan. Mereka akan menjemput sekump ulan orang yang terdiri dari beberapa orang dewasa, kanak-kanak dan remaja yang berusia di antara empat hingga tujuhbelas tahun ke rumah mereka. Upacara Jyothi Villaku dimulakan sekitar pukul 7.30 malam di mana pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak ke rumah mereka yang di menjemput hadapan kumpulan tempat itu yang

kemudiannya

disusun

sembahyang.

Kumpulan itu kemudiannya mengambil tempat duduk di atas lantai sebelum melengkapkan tiga pusingan persiapan

menyanyikan lagu keagamaan. Pertama, Mounam (bertafakur) disusuli Thyanam (duduk dalam posisi bersila dengan tangan di

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 14

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

atas paha) dan akhirnya Pranavam (menyebut perkataan 'Aum' sebanyak tiga kali).

Apabila selesai, barulah kanak-kanak itu akan melagukan enam buah lagu selama 30 minit. Sambil memanjatkan kepujian dan kesyukuran kepada Tuhan, pelita yang dibawa dipastikan tidak terpadam dengan menuang minyak yang cukup. Sebelum berangkat pulang, semua orang yang terlibat akan disajikan dengan hidangan tradisional seperti vadai dan minuman jus. Upacara ini dapat membangkitkan kesedaran dalam diri penganut Hindu supaya sentiasa taat kepada Tuhan dan mendoakan yang terbaik buat seisi keluarga.

Pelita-pelita kecil dibawa oleh kanak-kanak semasa upacara Jyothi Villaku

Lagu keagamaan dinyanyikan semasa upacara Jyothi Villaku

b)

Upacara pemujaan khas untuk memperingati sanak saudara yang telah meninggal dunia

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 15

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Sehari sebelum perayaan Deepavali juga, penganut agama Hindu akan membuat upacara sembahyang untuk

memperingati sanak saudara yang telah ¶pergi· buat selamalamanya. Dalam upacara ini, telah disediakan pelbagai

barangan untuk dipersembahkan kepada roh-roh tersebut. Antaranya termasuklah pakaian yang terdiri daripada baju yang cantik atau pakaian sanak saudara yang telah meninggal dunia itu yang masih disimpan dalam keadaan baik. Selain itu, makanan kegemaran sanak saudara yang telah meninggal dunia itu disediakan dan seterusnya dipersembahkan di

hadapan gambar mereka. Ini diikuti dengan upacara berdoa serta menyeru roh yang biasanya diketuai oleh ketua keluarga. Seterusnya makanan itu dimakan oleh ahli keluarga dan ada kalanya ianya akan diberi kepada haiwan. Bagaimanapun, pemujaan roh ini mungkin tidak akan dilakukan oleh sesebuah keluarga sekiranya mereka mengalami kecelakaan seperti kemalangan menjelang atau kematian salah seorang ahli keluarga

perayaan Deepavali. Hal ini demikian kerana

upacara kematian dan pemujaan roh sudah diadakan ataupun roh orang yang baru mati itu baru sahaja disucikan oleh api dan tidak perlu lagi dipuja, memadailah mengingatinya sahaja.

6.2.3 Tempat khusus sambutan dijalankan

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 16

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Amalan balik kampung turut menjadi salah satu kemestian bagi penganut agama Hindu untuk menyambut perayaan Deepavali di kampung halaman bersama sanak saudara.

Bagi hari pertama Deepavali iaitu sebelah pagi, selepas bermandikan minyak bijan dan memakai pakaian baru,

penganut agama Hindu akan bersembahyang di rumah mereka dan seterusnya di kuil sebelum pulang untuk bersarapan. Seboleh-bolehnya penganut agama Hindu tidak akan keluar rumah untuk seharian bersama keluarga dan melayan tetamu yang datang bertandang.

Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Lakshmi, iaitu dewi kekayaan dan kemakmuran akan datang melawat rumah mereka pada hari Deepavali. Jadi segala persiapan telah dibuat untuk menyambutnya.

