You are on page 1of 74

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

i. SEKAPUR SIREH -i
ii. SEULAS PINANG GURU PENYELARAS BESTARI - ii
1. PENDAHULUAN -1
2. LATAR BELAKANG -2
3. SEJARAH PENUBUHAN MAKMAL KOMPUTER SKBP -3
4. VISI -4
5. MISI -5
6. MOTTO -6
7. OBJEKTIF -7
8. MATLAMAT -8
9. PIAGAM PELANGAN -9
10.PERKHIDMATAN MAKMAL KOMPUTER - 10
11.STRUKTUR PENTADBIRAN SEKOLAH - 11
12.CARTA ORGANISASI ICT - 12
13.JAWATANKUASA KERJA BESTARI - 13
14.GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER - 14
15.PERATURAN MAKMAL KOMPUTER - 15
15.1 PERATURAN MAKMAL KOMPUTER - 15
15.2 KESELAMATAN PENGGUNA DI MAKMAL KOMPUTER - 16
15.3 KESELAMATAN KOMPUTER DI MAKMAL KOMPUTER - 17
15.3.1 ASPEK KESELAMATAN KOMPUTER - 18
15.4 KESELAMATAN PERKAKASAN DI MAKMAL KOMPUTER - 19
15.5 KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER - 20
15.6 KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER - 21
15.7 LANGKAH KESELAMATAN FIZIKAL (UMUM) - 22
15.8 LANGKAH KEELAMATAN FIZIKAL (BILIK SERVER0 - 23
15.9 LANGKAH KESELAMATAN TAMBAHAN - 24
16.ETIKA PENGGUNAAN INTERNET - 25
17.PENGURUSAN STOK INVENTORI,PERALATAN DAN
PERISIAN KOMPUTER - 26
18.INVENTORI PERALATAN ICT MAKMAL KOMPUTER - 27
19.SENARAI HARTA MODAL PERALATAN ICT - 28
20.PELAN KECEMASAN MKAMAL KOMPUTER - 29
21.PELAN SUSUNATUR MAKMAL KOMPUTER - 30
22.BIDANG TUGAS ICT SKBP - 31-38
23.PERANCANGAN ICT SEKOLAH - 39
23.1 PERANCANGAN ICT JANGKA PANJANG - 39-40
23.2 PERANCANGAN ICT JANGKA PENDEK - 41
23.2.1 JADUAL ICTL - 42
24.CADANGAN PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
ICT BAGI TAHUN 2011 - 43-46
25.BRIDGED SIBER SKBP - 47
25.1 GAMBAR BRIDGED SIBER 2011 - 48
26.PANORAMA MAKMAL KOMPUTER SKBP - 49
27.LABEL-LABEL - 50-54
28.PENUTUP - 55
29.LAMPIRAN
•1) SENARAI HARTA MODAL ICT
•2)PELAN KEBAKARAN MAKMAL KOMPUTER BAWAH
•3)PELAN KEBAKARAN MAKMAL KOMPUTER ATAS
•4)PELAN SUSUNATUR PERALATAN MAKMAL KOMPUTER BAWAH
•5)PELAN SUSUNATUR PERALATAN MAKMAL KOMPUTER ATAS
• SENARAI KOMPUTER RIBA PPSMI
• SENARAI BARANG ICT YANG DITERIMA
• SENARAI CD
• REKOD BUKU PELAWAT
• REKOD BUKU ADUAN PELANGGAN
• REKOD STOK BAHAN (ICT)
• REKOD PENGGUNAAN GURU DI MAKMAL KOMPUTER
• REKOD PENGGUNAAN PELAJAR DI MAKMAL KOMPUTER
• BORANG PINJAMAN DAN PENGHANTARAN PERALATAN ICT
• CONTOH-CONTOH BORANG ICT
SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR
16320 TAWANG KELANTAN

SEKAPUR SIREH

• Keupayaan dan kemahiran menguasai Teknologi


Maklumat dan Komunikasi (ICT) merupakan elemen yang
penting dalam menghadapi dunia tanpa sempadan. Ini
merupakan satu cabaran bagi sistem pendidikan ke arah
menghasilkan generasi yang celik ICT. Cabaran perlu
ditangani dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran serta pengurusan.
• Syabas diucapkan kepada Penyelaras Makmal
Komputer kerana mampu menghasilkan ‘Buku Pengurusan
Makmal Komputer’ untuk dijadikan panduan kepada
seluruh warga Sekolah Kebangsaan Beris Panchor demi
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan komputer di
dalam kehidupan seharian.
• Semoga dengan terhasilnya Buku Pengurusan Makmal
Komputer, dapat membuktikan bahawa SKBP dan
warganya telah bersedia untuk menghadapi cabaran
perubahan ke arah menjadikan SKBP sebagai sebuah
Sekolah Bestari demi kepentingan generasi sekarang dan
akan datang.

………………………………
(En. Hamzah bin Hassan)
Guru Besar
SK Beris Panchor,Bachok.

4
i
i
SEKOLAH KEBANGSAAN BERIS PANCHOR
16320 TAWANG KELANTAN

SEULAS PINANG PENYELARAS BESTARI

• Negara kita sedang pesat membangun dan memberi


tumpuan khusus kepada aspek pendidikan
berasaskan ICT untuk melahirkan rakyat celik
komputer yang menguasai teknologi komunikasi dan
maklumat ( ICT ) dan boleh berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan negara lain dalam soal
menguasai ilmu dan maklumat.
• Oleh itu, prasarana ICT yang serba lengkap
dan canggih dibekalkan ke sekolah haruslah
dimanafaatkan semaksimum mungkin oleh semua
warga sekolah demi mencapai matlamat
‘mencerdikkan’ sekolah dengan peralatan dan
pendedahan ICT kepada pelajar. “Program
Pembudayaan ICT” oleh Kementerian Pelajaran
harus mendapat sokongan semua pihak.
• Setinggi-tinggi pujian dan syukur ke hadrat
Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya, Buku
Pengurusan Makmal Komputer dapat disiapkan.
Teruma kasih kerana diberi peluang untuk
memuatkan sepatah dua kata dalam ruangan
ini.Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak
yang terlibat sehingga berjaya menghasilkan
dokumen penting ini.

