Konsep Akhlak

Akhlak adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. Akhlak juga berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang mentafsirkan akhlak sebagai ilmu yang menyarankan caracara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan Keburukan dan apakah kriteria yang dapat menilai daripadanya

Kepentingan akhlak ialah sebagai suatu gagasan bagi menjamin pembangunan negara yang mampan dan seimbang dinyatakan dengan jelas sebagai salah satu di antara cabaran Wawasan 2020 iaitu ³«untuk mewujudkan masyarakat bermoral dan beretika sepenuhnya, yang rakyatnya kuat beragama dan nilai kerohanian serta disemai dengan nilai etika paling tinggi´ (Mahathir, 1991).

Dalam konteks sosial, akhlak merupakan sendi yang mengikat kukuh perhubungan dalam sesebuah masyarakat sehingga dapat menjamin kewujudan, kestabilan, keamanan dan kesejahteraan di dalam masyarakat tersebut. Keruntuhan nilai akhlak di dalam sesebuah masyarakat bukan saja menjadi ancaman kepada kesejahteraan mental individu dalam masyarakat (Najati, 1993), malah turut menjadi punca sebenar kepada kemusnahan kerana keruntuhan nilai akhlak akan melemahkan setiap sendi sesebuah masyarakat (Malek Bennabi, 1998). Malah para pengkaji kemasyarakatan Barat sendiri pun menyedari akan sendi-sendi kelemahan ini dan membuat kesimpulan terhadap keperluan kepada kembali kepada unsur-unsur pemurnian akhlak terutama sekali melalui agama (Mohd Sulaiman Yasin, 1992).

Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami. tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. serta kejadian yang indah dan baik. ciptaan. tersusun rapi. adat kebiasaan. maruah. sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.Akhlak mempunyai maksud yang meluas. alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. silih bergantinya siang dan malam. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta pula. ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang.perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) yang bererti tabiat.kelakuan. Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia. antaranya ialah: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi.Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia. dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air. tingkahlaku.t ialah seperti berikut: Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi. ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah.w. Antara firman Allah s. bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia. menurut undang-undang yang tepat.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi.Menurut bahasa. malah ia juga bereti agama itu sendiri. dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan. (Ali-Imran:190) . perangai. lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering). (Al-Qalam:4) Perkataan (al-khalqu) di dalam ahlak bererti kejadian.

menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya. . ia dinamakan akhlak yang buruk atau terkeji. kebenaran. Ahmad Amin dalam bukunya µAl. Apabila perbuatan yang terhasil itu baik dan terpuji menurut syara¶ dan akal. sifat kebaikan. kebahagiaan. Omar Al Toumy Al Syaibani pula ialah ³akhlak adalah ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak.Imam Ghazali r. Selain itu. kejahatan. penelitian dan paksaan.Antara definisi akhlak ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran. Dr. kewajipan.a mengatakan: ³ akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak´.Akhlak menurut istilah juga mempunyai banyak maksud. hukum dan tanggungjawab akhlak. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk. Ibn Miskawaih iaitu seorang ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian. Prof. perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat ´ Definisi ilmu akhlak menurut Prof.Akhlaq¶ merumuskan pengertian akhlak sebagai µakhlak ialah suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk.

Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat. pada sesuatu kumpulan.akhlak ialah³ Prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah laku manusia dalam kehidupannya. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan.Menurut istilah. Miqdad Yalchin pula.perkataan moral berasal daripada bahasa latin moralis atau mores. baik.Ia membentuk dan menentukan hubungan dengan orang lain agar misi kehidupan manusia terlaksana dengan sempurna ´. salah. perangai. masyarakat. masyarakat. pada sesuatu masa dan tempat tertentu.Dr. perangai dan sebagainya. atau buruk akan sesuatu perangai. kehendak. Ia mungkin boleh berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran. pendapat atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar. salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Etika pula berasal daripada bahasa Yunani iaitu ethikos daripada perkataan ethos yang juga membawa erti adat kebiasaan. Kedua-dua istilah ini iaitu moral dan etika adalah bermaksud tatasusila. Perbezaan konsep akhlak dan moral Akhlak dan moral serta merupakan perkataan-perkataan yang berbeza-beza dari segi istilah dan pengertiannya. suasana dan .Ia bermaksud jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan. peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya. budi pekerti dan perangai.

sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang terlebih dahulu. maka ia akan menjadi akhlak. perilaku.Mereka lebih mementingkan adat daripada adab yang ditentukan oleh Allah Taala.beliau menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan. Menurut Miskawaih (1966)yang mana merupakan tokoh falsafah akhlak Islam pula.tempat. Menurut pandangan Imam Al-Ghazali pula.Beliau juga menggambarkan akhlak sebagai µmembiasakan sesuatu . perlakuan. khuluq atau akhlaq ialah bentuk kejadian manusia dari sudutnya yang batin.beliau merumuskan bahawa akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs) yang mendorong diri atau jiwa untuk melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran.. Pandangan oleh Ahmad Amin (1974)pula terhadap akhlak ialah beliau merumuskan bahawa akhlak sebagai µiradat-iradat yang dibiasakan¶ (hal.moral dan etika tidak berlandaskan syariat Al-Quran dan AlSunnah s. Secara harfiahnya.Kebiasaannya. Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq. atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan pemikiran. Menurut Ibnu Athir.w. tingkah laku. Akhlak adalah berbeza daripada moral dan etika. kerana sudah menjadi sifat atau kebiasaan. tatasusila dan budi pekerti seseorang manusia. 63) iaitu apabila sesuatu perbuatan yang berasaskan kemahuan atau iradat itu diulang-ulang. kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak yang datangnya daripada perkataan bahasa Arab yang membawa erti perangai.a. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap.

