You are on page 1of 5

SMK TUN MUTAHIR, 75350 BATU BERENDAM MELAKA

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL


KALI PERTAMA 2011

Tarikh : 08 Januari 2011 (Sabtu)


Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Seni

Kehadiran :

1. Pn. Lim Lay Neo (GKMP Kemanusiaan)


2. Pn.Azizzah binti Mohd Shah (Ketua Panitia)
3. Pn. Nurasyiqin Chia bt Abdullah (Guru Cemerlang)
4. Cik Nurul Wahida Muhammad
5. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty binti Zorkornaini
6. En. Yussop bin Ismail
7. En. Zambri bin Abu

Tidak Hadir :

1. Pn. Salomi binti Naim - Bersebab


2. Cik Nor Haslinda binti Kamisan - Bersebab

Urusetia :

1. Puan Azizzah binti Mohd Shah


2. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty binti Zorkornaini (dilantik sebagai Setiausaha)

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Puan Pengerusi mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru yang
mengajar Pendidikan Seni Visual pada tahun 2011 seperti Encik Yussop, Encik
Zambri, Cik Nurul Wahida dan Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty. Mesyuarat kali
ini bertujuan membincangkan perancangan panitia pada tahun 2011. Merujuk
kepada mesyuarat kurikulum yang lepas Tuan Pengetua meminta semua panitia
mengadakan Program Inovasi. Sekolah juga akan mengadakan Anugerah Inovasi
2011 yang menyediakan trofi dan sijil kepada pemenang. Program Inovasi yang
dilakukan perlulah memenuhi beberapa syarat antaranya menjimatkan tenaga, kos
dan masa. Program Inovasi ini juga perlu menggunakan aplikasi teknologi yang
terkini.

1.2 Puan Pengerusi juga memberitahu pertukaran jawatan dalam panitia iaitu ketua
panitia ialah Puan Azizzah Mohd Shah menggantikan Puan Nurasyiqin Chia yang
telah menjadi Guru Cemerlang dan memegang jawatan lain.
2.0 Ucapan GKMP Kemanusiaan

2.1 Puan Lim Lay Neo mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir
mesyuarat pada kali ini. Puan Lim Lay Neo memberitahu supaya surat panggilan
menghadiri mesyuarat perlu dihantar melalui email. Ini selaras dengan Program
Inovasi yang dicadangkan oleh Tuan Pengetua. Beliau juga meminta supaya
Panitia Pendidikan Seni Visual membina sebuah Blog Panitia yang boleh
memuatkan semua maklumat mengenai Panitia Pendidikan Seni Visual. Selain
itu, Puan Lim Lay Neo juga memberitahu bagi guru-guru yang akan menghadiri
kursus samaada dalam jangka masa yang pendek atau panjang perlu melakukan
satu sistem yang dipanggil jual beli jadual waktu dengan guru lain. Guru-guru
akan menukarkan jadual waktu mereka dengan guru yang lain dan akan
menggantikan guru tersebut sekiranya mereka pergi kursus.

2.2 Puan Lim Lay Neo juga memberitahu e-mail Pengetua ialah
hjzolkaply@yahoo.com.my.

3.0 Ucapan Pengetua

3.1 Tuan Pengetua mengucapkan tahniah kepada guru-guru panitia yang mengajar
Pendidikan Seni Visual. Perlantikan Encik Zambri bin Abu sebagai guru seni
adalah disebabkan oleh Encik Zambri mempunyai opsyen seni ketika mengajar di
sekolah rendah. Tuan Pengetua juga memberitahu Program Inovasi yang akan
dijayakan pada tahun ini antaranya Pertandingan Blog Panitia. Selain itu, blog
panitia yang dibina dapat memudahkan pelajar untuk mendapatkan nota-nota
mata pelajaran dan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran mereka. Tuan
Pengetua juga meminta agar Panitia mengadakan ko-akademik seperti melukis
mural di dinding-dinding sekolah sebagai sumbangan panitia kepada sekolah.
Bahan-bahan untuk melukis mural boleh menggunakan duit sumbangan PIBG dan
melukis mural juga boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar Persatuan Pendidikan
Seni Visual. Tuan Pengetua meminta panitia supaya kewangan pada tahun 2010
dibelanjakan pada Januari 2011. Tuan Pengetua juga telah bersetuju dengan
pembelian sebuah LCD bagi Panitia Pendidikan Seni Visual pada tahun ini.

4.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Disahkan : Puan Nurasyiqin Chia binti Abdulla


Disokong : Encik Yussop bin Ismail

4.1 Bangkitan Minit Mesyuarat Yang Lalu

4.1.1 Puan Nurasyiqin mencadangkan semula agar pihak sekolah membenarkan


LCD dibeli khas untuk penggunaan Bilik Seni. Cadangan tersebut telah
dipersetujui oleh Tuan Pengetua untuk membeli sebuah LCD untuk
panitia.
4.1.2 Kebenaran pelajar-pelajar yang tidak boleh melukis dan tidak berminat
supaya mereka tidak mengambil kertas ini untuk peperiksaan SPM. Tuan
Pengetua telah bersetuju supaya mereka tidak mengambil kertas
peperiksaan Pendidikan Seni Visual untuk SPM tetapi guru perlu
melakukan secara berhikmah supaya pelajar tidak merayau sekiranya
mereka tidak mengambil mata pelajaran ini untuk peperiksaan.