• “Kitalah pencorak generasi yang akan datang”

……………………………..
(En.Muhamad Ropi b. Awang)
Penyelaras ICT Sekolah,
SK Beris Panchor, Bachok

ii
1 PENDAHULUAN

ICT adalah sistem yang membolehkan pengumpulan , pengurusan,


manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT
dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran
pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang
hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan
tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber
pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping
mempercepatkan proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.
Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang
bermatlamat untuk :
* meningkatkan pembangunan infrastuktur ICT.
* memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT.
* memperluas kurikulum berasaskan ICT.
* meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT.
* menekankan pengintegrasian ICT dalam P&P.
* meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan
pelajar, tenaga pelajar, dan personel KPM.
* meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan.
* meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT.
* meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT.
* meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan
masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam
pendidikan.

1
2 LATAR BELAKANG

Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia maju ke


hadapan dalam bidang Teknologi Maklumat. Bagi mencapai matlamat
tersebut, pelajar-pelajar harus didedahkan dengan kemahiran Teknologi
Maklumat
Bersesuaian dengan hasrat ini, Kementerian Pendidikan
Malaysia bercadang untuk menyediakan Makmal Komputer di Sekolah
Rendah dan Menengah di seluruh negara.
Bagi projek Fasa 2 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia
telah melantik MIMOS Smart Computing Sdn. Bhd. Untuk
melaksanakan Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan
Pengkomputeraan di Sekolah Rendah dan Menengah Malaysia Fasa 2
Dengan adanya makmal komputer tersebut, ia akan dapat
digunakan sepenuhnya oleh guru serta murid-murid Sekolah Rendah
dan Menengah sebagai pusat penyebaran atau gedung teknologi dan
maklumat serta secara tidak langsung dapat mengubah cara
pembelajaran dan menambah pengetahuan murid-murid Sekolah
Rendah dan Menengah.

2
3 SEJARAH PENUBUHAN
MAKMAL KOMPUTER SKBP

Matlamat dan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi


celik komputer dapat direalisasikan dengan terbinanya Makmal
Komputer di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di bawah Projek
Makmal Komputer Fasa 2.
Pembinaan Makmal Komputer bermula pada bulan
September 2004 dan telah siap sepenuhnya pada bulan Disember
2004.
Awal Januari 2005, merupakan detik bersejarah di mana
makmal komputer telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak
sekolah. Dengan terbinanya Makmal Komputer di SKBP ini
merupakan simbol kesedaran warga SKBP untuk menjadikan
ICT sebagai pemangkin kecemerlangan dan kemajuan SKBP dan
masyarakat sekitarnya.
Semoga dengan kehadiran Makmal Komputer yang tersergam
gagah di tengah-tengah warga SKBP dapat dijadikan tunjang
kekuatan ke arah mewujudkan masyarakat bestari di alam siber
agar setanding dengan masyarakat di negara-negara maju yang
lain.

“ Ke arah generasi celik komputer ”

3
4 VISI

MEMBUDAYAKAN ICT SECARA


MENYELURUH DALAM
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

4
5 MISI

MEMBERI PENGETAHUAN SERTA


MENJADIKAN ICT SEBAGAI
BUDAYA DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN KEPADA
GURU-GURU DAN MURID-MURID

5
6 MOTTO

MEMARTABATKAN ICT DALAM


PERKEMBANGAN
ARUS PENDIDIKAN

6
7 OBJEKTIF

1. Memastikan penggunaan ICT yang maksimum


dalam aktiviti P & P berjalan dengan lancar.
2. Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik
dan sistem internet serta rangkaian setempat
(LAN) dalam keadaan yang stabil.
3. Mewujudkan suasana yang kondusif dalam aktiviti
P & P yang berasaskan ICT.

7
8 MATLAMAT

MENJADIKAN SEMUA WARGA


SKBP CELIK ICT SEIRING
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
MASA KINI

8
9 PIAGAM PELANGGAN

Maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji


akan memastikan pencapaian kecemerlangan
pendidikan dengan memberi kemudahan untuk
perkembangan dan penyuburan potensi ke tahap
yang optimum dalam bidang kurikulum , ko-
kurikulum, displin dan sahsiah selari dengan
tuntutan Falsafah Pendidikan Negara serta
Wawasan 2020 melalui :-
v Menyediakan kemudahan ICT kepada setiap
murid-murid dan guru-guru.
v Memastikan setiap peralatan ICT dalam keadaan
baik dan dapat digunakan ketika diperlukan.
v Menyediakan khidmat latihan dan tunjuk ajar
mengenai ICT kepada semua guru,murid dan
kakitangan.
v Sebagai pusat pembinaan bahan pengajaran dan
pembelajaran bagi guru-guru.
v Pusat Portal Maklumat bagi semua guru dan
murid.

9
10 PERKHIDMATAN
MAKMAL KOMPUTER

Perkhidmatannya adalah secara menyeluruh dengan


melibatkan penyertaan seluruh organisasi sekolah dengan
semangat kekitaan dan rasa keupayaan yang kental dan
mendalam. Di samping itu juga, ia dapat menerapkan dan
membekalkan seberapa banyak ilmu dan sumber-sumber
lain kepada warga sekolah ini.

10
11 STRUKTUR PENTADBIRAN
SEKOLAH

GURU BESAR
EN.HAMZAH B. HASSAN

PK HEM PK PENTADIRAN
PN. HJH.SITI AESAH BT. MUDA PN. HJH. ROHANI BT. ABDULLAH

PK KO-KURIKULUM
PN. HJH. NORMADIAH BT. CHE NOH

11
12 CARTA ORGANISASI ICT

GURU BESAR
EN.HAMZAH B. HASSAN

PK PENTADIRAN
PN. HJH. ROHANI BT. ABDULLAH

PENYELARAS PUSAT AKSES PENYELARAS BESTARI PENYELARAS PPSMI


PN. SURAYA BT.OMAR EN.MUHAMAD ROPI B. AWANG PN. NORIZAN BT. HUSSI N

GURU PEPERIKSAAN JURUTEKNIK KOMPUTER GURU DATA EMIS


EN.ABU HASAN B. YUSOF CIK NOORHAZIANA BT. M. SOHAMI EN.ZAKUAN B. MOHD. SALLEH

GURU DATA EMIS


EN.KHAZIMAN B.OTHMAN

12
13 JAWATANKUASA
KERJA BESTARI

PENGERUSI
EN.MUHAMAD ROPI B. AWANG

TIMBALAN PENGERUSI (PAGI) TIMBALAN PENGERUSI (PETANG)


EN.KHAZIMAN B.OTHMAN EN.MALIKI B. MUHAMMAD

PENYELARAS PUSAT AKSES


PN. SURAYA BT.OMAR

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA


EN.ZAKUAN B. MOHD. SALLEH EN.ZULKIFLI B. MOHAMAD PN. NORIZAN BT. HUSSI N

AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA


PN.NOORHIDAYAH BT. ABD.GHANI CIK NOORHAZIANA BT. M. SOHAMI

13
14 GARIS PANDUAN
PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER

PENGURUSAN MAKMAL
KOMPUTER

Bidang pengurusan makmal komputer menekankan


beberapa aspek yang harus adiberi perhatian
khusus seperti keselamatan komputer daripada segi
perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna
dan peraturan makmal komputer. Pengurus
makmal komputer perlu sentiasa memastikan
aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan
oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.