Dewi Lakshmi iaitu dewi kekayaan dan kemakmuran

6.3

Persiapan Sambutan Perayan
6.3.1 Sebelum perayaan

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 17

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Seperti kemeriahan perayaan lain, penganut agama Hindu juga membuat persiapan awal, biasanya bermula sebulan sebelum perayaan itu bagi menjadikan sambutan Deepavali mereka lebih bermakna tahun demi tahun. Mereka membersihkan rumah dan juga membuat kuih-muih tradisional seperti muruku, neiurundai, atherasam, omapodi, halwa, laddu, palkova,

bundhi, achi muruku dan chippi. Tetapi pada masa kini, biskut dan kek juga merupakan juadah hari Deepavali selain daripada kuih-muih tradisional masyarakat India. Walau bagaimanapun, bagi golongan wanita yang bekerja, kebanyakan mereka berpeluang membeli pelbagai kuih tradisional, kek dan biskut yang dijual di gerai-gerai yang didirikan sempena sambutan perayaan Hari Deepavali.

Selain itu, penganut agama Hindu juga akan membeli pakaian baru seperti sari dan sut punjabi untuk perempuan dan kurta untuk lelaki, pelbagai jenis aksesori seperti gelang tangan dan kaki serta Deepavali. peralatan hiasan rumah untuk sambutan hari

Sesetengah penganut agama Hindu juga membersihkan diri dan jiwa mereka dengan mengamalkan puasa, hanya makan

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 18

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

sayuran, dan bermeditasi pada hari -hari tertentu sebelum perayaan Deepavali disambut.

Kad ucapan juga biasanya dihantar kepada beberapa pihak sebagai satu cara mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada orang tersayang, ibu bapa, kenalan dan sanak saudara yang terdekat. Malah apa yang menariknya, kad ucapan turut dihantar oleh rakan taulan pelbagai kaum di negara ini dengan semangat muhibah. Pada masa sekarang, kad ini dihantar dalam bentuk e-mel, sistem pesanan ringkas (sms) dan sistem pesanan bergambar (mms).

Sehari sebelum

perayaan

Deepavali,

rumah akan dihiasi

dengan langsir baru, kad-kad ucapan yang diterima, pelita atau lampu dan kolam yang dihiasi indah di hadapan pintu masuk ke dalam rumah. Bagi penganut agama Hindu, sambutan

Deepavali kurang serinya kalau kediaman tidak dihiasi dengan kolam, biarpun kecil tetapi mesti ada. Kolam adalah lukisan bermotifkan bunga-bungaan di atas lantai rumah yang

diperbuat daripada beras berwarna-warni. Selain mencantikkan kawasan hadapan rumah, maksud tersirat di sebalik tradisi ini adalah untuk memberi makan kepada serangga-serangga kecil seperti semut. Ini secara tidak langsung menambah pahala si tuan rumah yang membuat kolam tersebut. Hiasan kolam juga

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 19

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

merupakan lambang

penyembahan

dewa

Lakshmi, dewi

kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan kolam di pintu masuk rumah mereka.

Hiasan kolam di pintu masuk rumah

Kemeriahan

perayaan

Hari

Deepavali

lebih

menyerlah

seandainya barisan pelita yang diperbuat daripada tanah liat disusun rapi menghiasi kawasan persekitaran rumah penganut agama Hindu. Perbuatan menyusun pelita itu amat penting kerana ia secara langsung menterjemahkan maksud kegelapan hidup yang dilalui selama ini akan diterangi cahaya yang membawa kebahagiaan dan kesejahteraan.

Barisan pelita di persekitaran rumah penganut agama Hindu

Sehari sebelum Deepavali disambut juga, kaum wanita sibuk memasak juadah untuk dipersembahkan semasa upacara memperingati sanak saudara yang telah meninggal dunia yang akan diadakan pada hari tersebut. Pelbagai juadah kegemaran sanak saudara yang telah meninggal dunia disediakan.

6.3.2 Semasa perayaan

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 20

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Pada pagi Deepavali, seawal pukul 3 pagi, penganut agama Hindu akan memasang pelita atau lampu di sekitar kawasan rumah. Kuih-muih serta buah-buahan untuk upacara pemujaan diletakkan di atas daun pisang bersama-sama dengan pakaian baru dengan dikelilingi pelita yang sedang menyala untuk melambangkan sesuatu yang baik. Pada waktu tersebut, sebiji buah kelapa akan dibelah dua dan kemudiannya diletakkan di tempat hidangan. Ini diikuti dengan upacara sembahyang oleh setiap ahli keluarga sambil membakar setanggi dan kemenyan.

