PSZ 19 : 16 (Pind.

1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***
JUDUL : SISTEM PEMANTAUAN DAN PENYENGGARAAN CERUN SESI PENGAJIAN :

2005 / 2006

ABDUL AZIZ BIN MAMAT Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis *( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat - syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh di buat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 4. Saya membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 5. ** Sila tandakan ( / ) SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) ( Mengandungi maklumat terhad yang telah di tentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan di jalankan ) Disahkan oleh:

TERHAD

TIDAK TERHAD

.................................................. ( TANDATANGAN PENULIS ) Alamat Tetap : 381 LRG 3 KANAN, JLN GONG PASIR, 23000 DUNGUN, TERENGGANU Tarikh : 14 NOVEMBER 2005

…………………………….. ( TANDATANGAN PENYELIA )

P M DR. KHAIRUL ANUAR BIN KASSIM Nama Penyelia Tarikh : 14 NOVEMBER 2005

CATATAN:

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu di kelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis di maksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau di sertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau laporan projek sarjana muda.

* **

0

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.”

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : : Prof. Madya. Dr. Khairul Anuar Kassim. 14 November 2005.

SISTEM PEMANTAUAN DAN PENYENGGARAAN CERUN

ABDUL AZIZ BIN MAMAT

Laporan projek ini di kemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2005

ii “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap – tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. 14 November 2005. .” Tandatangan Nama Penulis Tarikh : : : Abdul Aziz Bin Mamat.

iii Buat yang tersayang…… Untuk ibu dan ayah yang di kasihi…… Mamat Bin Hassan Wook binti Ismail Serta teman – teman seperjuangan Kalian semua takkan ku lupakan Iringan doa serta pengorbanan kalian semua merupakan pembakar semangat dan keyakinan buatku untuk menghadapi segala rintangan dengan penuh sabar dan tekun dalam menghadapi hari – hari yang mendatang. Terima kasih untuk segalanya……. .

Tanpa berkat usaha serta kekuatan lahir dan batin yang di pinjamkan. Bhd. saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya iaitu Prof. Dr. Segala tunjuk ajar beliau sangatlah bermakna dalam penyediaan tesis ini. Khairul Anuar Kassim. Syukur ke hadrat Mu Ilahi kerana dengan limpah rahmat Mu yang menemukan jalan yang Engkau kehendaki untuk orang – orang yang Engkau kasihi. Terima kasih Dr. Didikan dan segala bantuannya amatlah saya hargai. segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. tentulah sukar bagi saya untuk menghadapi semua ini dan seterusnya menamatkan pengajian di sini.iv PENGHARGAAN “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang” Alhamdulillah. Di sini. Beliau adalah merupakan orang yang paling penting dan beliau juga telah banyak membantu. Hartabina ) dan En. Khairul !!! Ucapan terima kasih juga kepada En. memberi nasihat serta dorongan kepada saya dalam semua perkara yang berkaitan dengan Projek Sarjana Muda ini. ) kerana telah sudi meluangkan masa untuk membantu dengan . Madya. Abdul Fatah Bin Abu Bakar ( Pengarah Unit Pembinaan. Maka dengan ketentuan Mu jua dapat juga hamba Mu ini berada di ambang kejayaan dan seterusnya dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Mohd Seth Bin Mohd Said ( Clerk of Work Mutiara Rini Sdn.

Kepada sahabat handai dan rakan – rakan seperjuangan semua juga tidak di lupakan.T. jua. Pengorbanan yang mereka berikan tidak terbalas rasanya. Hanya kejayaan di sini sahaja mampu membalas jasa – jasa mereka semua. Semoga semua jasa baik itu di balas dengan kebaikan dari Allah S. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. teguran dan bantuan semua tidak akan di lupakan sampai bila – bila.W. ayah dan keluarga tersayang. tanpa mereka siapalah diri ini. .v memberikan maklumat – maklumat dan bahan – bahan yang berkaitan dengan kajian ini. Akhir sekali buat ibu. Terima kasih kerana telah banyak membantu secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan tesis ini. Segala sokongan moral.

Kegagalan sesuatu cerun banyak di pengaruhi oleh faktor – faktor seperti keadaan geometri. geologi. Sistem ini merupakan suatu kaedah yang berkesan dalam proses menyenggara cerun dan pada masa yang sama ia akan dapat memastikan cerun dalam keadaan stabil pada jangka masa yang panjang. Perisian ( Microsoft Access 2003 ) telah digunakan bagi membina suatu pangkalan data berdasarkan Slope Priority Ranking System ( SPRS ) yang telah sedia ada dengan memperkenalkan langkah-langkah penyenggaraan yang sesuai. Daripada pemantauan yang dilakukan ini. pemulihan dan penyenggaraan cerun akan dapat dirancang terutamanya kepada cerun yang dikenal pasti berada didalam kategori yang berisiko tinggi. Ia merupakan suatu sistem yang dapat mengklasifikasikan sesuatu cerun mengikut tahaptahap risiko kegagalan yang berkemungkinan berlaku. Kelebihan sistem ini ialah ia akan dapat melindungi cerun dan penyenggaraan dapat dibuat sebelum ia gagal. Kajian ini melibatkan pengumpulan dan analisis data – data dari sejumlah cerun di kawasan Johor bahru. . Suatu kaedah bagi memantau cerun di perlukan sebagai langkah awal bagi mengesan kebarangkalian berlakunya tanah runtuh. Daripada maklumat ini. langkah-langkah pemulihan dan penyenggaraan akan dicadangkan untuk tindakan seterusnya. Kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda merupakan kesan yang mungkin berlaku daripada ketidakstabilan sesuatu cerun.vi ABSTRAK Masalah kegagalan cerun sentiasa mendapat perhatian dari pelbagai pihak khasnya daripada pihak berkuasa tempatan. kesan semulajadi dan juga persekitaran yang boleh mengurangkan kestabilan cerun terbabit.

vii ABSTRACT Slope failure problem always get attention from various parties. It is a effective method in maintaining the slope and at the same time ensuring a stable slope for a long term. remedial work and maintenance of slope has been suggested. The advantages of this system is that the slopes can be protected and maintenance before it fails. The method for assessment of slope is required as an early action to detect any possibility of landslide. nature effects and also the surrounding which can reduce the stability of the slope. remedial and maintenance of slope can be planned especially to slope which are detected to be in the category of high risk. geology. It is a system which classify the slope by the level of risk that has probability to collapse. especially from the local authorities. Microsoft Access 2003 was used to develop a database based on the existing Slope Priority Ranking System ( SPRS ) with the introducing of suitable maintenance procedures. Risk of lost lives and damage of public properties are probability effects from the unstable slope. The study involved of collect and analysis data from various slopes in Johor Bharu area. From this assessment. From this information. . The factors that influence slope failure are geometry.

viii SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv vi vii viii xiv xv xviii xx .

2 2.3.1 2.2 Definisi kejuruteraan mengenai tanah 2.5 Air tanah 2.3 Datar keras 2.1 Tanah geluh 2.1.2 Cerun semulajadi Cerun buatan manusia .1 1.1.6.4 Tanah atas Tanah bawah Tanah 2.6 Timbusan atau tanah buatan Morain 2.3 1.3 Tanah liat batu tongkol Pengkelasan tanah Pengenalan bagi cerun Jenis-jenis cerun 2.4 2.2 1.1.1 KAJIAN LITERATUR 5 5 6 6 6 7 7 7 8 8 9 10 10 10 11 11 11 12 13 13 14 Pengenalan kepada tanah 2.6.5 2.3.3 2.1.ix BAB 1 1.2.5 PENGENALAN Pendahuluan Latar belakang Masalah Objektif kajian Skop Kajian Kepentingan Kajian 1 2 3 3 4 BAB 1I 2.2.2 Tanah terangkut Jenis – jenis tanah yang biasa 2.3.1 2.3.2.4 1.2 2.1 2.4 2.3 Tanah organik Tanah sisa 2.1.

7 2.9.8.10.10.8 Fenomena kegagalan cerun Pergerakan cerun 2.2 Runtuhan ( fall ) Gelinciran ( slide ) 2.4 2.2.4 2.10 Kestabilan cerun 2.9.6.8.2.9.2 Gelinciran translasi / peralihan 2.9.2 Cerun tambakan 2.3 Cerun empangan tanah 2.9.2.1 Cerun potong 2.1 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah rapi .8.1 2.10.10.1 Kaedah penyiasatan kestabilan cerun 2.6.2.3.8.6 2.10.9 Pengaruh hakisan 2.1 2.3 2.2 Pengaruh jenis tanah 2.2 Analisis tegasan menyeluruh 2.1 Analisis melalui kaedah hirisan Swedish 2.9 2.2.7 Hamparan ( spread ) Pengaliran ( flow ) Graviti Keadaan air dalam tanah Geometri cerun Tanaman pada cerun Kesan alam semulajadi Sistem saliran 14 14 15 15 16 17 18 18 19 20 21 22 22 23 24 24 25 26 27 28 29 30 30 31 32 33 35 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun 2.8.2.8.9.9.3 2.x 2.8 Geologi 2.5 2.6.3 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah Bishop 2.1 Gelinciran putaran 2.9.9.

1 Kaedah tanaman litup bumi 4.1 Lubang leleh dan paip mendatar 4.1.3 Kawalan perparitan dan saliran 4.1 Prinsip asas dalam ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ BAB IV SISTEM PENYENGGARAAN DAN KESTABILAN CERUN 42 42 43 44 45 46 48 49 50 52 54 54 55 56 56 57 58 58 59 4.1.2.2.4 Kaedah pitching Kaedah penyemburan mortar dan konkrit Kaedah penghadang konkrit Sistem kawalan perparitan di permukaan cerun 4.1.3.1 Sistem parit saliran dan parit pintasan 4.3.2.3 Kaedah kepingan rumput berkelompok dan rapat 4.3.2.1 4.3.3.3 Longkang bertingkat 4.1 Kaedah rumput vetiver 4.2 Sistem saliran subpermukaan 4.xi BAB III 3.5 Saliran sump 4.2.4 METODOLOGI KAJIAN 36 36 37 38 40 41 Pendahuluan Metodologi kajian Pengenalan kepada perisian Microsoft Access 2003 Pengenalan kepada ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ 3.1 .3.3.3 3.3.3 4.2.2.2 3.1.1.1.2 4.2.2 Pendahuluan Kerja – kerja perlindungan cerun 4.4 Longkang pada bahu jalan 4.1.1 3.2 Kaedah fibromatting dan hydroseeding 4.2 Longkang pada teresan 4.1.4.

4.5 Terbalikan 4.4.4 Putaran terhadap bahagian atas 4.4.2.3.1 Kegagalan keupayaan galas 4.3 Jalur tegak bahan penuras 4.1.4 Tembok gabion 4.1.2 Jenis sistem penyaliran yang lazim bagi tembok penahan 4.3.3.3 Sebab – sebab kegagalan yang lazim bagi struktur penahan tanah 4.4.1.xii 4.5 Selimut penyaliran mencondong 4.2.4.4.3.3 ANALISIS DAN KEPUTUSAN 75 75 75 80 Pengenalan Pengumpulan data dan analisis teknikal Pembangunan ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ .2 5.2.3.3 Gelinciran tanah di sekeliling 4.1 Lubang lelehan 4.3.4.1 Jenis – jenis tembok penahan 4.4.2.4.4.3 Tembok cerucuk keping 4.4.4.1 Tembok penahan graviti 4.1.4.4 Selimut penyaliran tegak 4.4 Pembinaan tembok penahan 4.2.4.4.2 Tembok penahan julur 4.5 Kesimpulan 70 70 71 71 72 73 73 73 65 65 66 67 68 69 59 60 60 61 62 64 BAB V 5.6 Kegagalan struktur 4.1 5.4.4.2 Salir belakang 4.4.2 Gelangsaran ke hadapan 4.

C 98 .4.4 Kajian Kes 5.5.2 Laluan ke kolej 16 & 17 Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah Analisis bagi laluan ke kolej 16 & 17 Analisis bagi Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah 83 83 85 89 89 91 Keputusan BAB VI KESIMPULAN 93 RUJUKAN 96 LAMPIRAN Lampiran A .1 5.5 5.2 5.5.4.1 5.xiii 5.

3 5.3 5.2 5.1 2. JADUAL 2.xiv SENARAI JADUAL NO.1 5.2 2.4 TAJUK Pengkelasan tanah di luar makmal Jenis-jenis pergerakan cerun ( Cruden & Varnes 1996 ) Keadaan geologi dan kesan yang mungkin berlaku pada cerun ( Hunt 1984 ) Lingkungan markah dan kadar risiko yang di berikan melalui SPRS Rating Pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan bagi cerun potong Permarkahan risiko cerun potong Ringkasan sistem permarkahan MUKA SURAT 12 16 28 76 77 78 79 .

6 2. 1978 ) Gelinciran translasi / peralihan Kegagalan hamparan Pengaliran pada cerun ( Varnes.12 Analisis tegasan seluruh Kaedah hirisan Swedish Analisis tegasan berkesan :.8 2. RAJAH 2.Daya yang bertindak ke atas hirisan tegak menerusi tembereng yang menggelangsar .xv SENARAI RAJAH NO.2 2.3 2. MUKA SURAT 5 17 19 20 21 21 22 25 2.11 2.7 TAJUK Bahagian di dalam sampel tanah yang di korek Runtuhan tanah dan batuan Gelinciran putaran ( Varnes.1 2.4 2.5 2.10 2. 27 31 32 34 2. Kegagalan cerun akan berlaku bila faktor keselamatan menurun melebihi 1. dengan cerun dan komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun g t.9 Aspek – aspek dalam geometri cerun Penurunan kadar faktor keselamatan melawan masa penurunan hujan. 1978 ) Komponen yang bertindak secara bersudut tepat g p.

4 4.24 Rumput Vetiver yang tumbuh semulajadi Penanaman rumput vetiver secara berbaris di cerun Semburan yang menggunakan pam bagi kaedah Hydroseeding Lapisan rumput yang tumbuh subur menggunakan kaedah Hydroseeding Penanaman rumput secara berkelompok dan rapat Rubble Pitching Semburan mortar dan konkrit Rekabentuk dan cara pembinaan crib wall Penggunaan crib wall di kawasan cerun Longkang pada teresan Longkang bertingkat Tembok penahan julur Tindak balas pada tembok cerucuk keping Penggunaan tembok cerucuk keping sebagai penahan hakisan Kaedah penstabilan cerun menggunakan tembok gabion Lubang lelehan Salir belakang Jalur tegak bahan penuras Selimut penyaliran tegak Selimut penyaliran mencondong Kegagalan keupayaan galas Gelangsaran ke hadapan Gelinciran tanah sekeliling Putaran terhadap bahagian atas 64 66 67 68 69 69 70 71 72 72 63 49 50 51 53 53 56 57 62 63 48 47 46 45 .12 4.1 4.14 4.18 4.17 4.xvi 4.5 4.11 4.3 4.21 4.8 4.7 4.9 4.16 4.15 4.10 4.13 4.22 4.19 4.23 4.20 4.6 4.2 4.

4 5. Laporan SPRS boleh disusun dan dicetak mengikut kategori Kedudukan parsel kawasan kajian kes 2 di dalam projek pembangunan Mutiara Rini. Kegagalan yang berlaku pada cerun di kawasan kajian kes 2 88 87 82 81 81 .1 5.3 5.2 5.xvii 5.5 Interface bagi Slope Priority Ranking System ( SPRS ) Borang bagi kemasukan data untuk dianalisis.

B gp gt BS ø W G c r θ We L1 & L2 N&T 0 ∑ n W P T b z l α - Aras Air Bumi Komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun Komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun British Standard Sudut geseran dalam Berat sektor. Kedudukan pusat graviti Kekuatan ricih maksimum Jejari arka Sudut arka Momen gangguan Sempadan tegak Magnitud Pusat putaran Jumlah Keratan Berat hirisan Daya normal seluruh yang bertindak di tapak hirisan Daya ricih yang bertindak di tapak hirisan Lebar hirisan Ketinggian hirisan Panjang BC ( di ambil sebagai garis lurus ) Sudut antara P dengan garis tegak .A.xviii SENARAI SINGKATAN A.

0 Daya berkesan normal Slope Priority Ranking System .xix x P’ SPRS Jarak ufuk dari pusat hirisan ke pusat putaran.

xx SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN A B C TAJUK Analisis cerun di UTM Peta kawasan kajian Borang Pemeriksaan Cerun oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia MUKA SURAT 98 99 100 .

Pembinaan yang di jalankan di kawasan yang berbukit – bukau akan menghasilkan cerun – cerun buatan manusia yang memerlukan pengawalan. kepesatan ekonomi negara memaksa pembinaan bangunan dan pembinaan infrastruktur seperti jalanraya kadang – kala terpaksa di lakukan di kawasan yang berbukit – bukau. Masalah kegagalan cerun biasanya wujud apabila berlakunya hujan lebat yang mana ia akan mengurangkan kekuatan ricih tanah serta menambahkan tegasan dalam tanah akibat dari pembentukannya sendiri dan keadaan air dalam tanah tersebut.BAB I PENGENALAN 1. Namun. Cerun semulajadi adalah stabil dan kurang mengalami risiko kegagalan.1 Pendahuluan Keadaan bentuk muka bumi yang berbukit – bukau akan menghasilkan cerun cerun semulajadi. Ini kerana keadaan semulajadinya telah terganggu oleh aktiviti – aktiviti pembinaan. Faktor – faktor yang mempengaruhi kegagalan cerun ini mestilah di ketahui agar masalah – masalah yang berkaitan dengannya akan dapat di atasi dengan mudah. .

Sistem penilaian ini boleh di buat berdasarkan keadaan fizikal cerun potong itu di bina dan faktor – faktor yang boleh mempengaruhinya. Cerun yang berisiko berlakunya tanah runtuh mestilah di atasi dengan kaedah – kaedah pengukuhan cerun yang sesuai agar ia selamat.2 Latar belakang Masalah Kebanyakan cerun potong terjadi akibat daripada aktiviti pembinaan yang di jalankan di kawasan tersebut. Ia sebenarnya berasal daripada cerun semulajadi yang stabil. Gangguan ini mungkin telah menambahkan tegasan ricih dan mengurangkan kekuatan ricih tanah akibat perubahan pada bentuk asalnya. . Ini sekaligus memberikan amaran awal sebelum terjadinya kejadian tanah runtuh. sistem penyaliran air permukaan. paras air bumi dan perlindungan pada permukaan cerun juga telah berubah.2 Masalah kegagalan cerun ini boleh memberikan impak yang besar terhadap keselamatan nyawa dan harta benda. Ia akan dapat di atasi sekiranya terdapat suatu sistem pemantauan yang dapat membantu sebelum proses penyenggaraan di lakukan. cerun ini mestilah di awasi agar ia selamat daripada risiko berlakunya tanah runtuh. Oleh itu. Tetapi keperluan suatu sistem yang mudah dan ringkas yang dapat menganggarkan tahap keselamatan pada cerun tersebut juga di perlukan. Terdapat pelbagai analisis kestabilan cerun yang boleh di lakukan. Pemantauan yang di lakukan akan dapat memberikan maklumat awal mengenai keadaan dan tahap kestabilan sesuatu cerun tersebut. 1. Kaedah pengukuhan cerun tersebut hendaklah mengambil – kira aspek kos dan keberkesanannya dalam menstabilkan cerun. Selain itu.

4 Skop Kajian Kajian yang di jalankan melibatkan penyiasatan dan pemantauan terhadap kawasan cerun tanah yang terdiri daripada cerun – cerun potong.3 Objektif kajian Kajian ini di lakukan bertujuan untuk : i) Mengenal pasti punca – punca yang boleh menyebabkan berlakunya tanah runtuh. iii ) Menentukan kaedah – kaedah penyenggaraan susulan yang sesuai bagi menstabilkan sesuatu cerun selepas ianya di analisis. ii ) Melakukan penambahbaikan bagi Slope Priority Ranking System (SPRS) bagi penilaian ke atas cerun berdasarkan data teknik dan garis panduan yang di guna pakai oleh JKR. Maklumat – maklumat yang di . Di harapkan kajian ini dapat membantu pihak – pihak yang berkaitan dalam menganggarkan tahap keselamatan cerun berdasarkan keadaan fizikal cerun dan faktorfaktor yang boleh mempengaruhinya. Keadaan di sekitar cerun dan kesan dari perubahan semulajadi yang berlaku juga akan di ambil – kira. 1. Cerun – cerun yang terlibat akan di analisis untuk mengetahui samada ia berisiko ataupun tidak berisiko berlakunya kegagalan cerun.3 1.

Kajian yang di lakukan ini tertumpu di sekitar kawasan Johor Bharu. Kaedah pengawalan kestabilan cerun boleh di kategorikan berdasarkan punca dan fungsi pengawalan.5 Kepentingan Kajian Kajian kes ini melibatkan penyiasatan cerun bagi menentukan tahap keselamatan daripada faktor – faktor semulajadi dan keadaan pembinaan cerun potong tersebut. Walau bagaimanapun. Sebarang perubahan bentuk dapat menentukan tahap kestabilan sesuatu cerun itu. maklumat ini juga boleh di gunakan untuk mencari kaedah – kaedah penyelesaian yang dapat mengukuhkan lagi kestabilan cerun. analisis ini boleh di guna pakai di semua keadaan cerun tanah di seluruh Malaysia. ini bagi memudahkan pemilihan kaedah pengawalan yang berkesan. Selain itu. Maklumat yang di peroleh akan dapat membantu pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan cerun terbabit selamat dan seterusnya sekiranya perlu. . 1. Keputusan ini sangat penting dan berguna untuk memberikan gambaran dan kesan yang mungkin berlaku berdasarkan keadaan semasa dan tanda – tanda hakisan yang berlaku pada permukaan cerun.4 perolehi akan dapat memberikan kadar risiko kemungkinan berlakunya kegagalan cerun melalui analisis menggunakan SPRS yang di guna pakai berdasarkan kadar yang telah di tentukan oleh JKR. membantu pihak tersebut dalam menyediakan kaedah – kaedah pengukuhan cerun yang sesuai.

Datar keras A.1 Pengenalan kepada tanah Tanah boleh di kategorikan kepada beberapa jenis bahagian iaitu tanah atas. datar keras.1 : Bahagian di dalam sampel tanah yang di korek .BAB 1I KAJIAN LITERATUR 2.B ( aras air bumi ) Tanah atas Tanah bawah Tanah Batuan dasar Rajah 2. tanah dan air tanah. tanah bawah.A.

2. Datar keras bersifat sangat keras.3 Datar keras Datar keras berlaku apabila asid humik yang terbentuk melalui tindakan air hujan yang akan menyebabkan penguraian humus.6 2. Oleh itu. 2. Kebiasaannya tanah ini mempunyai ketebalan melebihi 500 mm.1 Tanah atas Tanah atas adalah lapisan tanah organik. Kadangkala. Ini bagi membentuk suatu bahan yang keras seperti batuan. sekalipun datar keras berada dalam keadaan yang basah namun ia tidak sesekali akan menjadi lembut. Ini menunjukkan bahawa datar keras mempunyai rintangan yang tinggi terhadap kaedah penggerudian yang biasa.1.2 Tanah bawah Tanah bawah ialah bahagian kerak bumi terluluhawa yang terletak di antara tanas atas dengan tanah tak terluluhawa di bawahnya. . Asid ini akan menguraikan alumina dan oksida besi ke lapisan bawah iaitu tempat di mana ia akan bertindak sebagai agen perekatan. Lapisan ini terdiri daripada humus iaitu jirim tumbuhan yang separuh terurai dan sangat organik.1. datar keras ini boleh di temui di sempadan antara tanah atas dengan tanah bawah.1.

tanah terangkut dan tanah sisa. Permukaan bagi atas air ini mungkin boleh di dapati pada sebarang kedalaman yang di kenali sebagai aras air atau aras air bumi ( A.B. 2.A. . sekiranya perekatan ini menghasilkan bahan sekeras batu maka ia di kenali sebagai batuan dan sekiranya bahan tersebut dapat di korek menggunakan tangan maka ia adalah tanah. Sesetengah tanah mempunyai sedikit perekatan antara butirannya.4 Tanah Tanah adalah merupakan endapan geologi yang lembut. 2. angin dan hujan yang sentiasa membentuk zarah batuan yang akhirnya menjadi tanah.1. suhu.2 Definisi kejuruteraan mengenai tanah Mengikut takrif kejuruteraan. tanah terhasil akibat daripada tindakan fros. ).5 Air tanah Air tanah adalah takungan air bawah tanah. Terdapat tiga jenis tanah yang di klasifikasikan mengikut cara – cara pembentukannya iaitu tanah organik.1. Ianya terletak di antara tanah bawah dan batuan dasar. graviti.7 2. Secara kasarnya.

2 Tanah terangkut Tanah terangkut pula terdiri daripada batu kelikir. lapisan tanah pada bahagian atas aras bumi mengandungi jirim organik. manakala di bahagian tengah sungai di penuhi dengan kelodak dan tanah liat. sebahagian daripada zarah tanah yang di bawanya akan mendap. kemudian barulah di ikuti dengan zarah – zarah yang lebih kecil. Jika di perhatikan di kawasan aliran sungai batu kelikir dan pasir akan berada di bahagian tepi sungai. pasir. Sekiranya tidak di buang pelbagai kesulitan akan di hadapi semasa aktiviti – aktiviti pembinaan sedang di jalankan. Agen – agen yang mengangkut tanah – tanah tersebut ialah seperti air. Zarah tanah yang lebih besar dan berat akan mendap terlebih dahulu. Lapisan tanah tersebut tidak sesuai di jadikan sebagai tapak untuk pembinaan di sebabkan kekuatannya untuk menanggung beban adalah rendah.2. kebanyakan tanah di angkut oleh air. aliran air sungai akan mengangkut tanah tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. kelodak dan tanah liat. lapisan tanah yang mengandungi humus ini serta lapisan tanah atas iaitu lapisan permukaan tanah berwarna hitam yang berada 2 meter daripada permukaan tanah perlu di buang. Contohnya. Kebiasaanya. 2.1 Tanah organik Tanah organik ialah tanah atas contohnya tanah gambut. angin dan ais.8 2. . Endapan gambut ( humus ) kadangkala akan di temui. Apabila aliran air menjadi perlahan. Bagi menjalankan aktiviti – aktiviti pembinaan.2. Di Malaysia.

Laterit terbentuk daripada batu kapur yang mengalami tindakan air hujan yang menguraskan bahan batuan yang dapat larut seterusnya meninggalkan hidroksida besi dan hidroksida aluminium yang tidak larut. angin adalah merupakan agen pengangkut tanah yang utama. Endapan zarah hasil daripada tiupan angin berwarna perang muda dan bersaiz seperti kelodak ini di kenali sebagai tanah loess. Angin ini akan sentiasa membentuk timbunan pasir yang berbentuk seperti permatang. Ais juga adalah merupakan agen pengangkut yang penting. Tanah ini boleh di dapati di permukaan batuan yang datar kerana tindakan unsur – unsur telah menghasilkan tanah yang mempunyai keupayaan yang kurang untuk bergerak. 2.9 Di kawasan yang tidak mengalami hujan seperti di padang pasir. Seterusnya endapan besar seperti tanah liat batu tongkol dan morain seringkali di temui.3 Tanah sisa Tanah sisa pula adalah merupakan tanah atas contohnya ialah tanah laterit. Tanah sisa ini juga terjadi apabila kadar pemecahan batuan melebihi kadar pengalihan.2. Zarah pasir di dalam permatang ini berbentuk agak bulat. . mempunyai saiz yang hampir sama dan boleh bergolek – golek.

3. 2.10 2. 2. tanah liat batu tongkol dan morain.3.1 Tanah geluh Tanah geluh ialah endapan lembut yang mengandungi campuran pasir. Antaranya ialah tanah geluh. timbusan atau tanah buatan. .2 Timbusan atau tanah buatan Timbusan atau tanah buatan membawa maksud tanah korekan dan semua sampah – sarap yang di gunakan untuk memenuhi suatu lembah ataupun untuk tujuan menaikkan aras tanah. contohnya kelodak berpasir.3 Jenis – jenis tanah yang biasa Kebiasaannya tanah adalah merupakan campuran. kelodak dan tanah liat dalam kuantiti campuran tanah yang lebih kurang sama. tanah liat berkelodak dan sebagainya.

3.4 Pengkelasan tanah Pengkelasan tanah boleh di lakukan di dalam dan di luar makmal. 2.11 2.4 Morain Morain pula adalah merupakan endapan batu kelikir dan pasir yang berasal daripada glasier.3. Namun. pasir dan gambut mudah untuk di kenalpasti. 2.3 Tanah liat batu tongkol Tanah liat batu tongkol adalah merupakan tanah liat yang tidak berstrata atau tanah liat berpasir yang berasal daripada glasier. Batu kelikir. Jadul berikut menunjukkan pengkelasan tanah di luar makmal secara umum. atau sama ada tanah adalah kelodak halus atau tanah liat. Pengkelasan tanah di dalam makmal adalah lebih tepat berbanding pengkelasan tanah di luar makmal yang hanya di lakukan dengan mata kasar. Ia mengandungi taburan batu dengan pelbagai saiz. . kesukaran akan timbul dalam menentukan sama ada tanah adalah pasir halus ataupun kelodak kasar.

12 Jadual 2. Selain itu. Manakala bagi cerun tanah. maka sewajarnya bahagian – bahagian tanah dan jenis . Terdapat dua jenis cerun biasa yang di kenali sebagai cerun batuan dan cerun tanah. kegagalan berlaku di sebabkan oleh wujudnya . sesetengah cerun pula melibatkan ketinggian tanah yang amat tinggi. Serba – sedikit maklumat tentang tanah amatlah penting untuk di ketahui kerana tanah adalah merupakan bahan untuk membentuk cerun selain daripada batuan.1 : Pengkelasan tanah di luar makmal Pasir halus Setiap zarah dapat di lihat Menampakkan kekembangan Senang di hancurkan apabila kering Terasa menggerutu Tiada keplastikan Kelodak Sesetengah zarah dapat di lihat Menampakkan kekembangan Senang di hancurkan apabila kering Terasa kasar Sedikit keplastikan Tanah liat Zarah – zarah tidak dapat di lihat Tidak menampakkan kekembangan Sukar di hancurkan apabila kering Terasa licin Keplastikan 2. Cerun di takrifkan sebagai lereng bukit atau tebing yang curam.jenis tanah perlu di ketahui bagi membolehkan sistem pemantauan dan penyenggaraan cerun dapat di laksanakan dengan lebih berkesan. Kegagalan cerun batuan biasanya di sebabkan oleh kekar dan sesar yang berlaku pada cerun batuan tersebut. beralih pula kepada pengenalan tentang cerun.5 Pengenalan bagi cerun Setelah mengenalpasti ciri pengkelasan dan pengecaman tanah.

bukau dan cerun – cerun ini tidak mengalami sebarang kesan gangguan daripada aktiviti pembinaan di sekitarnya. Jenisjenis cerun di bahagikan kepada dua iaitu cerun yang semulajadi dan cerun buatan manusia.N ).6 Jenis-jenis cerun Terdapat beberapa jenis cerun yang boleh di kelaskan ( Chowdhury R.6. . Kegagalan yang berlaku pada jenis cerun ini mungkin di sebabkan oleh proses luluhawa dan hakisan yang berpanjangan. 2.13 resipan dari air permukaan dan daya-daya graviti dalam tanah tersebut. Namun. 2. Proses kegagalan cerun semulajadi di percepatkan lagi oleh kegiatan manusia seperti penebangan hutan dan pengorekan tanah pada cerun tersebut.1 Cerun semulajadi Cerun semulajadi ialah cerun – cerun yang terdapat di kawasan berbukit . dalam kajian kes ini hanya cerun tanah sahaja yang akan di beri penekanan. Cerun semulajadi pada kebiasaannya kukuh dan stabil.

14 2.2.1 Cerun potong Cerun potong terjadi melalui pembinaan semula cerun dari keadaan semulajadinya yang berbukit. Ini dapat di lihat dengan pengubahan pada sudut. barulah cerun di potong mengikut kecondongan yang di kehendaki seperti di dalam plan.6. Kemudian tanah tersebut akan di padatkan sejauh 0. .2 Cerun tambakan Cerun tambakan terjadi dengan penambakan tanah dari kawasan lain bagi tujuan pembinaan dan sebagainya.6. 2. Ia melibatkan perubahan pada keadaan geometri pada cerun tersebut. ketinggian dan pembinaan lereng pada cerun potong ini.2 Cerun buatan manusia Cerun buatan manusia boleh di bahagikan kepada tiga jenis berikut : 2.6 meter di kawasan di hadapan cerun.2. Tanah akan di tambak pada kawasan yang akan di bina cerun.6. Seterusnya.

Air permukaan akan bertindak menghakis permukaan cerun. Fenomena ini sangat berbahaya dan boleh memberikan kesan kepada alam sekitar dan keselamatan nyawa dan harta benda. Kejadian ini biasanya berlaku di kawasan cerun yang curam dan tidak mempunyai sistem penyaliran yang baik. Kemungkinan untuk berlaku kejadian tanah runtuh ini tinggi apabila berlakunya hujan yang lebat dan berterusan.2. 2.3 Cerun empangan tanah Cerun empangan tanah terjadi apabila tanah di gunakan dan di timbunkan menjadi empangan tanah untuk di jadikan penahan seperti kawasan takungan air.6. Selain itu tekanan pada tanah juga seperti tekanan air.7 Fenomena kegagalan cerun Kegagalan cerun merupakan suatu kejadian semulajadi yang boleh berlaku di mana saja kawasan yang berbukit. . Manakala resapan yang berlaku akan melembutkan struktur tanah yang keras. Terdapat beberapa jenis pergerakan cerun yang telah di kenalpasti. dan lalulintas juga boleh menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh. Kegagalan cerun boleh di kategorikan berdasarkan kepada jenis – jenis pergerakannya. beban binaan.15 2. Ia lebih di kenali sebagai kejadian tanah runtuh.

Roboh Keterbalikan blok batuan pada paksi yang terletak di bawah pusat graviti.2 : Jenis-jenis pergerakan cerun ( Cruden & Varnes 1996 ) Jenis Runtuhan Gelinciran Klasifikasi bagi kegagalan cerun Bentuk Definisi Runtuhan bebas Pergerakan satu ataupun banyak batuan di mana ia runtuh dalam sebarang bahagian cerun. Ia boleh di kategorikan dalam beberapa jenis seperti runtuhan.16 2. Jadual 2. dan pengaliran.8 Pergerakan cerun Kegagalan cerun di klasifikasikan berdasarkan jenis – jenis pergerakannya. hamparan. Putaran Pergerakan yang agak perlahan pada blok campuran tanah – batuan yang di kenali sebagai kegagalan permukaan bentuk. selalunya pada jarak yang jauh daripada zon kegagalan yang di sebabkan oleh tekanan liang Pergerakan cerun yang lambat oleh tanah ataupun campuran tanah – batu Robohan Bahan berbutir halus Rayapan Batu atau debris Debris Pasir Kelodak Lumpur Tanah . Planar Pergerakan perlahan seterusnya cepat pada blok batuan ataupun tanah yang di kenali sebagai kegagalan permukaan planar Geluncuran blok Pasak Penyerebakan secara lateral Gelongsoran debris Satu blok bergerak di sepanjang permukaan planar Blok bergerak di sepanjang silangan permukaan Beberapa blok bergerak secara berasingan dengan penganjakan yang berbeza Campuran tanah – batu bergerak di sepanjang permukaan batu planar Pergerakan cepat seterusnya lebih cepat jisim batu ataupun tanah – batu debris di mana pembentukan struktur asal tidak wujud di sepanjang permukaan Tanah ataupun tanah – batu debris bergerak seperti aliran. gelinciran. Pergerakan cerun ini banyak di pengaruhi oleh keadaan geometri dan geologi pada cerun tersebut.

1 Runtuhan ( fall ) Kegagalan di sebabkan oleh runtuhan kebiasaannya terjadi pada bahagian atas permukaan cerun yang sangat curam. Komplek 2. Rajah 2. selalunya berlaku dengan berubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain di sepanjang kegagalan. Ia terjadi dengan pantas kerana jisim tanah yang terpisah akan jatuh terus ke bawah kerana tarikan graviti bumi.2 : Runtuhan tanah dan batuan .8. Kesan gegaran daripada aktiviti kuari yang menggunakan bahan letupan juga boleh mengakibatkan kejadian seperti ini berlaku.17 Solifluction Pergerakan bagi cerun dengan kadar yang sederhana kepada perlahan di dalam iklim Aratic kepada sub – Aratic di sepanjang jangkamasa pencairan di permukaan Membabitkan gabungan di atas.

18 2. .2 Gelinciran ( slide ) Gelinciran berlaku apabila wujud suatu satah pemisahan di antara stratum tanah di bawah dengan jisim tanah di atas satah tersebut. Permukaan kegagalan membentuk suatu lengkung dengan stratum yang gagal dan menyusut sehingga kawasan kaki cerun. Satah tersebut merupakan zon berlakunya gelinciran dan ia mempunyai kekuatan ricih maksima menyebabkan berlakunya anjakan yang ketara.2.8.1 Gelinciran putaran Gelinciran putaran berlaku pada tanah yang homogenus dan berjelekit. Pergerakan ini boleh terjadi dalam tanah liat yang lembut ataupun tegar.8. Gelinciran berbentuk lengkuk bulat biasanya berlaku dalam tanah yang homogenus dan lengkuk yang tidak bulat pada tanah tidak homogenus. Terdapat dua jenis gelinciran iaitu : 2.

Gelinciran ini melibatkan kawasan kegagalan yang lebih besar.8. Selain itu. Perbezaan ini menyebabkan kurangnya daya lekatan di antara struktur lapisan tersebut. Satah gelinciran ini di pengaruhi oleh stratum dasar yang lebih kuat berbanding dengan lapisan di atasnya.19 Rajah 2. Kedalaman kegagalan gelinciran ini lebih cetek berbanding dengan gelinciran putaran. 1978 ) 2. . Ini kerana satah gelincirannya yang memanjang dalam jarak tertentu.2 Gelinciran translasi / peralihan Gelinciran translasi / peralihan biasanya berlaku pada cerun yang mempunyai pelbagai lapisan dan melandai hingga kebawah. keratan rentasnya juga berbentuk terusan.3 : Gelinciran putaran ( Varnes.2.

8.3 Hamparan ( spread ) Hamparan merupakan pergerakan yang lateral pada semua arah dalam suatu jisim tanah yang telah retak seperti gelinciran translasi melibatkan timbunan satah atau zon yang terlalu lemah dan bergerak dengan daya tarikan graviti. .20 Rajah 2. Contoh yang mengakibatkan berlakunya hamparan ialah kesan gegaran dari gempa bumi.4 : Gelinciran translasi / peralihan 2.

4 Pengaliran ( flow ) Pengaliran ( flow ) terjadi daripada pergerakan yang sangat perlahan dan tibatiba menjadi pantas. Ia juga boleh berlaku ketika hujan yang turun dengan sangat lebat di kawasan cerun yang berisiko.8. Mekanisme seperti ini biasanya dapat di lihat di kawasan seperti empangan atau takungan di atas cerun yang pecah.5 : Kegagalan hamparan 2.6 : Pengaliran pada cerun ( Varnes.21 Rajah 2. 1978 ) . Ini berlaku di sebabkan oleh aliran lumpur atau salji yang cair. Rajah 2.

22 2.9 Faktor-faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun

Antara faktor – faktor yang mempengaruhi kestabilan cerun ialah seperti graviti, pengaruh jenis tanah, keadaan air dalam tanah, geometri cerun, tanaman pada cerun, kesan alam semulajadi, sistem saliran, geologi dan pengaruh hakisan.

2.9.1

Graviti

Graviti adalah daya yang bertindak di mana saja di atas permukaan bumi. Daya tarikannya bertindak ke arah tengah bumi. Pada permukaan yang rata daya graviti bertindak ke bawah. Oleh sebab itu, sesuatu bahan yang berada pada permukaan yang rata tidak akan bergerak di sebabkan oleh daya tarikan graviti. Pada permukaan yang bercerun, daya graviti boleh di selesaikan menggunakan dua komponen iaitu komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun dan komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun.

Rajah 2.7 : Komponen yang bertindak secara bersudut tepat g p, dengan cerun dan komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun g t.

23 Komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun, g p, membantu untuk memegang objek pada permukaan cerun. Manakala, komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun, g t, menyebabkan daya geseran berlaku pada cerun yang menarik objek ke arah bawah cerun. Pada cerun yang curam, daya geseran atau komponen yang bertindak segaris dengan permukaan cerun, g t, akan meningkat dan komponen yang bertindak secara bersudut tepat dengan cerun, g p, akan berkurang. Peningkatan nilai g t ini seterusnya menyebabkan berlakunya pergerakan pada cerun.

2.9.2

Pengaruh jenis tanah

Ciri bahan utama yang akan menentukan jenis tanah ialah agihan ( penggredan ) saiz zarah dan keplastikan. Ciri-ciri agihan saiz zarah dan keplastikan boleh di tentukan samada dengan melakukan ujian makmal atau melalui pemerhatian insani yang mudah. Ciri-ciri sekunder bahan adalah seperti warna tanah dan bentuk, tekstur dan kandungan zarah. Perbezaan di antara perihalan dan pengelasan tanah amat penting untuk di ketahui. Perihalan tanah termasuklah perincian tentang ciri-ciri bahan dan jisim, oleh itu adalah agak mustahil untuk dua tanah mempunyai perihalan yang serupa. Satu panduan yang terperinci tentang perihalan tanah di berikan di dalam BS 5930 ( 1.3 ). Mengikut piawaian ini jenis tanah yang asas ialah batu tongkol, batu bundar, kelikir, pasir, kelodak dan tanah liat. Kesemuanya jenis tanah ini di takrif berpandukan julat saiz zarah masing-masing.

24 2.9.3 Keadaan air dalam tanah

Kesemua tanah ialah bahan boleh telap, dengan air bebas mengalir melalui liang-liang yang bersambung di antara zarah – zarah pepejal. Tekanan air liang di ukur relatif kepada tekanan atmosfera dan aras yang mempunyai tekanan atmosfera ( iaitu sifar ) yang di takrif sebagai aras air bumi atau permukaan air bumi. Tanah yang berada di bawah aras air bumi di anggap tepu sepenuhnya walaupun kadangkala darjah ketepuannya kurang sedikit daripada 100 % kerana terdapat udara yang terperangkap. Pengukuran tekanan air liang dan paras air bumi perlu. Ini kerana peningkatan paras air bumi dan seterusnya pertambahan tekanan air liang menyebabkan pertambahan tegasan ricih dalam tanah. Ini boleh melemahkan daya ikatan pada struktur tanah.

2.9.4

Geometri cerun

Geometri cerun melibatkan keadaan rupabentuk cerun tersebut. Ia merangkumi ketinggian cerun, ketinggian lereng, lebar setiap lereng dan juga bilangan lereng yang terdapat pada cerun tersebut. Setiap aspek geometri cerun ini akan mempengaruhi kestabilan cerun tersebut. Selain itu, sudut cerun juga mestilah di ketahui. Cerun yang curam amat berisiko untuk mengalami kegagalan.

Berbagai – bagai jenis rumput yang di gunakan sebagai tanaman litup bumi.9. Ia juga dapat mengawal kuantiti dan aliran air permukaan kerana aliran tersebut di serap oleh tanaman yang terdapat pada cerun. Kesan daripada hakisan juga dapat di kurangkan.8 : Aspek – aspek dalam geometri cerun 2.5 Tanaman pada cerun Tanaman pada cerun merupakan suatu lapisan penahan yang dapat mengawal hakisan pada permukaan cerun dan mengukuhkan struktur tanah pada cerun. Antaranya seperti rumput jenis Vertiveria Zizanoides. Ia bertindak dengan mengikat zarah-zarah tanah dengan mewujudkan struktur perlekatan di antara sistem akar tumbuhan dengan partikel – partikel tanah. Axonopus Compressus dan sebagainya. . Akar tumbuhan tersebut akan tumbuh jauh ke dalam tanah dan bertindak seperti penahan yang menahan tanah pada cerun daripada mengelongsor.25 Puncak cerun Tinggi lereng tinggi cerun Lebar lereng Sudut cerun Rajah 2. Selain itu. tanaman litup bumi seperti rumput dan pokok-pokok kekacang dapat menyerap momentum jatuhan air hujan daripada jatuh terus ke permukaan tanah.