14
15 PERATURAN
MAKMAL KOMPUTER

15.1 PERATURAN MAKMAL


KOMPUTER
§ Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal
komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru
§ Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula
kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
§ Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru
yang bertugas di makmal komputer.
§ Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
§ Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan
makmal komputer.
§ Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu
Penggunaan Makmal Komputer.
§ Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat
penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan
makmal komputer.
§ Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan
kepada alamat-alamat yang melampau / tidak bermoral.
§ Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-
senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
§ Pengguna komputer dilarang membuat sebarang
pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer.
§ Pengguna dilarang membawa masuk sebarang perisian luar
ke dalam makmal kecuali dengan izin guru bertugas.
§ Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan
atau perisian dari makmal kecuali dengan izin guru yang
bertugas.
§ Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau
sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki
tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru
yang bertugas di makmal komputer.
§ Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

15
15.2 KESELAMATAN PENGGUNA DI
MAKMAL KOMPUTER

♣ Meja komputer disusun dengan baik,pastikan unit sistem


diletak disemua tempat yang sesuai dan mempunyai ruang
mencukupi bagi semua alat peranti.
♣ Duduk dalam keadaan selesa,kerusi boleh dilaras mengikut
keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hinder dari sakit
pinggang.
♣ Kabel-kabel komputer perlu diletakkan dibelakang komputer
atau di tempat yang selamat dan jauh dari laluan pengguna
♣ Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk
keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
♣ Laraskan kedudukan monitor dengan mata, monitor harus 50
ke 60cm jauh dari mata.
♣ Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan
berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan
pandangan mata.
♣ Pengguna dinasihatkan berehat sebentar jika mengalami sakit
tengkuk, sakit tulang belakang, dan keletihan pada kedua-dua
belah tangan.
♣ Pastikan makmal komputer dilengkapi dengan kotak
pertolongan cemas.
♣ Jika perlu buka “casing” komputer untuk kerja
penyelenggaraan, pastikan unit sistem di “shutdown”
dahulu,matikan kuasa elektrik dan tanggalkan “plug”.
♣ Semasa menbuat kerja penyelenggaraan, elakkan memakai tali
leher, barang-barang kemas dan berambut panjang.
♣ Perhatikan jika terdapat wayar kuasa yang terdedah, tukar
mana-mana kabel yang rosak.

16
15.3 KESELAMATAN KOMPUTER DI
MAKMAL KOMPUTER

☼ Suhu di dalam makmal komputer mestilah tidak melebihi


40oc.
☼ Penggunaan pendingin hawa adalah digalakkan.
☼ Komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik
seperti AVR atau UPS supaya voltan elektrik ke komputer
sentiasa terkawal dan stabil.
☼ Elakkan dari terlalu banyak menggunakan “socket
extension”.
☼ Jika perlu memindahkan komputer,elakkan dari
terhantu,tergegar dengan kuat atau terjatuh.
☼ Jangan biarkan sistem unit terdedah terlalu lama tanpa
“casing”.
☼ Gunakan peralatan ”can-air” untuk kerja-kerja
membersihkan habuk di bahagian dalam unit sistem.
☼ Tanggalkan palam 3-pin dari soket pada dinding setelah
selesai menggunakan komputer.
☼ ”Shut Down” unit sistem dahulu sebelum menyambung
sebarang peranti ke komputer.
☼ Elakkan papan kekunci daripada terkena air dan terdedah
kepada habuk.
☼ Penyambungan kabel-kebel ke unit sistem perlu dilakukan
dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terliuk, terpatah
atau termasuk ke dalam

17
15..3.1 ASPEK KESELAMATAN KOMPUTER

CARA-CARA MENJAGA CAKERA LIUT.


• Jangan letakkan sebarang alatan atau bahan berat di atas cakera liut.
• Jangan mendedahkan cakera liut kepada haba yang sangat panas,
pancaran cahaya matahari, yang kuat dan air.
• Jangan letakkan cakera liut berdekatan dengan alatan bermagnet
seperti pembesar suara,telefon,headsets dan monitor.
• Jangan membuka ”shutter” cakera liut atau memegang permukaan
cakera.
• Simpanlah cakera liut di dalam bekas yang selamat.
• Masukkan cakera liut ke dalam pemacu mengikut arahan yang betul.
• Semasa lampu cakera liut sedang menyala,jangan keluarkan cakera
liut tersebut.

CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN CAKERA PADAT.


• Jangan mendedahkan cakera padat kepada pancaran cahaya
matahari yang kuat atau haba yang sangat panas.
• Jangaan menyentuh bahagian bawah permukaan cakera padat.
• Jangan menulis menggunakan pen mata bulat di atas permukaan
cakera padat. Gunakan alat tulis seperti pen penanda.
• Jangan simpan cakera padat secara tindih-menindih.
• Gunakan teknik yang betul ketika memegang cakera padat.
• Jika tidak digunakan,simpan cakera padat ke dalam jewel boxnya.

ASPEK KESELAMATAN PERISIAN KOMPUTER.


• Laporkan sebarang kerosakan perisian komputer kepada guru
penyelaras makmal komputer dan komputer berkenaan dilabelkan
dengan maklumat kerosakan.
• Jangan menyalin perisian dari luar ke dalamcakera keras komputer
tanpa kebenaran.
• Jangan membawa masuk sebarang perisian dari luar ke dalam
makmal tanpa kebenaran.
• Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak sempurna
perlu dihapuskan dan buat salinan semula ke cakera keras.
• Jika terdapat virus menjangkiti mana-mana cakera keras,imbas dan
nyahkannya.
• Lakukan aktiviti ”scandisk” dan ”defragmenter” untuk cakera keras
denagn kekerapan sekali dalam sebulan.

