P. 1
Bahaya Penyakit Demam Denggi

Bahaya Penyakit Demam Denggi

4.75

|Views: 15,305|Likes:
Published by Batrisya Yusoff
keep ur homes n rooms clean at all times! :D
keep ur homes n rooms clean at all times! :D

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Batrisya Yusoff on Aug 25, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/18/2013

pdf

text

original

Bahaya Penyakit Demam Denggi

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Haji Ali bin Sarbani, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, guru-guru penolong kanan, barisan guru yang berdedikasi, dan para pelajar yang dikasihi. Selamat pagi dan salam sejahtera.

Saya ialah Izami bin Sapuan, iaitu seorang pegawai kesihatan di Hospital Columbia, Miri. Pada pagi yang indah dan permai ini, saya akan menyampaikan ceramah yang bertajuk “Bahaya Pengakit Demam Denggi dan Cara-cara Untuk Mencegahnya”.

Hadirin sekalian, Demam denggi boleh ditakrifkan sebagai sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman daripada gigitan nyamuk aedes. Secara empiriknya, penyakit ini boleh menyerang semua orang tanpa mengira peringkat umur mahupun taraf hidup. Selain itu, pengakit demam denggi juga boleh mengakibatkan kesakitan pada sendi pesakit. Lebih menggerunkan lagi, penyakit ini mampu meragut nyawa pesakit yang menghidapinya.

Implikasinya, agensi kerajaan seperti kementerian kesihatan perlu memainkan peranan penting dalam usaha untuk menangani masalah ini. Kempen-kempen kesedaran perlu diadakan agar masyarakat dapat membuka mata tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Antaranya ialah kempen “Hapuskan Nyamuk Aedes dan Demam Denggi”. Melalui kempen seumpama ini, kita boleh mendidik generasi muda untuk menjaga kebersihan dan memahami kesan serta impak daripada penyakit demam denggi.

Para hadirin yang dihormati, Di samping itu, kawasan kediaman juga perlu sentiasa dalam keadaan yang bersih. Bekas-bekas yang boleh menakung air seperti tayar buruk dan tin kosong harus dibuang atau ditanam. Hal ini untuk mengelakkan nyamuk aedes daripada bertelur di atas permukaan air yang bersih. Pasu bunga, alas pasu dan kolah mandi perlu ditukarkan airnya seminggu sekali. Peralatan ini juga perlu dibasuh sehingga bersih. Selain itu, pastikan longkang-longkang kecil tidak tersumbat untuk mengelakkan takungan air. Kesimpulannya, amat penting untuk kita menjaga kebersihan dalam kehidupan untuk mencegah penyakit demam denggi. Intihanya, semua pihak

perlu bekerjasam bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah ini daripada menjadi lebih serius kerana lebih baik mencegah daripada merawat. Jangalah sudah terhantuk baru hendak terngadah.

Akhir kata, saya berharap agar selepas ini para guru dan pelajar tahu akan kepentingan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran dalam usaha untuk mencegah demam denggi. Janganlah kita hanya banyak bercakap kerana air beriak tanda tak dalam.

Sekian, terima kasih.

Isi-isi Penting
Bahaya
Cara mencegah

Menyerang semua orang tanpa mengira umur

Boleh membawa maut

Kempen kesedaran

Tiada bekas yang boleh menakung air

Kosa Kata
Permai – indah, cantik, elok (indah permai : sangat indah)

Ditakrifkan – takrif: huraian yang ringkas dan tepat, penjelasan

Empirik – berdasarkan (bergantung kpd) pemerhatian atau eksperiman; bukan teori.

Intiha - akhir, penghabisan, penutup

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->