You are on page 1of 29

Skrip Suatu Majlis Rasmi

Kandungan
Isi Kandungan Muka Surat

1.0 Pengumuman Ketibaan Tetamu


Kehormat (VVIP).

2.0 Lafaz Pembukaan

3.0 Kata alu-aluan Pengacara Majlis.

3.1 Kata sapaan untuk VVIP dan VIP

3.2 Makluman ringkas tentang majlis

4.0 Bacaan Doa

5.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi


Jawatankuasa Penganjur Majlis.

6.0 Ucapan Perasmian Oleh Tetamu


Kehormat/Perasmi (VVIP).

7.0 Penyampaian Cenderamata.

8.0 Pengumuman Tetamu Kehormat (VVIP)


meninggalkan majlis.

9.0 Pemberitahuan Penangguhan majlis

0
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
KARNIVAL SUKAN FAKULTI BAHASA
MODEN DAN KOMUNIKASI
KALI KE-10 TAHUN 2009

AHAD, 8 MAC 2009


2.00 PETANG
PADANG UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
==============================================

Skrip majlis Rasmi

Mohon perhatian hadirin sekalian. Bagi memastikan kelancaran majlis yang akan
bermula sebentar lagi, perkara-perkara berikut diminta diberi perhatian.

Para hadirin diminta mematikan talian telefon bimbit atau menukar bunyi telefon
bimbit ke mod senyap.

Para hadirin di minta duduk ditempat yang telah disediakan sementara menanti
kehadiran VVIP. Terima kasih.

1
1.0 Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat (VVIP).

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Prof Datuk Dr. Nik Mustafa Bin
Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia diiringi oleh Prof Datin paduka
Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,
Prof. Dr. Azali Mohamad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Prof. Dr. Tai Shzee Yew, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan
Masyarakat.

VVIP mengambil tempat di Pentas Utama Astaka.

2.0 Lafaz Pembukaan.

Belayar bahtera di hujung pekan,


Membawa jamu di malam hari,
Selamat sejahtera kami ucapkan,
Kepada tetamu anggun bistari.

3.0 Kata alu-aluan Pengacara Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seluruh warga Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi di Universiti Putra


Malaysia berasa amat berbesar hati dan bertuah serta mengalu-alukan

2
kehadiran Yang Berberbahagia Prof Datuk Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib
Canselor, Universiti Putra Malaysia, ke Majlis Perasmian Pembukaan Karnival
Sukan fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi.

3.1 Kata sapaan untuk VVIP dan VIP

Yang Berbahagia, Prof Datuk Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor,
Universiti Putra Malaysia.

Yang Berbahagia, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Cancelor
(Akademik dan pengantarabangsaan)

Yang Berbahagia, Prof Dr. Azali Bin Mohamad, Timbalan Naib Cancelor (Hal
Ehwal Pelajar & Alumni)

Yang Berbahagia, Prof Dr. Tai Shzee Jew, Timbalan Naib Cancelor (Jaringan
Industri dan Masyarakat)

Yang Berusaha, Prof Dr. Che Ibrahim Salleh, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi.

Yang dihormati Dekan-Dekan Fakulti,

Timbalan – Timbalan Dekan Fakulti,

Pengarah-pengarah Pusat,

Ketua-ketua Jabatan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi,

Profesor- profesor,

3
Pensyarah-pensyarah,

Dan seterusnya dhif-dhif kehormat,


dhif-dhif jemputan,
para pelajar,
serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Sungguh kawan bijak bistari


Lebih manis jika bersama
Kehadiran tuan amat disanjungi
Membuat majlis lebih bermakna.

3.2 Makluman ringkas tentang majlis.

Yang Berberbahagia, Prof Datuk Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor,
Universiti Putra Malaysia serta hadirin yang dihormati.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA, dapat
kita sama-sama berhimpun di dalam satu majlis yang sangat bermakna ini,
bersempena dengan Majlis Perasmian Pembukaan Karnival Sukan Universiti
Putra Malaysia 2009.

Majlis ini lebih bererti dan berseri dengan kehadiran Yang Berberbahagia Prof
Datuk Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia,
Timbalan-Timbalan Naib Canselor, dan para tetamu sekalian.