18
15.4 KESELAMATAN PERKAKASAN DI MAKMAL KOMPUTER

q Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari


makmal tanpa kebenaran.

q Jika terdengar bunyi yang ganjil atay tehidu sesuatu yang


terbakar,kenalpasti komputer yang terlibat dan segera
putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung dengan
komputer itu.

q Komputer yang rosak perlu diasingkan,dilabelkan dan


dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.

q Imbas cakera liut / “Usb Flash Drive” sebelum digunakan


untuk mengelakkan dari berlaku sebarang virus kepada fail-
fail dalam komputer.

q Pastikan cakera liut disimpan dalam kotaknya atau bekas


bebas dari sebarang bendasing,habuk dan kekotoran.

q Matikan suis pencetak selepas digunakan.

q Pengguna dikehendaki melaporkan sebarang perkakasan


kepada guru penyelaras makmal komputer.

q Jeriji besi perlu dipasang di pintu dan ditingkap untuk


mengelakkan kecurian.

q Sistem penggera kebakaran (sistem pengesan asap dan api)


perlu dipasang untuk mengesan kejadian kebakaran sekiranya
berlaku. Tindakan pantas perlu diambil dengan menghubungi
pihak bekuasa sekiranya sistem penggera berbunyi.

q Pamacu cakera liut perlu diselenggara secara berkala supaya


ianya berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

19
15.5 KESELAMATAN PERISIAN
KOMPUTER

v Laporkan sebarang kerosakan perisian komputer kepada guru


penyelaras makmal dan komputer berkenaan dilabelkan
dengan maklumat kerosakan.

v Jangan menyalin perisian dari luar ke dalam cakera keras


komputer tanpa kebenaran.

v Jangan membawa masuk sebarang perisian dari luar ke dalam


makmal komputer tanpa kebenaran.

v Kemaskini perisian anti-virus dari semasa ke semasa.

v Perisian-perisian dalam komputer yang rosak atau tidak


sempurna perlu dihapuskan dan buat salinan semula ke cakera
keras.

v Jika terdapat virus menjangkiti mana-mana cakera


keras,imbas dan nyahkannya.

v Lakukan aktiviti “scandisk” dan “defrag” untuk cakera keras


dengan kekerapan sekali dalam sebulan.

20
15.6 KESELAMATAN MAKMAL
KOMPUTER

19.6.1 PERALATAN

a) Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau


peralatan yang ada tanpa kebenaran dan penyediaan
penyelaras ICT.
b) Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen
servers,perisian utility untuk mengelakkan perubahan
konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan
menjejaskan aplikasi yang dipasang.
c) Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian
yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu.
d) Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan
supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku.
e) Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat
asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakkan
kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian.
f) Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan
untuk mengelakkan terlampau panas.

21
15.7 LANGKAH KESELAMATAN FIZIKAL
(UMUM)
Kunci :
a) Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas.
b) Kunci disimpan oleh Guru Besar,Penyelaras ICT dan
Penyelaras Makmal Komputer sahaja.
c) Buku log untuk rekodkan penggunaan kunci.
Akses Pelawat :
a) Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki
bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan.
b) Penyelaras Makmal/ICTmesti menemani pelawat yang
mengunjungi bilik bawah kawalan beliau.
Eletrik :
a) Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bangunan perlindungan
pengalir kilat.
b) Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat
Uninterupted Power Supply.
c) Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.
Label :
a) Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel.
Pencegahan kebakaran :
a) Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer
perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis gas
CO2.
b) Sistem pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada
dalam keadaan yang baik.

22
15.8 LANGKAH KESELAMATAN FIZIKAL
( Bilik Server)

BILIK
Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci.

KUNCI
Buku log untuk rekodkan penggunaan kunci.

AKSES PELAWAT
a) Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki
bilik pelayan.
b) Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses.
Maklumat yang perlu dicatat termasuklah tarikh, masa, nama,
nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan, lawatan, masa
masuk dan masa keluar.
c) Penyelaras Makmal/ICT mesti menemani pelawat yang
mengunjungi bilik pelayan setiap masa.

ELETRIK
a) Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterrrupted Power
Supply.
b) Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa
dingin.

ALAT PENGHAWA DINGIN


a) Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya
dua unit alat penghawa dingin yang berfungsi berterusan secara
bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak
berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat
penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila
tidak diguna.

23
15.9 LANGKAH KESELAMATAN
TAMBAHAN

AKSES
Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan
memasuki MakmaL Komputer. Penggunaan
makmal perlu diselia sepenuh masa.

ELETRIK
Pastikan semua punca kuasa eletrik bagi semua
peralatan dimatikan sebelum meninggalkan Makmal
Komputer.

ALAT PENGHAWA DINGIN


Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat
penghawa dingin.

24
16
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah


menjadi kesalahan untuk :

1.Menyalur sebarang bahan haram,lucah, mengancam,menekan,


mengugut,menghina,memfitnah atau menabur perasaan benci
sesama rakyat malaysia atau luar negara.

2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan


ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-
undang Malaysia dan antarabangsa.

3.Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan


individu,organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

4.menggalak,membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti


skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai serta lain-lain
aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Negara.

5.Emel-Melakukan aktiviti haram seperti mengambil,menyimpan


dan mengedar harta intelek,paten,rahsia perdagangan atau bahan
yang dilindungi hak ciptanya,atau bahan yang salah di sisi undang-
undang negara dan antarabangsa.

6.Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau


organisasi lain.

7.Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang


borang,kontrak atau pemohonan atas talian,temasuk memalsukan
nombor kad kredit.

8. Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network


monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang bukan
ditujukan kepadanya.

25
17 PENGURUSAN STOK,INVENTORI
PERALATAN DAN PERISIAN KOMPUTER

PENGURUSAN STOK,INVENTORI
PERALATAN DAN PERISIAN KOMPUTER.
Penyediaan buku stok dan penyimpanan peralatan di
kebanyakkan makmal komputer sekolah tidak lengkap dan ini
menimbulkan pelbagai masalah. Dalam hubungan ini,
penyelenggaraan stok amat perlu bagi menyelaras, menyemak,
mengesan, dan mengemaskini untuk memudahkan pentadbiran
makmal komputer.

