You are on page 1of 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA (1)

JALAN PU 5, BANDAR PUCHONG UTAMA,


47100 PUCHONG, SELANGOR

KERTAS KERJA

KEM pengurusan kehidupan dan


sahsiah diri PENDIDIKAN KHAS
2011

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SMK PUCHONG UTAMA (1)
PENDAHULUAN :

Di dalam amalan kehidupan sehari-hari, penerapan nilai-nilai murni dan


pengurusan diri amat perlu bagi melahirkan masyarakat yang bermoral dan
beretika serta mampu berdikari. Selaras dengan matlamat negara Malaysia
untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai jati diri yang tinggi,
berakhlak mulia serta penyayang, satu program perlu dirancang di peringkat akar
umbi khususnya di sekolah.

Kem pengurusan kehidupan dan sahsiah diri ini dicetus dan diilhamkan
untuk merealisasikan hasrat dan aktiviti yang dirancang diharap mampu
memenuhi keperluan pelajar dalam mengukuhkan sahsiah dan
mempertingkatkan kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan komponen mata
pelajaran kemahiran hidup dan pengurusan diri seterusnya mendedahkan pelajar
dalam menjalankan aktiviti seharian secara berdikari.

MATLAMAT :

Membentuk murid supaya mempunyai sahsiah yang kukuh.dan mewujudkan


masyarakat yang berkemahiran. Di samping itu juga ia bertujuan untuk
menerapkan dan menghayati nilai-nilai murni, bertanggungjawab serta cergas
dan berdikari.

OBJEKTIF :

1. Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi antara mereka di samping


meningkatkan tahap keyakinan diri.
2. Melatih dan mendedahkan kepada murid tentang pengurusan diri
dalam segala aspek kehidupan.
3. Merangsang motivasi untuk berdikari dan menjalankan aktiviti seharian dan
dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sebenar.
4. Memperkukuhkan ilmu agama murid-murid Islam sebagai benteng dalam
menghadapi segala bentuk rintangan dan cabaran dalam kehidupan dengan
berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

ANJURAN :

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Puchong Utama (1)

KUMPULAN SASARAN :

Semua murid Islam dan bukan Islam dari PPKI SMK PU1 .
PELAKSANAAN :

Tarikh : 4 - 5 Mac 2011


Hari : Jumaat - Sabtu
Masa : 5.30pm (Jumaat) – 12.45 pm (Sabtu)
Tempat: Sekitar kawasan sekolah

TENTATIF PROGRAM

Hari Pertama (JUMAAT 20 Mac 2011)

5.00 ptg : Pendaftaran peserta


5.30 ptg : Taklimat Program dan memasang khemah
6.30 ptg : Mandi dan makan malam
7.30 mlm : Solat Maghrib, Tazkirah dan Solat Isyak / Aktiviti Moral
9.15 mlm : Pecah Bendungan (Ice breaking)
9.45 mlm : Slot A
10.45 mlm : Minum Malam
11.00 mlm : Tidur

Hari Kedua (SABTU 21 Mei 2011)

5.45 pagi : Solat Subuh


6.30 pagi : Kuliah Subuh / Aktiviti Moral
7.00 pagi : Riadah (Senaman)
7.30 pagi : Sarapan Pagi dan Khidmat Diri
8.15 pagi : Slot B
9.30 pagi : Minum Pagi dan Rehat
10.15 pagi : Slot C
12.00 tgh : Majlis Perasmian Penutup
12.45 tgh : Makan Tengahari dan Bersurai

Nota:

Slot Aktiviti Aktiviti


(murid Islam) (murid bukan Islam)
A Perkara Asas Fardhu Ain Murid Bersahsiah
B Pertandingan Memasak dan Pertandingan Memasak dan
Penyediaan Hidangan Penyediaan Hidangan
C Ceramah Pengurusan Kehidupan Ceramah Pengurusan Kehidupan
AHLI JAWATAN KUASA
KEM PENGURUSAN KEHIDUPAN DAN SAHSIAH DIRI
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK PUCHONG UTAMA (1)

PENGERUSI :
EN. MOHD. MAHMUDI BIN BAKRI

NAIB PENGERUSI :
PN. SITI MARKAMAH BT. PUNAN
PN. ROHANI BT. MOHD. NOOR
EN. MOHD. YUSUF BIN IBRAHIM
PN. ISMARIAH BT. ISMAIL