Seterusnya, ketua keluarga akan meletakkan sedikit minyak bijan ke atas kepala setiap ahli keluarga sebelum mereka mandi sebagai tanda simbolik untuk menyucikan diri. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, mereka sekeluarga akan memakai pakaian baru mereka itu. Bagi kaum wanita, mereka memakai sari iaitu sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kanak-kanak perempuan pula dan juga sesetengah kaum wanita memakai salwar kameez atau dikenali sebagai baju punjabi iaitu blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar. Kanak-kanak perempuan juga

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 21

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

ada yang memakai pavadai thavani iaitu berupa skirt panjang yang dililit dengan separuh daripada kain sari.

Bagi kaum lelaki pula, mereka memakai kurta iaitu sejenis pakaian berupa kemeja panjang yang sampai ke lutut dan lazimnya diperbuat daripada kain kapas atau linen. Kemudian, mereka sekeluarga akan bersembahyang lagi di rumah mereka. Ini diikuti dengan kunjungan ke kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Bagi menghormati ahli keluarga yang telah meninggal dunia, masyarakat India tidak akan menjamah sebarang makanan sebelum mereka habis menghadiri upacara sembahyang di kuil. Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada, tindakan ini juga bertujuan untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga.

Sedikit sama cara

amalan raya

Deepavali dan

Aidilfitri,

mendapat restu daripada orang tua sebelum bersarapan dengan keluarga adalah satu amalan yang wajib. Pada hari ini, pertelingkahan akan dilupakan, manakala kemaafan akan

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 22

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

mendapat penghargaan. Anak-anak digalakkan sujud di kaki ibu bapa atau orang tua dalam rumah mereka untuk meminta restu.

Pada hari Deepavali, mengikut ajaran agama Hindu, masakan yang dimasak seharusnya ´vegetarianµ iaitu hanya makanan yang berasaskan sayur-sayuran (daging tidak digalakkan). Tujuannya adalah untuk mengawal nafsu makan mereka pada hari yang bermakna ini.

Tetapi pada masa kini, terdapat juga penganut yang memasak makanan yang bukan ´ vegetarianµ. Deepavali tetap diserikan dengan banyak makanan tradisi yang enak seperti tosai, capati, idli, idiyapum, puttu, kari ayam, kari kambing dan pemanis mulut seperti halwa dan laddu yang memenuhi meja. keluarga akan berkumpul untuk makan bersama. Semua ahli

Sesetengah sambutan

penganut perayaan

agama secara

Hindu

akan

mengadakan dengan

besar-besaran

menganjurkan rumah terbuka untuk menjamu sanak -saudara dan rakan-rakan mereka yang bukan beragama Hindu.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 23

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Sambutan sebegini selalunya berlangsung dalam tempoh satu atau dua hari dan dapat mengeratkan perpaduan di kalangan masyarakat di Malaysia dan menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia. Amalan memberi wang iaitu angpau kepada kanakkanak juga semakin popular pada Hari Deepavali. Duit ini selalunya diberi oleh orang dewasa kepada kanak -kanak melalui sampul duit pelbagai rupa bentuk dan warna. Amalan ini akan memeriahkan lagi suasana perayaan Hari Deepavali.

Sesetengah daripada mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai. Di kalangan penganut agama Hindu, perayaan Deepavali yang muncul setahun sekali

sememangnya ditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk mereka merapatkan hubungan persaudaraan sesama ahli keluarga, sanak saudara dan teman-teman.

Rumah terbuka yang diadakan pada Hari Deepavali

Di negara kita, perayaan Deepavali telah diisytihar sebagai cuti umum di seluruh negara, maka amalan kunjung -mengunjung dapat dilakukan. Amalan ini mencerminkan semangat kekitaan dan perpaduan serta keharmonian hidup berbilang kaum di Malaysia.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 24

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Makanan, kuih tradisional dan manisan juga dihantar kepada jiran-jiran terdekat tidak kira bangsa dan agama supaya Deepavali yang disambut menjadi lebih meriah.