Untuk makluman Yang Berbahagia Datuk dan hadirin sekalian, Karnival Sukan
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, merupakan
satu agenda tahunan bagi Fakulti bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti

4
Putra Malaysia. Antara objektif Karnival Sukan ini diadakan adalah bagi
merapatkan hubungan silaturahhim antara warga Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, membina semangat bekerjasama berpasukan antara warganya dan
juga untuk membentuk sahsiah diri seluruh warga Fakulti Bahasa Moden Dan
Komunikasi. Di samping itu, ia juga dapat merealisasikan impian agar warga
fakulti tidak hanya gah didalam bidang akademik sahaja tetapi cemerlang juga
dalam bidang sukan.

Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi ini telah mula
diperkenalkan pada tahun 2000. Pada peringkat permulaan penubuhannya,
Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi ini telah diadakan di
Padang Universiti Putra Malaysia dengan mempertandingkan sebanyak 12
acara. Bermula pada tahun 2002, pihak pengurusan fakulti telah menambah
bilangan acara kepada 13, dan bilangan ini terus meningkat kepada 15 acara
dalam pada tahun 2004.

Seterusnya pada tahun ini, Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi telah mempertingkatkan kemahirannya dalam bidang sukan serta
kokurikulum lainnya. Karnival kali ini akan mempertandingkan sebanyak 20
acara dalam pelbagai acara antaranya acara sukan, kawat kaki dan kebudayaan.
Adalah diharapkan dengan Karnival ini, ia dapat mengeratkan perhubungan
dalam kalangan warga Fakulti Bahasa Moden dan komunikasi serta melahirkan
golongan pelajar yang berdaya maju dalam arus gelombang era globalisasi.

4.0 Bacaan Doa.

Tak tahu jalan tengoklah peta


Jangan cepat tergesa-gesa,
Tangan ditadah doa dipinta
Memohon berkat dari yang Esa

5
Bagi memberkati lagi majlis kita pada petang yang berbahagia ini,dijemput al-
fadhil Ustaz Awang bin Abdul Rahman, Pensyarah Bahasa Arab di Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi, untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Bacaan Doa

Assalamualaikum.

Al-Fatihah….

‫الذلَِّة‬
ِّ ِ‫ض ى ب‬ ِ ِ ِ ِ َّ ِ‫ِهلل الَّ ِذى جعل النَّصر والْ َفوز ل‬ ِ ‫اَحْل م ُد‬
َ َ‫لسالكنْي َ ُسبُ َل اهْل َدايَة َوق‬ َ ْ َ َْ َ َ َ ْ َْ
.‫َواهْلََو ِان َعلَى َم ْن َح ِاد َع ْن طَ ِريْ ِق احْلَ ِّق إِىَل اْلغِ َوايَِة‬
‫وص ْحبِ ِه‬ ِِ ِ ِ ِ
َ ‫السالَ ُم َعلَى أَ ْشَرف اْألَنْبِيَاء َواْملُْر َسلنْي َ َو َعلَى ءَاله‬ َّ ‫الصالَةُ َو‬
َّ ‫َو‬
ِ
َ ‫ أَمْج َعنْي‬.
 
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kami 
menzahirkan kesyukuran kami, kerana dengan limpah kurniamu ya Allah, dapat
kami berkumpul pada hari ini, sempena Majlis Perasmian Pembukaan Karnival
Sukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi kali ke-10, 2009. Kami berhimpun
pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup dengan perkara-
perkara yang bermanfaat dan membentuk sahsiah diri kami dengan segala
aktiviti yang akan dijalankan. Sesungguhnya tiada apa yang mampu kami
lakukan tanpa izinMu.

6
‫اَللَّ ُه َّم يَا َرمْح ُـن يَا َر ِحْي ُم‬

Pada hari ini, kami memohon kepada-Mu ya Allah, supaya Engkau


kurniakan kepada kami jiwa yang mantap, iman yang teguh, khususnya
dikalangan remaja dan belia kami. Peliharalah kami dari terlibat dalam apa jua
unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat dan
negara.
 
