You are on page 1of 20

TEGASAN TERUS

C 2007 / UNIT 7/ 1

HUKUM HOOKE

OBJEKTIF AM :

 Memahami tegasan, terikan dan konsep ‘Hukum Hooke’ untuk


mendapatkan nilai-nilai modulus keanjalan dan melakar graf.

OBJEKTIF KHUSUS:

Di akhir unit anda sepatutnya dapat :-

 Menyatakan Hukum Hooke.


 Menerangkan sifat-sifat mekanikal bahan iaitu mulur, anjal,
plastik dan rapuh.
 Mentakrifkan Modulus Keanjalan
 Mengira nilai Modulus Keanjalan sesuatu bahan dengan
melakar ‘graf beban melawan pemanjangan’ dan ‘graf tegasan
melawan terikan’.
 Melabelkan pada graf di atas titik-titik takat anjal, takat alah,
tegasan maksimum dan takat gagal.
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 2

INPUT 7 HUKUM HOOKE

7.0 PENGENALAN

Daripada unit yang lepas, diketahui bahawa apabila sesuatu jasad dikenakan
beban, ia akan mengalami ubahbentuk. Persoalannya, apakah yang akan terjadi
pada jasad tersebut sekiranya beban dibuang/dilepaskan? Terdapat teori yang
telah dibuat oleh Robert Hooke pada tahun 1678 mengenai persoalan ini. Ia
dinamakan sebagai ‘Hukum Hooke’.

Difinisi Hukum Hooke:

 Hooke menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kembali kepada panjang asal
setelah beban yang dikenakan, dialihkan daripadanya selagi ia berada dalam
had anjal.

 Hooke menyatakan jika bahan dibebankan dengan tidak melebihi had anjal,
maka ubahbentuk berkadar terus dengan beban.
@

l  P

Oleh kerana beban berkadar terus dengan tegasan dan pemanjangan berkadar
terus dengan terikan; maka tegasan berkadar terus dengan keterikan.

Tegasan ()  Terikan ( )

Hukum Hooke sah dengan syarat-syarat berikut;

 Pembebanan paksi.
 Keratan rentas jasad adalah tetap/seragam.
 Bahan jasad adalah homogenos (sifat bahan yang sekata pada keseluruhan
jasad).

7.1 SIFAT MEKANIKAL BAHAN


TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 3

Apabila suatu bahan dikenakan daya tegangan beberapa sifat dapat dikenal pasti
iaitu:

Mulur
Ia merujuk kepada suatu bahan yang mempunyai pemanjangan tinggi .

Anjal
Ia merujuk kepada keadaan bahan yang kembali kepada panjang asal apabila
beban ditanggalkan darinya.

Plastik
Kebolehan sesuatu bahan mengalami pemanjangan yang berlebihan apabila
ditegangkan.

Rapuh
Bahan rapuh iaitu bahan yang mengalami pemanjangan yang rendah sebelum
patah tanpa sebarang amaran.

7.3 MODULUS KEANJALAN

Pemalar dalam persamaan Hukum Hooke disebut sebagai Modulus Keanjalan.


Ia juga dikenali sebagai Modulus Kekenyalan atau Modulus Young,

Modulus keanjalan adalah nisbah di antara tegasan dan terikan.

Simbolnya E dan unitnya N/mm2 , kN/mm2, N/m2, kN/m2 etc.

Tegasan
E =
Terikan


E=

P 
Menggantikan  = dan  = ,
A L
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 4

Maka ;

PL
E=
A

Jadual 7.1 menunjukkan nilai Modulus Young yang lazim bagi bahan terbabit;

Bahan Modulus Young (GN/m2)


Keluli 200 – 220
Aluminium 60 - 80
Kuprum 90 – 110
Kayu 10
Jadual 7.1: Nilai Modulus Young

Nilai modulus ini menunjukkan kekuatan bahan kerana nilai yang tinggi
menunjukkan graf tegasan- terikan yang tinggi. Oleh itu beban yang tinggi
diperlukan untuk menghasilkan pemanjangan yang sama.

GRAF TEGASAN Vs TERIKAN

Tegasan

Terikan

Kecerunan graf adalah nilai Modulus Young

Rajah 7.2: Graf Tegasan Vs Terikan


TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 5

7.4 NILAI MODULUS KEANJALAN DARI GRAF

Sifat-sifat mekanikal sesuatu bahan ditentukan dengan melakukan ujian ke atas


sampel bahan tersebut. Rajah 7.3 menunjukkan ujian tegangan piawai, dijalankan
ke atas bar bulat yang mempunyai keratan rentas seragam dalam sebuah mesin
ujian tegangan. Mesin ini membolehkan daya paksi dikenakan ke atas bar yang
diuji .

Satu contoh bar yang akan diuji disediakan mengikut dimensi tertentu dan
dipasang pada mesin ujian tegangan. Beban ditingkatkan sedikit demi sedikit
sehingga bar contoh ini patah. Beban yang dikenakan dan pemanjangan yang
berlaku dicatitkan. Graf ‘beban melawan pemanjangan’ dihasilkan dan keputusan
ujian ditunjukkan seperti dalam rajah 7.4 .

Tolok

Sampel
bahan

Rajah 7.3 : Ujian Tegangan


TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 6

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

Cerun, m =

Beban, P =

Pemanjangan, 

Rajah 7.4 : Graf Beban Vs Pemanjangan

PL
Modulus Young, E = Dimana,
A

P L A = luas keratan rentas sampel


E= x
 A L = panjang sampel
P
L = kecerunan graf, m
E=m x 
A
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 7

7.5 KEDUDUKAN SIFAT BAHAN DARI GRAF

Rajah 7.5 menunjukkan keputusan ujian tegangan bagi bar keluli lembut.
Keterangan mengenai graf ini adalah seperti berikut.

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

D
Beban, P B
A E
C

Pemanjangan, 

Rajah 7.5 : Lengkung Tegasan – Terikan Keluli Lembut

A ialah Takat Anjal


Iaitu takat akhir bahan mematuhi Hukum Hooke

B ialah Had plastik


Had di mana bahan mula bersifat plastik hingga ia gagal dan tidak lagi mematuhi
Hukum Hooke

C ialah Takat Alah


Had alah iaitu pemanjangan berlaku tanpa peningkatan beban.

D ialah Beban Maksima


Beban maksimum yang dikenakan dan bahan mengalami pemanjangan yang
kritikal hingga ia gagal di titik E

E ialah Takat Putus


Bahan mengalami kegagalan
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 8

7.6 MENGIRA MODULUS KEANJALAN DARI UJIAN TEGANGAN

PENYELESAIAN Mengira tegasan dan peratus peubahan panjang dari data ujikaji
MASALAH 7 a

Keputusan berikut diperolehi daripada satu ujian tegangan.

Garispusat contoh = 10mm


Panjang tolok = 50mm
Beban maksimum = 40 kN
Panjang akhir = 58.88mm
Garispusat leher = 7.7 mm

Tentukan ;
a) Tegasan muktamad
b) Peratus pemanjangan

Penyelesaian

Beban maksimum
a) Tegasan muktamad =
Luas asal

40
= 
10  2
4

= 0.509 kN/mm2

= 509 N/mm2 #

Perubahan panjang
b) Peratus pemanjangan = X 100
Panjang asal

58.88  50.0
= x100
50

= 17.76 % #
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 9

Mengira modulus young dan perubahan bentuk dari data ujikaji


PENYELESAIAN
MASALAH 7 b

Semasa ujian tegangan ke atas satu contoh, keputusan pada jadual 7.6 dihasilkan.

Beban (kN) 5 10 15 20 25 30

Pemanjangan 40 78 117 157 197 237


x 10-3mm

Jadual 7.6 : Data Beban-Pemanjangan

Berikut merupakan data contoh bahan yang diuji:


Garispusat asal = 12.5 mm
Panjang tolok = 200mm
Garispusat akhir = 8.0 mm
Panjang akhir = 260mm
Tentukan:
a) Modulus Young
b) Peratus pemanjangan
c) Peratus pengurangan luas

Penyelesaian

Tips…
 Graf dilukis pada kertas graf.
 Pilih skala yang bersesuaian.
 Sambungan titik adalah kepada garisan linear yang paling banyak
menghubungkan titik-titik.
Beban (kN)

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

Dari graf:
30

y1 = 6.5
20

y2 = 19
10

x1= 50

x2 = 150

0 50 100 150 200 250


Pemanjangan (x 10-3 mm)
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 10

y 2  y1
(a) Kecerunan graf, m =
x 2  x1

19  6.5
=
(150  50) x10 3
= 125 kN/mm

L
 Modulus keanjalan, E = m x
A

200
= 125 x  (12.5 2 )
4

= 203.72 kN/mm2#

(b) Peratus pemanjangan = Perubahan panjang


X 100
Panjang asal

260  200
= x100
200

= 30%#

Pengurangan luas
(c ) Peratus pengurangan luas = X 100
Luas asal


12.5 2    8 2
= 4 4 x100

12.5 2

385.53  50.27
= x100
385.53

= 86.96 %#
PENYELESAIAN
MASALAH 7 c
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 11

Mengira modulus keanjalan dari data ujikaji

Satu sampel bahan diuji dengan ujian tegangan dan menghasilkan data tegasan –
terikan seperti pada jadual 7.7. Plotkan graf tegasan melawan terikan dan
tentukan modulus keanjalan bahan tersebut. Adakah anda kelaskan bahan ini
sebagai rapuh atau mulur?

