You are on page 1of 2

Rejam lembing

Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara
ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Kini, ia merupakan salah satu
acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita.
Matlamat dan peralatan

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan
yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang
perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.
Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian
kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujunga atau ekor yang tajam. Bahagian kepala yang panjang
diperbuat daripada besi berukuran 25cm-33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori
lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat
minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat
600g.
Teknik
Untuk pengetahuan dan makluman anda, terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh perejam lembing. Satu dari atas dan
satu dari sisi bawah. Anda boleh memilih dua cara tersebut berdasarkan keselesaan dan kemampuan. Untuk mendapatkan
satu rejaman yang baik dan sempurna selain tenaga yang dipindahkan semasa larian dan momentum semasa rejaman
dilakukan, cara memegang (grip) juga perlu dititikberatkan dan diambil kira. Sekiranya pegangan tidak kemas, lembing akan
terlepas begitu sahaja dan rejaman tidak sejauh seperti yang dikehendaki.
Perejam lembing terkemuka

Jaguh acara merejam lembing iaitu Petronoff dari Rusia yang mempunyai susuk badan yang tegap dan berbadan sasa telah
berjaya merejam lembing melebihi 90 meter dan rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam
lembing. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing sehingga sekarang.
Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah
menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita
negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat
kepada jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam yang terbaik
dalam acara ini.
Kawasan rejaman lembing 
Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan
orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan
pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak
mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Teknik rejaman lembing 


Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut:

4 KESELAMATAN PARA PELATIH 


2.4.1 - Semasa membawa lembing
• Mata lembing biarlah menghadap ke bawah 
• Jangan berlari
2.4.2 - Semasa Latihan
• Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam 
• Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan 
• Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah ditetapkan oleh jurulatih 
• Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam 
Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap pelajar secara maksimum

PERATURAN-PERATURAN AM REJAM LEMBING

1. Lembing hendaklah dipegang pada bahagían gripnya dan mesti direjam melalui atas bahu.

2. Semasa membuat rejaman, peserta mesti berlari dalam kawasan yang


ditetapkan dan lembing yang direjam mestilah mendarat kawasan yang
dibenarkan.

3. Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padanag, cukup


sekadar kepaia lembing menyentuh tanah dahulu.

4. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum mendarat.

5. Lembing yang patah samaada semasa rejaman atau berada di udara, rejaman
adaiah sah.

6. Sarung tangán tidak dibenarkan.

7. Setiap peserta diberi enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada
lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan
diberikan setiap peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman paling jauh
akan mará ke pusingan akhir. Mereka akan diberi tiga rejaman.

3.2 – PENGGUNAAN KASUT


 Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike.
 Jika menggunakan kasut getah, hendaklah dipastikan kasut itu dalam keadaan baik terutama pada bahagian tapaknya.

3.3 – PITA PENGUKUR


 Pita pengukur yang digunakan hendaklah yang lebih pajang ukurannya.
 Pengukuran dibuat dari tempat titik di mana kepala lembing mendarat dengan garisan penanda

3.4 – KESALAHAN UMUM


Peluang melakukan kesalah dalam acara lontaran atau lompatan adalah yinggi berbanding dengan acara larian. Dalam
mengambil bahagian dalam acara-acara lontaran, peserta bukan sahaja perlu mengawal diri, tetapi pada masa yang sama
mengawal peralatan yang digunakan serta kawasan yang membolehkannya membuat lontaran. Setiap anggota tubuh
peserta juga dapat mengawal dan mengimbangi kedudukan semasa, sebelum dan selepas melakukan lontaran. Akibatnya
sering berlaku kesilapan sepanjang pergerakan peserta.

Secara am, berikut adalah di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh peserta acra merejam lembing.

1. Peserta tidak memegang lembing pada bahagian atau yempat yang dikhaskan.
2. Peserta melakukan larian awal di luar loring atau kawasan yang disediakan.
3. Peserta teragak-agak semasa melakukan larian dan semasa bersedia untuk membuat rejaman.
4. Peserta tidak dapat menentukan jumlah langkah dan jarak yang sesuai untuk melakukan larian, sehingga menyebabkan
kakinya menyentuh atau melepasi penanda arc. 
5. Lembing yang direjam tidak memecah kawasan mendarat pada bahagian kepalanya sehingga tiada kesan cecahannya.
6. Lembing mendarat di luar kawasan mendarat yang disediakan.
7. Peserta terus meninggalkan kawasan rejaman sebaik selesai melakukan rejaman sebelum lembing mendarat.
8. Peserta meninggalkan kawasan rejaman melalui bahagian hadapan melepasi penanda arc. 
9. Peserta gagal melakukan rejaman bersih daripada keseluruhan jumlah rejaman yang diberi kepadanya.
10. Peserta tidak mematuhi aturan dan undang-undang acara.

You might also like