 

‫اَللَّ ُه َّم يَا مَحِ ْي ُد يَا جَمِ ْي ُد‬


Jadikanlah kami golongan yang bijaksana, berwibawa dan
berkemampuan, untuk membantu melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
serta, saling bekerjasama dalam menjalankan kerja-kerja harian kami.
Tingkatkanlah kami dengan kemahiran dan penguasaan, dalam bidang
pelajaraan yang diceburi, supaya hasil kerja kami, mencapai tahap kualiti yang
diterima, di peringkat negara, mahupun antarabangsa.

‫اَللَّ ُه َّم يَا َح ُّي يَا َقُّي ْو ُم يَا ذَااجْلَالَ ِل َو اْ ِإل ْكَر ِام‬

7
Kami memohon kepadamu ya Allah, supaya perhimpunan pada kali ini
akan dapat melahirkan pemimpin belia yang beramanah, bertanggungjawab, dan
menjuruskan masyarakat kearah masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang.
 
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Agong, Maha bijaksana, Pencipta
sekalian Alam.
 

{‫اب النَّا ِر‬ ‫ذ‬


َ ‫ع‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ِ‫آلخر ِة حسنةً وق‬
ِ ْ‫الد ْنيا حسنَةً ويِف ا‬ ُّ ‫يِف‬ ‫ا‬ ‫ن‬ِ‫}ربَّنَا ءات‬
َ َ َ ََ َ َ َ َ ََ َ َ َ َ
ِ‫وصلَّى اهلل ُعلَى سيِّ ِدنَا حُم َّم ٍد وعلَى ءالِِه وصحبِ ِه أَمْج ع‬
َ ‫َ َ َ َ َ َ ْ َ نْي‬ َ َ َ َ
ِ َ‫ب الْعال‬
‫م‬ ِّ ‫ر‬ ِ ‫واحْل م ُد‬.
‫ِهلل‬
َ ‫َ َ نْي‬ َْ َ
(Selesai bacaan doa)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada al-fadhil ustaz atas pimpinan
beliau dalam bacaan doa itu tadi.

5.0 Ucapan alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur


majlis.

Pecah berderai pinggan kaca


Jatuh dari atas para
Doa sudah habis dibaca
Marilah kita meneruskan acara

Sungguh tertawan melihat si manis

8
Budi bahasa jadi sebutan
Ucapan aluan penerus majlis
Mohon disampai ayahanda Dekan

Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang


Berusaha, Prof. Dr. Che Ibrahim Salleh, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan Yang
Berbahagia Prof Dr.

Kata-kata aluan Yang Berusaha,


Prof. Dr. Che Ibrahim Salleh,
Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Yang Berbahagia, Prof Datuk Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor,
Universiti Putra Malaysia.

Yang Berbahagia, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Cancelor
(Akademik dan pengantarabangsaan)

Yang Berbahagia, Prof Dr. Azali Bin Mohamad, Timbalan Naib Cancelor (Hal
Ehwal Pelajar & Alumni)

Yang Berbahagia, Prof Dr. Tai Shzee Jew, Timbalan Naib Cancelor (Jaringan
Industri dan Masyarakat)

9
Yang dihormati Dekan-Dekan Fakulti,

Timbalan – Timbalan Dekan Fakulti,

Pengarah-pengarah Pusat,

Ketua-ketua Jabatan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi,

Profesor- profesor,

Pensyarah-pensyarah,

Dan seterusnya dhif-dhif kehormat,


dhif-dhif jemputan,
para pelajar,
serta hadirin yang dikasihi sekalian,

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnianya dapat kita
berhimpun pada majlis yang sungguh gilang gemilang ini bagi menjayakan
pembukaan Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi kali ke – 10
ini. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa karnival sukan ini merupakan
antara acara tahunan yang paling meriah dan antara acara utama yang diraikan
oleh Fakuti ini.

