You are on page 1of 11

1

SKRIP DOKUMENTERI SENI LUKIS/LUKISAN

Cahaya mentari menyilau mata


Rasa pedih tidak tertahan
Lafaz bismillah pembuka kata
Dokumentari Seni Lukis saya mulakan.

Seni itu indah. Seni itu halus. Seni itu mempunyai nilai estetika yang tinggi. Seni adalah
pelbagai bidang. Dari sudut psikologi seni dinyatakan sebagai santapan jiwa. Tanggapan
masyarakat pada zaman prasejarah menganggap seni sebagai sumber terpenting dalam
kehidupan manuia. Untuk berkomunikasi, berionteraksi dan berhubung sesama manusia.
Sama ada Seni Untuk Masyarakat yang diperjuangkan oleh ASAS 50 atau Seni Untuk
Seni yang diperjuangkan oleh Hamza , ia berkaitan dengan hasil seni yang dihasilkan
oleh seorang insan. Begitu juga dengan seni lukis.

LUKISAN

Perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa
iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu
‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan.

Beberapa buku menyatakan lukisan adalah aktiviti melukis yang menggunakan bahan
kering atau basah untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk pada sesuatu permukaan.

Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seseorang
pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan
untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ini terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk
‘Unforgettable Fire’ yang dilukis oleh pelukis amatur iaitu Yusuko Yagamata di Jepun
pada tahun 1945 menggambarkan peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

Secara langsung lukisan adalah satu disiplin seni yang boleh dikaitkan dengan keperluan
psikologi sejarah dan artistik. Hal ini terbukti bahawa pelukis perlu mempunyai tiga nilai
kerangka dalam dirinya iaitu daya visualisai, daya emosi dan daya estetika.

Sebenarnya lukisan bukanlah milik mutlak pelukis, tetapi ia adalah milik semua manusia.
Pengalaman anak-anak kecil menconteng di atas kertas atau dinding merupakan fitrah
manusia melukis sebagai meluahkan perasaan dalam bentuk visualisasi.

Ini juga ada kaitnya dengan perjumpaan lukisan-lukisan purba di gua-gua, lukisan itu
menjadi faktor penentu kepada pemujaan untuk pemburuan. Manusia zaman dahulu
menggunakan lukisan sebagai asas untuk kekuatan tumpuan mereka kepada mencari
nafkah.

Pada dinding zaman Mesir purba, lukisan dijadikan sebagai rakaman penghidupan.
Lukisan digambarkan dalam satu penceritaan komik yang bersiri untuk meninggalkan
satu dokumentasi sejarah yang gemilang.
2

Menurut Betti dan Sale (1997), secara umumnya empat kepentingan lukisan, antaranya
ialah:
a. Tujuan untuk penyelidikan, kajian dan untuk melihat sesuatu peristiwa yang sebenar,
b. Tujuan untuk merakamkan sesuatu peristiwa.
c. Tujuan sebagai alat komunikasi idea (mencari idea yang terbaik)
d. Sebagai data menyimpan memori kepada pelukis untuk menghasilkan satu karya yang
terbaik.

Karya lukisan yang dihasilkan biasanya menggunakan media jenis kering. Karya lukisan
merupakan kerja peringkat awal yang dibuat untuk menghasilkan catan. Karya lukisan
mementingkan unsur garisan untuk membentuk imej dan tidak menggunakan warna,
kecuali warna daripada alat tulis seperti pensel warna atau krayon. Lukisan biasanya
dihasilkan secara sepontan serta dapat menunjukkan keaslian dan keindividuan gaya
persembahan pelukisnya.

JENIS-JENIS LUKISAN

Lukisan Figuratif: Tertumpu kepada mengkaji dan melukis tubuh manusia atau
binatang. Pelukis perlu memahami anatomi terlebih dahulu untuk melukis. Melukis
figuratif adalah amat sukar kerana dari segi kadar bandingan adalah perkara yang
menentukan keindahan dalam karya lukisan figuratif.