Tegasan
(MPa) 8.0 17.5 25.6 31.1 39.8 44.0 48.2 53.9 58.1 62.0 62.5

Terikan
(x 10-3) 3.2 7.3 11.1 12.9 16.3 18.4 20.9 26.0 33.1 42.9 patah
Jadual 7.7 : Data Tegasan - Terikan

Penyelesaian

GRAF TEGASAN Vs TERIKAN

Tips….
Tegasan (MPa)

 Plot graf di atas kertas graf.


 Sambungan titik adalah kepada garisan
linear yang paling banyak menghubungkan
60

titik-titik.
 Kecerunan dikira pada bahagian lelurus
graf..
50

 Kecerunan graf tegasan-terikan adalah nilai


modulus keanjalan.
40

(a) Modulus keanjalan


30

= kecerunan graf, m
y 2  y1
20

=
x 2  x1
10

( 24  5)10 6
=
(10  2)10 3

= 2.4 GPa#

(b) Rapuh (pemanjangan


yang rendah sebelum
patah dan tidak
memberi amaran.

0 10 20 30 40 50
(Terikan x 10-3)
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 12

PENYELESAIAN
MASALAH 7 d Mengira modulus keanjalan dan tegasan maksimum dari data ujikaji

Satu ujian tegangan ke atas spesimen, memberi keputusan seperti pada jadual 7.8;

Panjang tolok = 250 mm


Garispusat asal = 25mm
Garispusat akhir = 18.6 mm

Beban (kN)
20 60 100 140 160 170 172 176 178
Pemanjangan
X 10-3 mm 50 160 260 360 410 440 470 550 720

Beban (kN)
180 190 220 240 257 261 242 229
Pemanjangan
X 10-3 mm 760 900 1460 1990 3120 4500 5800 5850
Jadual 7.8 : Data Beban - Pemanjangan

Dengan melukis ‘graf beban – pemanjangan’;

Tentukan:
a) Modulus Young
b) Tegasan maksimum
c) Takat alah

Penyelesaian

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

300
250
Beban (kN)

200
150 Takat alah
100
50
0
1 773 1545 2317 3089 3861 4633 5405
Pemanjangan x 10-3 (mm)
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 13

Dari plotan graf diperolehi:-


y 2  y1
(a) Kecerunan graf, m =
x 2  x1

135  40
=
(350  100)10 3
= 380 kN/mm

L
 Modulus keanjalan, E = m x
A

250
= 380 x  (25 2 )
4
= 193.53 kN/mm2 @ 194 GN/m2

(b) Tegasan maksimum = Beban Muktamad

Luas
261
=  (25) 2
4

= 0.532 kN/mm2

(c) Takat alah = rujuk graf

Menentukan kecerunan pada graf,


mungkin memberi jawapan yang
sedikit berbeza; bergantung kepada
ketepatan plotan graf.

SEKIRANYA TELAH BERSEDIA, ANDA BOLEH


MENCUBA SOALAN-SOALAN AKTIVITI YANG
DISEDIAKAN BERIKUTNYA.
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 14

AKTIVITI 7

 SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA,


SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.
 SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA.

7.1 Huraikan istilah berikut

a. Had anjal
b. Had plastik
c. Mulur
d. Rapuh

7.2 Takrifkan Hukum Hooke dan Modulus Keanjalan

7.3 Berdasarkan graf beban-pemanjangan (rajah 7.9) bagi keluli lembut, labelkan
had-had penting yang ditandakan.

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

(A) ________

B D (B) ________
Beban, P A E
C (C) ________

(D) ________

(E) ________
Pemanjangan, 

Rajah 7.9 : Graf Keluli Lembut


TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 15

7.4 Isikan tempat kosong.

a) Hukum Hooke sah dengan syarat bahan bagi jasad/spesimen adalah __________.

b) Nilai modulus keanjalan menunjukkan __________ sesuatu bahan.

c) Graf tegasan-terikan bagi sesuatu spesimen yang diuji dengan ujian tegangan akan
berkadar terus selagi ia berada dalam takat _____________.

d) Kecerunan ‘graf beban-pemanjangan’ memberi nilai ____________.

7.5 Keputusan berikut diperolehi daripada satu ujian tegangan.

Garispusat contoh = 12mm


Panjang tolok = 55mm
Beban maksimum = 30kN
Panjang akhir = 58.88mm
Garispusat leher = 8.4mm

Tentukan ;
a) Tegasan muktamad
b) Peratus pemanjangan
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 16

MAKLUMBALAS AKTIVITI 7

Jawapan 7.1

Had anjal
Iaitu takat akhir bahan mematuhi Hukum Hooke. Pada Had anjal bahan akan kembali
kepada panjang asal sekiranya beban dialihkan dari bahan.

Had Plastik
Had di mana bahan mula bersifat plastik hingga ia gagal dan tidak lagi mematuhi Hukum
Hooke

Mulur
Ia merujuk kepada suatu bahan yang mempunyai pemanjangan tinggi .

Rapuh
Bahan rapuh iaitu bahan yang mengalami pemanjangan yang rendah sebelum patah tanpa
sebarang amaran.

Jawapan 7.2

Hukum Hooke menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kembali kepada panjang asal
setelah beban yang dikenakan dialihkan daripadanya.

Modulus keanjalan adalah nisbah diantara tegasan dan keterikan.


TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 17

Jawapan 7.3

A ialah Takat Anjal

B ialah Had plastik

C ialah Takat Alah

D ialah Beban Maksima

E ialah Takat Putus

Jawapan 7.4

a) Seragam /homogenos c) Takat anjal

b) Kekuatan d) Modulus keanjalan

Jawapan 7.5

a) 265.3 N/mm2

b) 7.05%

______________________________________________________________________________________
SEKIRANYA ANDA TELAH YAKIN , ANDA BOLEH MENCUBA
PENILAIAN KENDIRI BERIKUTNYA.
ANDA DIGALAKKAN MEMBUAT RUJUKAN TAMBAHAN
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 18

PENILAIAN KENDIRI

1. Satu ujian tegangan telah dijalankan ke atas sebatang contoh keluli lembut.
Jadual 7.10 adalah data keputusan ujian tersebut.

Beban 3 6 9 12 15 18 21
(kN)
Pemanjangan 0.2 0.4 0.6 0.8 1.0 1.3 1.7
(mm)
Jadual 7.10 : Data Beban - Pemanjangan

Panjang contoh = 3.5m


Luas keratan rentas = 250mm2

(i) Plotkan ‘graf tegasan-terikan’.


(ii) Nyatakan tegasan pada takat anjal.
(iii) Dengan berpandukan kepada graf, kirakan modulus keanjalan.

2. Semasa ujian tegangan ke atas satu sampel, keputusan pada jadual 7.11
diperolehi.

Tegasan x 103
(kN/m2) 12 24 36 48 60 72 84

Keterikan x 10-5
5.7 11.4 17.1 22.9 28.6 48.6
37.1

Jadual 7.11: Data Tegasan - Terikan

Panjang contoh = 200 mm


Panjang akhir = 260 mm
Garispusat asal = 12.5 mm
Garispusat akhir = 8.0 mm

Tentukan ;

a. Modulus Young
b. Tegasan anjal
c. Peratus pemanjangan
d. Peratus pengurangan luas
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 19

3. Data pada jadual 7.12 menunjukkan keputusan dari satu ujikaji contoh bahan
berukuran keratan rentas 15mm x 6mm dan jarak tolok 100mm. Tentukan
modulus keanjalan bahan tersebut.

Beban 0.25 0.50 0.75 1.0 1.25 1.50 1.75


(Mg)
Pemanjangan 0.033 0.074 0.112 0.151 0.192 0.230 0.272
(mm)

2.00 2.25 2.50 2.75 3.00 3.25 3.26 3.27

0.312 0.350 0.40 0.45 0.521 0.62 0.95 Gagal

Jadual 7.12 : Data Beban - Pemanjangan

4. Satu ujian tegangan dijalankan pada satu contoh bahan memberi keputusan seperti
pada jadual 7.13.

Panjang contoh = 250 mm


Garis pusat asal = 25 mm
Garispusat akhir = 18.6 mm

Beban
(kN) 2.5 5.0 7.5 10.0 12.5 15.0 17.5 20.0 22.5 25.0 27.5

Pemanjangan
( x 10-3 mm ) 18.75 40.0 62.5 82.5 103.0 125.0 146.0 168.0 190.0 212.5 235.0

30.0 32.5 35.0 37.5 38.5 39.5 40.0 40.5

257.5 281.5 315.0 350.0 390.0 512.5 660.0 875.0

Jadual 7.13 : Data Beban - Pemanjangan

Dengan melukis ‘graf beban melawan pemanjangan’ tentukan Modulus Young


bahan tersebut. Kirakan peratus pengurangan luas bahan tersebut dan tandakan
had-had yang penting pada graf.
TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 20

- SELAMAT MENCUBA -

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1

Tegasan pada takat anjal = 60 x 103 kN/m2


Modulus keanjalan = 209.79 GN/m3
Jawapan 2

E = 74.17 GN/m2

Jawapan 3

E = 70.4 kN/mm2

Jawapan 4

a. E = 209.79 GN/m2

b. 44.65 %

___________________________________________________________
SEKIRANYA ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAB DENGAN
BETUL, MARILAH BERALIH KE UNIT 8

You might also like