Bagi pihak Jawatankuasa Penganjur, saya merakamkan jutaan terima kasih


kepada Yang Berberbahagia Prof Datuk Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib
Canselor, Universiti Putra Malaysia dan dif-dif kehormat, atas kesudian Prof
Datuk menghadiri dan seterusnya melancar rasmi Karnival Sukan kali ke -10 ini.
Kehadiran Prof Datuk mencerminkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada

10
Fakulti ini bagi memantapkan lagi pembangunan insaniah melalui aktiviti
kokurikulum.

Tepi pondok menyemai jagung


Disirami air dari perigi
Kedatangan Datuk amat disanjung
Ke Majlis kami menambah seri

Hadirin yang dihormati,

Suka saya nyatakan bahawa, pihak fakulti amat memandang serius terhadap
pembangunan insaniah yang menjadi teras kepada pemantapan sahsiah diri
serta jati diri dalam kalangan siswa dan siswi Universiti Putra Malaysia ini.Dalam
Rancangan Malaysia ke-9 telah memfokuskan modal insan sebagai salah satu
peneraju utama dalam pembangunan Negara. Oleh itu pelbagai strategi dan
perancangan telah dijalankan dalam pelbagai bidang bagi menyediakan tenaga
mahir, berpengetahuan, inovatif dan mampu berdaya saing dalam dunia global.

Hadirin yang dihormati.

Bertunjangkan itu, Keseimbangan diri perlu dipupuk melalui kemantapan


akademik, rohani, emosi dan juga jasmani. Insan yang seimbang dalam aspek
kognitif, afektif dan psikomotor, pada keadaan biasanya akan pasti berjaya
apabila keluar dari kampus universiti dan menceburi alam pekerjaan. Hal ini
amat bersesuaian dan menepati tiga strategi utama untuk melahirkan modal in
san kelas pertakma iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu
pengetahuan, memperkukuhkan keupayaan sains, R & D dan Inovasi, serta
memupuk masyarakat yang kaya budayanya dan memiliki kekuatan moiral yang
tinggi.

11
Adalah menjadi tanggungjawab kami dalam pengurusan fakulti untuk turut serta
membangunkan modal insan yang dinamik melalui aktiviti-aktiviti sukan yang
mampu melengkapkan sahsiah siswa dan siswi di Universiti Putra Malaysia ini.
Pada hari ini, secara tidak disedari, menunjukkan sambutan terhadap acara
tahunan ini telah mencecah 10 tahun dan menjadi antara acara sukan yang
paling meriah sambutannya di Universiti ini.

Hadirin yang dihormati,

Pihak fakulti amat berbangga dengan pencapaian ramai dari kalangan siswa
dan siswi yang menyertai Karnival sukan ini, berjaya dalam bidang akademik
malah ada antara mereka turut berjaya dalam acara-acara sukan yang diwakili.
Sebilangan dari peserta dari karnival sukan inilah yang mewakili Universiti Putra
Malaysia ke pertandingan antara universiti-universiti tempatan, malahan
sehingga ke peringkat antara universiti antarabangsa. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada mereka semua yang telah mengharumkan nama Universiti
Putra Malaysia dipersada antarabangsa.

Bagi pihak penganjur juga, saya merakamkan ucapan terima kasih dan selamat
berjuang kepada semua kontinjen yang menyertai Karnival sukan kali ini.
Selamat berjuang dengan semangat kesukanan dan kekitaan. Semoga anda
akan beroleh kejayaan yang diimpikan.

Sekali lagi bagi pihak jawatankuasa penganjur, saya merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih khasnya kepada yang Berbahagia Prof Datuk
Naib Canselor atas kesudian beliau sanggup melapangkan masa bagi
memeriahkan lagi Karnival sukan kita pada kali ini. Diharapkan agar Yang
Berbahagia Prof Datuk akan terus bersama-sama menyokong usaha kami ini
pada masa-masa yang akan datang bagi memartabatkan lagi kecemerlangan

12
dan pembangunan sahsiah siswa-siswi Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
khasnya dan Universiti Putra Malaysia umumnya.

Yang kurik itu kendi


Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.

Sungguh menarik sirih hantaran


Sampai ke Parsi disebut orang
Sungguh baik budimu tuan
Sampai kemati hamba terkenang.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah


Wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Profesor Dr.
Che Ibrahim Salleh atas ucapan aluan beliau sebentar tadi.

6.0 Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat/Perasmi


(VVIP)

Hadirin yang dikasihi sekalian,

13
Seterusnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan hormatnya
mempersilakan Yang Berbahagia Prof Datuk Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib
Canselor, Universiti Putra Malaysia untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Pembukaan Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Ucapan Perasmian Tetamu Kehormat/Perasmi (VVIP)

Bismillahirahmannirahim.

Yang Berbahagia, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Cancelor
(Akademik dan pengantarabangsaan)

Yang Berbahagia, Prof Dr. Azali Bin Mohamad, Timbalan Naib Cancelor (Hal
Ehwal Pelajar & Alumni)

Yang Berbahagia, Prof Dr. Tai Shzee Jew, Timbalan Naib Cancelor (Jaringan
Industri dan Masyarakat)

Yang Berusaha, Prof Dr. Che Ibrahim Salleh, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi.

Yang dihormati Dekan-Dekan Fakulti,

Timbalan – Timbalan Dekan Fakulti,

Pengarah-pengarah Pusat,

Ketua-ketua Jabatan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi,

14
Profesor- profesor,

Pensyarah-pensyarah,

Dan seterusnya dhif-dhif kehormat,


dhif-dhif jemputan,
para pelajar,
serta hadirin yang dikasihi sekalian,

Assalamuamualaikum W.B dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dan Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dipanjangkan usia dan

dipertemukan di dalam Majlis Pembukaan Perasmian Karnival Sukan Fakulti

Bahasa Moden Dan Komunikasi Kali Ke-10 tahun 2009.

Hadirin Sekalian,

Dalam dulang diletak parang


Parang diletak atas jerami,
Saya datang bukan sebarang,
Datang saya kerana merasmi,

Pergi sungai menjala ikan,


Dapat pula si ikan gelama,
Sebelum acara saya rasmikan,
Dengarlah dulu saya nak kata,

15
Pertamanya, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa

Penganjur, Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, yang diterajui

oleh Yang Berusaha Prof Dr. Che Ibrahim Salleh, Dekan Fakulti Bahasa Moden

dan Komunikasi, di atas kesudian menjemput saya bagi meraikan dan

seterusnya merasmikan Karnival Sukan kali ke-10 ini. Saya merasa amat

bertuah dan berbesar hati kerana dijemput hadir pada majlis yang menjadi

antara acara utama di Universiti Putra Malaysia ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Universiti Putra Malaysia merupakan antara universiti awam yang amat

mementingkan pembangunan insaniah para siswa dan siswi yang sedang

mengikuti pengajian tinggi. Kini, keunggulan Universiti Putra Malaysia telah

terbukti dan pencapaian dari segenap bidang tidak boleh disangkal

lagi.sebagaimana kita termaklum, cabaran yang dihadapi pada hari ini amat

kompleks dan hanya mereka yang dapat mengekalkan daya saing akan terus

maju ke hadapan.

Oleh itu, penerokaan dan penjanaan ilmu serta pendidikan sepanjang hayat

merupakan faktor penting dan perlu dimantapkan bagi membolehkan kita terus

menghadapi cabaran masa kini. Pelbagai usaha sedang dilaksanakan bagi

memastikan para graduan universiti ini dilihat sebagai kalangan graduan yang

16
kompeten dan mampu bersaing dalam arus perdana. Pihak Universiti amat

memandang serius terhadap usaha-usaha pemupukan integriti dan sahsiah diri

dalam kalangan pelajar universiti ini.

Justeru, usaha Fakulti Bahasa moden dan Komunikasi dalam menganjurkan

karnival sukan seperti ini memang sangat dialu-alukan dan menjadi antara aktiviti

yang diberikan merit yang tinggi oleh pengurusan universiti. Kita mengharapkan,

dengan usaha bersepadu antara fakulti dan Hal Ehwal Pelajar, universiti ini akan

mampu melonjakkan lagi kecemerlangan akademik dan sahsiah siswa-siswi

sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan apabila bergelar sebagai

graduan nanti.

Pembangunan insaniah merupakan antara elemen yang sering dibicarakan

diperingkat Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi. Ia

menunjukkan bahawa, pembangunan insaniah amat diberikan perhatian

kerajaan ketika ini. Oleh yang demikian, pihak pengurusan universiti akan

menyokong sepenuhnya sebarang usaha yang dianjurkan oleh mana-mana

pihak untuk membantu kita dalam memperteguhkan pembangunan insaniah

dalam kalangan pelajar termasuklah melalui aktiviti kokurikulum seperti ini.