Ahmad Amin menjelaskan bahawa akhlak adalah sifat kejiwaan atau keadaan yang wujud di dalam diri seseorang. Tingkahlaku atau perilaku yang baik. Secara lebih khusus dalam kehidupan seharian. Menurut beliau.kecenderungan secara berkekalan¶. Islam sebagai agama yang syumul. Sama seperti Al-Ghazali. tekal dan bersahaja menandakan akhlak yang baik dan sebaliknya tingkahlaku yang buruk. fenomena luaran bagi akhlak dinamakan sebagai suluk (tingkahlaku) atau muamalah (perlakuan dalam pergaulan) yang menjadi tanda kepada keadaan akhlak yang wujud di dalam jiwa seseorang. Seterusnya.Ab.w. komprehensif dan sempurna. dan betul atau salah dalam konteks ketauhidan manusia kepada Allah s. Pandangan yang diberikan oleh Ahmad Amin ini selari dengan konsep akhlak yang diutarakan oleh Ibnu Miskawaih dan Al-Ghazali yang menekankan unsur ketekalan sesuatu keadaan yang wujud di dalam jiwa seseorang sehingga melahirkan perlakuan atau perilaku yang tekal dan mudah di dalam mana-mana keadaan yang dialami oleh seseorang. undang-undang dan sistem yang berkaitan dengan kelakuan atau tindakan manusia yang menentukan sesuatu perkara itu baik atau buruk.Ilmu akhlak berusaha membina dan . kecenderungan yang tidak menjadi kebiasaan yang berkekalan tidak boleh dinamakan sebagai akhlak seperti seseorang yang memberikan sesuatu sekali-sekala. malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang. Menurut Ahmad Amin (1975). menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu. Halim dan Zarin (2002) merumuskan bahawa akhlak ialah satu set kepercayaan.t. fenomena akhlak yang lahir di dalam bentuk perilaku dan perbuatan juga disebut sebagai adab. tekal dan bersahaja menunjukkan keburukan akhlak yang ada pada jiwa seseorang.

Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing. Oleh itu. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran. Kesimpulannya. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya.. . membina insaniyyah. iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. moral dan etika. di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah.memupuk rohaniah manusia.Mereka juga perlulah sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif. membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahayabahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.di sini kita dapat melihat persamaan antara ilmu akhlak. etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adat kebiasaan yang umum berlaku di dalam masyarakat. Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai dengan prinsip-prinsip tersebut.

ibadah. Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat akan neraca timbangannya. manakala asas akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam.Antaranya ialah akhlak Islamiyyah ialah satu ilmu yang membahaskan tatanilai. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini. Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia.Konsep akhlak dalam Islam Agama Islam adalah satu-satunya agama yang syumul dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Kedua-dua sumber ini juga adalah menjadi sumber kepada akhlak Islamiyyah. Islam mengandungi dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat.Antaranya ialah aspek akidah. dapatlah dirumuskan definisinya adalah seperti yang berikut.syariah.akhlak dan banyak lagi. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai .akhlak Islamiyyah. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia.

. sifat kebaikan. kebahagiaan. ia dinamakan akhlak yang buruk atau terkeji. Konsep akhlak dalam Islam ialah merupakan ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak. kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu.a mengatakan: ³ akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. manusia sesama manusia. Apabila perbuatan yang terhasil itu baik dan terpuji menurut syara¶ dan akal. kejahatan. dengan malaikat. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk. Di antara ciri-ciri akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya. hukum dan tanggungjawab akhlak. manusia dengan haiwan. kebenaran. kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah. perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlak. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam. orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Menurut Imam Ghazali r. dengan jin dan juga dengan alam sekitar.Akhlak juga dapat kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah. kewajipan.keredhaan Allah (ridwaanullah). Akhlak dalam Islam merupakan ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu.

sama ada hubungan dengan Allah. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan. Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Dinnya. Baginda ialah contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Allah s. Rasulullah s. detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak.a.w.t sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad . Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.w sepertimana hadis nabi yang berbunyi: ³ Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.Wahai Rasulullah s.a.a.w apakah Din itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu. hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya. Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar. kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. semuanya mengandungi nilai akhlak. hubungan sesama manusia.Betapa besarnya kedudukan akhlak Islam sehinggakan hadis-hadis Rasulullah s. w sebagai contoh ikutan akhlak terbaik Bagi seorang Muslim. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial. hubungan dengan alam sekitar.w banyak merumuskan kedudukan akhlak yang mulia seperti akhlak Rasulullah s. akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad s. politik.a. ekonomi.w kerana sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa. apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang.a.

a. baik alam realiti mahupun alam ghaib. (Al-Qalam:4) Dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah s. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah s. . Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini.w.s.w di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya: Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung.w bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia. Perilaku dan cara hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup kepada manusia baik jasmani mahupun rohani. Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu.a. itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbuatan dan cara hidup Rasulullah s. Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia.a.w sendiri.a.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful