You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU

JADUAL PENENTUAN TUGASAN (KKP)

KURSUS PROGRAM PERSEDIAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)

JABATAN : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

MATA PELAJARAN : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (WAJ 3101)

SEMESTER :1

HASIL PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran ini pelajar dapat:

1. Membuat kerja kursus yang lengkap berkaitan dengan ilmu ketamadunan


2. Menjelaskan isu utama yang berlaku dalam negara yang menjejaskan perpaduan antara kaum serta menjelaskan
tentang kepentingan pembinaan Tamadun Malaysia yang berasaskan kepelbagaian etnik dan budaya ke arah
pembentukan negara yang harmoni aman dan makmur.

OBJEKTIF:

Pada akhir tugasan ini pelajar dapat:

1. Menyatakan definisi tamadun secara lengkap.


2. Memberikan contoh-contoh keretakan yang berlaku dalam hubungan antara kaum di Malaysia yang dibina
berasaskan kepelbagaian etnik, budaya dan agama.
3. Menyatakan beberapa teori tamadun yang menyokong isu yang dibahas.
4. Mencadangkan langkah-langkah pemantapan Tamadun Malaysia yang berdiri atas kepelbagaian etnik, budaya
dan agama

2011/iscr
TUGASAN PROJEK

MAKTAB:
NAMA PELAJAR:
INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN, BESUT
NO KAD PENGENALAN:
NAMA PENSYARAH:

MATA PELAJARAN : TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN MARKAH :


ASIA

TARIKH MULA : 06/02/2011 TARIKH HANTAR : 06/02/3/2011

Pertembungan antara tamadun boleh mendatangkan kesan negatif dan positif terhadap sesuatu bangsa sebagaimana
yang telah berlaku terhadap beberapa tamadun dunia. Tamadun Malaysia terbentuk hasil dari segi pengintersian
beberapa tamadun lain yang berasimilasi dengan Tamadun Melayu-Islam. Tamadun Malaysia hakikatnya berdiri atas
komponen budaya dan agama yang berbeza tetapi mempunyai cita-cita yang sama iaitu ke arah pemantapan Tamadun
Malaysia dalam pelbagai bidang.

Bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang terdiri dari pelbagai asas keturunan, agama dan budaya. Negara ini tidak
sunyi daripada pelbagai isu yang boleh membawa kepada keretakan perhubungan kaum. Melalui bukti keratin akhbar
atau majalah anda dikehendaki mengemukakan satu isu yang berlaku dalam negara yang boleh menggugah perpaduan
kaum seterusnya membincangkan fenomena dalam satu kertas kerja yang lengkap.

Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar diminta:

1. Mendapatkan bukti-bukti diatas daripada bahan media (surat khabar dan majalah), tetapkan permasalahan utama,
bahaskan fenomena tersebut secara lengkap dan menyeluruh berdasarkan bukti, faktor yang berlaku, nyatakan
kaedah dan cara penyelesaian sebagai cadangan.

2011/iscr
2. Kertas kerja ini hendaklah dilengkapi dengan penjelasan konsep dan tamadun serta disokong dengan beberapa
teori tamadun sebagai hujah seterusnya bincangkan perkara tersebut dengan lengkap.

2011/iscr

You might also like