Tidak ada perkara yang lebih membanggakan kita sebagai warga Universiti

Putra Malaysia, melainkan muncul sebagai universiti yang berprestij di peringkat

antarabangsa. Prestij yang kita mahukan bukan sahaja dari aspek

17
kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga dalam aktiviti bukan

akademik termasuklah sukan dan permainan, penyelidikan dan pembangunan

(R&D), kesenian dan kebudayaan, dan seumpamanya yang lain.

Kalau mengail ikan sembilang,


Ikan dikail dibawa pulang,

Karnival sukan acara gemilang,

Melahirkan modal insan terbilang,

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi pihak pengurusan universiti ini, kami sememangnya memandang tinggi

hasrat kerajaan yang ingin membentuk modal insan yang seimbang dalam

semua aspek termasuklah kognitif, afektif serta psikomotor. Keseimbangan ini

jika diterjemah secara menyeluruh, akan mampu melahirkan warga Malaysia

yang berdayasaing, mampu menangani sebarang cabaran mendatang, berfikiran

minda kelas pertama, memiliki ciri-ciri keusahawanan yang tinggi serta mampu

meneroka pelbagai bidang di dalam mahupun di luar negara.

Dengan melahirkan insan seimbang ini juga, kita seharusnya mampu meneroka

pelbagai bidang ilmu yang selama ini telah dikuasai oleh negara barat, yang

sebelumnya dipelopori oleh dunia Islam. Kita perlu menerapkan semangat

sebagai ‘pencipta’ dan bukan lagi sebagai ‘pengguna’ barang dan perkhidmatan

18
yang dihasilkan, serta mencipta teknologi yang mampu melonjakkan

ketamadunan negara kita setaraf dengan negara-negara maju lainnya.

Usaha-usaha sebegini, memerlukan kerjasama serta sokongan yang tidak

berbelah bahagi lagi dari semua pihak termasuklah kerajaan, pentadbiran

Universiti, pegawai-pegawai Universiti, sehinggalah dalam kalangan siswa dan

siswi itu sendiri. Kesedaran perlu dipupuk secara berterusan, tanpa penat lelah,

serta bersepadu bagi memastikan matlamat kita yang murni ini akan tercapai

pada suatu hari nanti.

Mungkin pada hari ini terdapat segelintir dari kita yang berkata, “ini hanyalah

angan-angan Mat Jenin semata-mata”. Tetapi yakin dan percayalah bahawa

bangsa kita memiliki kemampuan yang tinggi serta berpotensi untuk

menjelmakan impian ini. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa kita

dahulunya terkenal sebagai pedagang serta pelaut yang hebat, walaupun tiada

kemajuan teknologi.

Selain itu, kita sendiri tidak yakin Malaysia mampu mengeluarkan kereta jenama

sendiri serta buatan sendiri, tetapi sejarah juga menunjukkan kita telah

menyangkal tanggapan negatif terhadap kemampuan bangsa Malaysia untuk

menjayakan misi negara ini. Hari ini, jenama kereta tempatan bukan sahaja

paling banyak menelusuri jalan-jalan raya di Malaysia, malah menjadi pilihan

rakyat negara-negara maju dan Timur Tenggah.

19
Tuan-tuan dan sidang hadirin sekalian,

Saya menyeru semua warga Universiti Putra Malaysia yang tercinta ini, agar kita

bersama-sama memikul amanah dan tanggungjawab kita sebaik mungkin bagi

merealisasikan matlamat negara untuk muncul sebagai sebuah negara maju

yang seimbang dan dirahmati. Pengurusan universiti akan berusaha

membangun dan membantu kegemilangan akademik dan pembangunan sahsiah

siswa siswi sekalian semampu mungkin.

Tenaga akademik juga akan berusaha sebaiknya membantu kecemerlangan

ilmu siswa-siswi sekalian, dan siswa-siswi pula perlu melaksanakan amanah

dengan berusaha sebaik mungkin untuk menimba ilmu serta mencipta

kecemerlangan akademik dan bukan akademik ketika di universiti tercinta ini.

