You are on page 1of 12

Kajian Tindakan 0

Nama dan Alamat Sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN TUN DR. ISMAIL,


JALAN LEONG YEW KOH,
TAMAN TUN DR. ISMAIL,
60000 KUALA LUMPUR.

Nama Pengkaji

SHARULAZMAN BIN MOHAMED NASIR

Tajuk Kajian

MENINGKAT KEMAHIRAN PELAJAR DALAM OPERASI +, - , ÷ DAN ×


MENGGUNAKAN KALKULATOR
BAGI PELAJAR TINGKATAN 3 HAZEN.
Kajian Tindakan 1

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU

Kajian ini dijalankan kepada 29 orang murid Tingkatan 3 Hazen di Sekolah


Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Sekolah ini mempunyai
sembilan kelas Tingkatan 3 yang diisihkan mengikut tahap pencapaian pelajar. Tingkatan
3 Hazen adalah kelas yang ke-8. Objektif kajian, pertamanya untuk menentukan tahap
pencapaian murid dalam menyelesaikan masalah operasi melibatkan penambahan,
penolakan, pendaraban, pembahagian dan campuran kesemua operasi ini. Keduanya,
mengenalpasti bentuk kesilapan murid dan akhir sekali mengenalpasti kesilapan dan
mengetahui bagaimana cara mereka mendapatkan jawapan.

Daripada rekod keputusan peperiksaan akhir tahun dan kuiz kelas tingkatan 3
Hazen, didapati bahawa tahap penguasaan murid dalam penyelesaian melibatkan
keempat-empat operasi ini masih lagi ditahap yang lemah. Semasa memeriksa kertas
kuiz, saya dapati bahawa murid masih lemah dalam operasi pendaraban dan
pembahagian nombor bulat serta gabungan operasi darab dan penambahan.

Saya merasakan bahawa penerangan bersama contoh, aktiviti dan penekanan


beserta penyertaan pelajar dan latihan yang diberikan di dalam kelas sudah cukup untuk
pelajar menguasai konsep ini. Sangkaan ini meleset apabila mendapati rata rata pelajar
saya masih belum dapat menguasainya.Ini terbukti daripada keputusan peperiksaan
intervensi yang baru saja berlalu. Mereka tidak dapat menjawab solan yang berkaitan
dengan tajuk ini. Bagi kebanyakan pelajar, matematik dianggap sebagai satu mata
pelajaran yang sukar dan mengelirukan. Ini membuatkan saya teruja untuk mengkaji
permasalahan ini . Tajuk ini menjadi tajuk kajian tindakan yang bakal saya jalankan.
Kajian Tindakan 2

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian kes saya ialah untuk menyelesaikan masalah pelajar saya yang gagal
menyelesaikan masalah operasi +, - , x dan ÷ dengan betul. Saya merasakan bahawa
penekanan dalam menyelesaikan masalah ini penting kerana konsep ini adalah
merupakan sebahagian dalam penyelesaian matematik.

Fokus kepada kajian kes saya ialah:

i. Murid menguasai kemahiran menggunakan kalkulator.


ii. Murid dapat menguasai kemahiran operasi +, - , x dan ÷ cepat dan betul.
iii. Murid tidak melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas murid

3.2 OBJEKTIF KHUSUS


1. Murid menguasai kemahiran menggunakan kalkulator.
2. Murid dapat menguasai kemahiran operasi +, - , x dan ÷ dengan cepat dan
betul.
3. Murid tidak melakukan kesilapan dalam menyelesaikan masalah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan semua murid tingkatan 3 Hazen

Lelaki : 20 orang
Perempuan : 9 orang

Jumlah : 29 orang
Kajian Tindakan 3

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan


Mengenal pasti masalah dan
1. pengumpulan data awal.
Membincang dan menganalisis
2. masalah yang timbul dalam tindakan 1.
3. Menulis Proposal Kajian
4. Pembentangan Proposal Kajian
Pelaksanaan “Program Mari Mengira”
5. - Ujian Pra
- bimbingan penggunaan kalkulator
- Ujian Post
6. Refleksi Kajian
7. Menulis Laporan Kajian
8. Pembentangan dapatan Kajian