BUKU STOK
Buku stok makmal komputer disediakan dalam 3 jenis.

STOK BEKALAN PEJABAT-untuk merekodkan peralatan dan


bahan yang luak serta nilai harganya adalah rendah.

STOK INVENTORI-untuk merekodkan barang tidak luak yang


harganya kurang dari RM 500.00

STOK HARTA MODAL-untuk merekodkan barang-barang tidak


luak yang berharga RM500.00 dan ke atas.

Penyemakan buku stok hendaklah dilakukan sekurang-


kurangnya sekali setahun.Panduan Perbendaharaan (tatacara
pengurusan stok) dan Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun
1992 hendaklah dirujuk dan dipatuhi. Penggunaan komputer
dalam pengurusan stok adalah digalakkan.

26
18 INVENTORI PERALATAN ICT
MAKMAL KOMPUTER

BIL PERALATAN KUANTITI


1 PELAYAN 1
2 KOMPUTER PELAJAR 40
3 KOMPUTER GURU 2
4 PENCETAL LASER BERWARNA 2
5 PENGIMBAS BERWARNA 2
6 PROJEKTOR LCD 2
7 SKRIN 2
8 SUIS HUB 2
9 PENGATUR VOLTAN (AVR) 42
10 PEMBEKAL TENAGA BERTERUSAN (UPS) 1
11 RAK PELAYAN 2
12 MEJA PELAJAR 40
13 MEJA GURU 2
14 MEJA PENYELARAS 1
15 MEJA PENCETAK 2
16 TROLI LCD PROJEKTOR 2
17 KERUSI PELAJAR 80
18 KERUSI GURU 2
19 KERUSI PENYELARAS 1
12 ALMARI BESI 2
13 PETI BESI 1
14 RAK PELAJAR 7
15 RAK CD 3
16 PAPAN KENYATAN 3
17 PAPAN PUTIH MAGNETIK 2
18 PENGHAWA DINGIN 9
19 KIPAS 2
20 SPEAKER 8
21 ALARM 2
22 PEMADAM API 3

27
19
SENARAI HARTA MODAL PERALATAN ICT

SILA RUJUK LAMPIRAN 1

28
20
PELAN KEBAKARAN MAKMAL KOMPUTER

SILA RUJUK LAMPIRAN 2 & 3

29
21
PELAN SUSUN ATUR MAKMAL KOMPUTER

SILA RUJUK LAMPIRAN 4 & 5

30
22 BIDANG TUGAS ICT
SEK. KEB.BERIS PANCHOR

SENARAI TUGAS GURU BESAR

☻Mengetuai jawatankuasa untuk merancang pelaksanaan program


ICT di sekolah.
☻Mengemukakan keperluan sekolah kepada Jabatan Pendidikan
Negeri/Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak berkenaan
untuk mendapatkan peruntukan kewangan, guru dan pembangunan
dan bekalan.
☻Mempengerusikan semua mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan
ICT sekolah.
☻Menggubal dan membangunkan dasar ICT sekolah agar program
ICT dilaksanakan dan mencapai matlamatnya.
☻Menerima laporan dan membuat perbincangan dengan
Penyelaras ICT untuk memastikan segala urusan berkaitan
program ICT berjalan dengan lancar.
☻Mengkaji dan memberi kelulusan untuk kegunaan komputer oleh
semua pihak.
☻Mengkaji semula secara berkala tahap-tahap akses bagi
kakitangan bawahannya dan pelajar.
☻Memastikan keselamatan kawasan sekolah.

TUGAS PK PENTADBIRAN

•Membantu Pengerusi ICT dalam menjalankan tugas.

31
TUGAS PENYELARAS ICT/BESTARI

PENGURUS IT
• Memastikan kemudahan Infastruktur Teknologi yang
diterima adalah betul dari segi kualiti dan kuantiti seperti
yang terdapat dalam spesifikasi.
• Memyedia inventori bagi kemudahan Infrastruktur
Teknologi yang dibekalkan.
• Mengurus dan menyenggara kemudahan Infrastruktur
Teknologi yang dibekalkan.
• Mengurus akaun pengguna dan e-mail.
• Memastikan kesemua kemudahan Infrastruktur Teknologi
berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan.
• Memastikan kebersihan dan persekitaran yang selesa bagi
bilik-bilik kemudahan Infrastruktur Teknologi ditempatkan.
• Menyediakan garis panduan/peraturan/tatacara penggunaan
kemudahan Infrastruktur Teknologi.
• Menyediakan keperluan Infrastruktur Teknologi untuk
kegunaan guru-guru dan membantu serta membimbing
mereka mereka sewaktu menggunakannya.
• Mengenalpasti masalah yang timbul sama ada masalah
berkaitan perkakasan,Sistem Pengoperasian Rangkaian atau
perisian-perisian seperti SSMS dan TLM dan menyelesaikan
masalah tersebut.
• Merancang pembelian bahan habis guna (consumables).
PAKAR RUJUK IT
• Sebagai pakar rujuk dan pegawai sumber (resource person)
It sekolah.
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran IT dengan cara
belajar sendiri atau melalui kursus/seminar/bengkel dan
sentiasa mengikuti perkembangan IT semasa.
• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan
system aplikasi SSMS dan TLM.
• Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menilai TLM.
• Memberi latihan secara inhouse kepada masyarakat sekolah.
• Meningkatkan budaya IT sekolah.

32
TUGAS PENYELARAS ICT/BESTARI

KESELAMATAN
• Mencadangkan pemasangan jeriji besi di bilik-bilik
yang ditempatkan banyak komputer.
• Memastikan bilik server hanya boleh dimasuki oleh
pihak yang diberi kuasa sahaja.
• Memastikan alat hawa dingin yang dibekalkan
berfungsi dengan baik.
• Memastikan alat pemadam api berada dalam keadaan
baik dan berada di tempat-tempat yang telah
dikenalpasti.
• Memastikan komputer bebas daripada virus.
• Membuat backup dan replikasi.

WEBMASTER
• Membina laman web sekolah.
• Memastikan kandungannya betul dan terkini.

LAPORAN
• Menyediakan laporan aktiviti Sekolah Bestari.
• Mendokumentasikan laporan/surat/dokumen yang
berkaitan.

TUGAS-TUGAS LAIN
• Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Pengurusan Sekolah dari semasa ke semasa.

