You are on page 1of 19

1.0 PENGENALAN.

Tahun 2020 merupakan tahun di mana negara ini sudah mencapai status negara yang
maju dan berpendapatan tinggi. Oleh itu, satu visi telah dirangka untuk memastikan
aspirasi ini dapat dicapai. Perlaksanaan Wawasan 2020 adalah untuk menunjukkan
bahawa negara ini dapat berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.
Perlaksanaan ini juga adalah untuk menentukan rakyat negara ini dapat dibangunkan
secara bersatu menerusi program-program pendidikan. Sebagai agen perubahan, guru
perlu memastikan perlaksanaan ini berjaya dengan mendidik dan membina generasi
masa hadapan dengan membantu menyedarkan tentang matlamat dan aspirasi negara
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dan Wawasan 2020.

Bagi memastikan Wawasan 2020 dapat tercapai, rakyat negara Malaysia digesa
untuk bersama-sama melakukan perubahan dalam hidup mereka. Penekanan yang
dimaksudkan adalah inisiatif pihak kerajaan lakukan untuk merealisasikan matlamat
wawasan 2020 iaitu Malaysia sebagai negara yang benar-benar maju. Sembilan
cabaran Wawasan 2020 yang harus dicapai dalam masa yang kurang dari 10 tahun lagi
ini memang perlu dihayati oleh setiap rakyat. Penekanan Wawasan 2020 adalah untuk
melahirkan masyarakat yang berkualiti tinggi, berpendapatan tinggi, berdaya saing dan
berfikiran saintifik yang terarah kepada mengharumkan nama negara dan dapat
menyumbang kepada aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dan kerohanian. Justeru,
rakyat negara perlu menyahut cabaran supaya mereka dapat benar-benar menjadikan
Wawasan 2020 ini sebagai satu aspirasi negara yang nyata.

Tambahan pula, program-program pendidikan misalnya terkandung dalam


Wawasan 2020 ini. Dalam hal ini, para guru memegang tampuk perubahan demi
membuatkan aspirasi negara boleh terlaksana. Para guru juga diberi tanggungjawab
yang besar untuk melahirkan masyarakat yang hebat dan seiring dengan era kemajuan
teknologi maklumat. Guru yang berfungsi sebagai agen perubahan haruslah membina
generasi muda yang baik untuk menghadapi cabaran yang kental pada masa hadapan.
Para guru turut disaran untuk menaikkan semangat muridnya bagi sama-sama
menjayakan pelaksanaan Wawasan 2020.

1
Selain daripada itu, masyarakat merupakan golongan sasaran dalam Wawasan
2020 dan sektor pendidikan difokuskan untuk menjayakan aspirasi ini. Jadi, adalah
menjadi tugas para guru untuk memikul tanggungjawab ini. Ciri-ciri guru yang terbaik
amat dititikberatkan iaitu dari segenap aspek yang utama iaitu jasmani, emosi , rohani
dan intelektual. Hal ini supaya dapat melahirkan murid yang cemerlang yang dilahirkan
dari guru yang cemerlang juga. Globalisasi yang pesat membangunkan memerlukan
guru dan murid yang dapat berdaya tahan untuk sama-sama mengekalkan
keharmonian dan kemajuan negara yang sudah menjadi status negara maju. Sebab
itulah guru yang cemerlang amat diperlukan bagi mewujudkan masyarakat yang maju.

Penekanan dari segi Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah guru memainkan


peranan penting dalam menjayakan dasar ini. Dasar Pendidikan Kebangsaan
merupakan dasar pendidikan yang digunakan dalam sistem pendidikan negara ini dan
dasar ini bertunjangkan daripada penggubalan dasar pendidikan ketika diperkenalkan
oleh British yang ketika itu menjajah Tanah Melayu. Setelah mencapai kemerdekaan,
dasar pendidikan yang ada itu sudah tidak rasional lagi untuk digunakan. Justeru,
terhasilnya dasar pendidikan yang bercorak kebangsaan yang dicipta oleh rakyat
tempatan. Oleh itu, guru perlu menghayati dasar ini dan menerapkan dalam bilik darjah.
Contohnya guru mengajarkan subjek kemahiran hidup di sekolah. Perkara seperti
memotong kayu, memasak, menanam pokok, pendawaian litar yang mudah sedikit
sebanyak mendedahkan dengan dunia luar dan memberi kemahiran awal supaya murid
tahu walaupun sedikit.

Secara tuntasnya, para guru harus menggunakan segala ilmu untuk


menajayakan aspirasi negara. Oleh itu kerjasama guru dan masyarakat amat
diperlukan bagi merealisasikannya. Pihak kerajaan yang telah menggubal pelbagai
dasar telah mencuba banyak pendekatan bagi memastikan Wawasan 2020 dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan berjaya diterapkan dan diamalkan oleh para guru khususnya.
Seterusnya menjadi panduan kepada masyarakat negara ini menyumbangkan bakti dan
jasa kepada pembangunan negara. Para guru merupakan pihak yang terpenting bagi
mencapainya dan semua tanggungjawab terpikul di bahu mereka agar negara
membangun dari segenap aspek.

2
2.0 ANALISIS, INTERPRETASI DAN PENILAIAN ELEMEN-ELEMEN DALAM
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU.

Elemen yang pertama dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) ialah mempunyai guru
yang berpekerti mulia. Seorang guru perlu mempunyai sahsiah yang baik. Misalnya
berbudi bahasa, berdisplin dan bermoral tinggi. Guru yang mempunyai sahsiah baik
dapat menjadi role model kepada murid-muridnya di samping dapat menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan lebih efisien. Hal ini disebabkan setiap
kerja yang dibuat akan membuahkan hasil yang baik. Contohnya, guru yang kemas dan
sopan membuatkan murid-muridnya lebih bersemangat untuk belajar jika dibandingkan
dengan guru yang selekeh. Kebiasaannya golongan kanak-kanak senang tertarik
dengan penampilan orang lain, apatah lagi jika individu tersebut merupakan gurunya.
Kesannya dapat membuatkan murid-murid tahu akan etika pakaian yang kemas dan
sesuai mengikut situasi. Guru akan membuatkan murid-muridnya mencontohi setiap
perlakuan dia tidak kira sama ada baik atau buruk. Jika setiap guru menunjukkan
contoh yang baik maka akan menghasilkan murid-murid yang baik juga. Guru yang
cemerlang merupakan guru yang dapat memberi keyakinan kepada murid-muridnya
untuk membuat perkara baik secara berterusan. Guru juga perlu memiliki kod etikanya
sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana
kod etika menyediakan garis panduan bagaimana tingkah laku guru yang betul dalam
profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika
Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru sebagai pemegang
amanah dalam bidang pendidikan. Guru akan lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka. Menerusi kod etika ini juga, guru dapat meningkatkan lagi imej
profesion perguruan dan supaya dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara. Pengamalan etika dapat mengekalkan dan
memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas kepada guru. Oleh
yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memiliki sahsiah yang baik
yang mencerminkan profesion perguruan.

3
Guru yang mempunyai pandangan progresif dan saintifik merupakan elemen
FPG yang kedua. Guru perlu berkembang mengikut peredaran zaman yang kini
memberi penekanan kepada bidang sains dan teknologi. Kita sudah sedia maklum
bahawa dua bidang ini penting kerana guru perlu menggunakan alat bantu mengajar
ketika mengajar dalam kelas contohnya komputer riba. Guru perlu tahu untuk
menggunakan alat tersebut. Penggunaan komputer riba penting kerana guru tidak lagi
perlu susah payah membawa buku yang banyak untuk mengajar. Di samping itu, akses
terus ke internet juga berguna jika ingin mencari maklumat. Semua ini dapat dilakukan
dengan menggunakan gajet ini. Buku rujukan yang ada tidak kerap diperbaharui
maklumatnya jika dibandingkan dengan bahan rujukan di internet. Hal ini bermakna
maklumat yang dicari merupakan yang terbaru dan banyak sumber. Oleh itu, guru perlu
tahu sumber maklumat yang hendak dicari itu tepat dan boleh dibuat rujukan kerana
tidak semua laman sesawang yang ada memberikan maklumat yang betul. Selain tu,
guru juga patut berusaha agar tidak ketinggalan dari segi professional. Oleh itu ciri
profesionalisme guru perlu merangkumi kemahiran mengajar, kecekapan seorang guru,
pengetahuan dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru itu sendiri. Para guru juga
perlu menunjukkan kepimpinan yang positif dan sesuai dengan keadaan. Sebagai
seorang guru juga mereka patut dapat membuat keputusan yang rasional adalah
penting untuk mengelakkan daripada guru-guru bertindak melulu sehingga boleh
meninggalkan kesan buruk terhadap pelajar.

