P. 1
Amalan Gaya Hidup Sihat Remaja

Amalan Gaya Hidup Sihat Remaja

|Views: 2,261|Likes:
Published by Lajong Best
Panduan amalan gaya hidup sihat yang boleh diterapkan oleh para remaja.
Panduan amalan gaya hidup sihat yang boleh diterapkan oleh para remaja.

More info:

Published by: Lajong Best on Mar 09, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/06/2015

pdf

text

original

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT Amalan gaya hidup sihat didefinisikan sebagai amalan tabiat yang meningkatkan tahap

kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Sikap dan pertimbangan diri sangatlah penting dalam remaja menentukan gaya hidup dan remaja bertanggungjawab untuk mengubah gaya hidup jika perlu bagi mendapatkan kesan kesihatan yang baik. Terdapat 5 aspek penting yang perlu diberi perhatian dan penekanan oleh para remaja dalam amalan gaya hidup sihat: 1. Makanan seimbang Remaja yang mahu bertumbuh dengan sihat haruslah mengamalkan pengambilan nutrien mengikut hirarki keperluan berikut: * Karbohidrat * Vitamin * Protein * Lemak 2. Kebersihan diri Penjagaan kebersihan diri remaja meliputi aspek berikut: * Tubuh badan (kaki, tangan, rambut dan sebagainya) * Pakaian (kain, baju, kasut dan sebagainya) * Tempat tinggal (bilik tidur, rumah, kampung dan sebagainya) 3. Tidak salahguna bahan Remaja seharusnya menghindari tabiat yang sia-sia seperti pengambilan dadah, meminum alkohol, pengambilan candu atau narkotik dan tar, dan menghidu gam.

4. Rehat yang cukup Remaja harus memiliki waktu rehat yang cukup dengan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Rehat yang mencukupi diperlukan untuk tujuan berikut : * Mengurangkan stress * Pemulihan tenaga * Tumbesaran * Kelegaan fikiran * Persdiaan untuk aktiviti-aktiviti selanjutnya 5. Senaman Kegiatan bersenam juga harus diamalkan oleh remaja demi untuk penerusan tahap kesihatan yang baik. Remaja harus melakukan senaman secara berkala seperti berikut: * 20 – 30 minit setiap sesi sebanyak 3 kali seminggu * intensiti senaman perlu sesuai dengan peringkat umur remaja * mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang program senaman Selain daripada lima aspek di atas, para remaja juga harus memberi perhatian kepada perkara-perkara menghias diri dengan nilai-nilai murni untuk perkembangan keremajaan ke arah yang lebih sihat: * Menghormati orang-orang yang lebih tua dan belajar daripada pengalamanpengalaman mereka. * Bersifat amanah dalam segala hal * Mendekatkan dan membina kekuatan peribadi (inner strength) dengan pendekatan agama. * Membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan. * Menabung untuk masa depan.

* Meluangkan masa untuk menilai kelemahan yang ada pada diri, dan membina keazaman untuk memantapkan keyakinan serta harga diri * Mengongsikan perasaan dan emosi dengan ahli keluarga dengan cara yang positif. Amalan gaya hidup sihat memerlukan remaja memberi keutamaan kepada amalan hidup yang aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah daripada berlakunya sebarang gejala penyakit. Melalui amalan gaya hidup sihat segalanya bukan mimpi dan mampu dicapai oleh remaja. Gaya hidup sihat perlu diamalkan oleh remaja tanpa halangan latar belakang kehidupan, perkauman, agama mahupun status kehidupan mereka.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->