33
TUGAS JURUAUDIT

JURU AUDIT
• Menyemak dan memastikan laporan kewangan
jawatankuasa ICT sekolah mempunyai
kebolehpercayaan yang sewajarnya.
• Melaksanakan tugas-tugas lain sebagai juruaudit
jawatankuasa sekolah.
• Mempunyai hak kebebasan dan budi bicara
profesional dalam membuat keputusan penyemakan
laporan kewangan ICT sekolah.

TUGAS PENGURUS MAKMAL

PENGURUS MAKMAL

• Mengurus makmal.
• Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal.
• Mengurus stok dan inventori makmal di bawah
tanggungjawabnya.
• Membantu Penyelaras Makmal dalam merancang
reka bentuk makmal.
• Membantu Penyelaras Makmal dalam membuat
jadual penggunaan makmal harian.
• Mambantu Penyelaras Makmal dalam merangka
peraturan makmal.
• Melapor dengan segera jika terdapat kerosakan alat-
alat IT dan bukan IT kepada Pengetua/Penyelaras IT
sekolah.

34
TUGAS PEMBANTU MAKMAL

•Menjaga keselamatan dan kebersihan makmal dalam waktu pejabat.


•Menyimpan fail surat-menyuart dan pekeliling.
•Menyimpan inventori stok dan dokumentasi peralatan makmal
komputer.(Kew 312,Kew 313,Kew 314.Kew 315)
•Membantu Penyelaras IT/Pengurus Makmal menguruskan pergerakan
peralatan makmal komputer.
•Mamantau aktiviti pelajar semasa ketiadaan guru.
•Membuka dan menutup pintu makmal komputer pada waktu yang
ditetapkan ataupun berada dalam keadaan tertentu.
•Menghidupkan komputer pelayan (server) dan mematika semua komputer
pada waktu yang ditetapkan.
•Menghidupkan / memastikan suis utama letrik pada waktu yang
ditetapkan.
•Menyemak dan memastikan buku log penggunaan komputer dilengkapi
oleh pengguna setiap hari.
•Memastikan tiada peralatan makmal dibawa keluar tanpa kebenaran
Pengetua / Penyelaras Makmal.
•Melaporkan sebarang kerosakan kepada Penyelaras IT / Pengurus
Makmal.
•Membantu Penyelaras IT / Pengurus Makmal menyelenggara perkakasan
komputer.
•Menguatkuasakan peraturan makmal yang disediakan oleh Penyelaars IT
/ Penyelaras Makmal.
•Melaksanakan arahan-arahan lain yang diberi oleh Pengetua/Penyelaras
IT dari semasa ke semasa.

35
TUGAS JURULATIH TMK

JURULATIH TMK (P & P)


• Melaksanakan kursus TMK (P & P) untuk guru-guru seperti
yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Kelantan.
• Membantu Penyelaras IT sekolah merancang dan melaksanakan
kursus-kursus Literasi Komputer yang sesuai untuk guru-guru /
staf sokongan dan pelajar-pelajar.

GURU DATA & MAKLUMAT (EMIS)

•Melengkapkan data dan maklumat staf seperi yang ditetapkan oleh


Jabatan Pendidikan Kelantan / Kementerian Pelajaran Malaysia.
•Memberikan maklumat yang diperlukan oleh Penyelaras IT daalm
melengkapkan Pangkalan Data Sekolah / ICT sekolah.
•Membuat laporan Pelaksanaan Aktiviti-Akttiviti sekolah jika
diperlukan oleh Unit Maklumat, Jabatan Pendidikan Kelantan

TUGAS KETUA BIDANG & PANITIA

•Mengerakkan pemikiran guru-guru untuk meningkatkan


keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan ICT.
•Menagtur penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
oleh guru-guru.
•Memantau penggunaan bahan sumber dan aplikasi ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran.
•Menambahkan koleksi bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.
•Menilai kesesuaian bahan sumber pengajaran dan pembelajaran ICT.
•Mengurus penghasilan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran
yang mudah dengan menggunakan kemahiran ICT seperti
pembentangan secara Power Point.
•Memberi cadangan / pandangan kepada JK ICT untuk
meningkatkan penggunaan ICT dalam P & P

36
TUGAS JURUTEKNIK
KOMPUTER

1. Bertanggungjawab Kepada Pengetua dan Penolong Kanan 1 Di Dalam


Melaksana Dan Mengambil Tindakan Susulan Ke Atas Perkara-Perkara
Berikut::

2. Menguruskan dan menyelenggara kemudahan ICT, perisian, perkakasan dan


aplikasi yang dibekalkan oleh KPM/JPN/PPD serta menyelesaikan masalah
teknikal berikut:

--Memeriksa dan menyelenggara kelengkapan ICT yang rosak seperti


kerosakan perkakasan utama, komponen-komponen dan aksesori ICT.

--Membantu, memantau dan menyelia rangkaian LAN dan WAN serta


menyelaras server-server utama dan peralatan seperti Firewall, Proxy,
DNS dll bagi rangkaian Schoolnet, EGNet, Broadband, Internet Access,
Pusat Akses dsb.

--Membantu Guru Penyelaras ICT dalam melaksanakan pelarasan sistem


berkaitan dengan pembahagian IP Address, Gateway, Modem dsb
Help-desk dan 1st Level Support

--Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat


log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat
tindakan susulan kepada pihak berkaitan.

3.Menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu
menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

4.Memberi inp ut di dalam menyediakan keperluan perolehan ICT untuk


pengurusan sekolah

5. Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat di peringkat


sekolah serta mematuhi kawalan dan prosedur keselamatan yang berkesan
selaras dengan dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh
KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU

6.Membantu pihak pengurusan sekolah dalam menyediakan peralatan ICT bagi


aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS,
SMM, SSDM, SBT dsb

7. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang


diarahkan dari semasa ke semasa

37
TUGAS FASILITATOR
SCHOOLNET

1. Bertanggungjawab membantu dalam proses berkaitan pengurusan, perancangan


pelaksanaan dan penyelenggaraan inisiatif ICT di sekolah dan asrama sebagai contoh:
•Inisiatif-inisiatif di sekolah (makmal komputer SchoolNet, WebTV, Pusat Akses, PPSMI,
Bahan courseware, Pembestarian Sekolah aplikasi-aplikasi seperti Web TV, ESPKB, eDisplin,
SMM, SSDM, Sistek dll)
•Pengurusan data inventori ICT seperti daftar harta modal.