Lukisan Kajian: Dilukis untuk mengkaji sesuatu benda. Misalnya kajian terhadap
tumbuh-tumbuhan maka pelukis perlu melukis sesuatu bahagian itu dengan teliti sebagai
bahan kajian. Kebiasaannya lukisan kajian lebih tertumpu kepada objek alam seperti
tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Lukisan Informasi: Adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan,


kebiasannya dalam bentuk ilustrasi atau peta. Lukisan ini memerlukan kemahiran yang
khusus dan melukis dengan cermat dan bersih.

Lukisan Teknikal: Merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan saintifik. Lukisan
teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis
dengan kadar banding yang tepat. Contoh melukis kenderaan dan alatan pengguna.

Lukisan Konseptual: Jarang sekali kedengaran. Pelukis memerlukan imaginasi yang


kuat untuk melukis sesuatu konsep yang baru. Misalnya sesebuah filem seram
memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak dalam cerita tersebut, maka
pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi.

Lukisan Artistik: Ia hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Pelukis


melukis hanya sekadar untuk mempamerkan karyanya sebagai sesebuah karya seni.
Lukisan artistik juga dibuat dalam bentuk thamnil untuk mendapatkan idea karya-karya
seni yang lain seperti arca, catan, percetakan dan sebagainya.
3

Lukisan Ilustrasi: Lukisan ilustrasi merupakan cabang lukisan tergolong dalam seni
grafik. Lukisan ini dijadikan bahan untuk penerbitan, kartun dan animasi. Pelukis
memerlukan kemahiran tertentu untuk melukis ilustrasi terutama dalam kemahiran
melukis figuratif.

ELEMEN ASAS LUKISAN

Kualiti Garisan: Garisan merupakan elemen sangat penting dalam sesebuah hasil karya
lukisan. Tanpa garisan seolah-olah ia bukan sebuah hasil lukisan sebaliknya menjadi
karya catan. Hanya dengan garisan yang bersahaja dapat membentuk imej. Misalnya
karya Sochu Suzuki bertajuk ‘Mouse’ (1980), dengan satu palitan garisan ala kaligrafi
dapat menggambarkan seekor tikus. Inilah kekuatan garisan.

Sebenarnya kualiti garisan itu bukan tertumpu kepada kekuatan pada sesuatu karya sahaja
tetapi ia boleh memberi kesan ilusi kepada kita. Contoh karya ahli teori kognitif ‘Gestalt’
menghasilkan lukisan garisan yang boleh memberi kesan ilusi kepada kita.

Kualiti garis memberi penegasan kepada subjek yang dilukis. Oleh yang demikian kajian
garisan amat penting. Garisan akan membentuk mod sesuatu karya. Sebagai contoh dua
karya yang sama temanya menggunakan bahan yang berbeza dan menggunakan teknik
garisan. Tentu mod kedua-dua karyanya tersebut yang membezakan.

Perspektif dan proposi: Perspektif merupakan asas kepada membentuk karya yang
sempurna. Pendedahan kepada nilai perspektif adalah latihan awal kepada pelukis.
Pendedahan melukis di luar studio dapat menerangkan kedudukan perspektif yang betul.
Terdapat perspektif satu titik lelap, dua titik lelap, tiga titik lelap dan perspektif pelbagai
titik lelap.

Kesan Pencahayaan: Pada umumnya karya lukisan akan lebih menarik sekiranya
pengkaryanya dapat menfaatkan kesan cahaya pada karyanya. Penggunaan kesan cahaya
dapat memberi mod pada karya di samping dapat memperjelaskan suasana pada karya
tersebut. Aspek-aspek yang penting bagi menentukan pencahayaan ialah kawasan paling
cerah, cerah, bebayang, bebayang gelap, pantulan cahaya dan bebayang objek.

Jalinan dan Gesture: Jalinan akan dibentuk melalui garisan dan kesan warna. Kesan
Gesture juga dapat membentuk jalinan yang menarik. Pelukis terkenal akan mempelajari
lukisan melalui lakaran yang bebas tetapi menampakkan imej yang hendak disampaikan.
Kesan jalinan akan dibentuk melalui garisan silang, bintit, garisan bergoris dan
sebagainya. Jalinan juga dapat membentuk kedalaman intensiti ton.

