You are on page 1of 12

PENGENALAN

Sesuatu pertandingan diwujudkan untuk mencari pemenang atau juara dalam


sesuatu jenis sukan disamping untuk memberi keseronokan. Pertandingan juga
diwujudkan khas untuk mencari, menilai dan memilih pemain yang berpotensi serta
berkemahiran dalam permainan tersebut.

Sesuatu pertandingan boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa sistem


pertandingan yang berbeza. Antaranya ialah, sistem liga, klah mati, dan cabar-
mencabar. Namun begitu, beberapa aspek lain perlu diambil kira sebelum menentukan
sistem pertandingan yang harus digunakan dalam sesuatu kejohanan. Antaranya:

 Masa yang diperuntukkan


 Alatan dan kemudahan yang ada
 Kewangan
 Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan
 Penentuan pemenang yang sah
 Agihan perlawanan yang adil
 Jenis pertandingan.
SISTEM KALAH MATI

Sistem kalah mati bermaksud seseorang peserta atau pasukan akan bermain sekali
sahaja. Peserta yang kalah akan tersingkir manakala peserta yang menang akan
meneruskan pertandingan sehingga diisytiharkan sebagai johan.

KELEBIHAN SISTEM KALAH MATI

 Jadual sistem ini mudah difahami oleh peserta.


 Sangat berguna untuk menentukan juara atau pemain pilihan untuk
pertandingan-pertandingan akan datang.
 Dapat menentukan juara dalam masa yang singkat
 Boleh dilaksanakan dengan alatan yang terhad
 Mampu menerima penyertaan yang banyak.
 Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan.

KELEMAHAN SISTEM KALAH MATI

 Peserta hanya bertanding sekali sahaja


 Penggunaan kemudahan yang minimum
 Penentuan pemain pilihan adalah penting
 Separuh daripada peserta akan tewas pada peringkat awal.

Langkah pengelolaan pertandingan adalah seperti berikut:

i. Bilangan peserta menunggu (bye)

Jadual perlawanan dapat disusun dengan mudah sekiranya jumlah pasukan yang
mengambil bahagian dalam angka pangkat dua atau ‘angka kuasa dua’. Sebagai
contoh, 2, 4, 8, 16, 32, 64 dan 128.
Formula sistem kalah mati:

Cara mengira jumlah perlawanan:

=N−1

Cara mengira bilangan bye:

=kuasa dua (2n ¿−N , n= 1,2,3,4,5…..

Cara mengira jumlah perlawanan dalam pusingan pertama:

N −bye
=
2

N merujuk kepada jumlah peserta yang bertanding

Perbandingan bilangan penyertaan pasukan dengan penggunaan angka kuasa 2 untuk


mendapat bye. Angka kuasa 2 mestilah melebihi jumlah pasukan yang mengambil
bahagian.

Angka Jumlah Jumlah pasukan


pangkat 2 pasukan yang menunggu atau
(2n) mengambil bye
bahagian
¿)
1
2 2 -
22 3 1
22 4 -
23 5 3
23 6 2
23 7 1
23 8 -
24 9 7
24 10 6
24 11 5
24 12 4
24 13 3
24 14 2
24 15 1

Peserta menunggu adalah dari kalangan johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat
dalam pertandingan sebelumnya.

ii. Penempatan pasukan pilihan atau seeded

Peserta pilihan di tempatkan simetrikal.


Jika terdapat dua peserta menunggu maka peserta menunggu pertama
akan diletakkan di bahagian atas dan peserta kedua akan diletakkan di
bahagian bawah.
Jika terdapat 4 peserta, peserta menunggu pertama dan keempat
berada di dalam kumpulan atas manakala peserta menunggu kedua
dan ketiga akan berada di dalam kumpulan bawah.
Sekiranya peserta menunngu itu dalam angka ganjil, maka penanti
Contoh seterusnya
: mesti diletakkan di bawah kumpulan bawah.

Carta perlawanan untuk 12 pasukan


pusingan awal suku akhir separuh akhir akhir

1 Pilihan pertama

Piihan ke-3
4

6 Johan

8
Pilihan ke-4
9

10

11
Pilihan ke-2
12

∴pertandingan kalah mati sekali bagi 12 pasukan dengan 4 bye

Sistem Kalah Mati Dua Kali


Sistem pertandingan ini memberi peluang kepada setiap peserta untuk bertanding
sekurang-kurangnya dua kali sebelum tersingkir terus daripada pertandingan. Peserta
yang kalah masih berpeluang menjadi johan dan hanya tersingkir setelah mengalami
kekalahan kedua. Peserta yang menang pada peringkat awal akan maju ke kanan
(kumpulan pemenang) manakala peserta yang kalah pula ditempatkan ke sebelah kiri
(kumpulan kalah).

Prinsip asas sistem ini ialah membenarkan dua peserta yang pernah bertemu
di peringkat awal untuk bertemu semula bagi kali kedua setelah mereka menang di
kumpulan masing-masing sehingga bertemu lagi di peringkat akhir.