•Pengurusan data maklumat murid dan guru-guru.

2. FS bertanggungjawab membantu memastikan segala peralatan ICT sekolah/berkaitan dan


memastikan rangkaian SchoolNet berfungsi dengan baik serta sentiasa boleh digunakan.
3. FS membantu sekolah menjalankan Latihan In-
In-House kepada warga Sekolah dengan:

Membantu menentukan jadual pelaksanaan Latihan In-


In-House bagi mengelak
daripada mengganggu aktiviti P&P sediada.
Membantu menentukan kumpulan sasaran sebenar bagi setiap latihan yang
akan dijalankan (pelajar, guru dan komuniti)

4. FS boleh menjalankan latihan ICT yang bersesuaian kepada ibu bapa atau komuniti
menggunakan kemudahan ICT di sekolah setelah mendapat kebenaran dari pihak
Sekolah.

5. FS boleh membantu menjalankan program-


program-program berkaitan dengan latih tubi
seperti menggunakan aplikasi online bagi pelajar menduduki peperiksaan seperti
UPSR/PMR/SPM.

6. FS boleh membantu mengendalikan aktiviti atau program-


program-program ICT di
sekolah--sekolah berdekatan seperti pertandingan laman web, membina bahan
sekolah
P&P.

7. FS membantu dalam meningkatkan kesedaran dalam menggalakkan


penggunaan jalur lebar dan keselamatan siber kepada warga sekolah dan
komuniti setempat.

8. FS bertanggungjawab dalam penyediaan laporan-


laporan-laporan bulanan berkaitan aktiviti,
masalah serta isu-
isu-isu pelaksanaan inisiatif
inisiatif--inisiatif di sekolah (perbincangan dan
pengesahan dengan pihak pentadbir sekolah hendaklah dibuat sebelum sebarang
laporan dihantar ke pihak SKMM)

38
23 PERANCANGAN ICT SEKOLAH

23.1 Perancangan Jangka Panjang ICT

Visi

~Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan


mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
serta menjalankan tugas-tugas harian.

~Melahirkan murid-murid dan guru yang mempunyai pengetahuan dan


kemahiran ICT serta dapat menggunakan teknologi ini bagi kegunaan
diri,keluarga, masyarakat dan Negara.
.

Misi

-Memberi peluang kepada semua warga sekolah menggunakan


teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi
meningkatkan mutu pengalaman.

-Memberi peluang warga sekolah untuk mengembangkan potensi diri


secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.

-Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa


depan.

-Menyediakan masyarakat Malaysia yang sentiasa peka terhadap


perkembangan dan pengatahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT.

Matlamat
-Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi(ICT)
bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran serta pengurusan selaras dengan *Dasar ICT
Kementerian Pendidikan Malaysia.

39
Objektif

-Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastruktur ICT di


sekolah.

-Mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

-Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui


penggunaan ICT.

-Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-


program ICT.

-Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap,sistematik dan


berkesan di sekolah.

-Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk


menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.

Kumpulan Sasaran

Kakitangan sekolah (Pentadbir,Guru dan Staf sokongan).


Murid-murid.

Strategi Perlaksanaan

-Menubuhkan Jawatankuasa ICT sekolah untuk menggubal dasar ICT


serta merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah.

-Jawatankuasa kerja berikut perlu di tubuhkan pada awal musim


persekolahan untuk melaksanakan aktiviti ICT yang di rancang.
Ketua jawatankuasa akan mengenal pasti ahli Jawatankuasanya sendiri.

40
26.2 Perancangan Jangka Pendek ICT
Matlamat

-Semua guru dan murid menggunakan Makmal Komputer dalam P & P.


-Peratus penggunaan Makmal Komputer meningkat.
-Kemudahan ICT dapat digunapakai oleh semua warga SKBP.
-Makmal Komputer menjadi salah satu sumber utama gedung ilmu SKBP.
-Peratus tahap kompetensi guru dalam pengendalian peralatan komputer
meningkat.

Objektif

-Melahirkan guru- guru yang celik ICT dan mampu menggunakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.
-Melahirkan 50% staf sokongan) yang celik ICT dan mampu menggunakan
ICT dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah.
-Melahirkan 90 % murid-murid yang celik ICT.

Pelan Tindakan Perancangan

-Latihan untuk staf sokongan (semua) oleh guru terlatih.


-Menjalankan kelas literasi komputer untuk pelajar Tahun satu dan dua.
-Program interaktif zoom-a (internet) untuk tahun satu hingga enam.

Program yang dirangka

-Program ICTL untuk murid tahap 1 dan tahap 2.


-Program Kelab Komputer
-Program Pembelajaran Interaktif Zoom-A
-Program Kelas Komputer di sebelah petang.
-Program Penyelenggaraan Penggunaan Peralatan Komputer

41
24 CADANGAN PELAN PERANCANGAN
DAN PELAKSANAAN ICT BAGI TAHUN 2010

Strategi : Meningkatkan penguasaan warga sekolah menggunakan peralatan ICT

BIL AKTIVIT PEGAWAI SASARAN TARIKH TARIKH KPI TINDAKA


BERTANG JANGKA LAKSANA N
GUNGJAW
AB

1 Bengkel GPB Semua Mengiku Semua warga Guru-


kemahiran warga t sekolah dapat guru
menggunakan sekolah kesesuai menggunakan mahir
aplikasi Microsoft an aplikasi. ICT dan
office Jurutekn
ik
Komput
er
2 Bengkel Jawatank Semua Mengiku Semua guru GPB,Jur
kemahiran uasa ICT guru dan t dapat merekod uteknik
menggunakan kakitang kesesuai markah ujian
aplikasi Excel an an

3 Bengkel emeldan GPB Semua Mengiku Semua warga


kemahiran warga t sekolah
melayari internet sekolah kesesuai mempunyai
an emel

4 Bengkel GPB dan Guru Mengiku Semua warga Guru-


penggunaan juruteknik tidak t dapat guru
peralatan ICT celik ICT kesesuai menguasai mahir
(LCD,scanner,pc) an kemahiran ICT
menggunakan
peralatan ICT