5.1 TINJAUAN MASALAH

5.1.1 Pemerhatian
Saya teruja untuk menjadikan tajuk kecil ini sebagai tajuk kajian
(walaupun nampak mudah) tetapi menjadi masalah untuk pelajar saya
menguasai konsep ini. Pelajar saya kurang memberi tumpuan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran, sebahagian pelajar kurang
menunjukkan respon yang baik sebelum kajian dijalankan. Malahan
pelajar tidak menunujukkan sikap yakin diri apabila saya meminta
mereka menjawab soalan di papan putih. Keputusan ujian topikal dan
ujian bulanan juga tidak memberangsangkan.

5.1.2 Ujian pra dan pos

Ujian pra dijalankan kepada pelajar untuk menguji kemahiran mereka


tentang konsep ini. Ganjaran diberikan kepada kumpulan dan individu
yang mendapat markah yang tertinggi.
Kajian Tindakan 4

Pelajar diuji lagi dengan ujian pos dangan format soalan yang sama. Item
dipilih dari soalan tahun tahun lepas yang agak ebih mencabar minda
pelajar.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Analisis pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati:


- murid lebih memahami dan dapat menguasai konsep topik
diatas.

- Lebih yakin menjawab soalan di papan putih.

- Suasana pembelajaran di dalam kelas lebih


memberangsangkan.

5.2.1 Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Keputusan bagi kedua dua ujian adalah seperti tertera di bawah.


BIL NAMA Ujian Pra Ujian Pos
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Kajian Tindakan 5

10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29

Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
pencapaian murid. Murid yang sedikit ini telah dapat menguasai konsep asas
topik kajian tindakan ini.

5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1. Langkah pertama yang saya ambil ialah memikirkan teknik berkesan untuk
menyampaikan konsep ini kepada pelajar. Tiada teknik khas hanya
pemantapan konkrit konsep melalui latihan berkala.
Kajian Tindakan 6

2. Untuk memantapkan penguasaan konsep ini – teknik latih tubi saya terapkan
pada murid .
3. Cungkil pengetahuan sedia ada murid tentang menukarkan persamaan
kepada bentuk am.
4. Kaedah Simulasi dan disertakan nota ringkas.
5. Murid akan menulis konsep ini setiap kali sebelum memulakan sesi aktiviti .
6. Seterusnya latihan berkumpulan diberikan . Dalam aktiviti ini murid
dibahagikan kepada 7 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4
orang dan ada 1 kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli.
7. Murid membuat latihan 1 dan latihan 2 di antara masa senggang yang ada
untuk menguji kemahiran pelajar. Perbincangan dijalankan diantara guru
dan pelajar.

8. Murid menjalani ujian pos untuk menguji pemantapan kemahiran

9. Disusuli pula dengan perbincangan sebagai pengukuhan.

5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN


Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu (8 sesi)
dan diluar waktu pengajaran dan pembelajaran. Saya memperuntukkan 5 waktu
seminggu untuk bertemu murid dan membimbing mereka memantapkan konsep
mudah ini. Minggu pertama saya konkritkan konsep topik ini kepada murid
secara peta minda. Disusuli dengan beberapa latihan pengukuhan. Pada minggu
ke dua adalah sesi aktiviti berkumpulan untuk memantapkan kemahiran
bersama rakan rakan.
Latihan pengukuhan selepas aktiviti adalah sangat memberangsangkan dari segi
pemarkahan berbanding dengan latihan pada minggu pertama. Saya mendapat
respon dari pelajar bahawa mereka suka untuk membuat aktiviti aktiviti yang
Kajian Tindakan 7

seperti ini . Mereka lebih memahami kerana konsepnya dimantapkan beberapa


kali.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

Prestasi pelajar yang sangat ketara dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 1
menunjukkan keberkesanan aktiviti secara individu , berkumpulan , latihan yang
diberi disatukan di dalam topik kajian tindakan saya. Di samping menggalakkan
murid membina sikap dan personaliti yang positif terutama dalam aktiviti
berkumpulan yang dijalankan.