Elemen FPG yang ketiga ialah gru perlu bersedia menjunjung aspirasi negara.
Para guru disaran menghayati aspirasi yang telah dihasratkan dan berusaha untuk
menyumbang secara maksimum ke arah pencapaian aspirasi negara. Para guru perlu
berbakti kepada negara dengan menyumbang idea, mengajar murid-murid mereka
dengan penuh komitmen, terlibat dalam sebarang aktiviti yang dapat membentuk
semangat cinta akan negara. Di samping itu, para guru juga perlu membentuk murid-
murid yang berdaya saing, yang mempunyai output berkualiti supaya dapat membentuk
tenaga mahir untuk kemajuan negara seiring dengan aspirasi Wawasan 2020 misalnya.
Kesannya, elemen ini dapat dicapai dalam jangkamasa yang dtetapkan.

4
Jadi, tidak mudah untuk memastikan aspirasi ini untuk tercapai dan para guru
perlu menggalas tugas yang besar. Perasaan yang negatif seperti berputus asa,
pemarah perlu dibuang kerana para guru patut bersikap lebih profesional dalam
menjalankan tugas yang diamanahkan.

Bagi elemen yang keempat pula ialah menyanjungi warisan kebudayaan negara.
Guru perlu menghayati warisan kebudayaan negara yang unik ini kerana kita hidup
berbilang kaum. Jadi, banyak budaya yang wujud di sini dan proses pertembungan
antara budaya-budaya telah membentuk satu lagi ciri budaya yang baru yang diterima
pakai oleh setiap rakyat. Proses asimilasi telah berlaku dan dapat membentuk sifat
bangga terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan murid. Trend yang berlaku
pada masa kini adalah golongan belia khususnya terlalu mengikut apa yang berlaku di
Barat. Contohnya dari segi pemakaian dan percakapan. Budaya Barat yang
kebanyakannya tidak sesuai dengan norma masyarakat negara ini. Jadi, pendedahan
tentang budaya yang ada di negara ini akan membuat mereka merasa lebih bangga
dan diharap dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Perpaduan antara rakyat yang
berbilang bangsa akan terhasil dan dapat menyemai semangat patriotisme dan
cintakan negara. Jika semangat ini dididik sejak kecil lagi kepada murid-murid, mereka
akan mempertahankan nama baik negara Malaysia setiap masa dan sanggup
berkorban untuk negara.

Elemen yang kelima dalam FPG ialah dapat menjamin perkembangan individu.
Peranan guru dari segi perkembangan diri dan perkembangan murid secara
menyeluruh iaitu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Empat aspek ini penting
kerana merangkumi segenap aspek kehidupan manusia umumnya. Dari aspek jasmani,
tubuh badan yang sihat diperlukan manakala bagi emosi pula, para guru perlu melatih
murid-murid mereka untuk bijak menguruskan masalah dan tidak terlalu mengikut
perasaan. Sebaliknya berfikir secara rasional dan tenang aspek rohani diperlukan
kerana dapat memberi ketenangan kepada murid-murid khususnya. Mereka perlu
diajarkan betapa pentingnya keperluan rohani agar sentiasa bersyukur dengan tuhan
dengan apa yang telah dikecapi dalam hidup dan sentiasa mengikut ajaran yang
disampaikan dalam agama masing-masing. Kini penekanan intelek yang kerap berlaku.

5
Hal seumpama ini bukannya tidak bagus tapi majoritinya murid-murid telah diajar
sebegitu. Bagi mereka, aspek ini paling penting dan aspek-aspek yang lain tidak perlu
ditekankan atau dipelajari sama sekali. Hal ini amat membimbangkan pihak kerajaan
kerana akan menghasilkan ramai murid yang bijak pandai tapi lemah dari segi fizikal.
Oleh itu, guru perlu mengubah paradigma murid-murid mereka agar tidak terlalu
mementingkan dari segi intelek sahaja tetapi dalam aspek lain-lain juga. Para guru
perlu mengajar murid-murid mereka dari empat aspek ini kerana jika dapat dicapai,
akan membentuk insan yang seimbang dan berkualiti tinggi. Kita tidak mahu ada murid
yang cenderung untuk fokus ke arah satu aspek ini sahaja tapi dapat menguasai
sepenuhnya. Mereka ini merupakan aset negara yang berharga dan akan memberikan
sumbangan kepada pembangunan negara. Jika negara ini mempunyai ramai rakyat
yang berpotensi tinggi, kemajuan dapat dicapai.

Elemen Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang keenam ialah memelihara


masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif dan berdisiplin. Guru mempunyai
tanggungjawab yang berat dalam bidang pendidikan bagi merealisasikan elemen
keenam ini. Tanggungjawab guru ialah sebagai ahli masyarakat yang menyumbang
kepada pembangunan negara. Jadi, tanggungjawab guru tidak tertumpu kepada
mengajar murid-murid di sekolah sahaja tapi sentiasa mengubah pemikiran masyarakat
di sekeliling mereka supaya sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara
agar menjadi lebih progresif. Para guru perlu berusaha agar masyarakat dapat
memenuhi aspirasi dan hasrat negara yang telah ditetapkan kerana masyarakat tidak
patut berada di satu tahap sahaja. Mereka perlu ada peningkatan dalam apa-apa yang
dibuat. Contohnya jika ingin mengubah taraf ekonomi sesebuah keluarga. Jika mereka
ingin hidup lebih senang maka usaha yang berterusan perlu ada setiap masa. Guru
merupakan orang yang amat dipercayai oleh masyarakat di negara ini dan mereka
menghormati profesion ini.

6
Justeru, guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap murid-murid, ibu
bapa dan masyarakat bagi memastikan pengajaran ilmu yang ingin disampaikan
kepada murid-murid berkesan dan difahami oleh mereka.dalam erti kata yang lain, guru
senang untuk mempengaruhi orang lain kerana mereka amat dipercayai dan disegani
oleh orang lain. Oleh itu, sejak awal lagi murid perlu dididik dengan baik bagi
menghasilkan golongan yang dapat memberi sumbangan kepada kemajuan negara ini.

7
3.0 KEPENTINGAN-KEPENTINGAN FALSAFAH PENDIDIKAN GURU TERHADAP
PERANAN GURU DENGAN BERDASARKAN MODEL KONSEPTUAL FALSAFAH
PENDIDIKAN GURU.

Rajah 1: Model Konseptual Falsafah Pendidikan Guru

Model Konseptual Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merangkumi semua disiplin mata
pelajaran. Hal ini untuk memperincikan lagi peranan dan tugas guru untuk
membangunkan modal insan yang berkualiti pada hadapan.

Model konseptual pendidikan guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga


dimensi utama iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Model ini mencakupi tiga
unsur yang berkaitan dalam profesion perguruan iaitu unsur ketuhanan, kendiri dan
kemasyarakatan. Penekanan kepada unsur ketuhanan diletakkan di peringkat tertinggi
sekali kerana mendidik individu supaya percaya dan patuh kepada ajaran agama
seterusnya menganjurkan kepada peningkatan ilmu seseorang. Hal ini kerana setiap
agama mengajar penganutnya supaya berbuat baik kepada semua, tidak kira kepada
manusia atau alam sekitar.

8
Bagi unsur kendiri pula, lebih cenderung kepada pembinaan daya ketahanan,
pemupukan budaya ilmu, pembentukan sahsiah, bersemangat patriotisme dan
berpekerti mulia. Hal ini disebabkan guru yang hendak mendidik muridnya membuat
perkara baik, mematuhi peraturan sekolah, menanamkan semangat cinta akan negara
perlulah mempunyai nilai-nilai tersebut dalam dirinya. Jadi, para guru perlulah
melakukan perkara tersebut dahulu jika ingin muridnya berbuat baik

Unsur yang terakhir ialah kemasyarakatan. Guru merupakan agen sosialisasi


dalam masyarakat. Para guru akan sentiasa berkomunikasi dengan masyarakat
setempat dan sentiasa berinteraksi dengan masyarakat tersebut disebabkan tugas
mereka mendidik anak-anak masyarakat tersebut. Guru juga dipandang mulia oleh
masyarakat kerana dianggap sebagai agen perubahan dalam komuniti setempat. Hal ini
disebabkan seorang guru boleh memberi ilmu kepada muridnya dan berpengetahuan
luas secara umumnya. Contohnya masyarakat di kampung yang kerapkali bertanya
setiap perkara yang hendak dilakukan. Dalam erti kata yang lain, mereka meminta
pendapat guru di situ kerana profesion perguruan amat dipandang mulia. Kesannya
guru membentuk peribadi masyarakat di sekelilingnya. Selaras dengan FPK dan FPG,
model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru
berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini
dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan
aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.

Di bawah tiga unsur utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini
merangkumi tiga aspek asas, iaitu pengetahuan, kemahiran, dan nilai. Para guru
perlulah menguasai ketiga-tiga aspek ini agar kreadibiliti seorang guru dapat ditonjolkan
secara menyeluruh dan berkesan. Kepentingan aspek pertama yang perlu dikuasai
seorang guru ialah menguasai ilmu pengetahuan tentang dan kepentingan pendidikan
dalam kehidupan. Pada zaman yang sedang berkembang pesat ini, sumber ilmu bukan
lagi didominasi oleh buku-buku tetapi di hujung jari sahaja, iaitu di internet.

9
Cara pemerolehan ilmu secara ini amat disambut baik oleh semua orang kerana
kandungan ilmu yang tidak terhad jika dibandingkan dengan buku,
walaubagaimanapun, tidak semua maklumat yang dicari adalah tepat 100 peratus
kerana boleh diedit oleh sesiapa sahaja misalnya sumber dari Wikipedia. Tetapi
penggunaan internet membolehkan murid mudah mendapat maklumat dan sentiasa
mempelajari ilmu yang baru setiap hari dengan cepat. Kaedah mendapatkan ilmu
dengan membaca buku dianggap sebagai kaedah yang ortodoks manakala
penggunaan internet kebanyakannya secara interaktif. Justeru, seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat pada masa kini, guru juga harus mempunyai
pengetahuan yang luas tentang semua aspek semasa agar tidak dipandang rendah
oleh muridnya.

Aspek kedua yang seorang guru perlu kuasai ialah kemahiran. Aspek ini penting
agar dapat memberi tunjuk agar kepada pelajarnya dalam situasi tertentu. Selalunya
aspek kemahiran lebih tertumpu kepada pengajaran di luar bilik darjah dan melibatkan
persediaan fizikal dan mental. Para guru haruslah menguasai kemahiran berfikir secara
kreatif dan kritis, kemahiran berkomunikasi, kemahiran ikhtisas, kemahiran pedagogi
dan sebagainya. Misalnya seorang guru boleh mengajar muridnya dalam suasana yang
berbeza dari sebelumnya. Jika setiap hari murid asyik belajar di dalam bilik darjah
sahaja, guru tersebut boleh mengajar di luar bilik darjah. Perkara ini supaya muridnya
dapat permandangan yang baru dan mendapat ilham dari persekitaran yang terbuka.
Minat muridnya juga akan bertambah dan lebih aktif. Tambahan pula, kemahiran
berkomunikasi penting di dalam profesion perguruan kerana para guru memang
berdepan dengan muridnya setiap masa. Misalnya seorang guru perlu tahu cara untuk
mengatasi masalah kelas yang terlalu bising. Guru haruslah tahu bagaimana untuk
mengurangkan masalah tersebut. Dia boleh pilih untuk memarahi murid-murid tersebut
atau menggunakan pendekatan alternatif.

10
Aspek yang seterusnya ialah nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni.
Perlakuan guru seperti penyayang, berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotik, inovatif,
kreatif dan patuh kepada etika profesion keguruan perlulah diamalkan oleh setiap guru
di negara ini. Tugas yang digalas oleh para guru bukanlah mudah kerana kejayaan atau
kegagalan muridnya bergantung kepada guru tersebut. Lagipun bila menjadi seorang
pendidik, setiap perbuatan guru akan dipandang dan ditiru oleh masyarakat. Guru yang
mulia dapat menghasilkan murid yang mulia juga. Akibatnya, akan terhasil generasi
yang mempunyai modal insan yang tinggi dan boleh dibanggakan. Oleh itu, ketiga-tiga
aspek ini disepadukan agar dapat melahirkan guru-guru yang berkualiti tinggi dan
mengikut hasrat kerajaan.

Model Konseptual Pendidikan Guru turut menekankan matlamat


memperkayakan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi,
intelek dan jasmani (JERI). Guru yang cemerlang perlulah mempunyai daya
pengetahuan yang tinggi dalam isu-isu global dan glokal. Jadi, para guru tidak disebut
sebagai tidak mengikuti peredaran masa. Para guru pada masa kini ada segelintirnya
hanya mahu tahu tentang apa yang hendak diajar tapi tidak mahu sangat peduli tentang
hal-hal yang lain seperti soal kemasyarakatan dan sahsiah muridnya. Sepatutnya hal
seumpama ini tidak wujud kerana tugas guru boleh dikatakan sebagai ibu bapa kedua
kepada muridnya. Secara puratanya ¼ hidup manusia dihabiskan untuk belajar. Jikalau
terdapat apa-apa masalah sekalipun, para guru perlu bersikap profesional dan
memberikan tumpuan yang maksimum ketika mengajar dalam bilik darjah. Sedar atau
tidak model Konseptual Pendidikan Guru mempunyai objektif yang sama dalam
menekankan matlamat mengembangkan potensi murid secara seimbang dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari segi JERI. Ini bermakna bahawa para guru
haruslah menguasai keempat-empat aspek ini sebelum mendidik anak muridnya dan
dikategorikan sebagai guru yang cemerlang. Contohnya guru yang hebat secara rohani
dapat berfikir dengan rasional dalam membuat keputusan. Keadaan ini berbeza jika
dibandingkan dengan guru yang tidak seimbang dari segi rohani. Setiap perbuatan
akan berpandukan hawa nafsu sahaja dan menyimpang dari sasaran yang sepatutnya.