Sesetengah – tengah kawasan mengalami taburan hujan yang kecil tetapi berlaku dalam tempoh yang lama dan ada juga yang mengalami taburan hujan yang banyak tetapi berlaku dalam tempoh yang singkat. Kadar curahan hujan tahunan adalah merupakan kriteria yang penting dan perlu di ambil kira dalam menyediakan cerun yang stabil di sesuatu kawasan.26 2. Pada umumnya negara Malaysia bebas dan selamat daripada kawasan lingkaran gunung berapi pasifik. Fenomena ini merupakan salah satu faktor kepada kegagalan cerun.6 Kesan alam semulajadi Kesan daripada kitaran alam semulajadi mempunyai hubungkait dengan ketidakstabilan pada cerun. ia tidak menjadi faktor yang serius dalam penilaian tahap keselamatan cerun di negara kita.9. Permukaan tanah dan batuan yang retak dan merekah ini memudahkan agen pengluluhawaan dan hakisan bertindak dengan memasuki rekahan yang terbentuk. Pergerakan zarah tanah akan cenderung untuk bergerak ke bawah. Taburan keamatan hujan yang besar lebih memberikan kesan terhadap cerun berbanding di kawasan yang mengalami keamatan hujan yang kecil. Perubahan cuaca panas dan hujan sentiasa berlaku di negara kita. Jika gempa bumi melanda cerun semasa hujan turun. Oleh itu. faktor keselamatannya akan lebih berkurang dan cerun akan lebih tidak stabil. Keadaan cuaca yang panas dan kering yang berterusan boleh menyebabkan berlakunya keretakan pada permukaan. Kesan daripada frekuensi dan magnitud gempa bumi boleh mengatasi daya lekatan pada tanah dan struktur penahannya. Setiap kawasan mempunyai taburan keamatan hujan yang berbeza. . Ini kerana ketepuan air dalam tanah bertambah dengan pertambahan peresapan air hujan yang pesat. Gegaran tanah yang kuat akan meningkatkan tegasan ricih dalam tanah.

Ini boleh melemahkan daya ikatan pada struktur tanah di lereng – lereng cerun. Oleh itu.9. Kesan daripada aliran air permukaan boleh mewujudkan hakisan pada cerun dengan membawa tanah pada permukaan cerun mengelongsor ke bawah.27 Rajah 2. Ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan aras air bumi. Ianya amat penting semasa musim hujan ataupun di kawasan yang mempunyai jumlah taburan curahan hujan yang tinggi. Kesan peningkatan air bumi dan seterusnya pertambahan tekanan air liang menyebabkan pertambahan tegasan ricih dalam tanah. Sistem saliran yang baik dapat menyalirkan air permukaan dan subpermukaan tanah dengan baik.7 Sistem saliran Sistem saliran yang terdapat pada cerun merupakan suatu aspek yang penting dan perlu di berikan perhatian dalam menilai tahap kestabilan dan keselamatan sesuatu cerun. kesan daripada sistem saliran yang buruk pada cerun boleh menyumbang kepada ketidakstabilan cerun. 2. . Kegagalan cerun akan berlaku bila faktor keselamatan menurun melebihi 1. Sebahagian daripada air permukaan itu tadi akan meresap ke dalam tanah.9 : Penurunan kadar faktor keselamatan melawan masa penurunan hujan.

9. Proses luluhawa yang berlaku juga merupakan sebahagian daripada faktor yang boleh mempengaruhi kestabilan cerun. ricih dan lenturan Geluncuran blok di sepanjang penyambung dan ricih Gelongsoran planar di sepanjang penyambung dan ricih Kegagalan multi – planar di sepanjang set penyambungan Aliran batu kering Batuan metamorphic Batuan mendapan Lapisan mendatar Lapisan cerun Batu marine. Komposisi setiap mineral seperti tanah dan batuan pada cerun dan komposisi tekturnya serta struktur dapat di ketahui. Proses luluhawa biasanya memakan masa yang lama dan ia mendorong kepada perubahan rintangan ricih pada batuan. Jadual 2. Lapisan – lapisan tanah yang terdapat pada cerun serta formasi pada setiap lapisan yang berselang – seli akan di ambil kira. pasak umum atau pergerakan progresif menerusi penyambung dan di sepanjang lipatan Bergantung kepada ketebalan stratum Pergerakan progresif putaran . Ia bermula daripada asal – usul bahan-bahan yang membentuk cerun tersebut sama ada batuan ataupun tanah. batu tanah liat Tanah baki Mendapan tebal Gelongsoran di sepanjang lapisan yang nipis Darjah cuaca mempunyai kesan yang kuat Putaran atau pasak umum melalui penyambung dan di sepanjang lapisan yang rata Planar di sepanjang lapisan penyambungan. Batuan dan tanah ini juga terbahagi kepada jenis – jenisnya yang tersendiri.3 : Keadaan geologi dan kesan yang mungkin berlaku pada cerun (Hunt 1984) Keadaan geologi dan bentuk – bentuk tipikal bagi kegagalan cerun Keadaan geologi Bentuk pergerakan tipikal Jisim batu umum Runtuhan dan robohan daripada kegagalan penyokong Kegagalan pasak pada penyambung di sepanjang penyambungan.28 2.8 Geologi Keadaan geologi sesuatu cerun akan memberikan ciri-ciri utama yang menjadikan cerun tersebut. geluncuran blok pada lapisan pemisahan penyambungan Putaran.

Ia akan menjadi lebih teruk dan berbahaya sekiranya aliran ini terjadi dalam kuantiti yang besar dan deras. .9 Pengaruh hakisan Hakisan juga akan memberikan kesan pada kestabilan cerun. merebak secara lateral dalam tanah berbutir halus Perubahan Larian dan aliran Aliran geluncuran blok di sepanjang gempa bumi Perubahan Putaran Putaran Putaran menjadi progresif Putaran menjadi progresif. Agen – agen hakisan yang bertindak ialah seperti air larian permukaan. Ini terjadi kerana pengaliran lumpur dan tanah tersebut akan menghakis dan membawa sekali tanah yang terurai. glasier dan juga pergerakan cerun itu sendiri. putaran merebak secara lateral. aliran 2. arus sungai.partikel tanah tersebut. Terdapat beberapa bentuk hakisan seperti sheet. planar. pengaliran lumpur dan tanah akan menjadi lebih banyak. atau pasak. gully. ombak. Hakisan yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya perubahan pada permukaan cerun.9.29 Mendapan nipis pada batu Tanah alluvial Kepaduan Jelekitan Susun lapis Mendapan aeolian Pasir dan lapisan Loess Mendapan glasier Till Susun lapis longgokan Lacustrine Marine Gelongsoran debris. Agen hakisan seperti air larian permukaan bertindak dengan menghakis permukaaan cerun dengan membawa bersama aliran lumpur dan tanah. rill. runtuhan debris atau aliran Bergantung pada jenis dan struktur tanah Larian dan aliran Putaran dan pasak planar Putaran. Sebahagian daripada air larian permukaan ini akan meresap ke dalam struktur tanah dan melemahkan daya lekatan antara partikel . Kesannya.

iaitu : i) ii ) iii ) Mengandaikan permukaan gelinciran dan pusat ia berputar.30 mass dan fretting.1 Kaedah penyiasatan kestabilan cerun Kaedah penyiasatan kestabilan cerun adalah berdasarkan kepada tiga perkara utama.10. Mengkaji keseimbangan daya yang bertindak ke atas permukaan itu. Mengulangi proses sehingga permukaan gelinciran yang terburuk di perolehi.10 Kestabilan cerun 2. Hakisan pada cerun dapat di kurangkan sekiranya cerun tersebut mempunyai sistem saliran yang baik dan juga di tutupi dengan tanaman litup bumi seperti pokok dan rumput yang dapat menahan hakisan daripada terjadi. . 2.

Di andaikan : W G = = Berat sektor. Kedudukan pusat graviti Oleh kerana ø = 0. pusat putaran : .10. Rajah 2. maka kekuatan ricih maksimum = c. Parameter kekuatan itu di perolehi sama ada dari ujian mampatan tak terkurung ataupun daripada ujian tiga paksi tak bersalir tanpa ukuran tekanan liang.31 2. Analisis ini di lakukan bertujuan untuk memberikan kestabilan sesuatu benteng sebaik sahaja ia siap di bina.10 : Analisis tegasan seluruh Pertimbangkan suatu sektor tanah yang di potong oleh arka AB dengan jejari r.2 Analisis tegasan menyeluruh Analisis ini biasanya di namakan analisis ø = 0. Di andaikan bahawa tanah di dalam benteng tersebut tidak sempat untuk menyalir dan parameter kekuatan yang di gunakan adalah mewakili kekuatan tak bersalir bagi tanah itu. Dengan mengambil kira momen sekitar 0.

Ini dapat di lakukan dengan membuat andaian bahawa kaedah bulatan gelinciran serta membahagikan sektor kepada beberapa hirisan tegak dengan bilangan yang bersesuaian. Rajah 2. sampel kekuatan tak bersalir tidak selari dengan paksi tegasan normal dan tanah mempunyai nilai ø dan c.e Maka.r = cr2θ untuk keseimbangan 2.32 W. = c.2.rθ.10.r.11 : Kaedah hirisan Swedish .1 Analisis melalui kaedah hirisan Swedish Analisis tegasan berseluruh boleh di ubah suaikan untuk meliputi kes di mana bagi tanah tepu separa. F = momen rintangan / momen gangguan = cr2θ / We = c.1.

10. 0 .33 Dengan mengandaikan bahawa tindak balas sisi ke atas dua sempadan tegak bagi L1 dan L2 adalah sama. dengan menyempurnakan daya segitiga magnitud N dan T dapat di tentukan. F = ( crθ + ∑N tan ø ) / ∑T = r∑T = r ( crθ + ∑N tan ø ) 2. Dengan mengambil momen sekitar pusat putaran. maka beratnya di lukis pada bahagian pangkal hirisan.3 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah Bishop Dengan mengandaikan bahawa Ln dan Ln + 1 bersamaan dengan tindak balas sisi yang masing – masing bertindak ke atas keratan n dan keratan n + 1 dan daya yang bertindak ke atas hirisan sebagai : W P T b z l α x = = = = = = = = Berat hirisan Daya normal seluruh yang bertindak di tapak hirisan Daya ricih yang bertindak di tapak hirisan Lebar hirisan Ketinggian hirisan Panjang BC ( di ambil sebagai garis lurus ) Sudut antara P dengan garis tegak Jarak ufuk dari pusat hirisan ke pusat putaran. 0 : Momen gangguan Momen rintangan Maka. Seterusnya.

F = [ 1 / ∑W sin α ] ∑ [ c’l + W ( kos α – ru sek α ) tan ø’ ] . T = τl Untuk keseimbangan. kekuatan ricih yang di gunakan ialah : τ = [ c’ + ( σ n – u ) tan ø’ ] / F Tegasan normal seluruh yang bertindak di tapak hirisan. momen gangguan = momen rintangan Maka.12 : Analisis tegasan berkesan :. σ n = ( P / l ) iaitu : τ = ( 1 / F ) { c’ + [ ( P / l ) – u ] tan ø’ } Daya ricih yang bertindak di tapak hirisan.Daya yang bertindak ke atas hirisan tegak menerusi tembereng yang menggelangsar Dalam sebutan tegasan berkesan.34 Rajah 2.

35 Ini di kenali sebagai kaedah lazim iaitu penentuan F secara tepat apabila terdapat bulatan gelinciran yang secukupnya. ( P – ul ) = P’ Menghuraikan daya pada arah tegak : Maka. dengan itu nilai yang paling genting dapat di tentukan.3. apabila perubahan α di seluruh panjang gelinciran adalah besar. Menerusi persamaan : F = ( R / ∑Wx ) ∑ [ c’l + ( P – ul ) tan ø’ ] Andaikan daya berkesan normal. F = ( 1 / ∑ W sin α ) ∑ { [ c’b + W ( 1 – ru ) tan ø’ ] [ sek α / ( 1 + ( tan ø’ tan α / F ) ) ] } . Perkara ini akan lebih ketara dengan bulatan gelinciran yang dalam. ralat ini masih berada dalam julat yang selamat. ralat ini mungkin akan menyebabkan perbelanjaan yang tinggi.10. Ini kerana ia masih memberikan nilai yang lebih rendah daripada yang sepatutnya. Walau bagaimanapun.1 Analisis tegasan berkesan melalui kaedah rapi Formula yang terhasil dari analisis mengikut kaedah lazim berkemungkinan menimbulkan ralat bagi nilai F sehingga 15 %. 2. Di dalam pembinaan benteng dan empangan tanah yang baru.

1 Pendahuluan Metodologi kajian merupakan susunan cara kerja dalam mencapai matlamat di dalam sesuatu kajian. hasil kajian yang lepas. soal selidik dan pemerhatian serta tinjauan di kawasan kajian. . Selain itu. maklumat – maklumat juga boleh di perolehi dengan melakukan temuramah. ia boleh di lakukan menerusi pengumpulan maklumat melalui pembacaan bahan seperti buku.BAB III METODOLOGI KAJIAN 3. Metodologi kajian bermula dari permulaan pembinaan hipotesis sehinggalah matlamat kajian tersebut di capai. journal. Pelbagai kaedah boleh di gunakan contohnya. laporan dan keratan akhbar.

Proses pengumpulan data ini melibatkan pembacaan dari rujukan-rujukan seperti buku yang berkaitan. laporan akhbar. Penentuan kriteria dan klasifikasi setiap kriteria di lakukan merujuk kepada kajian – kajian yang lepas.2 Metodologi kajian Kaedah pendekatan pertama yang di lakukan untuk mencapai objektif kajian ialah melalui pengumpulan data – data yang berkaitan dengan faktor-faktor yang boleh mendorong kepada kegagalan cerun. Kesemua data – data ini akan di gunapakai semasa pemantauan cerun di lakukan. Kesemua data – data yang berkaitan akan di gunakan di dalam suatu sistem yang di panggil ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’. pemerhatian dan tinjauan juga di lakukan di tapak kajian bagi mengenalpasti kriteria – kriteria yang mempunyai persamaan yang boleh di kaitkan di antara satu sama lain. Markah yang di berikan akan di bahagikan kepada tiga tahap bagi setiap kriteria. SPRS ini akan melibatkan pemberian markah kepada setiap maklumat mengikut tahap sesuatu ciri yang terdapat pada cerun. Pengumpulan kriteria ini seterusnya akan di tentukan dengan pemberian markah mengikut tahap – tahap setiap kriteria tersebut. artikel. jurnal.37 3. Tahap yang kedua merupakan kriteria yang memberikan kesan sederhana serius terhadap cerun. Tahap yang pertama di berikan kepada kriteria – kriteria yang mempunyai kesan yang tidak serius terhadap kestabilan cerun. Kriteria ini adalah merupakan ciri – ciri yang terdapat pada cerun yang mana ciri – ciri tersebut boleh mempengaruhi cerun terbabit. Tahap ketiga merupakan tahap yang serius bagi setiap kriteria yang mana ia mendorong kepada kejadian kegagalan cerun dengan pertambahan faktor – faktor yang boleh menggagalkan cerun. kajian – kajian yang lepas dan sumber – sumber dari Internet. Selain daripada itu. .

Penggunaannya boleh melibatkan pengiraan. Setiap kriteria dan maklumat yang terdapat pada cerun di kawasan kajian akan di masukkan ke dalam sistem ini bagi menilai kestabilannya. Microsoft Access 2003 ini merupakan versi yang ke lapan dan terbaru dalam perisian Access.38 Seterusnya. simpanan data serta cetakan dan seterusnya dapat . Ia di gunakan daripada susunan alamat yang ringkas sehinggalah kepada sistem pengurusan yang sukar. fleksibel dan mesra pengguna. Pembangunan sistem pemantauan mengunakan Microsoft Access 2003 ini di lakukan kerana ia dapat di jadikan sebagai pangkalan data. 3.3 Pengenalan kepada perisian Microsoft Access 2003 Sistem pemantauan cerun yang akan di bangunkan adalah dengan mengunakan perisian Microsoft Access 2003. Perkara yang paling utama ialah ia senang di gunakan. Ia boleh di bangunkan mengikut kehendak dan keperluan tersendiri. Seterusnya ia akan dapat memberikan rating bagi setiap cerun dan ini akan mengambarkan tindakan yang perlu di lakukan pada cerun tersebut. Perisian ini di gunakan sebagai suatu sistem pengurusan pangkalan data yang popular dan boleh di gunakan pada sebarang keperluan pengurusan maklumat. Pangkalan data di gunakan secara meluas bagi menyimpan data dan maklumat. Sistem yang telah siap akan dapat membantu dalam memantau tahap kestabilan cerun tersebut mengikut rating atau keutamaannya. setiap kriteria yang telah di klasifikasikan itu akan di bangunkan dengan menggunakan Microsoft Access 2003. Sistem ini akan di analisis dengan membuat perbandingan dengan cerun di kawasan kajian.