Saya yakin pembelajaran secara ini sangat berkesan untuk memantapkan


sesuatu konsep sehingga murid murid master dalam topik ini. Suasana semasa
kerja berkumpulan dapat membantu murid murid membina kemahiran sosial
menggalakkan kerjasama dan membina keyakinan diri.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Prestasi murid murid saya menunjukkan peningkatan yang baik dan mereka telah
memahami konsep operasi +, - , x dan ÷. Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan , saya
dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan
pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Kajian Tindakan 8

LAMPIRAN
Kajian Tindakan 9

Lampiran 1
Aktiviti-aktiviti ini akan diubah suai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan
tinjauan awal.

Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan


Mengenal pasti masalah dan
1. pengumpulan data awal.
Membincang dan menganalisis
2. masalah yang timbul dalam tindakan 1.
3. Menulis Proposal Kajian
4. Pembentangan Proposal Kajian
Pelaksanaan “Program Backward Solution”
5. - Ujian Pra (memfaktorkan persamaan
kuadratik)
- bimbingan penggunaan kalkulator untuk
memfaktorkan persamaan kuadratik
- Ujian Post
6. Refleksi Kajian
7. Menulis Laporan Kajian
8. Pembentangan dapatan Kajian
Kajian Tindakan 10

Lampiran 2
SOALAN SOALSELIDIK
Jawab semua soalan. Tandakan ( / ) pada petak yang berkenaan. Kerjasama anda sangat dihargai.

1. Jantina L P

2. Bangsa M B L

3. Keputusan UPSR bagi matapelajaran Matematik A B C D E

4. Keputusan Peperiksaan Akhir tahun bagi A B C D E


matapelajaran Matematik
5. Pendapatan Keluarga <500
500 - 1000
1000 - 2000
>2000
6. Adakah anda mengikuti kelas tuisyen matematik di pusat tuisyen Ya Tidak

Pilih jawapan yang tepat.

1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Tidak Pasti 4-Setuju 5-Sangat Setuju
1 2 3 4 5
7. Saya meminati matapelajaran matematik
8. Saya menyiapkan latihan matematik yang diberikan oleh guru
9. Saya mempunyai masalah keluarga
10. Ahli keluarga saya memberi sokongan yang penuh untuk saya belajar
11. Keadaan di rumah saya menyebabkan saya sukar untuk memberi tumpuan masa
belajar.
12. Saya bekerja diluar waktu sekolah
13. Saya selalu tidur lewat kerana menonton televisyen
14. Saya membantu ibu dan bapa membuat kerja di rumah
15. Saya tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran di rumah
16. Saya tidak berminat untuk belajar
17. Saya tidak dapat beri tumpuan semasa guru mengajar.
18. Matematik adalah matapelajaran yang susah untuk belajar
19. Guru matematik tidak membantu saya untuk memahami topik-topik yang diajar.
20. Cara guru matematik mengajar sangat bosan dan tidak menarik
21. Saya suka guru mengajar menggunakan bahasa Inggeris
22. Saya tidak memahami apa yang disampaikan oleh guru matematik
23.Latihan yang diberikan oleh guru tidak mencukupi
24. Saya akan belajar jika guru matematik seorang yang garang
25. Saya suka ponteng kelas matematik
26. Saya selalu tidur dalam kelas semasa guru mengajar
27. Saya tidak suka keadaan kelas yang bising
28. Kelas saya sangat bising
29. Keadaan di rumah saya sangat bising
30. Kawan-kawan saya mempengaruhi saya untuk bersembang- sembang semasa
Kajian Tindakan 11

guru mengajar
Lampiran 3
SMK TAMAN TUN DR. ISMAIL,
JALAN LEONG YEW KOH,
60000 KUALA LUMPUR

PRE-TEST
NAME:...........................

You might also like