You are on page 1of 7

ANALISIS MINAT KERJAYA HOLLAND

(ujian Self-Directed Search (SDS))

Enam kelompok kerjaya menusia

Realistik Investigatif

Konvensional Artistik

Enterprising Sosial

Ujian Kendiri:
1. Jawab semua soalan seperti di dalam arahan kertas soalan.
2. Sila kira jawapan yang bertanda ‘Ya’ sahaja mengikut lajur ke bawah.
3. Tulis bilangan yang anda diperolehi di dalam ruang di bawahnya mengikut
turutan.
4. tiga jenis minat kerjaya yang anda mendapat markah
Setelah itu, ambil
paling tinggi.
5. Sila rujuk tafsiran profil ujian.
Pentafsiran Ujian SDS

REALISTIK
(Persawatan, Sains, Penghitungan, Kerja Luar)

Minat:

• Mempunyai kemahiran elektik atau mekanikal


• Kegiatan yang melibatkan manipulasi objek.
• Alat-alat, mesin-mesin, binatang-binatang secara terang dan
bersistem.
• Minat bekerja di luar bangunan daripada di dalam bangunan

Ciri Personaliti:

 Sukakan pekerjaan yang realistik dan mengelak daripada aktiviti


sosial.
 Menggunakan kebolehan kekuatan fizikal dalam menyelesaikan
masalah.
 Menghargai perkara-perkara yang konkrit atau ciri-ciri peribadi yang
terbukti kebenarannya seperti wang, kuasa dan status.
 Mempunyai kecekapan dalam bidang sains dan matematik.
 Kurang kebolehan dalam hubungan sosial.

Kerjaya:

Mekanik, jurugegas jentera, juruelektrik, jurufoto, jurutaip,


jurutera, juruukur am, pakar cap jari, ahli kaji logam, ahli optik,
ahli penternak ikan, juru kamera wayang gambar, juru teknik
makmal, akauntan, perangkawan, operator mesin, mekanik
kapalterbang, ahli ilmu perkebunan, tukang kayu, dll
Pentafsiran Ujian SDS

INVESTIGATIF
(Sains)

Minat:

 Suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik,


menganalisis,menilai dana menyelesaikan masalah melalui
penyelidikan
 Mepuyai kemahiran saintifik dana matematik dan beberapa
kerjaya bercorak teknikal
 Kajian-kajian secara pemerhatian, perlembagaan, bersistem.
 Kreatif mengenai fenomena-fenomena fizikal, biologi, dan budaya
untuk memahami dan mengawal fenomena-fenomena tersebut.

Ciri Personaliti:

• Sukakan suasana pekerjaan investigatif.


• Suka kepada aktiviti-aktiviti simbolik, sistematik, dan
penyelidikan berhubung dengan sains fizikal dan biologikal tetapi
tidak suka aktiviti sosial, pemujukan, dan berulang-ulang.
• Mempunyai tingkahlaku yang cenderung kepada kebolehan
saintifik dan matematik, sebaliknya kurang kebolehan memujuk.

Kerjaya:

Ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli


fizik, ahli kajibintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik
sains, antropologis, ahli arkilogi, ahli geografi, ahli geofizik,
ahli teknologi makanan, pakar pengajaran pandang dengar,
aktuari, ahli fisiologi perubatan, doktor, guru sains, doktor
haiwan, pakar makanan dll.

Pentafsiran Ujian SDS


ARTISTIK
(Muzik, Seni, Sastera)

Minat:

• Kegiatan-kegiatan yang bebas, tidak bersistem dan melibatkan


manipulasi bahan-bahan fizikal, bahasa, dan kemanusiaan untuk
mencipta bentuk-bentuk dan hasil seni.
• Punya kebolehan artistic dan inovatif
• Tidak selesa dengan kerja rutin atau berulang-ulang.
• Menggunakan imaginasi dan kreativiti

Ciri Personaliti:

• Sukakan suasana dan pekerjaan artistik (bebas, tidak


bersistematik, dan kabur).
• Melepaskan perasaan atau menyelesaikan masalahnya dengan
cara melahirkan menerusi ciptaan ataupun karyanya.
• Tingkahlaku cenderung kepada kebolehan dalam bahasa, seni,
muzik, drama dan penulisan.
• Sangat benci kepada pekerjaan perkeranian dan perniagaan.
• Sensitif kepada persekitaran.