Corak dan reka bentuk: Pada umumnya corak dan reka bentuk dalam karya lukisan
adalah menjurus kepada pengadunan pengkarya dalam lukisannya. Karya Jasper Johns
bertajuk Flag (1958) sebagai contoh karya lukisan yang menekankan satu corak dan reka
bentuk. Beliau menggunakan pensil di atas permukaan kertas untuk membentuk corak
dan reka bentuk sebagai lakaran yang bersahaja tetapi mempunyai gaya persembahan
yang menarik.
4

Ruang: Pelukis yang baik akan membahagikan ruang dengan sempurna. Pelukis master
menggunakan ruang sebagai kekuatan dalam sebuah karya. Karya lukisan Cina
menggunakan ruang kelegaan sebagai identiti karya mereka. Terdapat tiga jenis ruang
yang boleh digunakan dalam penghasilan karya lukisan iaitu ruang dalam, ruang cetak
dan ruang datar. Ruang-ruang ini bergantung kepada susun atur objek yang akan dilukis.

Struktur: Untuk menghasilkan sesebuah lukisan pelukis akan menentukan struktur


bentuk terlebih dahulu. Pelukis harus diajar membentuk struktur yang betul agar lorekan
untuk membentuk imej menjadi lebih menarik. Sebagai contoh lukisan yang banyak
menggunakan struktur ialah lukisan teknik.

Bentuk: Kajian bentuk dalam sesuatu karya akan digabungkan antara perspektif, ton,
jalinan dan struktur. Pelajaran awal pelukis didedahkan dengan bentuk-bentuk geometri
seperti bulat, empat segi, kun dan sebagainya.

Media dan teknik lukisan


Media: Media kering yang sering digunakan ialah pensil, arang/charcoal, berus, pastel,
semua jenis pen, berus, conte dan pensil warna. Manakala media basah yang selalu
digunakan ialah cat air, dakwat, cat akrilik, cat minyak, cat poster dan cat tempera.

Teknik: Penekanan kepada teknik dalam pengkaryaan lukisan memerlukan latihan yang
berterusan. Antara teknik yang paling popular ialah teknik ‘Gesture’ yang menjadi satu
identiti dalam karya lukisan. Walau bagaimanapun banyak teknik boleh diterokai untuk
mendapatkan mutu karya yang baik.

Lukisan telah menjadi asas penting kepada semua kepakaran seni. Di mana ia telah
dipraktikkan sejak pra sejarah, pertengahan dan sekarang. Pada lewat abad ke-12 ia telah
meninggalkan banyak bentuk seni popular kepada seniman dan amatur.

Lukisan juga menawarkan kita saluran yang menarik untuk seni imaginasi. Lukisan boleh
menyelamatkan pengalaman menarik dan sementara ia tidak membuat perhubungan
antara peribadi dan sejagat sepenuhnya dengan jelas, lukisan boleh mempunyai
pandangan sepintas lalu ke dalam pengalaman itu. Ia boleh membangkitkan memori. Ia
boleh menjatuhkan cahaya dorongan hidup seperti kematian, percintaan, kuasa, mengejar
intelektual, kerja, impian dan emosi. Lukisan juga adalah bentuk seni yang bersifat
demokrasi yang bermaksud pelukis dapat atau mempunyai hak kebebasan dalam
menghasilkan seni. Nilai lukisan tidak sahaja untuk sesuatu yang mudah diperoleh tetapi
terhadap kerapatan kemesraannya dan potensi untuk bekerja melalui idea. Lukisan juga
boleh mempunyai kesannya dengan maksud yang lebih sederhana.

Lukisan kini dengan teguh wujud sebagai medium dalam pandangannya yang tersendiri.
Lakaran kini juga mempunyai nilai aestetik dan komersil yang memberi taraf sama
dengan catan dan arca. Konsep Renaissan tentang peraturan lakaran di dalam seni tampak
adalah dipengaruhi dengan mendalam sejak dahulu lagi. Zaman Renaissan, mempunyai
dua fungsi. Pertama melatih pelukis muda. Kedua menjadi jalan kepada kelahiran pelukis
untuk meluahkan idea sebelum karya sebenar.
5

…….. sometimes, creating image in the form of lines based on insinghts. Do not narrow
drawing just based on observation. Drawing is a visual language to communicate.