Siri bagi Word document. Namun. Kesilapan dalam penaipan tidak akan berlaku kerana penaipan tidak di lakukan secara berterusan. lembaran Excel.39 memudahkan pencarian semula dengan membenarkan pengasingan di lakukan mengikut jenis atau kehendak pengguna. segala permasalahan ini akan dapat di atasi melalui penggunaan Microsoft Access. Ciri asas bagi pangkalan data ialah ia dapat menyediakan penggabungan simpanan kesemua data tentang sesuatu topik. Sebagai contoh. Antara kelebihan Microsoft Access ialah :- i) ii ) iii ) iv ) Menyediakan muka depan bagi memasukkan data dengan mudah Mencari data – data yang berkaitan dengan cepat Menggambarkan data sebagai graf. Sekiranya berlaku kesilapan dalam penaipan. hanya tarikh yang sah sahaja boleh di . Pangkalan data bukan sahaja boleh menyimpan data sebaliknya mempunyai lebih banyak kelebihan yang lain. carta dan laman web Menyediakan laporan yang mudah di fahami dan di cetak ataupun di paparkan di skrin v) Menghantar maklumat kepada Microsoft Word atau Microsoft Excel Selain itu. ii ) Access boleh mengemukakan beberapa data bagi menyesuaikan dengan bentuk tertentu. masalah asas bagi Microsoft Excel ialah perisian ini tidak mempunyai kemudahan untuk menyemak data. Antara keistimewaan Microsoft Access ialah :- i) Access akan menyimpan setiap maklumat data ke dalam satu tempat sahaja. teks fail. Microsoft Excel tidak dapat memaklumkan seterusnya data yang di kehendaki tidak dapat di cari. meseg email dan nota boleh di gabungkan ke dalam satu pangkalan data.

SPRS ini juga dapat membantu kerja – kerja penyenggaraan cerun. nama juga boleh di pilih daripada senarai nama pada skrin. Ini dapat di lakukan dengan memantau kelemahan – kelemahan yang wujud serta faktor – faktor yang menyumbang kepada fenomena kegagalan sesuatu cerun. Prinsip yang sama di aplikasikan untuk setiap hari. Selain itu.40 masukkan mengikut susunan tarikh. Selain daripada menaip nama pelanggan. iii ) Access dengan mudah dapat mengesan suatu set data bagi mengenalpasti setiap perubahan nilai iv ) Access dapat membantu untuk menghasilkan user – friendly data entry interface yang di kenali sebagai form di dalam Access. . 3.4 Pengenalan kepada ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ ialah merupakan suatu sistem yang di bangunkan bagi mengenalpasti cerun – cerun yang perlu di beri keutamaan untuk di baikpulih dengan segera bagi menjaga keselamatan pengguna yang menggunakan jalanraya sebagai laluan untuk ke destinasi – destinasi yang di ingini.

1 Prinsip asas dalam ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ Antara prinsip dan konsep asas dalam ‘Slope Priority Ranking System ( SPRS )’ ialah : i) Penilaian akan di buat berdasarkan Borang Pemeriksaan Cerun [ JKR ( CKC-UKC 1 / 2005 ) ] yang telah di isi berpandukan nota dan garis panduan pemeriksaan cerun JKR. iv ) Nilai keutamaan yang di perolehi akan dapat membantu JKR dalam pengurusan cerun – cerun. . iii ) Jumlah markah yang terkumpul akan memberikan keputusan keutamaan cerun untuk tindakan yang selanjutnya.41 3.4. ii ) Pemarkahan akan di berikan kepada setiap butir atau maklumat mengikut tahap sesuatu ciri cerun tersebut.

BAB IV SISTEM PENYENGGARAAN DAN KESTABILAN CERUN Setelah analisis sesuatu cerun di lakukan. Sekiranya cerun terbabit berisiko. dengan mengambil – kira aspek kos dan keberkesanannya dalam menstabilkan cerun. Ini semua perlu di lakukan pada setiap cerun yang boleh memberikan kesan kepada keselamatan nyawa dan harta benda. Bagi cerun – cerun yang kritikal hendaklah di . Pemeriksaan pada cerun mestilah di lakukan sekurang – kurangnya sekali setahun.1 Pendahuluan Penyenggaraan cerun yang di lakukan dengan baik akan dapat memastikan cerun dalam keadaan selamat dan mengurangkan risiko kejadian tanah runtuh. keadaan cerun tersebut akan dapat di kenalpasti sama ada berisiko ataupun tidak berisiko berlakunya kegagalan cerun. maka tindakan drastik perlu di buat bagi mengenalpasti sistem penyenggaraan dan kestabilan cerun yang sesuai di laksanakan. 4.

4. Antaranya seperti keadaan geometri. Kerja – kerja perlindungan ini akan dapat mengurangkan kesan hakisan. Permukaan cerun yang terdedah akan di lindungi dengan menggunakan beberapa kaedah mengikut kesesuaian. geologi dan kegagalan yang berlaku.43 periksa dengan lebih kerap dalam masa setahun. Kerja perlindungan cerun Kerja perparitan dan saliran Pembinaan tembok penahan Kerja – kerja pengukuhan cerun Setiap kaedah kerja tersebut mempunyai fungsi – fungsinya yang tertentu dalam membantu menstabilkan cerun.2 Kerja – kerja perlindungan cerun Kerja – kerja perlindungan cerun merupakan proses melindungi permukaan cerun daripada agen-agen hakisan dan luluhawa. iv. iii. Antara . Pemeriksaan ini akan dapat memberikan maklumat untuk menentukan jenis penyenggaraan yang sesuai. Kebiasaannya. penyerapan air larian permukaan dan proses luluhawa yang boleh mengganggu kestabilan cerun. Kaedah penyenggaraan dan penstabilan cerun yang sesuai di tentukan berdasarkan ciri-ciri setempat yang terdapat pada sesuatu cerun tersebut. ii. sistem penyenggaraan dan penstabilan cerun boleh di bahagikan kepada empat elemen utama iaitu : i. Kaedah penyenggaraan yang ekonomi dan bersesuaian akan dapat di tentukan jika fungsi kerja di fahami.

kaedah penyemburan mortar dan konkrit.1 Kaedah tanaman litup bumi Penggunaan kaedah tanaman litup bumi akan dapat mewujudkan suatu sistem kawalan hakisan pada permukaan cerun. kaedah fibromatting dan hidroseeding dan penanaman kepingan rumput berkelompok dan rapat. Antara kaedah penanaman tumbuhan litup bumi ini ialah seperti penggunaan rumput vetiver. Penggunaan kaedah ini di gunakan secara meluas dan kerap. Permukaan cerun yang di litupi sepenuhnya dengan rumput akan lebih stabil kerana akarnya mencengkam tanah pada cerun dan menggelakkannya daripada menggelongsor. Penggunaan rumput sebagai tanaman litup bumi dapat mengurangkan kesan momentum jatuhan air hujan pada permukaaan tanah. Selain itu. Struktur akar pada rumput-rumput tersebut mewujudkan satu struktur pelekatan di antara partikel tanah dan sistem akar tersebut.44 kaedah – kaedah yang terdapat dalam kerja – kerja perlindungan cerun ialah seperti kawalan hakisan menggunakan tanaman litup bumi.2. kaedah pitching dan krib. air hujan akan tersekat pada rumput dan ia bertindak mengurangkan kuantiti dan kelajuan air larian permukaan. 4. .

1.45 4.2. Ia tumbuh dengan menggunakan tunas dan cepat membesar. Pertumbuhan dengan kadar yang cepat ini menyebabkan ia memerlukan pemotongan yang berjadual. Rajah 4. Akarnya yang panjang kuat mencengkam partikel tanah dan ianya selalu di gunakan sebagai kawalan perlindungan cerun dan juga hakisan pada tebing sungai.1 Kaedah rumput vetiver Rumput vetiver adalah merupakan sejenis rumput yang mempunyai sistem akar yang panjang dan tumbuh jauh ke dalam tanah. Rumput ini tumbuh subur sehingga boleh mencapai ketinggian 1 m tinggi.1 : Rumput Vetiver yang tumbuh semulajadi . Ini kerana rumput yang tumbuh terlalu panjang akan menyukarkan proses – proses pemerhatian dan penyenggaraan cerun. Antara jenis rumput yang biasa di tanam ialah dari jenis Vertiveria Zizanoides.

46 Rajah 4. Fibromat dapat menghalang benih rumput di hanyutkan oleh air larian permukaan. Ia juga memberikan kelembapan pada biji benih rumput untuk tumbuh dan mencengkam dengan kuat. Hydroseeding pula merupakan proses percampuran benih rumput. Kaedah fibromatting dan hydroseeding .2.2 : Penanaman rumput vetiver secara berbaris di cerun 4. baja.1. pulpa ( daripada kertas atau kayu ) dan air.2 Kaedah fibromatting dan hydroseeding Sabut atau serat kelapa dan jut di gunakan sebagai hamparan sebelum benih rumput di semburkan pada permukaan cerun. Kebiasaanya ia di lakukan dengan menggunakan pam dan percampuran biji benih rumput tersebut di semburkan pada lapisan fibromat yang telah di hamparkan pada permukaan cerun. Hamparan ini di kenali sebagai fibromat yang dapat membantu mencegah hakisan dan mempercepatkan pertumbuhan benih rumput.

3 : Semburan yang menggunakan pam bagi kaedah Hydroseeding .47 adalah merupakan kaedah yang paling sesuai bagi cerun potong yang memerlukan kadar penutupan permukaan dengan kadar segera. Rajah 4. Penyediaan longkang sementara pada bahagian atas dan teres di perlukan bagi mengurangkan air larian permukaan yang boleh mengganggu pertumbuhan dan mengurangkan benih rumput tersebut dari di hanyutkan ketika hujan. Kaedah ini dapat di lakukan pada kawasan cerun yang luas dengan kos yang rendah.

3 Kaedah kepingan rumput berkelompok dan rapat Kaedah menggunakan kepingan rumput berkelompok adalah merupakan suatu teknik menanam rumput dengan segera pada kawasan cerun.48 Rajah 4. Bekalan air di sediakan dengan secukupnya bagi membolehkan ia terus hidup dan subur. Kaedah penanaman rumput secara rapat juga sama seperti penanaman secara berkelompok tetapi ianya di tanam dengan lebih rapat di antara kelompok – kelompok rumput tersebut. Ianya akan lebih kelihatan rapat dan hampir menutupi keseluruhan permukaan cerun.1.4 : Lapisan rumput yang tumbuh subur menggunakan kaedah Hydroseeding 4.2. Ia di lakukan dengan menanam rumput secara berkelompok dengan kepingan rumput yang bersaiz lebih kurang 150 mm diameter dan di tanam dengan jarak 100 mm di antara satu sama lain. Kedua-dua kaedah penanaman rumput ini sesuai dan berkesan .

gelinciran. kaedah ini juga sesuai bagi cerun yang mempunyai gradien yang rendah. blok konkrit atau konkrit pasang siap.2 Kaedah pitching Kaedah pitching adalah merupakan kaedah yang menggunakan cantuman daripada blok-blok batuan atau konkrit dan bahan pengikat. Ianya akan dapat menghalang cerun daripada mengalami hakisan. . Antara jenis rumput yang biasa digunakan ialah jenis Axonopus Compressus. luluhawa dan kegagalan kecil dengan menutup permukaan cerun dengan batuan. Rajah 4. Kaedah perlindungan cerun ini mempunyai kos yang tinggi dan memerlukan peralatan atau penskalaan semula ke atas permukaan cerun.2.5 : Penanaman rumput secara berkelompok dan rapat 4. Kaedah ini walau bagaimanapun hanya sesuai bagi kawasan yang kecil sahaja. Selain itu.49 sebagai kawalan pada permukaan cerun yang mengalami kesan hakisan yang teruk.

6 : Rubble Pitching 4. Walaubagaimanapun kaedah ini . Selain itu. penggunaan perlindungan ini akan dapat menghalang air permukaan dari meresap ke dalam tanah yang seterusnya boleh melemahkan struktur tanah di kawasan cerun tersebut.2.50 Rajah 4. Ia amat berkesan mencegah hakisan yang di sebabkan oleh air larian permukaan yang mempunyai halaju yang tinggi.3 Kaedah penyemburan mortar dan konkrit Penggunaan mortar dan konkrit sebagai pelindung kepada permukaan cerun akan dapat menutup ruang – ruang rongga pada yang tanah yang longgar seperti tanah pasir. Penyemburan konkrit lebih meluas berbanding mortar kerana ia lebih cepat dan ekonomi serta jangka hayat ketahanan yang lama berbanding penggunaan mortar.

Rajah 4. Sebaliknya.7 : Semburan mortar dan konkrit . seterusnya menyebabkan tekanan air liang bertambah dan boleh mengakibatkan kegagalan pada struktur cerun tersebut. Ini bagi membolehkan pengaliran air bumi dan mengelakkan peningkatan tekanan air liang. Kaedah penyemburan mortar atau konkrit ini tidak memerlukan proses perataan atau penskalaan terhadap permukaan cerun.51 tidak di galakkan untuk cerun yang mempunyai tanah atau batuan dengan kadar penyerapan air yang tinggi. Air bumi yang tidak dapat di salir keluar dengan baik menyebabkan ia terkumpul di belakang lapisan mortar atau konkrit. Kaedah ini adalah sesuai pada cerun yang mengalami kegagalan yang sederhana untuk menutup permukaan cerun tersebut dengan mortar atau konkrit. penggunaan kaedah ini memerlukan penyediaan lubang leleh dan saliran mendatar yang mencukupi.

52 4. Proses kerja membinanya juga adalah mudah dan cepat. ruang di antara penghadang konkrit boleh di timbus dengan tanah dan di tanam dengan rumput. Proses penyemburan konkrit boleh di lakukan dengan menggunakan pam. Kaedah perlindungan cerun ini akan dapat menanggung jisim tanah di tepi bukit. Bagi pembinaan struktur penghadang konkrit ini. Bagi tembok penghadang konkrit semburan pula. Bagi tujuan pemasangan yang bercirikan alam sekitar. Pembinaan penghadang konkrit ini akan dapat menghalang kegagalan yang besar pada cerun. tebing pembinaan jalan raya dan lain-lain. had ketinggian yang di benarkan ialah tidak melebihi 6. .3 meter.2.4 Kaedah penghadang konkrit Penghadang konkrit merupakan hasil cantuman unit – unit kayu. besi atau konkrit pra tuang yang di susun dan di isikan pada bahagian dalamnya dengan tanah peroi atau batu kelikir bagi memudahkan pengaliran air hujan. Ia lebih menjimatkan masa dan mudah kerana ia tidak memerlukan kerja-kerja perataan pada permukaan cerun. ia di bina dengan memasang jaring dawai di sepanjang permukaan cerun yang tidak rata dan kemudian satu bar terkukuh ( reinforcement bar ) di letakkan dan konkrit akan di tuang pada bar tersebut.