PENYELARAS PROGRAM
PN. NORLIN CHEN BT. ABDULLAH

SETIAUSAHA :
PN. ROHAIDAH BT. PAIMIN

BENDAHARI :
PN. SUHAILA BT. ARSHAD

AJK MAKANAN DAN SAJIAN


PN. MAHALIZAH BT. MANSOR
PN. MARINI BT. MUHAMMAD
PN. ROHANA BT. HASSAN
+ 2 ORANG PEMBANTU

AJK PERSIAPAN DAN PERASMIAN PENUTUP


PN. ZAHARIAH BT. YUSUF – CERAMAH AGAMA/MORAL
EN. ABDULLAH SANI BIN ALIAS – PERASMIAN PENUTUP
PN. NOR MAIZATUL AZLIZA BT. SHAARI - JURUACARA
PN. MISYAWATI BT. MISKAR
+ 5 ORANG PEMBANTU

AJK PROGRAM / AKTIVITI


EN. MOHD. HAJAZY BIN ABDUL GHANI – SOLAT/TAZKIRAH/SLOT A
PN. NAGAMALAR A/L RATNASINGAM – AKTIVITI MORAL/SLOT A
PN. ROZITA BT. ISMAIL – PERTANDINGAN MEMASAK/SLOT B
CIK NANIE BT. KADIR @ ZULKADIR - SENAMAN PAGI/SLOT C
CIK SHARINA BT. MOHD. ADAM – PECAH BENDUNGAN
PN. SHAMSINA BT. AHMAD ARIS - KHIDMAT DIRI
+ 10 ORANG PEMBANTU
AJK KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN
CIK HAFIZAH DIYANA BT. MOHD. YUSOF
+ 1 ORANG PEMBANTU

AJK DOKUMENTASI DAN FOTOGRAFI


CIK SHARINA BT. MOHD. ADAM

AJK PERALATAN
EN. MOHD SANI NAZRI BIN MOHD NOOR

AJK KEBERSIHAN
PN. FAZLIZA BT. MAT CHIK
+2 ORANG PEMBANTU

AJK HADIAH DAN CENDERAMATA


PN. TAN LEY HONG
PN. NORBAIZURA BT. BAHARUDIN

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Jumlah


1. Banner RM 200.00
2. Makan Minum Peserta RM1728.00
i. sarapan pagi
(RM5.00 x 72 orang = RM360.00 )
ii. makan tengahari
(RM7.00 x 72 orang = RM504.00 )
iii. makan malam
(RM7.00 x 72 orang = RM504.00 )
iv. minum malam
(RM5.00 x 72 orang = RM360.00 )

Makan Minum Fasilitator RM 240.00


i. sarapan pagi
(RM5.00 x 10 orang = RM50.00 )
ii. makan tengahari
(RM7.00 x 10 orang = RM70.00 )
iii. makan malam
(RM7.00 x 10 orang = RM70.00 )
iv. minum malam
(RM5.00 x 10 orang = RM50.00 )
3. Hamper Kumpulan Terbaik: RM50 RM 220.00
Hamper Tempat ke-2: RM40
Hamper Tempat ke-3: RM30
Saguhati: RM 20 X 3 = RM60
Peserta Lelaki Terbaik: RM20
Peserta Perempuan Terbaik:RM20
4. Cenderamata/Sijil RM1 X 82 RM 182.00
5. Khemah 4 orang (RM200 X 10 buah) RM2000.00
6. Pembelian bahan mentah masakan RM 200.00
7. Peralatan memasak RM 200.00
8. Persiapan Asas RM 200.00
Jumlah RM5170.00

KESIMPULAN / PENUTUP

Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan
serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau
tidak dalam menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat memberi
impak yang positif kepada semua peserta bagi melahirkan insan yang dapat
mengamalkan disiplin dalam segala aktiviti harian mereka.

Disediakan oleh,

(NORLIN CHEN BT. ABDULLAH)


Penyelaras program,
Kem Pengurusan Kehidupan dan Sahsiah Diri
PERINCIAN TUGAS JAWATANKUASA KERJA
KEM PENGURUSAN KEHIDUPAN DAN SAHSIAH DIRI PENDIDIKAN KHAS
2011
1. Jawatankuasa kerja Urusetia

1. Melantik AJK.
2. Membuat urusan jemputan, penyambut tamu, dan protokol.
3. Membuat tempahan sijil dan cenderamata peserta.
4. Bekerjasama dengan JK perasmian penutup.
5. Menyelaraskan tugasan di antara semua JK kerja.
6. Sentiasa ada kakitangan dan berfungsi setiap masa.
7. Menyediakan Anggaran Perbelanjaan.

2. Jawatankuasa Makanan dan Sajian

PN. MAHALIZAH BT. MANSOR


PN. MARINI BT. MUHAMMAD
PN. ROHANA BT. HASSAN
+ 2 ORANG PEMBANTU

1. Memastikan tahap kualiti makanan yang tinggi.


2. Memastikan makanan disediakan dalam kuantiti yang mencukupi.
3. Memastikan makanan disediakan dalam masa yang ditetapkan.
4. Menentukan menu harian dan menu pertandingan.
5. Menentukan menu bagi kumpulan tertentu ( vegetarian ).
6. Mengambil tindakan atas aduan yang berkaitan.
7. Menentukan lokasi penyediaan makanan.
8. Membuat pembelian barangan mentah.