Sekiranya kita berganding bahu serta mengembling tenaga bersama-sama, saya

amat yakin Universiti Putra Malaysia akan muncul sebagai universiti ternama di

seantareo dunia, yang seterusnya akan membantu negara membangunkan

modal insan terbilang, memacu pembangunan ekonomi negara dan seterusnya

mencorak masa depan masyarakat Malaysia agar ‘duduk sama rendah berdiri

sama tinggi dengan negara-negara maju yang lainnya.

Dengan ini menjadi harapan saya agar acara ini dapat terus dipergiatkan dan

diperluaskan bagi menyediakan warga yang sihat, dan berdaya saing bukan

20
sahaja dalam bidang sukan malahan dalam bidang akadremik juga. Ia bukan

sahaja untuk meningkatkan dan menambahbaik kualiti diri melalui aktiviti

sebegini malahan dapat pula menjana insan yang cemerlang, gemilang dan

terbilang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saya tidak berhasrat untuk berucap panjang pada kali ini kerana kita perlu

memanfaatkan masa yang ada untuk menyaksikan pelbagai acara-acara

menarik yang akan dilangsungkan sempena karnival ini. Sekali lagi saya

merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada Yang Berusaha Prof Dr.

Che Ibrahim Salleh, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan

kejayaan beliau bersama jawatankuasanya menganjurkan karnival yang gilang

gemilang ini. Terima kasih dan penghargaan juga kepada semua pihak yang

terlibat dalam menjayakan karnival kali ke 10 ini.

Kalau mencari cinta sejati,


Minta izin bapa si dara,

Terluah sudah hasrat dihati,

Izinkan saya rasmikan acara,

Dengan kalimah yang mulia ‘Bismillahirrahmannirahim’ saya dengan ini

merasmikan Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi Universiti

Putra Malaysia kali ke-10 tahun 2009.

21
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berberbahagia Prof Datuk
Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia atas
ucapan dan perasmian yang telah disempurnakan itu tadi.

Terbang hinggap di pohon kerdas,


Serindit menyanyi lunak suara,
Badan sihat minda cerdas,
Insan cemerlang harapan Negara.

Keris tembaga ulunya perak,


Leburan emas dibuat sarung,
Barisan kontinjen berdiri segak,
Bersiap sedia untuk bertarung.

Yang berbahagia, Prof Datuk Dr., Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang
dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh semua kontinjen. Bacaan ikrar ini
akan diketuai oleh saudara Mohd Noor Hafizi Hamizi bin Md Hamzah.
Dipersilakan.

22
Kapten Kontinjen Kolej Kediaman Pertama bergerak ke depan diikuti pembawa
bendera yang membentuk separa bulatan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan ikrar itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, bersama-samalah kita menyaksikan upacara menaikkan Bendera


Kejohanan sempena Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi kali
ke-10 tahun 2009 yang akan disempurnakan oleh kadet Fakulti Bahasa Moden
dan Komunikasi. Dipersilakan.

5 orang pelajar membawa bendera kejohanan diiringi oleh 3 orang drummer


bergerak menuju tiang bendera. Bendera dinaikkan dengan iringan drum roll.
Pasukan kadet akan bergerak keluar.

Yang Berbahagia Prof datuk Dr., hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk
sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu Karnival Sukan Fakulti Bahasa
Moden dan Komunikasi dan Gemilang dengan diiringi oleh kumpulan Koir Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi.

Nyanyian lagu Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi dan
Gemilang beramai-ramai.

Demikian tadi berlangsungnya istiadat menaikkan bendera Kejohanan sempena


Karnival Sukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi kali ke-10 tahun 2009.

23
Hadirin sekalian,

Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan persembahan dari Kumpulan Kesenian
Anjung Madini, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Kumpulan ini akan
mempersembahkan Tarian-tarian Overture, Kuda Kepang dan Zapin
Tenggelu........ Dengan ini dipersilakan.

Terima kasih diucapkan di atas persembahan itu tadi......

Merah si mawar hendak dijual,


Makin hebat debaran si bujang,
Megah berkibar bendera Karnival,
Pemangkin semangat kontinjen berjuang.