11
Para guru juga haruslah seimbang dari segi emosi. Emosi merupakan aspek
yang besar kerana sangat mempengaruhi perwatakan seorang guru. Guru ketika
mengajar akan bermain dengan emosi muridnya agar tumpuan yang maksimum dapat
diberikan. Sepatutnya tidaklah mendatar sahaja. Hal ini dapt dicapai jika adanya
penglibatan dengan murid-murid juga. Sepatutnya guru memberikan peluang kepada
muridnya untuk mencuba suatu benda yang baru. Selain itu, jika seorang guru itu dapat
mengawal emosinya apabila berhadapan dengan situasi tegang dengan muridnya, guru
tersebut boleh menggunakan kelebihan memanipulasi emosinya untuk meredakan
ketegangan yang berlaku. Hasilnya, jalan penyelesaian yang aman dapat dicapai. Guru
yang seimbang dari segi emosi juga dapat membentuk murid yang cemerlang kerana
kawalan emosi guru tersebut mengajar murid.

Tambahan pula aspek yang dianggap penting yang perlu ada pada guru ialah
kecemerlangan dari segi intelek. Guru sinonim sebagai gudang ilmu dan ini bermakna
guru mempnyai pengetahuan yang banyak. Oleh itu, para guru harus juga mempunyai
pengetahuan dalam luar cakupan pengajarannya. Misalnya guru yang mengajarkan
Sejarah juga perlu tahu mengenai cara-cara untuk menanam pokok bunga dan tidak
hanya tertumpu pada satu bidang sahaja. Para guru juga merupakan tempat rujukan
murid kerana mereka sangat percaya pada guru mereka. Oleh itu, seorang guru perlu
mengisi pengetahuannya dengan ilmu-ilmu terkini termasuklah ilmu yang tidak
berkaitan dengan subjek yang diajarnya kerana para guru itu perlu sentiasa mengikuti
segala ilmu mengikut arus permodenan kerana setiap pelajar pada masa kini inginkan
fakta yang tetap dan cepat.

12
Aspek yang terakhir yang perlu ada sebagai seorang pendidik ialah aspek
jasmani. Guru perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dalam kerjaya ini. Fenomena
guru yang dihantar bekerja di kawasan pedalaman memang mempunyai pandangan
yang berbeza. Ada yang bersetuju dan tidak kurangnya yang tidak yakin dapat hidup
berkelana di tempat yang serba kekurangan. Dalam kes ini, ketahan fizikal dan mental
memang memainkan peranan yang signifikan kerana tahap ketersampaiannya yang
rendah. Kawasan sekolah terlalu jauh dengan kemudahan awam. guru terpaksa
bersusah payah untuk ke sekolah. Jadi, kesabaran yang tinggi amat diperlukan.
Pengalaman yang dikecapi merupakan ilmu yang berharga dan berguna kerana para
guru perlu tahu tanggungjawab sebenar yang patut ada pada guru yang sejati.

Secara keseluruhannya, Model Konseptual Pendidikan Guru telah dirangka


berdasarkan kepada dasar Falsafah Pendidikan Guru. Kesemua aspek yang ada boleh
dijadikan kayu ukur untuk membentuk guru yang cemerlang dan memenuhi aspirasi
negara. Guru perlu menggunakan ilmu dan kemahiran yang ada ketika mengajar demi
kemajuan mereka. Tugas untuk memenuhi tanggungjawab sebagai guru memang perlu
dicapai dan disempurnakan oleh para guru. Menyempurnakan tanggungjawab guru
penting dan guru perlu sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi
keperluan pendidikan negara dan masa depan perlu diterapkan dalan jati diri seorang
guru.

13
4.0 REFLEKSI.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa syukur kepada tuhan kerana saya
berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya dengan keadaan yang sihat setiap
masa. Seterusnya, rasa terima kasih kepada pensyarah dan rakan-rakan yang
bersama-sama membantu saya semasa menyiapkan tugasan ini.tugasan ini berkisar
kepada aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Memang nampak seperti mudah pada awalnya tetapi kehendak soalan ini adalah untuk
mengaitkan dua pelaksanaan kerajaan ini dengan tugas para guru. Oleh itu, tugasan ini
sedikit sebanyak mengajar saya betapa pentingnya golongan guru dalam menjayakan
aspirasi ini. Hal ini bermakna bahawa profesion keguruan merupakan sasaran utama
dalam memastikan kejayaan Wawasan 2020 dan dasar pendidikan kebangsaan.