Berdasarkan kepelbagaian definisi lakaran yang diberikan oleh seniman/karyawan dan


penghayatan seni terhadap lukisan berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan keinginan
memecahkan tradisi lakaran yang konvensional ia telah membuka jalan baru kepada
seniman/karyawan untuk meneroka peluang dalam lukisan dan terhasilnya banyak
lakaran yang berdimensi baru.

PROSES PENGHASILAN LUKISAN

Untuk menghasilkan karya lukisan, penekanan kepada perkara-perkara seperti jenis


lukisan, elemen asas, media dan teknik merupakan perkara yang harus dititikberatkan.
Bagi kerja-kerja studio, pengamatan akan menumpukan kepada pemokusan objek,
komposisi dan susunan objek yang akan dilukis. Manakala di luar studio penekanan
kepada pemokusan dengan menggunakan tetingkap dan melihat dari aspek perspektif
serta pencahayaan. Aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi penekanan
antaranya ialah: ruang dan objek, subjek dan latar belakang dan saiz dan kadar banding.
Perkara-perkara ini adalah sebagai penilai kepada sesuatu karya.

CATAN

Catan merupakan hasil seni bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas
atau kanvas. Jenis bahan yang sering digunakan untuk catan ialah:
a. Cat Air. Bahantaranya air, menggunakan pengilat gam Arab; pewarna ini bersifat
lutsinar; boleh digelapkan sekiranya warna disapu beberapa kali atau tebal.
b. Cat Minyak. Bahantaranya turpentine; bahan pengilapnya ialah minyak linsid; bersifat
legap.
c. Cat Tempera. Bahantaranya air; pengilatnya ialah kuning telur; ada yang lutsinar tetapi
tidak sama seperti cat air; merupakan teknik tertua.
d. Cat Akrilik. Bahantaranya air; bersifat lutsinar dan legap.
e. Cat Gouce/Guac. Bahantaranya air, menggunakan pengilat gam Arab. Sama sepeti cat
air tetapi ia bersifat legap.
f. Cat Poster

ALIRAN-ALIRAN DAN PERKEMBANGAN SENI CATAN DI BARAT.

Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba dan ia digunakan untuk
menggambarkan kisah-kisah keagamaan.
a. Zaman Pertengahan. Aliran Seni Kristian, Seni Romantik, Seni Medievel
b. Zaman Renaissanse: Zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Aliran Romantik, Klasik,
Naturalisme
c. Zaman Baroque dan Rococo. Aliran Barroque, Dutch Painting
d. Abad ke-18. Aliran Romantisme
e. Abad ke-19. Aliran Realisme, Naturalisme, Impressionisme, Post-Impressionisme, Seni
Nouveau
6

f. Abad ke-20. Aliran Kubisme, Ekspresionisme, Fauvisme, Futurisme, Dadaisme,


Surelesme, Abstrak Ekspresionisme
g. War Art. Aliran Enviroment Art, Happenings, Seni Poo, Seni Op, Seni Minimal, Seni
Konseptual, Seni Land.

CIRI-CIRI DAN KARYA

Kiubisme: Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni
sebagai satu konsep kearah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan
permasalahan 3 dimensi dalam ruang 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah
geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga.

Ekspressinisme: Menolak cirri-ciri tradisi klasik. Seni adalah manifestasi perasaan dan
keresahan emosi pelukis. Menyingkir subjek dan objek serta menolak peniruan alam.
Penggunaan warna yang terang bagi menyampai mesej. Penggunaan warna yang
dramatik. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan bersifat organik. Kesan berus yang
kasar, kadang kala tidak menggunakan berus.

Impressionisme: Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.
Warna tidak dicampur dengan warna hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
Warna bertindih-tindih. Tidak melukis secara detail. Mementingkan keserasian
warna/cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat misalnya
pagi, petang, malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan
tentang apa yang dilukis.