8 : Rekabentuk dan cara pembinaan crib wall Rajah 4.53 Rajah 4.9 : Penggunaan crib wall di kawasan cerun .

Dengan adanya sistem perparitan ini. Sistem ini perlu di reka bentuk bagi mewujudkan keadaan cerun yang stabil. Ini dapat mengelakkan air permukaan daripada mengalir ke kawasan cerun yang tidak stabil ataupun masuk ke dalam struktur tanah cerun yang boleh menyebabkan kegagalan.1 Sistem kawalan perparitan di permukaan cerun Air permukaan mestilah di alirkan dengan baik melalui sistem perparitan permukaan yang sempurna. Tindak balas daripada air ini boleh di pecahkan kepada dua bahagian iaitu pada permukaan dan subpermukaan cerun. Kawalan pengaliran air menggunakan sistem perparitan dan saliran akan menyediakan suatu kemudahan secara kekal atau sementara bagi tujuan pengaliran air permukaan dan air bumi yang terkumpul di bawah permukaan cerun.3 Kawalan perparitan dan saliran Masalah pengaliran air pada cerun merupakan suatu perkara yang perlu di berikan perhatian. Antara kaedah yang biasa di praktikkan untuk mengawal air permukaan pada cerun ialah : . ia akan dapat mengalirkan air permukaan terus ke sistem perparitan utama untuk di alirkan ke tempat lain. 4. Pengaliran air yang laju pada permukaan cerun boleh menyebabkan hakisan yang teruk dan ianya boleh menyebabkan kegagalan pada cerun jika kadar penyerapan air yang melampau masuk ke dalam tanah. Ini kerana tindak balas daripada air akan dapat melemahkan struktur tanah pada cerun. Oleh itu.3.54 4. air larian permukaan ini mestilah di kawal dengan baik dan sempurna supaya ia tidak mempengaruhi kestabilan sesuatu cerun tersebut.

. Rekabentuk parit saliran ini juga boleh di guna bagi mengalirkan air yang berkelodak ke perangkap kelodak.1.3. pembentung atau saluran untuk melencongkan aliran air ke kawasan yang tidak bermasalah. iv. Ukuran kedalaman dan kelebarannya mestilah bergantung kepada keadaan tapak cerun tersebut. Membina suatu aras pembentukan terhadap permukaan cerun. Namun ia juga boleh menyebabkan masalah sekiranya aliran dalam parit saliran tersekat kerana kehadiran kelodak yang tinggi kesan daripada hujan yang lebat.55 i. ii. Ia akan berfungsi sebagai laluan utama untuk mengalirkan air permukaan ke kawasan cerun yang tidak bermasalah.1 Sistem parit saliran dan parit pintasan Rekabentuk parit saliran boleh di bina sama ada secara kekal ataupun sementara. slush grout. Meminimakan pemusnahan tumbuhan pada kawasan cerun atau menanam semula rumput litup bumi. Membina longkang. 4. Bagi tujuan ini. asfal atau plastik bagi mengelakkan penyerapan air yang melampau pada cerun. ia tidak memerlukan rekabentuk yang terperinci. iii. Pembinaan parit pintasan pula bertindak memintas air larian permukaan dan di alirkan ke parit saliran. Menutup permukaan cerun dengan konkrit.

Ia di gunakan bagi mengalirkan air permukaan daripada parit teres atau berm. Longkang pada teresan ini akan bertindak mengalirkan aliran air yang terkumpul dari permukaan cerun kepada longkang bertingkat dan seterusnya di bawa kepada longkang utama di bahagian bawah cerun.3 Longkang bertingkat Longkang bertingkat ialah longkang yang di bina secara menegak dan bertingkat pada kawasan cerun yang berteres.3.56 4. Rekabentuknya yang bertingkat – tingkat akan dapat .2 Longkang pada teresan Longkang pada teresan adalah merupakan suatu pembinaan parit saliran konkrit yang di bina secara mendatar di atas setiap teresan pada suatu kawasan cerun. Tujuan utama pembinaan ini ialah untuk membahagikan aliran air kepada unit-unit yang kecil dan mempercepatkan alirannya. Rajah 4.1.10 : Longkang pada teresan 4.3.1.

Ianya akan bertindak menyalirkan sejumlah kuantiti air tersebut ke bahagian sump dan seterusnya ke longkang utama. . Rajah 4.1.57 memperlahankan halaju aliran air yang di bawa ke bahagian bawah cerun yang curam. Pembinaan longkang bertingkat ini di akukan mengikut kontur secara bertingkat – tingkat.11 : Longkang bertingkat 4.4 Longkang pada bahu jalan Longkang pada bahu jalan di bina bagi menerima jumlah aliran air daripada longkang bertingkat pada cerun dan juga air larian permukaan daripada jalanraya.3.

Ia akan bertindak mengumpul dan juga menapis aliran air sebelum di salirkan ke longkang utama. Pemeriksaan yang berjadual di perlukan bagi memastikan sump tersebut tidak tersumbat dengan kelodak.2 Sistem saliran subpermukaan Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan cerun berlaku ialah kerana kegagalan menyediakan sistem saliran subpermukaan dengan sempurna. Kadar penyerapan yang tinggi sewaktu hujan menyebabkan aras air bumi ini akan meningkat dan jika tidak di kawal ia seterusnya akan menambahkan tekanan air liang di bawah permukaan cerun. melalui pemeriksaan ini juga dapat memastikan strukturnya tidak mengalami keretakan ataupun pecah.3. Selain itu.58 4.3. Selain itu. 4. rumput – rumpai dan sampah – sarap. kaedah lain yang biasa di gunakan ialah dengan menyediakan lubang leleh ( weep holes ) dan juga paip mendatar. saluran batang dan parit. Peningkatan tekanan air liang boleh mengurangkan tegasan berkesan ( effective stress ) di dalam struktur tanah dan seterusnya menyebabkan kegagalan. Jika ini berlaku ia boleh menyebabkan pengumpulan air pada bahagian kaki cerun dan seterusnya boleh mengurangkan kestabilan tanah di kaki cerun.5 Saliran sump Sump adalah merupakan suatu struktur yang menerima keseluruhan aliran air daripada longkang teresan. .1. Ini penting agar aliran air ke longkang utama tidak terganggu. Di bahagian subpermukaan cerun akan wujudnya suatu aras air bumi yang boleh di pengaruhi jika berlakunya hujan lebat. Antara kaedah pembinaan yang di gunakan untuk saliran subpermukaan termasuklah telaga pam. saluran panjang. Maka sistem saliran subpermukaan merupakan kaedah yang terbaik bagi mengatasi masalah ini. longkang bertingkat dan longkang pada bahu jalan.

Pembinaannya boleh di jadikan sebagai kaedah kawalan kestabilan cerun yang sementara dan juga kekal.59 4. tembok penahan julur. tembok gabion dan sistem tanah bertetulang. Ia kerana ketahanannya yang dapat mengekang kegagalan yang besar daripada berlaku.4 Pembinaan tembok penahan Penggunaan tembok penahan sebagai salah satu kaedah penstabilan cerun di gunakan secara meluas di negara kita. Tembok penahan banyak di gunakan di dalam pembinaan di sekitar lebuhraya. 4. . empangan dan juga berhampiran kawasan pembangunan. Terdapat beberapa jenis tembok penahan yang biasa di gunakan. Kaedah ini adalah merupakan kaedah yang paling ekonomi dan berkesan bagi kawasan cerun yang luas dan kecil.3. tembok cerucuk keping. Penggunaan setiap kaedah ini akan di terangkan seperti di bawah. jambatan. Pemasangan lubang leleh biasanya condong 5º ke atas daripada satah mendatar.1 Lubang leleh dan paip mendatar Penyediaan lubang leleh dan paip mendatar dapat menurunkan aras air bumi dan tekanan air liang dengan baik. sistem perparitan.2. antaranya ialah tembok penahan graviti.

Ini bagi menggelakkan kegagalan pada tembok berlaku.4.1.1 Tembok penahan graviti Tembok penahan graviti ialah tembok yang menggunakan beban sendirinya dan di bantu rintangan pasif yang terhasil di hadapannya untuk menstabilkan cerun. penyediaan sistem saliran bagi menyalirkan air di belakang tembok ini juga di perlukan. Selain itu.1 Jenis – jenis tembok penahan 4. iaitu biasanya di tetapkan sekurangkurangnya 1. tembok penahan mestilah memenuhi dua keadaan asas iaitu tekanan dasar pada hilir tembok mestilah tidak melebihi tekanan galas yang di benarkan bagi tanah dan faktor keselamatan terhadap gelangsar di antara dasar dengan tanah bawah mestilah cukup. Air yang mengalir akan melalui lubang leleh ( weep holes ) yang di sediakan pada tembok penahan. Beberapa bentuk tapis dari bahan telap air yang kasar di perlukan di belakang tembok penahan untuk menghalang peningkatan tekanan air liang.5. Secara keseluruhannya.4.60 4. Rekabentuk tembok penahan graviti mestilah di hadkan ketinggiannya iaitu 2 meter bagi tembok tegak dan kurang daripada 3 meter bagi tembok yang di bina dalam keadaan condong. Tembok jenis ini tidak ekonomi kerana bahan tembok atau konkrit yang di gunakan hanya untuk beban matinya sahaja. .

Tembok penahan julur di bina bagi cerun yang lebih daripada 1 meter dan ketinggian bagi tembok penahan ini boleh mencapai hingga 6 meter atau lebih jika ia menggunakan penegang atau sagang ( counterfort ). membolehkan beban teragih secara sekata ke atas tanah. Gred konkrit yang di gunakan adalah gred 15 dan tebal lean concrete adalah sebanyak 50 mm. Rekabentuk ini lebih ekonomi berbanding dengan tembok penahan graviti kerana saiznya yang kecil dan penggunaan bahan konkrit yang kurang.4.2 Tembok penahan julur Tembok penahan julur ialah tembok yang menggunakan beban sendirinya dan juga beban dari tanah yang di kambus balik untuk terus stabil. berkemungkinan besar tembok penahan tersebut akan tumbang. Sekiranya air tersebut tidak di keluarkan. satu lapisan konkrit yang di kenali sebagai lean concrete akan di letakkan sebagai tapak bagi struktur berkenaan. Weepholes juga hendaklah di bina bagi tembok penahan ini. Sebelum tembok penahan julur di bina.61 4. Ia di bina daripada konkrit bertetulang dan berbentuk julur di bahagian bawahnya bagi menerima tekanan daripada berat tanah. mengelakkan air daripada tanah naik ke bahagian struktur konkrit dan mengelakkan daripada air simen menyerap masuk ke dalam tanah semasa kerja – kerja konkrit untuk struktur tersebut sedang di jalankan. Weepholes memainkan peranan yang amat penting dalam menyalirkan air keluar daripada tanah. .1. Fungsi lean concrete ialah untuk memberikan satu aras yang rata untuk struktur konkrit. Ini kerana air yang menakung di belakang tembok akan membuatkan tanah menjadi tidak stabil seterusnya menjadikan struktur tembok penahan juga tidak stabil.

3 Tembok cerucuk keping Tembok jenis ini di gunakan hanya apabila tinggi tanah yang di tahan kecil secara relatifnya. .1.4. tembok jenis ini mungkin di gunakan sebagai struktur tetap. Di dalam keadaan tanah pasir dan kelikir. Kestabilan tembok cerucuk keping ini secara keseluruhannya di sebabkan oleh rintangan pasif yang terhasil di bawah permukaan tanah yang lebih rendah. Strukturnya yang terdiri daripada barisan cerucuk yang saling mengunci antara satu sama lain membentuk satu tembok yang saling berterusan. konkrit dan juga kepingan keluli. Bahan yang di gunakan sebagai tembok boleh terdiri daripada kayu.12 : Tembok penahan julur 4.62 Rajah 4. tetapi secara amnya ia di gunakan sebagai sokong sementara.

14 : Penggunaan tembok cerucuk keping sebagai penahan hakisan .13 : Tindak balas pada tembok cerucuk keping Rajah 4.63 Penggunaan cerucuk konkrit banyak di gunakan sebagai struktur kekal seperti tebing perparitan dan juga struktur yang berkaitan dengan air. Rajah 4. Manakala penggunaan cerucuk dari kepingan keluli lebih bersifat struktur sementara.

Kaedah penahan cerun ini sangat mudah di bina dan ianya hanya memerlukan kos yang rendah. Pembinaan tembok gabion ini tidak memerlukan lubang leleh kerana ruang – ruang di antara batuan sudah mencukupi bagi menyalir keluar air liang yang berada di belakang tembok. ia memerlukan kerja – kerja perataan dan penskalaan semula ke atas permukaan cerun.4. Rajah 4. Ia di rekabentuk seperti sebuah kotak segiempat sama dan di susun secara bertingkat – tingkat di kaki cerun. Namun.15 : Kaedah penstabilan cerun menggunakan tembok gabion .1. Saiz yang biasa di gunakan ialah 1 meter x 1 meter x 1 meter.64 4.4 Tembok gabion Tembok gabion ialah binaan yang terdiri daripada dawai besi dan batuan yang di susun di dalamnya.

Kemungkinan aras air bumi terjadi di dalam bahan di belakang tembok mestilah di teliti dalam merekabentuk struktur tersebut. Ianya berjarak lebih kurang 3 m dari pusat ke pusat pada arah ufuk dan tegak. 4. salir belakang. Batu kelikir di letakkan di dalam timbusan di sebelah belakang tiap – tiap lubang lelehan bagi mengelakkan lubang lelehan daripada tersumbat. .2 Jenis sistem penyaliran yang lazim bagi tembok penahan Secara umumnya. Dari sinilah. selimut penyaliran tegak dan selimut penyaliran mencondong.4. penyaliran yang di perlukan hanyalah dengan menyediakan beberapa lubang lelehan yang menembusi tembok. sistem penyaliran yang sesuai akan di pilih. jalur tegak bahan penuras. Garis pusat lubang lelehan boleh berbeza – beza iaitu antara 75 mm hingga 150 mm.65 4. sesebuah tembok penahan di rekabentuk untuk menanggung hanya tekanan sisi yang di kenakan oleh tanah yang di topangnya.2.Terdapat lima jenis sistem penyaliran yang lazim bagi tembok penahan iaitu lubang lelehan.1 Lubang lelehan Bagi timbusan yang berbutir.4.