Subjek Falsafah Pendidikan Guru merupakan satu subjek yang memerlukan


keamatan yang kefahaman yang tinggi untuk membolehkan kita faham dan terima apa
yang diajarkan. Dalam sukatan subjek ini terdapat juga Wawasan 2020, Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang terlibat dalam
kehendak soalan tugasan ini. Sememangnya dasar-dasar ini merupakan satu rujukan
kepada para guru untuk mengajar di sekolah. Contohnya Wawasan 2020 berperanan
untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti tinggi dalam setiap aspek kehidupan.
Sembilan peranan yang ada tersebut dapat diserapkan dengan bantuan guru di
sekolah. Pada tahun ini iaitu tahun 2011 sudah masuk fasa kedua pelaksanaan aspirasi
ini dan setiap guru harus berusaha mendidik masyarakat amnya untuk melakukan
perubahan ke arah kemajuan negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan juga berkait rapat dengan Wawasan 2020 tapi lebih
menfokuskan kepada bidang perguruan. Dua dasar pendidikan ini mengajar guru
supaya mengamalkan nilai dan etika kerja yang baik seiring dengan pembangunan
negara. Guru yang berfungsi sebagai agen sosialisasi haruslah menggunakan peluang
yang ada bagi melahirkan generasi muda yang boleh dibanggakan. Dalam erti kata
yang lain, perkara ini menjadi batu loncatan kepada guru untuk merealisasikan dasar
ini. Oleh itu, para guru perlulah melakukan apa yang terdaya bagi mencapai hasrat
ketiga-tiga aspirasi ini.

14
Pelaksanaan tugasan ini juga memberi peluang kepada saya untuk mengkaji
kekuatan dan kelompangan yang ada tiga aspirasi negara yang di atas. Dalam
Wawasan 2020 misalnya, terdapat sedikit kekangan untuk melaksanakan visi tersebut.
Pembangunan yang banyak ditekankan supaya rakyat dapat menikmati hidup yang
selesa mendatangkan kesan negatif. Pembangunan kemewahan yang tumbuh begitu
cepat, mudah sekali menghasilkan kemusnahan, baik alam fizikal, biologi, bahkan juga
pada keruntuhan rohani dan kejiwaan. Pembangunan manusia kini menghadapi krisis
ketidakseimbangan antara pembangunan kebendaan dengan kerohanian dan emosi.
Kepesatan perkembangan teknologi yang tidak selaras dengan pembangunan aspek
nilai dan moral boleh mengakibatkan manusia ketandusan nilai kemanusiaan sejati
(Abu Bakar Abdul Majid & Sarina Othman, 1998; Tajul Ariffin Mohd. Noordin, 1992).

Oleh itu, dalam membicarakan cabaran wawasan 2020 untuk melahirkan


masyarakat penyayang, matlamat ini tidak akan tercapai jika usaha tidak dilakukan oleh
semua pihak. Oleh itu, penekanan ilmu pengetahuan amat penting. Sepatutnya
pengajaran nilai-nilai yang baik perlu diterapkan di seluruh negara dan tidak tertumpu di
sekolah saja. Tanggungjawab untuk mendidik juga janganlah diserahkan bulat-bulat
kepada guru tapi setiap komuniti masyarakat harus bersatu padu. Pembangunan
negara yang positif merupakan sasaran kita supaya dapat melahirkan individu yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Negara memerlukan
generasi guru yang benar-benar berwibawa. Guru mempunyai peranan paling penting,
khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid, bertanggungjawab dalam
mengawasi disiplin murid, agar mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan
kemewahan kebendaan yang begitu laju sekali.

Selain itu, banyak timbulnya kes-kes yang melibatkan salah laku guru dan
kebanyakannya merupakan guru yang baru mengajar. Ada juga guru yang tidak
bersungguh-sungguh melakukan tugasnya. Contohnya mengajar muridnya hanya untuk
mendapat gaji yang lumayan dan waktu kerja yang singkat sahaja. Apabila para guru
ingin memperbaiki akhlak murid, perbincangan secara serius tentang kualiti peribadi
guru juga adalah perlu.