Pada waktu malam hari Deepavali, bukan sahaja lampu-lampu pelita dinyalakan malahan lampu-lampu moden yang

berwarna-warni turut dipasang.

6.3.3 Selepas perayaan

Amalan berkunjung ke rumah saudara mara terdekat masih diteruskan selama beberapa hari selepas Hari Deepavali untuk mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim.

Di Malaysia, kebanyakan rumah-rumah terbuka yang dianjurkan oleh penduduk beragama Hindu di sesebuah taman

perumahan serta rumah terbuka peringkat daerah, negeri atau kebangsaan anjuran pemimpin negara dan kaum juga

diadakan beberapa hari selepas

Hari Deepavali itu sendiri.

Melalui amalan rumah terbuka, persefahaman di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat dipupuk.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 25

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Semua rakyat tidak kira tua, muda, besar dan kecil dijemput hadir ke majlis rumah terbuka tersebut. Khemah dipasang dan penyediaan makanan dilakukan secara gotong -royong.

Upacara tersebut amat meriah dengan pelbagai makanan tradisional dan moden yang sungguh lazat seperti nasi beriani, kari ayam, kurma, tosai, muruku, achi muruku, omapodi dan manisan seperti laddu dan neiurundai disediakan untuk dijamu selera oleh semua yang hadir di jamuan tersebut.

6.3.4 Peraturan/pantang larang/amalan sampingan

Salah satu amalan yang masih diikuti sehingga hari ini ialah amalan berkabung bagi menghormati sanak saudara yang telah meninggal dunia. Semua ahli keluarga terdekat bagi seseorang yang telah meninggal dunia dilarang menyambut perayaan Deepavali selama setahun, kecuali melawat ke rumah rakan-rakan seagama. Selain penghormatan kepada ahli keluarga yang telah tiada, tindakan ini juga bertujuan

mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga.

Manisan berkait rapat dengan kepercayaan penganut Hindu. Manisan seperti jilepi, mysore pak, palkova, halwa, laddu dan
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 26

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

atherasam dianggap juadah wajib bagi menjadikan sambutan Deepavali lebih bermakna dalam kehidupan setiap

penganutnya. Kehadirannya bukan sahaja dijadikan penyeri di atas meja, malah merupakan pelengkap identiti bagi perayaan masyarakat India. Manisan merupakan acara pembuka bagi perayaan hari Deepavali kerana dikatakan membawa

kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan ke dalam diri seseorang. Mengikut kepercayaan penganut agama Hindu, manisan yang dibuat itu tidak boleh dimakan selagi manisan itu belum mendapat restu daripada Tuhan. Maka, pada pagi Deepavali, masakan dan beberapa jenis manisan dipersembahkan semasa penganut Hindu

bersembahyang di rumah, untuk mendapat restu daripada Tuhan. Selepas bersembahyang, barulah hidangan dengan pelbagai manisan yang disediakan dan juga makanan istimewa lain boleh dinikmati.

Manisan wajib disediakan semasa perayaan ha ri Deepavali memandangkan manisan merupakan tanda pengenalan atau identiti masakan kaum India

Walaupun sibuk macam-mana sekalipun, penganut agama Hindu akan masak sekurang-kurangnya satu jenis kuih tradisional seperti muruku, omapodi atau achi muruku di rumah mereka. Ini adalah kerana mengikut kepercayaan penganut agama Hindu,

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 27

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

kalau periuk tak berisi minyak, maknanya ada kematian di rumah mereka.

Seorang penganut agama Hindu sedang menyediakan muruku bagi sambutan Hari Deepavali

6.4

Kesan perayaan
6.4.1 Keluarga Pelbagai jenis perayaan antara kaum memang memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan. Setiap perayaan merupakan penantian bagi ahli keluarga pada setiap tahun untuk bertemu dengan sanak saudara dan rakan-rakan yang datang

berkunjung ke rumah. Biasanya sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan perayaan ini. Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masingmasing.