Pos-Impressionis: Mencipta bentuk bukan meniru. Seni adalah kejelasan logik bukan
tentang struktur. Karya seni bukan sains tulen tetapi seni. Berlandaskan hukum
pembalikan cahaya tetapi harus memberi ruang penyataan diri.

Seni Baraque dan Rococo: Zaman ini juga dikenali sebagai zaman Renaissance Tinggi.
Baroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya
menumpukan kepada komposisi, aksi, warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna
gelap. Karya tertumpu kepada objek.

Pos-Ekspressionisme: Menumpukan kepada percubaan dan penerokaan pelukis terhadap


media dan bahan. Ciri-ciri lain sama dengan aliran ekspressionisme.

Futurisme: Mengemukakan aliran seni yang berdasarkan teknologi. Dinamik.


Pergerakan yang dinamik.

Surealisme: Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah
sedar minda pelukis. Imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan
tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan kesan misteri. Objek
diletakkan pada tempat-tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantumkan.
7

Dadaisme: Kumpulan perantaran antar aliran futurisme dengan surealisme. Konsep tanpa
kongkongan. Tidak menitikberatkan tradisi penghasilan seni semata-mata. Seni adalah
medium untuk melepaskan perasaan. Berpegang kepada konsep ‘kemusnahan juga
merupakan penciptaan’.

Seni Pop: Berasaskan kepada persekitaran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi
kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan
populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop
terkenal juga dengan panggilan New Realist. Ciri-ciri yang penting dalam karya Pop
ialah ialah warna yang terang pada permukaan yang berbidang besar. Konsep New
Realist merupakan kebangkitan kehidupan moden yang mirip kepada kesesuaian zaman
sains dan teknologi.

PEMAHAMAN DAN KRITIKAN SENI

Kritikan seni terrhadap karya seni visual (kraf tradisi, kraf dimensi baru, lukisan, catan,
arca, cetakan, grafik, tekstil, seramik, seni industri fesyen, fotografi, seni logam halus,
seni reka hiasan dalaman, seni landskap , multimedia dan animasi) dapat membantu dan
menyumbang kepada pembentukan persepsi dan apresiasi seni visual.

Kemahiran dalam membuat kritikan seni bertujuan untuk mengembangkan lagi persepsi
dan apresiasi seseorang serta membuat pertimbangan dan penilaian sesuatu karya seni
visual.

Aspek-aspek kritikan karya seni visual:

Setiap karya seni visual dikaji dari aspek berikut:

Hal benda: Mengenal pasti pelbagai hal benda (figura, objek alam, objek buatan manusia
dll) yang digunakan dalam karya seni visual. Memahami penampilan imej dalam karya
seni visual dalam konteks aliran dan stail yang berbeza. Memahami dan membezakan
imej realistik, abstrak dan non-objektif dalam karya seni visual.

Komposisi: Mengenalpasti asas seni reka yang terdapat dalam setiap karya seni visual.
Mengkaji penggunaan asas seni reka sebagai bahasa seni visual dan memahami sifat-sifat
ekspresif asas seni reka dalam menyatakan maksud. Memahami bagaimana asas seni reka
diolah dan diadun dalam sesuatu hasil karya seni. Mengkaji penggunaan pelbagai media
dan teknik untuk hasilkan kesan ekspresif dalam karya seni visual.

Kandungan: Memahami pelbagai tema yang menjadi pilihan bagi menyampaikan


maksud dan pengertian dalam karya seni visual. Mengkaji makna, mesej, idea dan fungsi
yang disampaikan melalui karya seni visual

Aspek-aspek tersebut di atas biasanya dikaji dalam konteks kualiti estetik dari segi
imitationalisme (Literal quality), formalisme (Formal qualities) dan emosionalisme
(expressive qualities).
8

.
Pendekatan Kritikan Seni
Jurnalistik: Laporan, penerangan dan penulisan diskriptif (seperti pameran seni di
galeri) yang disiarkan dalam surat khabar, majalah, radio dan televisyen untuk
bacaan/pengetahuan umum

Ilmiah: Penulisan terperinci dan in-depth dibuat secara intepretif yang disiarkan dalam
jurnal dan majalah, laporan dalam seminar dan konferensi.