.4.16 : Lubang lelehan 4.66 Timbusan berbutir Rongga batu kelikir Rajah 4. Bahagian di sekelilingnya di padatkan dengan batu kelikir ataupun bahan penuras yang lain. Ia terdiri daripada sebuah parit belakang yang membujur selanjar.2.2 Salir belakang Alternatif lain bagi penyaliran timbusan berbutir adalah dengan menyediakan salir belakang. Ianya di letakkan di bahagian bawah tembok serta mengandungi paip dengan sendi yang terbuka.

ia akan di salurkan ke bawah iaitu ke jalur membujur selanjar yang di bentuk daripada bahan penuras yang sama dan dengan keratan lintang yang sama juga.4.67 Timbusan berbutir Bahan penuras Paip sambungan terbuka Rajah 4. Penyaliran tambahan tersebut ialah dengan menempatkan bahan penuras yang berbentuk jalur menegak berukuran kira – kira 0. .33 m2 dalam keratan lintang. penyediaan lubang lelehan sahaja tidak mencukupi untuk penyaliran.17 : Salir belakang 4. Ia di letakkan di tengah – tengah antara lubang lelehan. Kemudian. Penyaliran tambahan di perlukan bagi mengatasi masalah ini. Bagi timbusan separuh telap ini.3 Jalur tegak bahan penuras Seandainya bahan timbusan adalah berupa butiran tetapi ia bercampur dengan lebih daripada 5 % zarah pasir halus.2. maka bahan tersebut ialah bahan separa telap. Ini kerana lubang lelehan berkemungkinan besar akan tersumbat. kelodak ataupun tanah liat.33 x 0.

parit penghalang dengan bahan penuras yang sesuai di perlukan dengan ukuran tebalnya kira – kira 0.4 Selimut penyaliran tegak Bagi timbusan bertanah liat pula. .33 m.68 Rajah 4.2. Penghalang penyaliran secara tegak terbukti sesuai jika permukaan tanah yang tertahan dapat di lindungi dengan satu bentuk tutupan tak boleh telap.4.18 : Jalur tegak bahan penuras 4.

5 Selimut penyaliran mencondong Apabila hujan lebat. Rajah 4. penghalang penuras mencondong sesuai di praktikkan bagi mengurangkan tekanan resipan tersebut.20 : Selimut penyaliran mencondong . Dalam keadaan ini.69 Rajah 4.19 : Selimut penyaliran tegak 4.4. tekanan resipan yang tinggi akan terhasil.2.

Rajah 4. gelangsaran ke hadapan.21 : Kegagalan keupayaan galas .1 Kegagalan keupayaan galas Momen terbalikan dari tujah tanah akan menyebabkan tekanan galas yang tinggi pada tapak luar tembok.70 4. kegagalan bagi struktur penahan tanah adalah di sebabkan oleh kegagalan keupayaan galas. gelinciran tanah di sekeliling.4. hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada keupayaan galas muktamad yang menyangka.4.3 Sebab – sebab kegagalan yang lazim bagi struktur penahan tanah Kebiasannya. Nilai ini mestilah di kawal supaya berada dalam had yang selamat. Kebiasaannya. 4.3. putaran terhadap bahagian atas. terbalikan dan kegagalan struktur.

Kebiasaannya. Seterusnya.3.3. ia boleh di analisa sebagai menganalisis masalah kestabilan cerun. tanah ini terdedah kepada unsur dan kesan luluhawa serta kesan daripada perubahan iklim yang mungkin berlanjutan ke bawah sehingga kira – kira satu meter. . Kewujudan akar dan humus menjadikan tanah begitu lembut sehingga menyebabkan tembok gagal sebelum rintangan pasif dapat di hasilkan.3 Gelinciran tanah di sekeliling Kesan ini boleh berlaku dalam tanah jelekit.71 4.22 : Gelangsaran ke hadapan 4. Rajah 4.4.4.2 Gelangsaran ke hadapan Gelangsaran ke hadapan berlaku di sebabkan oleh kurangnya rintangan pasif di hadapan tembok ataupun kekurangan geseran tapak.

4 Putaran terhadap bahagian atas Kebanyakkannya.24 : Putaran terhadap bahagian atas .72 Rajah 4.3.23 : Gelinciran tanah sekeliling 4.4. kegagalan ini juga mungkin boleh berlaku ke atas sebarang jenis tembok yang di tahan di bahagian atas iaitu seperti tembok – landas jambatan. kegagalan jenis ini terjadi ke atas tembok cerucuk keping. Walau bagaimanapun. Ini berlaku di sebabkan oleh kekurangan penyangga di hadapan tembok. Rajah 4.

Kebanyakan rekabentuk tembok akan di reka agar tujah berada dalam lingkungan satu pertiga tengah tapak.4.4.5 Terbalikan Tujah paduan hendaklah bertindak di dalam lingkungan tapak bagi memastikan sesebuah tembok dalam keadaan yang stabil. 4. Apa yang cuba di tekankan di sini ialah memahami penggunaan kaedah yang sesuai mengikut keadaan dan punca – punca kegagalan yang berlaku serta ciri – ciri bagi setiap aspek kaedah pengawalan yang akan di gunakan.5 Kesimpulan Kesimpulannya.73 4.3.3. Ia melibatkan pertimbangan dari segi kos dan jangka hayat atau ketahanan bagi setiap rekabentuk. hasil kerja yang tidak berkualiti dan lain – lain lagi. penyenggaraan yang baik mestilah dapat menggelakkan masalah ketidakstabilan cerun dengan menggunakan pilihan kaedah yang paling berkesan dan efektif bagi sesuatu keadaan cerun.6 Kegagalan struktur Kegagalan struktur oleh berlaku di sebabkan oleh kesilapan dalam mereka bentuk. 4. kemerosotan bahan. .

Contohnya perbandingan penggunaan tembok penahan graviti dan tembok gabion sebagai sistem kawalan cerun. Penggunaan tembok penahan graviti akan melibatkan kos yang tinggi dan memerlukan masa namun ia berkesan menghalang kegagalan yang besar daripada berlaku. . Berbeza pula dengan pembinaan tembok gabion yang cepat dan murah tetapi kurang berkesan jika berlaku kegagalan yang besar dan keadaan tanah yang tidak stabil. Maka tidak rugi jika penyenggaraan yang bakal di lakukan menggunakan kaedah penstabilan yang mahal sedikit untuk jangka hayat yang panjang dan berkesan.74 Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

5. Selain daripada itu. tindakan susulan dan penyenggaraan yang sesuai juga dapat di lihat daripada laporan yang terhasil. Daripada hasil yang di perolehi.1 Pengenalan Melalui bab ini akan di bincangkan mengenai pengumpulan data dan kaedah yang di gunakan untuk menganalisis data yang di perolehi ke dalam pangkalan data untuk mengenalpasti cerun yang mempunyai risiko yang tertinggi.2 Pengumpulan data dan analisis teknikal Pendekatan pelaksanaan SPRS ini telah di gunakan oleh JKR dalam usaha menjaga kestabilan cerun di sepanjang masa serta menyenaraikan cerun – cerun yang . ia akan dapat memberikan keutamaan penyenggaraan kepada cerun – cerun yang berisiko terlebih dahulu.BAB V ANALISIS DAN KEPUTUSAN 5.

Namun dalam kajian ini hanya melibatkan analisis terhadap cerun tanah yang di potong sahaja. Terdapat data teknik serta jadual yang telah di keluarkan oleh JKR dan ianya telah menjadi sumber rujukan di dalam kajian ini.76 berisiko untuk di lakukan pemulihan dan penyenggaraan.1 : Lingkungan markah dan kadar risiko yang di berikan melalui SPRS Rating Cerun Potong Markah Risiko Kadar Risiko 76 – 192 56 – 75 36 – 55 16 – 35 0 – 15 Tertinggi Tinggi Sederhana Rendah Terendah . Jadual 5. Ia melibatkan pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan untuk cerun – cerun potongan dan tambakan. JKR telah mengklasifikasikan cerun kepada lima jenis rating yang telah di tentukan bagi menunjukkan tahap keseriusan pada kestabilan cerun yang terlibat. Pembahagian kadar – kadar risiko tersebut adalah seperti yang tertera di dalam Jadual 5.1 di bawah.

77 Data – data yang akan mempengaruhi cerun di berikan markah risiko mengikut tahap masing – masing. Pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan ini adalah seperti berikut :

Jadual 5.2 : Pengiraan markah risiko yang telah di tetapkan bagi cerun potong Penyumbang-penyumbang risiko ( Hazard ) 0 1 2 Markah

i. Ketinggian cerun ii. Sudut cerun iii. Perlindungan permukaan cerun iv. Saliran permukaan v. Laluan air semulajadi vi. Resapan vii. Air bertakung viii. Hakisan ix. x. xi. Kegagalan cerun Pembangunan atas cerun Jenis tanah

< 12m < 45
0

12m – 24m 45 - 63 < 20%
0 0

> 24m > 630 -

> 20%

Baik Tiada Tiada Tiada Sedikit Tiada Tiada Pasir / kerikil i

Tersumbat Ada Sederhana Kelodak ii, iii

Perlu dibaiki Ada Ada Kritikal Ada Ada Tanah liat iv, v, vi

xii. Gred luluhawa

78 Jadual 5.3 : Permarkahan risiko cerun potong Akibat kesan ( Consequence ) 0 Markah 1 2

i. Bahaya kepada penghuni bangunan ii. Bahaya kepada pengguna kenderaan iii. Jalan keluar alternatif iv. By – pass possible v. Sudut

Tiada

-

Ada

< 200 AADT

200 – 1000 AADT > 1000AADT

Ada Ada < 190

Tiada Tiada 190 - 270

>270

79 Jadual 5.4 : Ringkasan sistem permarkahan Cerun Potongan Ciri-ciri Markah

i. ii. iii. iv. v. vi.

Ketinggian cerun Sudut cerun Perlindungan permukaan cerun Saliran permukaan Laluan air semulajadi Resapan

2 2 1 2 2 2 1 2 2 2 2 2 24

vii. Air bertakung viii. Hakisan ix. x. xi. Kegagalan cerun Pembangunan atas cerun Jenis tanah

xii. Gred luluhawa Jumlah markah hazard

i. Bahaya kepada penghuni bangunan ii. Bahaya kepada pengguna kenderaan iii. Jalan keluar alternatif iv. By – pass possible v. Sudut Jumlah markah consequence

2 2 1 1 2 8

Risiko = Hazard x Consequence Risiko maksimum = Hazard maksimum x Consequence maksimum = 24 x 8 = 192

Pembangunan SPRS ini di mulakan dengan interface yang menarik dan senang di fahami. . Setelah keseluruhan data di masukkan. Data baru di masukkan ke dalam borang atau form yang utama. Pengguna boleh samada melihat sahaja data – data lepas atau memasukkan data yang baru.80 Segala jadual pemarkahan ini akan di majukan dengan membangunkannya dalam applikasi Microsoft Access 2003. Perkara yang paling penting ialah keberkesanannya dalam memberikan output serta kemudahan bagi pengguna menggunakanya.3 Pembangunan ‘ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) ’ Slope Priority Ranking System ( SPRS ) merupakan suatu pangkalan data yang di bina bagi memudahkan data di simpan dan di proses. segala data – data dan sistem yang telah di bangunkan ini akan di gunakan di kawasan kajian bagi membandingkan kesan dan tahap keselamatan cerun serta langkah penyenggaraan yang di perlukan. Maklumat yang di perolehi boleh di cetak sebagai laporan dan seterusnya langkah – kangkah yang perlu di ambil boleh di buat berdasarkan laporan tersebut. 5. barulah analisis boleh di lakukan bagi mendapatkan kadar risiko bagi setiap cerun. Akhirnya.

1 : Interface bagi Slope Priority Ranking System ( SPRS ) .81 Rajah 5.

Rajah 5.3 : Laporan SPRS boleh di susun dan di cetak mengikut kategori .2 : Borang bagi kemasukan data untuk di analisis.82 Rajah 5.

pondok jaga dan di jalan masuk utama. kejadian kegagalan cerun di sepanjang laluan ini telah terjadi sebanyak 3 kali bermula dari tahun 2002 sehingga 2005. kriteria rekabentuk. kolej 14 & 15 sehingga ke kolej 12 & 13. .4. Namun sejak dari tempoh pembinaan sehingga sekarang. Cerun runtuh ini berlaku di kawasan simpang Taman Sri Pulai. Proses pembinaan laluan ini melibatkan kerja tanah seperti pemotongan dan penambakan kerana terdapat banyak cerun di sepanjang laluan ini.4 Kajian Kes Kajian kes yang tepat adalah bagi mengukuhkan kajian dengan memilih cerun yang masih belum gagal sepenuhnya maka ia akan dapat memberikan ranking atau peringkat berdasarkan kadar risiko kegagalan yang di hadapi setiap cerun.1 Laluan ke kolej 16 & 17 Laluan ini di bina bagi menghubungkan Taman Sri Pulai dengan kawasan kampus dengan melalui 3 buah kolej kediaman iaitu kolej 16 & 17. Di bawah adalah merupakan kajian kes tentang cerun yang telah sedia ada mengalami kegagalan. Perbincangan tersebut diadakan bagi mencari jalan penyelesaian untuk proses rekabentuk semula cerun. Setelah kejadian tersebut berlaku. Menurut rekod yang telah di perolehi.83 5. Bhd selaku Project Management Consultant (PMC). kejadian pada 11 September 2003 merupakan kejadian kedua yang berlaku selepas hujan lebat yang turun menyebabkan kejadian cerun runtuh di 3 kawasan di sepanjang laluan ini. 5. satu taklimat dan perbincangan bersama telah diadakan pada 20 Oktober 2003 di antara UTM dan Syarikat Pelangi Teguh Sdn.

Melalui ujian terkukuh tak tersalir ( Consolidated Isotropic Undrained ) di dapati nilai C’ dari 2 hingga 10 kN/m manakala nilai Ф’ dari 26º hingga 36º. Projek bagi pemulihan dan pembinaan semula cerun ini telah menelan belanja sebanyak RM 1. Kerja – kerja baik pulih ini di mulakan pada 25 September 2003 dan telah siap sepenuhnya pada 10 Mei 2004.84 cadangan kerja – kerja baikpulih serta mengenalpasti faktor – faktor yang telah mengakibat kejadian cerun runtuh itu berlaku.5m dari permukaan pada kaki cerun dan pada kedalaman 6m di pertengahan cerun. Proses baik pulih ini melibatkan pemasangan paip mendatar dan pembinaan sistem perparitan pada cerun. Ini membuktikan aras air bumi sebenar semasa kegagalan adalah lebih tinggi dan kekuatan tanah di . Batuan granit tersebut berada 17m ke bawah dari permukaan cerun. selaku jurutera perunding dan proses pembinaan dan pemulihan di laksanakan oleh kontraktor dari PCB – TM Usahasama Sdn. Lubang ujian yang pertama di lakukan di kaki cerun dan lubang ujian yang kedua di buat 8m ke atas dari kaki cerun. Bagi penyiasatan tapak yang lebih lengkap 2 ujian lubang jara (borehole test) telah di lakukan pada Mac 2003.08 juta. 6 sampel tanah telah di ambil dari kedalaman 2m sehingga 7m.Bhd. namun cerun masih lagi mengalami kegagalan. dua Piezometer telah di pasang di kedua – dua lubang ujian. Bhd. Selain itu. Bagi memantau aras air bumi pada cerun tersebut. Walaupun keputusan dari ujian menunjukkan persamaan dengan keadaan semasa rekabentuk. lokasi cerun runtuh ini berada di kawasan cerun yang beralun yang mempunyai batuan granit pada keadaan tanah yang semulajadi. Menurut pemerhatian dan penyiasatan tapak yang di buat. Antara pihak – pihak lain yang juga terlibat ialah Syarikat J. pencegahan hakisan seperti lapisan plastik sebagai penahan sementara dan proses turfing juga telah di lakukan.K Bersatu Sdn. Pemantauan yang di lakukan dari 15 Mac hingga 12 April mendapati aras air bumi hanya berada 0.