7.0 Penyampaian Cenderamata

Dato’-dato’, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berberbahagia Prof Datuk Dr. Nik


Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia diiringi oleh Prof
Datin paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor Akademik dan
Antarabangsa, Prof. Dr. Azali Mohamad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar dan Prof. Dr. Tai Shzee Yew, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri
dan Masyarakat serta Yang berusaha, Prof Dr. Che Ibrahim Salleh untuk
menyampaikan cenderamata kepada semua kontinjen. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

VVIP turun ke padang dan bergerak dari satu ke satu kontinjen.


Pengacara akan mengumumkan nama-nama kontinjen yang dikunjungi.

24
SENARAI NAMA KONTIJEN.

Kolej Kediaman pertama.


Kolej Kediaman kedua.
Kolej Kediaman ketiga.
Kolej Kediaman keempat.
Kolej Kediaman kelima.
Kolej Kediaman keenam.
Kolej Kediaman ketujuh.
Kolej Kediaman kelapan.
Kolej Kediaman kesembilan.
Kolej Kediaman kesepuluh.
Kolej Kediaman kesebelas.
Kolej Kediaman ketiga belas.

VVIP naik semula ke tempat duduk apabila selesai.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof Datuk Dr.
Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, Timbalan-
timbalan naib Canselor dan Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi atas
penyampaian cenderamata itu tadi.

Sebagai tanda terima kasih tidak terhingga daripada pihak penganjur atas
kesudian Yang Berbahagia Prof Datuk Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib
Canselor, Universiti Putra Malaysia menyempurnakan majlis kita pada hari ini,

25
Maka dengan segala hormatnya majlis mempersilakan diiringi oleh Yang
Berbahagia, Prof Datin paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor Akademik
dan Antarabangsa, dengan diiringi oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Che Ibrahim
Salleh, untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, Prof
Datuk Dr.. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas penyampaian cenderamata itu


tadi.

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian,

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis Perasmian Pembukaan Karnival


Sukan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi kali ke-10 tahun 2009 dan bagi
mengakhiri majlis pada petang ini, dipersilakan Yang Berbahagia, Prof Datuk Dr,
hadirin, hadirat sekalian untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku dan juga lagu rasmi Universiti Putra Malaysia.

Nyanyian lagu Negaraku beramai-ramai.

Nyanyian Lagu rasmi Universiti Putra Malaysia.

26
8.0 Pengumuman tetamu Kehormat (VVIP) meninggalkan Majlis.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof Datuk Dr.
Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia kerana sudi
bersama-sama menjayakan majlis perasmian pembukaan Karnival Sukan Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi kali ke-10 tahun 2009 pada hari ini. Majlis
dengan ini mengumumkan perarakan keluar Yang Berbahagia Prof Datuk Dr. Nik
Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia diiringi oleh Prof
Datin paduka Dr. Aini Ideris, Timbalan Naib Canselor Akademik dan
Antarabangsa, Prof. Dr. Azali Mohamad, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar dan Prof. Dr. Tai Shzee Yew, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri
dan Masyarakat dengan diirirngi oleh Yang berusaha, Prof Dr. Che Ibrahim
Salleh.

Majlis dengan ini juga mempersilakan Yang Dihormati semua Dekan Fakulti,
Timbalan Fakulti, Ketua Jabatan dan tetamu-tetamu lain untuk ke Foyer Pusat
Sumber bagi menyaksikan majlis Perasmian Pameran Karnival Sukan Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi kali ke-10 tahun 2009.

Dengan ini majlis mengumumkan perarakan keluar Yang Berbahagia Prof Datuk
Dr. Nik Mustafa Bin Abdullah, Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia dengan
diiringi oleh para VIP sekalian untuk ke majlis jamuan di Dewan Banquet, Fakulti
Bahasa Moden dan Komunikasi.

Kalau tuan ingin bermadah,


Susunlah kata dalam ritmanya,
Banyak juadah tersedia sudah,
Mari bersama menikmatinya,

Dengan ini dijemput tuan-tuan dan puan-puan untuk turut serta menikmati juadah
yang telah disediakan.

27
9.0 Pemberitahuan Penangguhan Majlis.

Dengan perarakan keluar tetamu-tetamu kehormat sebentar tadi, majlis dengan


ini ditangguhkan.

28

You might also like