5.0 Dasar Panitia

5.1 Format Standard Kualiti Sains Sosial

Format ini telah diberikan oleh GKMP untuk diemplementasikan dalam


Panitia.

BIL BUTIRAN STANDARD


1 Bilangan Buku Nota & Latihan 1 Buku ( Minimum 5 soalan )
Buku Lukisan (Drawing Blok) 1 Buku lukisan (Drawing Block)
2 Folio 1 Folio setahun mengikut tajuk yang
Buku skrab disediakan.
Mengandungi:
1. Unsur Seni, Grafik. Kraftangan, Lukisan,
Catan, Arca ataupun Cetakan.
3. Aktiviti Mencorak, mengambar, membentuk
kraftangan
4 Penggunaan Bilik Seni Maksimum 8 kumpulan terdiri daripada 5
orang satu kumpulan.
5 Penandaan Buku Tidak lewat 7 hari daripada tarikh yang
diberi.
Ada ulasan
Ada pembetulan.

5.2 Panitia telah mengambil keputusan untuk menetapkan Standard Kualiti :

Menengah Rendah ( Peralihan, Tingkatan 1 , 2 & 3 )

BIL BUTIRAN STANDARD


1 Nota dan Latihan 1 Buku Nota Saiz Besar
2 Mengambar dan Skrap 1 Folio
3 Lakaran dan Olahan (mengikut tajuk) 1 Buku Lukisan (Drawing Block)

Menengah Atas ( Tingkatan 4 & 5)


BIL BUTIRAN STANDARD
1 Nota dan Latihan 1 Buku Nota Saiz Besar
2 Mengambar dan Skrap 1 Folio
3 Lakaran dan Olahan (mengikut tajuk) 1 Buku Lukisan (Drawing Block)

Bagi buku nota menengah rendah sekiranya guru telah memulakan menggunakan buku
nota bersaiz kecil, guru tersebut perlu menyelaraskan buku nota tersebut untuk kelas yang
diajar.

6.0 Rancangan Kerja Tahunan

Agihan untuk membuat rancangan kerja tahunan:

1) Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Puan Nurasyiqin Chia


2) Tingkatan 3, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Puan Azizzah Mohd Shah

Guru-guru yang mengajar tingkatan 1 hingga 5 boleh mendapatkan rancangan pelajaran


daripada Ketua Panitia.

7.0 Perancangan Program Inovasi 2011

7.1 Program bagi pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang lemah dalam seni
lukisan. Program ini dinamakan “Didik Anak Seni 1” dan “Didik Anak Seni 2”.
Program ini akan dihadiri oleh 25 orang pelajar yang terpilih untuk mengasah
bakat mereka kepada asas seni lukisan.
7.2 Program yang dikenali sebagai “Berus Emas” adalah program untuk pelajar
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang cemerlang dalam seni lukisan. Program ini
juga akan dihadiri oleh 25 orang pelajar.
7.3 Program bagi guru-guru baru yang mengajar seni dinamakan “In House
Training”. Program ini bertujuan mendedahkan teknik-teknik lukisan yang ada.
7.4 Senarai e-mail guru-guru Pendidikan Seni Visual adalah seperti berikut :
1. Puan Azzizah Mohd Shah - mazizzah@yahoo.com
2. Puan Nurashiqin Chia Abdullah - nchia877@gmail.com
3. En. Yussop Ismail - youwin_02@yahoo.com
4. En.Zambri Abu - xsamporean@gmail.com
5. Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty - dv_lovingurlz@yahoo.com
6. Cik Nurul Wahida Muhammad - Nurulwahida8615@yahoo.com

8.0 Hal-hal Lain

8.1 Puan Azizzah Mohd Shah akan membuat Jadual Waktu Penggunaan Bilik Seni
mengikut jadual waktu guru.
8.2 Puan Azizzah mencadangkan supaya pelajar yang bukan dari kelas seni boleh
mengambil kertas Seni untuk peperiksaan SPM iaitu pelajar-pelajar yang dikenal
pasti berpontensi untuk lulus cemerlang.
8.3 Tuan Pengetua telah bersetuju untuk membeli LCD Projektor kepada Panitia PSV
dengan menggunakan peruntukan PIBG.
8.4 Oleh itu, guru-guru PSV amat digalakkan menggunakan LCD Projektor itu nanti
semasa menjalan P&P.

9.0 Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat
ditangguhkan jam 12.00 tengahari.

Disediakan Oleh : Cik Noorazrina Ruhaida Idyanty bt Zorkornaini

You might also like