Kelebihan

 Peserta berpeluang bertanding sebanyak dua kali


 Peserta yang kalah sekali masih berpeluang menjadi johan
 Dapat memilih pemenang yang sebenar
 Penentuan peserta menunngu tidak diperlukan

Kelemahan

 Memakan masa yang lebih panjang berbanding sistem kalah mati sekali.
 Perlawanan banyak, oleh itu memerlukan perlawanan yang banyak
 Jadual perlawanan yang kompleks dan mengelirukan

kiri kanan
Carta pertandingan kalah mati dua kali untuk lapan peserta

SISTEM LIGA
Sistem liga adalah satu sistem pertandingan yang melibatkan beberapa orang peserta
atau pasukan dikumpulkan ke dalam satu kumpulan atau beberapa buah kumpulan.
Para peserta tersebut dikehendaki bertanding antara satu sama lain sehingga setiap
pasukan telah bermain dengan semua pasukan dalam kumpulan tersebut.

Kelebihan sistem liga

 Sistem ini senang untuk diuruskan kerana formatnya senang diuruskan


 Jadual-jadual pertandingan sudah diketahui sebelum pertandingan bermula dan
setiap pasukan akan bertemu dengan pasukan yang lain dalam kumpulannya.
 Peserta boleh memperbaiki strategi perlawanan dari semasa ke semasa kerana
dapat bertanding dengan banyak pasukan dalam kumpulan tersebut.
 Setiap pasukan akan bertarung bersungguh-sungguh kerana kemenangan akan
bergantung kepada jumlah mata yang diperoleh hasil kemenangan atau seri,
jumlah jaringan, dan jumlah jaringan kena.

Kelemahan sistem liga

 Memerlukan alatan yang banyak.


 Masa pertandingan yang lama.

Sistem liga terbahagi kepada :


a. Sistem liga satu pusingan
Liga satu pusingan hanya membenarkan peserta bertanding sekali sahaja
dengan pihak lawan setiap kumpulan.

b. Sistem liga dua pusingan


Liga dua pusingan memerlukan peserta atau kumpulan tersebut bertanding
dengan lawan sebanyak dua kali.
-Liga Perdana Inggeris.

Formula pengiraan bilangan perlawanan bagi sesuatu pertandingan liga:

N ( N −1 )
=
2

N=¿ jumlah pasukan yang mengambil bahagian

Contoh:

5 ( 5−1 )
=
2

20
=
2

= 20 perlawanan
Keputusan perlawanan akan direkodkan ke dalam carta skor.

Pasukan Cempaka Damai Aman Delima Zamrud


Cempaka ///////////////////// 1-1 1-1 3-0 2-0
/
Damai 1-1 ////////////////////// 1-1 3-1 2-0
Aman 0-3 1-1 ////////////////////// 2-2 2-1
Delima 0-3 1-3 2-2 ///////////////////// 1-1
/
Zamrud 0-2 0-2 1-2 1-1 ////////////////////

Borang skor rasmi 5 pasukan dalam liga satu pusingan

Pasukan P M S K J G Mata Kedudukan


Cempak 4 2 2 0 7 2 8 1
a
Damai 4 2 2 0 7 3 8 2
Aman 4 1 3 0 6 5 6 3
Delima 4 0 2 2 4 9 2 4
zamrud 4 0 1 3 2 7 1 5

P – jumlah perlawanan K- kalah

M- menang J- jaringan

S- seri G- bilangan kena

SEPARA LIGA
Sistem separa liga ini lazimnya menggabungkan sistem liga satu pusingan dan sistem
liga dua pusingan di peringkat awal di peringkat awal dengan sistem kalah mati di
peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir untuk mendapatkan pemenangnya.
Sistem separa liga terdiri daripada pelbagai jenis. Antaranya:

 Separa liga 4 kumpulan


 Separa liga 3 kumpulan
 Separa liga 2 kumpulan

Separa liga 4 kumpulan

Faktor utama mengagihkan pasukan-pasukan yang bertanding kepada empat


kumpulan ialah bilangan penyertaan pasukan. Sekiranya terdapat 12 atau lebih
daripada 12 pasukan maka agihan pasukan kepada empat kumpulan adalah sesuai.
Pasukan yang menjadi johan dan naib johan bagi setiap kumpulan akan ke pusingan
seterusnya yang akan dijalankan secara kalah mati.

Contoh perlawanan:

Agihan 12 pasukan kepada 4 kumpulan

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D

1.Terengganu 1.Perak 1.Wilayah 1.Johor


Persekutuan
2.Kelantan 2.Selangor 2.Sarawak
2.Sabah
3.Pahang 3.Pulau Pinang 3.N. Sembilan
3.Kedah

Johan kumpulan Naib johan kumpulan

A1-Terengganu A2-Kelantan

B2-Selangor B1-Perak

C3-Kedah C2-Sabah

D1-Johor D3-N. Sembilan

suku akhir separuh akhir akhir


A1

C2

D1

B1 Johan

B2

D3

C3

A2

You might also like