3. Jawatankuasa Persiapan dan Perasmian Penutup

PN. ZAHARIAH BT. YUSUF – CERAMAH AGAMA/MORAL


EN. ABDULLAH SANI BIN ALIAS – PERASMIAN PENUTUP
PN. NOR MAIZATUL AZLIZA BT. SHAARI - JURUACARA
PN. MISYAWATI BT. MISKAR
+ 5 ORANG PEMBANTU

1. Menyediakan backdrop.
2. Menyediakan peralatan siaraya.
3. Mengadakan raptai perasmian penutup.
4. Menyusun aturcara penutup.
5. Menyusun peralatan untuk peserta, VIP dan tetamu.
6. Mengenalpasti juruacara dan pembaca doa.
7. Menentukan tempat.
8. Mengemas semula selepas upacara.
4. Jawatankuasa Program/Aktiviti

EN. MOHD. HAJAZY BIN ABDUL GHANI – SOLAT/TAZKIRAH/SLOT A


PN. NAGAMALAR A/L RATNASINGAM – AKTIVITI MORAL/SLOT A
PN. ROZITA BT. ISMAIL – PERTANDINGAN MEMASAK/SLOT B
CIK NANIE BT. KADIR @ ZULKADIR - SENAMAN PAGI/SLOT C
CIK SHARINA BT. MOHD. ADAM – PECAH BENDUNGAN
PN. SHAMSINA BT. AHMAD ARIS - KHIDMAT DIRI
+ 10 ORANG PEMBANTU

1. Menyelaras dan memantau perjalanan aktiviti sepanjang program.


2. Menyediakan borang pertandingan dan borang keputusan.
3. Menetapkan dan menyediakan tempat pertandingan.
4. Menyediakan format/ syarat pertandingan.
5. Menentukan hakim pertandingan.
6. Mengatur jadual aktiviti dengan penceramah.
7. Memastikan kawasan aktiviti bersih selepas setiap aktiviti.

5. Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan

CIK HAFIZAH DIYANA BT. MOHD. YUSOF


+ 1 ORANG PEMBANTU

1. Menyediakan kenderaan yang bertindak sebagai ambulans sekiranya berlaku


kecemasan.
2. Menyediakan ubat-ubatan dan peralatan pertolongan cemas.
3. Menyediakan peralatan yang mencukupi semasa/setiap aktiviti yang dijalankan.
4. Mahir dalam Pertolongan Cemas.
5. Merekod rawatan pesakit.
6. Menghubungi ibu bapa / penjaga sekiranya ada kecemasan.

6. Jawatankuasa Dokumentasi dan Fotografi

CIK SHARINA BT. MOHD. ADAM

1. Membuat rakaman foto keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas).


2. Membuat rakaman video keseluruhan program (sebelum/ semasa/ selepas).
3. Mendokumentasikan program dan menyerahkannya kepada urus setia.

7. Jawatankuasa Peralatan

EN. MOHD SANI NAZRI BIN MOHD NOOR

1. Bekerjasama dengan semua jawatankuasa untuk menentukan peralatan yang


diperlukan.
2. Menetapkan tempat pengagihan dan pemulangan alatan.
3. Memastikan alatan selamat digunakan.
4. Memastikan alatan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan cukup.
8. Jawatankuasa Kebersihan

PN. FAZLIZA BT. MAT CHIK


+2 ORANG PEMBANTU

1. Menyediakan plastik sampah.


2. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian di lokasi-lokasi tertentu.
3. Memastikan seluruh kawasan aktiviti bersih sepanjang masa.
4. Mencadangkan tempat untuk membersihkan diri peserta lelaki dan perempuan.
5. Menyediakan plastik-plastik khas di tandas peserta perempuan.
6. Memastikan tandas dan bilik air sentiasa bersih.

9. Jawatankuasa Hadiah dan Cenderamata

PN. TAN LEY HONG


PN. NORBAIZURA BT. BAHARUDIN

Menyusun tempahan hadiah.


1. Menguruskan cenderamata VIP dan hakim.
2. Menguruskan sijil penyertaan, sijil penghargaan, dan hadiah pertandingan
3. Mendapatkan senarai pemenang-pemenang.
4. Menyediakan petugas untuk majlis penyampaian hadiah.
5. Memastikan penerima bersiap sedia awal.
6. Menyediakan beberapa pelajar ‘stand by’ untuk menerima hadiah.

You might also like