Kerjaya:

Pengarang, kartunis, pelukis papan iklan, penyanyi, dramatis,


penerbit radio & TV, pencipta muzik, penulis lirik, pereka bentuk
fesyen, guru seni halus, artis persolekan, konduktor orkestra,
juruhebah muzik, penjual toko muzik, arkitek, juru gambar,
pelukis batik, juru hias dalam, pelukis, penjual bunga, pemberita,
penulis skrip, penggubah lagu, pelukis potret, wartawan,pelukis
kartun, dll.

Pentafsiran Ujian SDS


SOSIAL
(Khidmat Sosial, Daya Pujuk)

Minat:

 Manipulasi orang lain dengan tujuan untuk memberitahu,


melatih, mengembang, menyembuh, atau memberi ilham dan
membuat kebajikan.
 Suka berinteraksi dan bekerja dengan manusia.

Ciri Personaliti:

 Mengutamakan aktiviti-aktiviti mempengaruhi orang lain seperti


memberitahu, latihan, perkembangan dan pemulihan.
 Sukakan kegiatan sosial.
 Suka dirinya dilantik sebagai ketua.
 Pandai mewujudkan hubungan antara individu tetapi kurang
dalam bidang teknikal dan kerja tangan.
 Suka mendapat perhatian.
 Mengelak diri daripada aktiviti yang sistematik yang melibatkan
benda, pekakas, atau mesin.
 Mahir berkomunikasi
 Matlamat utama ialah membuat kebajikan.

Kerjaya:

Guru, Kaunselor,ahli psikologi klinikal, pegawai kebajikan


masyarakat, jururawat, diplomat, pustakawan, pengulas
berita, pegawai personal, penasihat penanaman, Pegawai
Perhubungan Industri, pemandu pelancong, Penasihat
Bimbingan Vokasional, pegawai kesihatan, pegawai polis,
peguam, pendakwah, ahli politik, penjual insuran, pendakwa
raya dll.

Pentafsiran Ujian SDS


ENTERPRISING
(Penghitungan, Daya Pujuk, Khidmat Sosial)

MINAT:

• Manipulasi orang lain untuk mencapai matlamat organisasi dan


keuntungan ekonomi.
• Suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia.
• Mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu
lain.

CIRI PERSONALITI:

 Suka kepada aktiviti yang boleh mendapat keuntungan.


 Mempunyai kebolehan memimpin, interpersonal, dan memujuk tetapi
kurang dalam perkara-perkara saintifik (lemah kecekapan sains).
 Menerima dirinya sebagai agresif, popular, mempunyai keyakinan
diri, sosial, dan ada kecekapan bercakap.
 Ambil berat dalam soal-soal kekuasaan.
 Mempunyai kemahiran dalam bidang penjualan.
 Sukakan status dan kepimpinan.

KERJAYA:

Peguamcara dan peguambela, pegawai pendakwaan, polis,


tentera, jurujual, pengurus pengeluaran, pengurus kelab,
penyelia penjualan, penganjur sukan, pegawai penilai,
pengurus restoran, mandur estet, renjer hutan, pegawai
pemasaran, perunding, akauntan, guru matematik, ahli audit,
juru ukur, navigator terbang, ahli politik, penulis skrip iklan,
pegawai perhubungan, speculator, aktuaris, dll.
Pentafsiran Ujian SDS

KONVENSIONAL
(Penghitungan)

Minat:

• Kegiatan-kegiatan yang melibatkan manipulasi data secara


terang, teratur, dan konsisten.
• Suka bekerja dengan data dan nombor

Ciri Personaliti:

• Suka kepada aktiviti yang melibatkan usaha mempengaruhi data-data


dengan sistematik.
• Mementingkan aktiviti yang menggunakan nombor, memberatkan
kepada aspek-aspek perbualan ataupun topik-topik yang dirancang.
• Tingkahlaku cenderung kepada bidang perkeranian, perniagaan dan
komputer.
• Lemah dalam kecekapan seni.
• Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut
arahan.

Kerjaya:

Pemeriksa akaun bank, perancang belanjawan, pegawai


penilai, operator komputer, pakar kawalan mutu, pegawai
perangkaan, pegawai cukai, juru trengkas mahkamah,
kerani audit, juru analisa sistem, juruwang, guru matematik,
juru ukur, penyusun komputer, penyimpan kira-kira, guru
perdagangan, akauntan, jurujual insuran, dll.

You might also like