Sanak saudara berkumpul dan bersama -sama meraihkan Hari Deepavali dengan penuh kemeriahan

Pada kebiasaannya sepanjang sebulan sebelum Hari Deepavali disambut, setiap keluarga akan sibuk membuat persiapan di rumah termasuk membuat kuih-muih, menjahit langsir dan alas meja serta membersihkan rumah. Situasi seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 28

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Bagi penganut agama Hindu, hubungan kekeluargaan semakin erat apabila mereka bersarapan pagi dan makan tengah hari bersama pada keluarga. Hari Deepavali yang melibatkan seluruh ahli makanan tersebut juga dilakukan

Persediaan

bersama-sama oleh ahli keluarga. Selain itu, amalan anak-anak memohon restu daripada ibu bapa dan orang tua dan amalan isteri memohon restu daripada suaminya pada Hari Deepavali akan menimbulkan suasana harmoni dalam keluarga.

6.4.2 Perpaduan

Perayaan dapat menghidupkan perpaduan di antara rakyat, ini kerana semua orang yang ada di Malaysia atau di mana juga tidak kira agama dan bangsa mereka mempunyai perayaan masing -masing. Di hari perayaan, amalan rumah terbuka dan kunjung-mengunjung menjadi amalan rutin perayaan supaya dapat disambut bersama dan kemeriahannya juga dikongsi bersama. Justeru itu, perpaduan dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 29

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Dengan adanya perpaduan, kita mampu mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni, kestabilan politik, kekuatan ekonomi dan keseimbangan sosial dalam

masyarakat dan negara. Bukan mudah bagi sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup dengan rukun damai serta saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Keadaan yang aman ini telah membolehkan kerajaan merancang pembangunan

negara dan membawa kemajuan dan kemakmuran untuk rakyat jelata. Perpaduan adalah kunci kepada

keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara.

Semangat persaudaraan dan rasa setiakawan yang terjalin antara rakyat pelbagai kaum semasa majlis rumah terbuka diadakan merupakan faktor penting bagi

memastikan generasi baru Malaysia terus menikmati suasana kehidupan yang harmoni.

6.4.3 Pelancongan

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 30

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

kerana mereka ingin menghayati secara lebih dekat perayaan yang ada di Malaysia ini yang dianggap unik dan mempunyai sentuhan sendiri. Aset ataupun daya tarikan ini mempunyai potensi yang besar untuk

diperluaskan lagi agar negara Malaysia dapat terus dipromosikan sebagai satu destinasi pelancongan yang terkenal bagi pelancong-pelancong asing. Ini akan

mempunyai kesan gandaan ke atas ekonomi negeri ini di mana sektor perhotelan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain juga akan turut berkembang di samping

menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini. Seperti mana kita sedia maklum, industri pelancongan berupaya memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Rumah-rumah terbuka yang diadakan sempena sesuatu perayaan itu mencerminkan identiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing. Pada hari ini, Malaysia sudah terkenal hampir seluruh pelosok dunia sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa yang hidup dalam suasana aman, bersatupadu dan saling menghormati antara satu sama lain walaupun mempunyai perbezaan daripada segi suku kaum, bangsa, kepercayaan dan adat resam. Sebenarnya, keunikan inilah yang menjadi teras perpaduan dan kecemerlangan bangsa Malaysia sehingga menjadi negara contoh

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 31

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

kepada

negara-negara

lain

di

dunia

yang

sering

menghadapi berbagai-bagai masalah sosial dan politik.

6.4.4 Peluang perniagaan Perayaan Hari Deepavali memberi peluang perniagaan kepada para peniaga untuk menjual barangan yang diperlukan untuk persiapan sambutan perayaan seperti pelita, lampu elektrik berwarna-warni, hiasan rumah, pakaian tradisional dan kuih-muih.

Banyak

gerai-gerai sementara juga didirikan sempena perayaan ini. Terdapat suri rumah yang

sambutan

mengambil peluang membuat kuih dan biskut yang mempunyai pelbagai rupa dan rasa. Secara tidak

langsung, kemunculan perayaan telah membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan sumber pendapatan mereka.

Gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan sempena sambutan Hari Deepavali

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 32

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

7.0

RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyiapkan kerja kursus Sejarah saya ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Melalui kerja kursus ini, saya membuat penyelidikan

telah dapat menguasai kemahiran tatacara yang betul serta

dengan

meningkatkan kemahiran berkomunikasi saya. Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa bangga dan bersyukur

kerana di negara kita terdapat masyarakat pelbagai bangsa dan agama yang turut sama memeriahkan perayaan Hari Deepavali yang disambut oleh penganut agama Hindu.

Kajian

ini

telah

menyedarkan

saya

bahawa

kita

sepatutnya

bekerjasama untuk mengekalkan pelbagai perayaan tradisi yang disambut oleh masyarakat di Malaysia dengan mengamalkan

amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan supaya perpaduan kaum dapat dipupuk.

Di samping itu, kita haruslah bersatu padu dan be rharmoni sesama kaum. Untuk merealisasikan misi 1Malaysia, tidak seharusnya ada sebarang salah faham di antara kaum. Dengan ini, kita dapat
Vurmila Venggadasamy Muka surat | 33

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

mengekalkan keharmonian di negara ini sekaligus mengeratkan lagi perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Kita juga haruslah bertimbang rasa supaya tiada kaum di Malaysia yang akan tersisih tetapi sebaliknya merasa kegembiraan berada di bumi negara ini. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Saya amat

menyayangi negara Malaysia.

Salam Satu Malaysia.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 34

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

8.0

LAMPIRAN

Kad ucapan Hari Deepavali

Kad ucapan Deepavali yang dihantar kepada kawan -kawan dan sanak saudara terdapat dalam pelbagai rupa, bentuk dan saiz.

Menyalakan Pelita Pada Hari Deepavali

Masyarakat Hindu menyalakan pelita sebagai tanda simbolik yang menyatakan kebaikan akan mengatasi kejahatan.

Kuih-muih Tradisional Masyarakat India

Muruku

Atherasam

Neiurundai

Omapodi

Kuih-muih tradisional masyarakat India yang disediakan sempena sambutan Hari Deepavali

Upacara Mengingati Ahli Keluarga Yang Meninggal Dunia

Upacara memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia yang diadakan sehari sebelum Deepavali

Hiasan Kolam

Hiasan kolam memeriahkan suasana Deepavali

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 35

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Upacara Mandi Minyak

Upacara mandi minyak bijan pada pagi Hari Deepavali sebagai lambang penyucian badan dan semangat

Pakaian Baru Pada Hari Deepavali
Penganut agama Hindu berpakaian baru pada hari Deepavali

Pakaian Tradisional Kaum India
Sari Salwar kameez Kurta Pavadai thavani

Pakaian tradisional kaum wanita, lelaki dan kanak -kanak yang dipakai pada Hari Deepavali

Pada Hari Deepavali

Penganut agama Hindu bersembahyang di rumah sebelum mengunjungi kuil

Suasana di kuil semasa Hari Deepavali

Beberapa juadah hari Deepavali

Suasana meriah Deepavali di rumah. Manisan merupakan hidangan wajib pada sambutan Deepavali

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 36

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

Rumah Terbuka Pada Hari Deepavali
Amalan rumah terbuka Deepavali yang dapat memupuk perpaduan melalui perkongsian perayaan ini dalam suasana yang aman dan harmoni

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 37

Perayaan Tradisi Kaum Di Malaysia

9.0

RUJUKAN

Internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali http://www.kosmo.com.my http://www.mstar.com.my

Buku ilmiah Muhammad bin Harun, 2007, Siri Adat dan Budaya Masyarakat Malaysia Adat dan Budaya Masyarakat India, Scientific Focus Sdn. Bhd. Zabri Zakaria, 2005, Siri Variasi Seni dan Budaya - Perayaan Masyarakat Majmuk Zabri Zakaria, 2005, Siri Variasi Seni dan Budaya - Pantang Larang dalam Masyarakat

Akhbar Berita Minggu,18 Oktober 2009 Utusan Malaysia,17 Oktober 2009 Berita Harian, 20 Oktober 2009 Berita Harian, 18 Oktober 2009

Majalah Dewan Budaya,Oktober 2009, halaman 10 -19

Orang Sumber Puan Jaya yang beralamat di No.1, Jalan SS2/7, Petaling Jaya, Selangor.

Vurmila Venggadasamy

Muka surat | 38

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->