85 anggarkan lebih rendah jika di bandingkan dengan keputusan dari ujian yang telah di buat. Faktor utama yang menyebabkan kegagalan cerun ini ialah kerana aras air bumi yang tinggi di belakang cerun telah melemahkan struktur tanah pada cerun. Kegagalan pada sistem perparitan untuk berfungsi dengan lebih baik meningkatkan lagi risiko kegagalan semasa keadaan hujan yang lebat.

5.4.2

Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah

Kajian kes yang kedua ini merupakan lokasi cerun yang berada di laluan Tun Aminah - Mutiara Rini - Gelang Patah. Ia bersebelahan dengan simpang ke Taman Orkid dan simpang ke Bandar Selesa Jaya. Keseluruhan laluan ini masih di dalam proses menaik taraf kerana ia merupakan salah satu pembinaan infrastruktur yang mesti di buat oleh pemaju kerana ia telah di tetapkan oleh JKR akibat daripada kesan peningkatan penduduk yang akan bertambah di kawasan Mutiara Rini. Maka cerun ini juga telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab pemaju iaitu Mutiara Rini Sdn. Bhd.

Mutiara Rini Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat dengan kumpulan Boustead Holding Berhad dan merupakan ahli LTAT Group of Companies. Mutiara Rini Sdn. Bhd. merupakan pemaju kepada RM 2 bilion bandar kecil bersepadu yang di kenali sebagai Mutiara Rini dengan kawasan pembangunan seluas 1,438 ekar terletak di KM 15 Jalan Johor Bahru – Gelang Patah. Keseluruhan pembangunan mengambil masa sehingga 15 tahun untuk siap sepenuhnya.

86 Di sebelah Utara Mutiara Rini terdapat sebatang jalan yang menghubungkan Mutiara Rini dengan Taman Universiti dan seterusnya ke Jalan Johor Bahru / Pontian di mana terletaknya Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ), Taman Sri Pulai dan Bandar Baru Kangkar Pulai.

Di sebelah Selatan dan Timur Mutiara Rini terletak pusat – pusat pembangunan yang telah sedia ada seperti pusat bandar Skudai, Taman Nesa, Taman Skudai Bahru, Taman Ungku Tun Aminah, Taman Selesa Jaya, Taman Damai Jaya, Taman Tan Sri Yaakob, Taman Perling dan Bukit Indah.

Di sebelah Barat Mutiara Rini pula adalah merupakan bandar Gelang Patah dan pembangunan mega Nusa Jaya yang hanya terletak lebih kurang 7 kilometer dari Mutiara Rini. Manakala, Link Kedua ke Singapura hanya terletak lebih kurang 20 kilometer ke selatan Mutiara Rini. Sebatang jalan penghubung baru di antara Mutiara Rini dengan Lebuhraya Link Kedua berdekatan dengan Pekan Lima Kedai sedang di rancang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Kementerian Pertahanan.

Setelah siap sepenuhnya, Mutiara Rini akan mempunyai lebih daripada 11,000 unit rumah kediaman, bangunan perniagaan dan kawasan perniagaan di bantu dengan kemudahan sosial dan rekreasi yang komprehensif. Ketika itu anggaran penduduk adalah berjumlah 70,000 orang. Konsep pembangunan untuk keseluruhan kawasan ialah mencapai kehidupan moden dengan persekitaran yang mesra alam. Lokasi projek pembangunan Mutiara Rini terdiri daripada 6 parsel. Parsel 1, Parsel 2, Parsel 3 dan Parsel 4 sedang giat di jalankan pembinaannya manakala Parsel 4 dan Parsel 5 belum di bangunkan lagi. Kawasan kajian bagi cerun ini terletak di parsel 4 dan termasuk dalam Projek Menaiktaraf Sebahagian Jalan Gelang Patah.

87

Rajah 5.4 : Kedudukan parsel kawasan kajian kes 2 di dalam projek pembangunan Mutiara Rini.

Kegagalan pada cerun ini telah di kesan pada bulan November 2004 dan ia semakin merebak akibat daripada keadaan hujan yang sentiasa turun dan lebat. Akhirnya satu proses perataan semula telah di buat pada 20 Januari sehingga 26 Januari 2005 oleh syarikat kontraktor C.K Chai Construction Sdn. Bhd. Ia melibatkan kerja – kerja pembersihan permukaan cerun, perataan dan penskalaan semula cerun tersebut. Antara faktor – faktor utama yang menyebabkan kegagalan cerun tersebut berlaku ialah kerana ketiadaan parit pintasan ( berm drain ) pada cerun. Resapan dari air larian permukaan menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan sekaligus telah meningkatkan aras air bumi di belakang cerun.

Walaupun proses perataan semula telah di lakukan, namun langkah – langkah pencegahan masih tidak di buat. Tiada proses penanaman semula rumput dan tiada sistem perparitan yang lebih baik di buat. Ini menyebabkan ia telah runtuh lagi sekali dan masih kekal tanpa proses pemulihan hingga sekarang. Daripada sumber maklumat

cerun tersebut akan di bina dengan lebih baik dengan langkah – langkah pencegahan yang sesuai seperti pembinaan tembok gabion pada masa akan datang.5 : Kegagalan yang berlaku pada cerun di kawasan kajian kes 2 .88 yang di perolehi dari pemaju Mutiara Rini Sdn. Rajah 5. Bhd. Ia akan di lakukan sebelum Projek Menaik taraf Jalan Gelang Patah tersebut siap sepenuhnya dan di serahkan kepada JKR daerah Johor Bharu..

1 Analisis bagi laluan ke kolej 16 & 17 . Berikut adalah keputusan yang telah di perolehi.89 5. 5.5.5 Keputusan Pemerhatian yang di buat pada cerun di kawasan kajian kes ini telah di rekodkan dan ianya di masukkan ke dalam SPRS bagi mendapatkan kadar risiko yang sebenar berbanding dengan keadaan yang berlaku.

. cerun ini berada dalam kadar risiko yang tinggi untuk berlaku kegagalan kerana skor berada di antara 56 hingga 75. di dapati nilai maksimum bagi hazard ialah 17 dan nilai maksimum bagi consequence ialah 4. Dengan merujuk kepada Jadual 5. Skudai yang telah di masukkan ke dalam SPRS.1. Maka skor risiko maksimum bagi cerun ini ialah 68. Berdasarkan analisis yang terhasil.90 Rajah di atas menunjukkan data – data bagi cerun di laluan kolej 16 & 17 UTM.

2 Analisis bagi Laluan Tun Aminah ke Gelang Patah .91 5.5.

di dapati nilai maksimum bagi hazard ialah 17 dan nilai maksimum bagi consequence ialah 4.1.92 Rajah di atas menunjukkan data – data bagi cerun di laluan Tun Aminah ke Gelang Patah yang telah di masukkan ke dalam SPRS. Dengan merujuk kepada Jadual 5. Berdasarkan analisis yang terhasil. Maka skor risiko maksimum bagi cerun ini ialah 68. cerun ini berada dalam kadar risiko yang tinggi untuk berlaku kegagalan kerana skor berada di antara 56 hingga 75. .

kesemua pelan bagi projek pembinaan terbabit akan di sediakan termasuklah pelan bagi rekabentuk kerja tanah. . Kesemua spesifikasi setiap cerun yang akan di hasilkan di kawasan tapak akan di nyatakan dengan jelas berserta dengan sistem penyenggaraan bagi mengukuhkan cerun – cerun terbabit. Sebelum sesuatu fasa pembinaan di jalankan. pihak – pihak yang menguruskan setiap perjalanan operasi pembinaan hendaklah memastikan bahawa cerun yang di hasilkan di kawasan tapak pembinaan adalah stabil dan kukuh. Sewajarnya. Ini bagi mengelakkan berlakunya kegagalan cerun pada masa akan datang seterusnya mendatangkan musibah kepada orang awam.1 Kesimpulan Pembinaan yang di jalankan di kawasan yang berbukit – bukau kebiasaannya akan menggunakan konsep pemotongan dan penambakan tanah untuk menghasilkan aras platform yang di kehendaki seperti di dalam pelan bagi tujuan pembinaan bangunan.BAB VI KESIMPULAN 6. Melalui aktiviti pemotongan dan penambakan tanah inilah yang akan menghasilkan cerun potong dan cerun tambakan.

Sekiranya tidak ada percanggahan dalam menilai keadaan cerun terbabit iaitu sebagai contoh. kadar risiko bagi cerun terbabit akan dapat di ketahui sama ada mempunyai kadar risiko yang tertinggi. Parit dan pembentung hendaklah sentiasa di periksa agar tiada berlakunya sekatan penyaliran dan penyerapan air ke dalam tanah akibat daripada kebocoran parit. Suatu keputusan akan dapat di hasilkan dengan cara membuat perbandingan antara kadar risiko yang terhasil melalui sistem ini dengan keadaan sebenar cerun terbabit di kawasan kajian.94 Menyedari bahawa kegagalan cerun adalah merupakan suatu perkara yang serius maka suatu sistem pemantauan cerun di perlukan untuk mengenalpasti cerun – cerun yang berisiko. sederhana. Setelah pemantauan cerun di lakukan maka tindakan yang berikutnya adalah untuk menentukan kaedah – kaedah penyenggaraan susulan yang sesuai bagi menstabilkan sesuatu cerun yang berisiko. tinggi. sistem ini di bangunkan lagi dengan memperkenalkan langkah – langkah penyenggaraan yang sesuai berdasarkan kadar bahaya dan risiko yang terhasil. Selain daripada sistem penyenggaraan yang biasa di praktikkan salah satu aspek penting lain yang harus di ambil – kira adalah mengenai sistem saliran yang terdapat pada cerun terbabit. seandainya kadar risiko yang di perolehi adalah tertinggi dan sememangnya ada berlaku kegagalan yang teruk pada cerun di kawasan kajian maka. rendah atau terendah. terbukti bahawa sistem ini boleh di guna pakai di semua keadaan cerun tanah di seluruh Malaysia. Parit mendatar dan parit sub tanah juga perlu di sediakan sekiranya terdapat petunjuk bahawa kemungkinan wujudnya aras air bumi yang tinggi di kawasan cerun berkenaan. SPRS adalah merupakan salah satu jalan penyelesaian untuk mengenal pasti cerun – cerun yang berisiko berlakunya kegagalan cerun atau lebih di kenali sebagai kejadian tanah runtuh. . Selain itu. Setelah kesemua maklumat dan data mengenai cerun di suatu kawasan kajian di masukkan ke dalam sistem ini.

Di harapkan kajian ini dapat di jadikan panduan kepada pihak – pihak yang terlibat dalam aktiviti – aktiviti pemantauan dan penyenggaraan cerun. telah berjaya di hasilkan. Antara perkara – perkara yang perlu di pertingkatkan bagi menghasilkan keputusan yang lebih tepat dan jitu ialah : i) ii ) iii ) Ketepatan bagi setiap jangkaan yang bakal berlaku. Jangkaan dan cadangan yang akan terhasil ini merujuk kepada setiap kriteria bagi cerun yang telah di masukkan oleh pengguna. Cadangan kaedah penyenggaraan yang terbaru dan bersesuaian. selepas ini lebih banyak penyelidikan akan di buat mengenai Slope Priority Ranking System ( SPRS ) seterusnya membuktikan bahawa sistem ini dapat menjamin keputusan yang sangat tepat dalam proses penilaian keadaan cerun. tekanan air liang dan juga tegasan ricih pada tanah cerun. Penambahbaikan ini dengan melibatkan jangkaan yang bakal berlaku dan cadangan bagi proses yang seterusnya. Cadangan kaedah pengukuhan cerun yang boleh melibatkan nilai ekonomi dan estetika.95 Melalui sistem ini. Sekian. iv ) Penambahan kriteria – kriteria pada cerun seperti kadar kelembapan. Walaupun kajian ini telah berjaya untuk mencapai matlamatnya. Semoga. namun mutu kajian ini masih boleh di pertingkatkan lagi pada masa akan datang. penambahbaikan bagi Slope Priority Ranking System ( SPRS ) yang telah sedia ada dengan memperkenalkan langkah – langkah penyenggaraan yang sesuai berdasarkan kadar bahaya dan risiko yang terhasil. . kadar hujan. Ia sekaligus membantu memberikan gambaran bagaimana penyelesaian yang perlu di lakukan sekiranya cerun tersebut mempunyai kadar risiko yang tinggi dan tidak stabil.

Haridas. Inc. “ Slopes”. Anthony Young. . A.F Craig. “ Soil Properties : Testing. ( 1996 ). Elsevier Science B. 8. New york. “ Slope Stability Engineering”. and Evaluation ”. Garry R Mostyn. Fatimah Mohd Noor dan Fauziah Kasim. “ Mekanik tanah ”. Takua Yamagami and Jing Cai Jiang . Prof. R.A. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Rubber Research Institute Of Malaysia. Evett. EEM Advancement Centre Pte.Ltd. Prentice Hall.A. ( 1994 ). 4. Longman Inc. ( 1972 ). Mario PANIZZA. Norio Yagi. “ Soil Erosion And Conservation In Peninsular Malaysia ”.V. ( 1980 ). Kaare Senneset. Rotterdam. Cheng Liu.96 RUJUKAN 1. Balkema. ( 2000 ). terjemahan Aminaton Marto. 7. 5. ( 1996 ). Jack B. 6. 3. Soong Ngin Kwi. ( 1999 ). Yeoh Choon Seng. Tan Peng Hua. A. Balkema. 2. “ Environmental geomorphology ”. G. “ Landslides Glissements deterrain ”. Measurement. ( 1993 ). Prof. Rotterdam. Robin Fell and Mr. “ Slope Stability and Landslides ”.

K. Kuala Lumpur. 10. B. Singapore. Fei Cai & Keizo Ugai. Amsterdam. Great Britain: Survey University Press. G. Rahardjo. “Slope Analysis”. Elsevier Scientific Publishing Company. Dewan Bahasa dan Pustaka. New York. School of Civil Engineering. ( 1996 ). Nanyang Technological University. E. Robin Fell.W. Low & H.C. ( 1996 ).S. ( 1990 ).. NTU – PWD Geotechnical Research Centre. penterjemah Abdul Rahman Mahamood.97 9. . Australia. Bromhead. Kementerian Pendidikan Malaysia. “Numerical Analysis of Rainfall Effects on Slope Stability”. “ Unsur Mekanik Tanah untuk Jurutera Awam dan Jurutera Lombong ”. N. International Journal of Geomechanics.N. Sydney. Leong.N. Oxford. Peter Finlay & Garry Mostyn. 11. Chowdhury R. Smith. 13. E. ( 2004 ). (1986). UNSW. “Suction Profiles and Stability of Residual Soil Slopes”. 14. N. “Framework for Assessing the Probability of Sliding of Cut Slopes”. “ The Stability Of Slope”. 12. (1978).

98 LAMPIRAN A : ANALISIS CERUN DI UTM 98 .

kolej 17 utm 99 .99 LAMPIRAN B : PETA KAWASAN KAJIAN PETA B1 : Pelan bagi proses penyenggaraan pada cerun runtuh yang berlaku di laluan kolej 13 .

100 LAMPIRAN C : BORANG PEMERIKSAAN CERUN OLEH JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA .

101 .

102 .

103 .

104 .

105 .

106 .

107 .