Strategi Kritikan Seni

Diskripsi: Membuat inventori melalui pemerhatian, tentang imej, benda subjek dan
penggunaan unsur seni dalam karya seni visual.

Analisis: Mengkaji dari segi organisasi hasil seni dibuat-bagaimana prinsip seni
digunakan dalam menyusun unsur seni untuk menghasilkan kesatuan dalam karya seni
visual.

Interpretasi: Mengkaji kualiti ekspresif (perasaan, mood dan idea) yang disampaikan
melalui karya seni visual bagi menterjemahkan maksud dan makna.

Pertimbangan: Membentuk pendapat dan membuat keputusan bagi menentukan darjah


artistik / dergree of artistic merit dalam hasil karya seni.

@Kritikan seni yang dibuat mengikut empat strategi di atas adalah satu sistem yang
berstruktur dan teratur. Secara urutan, diskripsi merupakan peringkat muda dalam
kritikan seni dan pertimbangan berada di peringkat kompleks menggunakan domain
kognitif aras tinggi.Setiap strategi itu boleh dijalin dan digunakan secara fleksible
mengikut kemampuan pelajar.

PERKEMBANGAN SENI LUKIS DI MALAYSIA

Tahun 1930-an dan 1940-an


Seni halus (lukisan, catan, cetakan, arca dll) bermula pada tahun 1930-an dengan
terciptanya catan awal oleh Yong Mun Sen, Abdullah Ariff. Pelukis Malaysia bebas
daripada sebarang kongkongan kerana belum terdedah kepada aliran dari barat.
Pendedahan hanya tertumpu kepada penghasilan rakan seperjuangan. Karya mereka
mentah dan tidak halus kerana tiada bimbingan.

Tahun 1950-an
Awal tahun 1950-an, Malaysia mula mempunyai pelukis yang berkedudukan dan
dedikasi seperti Yong Mun Sen, Abdullah Ariff, Cheong Soo Pieng, Khaw Sia. Alam seni
halus Malaysia masih suram dan kurang memberangsangkan. Ketibaan Mohammed
Hoessein Enas dari Indonesia telah membawa era baru dalam aliran naturalis dengan
melukis figura manusia kepada pelukis tempatan.Tay Hooi Keat yang baru pulang dari
9

United Kingdom memperkenalkan asas seni lukis seperti bentuk, garisan, rupa, warna,
jalinan dan sebagainya.

Tahun 1960-an
Era 1960-an dikatakan merupakan penghasilan karya yang matang dari pelukis-pelukis
Malaysia. Pelukis-pelukis bukan sahaja menganut aliran impresionis malah lebih berani
dalam aliran ekspresionis, pop, konseptual, op dan lain-lain.

Tahun 1970-an
Pelukis seperti Redza Puyadasa, Sulaiman Haji Esa, Chong Kam Kow, Tan Teong Eng
dan Joseph Tan telah menggegarkan dunia seni lukis tempatan dengan ungkapan-
ungkapan yang mencabar.Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat
yang dipelopor oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck Kan telah menjadi
ikutan. Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan baru dalam lukisan.Karya
catan masa ini mengandungi nilai ikon dengan tegasan monolitik.