43
23.2.1 JADUAL PENGGUNAAN MAKMAL
KOMPUTER ICTL TAHUN 2011

42
Matlamat : Meningkakan penguasaan kemahiran pencarian bahan-bahan internet

BIL AKTIVIT PEGAWAI SASARAN TARIKH TARIKH KPI TINDAKA


BERTANG JANGKA LAKSANA N
GUNGJAW
AB

1 Memberi tunjuk GPB Guru Feb Feb-Nov Melahirkan LDP


ajar kepada guru Juruteknik yang guru/murid yang atau
dan murid mahir mahir akses latihan
ICT internet profesio
nal/lang
sung @
tidak

2 Menggalakkan P Gbesar Semua Jan Sepanja Sekurang- Pihak


& P berasaskan PK guru ng tahun kurangnya 2 kali pentadbi
sumber internet GPB seminggu guru r
menggunakan
Ketua internet dalam P
Panitia &P

3 Menggalakkan Guru Semua Feb- Feb-Sep Sekurang- Guru


pelajar Subjek pelajar Sep kurang satu Subjek
mendapatkan sumber rujukan
bahan rujukan daripada internet
dari internet untuk setiap
subjek

44
Matlamat : Meningkakan nilai agama,moral dan keselamatan semasa pencarian bahan
internet

BIL AKTIVIT PEGAWAI SASARAN TARIKH TARIKH KPI TINDAKA


BERTANG JANGKA LAKSANA N
GUNGJAW
AB

1 Ceramah GPB Semua Sepanja Sepanja Tiada berlaku Pemant


warga ng ng tahun penyalahgunaan auan
sekolah tahun internet oleh
GPB

2 Kursus GPB Semua Januari Sepanja Semua guru ada


keselamatan Juruteknik guru dan ng tahun pengetahuan
pelayaran internet pelajar dan kemahiran
i)Kursus Antivirus penggunaan
ii)Kursus antivirus
keselamatan data Cth:Kaspersky

45
Matlamat : Menyelenggara ICT bagi memastikan kemudahan ict yang terdapat di sekolah
berada dalam keadaan boleh diguna secara optimum serta selamat

BIL AKTIVIT PEGAWAI SASARAN TARIKH TARIKH KPI TINDAKA


BERTANG JANGKA LAKSANA N
GUNGJAW
AB

1 Mengadakan AJK LDP Semua Mengiku Semua guru


kursus mengenali guru t terlibat
komputer dan kesesuai menguasai
pengendalian pc an LDP jenis/komponen
yang baik dan
pengendalian
dengan baik

2 Pemeriksaan Penyelara Semua Setiap Semua pc Lapor


secara berkala s ict pc akhir berada dalam kerosak
setiap bulan juruteknik sekolah bulan keadaann baik an
terhadap semua dan boleh guna dengan
pc secara optimum segera
menggu
nakan
sistem
online :
sts.moe.
edu.my
3 Penambahbaikan Penyelara Semua Sepanja Data
penggunaan buku s Ict guru ng tahun penggunaan pc
log penggunaan Juruteknik dapat dikumpul
dengan lengkap

46
25 BRIGED SIBER

SENARAI BRIGED BESTARI

1. MOHD AIMAN AIZAT B. ARUAN (6B)


2. MOHD AMIRUL HAQ B. MOHD (6B)
3. MOHD YUSRI B. KASSIM (4A)
4. MOHD BASRI B. MOHD ZAID (4A)
5. NUR FAZIHAH BT. ABD. RAHMAN (4A)
6. AINUR BALQIS BT. ISMAIL (4A)
7. NURUL MIZNA HANIM (4A)
8. NUR AIN NAJWA BT. AZHAR
9. UMI ATHIRAH BT. MOHD SALWANI
10. SITI NUR UMMI BT. NORCHIK
11. NUR FARHAH SYAMIMIE BT. MOHD HATA

47
GAMBAR BRIGED SIBER

Berdiri dari kiri : Cik Noorhaziana (FT17) , En.Muhamad Ropi


(Penyelaras Bestari) , Pn. Rohayu (Fasi)
Duduk dari kiri : Erni Suhaila,Nur Adrina, En.Hamzah (Guru Besar)
, Siti Fatimah Rayyana, Siti Nornabila,Nur Amani

48
PANORAMA MAKMAL
26 KOMPUTER SKBP

49
27
LABEL-LABEL

SUDUT CD

SUDUT PAMERAN ICT

50
LABEL-LABEL

SUDUT PINJAMAN CD

SUDUT INFO

51
LABEL-LABEL

SUDUT INFO KOMPONEN

SUDUT KENYATAAN BESTARI

52
LABEL-LABEL

SUDUT BACAAN ICT

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

54
28 PENUTUP

Makmal komputer menjadi pemangkin


kepada pihak sekolah untuk memantapkan
penggunaan komputer di kalangan
murid-murid menerusi ICT.

Celik ICT di kalangan murid-murid amat


penting pada masa sekarang untuk mereka
melangkah ke dunia global yang semakin
maju.

Justeru, usaha untuk memantapkan penggunaan


ICT di kalangan mereka perlu dititikberatkan.
Dengan adanya makmal komputer di harap dapat
dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid.

55
21.2 JAWATANKUASA KECERIAAN DAN
KEBERSIHAN

PENASIHAT :EN.HAMZAH BIN HASSAN


PENGERUSI :PN.HJH. ROHANI BT. ABDULLAH
SETIAUSAHA : EN.MUHD ROPI B. AWANG
AJK : PN.SURAYA BT. OMAR
PN.NORIZAN BT.HUSSIN
EN.MALIKI B. MUHAMMAD
EN.KHAZIMAN B. OTHMAN
EN.ZAKUAN B. MOHD SALLEH

PETUGAS HARIAN KEBERSIHAN : PEKERJA SWASTA

AHAD
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS

25
SENARAI KOMPUTER RIBA PPSMI
SENARAI BARANG ICT
YANG DITERIMA
SENARAI CD
REKOD BUKU PELAWAT
REKOD BUKU ADUAN PELANGGAN
REKOD STOK BAHAN ICT
REKOD PENGGUNAAN GURU
DI MAKMAL KOMPUTER
REKOD PENGGUNAAN PELAJAR
DI MAKMAL KOMPUTER
BORANG PINJAMAN DAN
PENGHANTARAN PERALATAN ICT
BORANG X
BORANG JPICT/JPN
BORANG ADUAN KEROSAKAN
BORANG PINJAMAN PERALATAN
ICT JPN

You might also like