You are on page 1of 6

Seni Batik

Perkataan BATIK adalah gabungan perkataan dari


Indonesia dan Malaysia iaitu 'amba' dari Indonesia dan
'titik' dari Malaysia.  Apabila digabungkan ia menjadi
"BATIK" dan perkataan ini telah digunakan secara
global di kebanyakan negara di dunia ini.

Fabrik batik telah wujud sejak beribu tahun dahulu. 


batik biasanya dikaitkan dengan negara di sebelah Asia
seperti Iran, Cina, India dan banyak Negara lagi, tetapi
batik paling popular di Malaysia dan Indonesia.
Batik Lukis

Batik lukis merujuk kepada corak pada kain batik yang


dilukis tangan secara bebas. Batik lukis mempunyai
corak yang pelbagai dan setiap satu adalah unik, tidak
akan sama dengan yang lain.
Di alam Melayu batik lukis mempunyai corak bunga. Ini
disebabkan Islam melarang pengikutnya melukis benda
hidup. Corak bunga ini telah digemari sejak kesultanan
Melaka lagi.
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan
lilin panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar
selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak
dilakukan dengan menggunakan berus cat, di mana
bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan
meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan
warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal menjadikan
bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
Terdapat banyak jenis canting, antaranya ialah canting
kasut, canting laras dua, laras tiga, empat dan lain-lain.

You might also like