Tahun 1980-an
Awal tahun1980-an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan
munculnya catan pemandangan yang naïf, sambungan akademik aliran realisme dan
karya-karya yang berprinsipkan mitos dan legenda yang kaya di rantau ini. Terdapat juga
pelukis yang mendekatkan diri kepada subjek-subjek yang berkaitan dengan keadaan dan
peristiwa yang berlaku dalam negara, warisan budaya serantau, sosial dan politik yang
berkontekskan Islam.
KARYA PILIHAN PELUKIS MODEN MALAYSIA
NO NAMA PELUKIS TAJUK KARYA MEDIA
1 Ismail Mustam Tanpa Tajuk , 1966 Cat Minyak
Hang Tuah dan Hang Jebat , 1961 Cat Minyak
2 Dzulkifli Buyong Kapal Kertas , 1966 Kapur Pastel
Membakar Semut , 1967 Kapur Pastel
Kelambu , Kapur Pastel
3 Cheong Laitong Memujuk , 1957 Cat Minyak
Bermain Gasing , 1958 Cat Minyak
4 Peter Harris Rumah Rakit-Kuala Lipis , 1956 Cat Guac
5 Chuah Thean Teng Di Tepi Pantai , 1958 Lilin & Pewarna
Musim Buah , 1968 Lilin & Pewarna
6 Mohd. Hoessein Enas Mengutip Daun Tembakau , 1962 Cat Minyak
Potret Diri , 1954 Kapur Pastel
Nobat , 1962 Cat Minyak
7 Ibrahim Hussein Pak Utih , 1967 Cat Minyak,
Akrilik, Bahan
Kekecohan , 1969 Campuran
Cat Akrilik
8 Tay Hooi Keat Pemandangan Pohon , 1961 Campuran Cat Air,
Dakwat, Cat
Jalan Pinang , 1957 Minyak
Cat Minyak
10

9 Yong Mun Sen Rumah Atap di Tepi Pantai , 1960 Cat Air
Pokok-pokok Kelapa , 1951 Cat Air
10 Abdullah Ariff Coconut Plantation-Dawn , 1948 Cat Air
Bumi Bahagia Lombong Bijih Cat Air
Timah Malaya , 1960
11 Zakariah Noor Bunga-bunga Ros dan Al-Quran Cat Minyak
12 Yeoh Jin Leng Sawah Padi Cat Minyak
13 Syed Ahmad Jamal Umpan Cat Air
Gunung Ledang Cat Minyak
14 Abdul Latif Mohidin Pago-pago Cat Minyak
15 Patrick Ng Kah Onn Menjemur Kain , 1961 Gouce
16 Mazli Mat Som Yati , 1964 Pastel
17 Nik Zainal Abidin Wang Kulit Kelantan , 1959 Cat Minyak
18 Redza Piyadasa Keluarga Baba , 1986 Media Campuran
19 Nirmala Vietnam 11 , 1980 Akrilik
Shanmughalingam
20 Ismail Zain Ruang Catan , 1970 Akrilik
21 Mohd. Salehuddin Membeli Belah Di Kampung , Cat Minyak
1959
22 Syed Tajuddin Merdeka , 1974 Cat Minyak

Tempat peragaan karya lukisan biasanya terletak di galeri, balai seni, dewan, lobi, dan
ruang legar. Sebelum bahterah ini dilayarkan apa kata kita singgah sejenak di Balai Seni
Lukis Negara yang telah dibuka dengan rasminya oleh Y.T. M Almarhum Tunku Abdul
Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama pada 27 Ogos 1958 untuk menyingkap
perkembangan seni lukis yang telah berlaku di Malaysia.
Soalan Wawancara Dengan Pelukis.
Orang kata Tak Kenal Maka Tak Cinta. Apa kata kita adakan wanwancara dengan……
1. Tempat dan tarikh kelahiran.
2. Pendidikan kat mana.
3. Bila menceburi bidang lukisan.
4. Aliran apa.
5. Media apa yang selalu guna- cat air, cat minyak dll
6. Pernah adakan pameran.
7. Hadiah/Anugerah yang pernah dimenangi
8. Lukisan yang terkenal: Tajuk, Tarikh, Media apa, Tema, Gaya, Nilai
9. Pelukis idola
10. Jawatan-jawatan yang pernah disandang.
11. Di mana boleh dapatkan/beli lukisannya.
12. Kebanyakan lukisannya ada kat mana.
Dengan wujudnya begitu banyak institut pendidikan seni di Malaysia bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan, diharap tidak lama lagi kita dapat melahirkan pelukis yang
mempunyai nilai modal insan yang tinggi, berfikiran kelas pertama yang dapat
menghasilkan lukisan yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk dihayati oleh
masyarakat marcapada. Sekian. Trema kaseh! Majulah Seni Untuk Negara.
NUKILAN: KTB.
11

You might also like