15
Guru merupakan sumber kepada murid dalam semua perkara untuk
mendapatkan ilmu dan juga sumber untuk dicontohi dalam pembinaan akhlak yang
baik. Antaranya untuk menanam nilai-nilai insan melalui keilmuan dan pendidikan bagi
menghidupkan potensi-potensi dalaman dan luaran dalam diri murid supaya dapat
berkembang dan berfungsi dengan sebaik-baiknya sebagaimana yang dikehendaki.
Sepatutnya perkara seumpama ini tidak boleh ada kerana boleh menjejaskan institusi
perguruan amnya. Oleh itu, tapisan yang ketat patut dilaksanakan untuk memilih bakal
guru pelatih yang ingin berada dalam bidang keguruan. Syarat-syarat yang harus
dilaksanakan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) perlulah tertumpu ke arah
menghasilkan bakal guru yang berwibawa. Bukan sahaja dapat berjaya di negara ini
tapi mempunyai kualiti yang bertaraf dunia. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Guru yang
wujud haruslah diamalkan demi memenuhi kehendak murni ini.

Akhir kata, kemampuan guru yang cemerlang akan dapat membina keyakinan
dalam kalangan murid dan mempengaruhi muridnya. Guru perlu juga ada kemampuan
untuk menilai kecenderungan dan kegemaran seseorang murid supaya dapat
memudahkannya membentuk murid dengan menggunakan cara yang sesuai ketika
belajar. Guru perlu mempunyai sifat amanah dalam menjalankan tugas dan terhadap
ilmu. Dengan adanya sifat–sifat ini akan terhasillah tugas kerja yang sempurna,
prestasi guru yang sentiasa meningkat dan pencapaian yang berkualiti dan dapat
memenuhi kehendak aspirasi negara Malaysia.

16
5.0 RUJUKAN.

Choong Lean Keow. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Untuk program
Ijazah Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN BHD

Badrunsham Dahalan. (2008). Guru mesti mampu imbangi kehendak masyarakat,


tanggungjawab. Pendidik Bil 51/Ogos 2008. Kementerian Kebudayaan,
Kesenian Dan Warisan. Selangor.

Abdul Rahim Abd Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan Cabaran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php , diakses pada 23 Februari 2011

http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan, diakses pada 23


Februari 2011

http://www.sabah.edu.my/sk.kayau.ppr/fpn.htm, diakses pada 27 Februari 2011

http://www.ccc.commnet.edu/apa/book.htm, diakses pada 6 Mac 2011

17
6.0 KESIMPULAN.

Aspirasi negara yang hendak dicapai oleh masyarakat negara ini. Penekanan dasar-
dasar yang terlibat dalam menjayakan usaha kerajaan secara umumnya menggariskan
terhadap kemajuan negara.

Perhatian yang tinggi dalam bidang kemajuan merupakan persamaan dua dasar
ini. Pihak yang difokuskan pula adalah para guru. Hal ini kerana guru memainkan
peranan yang penting dalam mendidik murid supaya menghayati dan melaksanakan
aspirasi negara. Walaubagaimanapun, Wawasan 2020 bertujuan menjadikan negara
berstatus negara maju menjelang tahun 2020 dengan mengatasi sembilan cabaran
yang timbul. Bukan mudah untuk melahirkan masyarakat yang berkualiti tinggi dan
cemerlang dari segenap aspek. Pengorbanan dan kecekalan yang tinggi patut ada
pada guru supaya menjadi agen perubahan untuk mengubah keadaan masyarakat
supaya dapat membangunkan negara.

Selain itu, penghayatan terhadap Falsafah Pendidikan Guru akan melahirkan


generasi guru yang berdisiplin dan seiring dengan kehendak dasar ini. Secara
umumnya para guru harus menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan
bersungguh-sungguh setiap masa agar sama-sama dapat menyumbangkan kepada
kemajuan negara. Tetapi bukan mudah untuk mencapai matlamat aspirasi ini kerana
manusia bukanlah sempurna. Bukan menjadi alasan untuk tidak berubah sebaliknya
usaha yang berterusan ke arah penghayatan haruslah dilakukan.

Memang tidak syak lagi Falsafah Pendidikan Guru mempunyai ciri-ciri guru yang
diperlukan untuk memenuhi aspirasi negara dan Wawasan 2020 umumnya. Oleh itu,
guru telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab yang besar bagi

18
memastikan penyampaian ilmu, nilai dan kemahiran yang berkesan. Ringkasnya, para
guru memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Justeru, semua pihak perlu mengembling tenaga bagi
menjayakan aspirasi negara.

19

You might also like